~*~KALiMAH TAUHiD~*~







~**~TiADA TUHAN KECUALi ALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH pd SETiAP KERLiPAN & PD SETiAP NAFAS Sbyk LuasNYA APA YG ADA pd iLMU ALLAH ~**~

~*~SOLATLah KiTa, Sebelum KiTa diSOLATkan~*~


~*~PLS OPEN this WEB with MOZILLA FIREFOX or INTERNET EXPLORER...for BEST Results, Tq (^^,)

HADIS ~ PESANAN RASUL KITA, UTK UMATNYA TERSAYANG!!!


Drpd Nabi SAW bsabda:~

Ssiapa ke MASJID pd Waktu PAGI/pd Waktu PETANG Allah akan menyediakan utknya satu TEMPAT TINGGAL di Syurga apabila dia pergi samada pd Waktu PAGI atau pd Waktu PETANG

(HR Muslim, #1073)




~*~*~*[MUTiARA HADIS_1]








~~*~~[MUTiARA HADIS_2]





~~**~~[MUTiARA HADIS_3]





~~***~~[MUTiARA HADIS_4]





~*~*~*~*
~*~
~*~


PESAN Rasululah SAW

“Sesungguhnya AMAT dirasa BERAT oleh seOrg MUNAFIK, UTK melaksanakan SOLAT ISYA dan SOLAT SUBUH Sekiranya MEREKA TAHU akan keAGUNGan PAHALAnya, nescaya mereka mendatanginya (ke MASJID, SOLAT berJEMAAH) sekalipun dlm keadaan MERANGKAK2”

(HR Bukhari Muslim)

~*~Hadis Abu Hurairah RA:

Drpda Nabi SAW bSabda: Sesiapa yg pergi ke MASJID pada waktu PAGI atau pada waktu PETANG Allah akan menyediakan untuknya satu TEMPAT TINGGAL di SYURGA apabila dia pergi SAMADA pada waktu PAGI atau PETANG.

(HR Muslim, #1073)

~*~
“Sesungguhnya Allah akan mgumpulkan Org2 MUNAFIK dan 0rg2 KAFIR di dlm JAHANNAM


(QS An Nisa:140).


SOLAT BERJEMAAH LEBIH TINGGI 27 DERAJAT DIBANDING SOLAT SENDIRI“

(HR Bukhari &Muslim)


***

Showing posts with label Puasa Arafah. Show all posts
Showing posts with label Puasa Arafah. Show all posts

Monday, November 7, 2011

EiddiL Adha ~ Hikmah Qurban



Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu"

~[Riwayat at- Tirmidzi]
 
Huraian
i) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

ii) Antara hikmah korban adalah:
a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.
b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.
c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.
iii) Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:
a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."


Hari raya Eidiladha merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam.
Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lali baginda bersabda:
إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ


Maksudnya:
“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” 
- Hadis riwayat al-Nasaai, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959.


Eidiladha juga diberi gelaran sebagai hari raya haji kerana ia diraikan ketika umat Islam mengerjakan salah satu dari amal ibadah yang termasuk di dalam rukun Islam yang lima, iaitu ibadah haji. Di samping itu, Aidiladha juga dikenali sebagai hari raya qurban (bukan korban yer..qurban makna lain, korban lain jadi qurban lebih sesuai iaitu mendekatkan diri kepada Allah) kerana antara syiar semasa merayakannya adalah mengorbankan haiwan seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri.


Ibadah qurban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah ALLAH. Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka ALLAH telah menggantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu. Peristiwa ini telah dirakamkan oleh ALLAH sebagaimana firman ALLAH S.W.T:
“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.”
Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah ALLAH itu), Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (KAMI sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah KAMI).
Lantas KAMI menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya KAMI membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan KAMI tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar serta KAMI kekalkan baginya (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang terkemudian.” – Surah al-Soffaat: 101-108
Rentetan dari peristiwa ini, saban tahun ketika merayakan hari raya Eidiladha maka umat Islam menyembelih binatang-bintang korban lalu mengagih-agihkannya kepada golongan yang kurang bernasib-baik seperti orang miskin, anak yatim, orang Islam yang sedang ditimpa musibah dan lain-lain lagi.
Petikkan~ http://myibrah.com/sejarah-ibadat-qurban





HIKMAH DI SEBALIK IBADAH QURBAN

Salah satu amal ibadah yang disunatkan pada hari raya ialah melakukan Qurban. Waktu menyembelihnya ialah sesudah mengerjakan salat sunat Aidil Adha sehingga hari tasyrik ( 13 Zulhijjah ). Ianya boleh dilaksanakan dengan menyembelih seekor kambing untuk seorang atau seekor lembu untuk tujuh orang. Firman s.w.t. :

