~*~KALiMAH TAUHiD~*~







~**~TiADA TUHAN KECUALi ALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH pd SETiAP KERLiPAN & PD SETiAP NAFAS Sbyk LuasNYA APA YG ADA pd iLMU ALLAH ~**~

~*~SOLATLah KiTa, Sebelum KiTa diSOLATkan~*~


~*~PLS OPEN this WEB with MOZILLA FIREFOX or INTERNET EXPLORER...for BEST Results, Tq (^^,)

AL_QURAN Video+ TerJemahan

~*~*~*~

HADIS ~ PESANAN RASUL KITA, UTK UMATNYA TERSAYANG!!!


Drpd Nabi SAW bsabda:~

Ssiapa ke MASJID pd Waktu PAGI/pd Waktu PETANG Allah akan menyediakan utknya satu TEMPAT TINGGAL di Syurga apabila dia pergi samada pd Waktu PAGI atau pd Waktu PETANG

(HR Muslim, #1073)




~*~*~*[MUTiARA HADIS_1]








~~*~~[MUTiARA HADIS_2]





~~**~~[MUTiARA HADIS_3]





~~***~~[MUTiARA HADIS_4]





~*~*~*~*
~*~
~*~


PESAN Rasululah SAW

“Sesungguhnya AMAT dirasa BERAT oleh seOrg MUNAFIK, UTK melaksanakan SOLAT ISYA dan SOLAT SUBUH Sekiranya MEREKA TAHU akan keAGUNGan PAHALAnya, nescaya mereka mendatanginya (ke MASJID, SOLAT berJEMAAH) sekalipun dlm keadaan MERANGKAK2”

(HR Bukhari Muslim)

~*~Hadis Abu Hurairah RA:

Drpda Nabi SAW bSabda: Sesiapa yg pergi ke MASJID pada waktu PAGI atau pada waktu PETANG Allah akan menyediakan untuknya satu TEMPAT TINGGAL di SYURGA apabila dia pergi SAMADA pada waktu PAGI atau PETANG.

(HR Muslim, #1073)

~*~
“Sesungguhnya Allah akan mgumpulkan Org2 MUNAFIK dan 0rg2 KAFIR di dlm JAHANNAM


(QS An Nisa:140).


SOLAT BERJEMAAH LEBIH TINGGI 27 DERAJAT DIBANDING SOLAT SENDIRI“

(HR Bukhari &Muslim)


***

Thursday, February 24, 2011

Syeikh Dr Yusuf al Qaradhawi~Fatwa ttg Libya

Tuesday, February 1, 2011


FATWA Sheikh Yusuf al-Qaradawi Tentang Kebangkitan Rakyat di Mesir

Ketua Kesatuan Antarabangsa Cendekiawan Muslim, Sheikh Yusuf al-Qaradawi, meminta Presiden Mesir Hosni Mubarak agar mengangkat kaki secara pilihan sebelum beliau akan pergi secara paksaan. Beliau perlu mengambil pengajaran dari nasib Presiden Tunisia, Zine el Abidine Ben Ali. Sheikh Yusuf al-Qaradawi menggambarkan sistem pemerintahan Mesir sebagai tidak mengerti dan tidak berfikir. Ianya buta tidak melihat, tuli tidak mendengar, serta bodoh tidak memahami.

Al-Qardhawi menyeru Mubarak melalui al-Jazeera katanya, “Pergilah, wahai Mubarak, jika ada di hatimu sedikit rasa belas kasih, atau ada dalam kepalamu sedikit akal yang berfikir”. Beliau meminta Mubarak agar merasa belas kasihan terhadap dirinya sendiri serta ahli keluarganya. Kuasa kerajaan itu jika dianggap sebagai peluang keemasan maka cukuplah tempoh tiga puluh tahun itu, dan jika dianggap sebagai hukuman denda pula, maka cukuplah juga tempoh tiga puluh tahun itu.

Al-Qaradhawi menyarankan Mubarak agar melepaskan kepimpinan dan meninggalkan Mesir yang sudah kehilangan berbilion-bilion wang. “Jangan kamu hancurkannya dan duduk di atas kehancuran tersebut. Pergilah, wahai Mubarak”. Beliau menambah bahawa puluhan pemuda telah gugur dalam tempoh satu hari dalam menuntut hak mereka, “Tapi kamu dan askar kamu pula telah membalas mereka dengan peluru hidup.”

Al-Qaradawi menambah, “Tidak ada lagi tempat untukmu, wahai Mubarak. Saya minta kamu untuk keluar mengangkat kaki”, untuk diadili dan dibicara sesudah itu oleh mahkamah awam dan bukannya oleh mahkamah tentera, “yang kamu bina untuk mendakwa pihak lawanmu, lalu kamu menghukum mereka dengan hukuman yang zalim”, di bawah undang-undang darurat, dan sesungguhnya “bagi orang zalim itu ada kesudahnnya, dan tidak ada seorang pun yang mampu untuk melawan sejarah. “

Sheikh al-Qaradawi menganggap bahawa Mubarak tidak memahami mesej dari rakyat, malah keluar dengan ucapan yang menunjukkan bahawa ia tidak merasakan apa yang terjadi. Dia berada “dalam dunia yang bukan dunia kita, tidak merasa kelaparan orang yang lapar, atau kesakitan orang yang terluka,” dan mempersoalkan pula faedah untuk membubarkan kerajaan, sementara ia tidak mengatakan apa yang seharusnya dikatakan iaitu membubarkan Dewan Syura dan Dewan Rakyat serta menghapuskan undang-undang darurat.



Rakyat dan Tentera

Dalam ucapannya, al-Qaradhawi mengalu-alukan rakyat Mesir atas kebangkitan mereka melawan situasi korup yang telah banyak mereka bersabar terhadapnya, seperti kesabaran mereka melihat ramai orang mengaut kekayaan negara serta menikmati keuntungannya, sedangkan mereka tidak mampu mencari makanan harian mereka.

Beliau menggambarkan kebangkitan rakyat Mesir sebagai pemberontakan secara aman, tidak ada kayu mahupun senjata, bagi menuntut kehidupan yang lebih baik serta rezeki yang halal, akan tetapi mereka dikejutkan pula dengan peluru hidup dari pihak pengawal keamanan, menyebabkan puluhan orang terbunuh.

Beliau menekankan bahawa para penunjuk perasaan yang sebenar tidak bertanggungjawab menyertai sebarang kes pencurian dan penjarahan. Beliau menasihati mereka, “Janganlah kamu sekali-kali memanjangkan tangan pada mana-mana harta milik institusi awam ataupun swasta, kerana itu adalah haram.”

Beliau turut menyatakan rasa bangga dan hormat terhadap tentera Mesir serta menyeru mereka untuk melindungi negara Mesir di masa mendatang tanpa campur tangan dalam hal pemerintahan. Beliau menuntut pihak tentera agar menyerahkan hal kuasa pemerintahan kepada rakyat dan pemilihan presiden dibuat sesuai dengan dasar-dasar syura dan juga demokrasi.


~*~


Revolusi Libya: FATWA Syeikh Dr Yusuf al Qaradhawi


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada Stesen TV Al-Jazeera Dr. Yusuf Al-Qaradhawi mewajibkan agar Gaddafi dibunuh dan ianya adalah JIHAD. Fatwa terbaru beliau ini dikeluarkan rentetan daripada laporan yang menyatakan bahawa Gaddafi melancarkan serangan dengan menggunakan jet pejuang untuk untuk mengebom mereka yang terlibat dalam demontrasi yang berterusan di Libya sekarang.

