~*~KALiMAH TAUHiD~*~







~**~TiADA TUHAN KECUALi ALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH pd SETiAP KERLiPAN & PD SETiAP NAFAS Sbyk LuasNYA APA YG ADA pd iLMU ALLAH ~**~

~*~SOLATLah KiTa, Sebelum KiTa diSOLATkan~*~


~*~PLS OPEN this WEB with MOZILLA FIREFOX or INTERNET EXPLORER...for BEST Results, Tq (^^,)

HADIS ~ PESANAN RASUL KITA, UTK UMATNYA TERSAYANG!!!


Drpd Nabi SAW bsabda:~

Ssiapa ke MASJID pd Waktu PAGI/pd Waktu PETANG Allah akan menyediakan utknya satu TEMPAT TINGGAL di Syurga apabila dia pergi samada pd Waktu PAGI atau pd Waktu PETANG

(HR Muslim, #1073)




~*~*~*[MUTiARA HADIS_1]








~~*~~[MUTiARA HADIS_2]





~~**~~[MUTiARA HADIS_3]





~~***~~[MUTiARA HADIS_4]





~*~*~*~*
~*~
~*~


PESAN Rasululah SAW

“Sesungguhnya AMAT dirasa BERAT oleh seOrg MUNAFIK, UTK melaksanakan SOLAT ISYA dan SOLAT SUBUH Sekiranya MEREKA TAHU akan keAGUNGan PAHALAnya, nescaya mereka mendatanginya (ke MASJID, SOLAT berJEMAAH) sekalipun dlm keadaan MERANGKAK2”

(HR Bukhari Muslim)

~*~Hadis Abu Hurairah RA:

Drpda Nabi SAW bSabda: Sesiapa yg pergi ke MASJID pada waktu PAGI atau pada waktu PETANG Allah akan menyediakan untuknya satu TEMPAT TINGGAL di SYURGA apabila dia pergi SAMADA pada waktu PAGI atau PETANG.

(HR Muslim, #1073)

~*~
“Sesungguhnya Allah akan mgumpulkan Org2 MUNAFIK dan 0rg2 KAFIR di dlm JAHANNAM


(QS An Nisa:140).


SOLAT BERJEMAAH LEBIH TINGGI 27 DERAJAT DIBANDING SOLAT SENDIRI“

(HR Bukhari &Muslim)


***

Showing posts with label SeSaT. Show all posts
Showing posts with label SeSaT. Show all posts

Sunday, August 7, 2011

Wahabi ~ Apa yg Anda ingin tahu tentangnya..?

02 August, 2011


Bahaya Kerajaan SAUDI Pengganas - Fatwa Mufti Perlis


Apabila diteliti secara berhemah. Majlis Keselamatan Negara tidak pernah mendakwa seluruh negara Arab Saudi sebagai pengganas. Yang menghina negara Arab Saudi dan mengecop negara Saudi sebagai merbahaya adalah Mufti Perlis Juanda Jaya Al-Wahhabi sendiri.
Beberapa berita palsu yang dilapor portal kononnya Majlis Keselataman Negara (MKN) mendakwa negara Saudi Arabia itu adalah terorist dan pengganas. Rupa-rupanya MKN tidak menyatakan sedemikian.

So siapa yang dakwa negara Saudi itu sebagai BAHAYA ??
Jawapannya Mufti Perlis Juanda Jaya lah yang mendakwa negara Saudi sebagai MERBAHAYA dan bukan MKN yang kata. Tetapi cerita benar ini menjadi terbalik dan dipusing-pusingkan faktanya demi melaga-lagakan hubungan diplomatik antara negara Malaysia dan negara Saudi. Betapa jahatnya agenda Wahhabi.

Mungkin antara kita mengatakan Osama Ben Laden itu pengganas dari Saudi Arabia tetapi ia tidak bermakna kita mengatakan negara Saudi itu seluruhnya pengganas. Berbeza dengan Mufti Perlis yang Wahhabi ini dengan jelas dia sendiri mendakwa/menghukum negara SAUDI adalah BAHAYA.


Dalam satu kenyataan rasmi Pejabat Mufti Perlis dengan jelas menyatakan berkaitan BAHAYA KERAJAAN ARAB SAUDI.

Mungkin kerana inilah Majlis Keselamatan Negara tidak menjemput Mufti Perlis @ pejabat mufti perlis bagi menghadiri taklimat khas isu fahaman wahhabi oleh MKN beberapa minggu yang lalu. Kerana Mufti Perlis lah yang mendakwa Saudi itu BAHAYA dan ini boleh mengganggu hubungan Malaysia-Saudi.

Dikatakan surat jemputan taklimat MKN sengaja difakskan oleh seseorang agen Wahhabi kepada Pejabat Mufti Perlis sedangkan Perlis tidak dijemput. Kemudian seorang agen Wahhabi bernama Fadhlan Othman datang ke taklimat tersebut tanpa dijemput/tidak diundang dan mengaku dirinya kononnya sebagai "wakil Perlis". Fadhlan Othman turut menyamar dirinya sebagai Dr. Fadhilah Othman bagi mengaburi dan menutupi identiti sebenarnya. Turut hadir tanpa diundang dalam taklimat tersebut seorang pegawai bawahan penyelidikan "JAKON" cuba merisik membongkar rahsia negara bernama Aizam dan mereka inilah yang dipercayai menebarkan berita-berita palsu kepada media sehingga melaga-lagakan antara Malaysia dan Saudi. Sedangkan dalam taklimat itu tidak menyatakan negara Saudi itu PENGGANAS pun (rujuk berita kenyataan setiausaha MKN)tetapi yang menukar berita itu & memburuk-buruk MKN dipercayai dilakukan oleh antara mereka yang tidak diundang tetapi hadir dengan helah yang licik.

Diminta kepada pihak Keselamatan Dalam Negeri memberi tumpuan kepada bahaya penyebaran berita palsu oleh mereka yang tidak diundang tersebut. Sudahlah tidak diundang, oklah jika kau nak makan free jek lari dari tugasan asal kau tetapi yang kau pergi sebar berita palsu kononya MKN tuduh Saudi itu pengganas apa pasal?! Yang menghukum negara Saudi sebagai BAHAYA/pengganas adalah Al-Wahhabi Mufti Perlis bukan MKN pun berdasarkan dari bukti di atas.