Maksudnya:
"Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu (wahai muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat) oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur) sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya)".
( Surah al-Kausar : 1-3 )

Berdasarkan kepada Firman Allah tersebut, jamhur ulama berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat muakad iaitu sunat yang sangat dituntut. Tarafnya lebih tinggi daripada sunat biasa, manakala nilai pahalanya pعla lebih besar. Dalam satu Hadis yang diriwayatkan dari Abi Hurairah katanya, Sabda Rasulullah s.a.w. :

"مَنْ وَجَدَ سَعَةً ِلأَنْ يُضَحِّيَ فَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّنـَا"
Maksudnya : "Sesiapa yang mempunyai kelapangan ( mampu ) untuk berkorban tatapi tidak dilakukannya, maka janganlah dia datang mendekati tempat kami bersembahyang ini".
( riwayat Ahmad dan Ibni Majah )

Dari Hadis ini dapat dibuat kesimpulan, bahawa ibadah korban itu sangat penting sehingga hukumnya seolah-olah hampir kepada wajib, terutama kepada orang yang berkemampuan yang telah dilimpahkan dengan rezeki kepada mereka.

Jelaslah kepada kita, bahawa ibadah korban itu disunatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai satu latihan dan ujian bagi kaum muslimim untuk memupuk semangat berkorban. dengan cara mengeluarkan sebahagian kecil nikmat dan rezeki yang dilimpahkan oleh Allah untuk dirasai oleh golongan fakir miskin sekaligus memanifestasikan syiar Islam itu sendiri.

Petikkan~http://www.dakwah2u.blogspot.com/


SEBARKAN ILMU

RASULULLAH SAW BERSABDA:
"Sampaikanlah Pesananku Kepada Umatku Yang Lain Walaupun Dengan Sepotong Ayat"


Puasa Arafah adalah PUASA pada Hari Arafah, yaitu hari kesembilan dari bulan Dzulhijjah[9 DzulHijjah]. Puasa ini sangat dianjurkan bagi umat muslim yang tidak pergi haji, sebagaimana terdapat dalam riwayat dari Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam tentang puasa Arafah:

Saya berharap kepada Allah agar dihapuskan (dosa) setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya.(HR Muslim)

Korban lambang takwa, prihatin golongan miskin


Korban lambang takwa, prihatin golongan miskin
Jendela Hikmah Oleh Siti Marhamah Abdul Wahid

EIDIL-ADHA bakal menjelang adalah bulan penuh berkat yang dinanti kerana dalamnya bergabung dua ibadat agung iaitu ibadat haji dan korban yang dimulakan sejak zaman Nabi Allah Ibrahim lagi.

Kedua-dua ibadat itu mengimbau sejarah agung yang memaparkan ketaatan dan kesabaran bapa dan anak Nabi Ibrahim serta anaknya Nabi Ismail mentaati perintah Allah. Contoh ketakwaan Ibrahim yang hebat kepada Allah melebihi batas kasih sayang kepada insan, hatta anak sendiri yang paling dirindui dan dikasihinya.

Ibadat korban yang dituntut Islam berbeza dengan konsep berkorban penganut agama lain. Korban dalam Islam bukan memohon perlindungan daripada mala-petaka atau amalan tolak bala. Sebaliknya ibadat korban adalah ibadat ikhlas sebagai lambang pengorbanan hamba kepada Allah.

Korban berasal daripada perkataan ‘qoruba’ yang bermakna dekat. Korban adalah ibadat dalam bentuk pendidikan dan mendekatkan diri kepada Allah menjadi manifestasi rasa syukur kepada Allah atas segala nikmatnya.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya kami memberikan kepadamu nikmat yang banyak, maka dirikanlah solat dan berkorbanlah.” - (Surah al-Kauthar, ayat 1-2)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang mempunyai kemampuan tetapi tidak berkorban, maka janganlah ia menghampiri tempat solat kami.”
(Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah daripada Abu Hurairah)

Firman Allah lagi yang bermaksud: “Dan bagi tiap-tiap umat sudah Kami syariatkan penyembelihan (korban) supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang direzekikan Allah kepada mereka.”
(Surah al-Hajj: 34)

Tujuan korban adalah semata-mata mengagungkan syariat Allah dan merebut peluang mencapai ketakwaan di sisi-Nya. Setiap muslim, sangat dituntut (sunat muakkad) melakukan ibadat korban memadai menyembelih seekor kambing bagi dirinya dan keluarga.