Syeikh al-Qaradhawi berkata :

وقال القرضاوي " أصدر الآن فتوى بقتل القذافي. أي ضابط أو جندي أو أي شخص يتمكن
من أن يطلق عليه رصاصة فليفعل، ليريح الليبيين والأمة من شر هذا الرجل المجنون وظلمه". وأضاف "لا يجوز لأي ضابط أن يطيع هذا الرجل في المعصية والظلم والبغي على العباد

Maksudnya :

"Aku mengeluarkan fatwa sekarang supaya Gaddafi dibunuh! Barangsiapa samada pegawai tentera, atau tentera biasa atau mana-mana individu yang mempunyai peluang untuk membunuhnya, maka janganlah teragak-agak untuk membunuhnya! Ianya adalah semata-mata untuk menyelamatkan rakyat Libya daripada kejahatan dan kezaliman lelaki yang gila ini!"

Beliau seterusnya menambah, "Haram kepada pegawai dan askar biasa untuk mentaati lelaki ini (Gaddafi) dalam perkara yang maksiat, kezaliman dan kerakusan terhadap rakyatnya sendiri!"


. .
~***~LadingEMAS~***~

Wednesday, February 23, 2011

Petua Alih Hujan

Petua Alih Hujan

Doa Yang Perlu DiBaca:
1. Al-Fatihah : 7 kali
2. Surah Hud : Ayat 44 : 7 kali
3. Tambahan Doa : Ya Allah, palingkanlah dari kami dan jangan (Engkau) menyusahkan kami, Ya Allah (Engkau gerakkanlah hujanini) tempatkanlah ke bukit-bukau, di tanah-tanah tinggi, di dasar-dasar wadi dan di tempat-tempat penumbuhan pokok-pokok (yang lebih memerlukan air)”

Doa berdasarkan sebuah hadith SOHIH daripada Anas Bin Malik; 
riwayat oleh Al-Bukhairy (no.1013) dan Muslim (no.897).
Berkata as-Syaikh ‘Abdur Razzaaq bin ‘Abdul Muhsin Al-Badr dalam kitabnya yang berjudul “FIQHUL AD’IYAH WAL AZ-KAAR ; “AMALUL YAUMI WAL-LAILAH” (ms/241 cetakan Daar Ibnil –Qayyim dan Daar Ibni ‘Affaan).
Dalam hadith dan doa ini , menunjukkan bahawa dibolehkan pada syara’ untuk bermohon dialih atau dihentikan hujan; tatkala berpanjangan hujan tersebut serta semakin banyak dan (sampai) mencetuskan bahaya pula.
BAHAN-BAHAN

1. 7 ketul batu kerikil atau batu sungai
2. Jika bahan di atas tiada ambil 7 helai daun atau sebagainya.

KAEDAH PENGUBATAN

Hendaklah dibacakan doa di atas pada 7 biji batu kerikil sambil digenggam erat-erat, kemudian letakkanlah kesemua batu tersebut pada tempat yang tidak terkena titisan air hujan seperti dipenjuru atas gelegar bumbung atau sebagainya. InsyaAllah dengan izin Allah hujan akan beralih ke kawasan lain sehinggalah selesai semua keperluan dan hajat yang dipohon.
Dinasihatkan agar membuang semula batu kerikil selepas selesai semuanya ke dalam air sungai yang mengalir. Yakinlah di atas segala pertolongan Allah SWT.

. .
~***~LadingEMAS~***~

MADU ~ Anti Kanser & Super Vitamin

KHASIAT MADU

Madu tualang berpotensi ubati penyakit Kanser 
Written by Sidang Online_Monday, 11 January 2010 15:05
 
Madu lebah tualang yang banyak terdapat di kawasan hutan simpan negara ini
berpotensi menjadi suplemen dalam terapi kanser terutama kanser payudara,
kata Ketua Jabatan Patologi Kimia, Pusat Pengajian Sains Perubatan
Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Prof Madya Dr Nik Soriani
Yaacob.

Katanya, kajian awal mendapati madu lebah dari pokok tualang yang tumbuh
liar dalam hutan berpotensi menyekat penyuburan sel-sel kanser di samping
membunuh sel berbahaya itu daripada merebak.

"Namun begitu, penyelidikan ini masih di peringkat awal dan banyak kajian
perlu dilakukan untuk memahami dengan lebih mendalam proses yang
dirangsang oleh madu menyebabkan kematian sel-sel kanser tersebut,"
katanya dalam kertas kerja bertajuk Aktiviti AntiKanser Madu Lebah Tualang
pada satu seminar mengenai penggunaan madu lebah asli di sini hari ini.

Seramai 300 peserta hadir pada seminar dua hari itu bagi membincangkan
antara lainnya mengenai khasiat madu lebah asli dalam bidang perubatan,
cara mempopularkan penggunaan madu lebah dalam masyarakat dan
 menerokai pelbagai kegunaan madu lebah asli sebagai minuman dan makanan.

Program anjuran bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Universiti Sains
Malaysia (USM) Kampus Kesihatan Kubang Kerian itu di sini dirasmikan oleh
Ketua Pengarah Fama, Datuk Mohamed Shariff Abdul Aziz.

Menurut Dr Nik Soriani, kajian menjurus kepada kaedah mengenal pasti sama
ada madu dapat membunuh sel kanser atau membantu 
mengurangkan penggunaan dos dadah atau radiasi yang
 diperlukan bagi membunuh kanser.

"Kajian itu bagi mengenal pasti, sama ada madu boleh menghalang atau
mengurangkan pembentukan kanser memandangkan kajian sebelum ini mendapati
madu mengandungi pelbagai komponen yang mempunyai aktiviti antioksidan,
antiinflamatori dan antikanser," katanya.

Beliau berkata, penyelidikan juga menemui madu lebah tualang mempunyai
pelbagai aktiviti antikanser dan kesan sitotoksik yang berlaku ke atas
beberapa jenis sel kanser yang dikultur (ditumbuh) dalam makmal.

"Sel kanser yang dirawat dengan madu ini (tualang) menjalani proses
apoptosis (kematian sel kanser) yang biasanya tidak berlaku pada sel itu,
tambahan lagi madu lebah tualang dapat meningkatkan rangsangan kematian
sel kanser payudara oleh dadah tamoxifen," katanya.

Dr Nik Soriani berkata kesimpulannya, kajian ke atas sel kanser dan tikus
makmal mendapati madu lebah tualang mempunyai aktiviti antikanser yang
dikultur menyebabkan kematian sel kanser, mengesan sel kanser, menyekat
pertumbuhan sel kanser dan peningkatkan jumlah sel imun yang membunuh sel
kanser.

Dekan Penyelidikan Sains Klinikal USM, Prof Dr Nor Hayati Othman berkata,
pihaknya menerima sumbangan 1.3 metrik tan madu lebah percuma daripada
Fama sejak kajian itu dijalankan bagi membolehkan kajian dibuat dengan
berkesan terutama dalam penyakit kanser.

Beliau berkata, sumbangan berperingkat-peringkat sejak 2006 itu mendapati
madu lebah tualang dianggap paling asli berbanding dengan madu lebah lain
atau yang diimport dan memberi potensi dalam amalan harian.

"Madu tidak asli, menyebabkan kesan sampingan yang berpanjangan dan perlu
dihindari," kata Dr Nor Hayati.

- BERNAMA
 
"Madu lebah''
 Sabda Nabi muhammad s.a.w.,
 “Demi  Allah yg aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan
 memohon  rahmat pada penghuni rumah yg ada madu di dalamnya. Jika 
SeseOrg  itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta 
penyakit keluar  darinya.”
Antara kebaikannya:

Remaja:
- Membantu  menyempurnakan kesihatan berkekalan.
- Menguatkan minda
- Menaikkan seri wajah( sape nak cantik makam madu je pun dah canti)

Wanita:
-  Menambah kejelitaan rupa paras yang asli  dan tubuh badan yang menarik.
-  Mempunyai kulit yang halus, bersih  dan berseri-seri.