WAHHABI MUFTI PERLIS JUANDA JAYA YANG HUKUM/DAKWA NEGARA SAUDI ARABIA ITU BAHAYA/PENGGANAS

Oleh: takpandairisik90778565@yahoo.com

__________________________

Mufti Perlis Juanda Jaya hukum Dr Uthman SESAT, SESAT AKIDAH, MENYELEWENG & BAHAYA:

Al-Wahhabi Mufti Perlis Juanda Jaya bukan sahaja seorang yang kuat melatah menghukum orang lain sebagai Khawarij tetapi Mufti Perlis ini turut menghukum tokoh-tokoh ilmunh Islam sebagai sesat akidahnya, musyrik, kafir dan sebagainya.

Juanda Jaya yang memegang jawatan mufti hasil dari lobian beberapa pihak yang cenderung kepada fahaman Wahhabi telah menghukum tokoh Ma'al Hijrah dan ilmuan negara (Dr.) Muhammad Uthman El-Muhamamdy sebagai SESAT, SESAT AKIDAH dan pelbagai lagi. Bukan itu sahaja. Mufti Perlis tersebut turut menghukum Dr Uthman sebagai menyeleweng dan bahaya.Inilah padahnya memilih mereka yang pening menjadi orang yang ada sedikit autority dalam negeri. Habis semua ulama dihentamnya. Dr. Uthman El-Muhammady dikafirkannya dengan menghukum akidah beliau sebagai sesat atas alasan yang entah apa-apa. Mereka yang suka menghukum orang Islam lain sesat dan kafir tidak lain adalah Wahhabi.

Kini Mufti Perlis terbaru Juanda Jaya pula..Lihat dan nantikan ulama mana lagi akan kena tibai dek dia. Pastikan kenyataan ini akan dibuktikan oleh dirinya sendiri.

01 August, 2011


Tolak Wahhabi Hapus Kouta Haji -Fatwa bodoh Wahhabi UMNO



Antara cara jahat golongan UMNO adalah menipu rakyat secara terang-terangan. UMNO melalui media rasmi islamik mereka mendakwa jika umat Islam di Malaysia yang berfahaman Ahli Sunnah Wal Jama'ah menolak fahaman Wahhabi atau tidak mahu beramal dengan ajaran Wahhabi maka kouta haji bagi rakyat melaysia akan banyak dihapuskan.

Pihak berwajib Arab Saudi telah dihubungi mengenai isu kouta haji adakah kekurangan kouta haji bagi mana-mana- negara itu ada kaitan dengan hizbiah, fahaman-fahaman yang berlain dalam Islam atau tidak? Dengan jelas pihak berwajib menyatakan kouta haji TIADA kaitan dengan puak-pauk dalam agama atau perbezaan fahaman. Tetapi yang sedihnya..........

UMNO mendakwa jika umat Islam tanah air (Ahli Sunnah Wal Jama'ah) enggan beramal dengan fahaman Wahhabi maka digambarkan kedahsyatan besar akan berlaku iaitu umat Islam tanah air TIDAK DIBENARKAN untuk menunaikan haji atas alasan banyak kouta dihapuskan. Jahat sunggah cara UMNO. Berbohong besar atas nama ularmak muda UMNO. Mari kita bongkar pembohongan dan cara menakut-nakutkan rakyat dilakukan oleh UMNO ini ;


1- Iran antara pengamal fahaman Syiah terbesar di dunia. Mereka masih diberi kouta haji yang amat banyak jumlahnya bahkan jumlahnya mengalahkan beberapa negara-negara kerajaan berfahaman sunni yang lain. Kita sedia maklum bahawa Syiah dan Wahhabi apabila Wahhabi bertopengkan nama Sunni banyak peperangan/pembunuhan antara mereka terjetus di beberapa negara. Fahaman Syiah telah difatwakan SESAT oleh tokoh-tokoh Wahhabi di Saudi. Tetapi kouta haji bagi rakyat Iran tidaklah dihapuskan sepertimana yang ditakut-takutkan oleh UMNO. Bahkan jika kita menunaikan haji terlalu banyak juga kita dapati mereka yang berfahaman Syiah menunaikan haji di Mekah. Maka dakwaan UMNO & orang-orang jahil kononnya jika kita tolak fahaman Wahhabi maka kouta haji banyak akan dihapuskan merupakan dakwaan yang memperbodohkan rakyat bakal menerima kejatuhan besar di Pilihanraya Umum 13 kelak. (Syiah adalah sesat disisi Islam).

~*~Lihat bagaimana Celuparnya Org2 Fahaman Syiah, bila diajak berbincang..


2- Beberapa jemaah umat Islam yang mewakili puluhan juta yang menolak fahaman Wahhabi secara teran-terangan tetap diberi kouta diberi izin menunaikan haji di Mekah dengan izin kerajaan Saudi. Tiada sebarang masaalah kepada mereka untuk menunaikan haji walaupun mereka tidak menerima fahaman Wahhabi bahkan mereka menolak secara terangan dan keras dengan hujjah ilmiah ke atas fahaman Wahhabi. Beberapa tokoh ilmuan terkenal juga yang menolak fahaman Wahhabi tidak mempunyai apa-apa masaalah untuk menunaikan haji.

Maka momokan UMNO dari lidah rasmi islamikal mereka kononnya kouta haji akan dihapuskan banyak kerana kita tidak beramal dengan fahaman Wahhabi adalah satu kejahatan besar menakut-nakutkan rakyat yang bakal menggundang kejatuhan besar dlm PRU 13 kelak.



3- Apa dosa rakyat makcik tua pakcik berumur yang beramal dengan tahlilan&yasinan untuk tidak dapat menunaikan haji atas dasar kononnya kouta dikurangkan disebabkan kebanyakan umat islam di Malaysia tidak mengikut/tidak beramal dengan Wahhabi?! apa kaitannya? bukankah ini pembohongan besar Wahhabi UMNO secara jelas!