Bahkan, bagi golongan kaya, Imam Abu Hanifah menghukumkan ‘wajib’ bagi mereka melakukan ibadat korban.

Jika mampu secara fizikal, maka disunatkan kita menyembelih sendiri binatang korban itu. Jika tidak mampu disebabkan uzur atau lainnya, hendaklah kita menyaksikan binatang korban ketika disembelih. Melihat darah pertama yang mengalir daripada binatang korban bermakna kita mendapat keampunan.

Rasulullah SAW pernah memerintahkan Fatimah supaya melihat binatang korbannya ketika disembelih. Sabda Baginda yang bermaksud:
“Pergilah engkau melihat binatang korbanmu, sesungguhnya titis darahnya yang pertama itu Allah akan ampunkan dosa-dosamu yang terdahulu.
Lalu Fatimah bertanya: Ini untuk kita Ahlul Bait saja atau juga untuk semua orang Islam? 
Rasulullah SAW menjawab: Bahkan untuk kita dan semua orang Islam.” 
- (Hadis riwayat al-Hakim)

Justeru, ibadat korban sangat dituntut kerana manfaatnya kepada orang yang berkorban. Bagi yang masih hidup, ia lebih baik daripada bersedekah dengan harga binatang korban itu. Sesungguhnya mengharapkan keampunan dosa adalah inti pati semua ibadat dalam Islam.

Hukum korban dibahagi kepada dua iaitu sunat muakkad (bagi yang mampu) dan wajib kepada yang bernazar. Jika melakukan korban sunat, sunat bagi yang berkorban memakan sebahagian daging korban dan sebahagian lagi dihadiahkan atau disedekahkan kepada jiran tetangga, sahabat handai dan fakir miskin.

Imam Syafei dalam pendapat awalnya (qawl jaded) menyatakan sebaik-baiknya satu pertiga dimakan dan yang lainnya dihadiahkan kepada sahabat, jiran tetangganya dan fakir miskin. Tetapi pendapat paling sahih dan jelas ialah wajib bersedekah dengan sebahagian daripada daging korban walaupun sedikit kepada orang Islam yang fakir walaupun hanya seorang. Lebih afdal, disedekahkan kesemuanya kecuali memakan beberapa suap untuk mengambil berkat.

Mengikut pendapat jumhur ulama, Hanafi, Maliki dan Hambali, korban sunat, harus dimakan sebahagiannya, tetapi jika ia korban wajib (nazar) haramlah dimakan dagingnya oleh yang berkorban.

Begitu juga binatang korban yang dikongsi tujuh orang jika salah seorang berniat untuk qada korban yang lepas maka dagingnya juga haram dimakan dan wajib disedekahkan kesemuanya.

Selain daripada keampunan dosa, ibadat korban membuka ruang dan peluang meningkatkan sikap peka serta prihatin terhadap kebajikan sesama insan, terutama golongan fakir dan miskin.
Ramai menganggap daging korban mesti diberikan kepada orang miskin saja dan mempertikai ada orang kaya yang dapat agihan daging korban.

Orang kaya juga diharuskan dihadiahkan daging korban bertujuan mengukuhkan hubungan silaturahim. Rasulullah SAW sentiasa menghadiahkan sahabat Khadijah (kebanyakannya wanita kaya), setiap kali Baginda mengadakan korban sekalipun isterinya sudah wafat.

Ibadat korban mempunyai hikmah tersendiri. Ia bukan semata-mata ibadat untuk memberi makan kepada orang miskin, ia ibadat untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan cara menumpahkan darah (binatang) seperti kata pengarang 'Mughni al-Muhtaj’.

Mengikut pandangan Profesor Tafsir Universiti al-Azhar, Prof Dr Syed Fathullah Sa'id, hikmah ibadat korban ialah untuk menegakkan syiar agama berasaskan kepada pengorbanan. Agama ditegakkan dengan pengorbanan. Menumpahkan darah binatang simbolik kepada pengorbanan dilakukan.

Ulasan ahli fiqh mengenai perkara ini adalah jelas, berdasarkan semangat ini daging korban bukan disedekahkan kepada si kaya, tetapi dihadiahkan.
Moga dengan hadiah itu semangat korban menjalar dalam hidup si kaya hingga mendorong mereka berkorban demi manfaat umat Islam.
Petikkan~ http://jendelahikmah05.blogspot.com/2007/11/korban-lambang-takwa-prihatin-golongan.html


Kelebihan Bulan Zulhijjah 

 

Pada sepuluh hari pertamanya terdapat banyak kemuliaan dan keutamaan. Hari-hari tersebut disediakan oleh Allah sebagai musim ketaatan dan kesempatan beramal soleh.