Pengidap  Kencing Manis (Diabetis):
- Menstabilkan kandungan gula dalam  darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)


Masyarakat umum:
- Mengelak dari  kegemukan yang tidak terkawal.
- Menguatkan  jantung, buah pinggang dan badan.
- Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
-  Memulihkan batuk dan lelah.
- Menghindarkan badan letih dan lesu.
- Baik untuk perempuan  bersalin.


 
 
Disini diberikan beberapa tips utk mengenal madu yg benar2 ASLI.

1. Madu asli lebih tumpat daripada air. Apabila dicampur dengan air biasa dalam satu gelas ia tidak cepat larut malah ia terus jatuh ke dasar gelas.


2. Bila dititis atas kertas ia tidak akan meninggalkan kesan apabila dilap.


3. Celupkan kepala mancis ke dalam madu. Kepala macis yang terkena cairan madu masih boleh dinyalakan bila digesek.


4. Madu asli akan membentuk heksagen di dalam air yang tak dikacau.

5.Madu jk dititik/sapu ke tapak tangan, dan digosok2 dgn ditaupkan kedua tapak tangan tersebut, akan terasa seolah2 mengosok tangan diatas minyak pelicir/lilin dan bukan rasa melekit.


~*~*~*~*~*~

Rahsia Madu Akan Dibongkar Lagi Oleh USM 

Rahsia Kehebatan Madu

KOTA BHARU 8 JUN 2011 – Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan hari ini menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) dengan Universitas Hasanuddin Makasar, Indonesia, melibatkan penyelidikan saintifik mengenai khasiat madu lebah tempatan sebagai sumber penjagaan kesihatan. Pada majlis itu, USM diwakili oleh Pengarah Kampus Kesihatan, Prof. Dato’ Mafauzy Mohamed, manakala Universitas Hasanuddin diwakili oleh Pembantu Rektor Bidang Akademiknya, D.A Suriamiharja.


USM turut menandatangani (MOU) dengan Syarikat Aifa Health Sdn. Bhd, yang diwakili Ketua Eksekutifnya, Aisan Fadhli Ab. Halim bagi membiayai sebahagian penyelidikan tersebut.

Majlis bersejarah itu disaksikan oleh Penyelaras Penyelidikan Perubatan Traditional dan Komplimentari, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) USM Kampus Kesihatan, Prof. Madya Dr. Siti Amrah Sulaiman dan Penyelaras Projek, Prof. Syed Mohsin Sahil Jamalullail. Sementara itu, Dr. Mafauzy dalam ucapanya berkata, USM menggalakkan pensyarah dan pelajarnya mempelopori strategi teknologi hijau dengan menjalankan penyelidikan bagi membantu golongan miskin.

Beliau berkata, bagi penyelidikan berasaskan madu, USM menyediakan lebih RM2 juta geran penyelidikan dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sejak 5 tahun lalu. Selain itu katanya, USM juga meluluskan peruntukan sebanyak RM50 000 dibawah Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat bagi penyelidikan projek ternakan lebah kelulut sebagai sumber pendapatan kepada golongan kurang berkemampuan.

“Hasil penyelidikan itu memberi nilai tambah kepada madu tempatan menyebabkan permintaan melebihi bekalan. Ini kerana madu lebah diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi dan ia amat baik untuk kesihatan,” katanya.

Mengenai (MOU) yang dimeterai, beliau berkata, sebahagian besar penyelidikan akan dijalankan di Pusat Pengajian Sains Kesihatan dan Syarikat Aifa Health secara prinsipnya bersetuju menyumbangkan dana untuk mengadakan makmal efikasi praklinikal bagi tujuan tersebut. Beliau sehubungan itu menyarankan pensyarah dan penyelidik USM menjalin kerjasama dengan penyelidik dari dalam dan luar negara bagi meningkatkan kualiti penyelidikan mereka.
Rujukan : http://www.kck.usm.my/index.php/Berita/usm-dan-universiti-indonesia-kaji-khasiat-madu.html

Sesungguhnya Allah SWT Maha Kaya pada lebah itu diletakkan madu yang boleh memulihkan segala penyakit sebagaimana disebut2 dalam Al-Quran, khasiatnya lebih hebat bila dicampurkan pula dengan pengamalan minyak habbatussauda asli atau bijirin habbatus sauda. Kedua2 bahan yang turun temurun sekaligun pengamalan pemakanan halal yang disebut dalam Al-Quran dan As-Sunnah dan dibahaskan oleh ramai pengkaji perubatan kuno dan sekarang.

Mengikut pengalaman semasa di Mesir dulu, madu merupakan makanan tambahan wajib yang dalam makanan orang arab, bangsa mereka amat percaya dan yakin bahawa madu dapat memulihkan sel2 badan dan memberi tenaga. Kehebatan ini akan terserlah lagi bila kita fahami konsep pernafasan sebagaimana dicatatkan dalam Ebook Rahsia Tenaga Insan oleh Dewan Rahsia Hebat.

Madu Yaman Asli cukup popular dikalangan bangsa Arab dibeberapa negara Arab sendiri seperti di Arab Saudi,Mesir dan Emiriah Arab Bersatu. Di Malaysia harga madu yaman asli cukup mahal di pasaran sehingga mencecah ke RM500.00 bagi setiap 1kg.

Hakikatnya Madu, cukup sinonim bagi tujuan perubatan dan kecantikan. selain itu ia juga digunakan sebagai bahan masakan ( pengalaman ini berterusan oleh Bangsa Eropah dan Arab).
Tapi kita penah tak terfikir macamana ia terhasil? sehinggakan dalam Al-Quran ada surah khusus bagi lebah (An-Nahl) Lebah mula mengumpul nektar/madu bunga didalam mulut mereka,nektar itu akan bercmpur dengan enzim istimewa dalam air liur lebah, satu proses kimia yang menukarknnya menjadi madu..
Khasiat dan kebaikan madu yang saya nk kongsikan ni ialah madu dapat menyembuhkan luka dan melancarkan haid.. pengambilan madu sebagai pengganti gula dalam minuman dan makanan seharian amat la bijak.
Ini adalah kerana kandungan gula asli dalam madu mengandungi antioksidan,bebas lemak, bebas kolestrol dan bebas garam. Kandungan gula yang terdapat dalam madu ialah glukos, fruktos dan sukros.
Kajian menunjukkan bahawa debunga dalam madu mengandungi kesemua 22 asid amino,28 mineral,14 asid lemak,11 enzim dan 11 karbohidrat.
Terdapat banyak kebaikan madu, dari aspek kesihatan, kecantikan dan kecergasan. madu dapat mengelakkan masalah seperti sakit jantung,tekanan darah tinggi dan kencing manis. madu juga dapat mengawal paras kolestrol. madu juga dikatakn boleh digunakan sbgai penyembuh luka pada tubuh. semua ini adalah kerana terdapat antibakteria semula jadi (hidrogen peroksida), fenolik flavonoid,glukosida,vitamin C dan bhn yg mampu merangsang pertumbuhan sel baru dan membaiki sel yang rosak dalam badan.
Bagi mereka yg mempunyai masalah sakit tekak, selsema dan batuk,minim satu sudu madu dikatakn mampu mengurangkan masalh tersebut. bagi mereka yg mengalami masalah resdung dan asma, amalan meminum satu sudu madu setiap hari dpt mengurangkn masalah tersebut.