Yang pasti pemimpin-pemimpin UMNO dan pemimpin-pemimpin parti lain kerap dan banyak kali menunaikan haji saban tahun dapat pergi haji...mengapa kouta kamu-kamu semua itu tidak diberikan kepada pakcik2 & makcik2 dikampung yang saban tahun asyik menunggu gilirannya dan dilewatkan atas dasar kononnya kouta dah habis! penipu besar! Pakcik&makcik orang-orang yang hidup tidak sesenang kamu tidak pandai menulis di blog, facebook dan selainnya kamu perbodohkan dengan alasan KOUTA?! jika benar kouta dah habis mengapa terlalu ramai yang pergi haji baginya haji yang ke 5 atau ke 6 kali? dimana amanah dalam pembahagian kouta ini?! sebab pakcik makcik tu bukan Wahhabi ke so mereka tak dapat pergi haji lagi? UMNO nak tunggu pakcik makcik yang dah tua tu jadi Wahhabi dahulu macam gerakan kuat dalam ularmakmuda UMNO dan bekas MB baru nak bagi mereka pergi haji?! di mana keadilan?! di mana Satu Malaysia rakyat didahulukan itu?! Maka dakwaan kononnya kouta haji akan banyak dihapuskan dan dilenyapkan kerana umat Islam menolak Wahhabi adalah taktik kotor UMNO menakut-nakutkan rakyat. Tunggulah di PRU 13 kelak perubahan kejatuhan besar akan berlaku kepada UMNO kerana fatwa-fatwa mengarutnya dalam isu hapus banyak kouta haji jika tidak Wahhabi.

MAKA JELAS DAKWAAN BODOH WAHHABI UMNO KONONNYA KOUTA HAJI BAGI MALAYSIA AKAN BANYAK DILENYAPKAN DAN DIHAPUSKAN KERANA MENOLAK WAHHABI ADALAH DAKWAAN MEMPERBODOH-BODOHKAN RAKYAT BERTUJUAN JELAS MEWAHABIKAN RAKYAT.

Hidup Ahli Sunnah Wal Jamaah ! Say No To Wahhabi & MEDIU !

Dr Uthman Rehat jer ~ Saya Tawar Diri Bincang Isu Wahhabi-Ahbash



Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, wasaalumu 'ala manittaba'alHuda.

Daripada: Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary (019-3801979)

Kepada: (digelar) Wahhabi Malaysia

TAJUK : TAWAR DIRI UNTUK DISKUSI ISU WAHHABI

Saya dengan ini menawarkan diri untuk berdiskusi/berdebat isu Wahhabi, Pengganas n Pemikiran Melampau setelah pihak yg digelar Wahhabi menawarkan debat/diskusi kepada Dr. Ustaz Uthman El-Muhammady dengan mereka. Memandangkan faktor usia beliau, suara dan beliau juga telah pernah berdiskusi dengan Wahhabi sebelum ini juga meneliti faktor-faktor lain seperti menjernihkan penuduhan Wahhabi ke atas saya sebagai Al-Ahbash juga penuduhan Ahbash kepada sesiapa sahaja yg menentang Wahhabi juga kaitan kata-kata saya kepada mereka sebagai Wahhabi maka saya sendiri dengan rendah hati menawar diri berdiskusi dalam isu-isu ini secara terbuka atau tertutup atau apa-apa kaedah pun yang mampu membantu ketengangan isu Wahhabi-Ahbash yang lama ini diringankan.

Diskusi mestilah dgn ADAB dan AKHLAK yg MULIA dari semua pihak juga ilmiah yang berbukti demi mencari kebaikan untuk UMAT ISLAM dan boleh juga bertukar-tukar pandangan untuk kebaikan kedua-dua pihak. Tokoh yang dikatakan Wahhabi juga mengatakan saya sebagai Al-Ahbash. Sudahlah. Mari kita duduk semeja berbincang demi kebaikan ummah.

Jika pihak-pihak yang digelar Wahhabi itu bersetuju maka boleh mengubungi
saya di talian 019-380 1979.
_____________

Mufti Perlis Juanda Jaya ~
Hukum Dr Uthman SESAT, SESAT AKIDAH, MENYELEWENG , BAHAYA?

Al-Wahhabi Mufti Perlis Juanda Jaya bukan sahaja seOrg yg kuat melatah menghukum Org lain sebagai Khawarij tetapi Mufti Perlis ini turut menghukum tokoh-tokoh ilmunh Islam sebagai SESAT akidahnya, Musyrik, Kafir dan sebagainya.

Juanda Jaya yg memegang jawatan Mufti hasil dari lobian beberapa pihak yg cenderung kepada fahaman Wahhabi telah menghukum tokoh Ma'al Hijrah dan ilmuan negara (Dr.) Muhammad Uthman El-Muhamamdy sebagai SESAT, SESAT AKIDAH dan pelbagai lagi. Bukan itu sahaja. Mufti Perlis tersebut turut menghukum Dr Uthman sebagai menyeleweng dan bahaya.Inilah padahnya memilih mereka yang pening menjadi orang yang ada sedikit autority dalam negeri. Habis semua ulama dihentamnya. Dr. Uthman El-Muhammady dikafirkannya dengan menghukum akidah beliau sebagai sesat atas alasan yang entah apa-apa. Mereka yang suka menghukum orang Islam lain sesat dan kafir tidak lain adalah Wahhabi.

Kini Mufti Perlis terbaru Juanda Jaya pula..Lihat dan nantikan Ulama mana lagi akan kena tibai dek dia. Pastikan kenyataan ini akan dibuktikan oleh dirinya sendiri.


Hidup Ahli Sunnah Wal Jamaah di bumi Melayu dan serata dunia!

Abu Syafiq.

Bukti Kesesatan Wahhabi

26 July, 2011


Asri Wahhabi Pengganas Palsukan Sijil Kepada Pejabat Mufti & USM?

Mohd Asri Wahhabi mencanangkan kepada umum bahawa dia memperolehi Ijazah Sarjana Muda (B.A) Bahasa Arab/SYARIAH.
Penambahan oleh Mohd Asri perkataan SYARIAH pada Ijazah Sarjana Muda tersebut adalah pembohongan yang nyata berdasarkan dari sijil yang dia paparkan sendiri.


(klik pada gambar untuk besarkan)

Mari kita lihat/kaji.
1- Dengan jelas lagi bersuluh bahawa sijil Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Jordan tersebut tertulis yang bermaksud IJAZAH SARJANA MUDA SASTERA dan...sama sekali bukan IJAZAH SARJANA MUDA BAHASA ARAB/ SYARIAH seperti yang didakwa/dicanang oleh Mohd Asri.
 