Maka seorang Muslim wajarlah ia memperhatikan hikmah yang terkandung dalam bulan tersebut, memanfaatkan dengan melaksanakan pelbagai ibadah yang disyariatkan, menjaga perkataan dan amal yang soleh agar hatinya menjadi dekat kepada Allah Taala di mana hal tersebut dapat membantunya dalam menghadapi kehidupan ini dengan jiwa besar dan semangat yang berkobar. 10 hari pertama di bulan Zulhijjah merupakan hari-hari yang sangat mulia dan penuh barakah.

Bukti kemuliaan ini, Allah Taala bersumpah dengannya dalam Al Quran Al Karim,

 “Demi fajar, dan malam yang sepuluh” ~[Al Fajr:1-2]



Imam At Tobari menafsirkan “Wa layaalin ‘asr” (Dan malam yang sepuluh) sebagai malam-malam sepuluh Zulhijjah berdasarkan kesepakatan hujjah dari ahli ta’wil (ahli tafsir). (rujuk Jami’ Al Bayan fi Ta’wil Al Qur’an:7/514)

Penafsiran ini dikuatkan oleh Ibnu Kathir dalam menafsirkan ayat ini,

 “Dan malam-malam yang sepuluh, maksudnya, sepuluh Zulhijjah sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Abbas, Ibnu Zubair, Mujahid, dan lebih dari satu ulama salaf dan khalaf”.
(Ibnu Kathir:4/535)


Kemuliaan sepuluh hari ini juga disebutkan dalam surah Al Hajj dengan perintah agar memperbanyak menyebut nama Allah pada hari-hari tersebut. Allah Taala berfirman, maksudnya:

“Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengenderai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh, supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak”. ~(Al Hajj: 27-28)

Imam Ibnu Kathir dalam menafsirkan ayat ini dengan menukilkan riwayat dari Ibnu Abbas,

 “Al Ayyam Al Ma’lumat (hari-hari yang ditentukan) adalah hari-hari yang sepuluh” ~(Tafsir Ibnu Kathir:3/239). 

Maka dapat disimpulkan bahawa keutamaan dan kemuliaan hari-hari yang sepuluh dari Zulhijjah telah datang secara jelas dalam Al Quran Al Karim yang dinamakan dengan Ayyam Ma’lumat karena keutamaannya dan kedudukannya yang mulia.

Manakala dari hadis, terdapat keterangan yang menunjukkan keutamaan dan kemuliaan sepuluh hari pertama dari bulan Zulhijjah ini, di antaranya sabda Nabi S.A.W yang bermaksud,

 “Tidak ada satu amal soleh yang lebih dicintai oleh Allah melebihi amal soleh yang dilakukan pada hari-hari ini (iaitu 10 hari pertama bulan Zulhijjah)”.
Para sahabat bertanya, “Tidak pula jihad di jalan Allah? 

Nabi S.A.W, “Tidak pula jihad di jalan Allah, kecuali orang yang berangkat jihad dengan jiwa dan hartanya namun tidak ada yang kembali satupun” ~(Sunan Abi Daud dan  Ibnu Majah).


Dianjurkan ke atas orang Islam pada hari-hari tersebut untuk bersungguh-sungguh dalam ibadahnya, di antaranya solat, membaca Al Quran, zikruLlah, memperbanyak doa, membantu orang-orang yang kesusahan, menyantuni orang miskin, memperbaharui janji kepada Allah Taala. 

Masih ada satu amalan lagi yang utama pada hari-hari tersebut, iaitu berpuasa sunnah[09-ZuLHijjaH] di dalamnya.


Terdapat dalam Sunan Abi Daud dan lainnya menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W berpuasa pada 9 Dzulhijjah (rujuk Sunan Abi Daud no.2437)

Manakala Syeikh Muhammad bin Soleh Al Munajjid berkata,

 “Di antara musim ketaatan yang agung adalah sepuluh hari pertama dari bulan Zulhijjah, yang telah Allah muliakan atas hari-hari lainnya selama setahun dan hal ini diperkuat dengan beberapa bukti di bawah ini :


1. Allah Taala telah bersumpah dengannya. Dan bersumpahnya Allah dengan sesuatu menjadi dalil besarnya manfaat. Allah Taala berfirman bermaksud, “Demi fajar, dan malam yang sepuluh” (Al Fajr:1-2). Ibnu Abbas, Ibnu Al Zubair, Mujahid, dan beberapa ulama salaf dan khalaf berkata bahawa ia adalah sepuluh hari pertama Zilhijjah. Ibnu Kathir membenarkan pendapat ini. (rujuk tafsir Ibni Kathir:8/413)

2. Sesungguhnya Nabi S.A.W pernah bersaksi bahawa hari-hari tersebut adalah seutama-utamanya hari-hari dunia sebagaimana yang telah disebutkan di dalam hadis shahih.