Khas buat wanita, madu mampu melancarkan darah haid dan mengurangkn gejala2 yang berlaku selepas menopaus (petua ini penting bagi mereka yang sering mempersoalkan tentang Apabila Haid Tidak Datang dalam Jurnal Alkiram yang mana ratusan ribu pertanyaan dan komentar sejak alkiram.net ditubuhkan.
Selain itu, madu juga dpt mempercepatkan proses penyembuhan parut bersalin. madu juga amat baik utk menambah darah dan selera makan. bg mereka yg sakit kepala dan migrain pula amalan minum madu ug telah dibancuh dgn satu setengah cawan air suam dikatakan akan mampu mengurangkn masalah tersebut.

Untuk tujuan kecantikan pula, madu boleh digunakan sebagai pelembap semula jadi. madu dapat mengurangkan masalah jerawat,jeragat dan kedutan diwajah. semua ini kerana sifat antibakteria madu mampu bertindak sebagai agen pelembap semula jadi. Kini dirumuskan dengan kapsul atau tonix yang dinamakan Lady4 dari Mesir boleh juga dapat di Alkiram.Net atau mana2 farmasi seperti grandpharma
No. 30, Jalan Tajuh 27/29, Section 27,
Taman Alam Megah Shah Alam, Selangor 40000 Malaysia
Sihat Dengan Mengamalkan Lady4
Ok saya sertakan sedikit info tentang Lady4 (Diluluskan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia) :



Khas untuk wanita – PENDEKATAN SEMULAJADI UNTUK KECANTIKAN FEMININ (Kesihatan Umum – Selepas Bersalin – Sakit Haid) LADY 4 adalah kombinasi seimbang komponen semulajadi, khususnya direka untuk kecantikan feminin dan untuk memenuhi keperluan kaum wanita. LADY 4 adalah tonik semulajadi untuk semua wanita terutamanya ketika keletihan, kurang konsentrasi dan penurunan prestasi seksual melalui: Meningkatkan tenaga dan kemampuan fizikal.

Menaikkan aktiviti mental dan konsentrasi.
Mengurangkan keletihan dan kelelahan.
Menyokong fungsi biologi secara keseluruhan.
Meningkatkan prestasi seksual.
Menambah daya tahan tubuh.
LADY 4 adalah cara semulajadi untuk kulit yang halus dan sihat. LADY 4 memberi jaminan yang sangat cemerlang untuk daya tahan dan margin keselamatan yang besar, dengan pelaksanaan pengguna maksimum (satu kapsul setiap hari).
Komposisi:
– Royal Jelly Semulajadi……………………………………….. 200 mg

– Evening Primrose Oil …………………………………… 250 mg
– Ekstrak Damiana…………………………………………. 100 mg
- Ekstrak Ginseng………………………………………….. 50 mg


Royal Jelly, digunakan sejak berkurun lama kerana kandungannya yang kaya dengan asid amino, antioksidan dan mineral. Kesan-kesan utamanya adalah meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan, melambatkan proses penuaan, memperbaiki hubungan seksual dan meningkatkan dinamik apabila terjadi ganguan selepas putus haid. Evening Primrose Oil (EPO) mengandungi asid lemak yang penting dan boleh mengurangkan kesan yang berlaku sebelum datang haid ataupun selepas putus haid.

Ia juga boleh menjaga ketegangan kulit dan mengurangkan kedutan pada wajah. Ekstrak Damiana, tanaman sub-tropika dengan kesan peningkat syahwat (aphrodisiac) memberi kesan langsung kepada kegelisahan dan kemelesetan seksual, mampu meningkatkan kembali ghairah seksual. Ekstrak Ginseng, salah satu penggunaan tumbuhan untuk perubatan yang paling popular mengandungi ginsenozide yang membolehkan meningkatkan daya tahan kepada tubuh dan tekanan emosi serta keletihan otot juga segera dipulihkan.
Dengan kesemua kompisi semulajadi, Lady 4 bermanfaat untuk gangguan yang berlaku ketika sebelum datang haid atau pra putus haid dan selepas putus haid, untuk menjaga ketegangan kulit dan mencegah kedutan serta boleh meningkatkan ghairah seksual. Ambilan: – 1 kapsul setiap hari


Ok berbalik kepada pengambilan madu juga dpt memberikan tenaga dan kecerdasan minda. Terdapat 1001 khasiat dan kebaikan madu, amalkan memakan madu untuk gaya hidup yang sihat..
Selain madu dan minyak habbatussauda, minyak zaitun juga cukup popular untuk menambahkan lagi formula serangkai dalam pembentukan dan pemulihan sel-sel dalam sistem jasad manusia. 3 serangkai ini sering digunakan oleh bangsa2 eropah lama dan mesir kuno.
Semoga kajian antara 2 buah negara untuk membongkar lagi penemuan2 baru tentang kehebatan madu.

 
LEBAH MADU

. .
~***~Lading EMAS~***~

Wednesday, February 16, 2011

5 PERKARA YG PERLU DISEGERAKAN

5 PERKARA YG PERLU DISEGERAKAN

1. Urusan JENAZAH

2. MengKAHWINkan Anak Gadis yg cukup Umur

3. TAUBAT.

4. Menjelaskan HUTANG.

5. Memberi Minuman pd TETAMU.

~***~L/Emas~***~

Wednesday, February 9, 2011

Solat Istikharah

SOLAT ISTIKHARAH DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA
Betapa pentingnya Solat Istikharah dalam kehidupan harian kita

Oleh: Ismail Abu Bakar


Solat Ke Masjid Lading Emas
https://lading-emas.blogspot.com/2019/03/solat-ke-masjid-jommm.html


[Nota: Diakhir tulisan ini anda boleh muat turun Rakaman Audio  yang mengupas secara panjang lebar selama 47 minit tentang Solat Istikharah oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din]


Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.


Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;


Mahfum Hadis:


Dari Jabir ra., ia berkata: "Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:


“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini  membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya”
Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.


Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.


Kisah-1
Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.


Kisah-2
Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.


Kisah-3
Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.


Kisah-4
Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.


Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.


Dalam contoh yang lain pula penulis ingin berkongsi dengan satu kisah yang disampaikan kepada penulis seperti berikut;


Kisah -5
Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000.  Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya  itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar.  Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.


Kisah-6
Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.


Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini.


Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan.


Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita,  jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba’ seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.


Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;


  1. Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
  2. Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
  3. Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  4. Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  5. Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu)
   


Terjemahan Doa':


Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

Untuk penjelasan yang lebih mendalam berkenaan Solat Istikharah ini anda patut dengar kupasan yang panjang lebar selama 47 minit tentang solat ini oleh Tuan Guru Dato Dr. Haron Din.




Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada kita semua


Wallah Hu A'lam

 
Dipublikasi pada Sunday, 22 April 2007 oleh admin

 http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=10




👉 Teks penuh  boleh di download dari 👇 38 Kesilapan dlm SOLAT





WallahuA’lam..والله أعلم
اَللَّهُمَّ صَلِّ وسَلاٌِم عَلٓى سَيٌِدِناَ مُحَمَّدٍ ﷺ

📮 _❤️Sharing is Caring❤️_

. .
~***~LadingEMAS~***~

Nabi Ayyub ~ Sakit

NABI AYUB SAKIT TERUK
~ Doa yg amal sederhana sekali ttpi...


Perihal Nabi Ayub sakit teruk

Soalan

Ada seorang penceramah di masjid tempat saya, dalam satu ceramahnya beliau menceritakan perihal Nabi Allah Ayub AS yg mendapat penyakit ganjil kerana perbuatan jin-jin kafir ke atasnya. Seluruh badan Nabi Ayub a.s. berkudis dan bernanah, sehingga dagingnya reput, berbau busuk serta berulat. Kami jemaah masjid tertanya-tanya tentang peristiwa itu, bagaimana Nabi Ayub a.s. boleh mengajak orang mempercayai seruannya dan kerasulannya, jika keadaan beliau seperti sedemikian. Mohon Dato' jelaskan?