Disinilah yang dipertikaikan oleh ramai para ustaz bekas penuntut di Jordan. Apa yang sering didakwa Mohd Asri bahawa dirinya mempunyai B.A Ijazah Sarjana Muda dalam B.Arab dan SYARIAH adalah suatu pembohongan jelas. Sebenarnya Ijazah Sarjana Muda (B.A) tersebut adalah hanya pada SASTERA.
Mari lihat biodata Mohd Asri yang dia sendiri catatkan mengenai pendidikannya dilaman internetnya sendiri;

PENDIDIKAN FORMAL:

  • Sek Men Agama Al-Irsyad, S. Perai, P.Pinang
  • Kolej Islam Klang
  1. B.A (hons) B. Arab/Syariah University Of Jordan

(klik pada gambar untuk besarkan)

Perhatikan pada dakwaan/pengakuan Mohd Asri sendiri bahawa dia

mempunyai Ijazah Sarjana Muda (BA hons) B.Arab/SYARIAH. !

Sekarang kita tanya pula mereka yang lebih berautoriti menterjemah sijil Ijazah Sarjana Muda tersebut iaitu Institut Terjemahan Negara dan terjemahan dari Institut Terjemahan Negara adalah seperti berikut;


(klik pada gambar untuk besarkan)

Amat jelas terjemahan sijil Ijazah Sarjana Muda (B.A) tersebut adalah pada SASTERA dan sama sekali BUKAN sijil Ijazah Sarjana Muda B.Arab/SYARIAH seperti yang dicanang oleh Mohd Asri.

Dengan ini pembaca Yang Arif dapat menilai pembohongan tokoh Wahhabi Mohd Asri ini bukan sahaja pada fakta agama tetapi jua pada sijilnya sendiri.

2- Sepekara lagi, pada isu sijil Asri ini juga, jika pembaca budiman Yang Arif amati secara terperinci dan fokus maka seseorang yang teliti akan nampak secara jelas pembohongan tokoh Wahhabi Mohd Asri dalam isu sijil ini.

Bagaimana? ok! Mari kita teliti dan amati lagi.
Mohd Asri tokoh Wahhabi ini beria-ria dan bersungguh benar memanggil wartawan dan seluruh alam untuk melihat dan menayangkan sijil dan secara terang Mohd Asri BIN Zainul Abidin mendakwa sijil yang ditayangnya itu adalah sijil miliknya.

Cukup BANGGA Mohd Asri BIN Zainul Abidin merakamkannya dengan video dan dipaparkan gambar sijil tersebut.


(sila perhatikan molek-molek pada nama pemilik sijil tersebut)



PERSOALAN dan terkantoi yang melucukan disini adalah ! ;
Sijil yang ditayangkan itu dan didakwa pula oleh tokoh Wahhabi ini (Mohd Asri BIN Zainul Abidin) ia adalah sijil miliknya,
Persoalannya! adakah benar itu sijilnya atau ia sijil orang lain yang bernama Mohd Asri Zainul Abidin BIN Uthman (anak kepada pak Uthman) ?!

Pembaca Yang Arif sekalian boleh melihat dengan jelas pada gambar sijil, video yang ditayangkan oleh Asri sendiri dan juga pada terjemahan sijil tersebut amat JELAS ianya adalah milik seorang lelaki anak kepada Uthman dan bukan anak kepada Zainul Abidin.
Sedangkan pabila kita perhatikan pada nama tokoh Wahhabi ini adalah MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN yang mana ayahnya bernama Zainul Abidin dan bukan MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN BIN UTHMAN yang ayahnya bernama UTHMAN, manakala yang ditayangkan sijil itu milik seorang lelaki bernama Mohd Asri Zainul Abidin BIN Uthman (iaitu anak kepada pak Uthman).

Alahai...kesiannyalah anak pak Uthman tu sijilnya dicuri oleh Asri Wahhabi ini kemudian Asri Wahhabi ni panggil pula beberapa orang bodoh untuk diperbodohkan lagi tunjuk kononnya itu sijil miliknya. Wahai Asri Wahhabi..tolonglah pulangkan sijil yang kau tayangkan itu kepada pemiliknya yang sebenar iaitu anak kpd Pak Uthman yang nama penuhnya adalah Mohd Asri Zainul Abidin BIN Uthman ! plzzz! Ya! Nama pemilik sijil tersebut hampir mirip dengan nama Asri Wahhabi cuma ia berBINkan orang lain.

Nama kau adalah Mohd Asri BIN Zainul Abidin. Ayah kau bernama Zainul Abidin dan BUKAN UTHMAN seperti dalam sijil yang kau tayang-tayang tu.

Dalam sijil tersebut tertulis ianya adalah milik seorang yang seakan-akan namanya mirip Asri Wahhabi:

محمد عصري زين العابدين بن عثمان
terjemahannya : MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN BIN UTHMAN???

Dialah pemilik sijil tersebut. Anak kepada pak Uthman itulah pemilik sijil tersebut! dan bukan Asri Wahhabi ini yang namanya wujud seakan-akan nama pemilik asal sijil tersebut.

Lihat nama sebenar Asri Wahhabi ini yang dia sendiri nyatakan dalam laman sesawangnya adalah MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN محمد عصري بن زين العابدين ;


lagi;

lagi bukti Asri Wahhabi bernama Mohd Asri BIN Zainul Abidin;



Manakala dalam sijil tersebut adalah nama orang lain iaitu MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN BIN UTHMAN
محمد عصري زين العابدين بن عثمان


Sudahkah pembaca Yang Arif faham? saya percaya pembaca yang arif lebih cerdik dari pemalsu sijil ini.

*Percayalah wahai pembaca Yang Arif sekalian ! kemudian kelak Asri Wahhabi ini juga tidak segan silu menyalahkan pula Universiti Jordan yang terkemuka itu.
Mustahil sebuah universiti terkemuka seperti Universiti Jordan SALAH menulis nama pemilik sijil yang dikeluarkannya. Nantikan bayaran yang mahal untuk pembelian sijil atas nama sebenarnya pula.Nantikan Asri Wahhabi ini akan berkata : "Oh! Universiti Jordan TERSILAP tulis nama pada sijilnya" atau nantikan Asri Wahhabi ini memusing/memperbodohkan orang ramai dengan mendakwa: "nama saya ada pelbagai BIN ...BIN itu ...BIN ini...macam-macam adaaa..."