3. Rasulullah S.A.W menganjurkan untuk memperbanyakkan amal solih di dalamnya. Sesungguhnya kemuliaannya mampu diperoleh oleh setiap penduduk negeri, sementara keutamaan tempat hanya dimiliki oleh jama’ah haji di Baitil Haram.

4. Rasulullah S.A.W juga memerintahkan untuk memperbanyakkan tasbih, tahmid, dan takbir pada sepuluh hari tersebut. Dari Ibnu Umar R.A bahawa  Nabi S.A.W bersabda maksudnya,

“Tidak ada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah dan amal solih di dalamnya lebih dicintai olehNya daripada hari yang sepuluh (sepuluh hari pertama dari Zulhijjah), perbanyaklah tahlil, takbir, dan tahmid di dalamnya” ~(Musnad Imam Ahmad 7/224, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan isnadnya).


5. Di dalamnya terdapat Hari ‘Arafah. Hari ‘Arafah adalah hari yang disaksikan yang di dalamnya Allah menyempurnakan ajaran deenNya sementara puasanya akan menghapuskan dosa-dosa selama dua tahun.

6. Di dalamnya terdapat ibadah ‘udhiyyah (berkorban) dan haji”.

Dalam sepuluh hari ini juga terdapat yaumun nahar (hari penyembelihan) yang secara umum menjadi hari teragung dalam setahun.
Hari tersebut adalah haji besar yang berkumpul berbagai ketaatan dan amal ibadah padanya yang tidak terkumpul pada hari-hari selainnya.
Sesungguhnya siapa yang mendapatkan sepuluh hari bulan Zulhijjah merupakan bahagian dari nikmat Allah yang besar atasnya.
Hanya orang-orang soleh yang bersegera kepada kebaikan segera untuk menghormatinya dengan semestinya. Dan KEWAJIBAN seorang Muslim adalah merasakan nikmat ini, memanfaatkan kesempatan emas ini dengan memberikan perhatian yang lebih, dan menundukkan dirinya menjalankan ketaatan.
Sesungguhnya di antara kurnia Allah Taala atas hambaNya adalah menyediakan banyak jalan berbuat baik dan meragamkan kepelbagaian bentuk ketaatan agar semangat seorang Muslim sentiasa thabat, tetap istiqamah menjalankan ibadah kepada Allah.

Sumber: http://www.tarbawi.my/

http://myibrah.com/kelebihan-bulan-zulhijjah

WallahHu'Alam.

Sambung..~ https://lading-emas.blogspot.com/2011/08/kaedah-sembelihan-cara-islam-yang.html

. .
~***~LadingEMAS~***~

Tuesday, August 16, 2011

Ramadhan di Tanah Suci Kota Mekkah





Pengalaman Ramadan di kota suci Mekah


SETIAP kali mata memandang Kaabah tambahan pula ibadah umrah dilakukan pada bulan Ramadan, serta-merta pemikiran Azman Disa melupakan terus hal ehwal dunia waima ahli keluarganya sendiri.
“Itu adalah perasaan saya dan kebanyakan orang apabila berada di sana. Rata-rata mereka turut menyatakan perkara yang sama kepada saya,” ujar Azman ketika ditemui di ibu pejabat Poto Travel and Tours di Kuala Lumpur.
Menurut lelaki yang berusia 36 tahun itu, setiap kali tiba bulan penuh keberkatan, pasti keadaan kota Mekah sesak dipenuhi umat Islam sehingga ke siar kaki masjid terutama ketika waktu sembahyang.
“Jika azan sudah berkumandang baru kita keluar ke masjid, pasti kita hanya dapat bersembahyang pada jarak 120 meter dari luar Masjidil Haram,” ujarnya yang sudah beberapa kali mengerjakan umrah ketika bulan Ramadan sejak tahun 1999.
Kata lelaki yang bertugas sebagai Ketua Jabatan Umrah dan Haji itu, perkara yang paling dirindui adalah suasana yang hanya dapat dilihat dan dirasai pada bulan Ramadan.
“Apabila tiba waktu berbuka puasa, kita sebagai jemaah umrah tidak perlu berasa takut jika tiada makanan kerana ada orang Arab suka bersedekah.
“Di dalam dan luar pekarangan masjid, terdapat bentangan plastik yang dipanggil safrah. Pada bentangan itu, mereka akan menaburkan makanan seperti buah tamar, roti dan buah-buahan kering sebagai sedekah.
“Mereka akan menarik kita untuk makan hidangan tersebut, manakala untuk minuman pula kita akan dihidangkan sejenis minuman dipanggil ghawah,” terang Azman yang sudah 13 tahun terlibat dalam bidang itu.
Ghawah adalah sejenis minuman tradisional Arab iaitu minuman kopi yang dicampur rempah-ratus. Ia dapat menghilangkan angin dan panas dalam badan.
Tarawih di Mekah
Selepas solat Maghrib, jemaah akan berehat selama sejam dan akan sambung solat Isyak serta diikuti solat sunat tarawih.