FAUZI ABDUL RAHMAN,
Gombak, Kuala Lumpur



  Kisah Nabi Ayub a.s. terkena penyakit kerana perbuatan syaitan adalah kisah benar, wajib dipercayai kerana dipaparkan di dalam al-Quranul Karim dengan Firman Allah SWT (mafhumnya):

"Dan ingatlah akan hamba Kami, Ayub, ketika ia menyeru kpda Tuhannya, dgn rintihan;

   "Sesungguhnya ya Allah, saya diganggu syaitan dgn Kesusahan dan Keazaban."
(QS Shaad: 41)


Dengan ayat ini, amat jelas bahawa Nabi Ayub a.s.terkena kesusahan dan keazaban. Cuma perbezaannya apakah jenis penyakit yang baginda alami? Apakah sehingga yang anda sebut tadi, sehingga bernanah dan berkudis serta hancur daging dan sebagainya.

Apa yang disebut penceramah itu memang ada sandarannya, seperti yang pernah kita lihat dalam tafsir-tafsir yang muktabar. Antara lain disebut dalam Tafsir al-Qurtubi, badan Nabi Ayub a.s., gatal dan berkudis, digaru dengan kukunya hingga berdarah. Ditambah lagi dengan digaru dengan tembikar (jenis batu bata) hingga daging-dagingnya berkecai.

Bagaimanapun, perlu disedari bahawa dalam kita-kitab tafsir, walaupun yang muktabar, memang pengarangnya telah memasukkan kisah-kisah yang diistilahkan sebagai israiliyaat (cerita-cerita kaum Bani Israil). Kisah-kisah seperti ini memang menembusi (dicatat) dalam kitab-kitab, bagaimanapun tidak ada sandarannya dan tiada hadis yang benar-benar sahih menceritakannya.

Malah dalam kitab Tafsir al-Qurtubi, juzuk ke 15, di halaman 208, selepas mencatat cerita seperti yang saya sebutkan tadi, penulisnya menghuraikan bahawa cerita-cerita Israiliyaat ditolak oleh ulama muktabar secara keseluruhannya.

Pada hemat saya, setelah melihat banyak tafsir yang menceritakan kisah Nabi Ayub a.s.terkena ibtilak, bahawa memang benar iblis laknatullah berjaya mengenakan Nabi Ayub a.s.dengan gangguan fizikal.

Dengan kejahatan iblis itu baginda terganggu dan susah untuk beribadah dan berasa kesengsaraan kerana gatal-gatal badan yang tidak henti-henti.

Hal ini juga menyebabkan emosi Nabi Ayub a.s.terganggu, yang kenali dengan waswasah, fikiran berkecamuk atau bercelaru bila mengenangkan gangguan ke atas dirinya itu.

Penyakit tersebut, tidaklah sampai badannya hampir luluh, berkudis bernanah sehingga sesiapa yang melihatnya berasa jijik, loya dan hampir termuntah.

Jika ini berlaku, kenabian atau kerasulan Nabi Ayub a.s. akan terjejas kerana tidak ada orang yang mahu menghampirnya, orang melihatnya sebagai mencelarukan fikiran mereka.

Menurut Ibnu Abbas, Nabi Ayub a.s. terkena penyakit itu selama tujuh tahun, tujuh bulan, tujuh hari, akhirnya Nabi Ayub a.s. mengadu kepada Allah, seperti yang terpapar dalam al-Quran mafhumnya:

"Dan ingatlah kisah Nabi Ayub ketika ia menyeru Tuhannya,
"Sesungguhnya saya telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan yg lebih mengasihi drpda segala yg mengasihi. Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yg menimpanya.....(hingga akhir ayat)"
(QS al-Anbiya : 83-84)

Cara Allah hendak menyembuhkan penyakitnya adalah, pertama, dengan doa (rayuan) Nabi Ayub AS seperti di atas. Kedua, Allah mewahyukan kpda Ayub AS hentakkan kaki ke bumi yg dipijaknya beberapa kali, sehingga air terpancar dari bumi itu. Ketiga, ambil air itu utk diminum dan dimandi dengannya.

Dgn berbuat demikian, Allah menyembuhkan Nabi Ayub AS dari penderitaannya, utk menyambung semula tugas kerasulan baginda.

Walau apa pun yg diulas Org dari cerita ini, hendaklah kita mengambil iktibar bahawa Allah SWT memberikan contoh kpda kita, perihal kesabaran seOrg Nabi yg terseksa hidupnya akibat gangguan syaitan.

Akhirnya, setelah begitu lama menanggung kesusahan barulah Nabi Ayub AS berdoa ke hadrat Allah memohon kesembuhan, lalu Allah SWT memperkenankan doanya

Wallah Hu A'lam.

(Petikan dari Harakah Bil.1338)

Petikan dari ~ http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=24



MAKRIFATULLAH [KENAL DIRI] 👉 ~ 
https://lading-emas.blogspot.com/2016/10/ilmu-hakikat-dan-makrifat-ariff-billah.html



ALAM Jin 👉 ~  https://lading-emas.blogspot.com/2011/07/kesah-jin-syaitan-dan-iblis.html


Sumpah Pemutus Jin 👉 ~  https://lading-emas.blogspot.com/2009/11/sumpahikrar-pemutus-jin-syaitan-dlm.html



 . .
~***~LadingEMAS~***~

Monday, February 7, 2011

Syiah Sesat ..??? Kenapa..?

Rabu, 2011 Januari 12


Syiah Sesat; Siapa Yang Keliru?

Posted by Abu Hannan On 16:37:00 5 comments

Berikutan isu penangkapan kira-kira 200 penganut syiah di gombak baru-baru ini, seorang penulis bernama Abu Bakar Abdullah yang mendakwa sebagai pengikut setia mazhab Shafi’e telah melahirkan rasa bingung dan tidak puas hati serta mendakwa  JAKIM dan ulama’sunnah khususnya di Malaysia keliru dalam memfatwakan ajaran syiah Imamiyyah sebagai ajaran sesat. Ini juga rentetan persoalan yang dikeluarkan oleh pembaca setia JTR bertanyakan berkenaan tulisan tersebut yang bagi beliau mungkin ada kebenarannya. Jawapan untuk persoalan ini telah disediakan oleh Lubna Salma dari Kajang berkenaan kekeliruan Abu Bakar Abdullah dalam suratnya yang dihantar dan disiar di akhbar Harakah. 
Persoalan saudara yang bertanya berbunyi begini:
Saudara, saya telah terbaca dalam satu tulisan diharakah yang menyatakan dia keliru dengan JAKIM dengan menyesatkan syiah.pandangan beliau nampak macam betul juga. tolong saudara jelaskan.

Syiah Imamiyyah sebenarnya juga dikenali sebagai mazhab ahli bayt /Syiah Imam Dua Belas -Imamiyyah Ithna ‘Ashariyyah /Syiah Ja’fariyyah  /Syiah al-Rafidhah melalui kaedah-kaedah keagamaan yang dianuti dan kelompok ini  cukup dikenali oleh ulama Islam sejak zaman tabi’en.  Syiah ini memiliki empat sumber utama di mana, menurut mereka, darjat muktabar dan kesahihannya tidak akan mampu dicapai oleh mana-mana sumber Ahli Sunnah.  Empat sumber utama tersebut ialah Usul al-Kafi, al-Istibsar, Man La Yahduruh al-Faqih dan Tahzib al-Ahkam.