Saya mahu Tuan2 n Puan, Yang Arif sekalian mengamati sebenar-benarnya tunjukan sijil dan ayat-ayat Asri Wahhabi yg diperkatakan dalam video di atas dengan bangganya. Kemudian bayangkan/ bezakan dengan kenyataan-kenyataan yg akan keluar dri mulut Wahhabi Asri ini.

Nantikan Asri Wahhabi ini akan menyalah Universiti Jordan dan nantikan juga siapa sebenarnya ayah kepada Asri Wahhabi ini? 

Wahai Asri Wahhabi..Siapa nama ayah kau??! Abdul Talib?? Zainul Abidin??! atau apa nama sebenar ayah kau? kau ada ayah ke? jika ada apa namanya?
 Apa nama sebenar ayah kau? UTHMAN ke ZAINUL ABIDIN??

Pembaca sekali pasti teringat satu fatwa yang dikeluarkan oleh Mohd Asri BIN Zainul Abidin ini iaitu dia MENGHARAMKAN seseorang merubah atau menukar nama bapanya. Subhanallah! Allah nak tunjuk! Jika Allah tunjukan keatas Syiah yang menuduh Saidatuna Aisyah isteri nabi melakukan zina ..tub tub..tiba-tiba perkara tersebut berlaku pula dan kembali secara hina kepada mereka iaitu mereka Syiah mengamalkan Mut'ah dan ia adalah zina.
Maka jika Asri Wahhabi ini sering mencari publisiti murahan dengan fatwa entah apa-apanya maka jelas ia terpalit kepada dirinya sendiri. Yang jelas sijil yang ditunjukkan Asri Wahhabi itu BUKAN sijil miliknya sendiri tetapi sijil milik orang lain yang namanya seakan-akan seperti nama Asri Wahhabi ini.

Sekian. Oleh anak pak UTHMAN......."pulangkan sijilku yang kau curi tu...! "
" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "


Tulisan bukti ini dipetik dari: (klik)
Petikkan ~ http://www.abu-syafiq.blogspot.com/
👇  👇  👇
Blog Ahlussunnah Vs Wahabbi [disini..!]
👇  👇  👇
https://abusalafy.wordpress.com/



Dr Haron Din isu Bid'ah ~APAKAH MUDAH KATAKAN BIDAAH PADA SESEORANG


. .
~***~LadingEMAS~***~

Monday, February 7, 2011

Syiah Sesat ..??? Kenapa..?

Rabu, 2011 Januari 12


Syiah Sesat; Siapa Yang Keliru?

Posted by Abu Hannan On 16:37:00 5 comments

Berikutan isu penangkapan kira-kira 200 penganut syiah di gombak baru-baru ini, seorang penulis bernama Abu Bakar Abdullah yang mendakwa sebagai pengikut setia mazhab Shafi’e telah melahirkan rasa bingung dan tidak puas hati serta mendakwa  JAKIM dan ulama’sunnah khususnya di Malaysia keliru dalam memfatwakan ajaran syiah Imamiyyah sebagai ajaran sesat. Ini juga rentetan persoalan yang dikeluarkan oleh pembaca setia JTR bertanyakan berkenaan tulisan tersebut yang bagi beliau mungkin ada kebenarannya. Jawapan untuk persoalan ini telah disediakan oleh Lubna Salma dari Kajang berkenaan kekeliruan Abu Bakar Abdullah dalam suratnya yang dihantar dan disiar di akhbar Harakah. 
Persoalan saudara yang bertanya berbunyi begini:
Saudara, saya telah terbaca dalam satu tulisan diharakah yang menyatakan dia keliru dengan JAKIM dengan menyesatkan syiah.pandangan beliau nampak macam betul juga. tolong saudara jelaskan.

Syiah Imamiyyah sebenarnya juga dikenali sebagai mazhab ahli bayt /Syiah Imam Dua Belas -Imamiyyah Ithna ‘Ashariyyah /Syiah Ja’fariyyah  /Syiah al-Rafidhah melalui kaedah-kaedah keagamaan yang dianuti dan kelompok ini  cukup dikenali oleh ulama Islam sejak zaman tabi’en.  Syiah ini memiliki empat sumber utama di mana, menurut mereka, darjat muktabar dan kesahihannya tidak akan mampu dicapai oleh mana-mana sumber Ahli Sunnah.  Empat sumber utama tersebut ialah Usul al-Kafi, al-Istibsar, Man La Yahduruh al-Faqih dan Tahzib al-Ahkam.


Berdasarkan sumber-sumber ini, jelaslah Syiah ini bukan kelompok Zaydiyyah atau Mufaddhilah yang masih diterima ulama Islam dalam persoalan hukum fiqh kerana mereka bersikap tidak mengkafirkan tiga khalifah pertama Islam sebelum Ali bin Abi Talib r.a dan sebahagian besar sahabat nabi termasuk isteri baginda s.a.w.

Status Syiah Imamiyyah ini telah jelas di kalangan generasi ulama terawal  termasuk empat imam mazhab yang empat (Hanafi, Maliki, Syafi’e dan Ahmad)  yang menolak dan menyesatkan ajaran ini . bahkan majoriti ulama’ terdahulu di kalangan mereka telah menggolongkan kelompok ini sebagai pendusta , zindiq  bahkan diragui keislamannya kerana beberapa ciri-ciri kesesatan aqidah mereka seperti mencaci, mencela dan mengkafirkan sejumlah besar sahabat nabi termasuk isteri-isteri nabi, menganggap Al-Quran telah diselewengkan (tahrif) dan diubah-ubah oleh para sahabat nabi. 