SEORANG pekerja restoran di Riyadh, Arab Saudi memasak qatayef iaitu sejenis lempeng yang dihidangkan untuk iftar.


Menurut Azman, perkara yang menjadi sebutan ketika tiba saat tarawih adalah solat yang diimamkan oleh Sheikh Abdullah Awwad Al-Juhany.
Alunan suara dan gaya bacaannya begitu menyentuh perasaan sehinggakan mereka yang tidak faham bahasa Arab pun boleh menangis ketika mendengar bacaannya.
“Jika maksud ayat tersebut sedih, dia boleh menangis dan apabila tiba ayat yang perlu penegasan, suara yang kedengaran penuh tegas dan garang,” kata Azman lagi.
Menyentuh mengenai aktiviti pada waktu siang dalam bulan Ramadan
di kota Mekah, Azman menambah, suasananya sedikit berbeza dan tidak meriah seperti waktu malam. Suasana agak lengang walaupun orang masih kelihatan di persekitaran masjid.
“Masjidil Haram dibuka 24 jam sehari dan orang ramai bebas melakukan ibadah. Pada waktu siang, kami akan berehat sebentar dengan tidur selepas solat Zuhur.
“Selain itu, saya akan membawa jemaah melakukan tawaf dan ziarah kerana ketika itu orang tidak begitu ramai,” katanya yang berpeluang ke kota Mekah atas tuntutan kerja.
Aktiviti di kota Mekah terutama kepada rakyat Malaysia bermula seawal pukul 3 pagi dengan bersahur kemudian diikuti dengan solat Subuh pada pukul 4 pagi.
Menyempurnakan rukun umrah seperti tawaf dan sai’e pula bermula pada pukul 5 pagi. Jika semua telah dilakukan, jemaah akan beriktikaf di masjid dengan perbanyakkan solat dan membaca al-Quran.
Kos tinggi
Lain pula pengalaman yang dirasai oleh Abdul Rahman Mohd. Ali, 46, sepanjang menjalani umrah pada bulan puasa terutama sebelum mendirikan rumah tangga.
Dia pernah mengunjungi tanah suci Mekah secara mengembara (backpacker) sebanyak lima kali sebelum berkahwin.
“Pengalaman yang dilalui sedikit berbeza. Saya masih ingat lagi ketika perjalanan menaiki bas dari Madinah ke Mekah.
“Pada waktu itu, azan Maghrib berkumandang dan saya masih lagi berada dalam bas. Tiba-tiba, saya dikerumuni orang Arab yang mahu bersedekah.
“Ada yang memberi kurma, air dan lain-lain. Kita tidak akan mati jika berada di sana pada bulan Ramadan kerana di mana-mana akan ada orang sedekah makanan.
“Hanya orang yang berkurung di dalam rumah berkemungkinan akan menemui ajal,” seloroh Rahman yang sudah 15 tahun berkahwin.


GHAWAH iaitu kopi tradisional Arab yang dicampur dengan rempah-ratus antara minuman yang popular di tanah Arab.