Berdasarkan sumber-sumber ini, jelaslah Syiah ini bukan kelompok Zaydiyyah atau Mufaddhilah yang masih diterima ulama Islam dalam persoalan hukum fiqh kerana mereka bersikap tidak mengkafirkan tiga khalifah pertama Islam sebelum Ali bin Abi Talib r.a dan sebahagian besar sahabat nabi termasuk isteri baginda s.a.w.

Status Syiah Imamiyyah ini telah jelas di kalangan generasi ulama terawal  termasuk empat imam mazhab yang empat (Hanafi, Maliki, Syafi’e dan Ahmad)  yang menolak dan menyesatkan ajaran ini . bahkan majoriti ulama’ terdahulu di kalangan mereka telah menggolongkan kelompok ini sebagai pendusta , zindiq  bahkan diragui keislamannya kerana beberapa ciri-ciri kesesatan aqidah mereka seperti mencaci, mencela dan mengkafirkan sejumlah besar sahabat nabi termasuk isteri-isteri nabi, menganggap Al-Quran telah diselewengkan (tahrif) dan diubah-ubah oleh para sahabat nabi. 

Imam Abu Hanifah berkata, “terimalah hadis dari semua golongan pelaku bid’ah yang sederhana dalam fahamannya kecuali 
Syiah kerana prinsip Aqidah Mereka ialah mempercayai sesatnya para sahabat Muhammad s.a.w.”
(Khatib al-Baghdadi, al-Kifayah fi ma’rifati ilmi al-riwayah, hlmn. 146 ) 
Sementara  Imam Syafie berkata,
“tidak pernah aku melihat golongan yang menurut hawa nafsu, yang lebih pembohong  dari golongan Rafidhah” 
(Al-Suyuti, Tadrib al-Rawi, jil. 1, hlm. 327) 
Imam Malik ketika ditanya mengenai Syiah, beliau berkata, “jangan kamu bercakap dengan mereka, jangan kamu meriwayatkan hadis dari mereka kerana mereka selalu BERDUSTA” 
(Ibn Taymiyyah, Minhaj al-Sunah al-Nabawiyyah, jil.1 hlm. 16) 
Sementara Imam Ahmad bin Hanbal berkata,.. “apabila kamu melihat seseorang selalu memburuk-burukkan sahabat maka raguilah keislamannya dan keimanannya”. 

Oleh sebab ruangan ini terhad, kita tidak mampu menyenaraikan fatwa-fatwa ulama’ Sunnah sejak awal islam sehingga hari ini termasuk Sayyid Abu Hasan Ali al-Nadwi, Said Hawa’, Nasiruddin al-Abani dan ulama’ulama hadis benua India mengenai Syiah imamiyyah kerana perbezaan dari segi usul aqidah dan syariat.
Dalam tulisannya, Abu Bakar Abdullah mendakwa menerusi pembacaannya di internet, tokoh-tokoh seperti Dr Yussof Qardhawi, al Marhum Syeikh Tantawi bekas Rektor Universiti al Azhar, Mufti Mesir, Mufti Syria, Mufti Lubnan, Mufti Pakistan, Mufti Turki dan ramai lagi ulama-ulama Ahlussunah yang telah mengeluarkan Fatwa bahawa Syiah Imamiah adalah Islam sebagaimana mazhab-mazhab lain di dalam Mazhab Ahlussunah, tidak sesat kafir. 
Kenyataan beliau jelas sekali keliru dan palsu, kerana sekalipun Yusuf Qaradawi turut sama dalam Amman Message bertaqrib dengan Syiah, beliau tidak pernah lupa mengingatkan kepada umat Islam tentang keSESATan SYIAH yang memiliki aqidah tarif al-Quran dan mencaci maki para sahabat nabi, malah beliau meletakkan syarat dua ciri aqidah Syiah ini dihapuskan sebagai syarat berjayanya projek tersebut. Tidak memadai di situ, Syeikh Qaradhawi melarang usaha penyebaran Syiah di negara-negara Sunni kerana menurutnya akan mencetuskan pertumpahan darah (rujuk Siaran al-Jazeerah, 31 Ogos 2006)


Manakala Syeikh Tantawi pula sebelum kematiannya turut menyatakan golongan yang mencaci maki para sahabat dan isteri nabi bukanlah dari kalangan umat Islam. Beliau meninggal sebelum usul beliau terhadap pendirian syiah direkomendasikan kepada lembaga penyelidikan al-Azhar (eramuslim.com, 28 Ferbruari 2010).
Sebelumnya Syeikh Tantawi, turut mengecam usaha penyebaran Syiah yang dilakukan oleh sayap Hizbullah di Mesir yang sedang pesat berkembang (mufakkirah al-Islam : 19 April 2009)

Barisan Mufti Pakistan sejak berzaman telah memfatwakan Syiah sesat malah terkeluar dari Islam. Malah ulama’-ulama’ hadis sunah di benua India (khususnya ulama’ Pakistan) paling kuat membongkar kesesatan aqidah Syiah menerusi karya-karya mereka yang tidak terhitung jumlahnya.
(sumber :  Syiah Rafidhah : Di Antara Kecuaian Ulama & Kebingungan Ummah oleh Maulana Asri Yusuf). 
Malah di kalangan mereka ada yang dibunuh oleh orang-orang Syiah seperti Prof. Ihsan Ilahi Zahir.

Kita janganlah lupa kepada karya Sayid Abu Hasan Ali al-Nadwi bernama Shuurtaan Mutadhadataan 
(Syiah vs Sunah : dua wajah sentiasa berlawanan) dan karya Syeikh Said Hawa’ yang bertajuk,
Khumayniyyah : Syudzuuz fi al-Aqa’id wa al-Mawaqif (Khomeini: Keganjilan Aqidah dan Pendirian) yang secara terang-terangan membongkar kesesatan aqidah Syiah Imamiyyah yang perlu diawasi oleh umat Islam.

Syiah sering kali menyandarkan kepada sokongan ucapan dan dokumen Syeikh Mahmud Syaltut bagi membuktikan ajaran mereka diterima sebagai mazhab Islam, namun mereka tidak pernah mendedahkan fatwa Mahmud Syaltut menyatakan perkahwinan mut’ah yang diamalkan syiah bukannya datang dari syariat Allah dan Mahmud Syaltut tidak menerima konsep Imam Mahdi seperti ajaran Syiah. 

Mereka menyangka ulama’-ulama sunah tidak pernah menyedari kesesatan Syiah Imamiyyah dan berdiam diri padanya. Usaha taqrib, iaitu mendekatkan antara Sunah dan Syiah yang dipelopori ulama’ al-Azhar mendapat sambutan pada peringkat awal bagi mengelakkan pertumpahan darah dan mendakwahkan Syiah kepada aqidah yang benar menerusi dialog.  Namun pencetus kepada usaha ini, Syeikh Muhammad Abduh sendiri tidak sempat melihat hasil projek ini. Muridnya yang sangat terkenal bernama Rasyid Ridha yang turut terlibat dalam usaha ini telah berjaya mengesan hipokrit ulama-ulama Syiah dalam taqrib ini. 

Langkah ini turut diikuti oleh ulama lain seperti Mustafa Siba’ie yang menyedari helah Syiah yang hanya bertaqrib dimeja rundingan, bahkan telah membuka ruang yang besar agama syiah disebarkan di negara Sunnah.
Sebagai balasan kepada usaha ulama’ al-Azhar, seorang ulama’ Syiah bernama Abdul Husein Syarafudin al-Musawi mengambil kesempatan memperbodohkan dan mempersendakan Syeikh Salim al-Bisyri dalam dialog palsu (ditulis selepas 20 tahun selepas kematian Salim Bisyri) yang ditulisnya bertajuk al-Muraja’at (Dialog Syiah-Sunni)

Dari sini kita membuat kesimpulan usaha taqrib ini yang dilanjutkan kepada Amman Message ini tidak pernah membantu apa-apa jua keadaan Ahli Sunnah di Iran sendiri, Iraq dan Afghanistan yang diperangkap dalam pertembungan Sunni-Syiah yang penuh berdarah dalam percaturan kepentingan politik antara Amerika dan Iran sejak era dunia moden.