Imam Abu Hanifah berkata, “terimalah hadis dari semua golongan pelaku bid’ah yang sederhana dalam fahamannya kecuali 
Syiah kerana prinsip Aqidah Mereka ialah mempercayai sesatnya para sahabat Muhammad s.a.w.”
(Khatib al-Baghdadi, al-Kifayah fi ma’rifati ilmi al-riwayah, hlmn. 146 ) 
Sementara  Imam Syafie berkata,
“tidak pernah aku melihat golongan yang menurut hawa nafsu, yang lebih pembohong  dari golongan Rafidhah” 
(Al-Suyuti, Tadrib al-Rawi, jil. 1, hlm. 327) 
Imam Malik ketika ditanya mengenai Syiah, beliau berkata, “jangan kamu bercakap dengan mereka, jangan kamu meriwayatkan hadis dari mereka kerana mereka selalu BERDUSTA” 
(Ibn Taymiyyah, Minhaj al-Sunah al-Nabawiyyah, jil.1 hlm. 16) 
Sementara Imam Ahmad bin Hanbal berkata,.. “apabila kamu melihat seseorang selalu memburuk-burukkan sahabat maka raguilah keislamannya dan keimanannya”. 

Oleh sebab ruangan ini terhad, kita tidak mampu menyenaraikan fatwa-fatwa ulama’ Sunnah sejak awal islam sehingga hari ini termasuk Sayyid Abu Hasan Ali al-Nadwi, Said Hawa’, Nasiruddin al-Abani dan ulama’ulama hadis benua India mengenai Syiah imamiyyah kerana perbezaan dari segi usul aqidah dan syariat.
Dalam tulisannya, Abu Bakar Abdullah mendakwa menerusi pembacaannya di internet, tokoh-tokoh seperti Dr Yussof Qardhawi, al Marhum Syeikh Tantawi bekas Rektor Universiti al Azhar, Mufti Mesir, Mufti Syria, Mufti Lubnan, Mufti Pakistan, Mufti Turki dan ramai lagi ulama-ulama Ahlussunah yang telah mengeluarkan Fatwa bahawa Syiah Imamiah adalah Islam sebagaimana mazhab-mazhab lain di dalam Mazhab Ahlussunah, tidak sesat kafir. 
Kenyataan beliau jelas sekali keliru dan palsu, kerana sekalipun Yusuf Qaradawi turut sama dalam Amman Message bertaqrib dengan Syiah, beliau tidak pernah lupa mengingatkan kepada umat Islam tentang keSESATan SYIAH yang memiliki aqidah tarif al-Quran dan mencaci maki para sahabat nabi, malah beliau meletakkan syarat dua ciri aqidah Syiah ini dihapuskan sebagai syarat berjayanya projek tersebut. Tidak memadai di situ, Syeikh Qaradhawi melarang usaha penyebaran Syiah di negara-negara Sunni kerana menurutnya akan mencetuskan pertumpahan darah (rujuk Siaran al-Jazeerah, 31 Ogos 2006)


Manakala Syeikh Tantawi pula sebelum kematiannya turut menyatakan golongan yang mencaci maki para sahabat dan isteri nabi bukanlah dari kalangan umat Islam. Beliau meninggal sebelum usul beliau terhadap pendirian syiah direkomendasikan kepada lembaga penyelidikan al-Azhar (eramuslim.com, 28 Ferbruari 2010).
Sebelumnya Syeikh Tantawi, turut mengecam usaha penyebaran Syiah yang dilakukan oleh sayap Hizbullah di Mesir yang sedang pesat berkembang (mufakkirah al-Islam : 19 April 2009)

Barisan Mufti Pakistan sejak berzaman telah memfatwakan Syiah sesat malah terkeluar dari Islam. Malah ulama’-ulama’ hadis sunah di benua India (khususnya ulama’ Pakistan) paling kuat membongkar kesesatan aqidah Syiah menerusi karya-karya mereka yang tidak terhitung jumlahnya.
(sumber :  Syiah Rafidhah : Di Antara Kecuaian Ulama & Kebingungan Ummah oleh Maulana Asri Yusuf). 
Malah di kalangan mereka ada yang dibunuh oleh orang-orang Syiah seperti Prof. Ihsan Ilahi Zahir.

Kita janganlah lupa kepada karya Sayid Abu Hasan Ali al-Nadwi bernama Shuurtaan Mutadhadataan 
(Syiah vs Sunah : dua wajah sentiasa berlawanan) dan karya Syeikh Said Hawa’ yang bertajuk,
Khumayniyyah : Syudzuuz fi al-Aqa’id wa al-Mawaqif (Khomeini: Keganjilan Aqidah dan Pendirian) yang secara terang-terangan membongkar kesesatan aqidah Syiah Imamiyyah yang perlu diawasi oleh umat Islam.

Syiah sering kali menyandarkan kepada sokongan ucapan dan dokumen Syeikh Mahmud Syaltut bagi membuktikan ajaran mereka diterima sebagai mazhab Islam, namun mereka tidak pernah mendedahkan fatwa Mahmud Syaltut menyatakan perkahwinan mut’ah yang diamalkan syiah bukannya datang dari syariat Allah dan Mahmud Syaltut tidak menerima konsep Imam Mahdi seperti ajaran Syiah. 

Mereka menyangka ulama’-ulama sunah tidak pernah menyedari kesesatan Syiah Imamiyyah dan berdiam diri padanya. Usaha taqrib, iaitu mendekatkan antara Sunah dan Syiah yang dipelopori ulama’ al-Azhar mendapat sambutan pada peringkat awal bagi mengelakkan pertumpahan darah dan mendakwahkan Syiah kepada aqidah yang benar menerusi dialog.  Namun pencetus kepada usaha ini, Syeikh Muhammad Abduh sendiri tidak sempat melihat hasil projek ini. Muridnya yang sangat terkenal bernama Rasyid Ridha yang turut terlibat dalam usaha ini telah berjaya mengesan hipokrit ulama-ulama Syiah dalam taqrib ini. 

Langkah ini turut diikuti oleh ulama lain seperti Mustafa Siba’ie yang menyedari helah Syiah yang hanya bertaqrib dimeja rundingan, bahkan telah membuka ruang yang besar agama syiah disebarkan di negara Sunnah.
Sebagai balasan kepada usaha ulama’ al-Azhar, seorang ulama’ Syiah bernama Abdul Husein Syarafudin al-Musawi mengambil kesempatan memperbodohkan dan mempersendakan Syeikh Salim al-Bisyri dalam dialog palsu (ditulis selepas 20 tahun selepas kematian Salim Bisyri) yang ditulisnya bertajuk al-Muraja’at (Dialog Syiah-Sunni)

Dari sini kita membuat kesimpulan usaha taqrib ini yang dilanjutkan kepada Amman Message ini tidak pernah membantu apa-apa jua keadaan Ahli Sunnah di Iran sendiri, Iraq dan Afghanistan yang diperangkap dalam pertembungan Sunni-Syiah yang penuh berdarah dalam percaturan kepentingan politik antara Amerika dan Iran sejak era dunia moden.