Bagaimanapun, terdapat perkara yang dikesali oleh Rahman tatkala melihat orang Malaysia yang beribadat di sana tidak turut serta berderma.
“Sudah menjadi kebanggaan bangsa Arab apabila orang makan atau mengambil hasil pemberian mereka tetapi mengapa orang kita (Malaysia) hanya makan dan tidak berderma?” soal Rahman lagi.
Bercerita mengenai kelompok yang pergi umrah pada bulan puasa, Rahman berkata, kebanyakan mereka adalah individu yang bukan kali pertama pergi mengerjakan ibadat tersebut.
Kos menunaikan umrah pada bulan puasa boleh meningkat berkali ganda terutama pada 10 hari terakhir Ramadan. Kenaikan kos disebabkan harga sewa bilik yang mahal.
Sewa bilik boleh meningkat dari 700 riyal (RM562) semalam kepada 1,000 riyal (RM802.52) semalam dan harga boleh menjadi lebih mahal jika ia terletak berhampiran dengan masjid.
“Jika menginap di Hotel Hilton, sewa semalam pada 10 malam terakhir Ramadan boleh mencecah sehingga 17,000 riyal (RM13,606) semalam kerana layanan eksklusif dan lokasinya,” jelas Rahman.
Panggilan untuk menghadap rumah Allah tidak pernah memilih pekerjaan atau status seseorang. Pelakon yang kini lebih dikenali dengan watak-watak baik, Ashraf Muslim sukar menggambarkan perasaan pertama kali mengerjakan solat di Mekah ketika menunaikan umrah pada bulan Ramadan tahun 2009.
“Perasaan saya begitu seronok dan gembira sebelum berlepas ke sana. Perjalanan umrah saya adalah dari Jeddah dan singgah di Madinah, kemudian ke kota Mekah.
“Di Madinah, rombongan yang saya sertai tiba pada waktu awal pagi dan berkesempatan solat Subuh. Tatkala kaki melangkah anak-anak tangga masjid, azan Subuh pun kumandang.
“Perasaan saya ketika itu bercampur-baur. Rasa begitu sedih dan sayu kerana seperti dijemput ke tanah suci. Perasaan gembira turut dirasai dan terasa seperti begitu rindu kepada Maha Pencipta,” ujar Ashraf ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.
Pengalaman pertama kali menjejakkan kaki di Mekah ada sedikit kelainan.
Beliau memasuki Masjidil Haram melalui pintu pertama yang dipanggil pintu King Fahd juga pada waktu malam selepas solat Maghrib.
Untuk memasuki pekarangan masjid, jemaah perlu menuruni tangga sebelum dapat melihat Kaabah. Apabila terpandang sahaja Kaabah, saya terasa umpama magnet yang ditarik terus ke arah kiblat umat Islam itu,” kata Ashraf berkongsi pengalaman.
Tambahnya, di tanah suci itu, orang ramai akan berpusu-pusu untuk berbuka di dalam masjid kerana berdoa dalam tempoh lima minit terakhir sebelum azan Maghrib adalah paling mustajab.
Selain itu, Ashraf mengakui bahawa cuaca pada waktu siang di Mekah lebih panas berbanding Malaysia dan kadangkala suhu mencecah sehingga 40 darjah selsius.
Ashraf atau nama sebenarnya Mohd. Ashraf Muslim, 30, akan bertolak sekali lagi ke sana untuk menunaikan umrah pada 17 Ramadan ini.
Pemergian jejaka dari Melaka itu kali ini akan menjadi titik perubahan dalam hidupnya kerana dia akan menikahi gadis pilihan hati pada 1 Syawal di hadapan Kaabah.

Petikan ~ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0814&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm

. .
~***~LadingEMAS~***~
~*~

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan dan Kesahnya

Ragam Ramadhan...

0rang2 malaysia memang pemurah...orang ni baca Al Fatihah pun x tau tapi siap ngan ketayap

Jam 5.30 petang tadi saya berkunjung ke Bazar Ramadhan, Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Bazar Ramadhan membuka peluang kepada penduduk tempatan mencari rezeki di bulan mubarak. Peniaga bertungkus-lumus menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Barangkali keuntungan harian diraih tidak mencecah ribuan ringgit tetapi mencukupi untuk menambah rezeki keluarga.


Mereka bukan berniaga secara semberono, lesen perniagaan dikeluarkan secara sah oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Ada harinya mereka untung, mungkin ada hari tertentu mereka kerugian.

Begitulah adat peniaga. Ringkasnya, setiap hari di bulan mulia ini, mereka sentiasa bekerja keras mencari rezeki secara halal.


Hampir jam 6 petang, saya terlihat kelibat pengemis duduk tenang di tengah laluan bazar Ramadhan.  Sewaktu saya menghampirinya dia berkata ...

"Kemboja! Kemboja!"

Biarpun hanya menggunakan bahasa isyarat, dia mendakwa kakinya kudung akibat terkena jerangkap samar di negara asal.