Di sana terdapat pelbagai kepentingan dan opsyen politik antarabangsa bagi menangani isu ini. Syiah tidak seperti pertubuhan Arqam yang bersifat domestik yang mudah ditangani kerana tidak membabitkan hubungan negara antarabangsa dan semestinya membabitkan hubungan dengan negara-negara serantau dan kehendak penjajah rantau berkenaan.
Sekalipun Syiah dibenarkan menunaikan haji ke Mekah (hanya kerajaan Saudi sahaja boleh menjelaskan sebab dan puncanya) dan Saudi terlibat dalam pertubuhan OIC dan Amman Message, Deklarasi Syiah-Sunah di Jeddah dan sebagainya, negara itu tidak pernah berhenti menyekat dan berdepan dengan tentangan keras dari komuniti Syiah di timur negara berkenaan.
Morocco bertindak lebih berani memutuskan hubungan dengan Iran kerana usaha penyebaran Syiah yang semakin kritikal di negara itu.
Yaman dan Saudi berusaha menyekat gerakan Syiah Haouthi di Sa’dah yang merebak ke wilayah Saudi.

Kuwait melucutkan kerakyatan seorang ulama Syiah yang dianggap membahayakan umat Islam. 
Jika tindakan terhadap komuniti Syiah di Malaysia boleh dianggap “double standard”, bagaimana  pula dengan tindakan negara-negara rantau Arab berkenaan?
Apakah mereka menerima Amman Message, pertemuan di Jeddah atau bagaimana? Dan apakah tindakan kejam sejak dinasti Safawiyyah ke atas etnik Sunnah yang asalnya 60% dari penduduk Iran ketika itu sehingga hari ini di Baluchistan, Ahwaz, Zahedan dan lain-lain bukan double standard? 
Kerjasama tentera Syiah nuri al-Maliki bersama dengan penjajah Amerika membunuh penduduk Sunnah di Iraq tidakkah satu double standard? 
Jika JAKIM keliru apakah PAS juga keliru memecat keahlian beberapa individu yang terlibat dengan Syiah pada 1990-an?
Kembalilah kepada isu pokok, Syiah (Imamiyyah) difatwakan sesat kerana ciri-ciri aqidahnya yang kufur dan bertentangan dengan Islam yang telah lama diputuskan oleh ulama-ulama terbilang kita. JAKIM serta JAIS memiliki alasan yang kukuh bertindak ke atas mereka atas maslahat aqidah ummah. Isu agama seharusnya menjadi tanggungjawab jabatan agama negeri dan JAKIM. Bukan orang awam yang jahil dan sering terkeliru dan yang sudah dibius oleh Syiah menjadi keliru.. WallahuHu'Alam.


~*~Syiah dlm SoLatnya pun masih memaki Sahabat2
Nabi yg diJamin Oleh Nabi Syurga tanpa Hisab..! Allah Hu



Video SYIAH menCELA Sahabat Rasulullah dan Ummu al-Mukminin.


~*~Tokoh Syiah diperangkap Ulama' Ahli Sunnah~*~


~*~Soalan MAUT dari Ulama' Ahlussunnah kepada Syiah~*~



~*~SoaL Jawab Sunnah & Syiah
[Perhatikan Bahasa yg diGunakan oleh SdaraMu SYIAH]

~*~ZALIM Syiah ~Mbunuh Org Sunni

Video Mubahalah (sumpah laknat) antara Syeikh Muhammad al-Kaus (Sunnah) dan Yasir al-Habib (syiah)
Sunnah mempertahankan bahawa Sahabat (Abu Bakar, Umar, Othman dan Hafsah) dan Ummu al-Mukminin A'isyah adalah ahli syurga manakala,
Syiah mempertahankan bahawa Sahabat dan Ummu al-Mukminin A'isyah adalah ahli neraka.




~*~ALLAH menghinakan KHOMENEI sewaktu KEMATIANNYA

~*~


~*~Balasan Allah secara Kontan~ Syiah Laknatullah


~*~FAMOUS DEBATE SHIA VS SUNNI MUNAZRA
(Day1 - Topic: Shaykh Tahir ul Qadri sets Dialogue Foundation)

from ~ http://www.youtube.com/watch?v=GzJM1BIJlOo&feature=related


~*~SYIAH SESAT - Mufti Wilayah Persekutuan -SYIAH Beza dgn Ahlul Bait-15/05/2011



5 Komen:

Terima kasih kpd encik krna tolong menyelesaikan kekeliruan saya selama ini.. banyak bnda yg dulunya kusut dan mengelirukan telah encik betulkan dengan izin Allah..

Untuk itu boleh tak En tolong terangkan kepada saya tentang hukum islam dengan undang islam negara Malaysia..
saya sehingga kini masih tak faham adakah orang yg melakukan dosa besar dan menjalani hukuman mengikut undang-undang Malaysia akan terhapus dosanya sama dengan hukuman dalam islam..
sebagai contoh:
Org yg berzina menurut hukum islam harus direjam sampai mati jika sudah berkahwin, tapi bagi undang2 Malaysia, mereka hanya dipenjara dan mungkin di sebat.. adakah dosa itu akan terhapus??

jadi di sini, adakah undang2 Malaysia boleh disamakan dengan hukum Islam atau hukuman rejam sememangnya tak wujud atau sememangnya Malaysia tak boleh mengamalkan hukum2 itu hanya kerna kita berbilang kaum dan bangsa walau negara ini negara Islam??

jika saudara punyai masa,moga saudara sudi meluangkan sedikit masa utk persoalan saya yg xbrapa penting ini..atau sekiranya sandara sudah membuat kenyataan tentang persoalan ini tetapi saya tidak menyedarinya..moga saudara boleh mmbuat link untuk itu..

sekian, terima kasih..
salam..

saya ingin menjawab secara ringkas sebagai pengunjung di sini..

Undang-undang manusia tidak sama dengan undang2 ALLAH..
jika sesuatu kerajaan yang mengisytihar negara mereka islam tetapi tidak melaksanakan hukum islam (iaitu hukum dr Allah) scra keseluruhan..maka berdosa la bagi pemimpin krn x jalankan hukum tersebut.

Dosa akan terhapus sekiranya mereka benar2 bertaubat dan insaf serta kembali ke pangkal jalan (x ulang lagi dosa). tapi tentg hukuman islam yg X dijalankan apakah mereka masih berdosa atau tidak, sy pon x pasti..tunggu admin blog ni jawab.