Di sana terdapat pelbagai kepentingan dan opsyen politik antarabangsa bagi menangani isu ini. Syiah tidak seperti pertubuhan Arqam yang bersifat domestik yang mudah ditangani kerana tidak membabitkan hubungan negara antarabangsa dan semestinya membabitkan hubungan dengan negara-negara serantau dan kehendak penjajah rantau berkenaan.
Sekalipun Syiah dibenarkan menunaikan haji ke Mekah (hanya kerajaan Saudi sahaja boleh menjelaskan sebab dan puncanya) dan Saudi terlibat dalam pertubuhan OIC dan Amman Message, Deklarasi Syiah-Sunah di Jeddah dan sebagainya, negara itu tidak pernah berhenti menyekat dan berdepan dengan tentangan keras dari komuniti Syiah di timur negara berkenaan.
Morocco bertindak lebih berani memutuskan hubungan dengan Iran kerana usaha penyebaran Syiah yang semakin kritikal di negara itu.
Yaman dan Saudi berusaha menyekat gerakan Syiah Haouthi di Sa’dah yang merebak ke wilayah Saudi.

Kuwait melucutkan kerakyatan seorang ulama Syiah yang dianggap membahayakan umat Islam. 
Jika tindakan terhadap komuniti Syiah di Malaysia boleh dianggap “double standard”, bagaimana  pula dengan tindakan negara-negara rantau Arab berkenaan?
Apakah mereka menerima Amman Message, pertemuan di Jeddah atau bagaimana? Dan apakah tindakan kejam sejak dinasti Safawiyyah ke atas etnik Sunnah yang asalnya 60% dari penduduk Iran ketika itu sehingga hari ini di Baluchistan, Ahwaz, Zahedan dan lain-lain bukan double standard? 
Kerjasama tentera Syiah nuri al-Maliki bersama dengan penjajah Amerika membunuh penduduk Sunnah di Iraq tidakkah satu double standard? 
Jika JAKIM keliru apakah PAS juga keliru memecat keahlian beberapa individu yang terlibat dengan Syiah pada 1990-an?
Kembalilah kepada isu pokok, Syiah (Imamiyyah) difatwakan sesat kerana ciri-ciri aqidahnya yang kufur dan bertentangan dengan Islam yang telah lama diputuskan oleh ulama-ulama terbilang kita. JAKIM serta JAIS memiliki alasan yang kukuh bertindak ke atas mereka atas maslahat aqidah ummah. Isu agama seharusnya menjadi tanggungjawab jabatan agama negeri dan JAKIM. Bukan orang awam yang jahil dan sering terkeliru dan yang sudah dibius oleh Syiah menjadi keliru.. WallahuHu'Alam.


~*~Syiah dlm SoLatnya pun masih memaki Sahabat2
Nabi yg diJamin Oleh Nabi Syurga tanpa Hisab..! Allah Hu



Video SYIAH menCELA Sahabat Rasulullah dan Ummu al-Mukminin.


~*~Tokoh Syiah diperangkap Ulama' Ahli Sunnah~*~


~*~Soalan MAUT dari Ulama' Ahlussunnah kepada Syiah~*~



~*~SoaL Jawab Sunnah & Syiah
[Perhatikan Bahasa yg diGunakan oleh SdaraMu SYIAH]

~*~ZALIM Syiah ~Mbunuh Org Sunni

Video Mubahalah (sumpah laknat) antara Syeikh Muhammad al-Kaus (Sunnah) dan Yasir al-Habib (syiah)
Sunnah mempertahankan bahawa Sahabat (Abu Bakar, Umar, Othman dan Hafsah) dan Ummu al-Mukminin A'isyah adalah ahli syurga manakala,
Syiah mempertahankan bahawa Sahabat dan Ummu al-Mukminin A'isyah adalah ahli neraka.




~*~ALLAH menghinakan KHOMENEI sewaktu KEMATIANNYA

~*~


~*~Balasan Allah secara Kontan~ Syiah Laknatullah


~*~FAMOUS DEBATE SHIA VS SUNNI MUNAZRA
(Day1 - Topic: Shaykh Tahir ul Qadri sets Dialogue Foundation)

from ~ http://www.youtube.com/watch?v=GzJM1BIJlOo&feature=related


~*~SYIAH SESAT - Mufti Wilayah Persekutuan -SYIAH Beza dgn Ahlul Bait-15/05/2011



5 Komen:

Terima kasih kpd encik krna tolong menyelesaikan kekeliruan saya selama ini.. banyak bnda yg dulunya kusut dan mengelirukan telah encik betulkan dengan izin Allah..

Untuk itu boleh tak En tolong terangkan kepada saya tentang hukum islam dengan undang islam negara Malaysia..
saya sehingga kini masih tak faham adakah orang yg melakukan dosa besar dan menjalani hukuman mengikut undang-undang Malaysia akan terhapus dosanya sama dengan hukuman dalam islam..
sebagai contoh:
Org yg berzina menurut hukum islam harus direjam sampai mati jika sudah berkahwin, tapi bagi undang2 Malaysia, mereka hanya dipenjara dan mungkin di sebat.. adakah dosa itu akan terhapus??

jadi di sini, adakah undang2 Malaysia boleh disamakan dengan hukum Islam atau hukuman rejam sememangnya tak wujud atau sememangnya Malaysia tak boleh mengamalkan hukum2 itu hanya kerna kita berbilang kaum dan bangsa walau negara ini negara Islam??

jika saudara punyai masa,moga saudara sudi meluangkan sedikit masa utk persoalan saya yg xbrapa penting ini..atau sekiranya sandara sudah membuat kenyataan tentang persoalan ini tetapi saya tidak menyedarinya..moga saudara boleh mmbuat link untuk itu..

sekian, terima kasih..
salam..

saya ingin menjawab secara ringkas sebagai pengunjung di sini..