Sewaktu saya mula merakamkan gambar, dia kelihatan kurang selesa. Apabila ditanya berhubung tempat tinggal dan usianya, dia gagal berkongsi informasi terbabit berikutan kekangan bahasa.

Beberapa minit kemudian, dia mula bergerak, rentetan gambarnya saya rekodkan berikutan desakan hati kecil.


Pasti ramai berasa simpati melihat pengemis terbabit ketika dia cuba menyeberangi longkang kecil. Papan gelungsur buatan tangan terpaksa diangkat terlebih dahulu sebelum dia mengesut perlahan.

Ketika itu saya yakin, dia tidak menyedari setiap pergerakannya saya rakamkan dari jarak jauh.


Sewaktu beredar dari bazar, dia sempat berhenti di hadapan deretan kedai untuk mengira hasil kutipannya sejak awal petang. Perlahan tetapi berhati-hati, dia kemudian bergerak ke arah belakang kedai.

Saya mengekorinya dari jauh sambil terus merakamkan gambar.


Islam pada dasarnya tidak menggalakkan penganutnya hidup secara meminta-minta. Bagaimanapun melihatkan kecacatan lelaki itu, ramai pengunjung bazar tanpa teragak-agak menghulurkan derma seikhlas hati kepadanya. Ramadhan, sesungguhnya bulan untuk kita bersedekah.

Ops! Terlebih dahulu, mari bersama kita perhatikan gambar di bawah secara teliti.


Menarik? Pelanduk dua serupa?

Tumpukan perhatian kepada lelaki berbaju belang kelihatan berjalan laju ketika gambarnya saya rakamkan.

Ya, kejadian pelik.

Perangai manusia kekadang lebih mengelirukan berbanding perlakuan entiti paranormal pernah saya rakamkan sebelum ini. 

Saya difahamkan, dia datang mengemis di bazar terbabit menaiki teksi tetapi ketika gambar direkodkan, dia tidak menuju ke arah jalan utama atau perhentian kenderaan.


Sewaktu dia menghampiri van rosak diparkir, saya tercegat berdiri di hadapannya. Biarpun tersentak, dia tetap menguntumkan senyuman.


Papan gelungsur sebelum itu digunakannya dimasukkan ke dalam beg di capai dari bawah van. 

Tadaaaaaaaaaa!


Dia kemudian saya  'jemput' untuk kembali semula ke bazar tetapi kali ini lengkap berkaki. Melihat senyumannya sambil berdiri seperti manusia lain, beberapa peniaga kelihatan terpaksa menahan perasaan geram mereka.


Jam 6.28 petang, tiba-tiba dia mengeluarkan telefon bimbitnya sekaligus menghubungi seseorang. Malangnya, bahasa komunikasi mereka tidak langsung saya fahami. 


Saya kemudian meminta pengemis itu menunjukkan kepada orang ramai, wang hasil kutipan di antara jam 4 dan 5.30 petang. Tanpa membantah, dia mengeluarkan beg kain selempang dari dalam bajunya.


Dia memerhatikan 2 remaja terbabit mengira wang terbabit, hasil simpati pengunjung melihat kaki kudungnya. 

"Enam puluh ringgit, kalau campur duit syiling lebih lagi," ujar remaja berbaju merah.


Itu jumlah 'gajinya', diraih kira-kira dalam tempoh 90 minit sahaja. Jumlah mungkin tidak mampu diraih peniaga tempatan dalam tempoh sama.


Melihat kopiah disumbatkan di poket lelaki itu, saya kemudian membacakan keretan terawal Al-Fatihah dan menyuruh dia menyambungnya. Namun dia tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap bacaan Ummul Kitab itu.

Terlintas di fikiran saya, adakah dia beragama Islam?

Mendengar saya membacakan Al-Fatihah, kenalan saya berkebetulan berdiri di kawasan berhampiran tersenyum lebar sambil merakamkan gambar saya dan pengemis terbabit.


Dia kemudian dinasihatkan agar tidak lagi mengulangi perbuatannya, memperdaya orang ramai.


Pengemis itu kemudian dibenarkan beredar.


Kali ini dia berjalan pantas menuju perhentian bas di kawasan berhampiran. Saya terus mengekorinya sambil merakamkan gambar.


This message is intended only for the use of the person(s) to whom it is 
addressed and may contain information that is privileged or otherwise protected
from disclosure. If you are not the intended recipient you are hereby notified that
any use, review, disclosure or copying of this message and the information it
contains is prohibited. If you receive the message in error, please notify the
sender by reply e-mail and discard all its contents.

Thank You.

. .
~***~LadingEMAS~***~
~*~*~ Who