Hukuman bagi penzina yg telah berkawin mesti direjam sampai mati..adalah wujud, telah dinyatakan Di dalam sebuah hadith:

Daripada Ibn Umar r.a.: Seorang lelaki Yahudi dan seorang wanita Yahudi telah dibawa kepada Rasulullah s.a.w. diatas kesalahan melakukan zina.
Rasulullah s.a.w. bertanya kepada mereka berdua (lelaki dan wanita Yahudi tersebut), “ Apakah hukuman yang sah (untuk dosa penzinaan) yang terdapat di Kitabmu (Taurat)?”.
Mereka menjawab, “Rahib-rahib kami telah mereka-reka hukuman iaitu menghitamkan muka dengan arang dan Tajbiya”.
Abdullah bin Salam berkata, “ Wahai Rasulullah, suruhlah mereka untuk membawa Taurat”.
Taurat dibawa dan salah seorang daripada golongan Yahudi telah meletakkan tapak tangannya diatas ayat yang menyebut tentang Ar-Rajm (rejam dengan batu sehingga mati) dan membaca ayat-ayat sebelum dan selepasnya.
Maka berkata Ibn Salam kepada orang Yahudi itu, “Angkat tanganmu”. Maka apabila ayat berkenaan Ar-Rajm (sememangnya) berada di bawah tangan lelaki Yahudi itu.
Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan lelaki dan wanita Yahudi yang melakukan zina itu direjam dengan batu sehingga mati. Ibnu Umar menambah: Kedua-duanya direjam di Balat dan aku melihat lelaki Yahudi itu melindungi wanita Yahudi itu. [Sahih Al-Bukhari]
Salam sejahtera kepada saudara yang bertanya, saya tidaklah terlalu arif untuk menjawab persoalan di atas, insyaAllah saya akan jawab sebarapa yang termampu. =)

1. Berkenaan dengan Hukuman Islam (syariah) dan Hukum sivil. ia memang dua perkara yang berbeza. Jika dilihat aplikasinya di mahkamah syariah pun, kita masih belum boleh menerapkan sistem hukuman jenayah syariah yang total untuk umat Islam. Dan ini mungkin berpunca dari keengganan pemerintah untuk menggunakan syariah compliant di dalamnya. Perlu diingat, sesuatu enakmen yang selari dengan apa yang disebut di dalam al-Quran dan al-Sunnah, ia boleh diklasifikasikan sebagai undang-undang syariah. Ia juga termasuk ijtihad pemerintah dalam hal-hal yang tidak termasuk dalam kes hudud dan qisas, iaitulah Ta'zir. Saya menasihatkan agar kita boleh rujuk terus kepada pengamal undang-undang syariah atau pakar bagi penjelasan yang lebih lanjut.

2. Pelaku jenayah, sama ada dia redha atau tidak redha, jika pemerintah menjalankan hukuman Islam dan kesalahan dia sabit dari sudut undang-undang serta jenayah dia dibuktikan benar berdasarkan saksi yang adil dan sebagainya, dia tetap akan dihukum dengan hukuman yang ditetapkan Islam. Masalahnya yang timbul sekarang, pihak pemerintah tidak menjalankan sistem Islam. dalam hal ini, tanggungjawab terletak dibahu pemerintah, bukan pada pesalah.

3. Pesalah masih berdosa atau tidak atau dosanya terhapus jika ia dihukum dengan hukuman sivil? dalam hal keengganan pemerintah untuk menjalankan hukuman Islam, tetapi pesalah ingin dihukum dengan hukuman Islam (seperti bukti kes kartika), ia kembali kepada taubat sipelaku jenayah tadi. Dengan syarat taubatnya benar-benar ikhlas dan menepati syarat-syarat taubat. Ini disebabkan keengganan pemerintah untuk menjalan hukum syariah. Wallahu a'lam.

4. Hukum rejam penzina yang sudah berkahwin. Ia sememangnya ada di dalam Islam. Ia berdasarkan hadith muslim ini:

“Dari Imran bin Hussin r.a seorang perempuan dari kabilah Jahinah datang
menghadap Rasulullah saw dalam keadaan mengandung atas perbuatan zina dia
berkata:Wahai Nabi Allah! Saya telah mengenai hukum had. Maka lakukanlah terhadap saya .Lalu Rasulullah saw memanggil walinya seraya bersabda:
Berlaku baiklah kepadanya ,apabila dia telah melahirkan anaknya bawalah dia kepadaku. Lalu walinya melakukan apa yang telah diperintahkan .Maka diperintah supaya diperkemas pakaiannya kemudian diperintah supaya direjam(sehingga mati).
Kemudian Rasulullah saw menyembahyangkannya jenazahnya . Maka berkatalah Umar ra adakah engkau telah telah menyembahyangkannya wahai Rasulllah padahal dia telah berzina, lalu Rasulullah telah bersabda :
Sesungguhnya dia telah bertaubat, andai dibahagikan taubatnya itu di kalangan tujuh puluh orang penduduk Madinah, nescaya luas untuk mereka, adakah kamu sendiri dapati lebih baik dia bersikap baik kepada Allah dengan menyerah diri kepada Allah s.w.t.
(Riwayat Muslim)

Hadis ini secara jelas mensabitkan hukum bagi orang yang telah berkahwin melakukan zina.

5. Undang-undang Malaysia yang ada pada masa kini tidak menggunakan aplikasi syariah secara total kecuali dalam hal-hal yang berkaitan ta'zir. Jadi, jika Islam menggunakan sistem syariah secara total untuk umat Islam, mungkin kita boleh katakan Malaysia mengikut undang-undang Islam. Tidak boleh disamakan undang-undang yang dijalankan di Malaysia sekarang dengan Undang-undang Islam. Wallahu A'lam.

Terima kasih kepada pemberi komentar di atas kerana membantu saya menjawab persoalan di atas. Semoga Allah memberkati.
sharul kangar...

Sememangnya Jakim telah melakukan yang terbaik dalam membanteras fahaman menyeleweng ini. Tahniah jakim!

dari itu, saya puji blog tuan kerana banyak membuka minda masyarakat kita yang sering tidak terdedah dengan isu2 seperti ini. terima kasih.
Terima kasih kepada yg mmbantu saya menyelesaikan persulitan ini..
Barulah saya sedar rupanya negara kita(Malaysia) masih jauh utk d'iktiraf sebagai negara Islam yg mengamalkan Islam keseluruhannya..


~*~Penyataan NAJIB ttg Negara ISLAM & Undang2 Allah[Hududullah] ~ Boleh membawa kpd "KUFUR"


24/09/2011 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.

"Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.

"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang dekat Batu Gajah.

Najib berkata kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip "Maqasid Syariah" iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

-Malaysiakini.Com

~*~Ucapan Sultan Brunei ttg Undang IsLam~*~

His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, in a titah, has stressed that Brunei Darussalam has no option other than to obey all the demands of Allah the Al-Mighty as its foremost obligation. One of the ways to this end,

His Majesty pointed, is by implementing Islamic laws but without side-lining conventional civil laws. In this regard, His Majesty further pointed, Brunei Darussalam has been and is making a beautiful and unique undertaking by islamising or aligning all its Laws to Islamic requirements in order to fulfill Allah the Al-Mighty's commands. The monarch was speaking at the opening of the International Seminar on Islamic laws carrying the theme: "Towards Implementing Islamic Laws".

The event took place at the Brunei's Defence International Exhibition Centre, BRIDEX, in Jerudong this morning. His Majesty explained that the implementation of Islamic Laws constitutes His Majesty's primary aspiration, which His Majesty has voiced repeatedly, but which, until now it is still being addressed. - www.hafizamri.com


Catat Ulasan

http://jejakitinggalanrasul.blogspot.com/2011/01/syiah-sesat-siapa-yang-keliru.html

http://www.dakwatuna.com/2013/06/09/34810/bahaya-penyebaran-syiah-di-negara-negara-sunni-bagian-pertama-perbedaan-amalan/#axzz2Vz7Uwxz6


Sila sebarkan utk Umat Islam yg prihatin agar tidak tidur lena...



Wallahu'Alam.
Sharing is Caring..


👉Lihat di sini~  https://lading-emas.blogspot.com/2009/09/dajjal-zaman-ini-pandangan-rasulullah.html

👉Lihat di sini~  https://lading-emas.blogspot.com/2009/10/misteri-yajuj-dan-majuj.html



👉Lihat di sini~  https://lading-emas.blogspot.com/2018/10/kajian-terlengkap-seminar-akhir-zaman.html


. .

~***~LadingEMAS~***~
~*~*~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~*~