~*~KALiMAH TAUHiD~*~







~**~TiADA TUHAN KECUALi ALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH pd SETiAP KERLiPAN & PD SETiAP NAFAS Sbyk LuasNYA APA YG ADA pd iLMU ALLAH ~**~

~*~SOLATLah KiTa, Sebelum KiTa diSOLATkan~*~


~*~PLS OPEN this WEB with MOZILLA FIREFOX or INTERNET EXPLORER...for BEST Results, Tq (^^,)

HADIS ~ PESANAN RASUL KITA, UTK UMATNYA TERSAYANG!!!


Drpd Nabi SAW bsabda:~

Ssiapa ke MASJID pd Waktu PAGI/pd Waktu PETANG Allah akan menyediakan utknya satu TEMPAT TINGGAL di Syurga apabila dia pergi samada pd Waktu PAGI atau pd Waktu PETANG

(HR Muslim, #1073)




~*~*~*[MUTiARA HADIS_1]








~~*~~[MUTiARA HADIS_2]





~~**~~[MUTiARA HADIS_3]





~~***~~[MUTiARA HADIS_4]





~*~*~*~*
~*~
~*~


PESAN Rasululah SAW

“Sesungguhnya AMAT dirasa BERAT oleh seOrg MUNAFIK, UTK melaksanakan SOLAT ISYA dan SOLAT SUBUH Sekiranya MEREKA TAHU akan keAGUNGan PAHALAnya, nescaya mereka mendatanginya (ke MASJID, SOLAT berJEMAAH) sekalipun dlm keadaan MERANGKAK2”

(HR Bukhari Muslim)

~*~Hadis Abu Hurairah RA:

Drpda Nabi SAW bSabda: Sesiapa yg pergi ke MASJID pada waktu PAGI atau pada waktu PETANG Allah akan menyediakan untuknya satu TEMPAT TINGGAL di SYURGA apabila dia pergi SAMADA pada waktu PAGI atau PETANG.

(HR Muslim, #1073)

~*~
“Sesungguhnya Allah akan mgumpulkan Org2 MUNAFIK dan 0rg2 KAFIR di dlm JAHANNAM


(QS An Nisa:140).


SOLAT BERJEMAAH LEBIH TINGGI 27 DERAJAT DIBANDING SOLAT SENDIRI“

(HR Bukhari &Muslim)


***

Tuesday, October 13, 2009

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI [AYAT PENGGERAK]










DOA YG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGGERAK)



DOA yg SANGAT WAJAR DIAMALKAN 
DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)

Oleh: Ismail bin Abu Bakar 


Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yg dimaksudkan seperti sabda Rasulullah SAW seperti berikut;









Rasulullah SAW mengajarkan kpda umatnya satu doa yg jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yg membacanya drpda segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. 

Doa drpda hadis di atas adalah seperti berikut;

Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga,
 ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar drpda ”mudarat” yg disebutkan.
 Maka dgn itu faedahnya yg diperolehi ialah kita akan;


1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.


Keberuntungan beramal dgn doa ini~

Terhindar Drpda Bahaya
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Penggerak” kerana dgn membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita utk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja2 yg berbahaya.

 Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dgn doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yg dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yg telah biasa ataupun yg belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau utk memulakan sesuatu pekerjaan yg mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan utk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah SWT akan melindungi kita drpda segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yg mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat2 atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut.
  Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali[7x] bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

   Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas drpda kemudaratan yg dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yg boleh berubah dgn kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya.
   Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Drpda Kemudaratan Makanan

   Makanan dan minuman yg masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yg beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan utk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan utk jangkamasa panjang.
    Penyakit yg begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yg kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang2nya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yg halal, yg dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Drpda Sihir

    Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah SWT dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama2nya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kpda sesiapa sahaja dgn izin Allah SWT
 Ada sihir utk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah utk tujuan khianat yg boleh memudaratkan SeseOrg dan ada yg boleh membawa maut.
   Ada perbuatan sihir yg sememangnya ditujukan kepada SeseOrg kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yg terkena sihir dgn tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yg mengandungi santau.

   Pengalaman penulis berhenti makan dgn seOrg sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba2 pinggan kaca yg berisi Nasi terbelah dua.
  
   Dalam peristiwa yg lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya.

   Kedua2 kejadian ini berlaku krna makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar drpda mudarat sihir dgn berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yg lain pula, ada juga sihir digunakan utk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur2 bahan sihir tertentu dimasukkan ke dlm makanan yg menyebabkan Sesiapa yg menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. 
   Dgn mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

Terhindar Drpda Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yg pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yg telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kpda gangguan makhluk ini.
   Namun begitu jika kita beramal dgn doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya utk mengusik, manakut2kan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yg penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yg disebutkan di atas, kadang-kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dlm rumah kita tanpa kita sedari.
   Jika kita mempunyai anak2 kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti2.. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yg tersebut di atas, Rasulullah SAW mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dgn itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang drpda tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kpda yg membaca dan mengamalkannya, insya'Allah. Ameen! Ya Robb!


Dipublikasi pada Tuesday, 13 May 2008


http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=50



WALLAHU'ALAM...


No comments:

~*~*~ Who