Undang-undang manusia tidak sama dengan undang2 ALLAH..
jika sesuatu kerajaan yang mengisytihar negara mereka islam tetapi tidak melaksanakan hukum islam (iaitu hukum dr Allah) scra keseluruhan..maka berdosa la bagi pemimpin krn x jalankan hukum tersebut.

Dosa akan terhapus sekiranya mereka benar2 bertaubat dan insaf serta kembali ke pangkal jalan (x ulang lagi dosa). tapi tentg hukuman islam yg X dijalankan apakah mereka masih berdosa atau tidak, sy pon x pasti..tunggu admin blog ni jawab.

Hukuman bagi penzina yg telah berkawin mesti direjam sampai mati..adalah wujud, telah dinyatakan Di dalam sebuah hadith:

Daripada Ibn Umar r.a.: Seorang lelaki Yahudi dan seorang wanita Yahudi telah dibawa kepada Rasulullah s.a.w. diatas kesalahan melakukan zina.
Rasulullah s.a.w. bertanya kepada mereka berdua (lelaki dan wanita Yahudi tersebut), “ Apakah hukuman yang sah (untuk dosa penzinaan) yang terdapat di Kitabmu (Taurat)?”.
Mereka menjawab, “Rahib-rahib kami telah mereka-reka hukuman iaitu menghitamkan muka dengan arang dan Tajbiya”.
Abdullah bin Salam berkata, “ Wahai Rasulullah, suruhlah mereka untuk membawa Taurat”.
Taurat dibawa dan salah seorang daripada golongan Yahudi telah meletakkan tapak tangannya diatas ayat yang menyebut tentang Ar-Rajm (rejam dengan batu sehingga mati) dan membaca ayat-ayat sebelum dan selepasnya.
Maka berkata Ibn Salam kepada orang Yahudi itu, “Angkat tanganmu”. Maka apabila ayat berkenaan Ar-Rajm (sememangnya) berada di bawah tangan lelaki Yahudi itu.
Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan lelaki dan wanita Yahudi yang melakukan zina itu direjam dengan batu sehingga mati. Ibnu Umar menambah: Kedua-duanya direjam di Balat dan aku melihat lelaki Yahudi itu melindungi wanita Yahudi itu. [Sahih Al-Bukhari]
Salam sejahtera kepada saudara yang bertanya, saya tidaklah terlalu arif untuk menjawab persoalan di atas, insyaAllah saya akan jawab sebarapa yang termampu. =)

1. Berkenaan dengan Hukuman Islam (syariah) dan Hukum sivil. ia memang dua perkara yang berbeza. Jika dilihat aplikasinya di mahkamah syariah pun, kita masih belum boleh menerapkan sistem hukuman jenayah syariah yang total untuk umat Islam. Dan ini mungkin berpunca dari keengganan pemerintah untuk menggunakan syariah compliant di dalamnya. Perlu diingat, sesuatu enakmen yang selari dengan apa yang disebut di dalam al-Quran dan al-Sunnah, ia boleh diklasifikasikan sebagai undang-undang syariah. Ia juga termasuk ijtihad pemerintah dalam hal-hal yang tidak termasuk dalam kes hudud dan qisas, iaitulah Ta'zir. Saya menasihatkan agar kita boleh rujuk terus kepada pengamal undang-undang syariah atau pakar bagi penjelasan yang lebih lanjut.

2. Pelaku jenayah, sama ada dia redha atau tidak redha, jika pemerintah menjalankan hukuman Islam dan kesalahan dia sabit dari sudut undang-undang serta jenayah dia dibuktikan benar berdasarkan saksi yang adil dan sebagainya, dia tetap akan dihukum dengan hukuman yang ditetapkan Islam. Masalahnya yang timbul sekarang, pihak pemerintah tidak menjalankan sistem Islam. dalam hal ini, tanggungjawab terletak dibahu pemerintah, bukan pada pesalah.

3. Pesalah masih berdosa atau tidak atau dosanya terhapus jika ia dihukum dengan hukuman sivil? dalam hal keengganan pemerintah untuk menjalankan hukuman Islam, tetapi pesalah ingin dihukum dengan hukuman Islam (seperti bukti kes kartika), ia kembali kepada taubat sipelaku jenayah tadi. Dengan syarat taubatnya benar-benar ikhlas dan menepati syarat-syarat taubat. Ini disebabkan keengganan pemerintah untuk menjalan hukum syariah. Wallahu a'lam.

4. Hukum rejam penzina yang sudah berkahwin. Ia sememangnya ada di dalam Islam. Ia berdasarkan hadith muslim ini:

“Dari Imran bin Hussin r.a seorang perempuan dari kabilah Jahinah datang
menghadap Rasulullah saw dalam keadaan mengandung atas perbuatan zina dia
berkata:Wahai Nabi Allah! Saya telah mengenai hukum had. Maka lakukanlah terhadap saya .Lalu Rasulullah saw memanggil walinya seraya bersabda:
Berlaku baiklah kepadanya ,apabila dia telah melahirkan anaknya bawalah dia kepadaku. Lalu walinya melakukan apa yang telah diperintahkan .Maka diperintah supaya diperkemas pakaiannya kemudian diperintah supaya direjam(sehingga mati).
Kemudian Rasulullah saw menyembahyangkannya jenazahnya . Maka berkatalah Umar ra adakah engkau telah telah menyembahyangkannya wahai Rasulllah padahal dia telah berzina, lalu Rasulullah telah bersabda :
Sesungguhnya dia telah bertaubat, andai dibahagikan taubatnya itu di kalangan tujuh puluh orang penduduk Madinah, nescaya luas untuk mereka, adakah kamu sendiri dapati lebih baik dia bersikap baik kepada Allah dengan menyerah diri kepada Allah s.w.t.
(Riwayat Muslim)

Hadis ini secara jelas mensabitkan hukum bagi orang yang telah berkahwin melakukan zina.

5. Undang-undang Malaysia yang ada pada masa kini tidak menggunakan aplikasi syariah secara total kecuali dalam hal-hal yang berkaitan ta'zir. Jadi, jika Islam menggunakan sistem syariah secara total untuk umat Islam, mungkin kita boleh katakan Malaysia mengikut undang-undang Islam. Tidak boleh disamakan undang-undang yang dijalankan di Malaysia sekarang dengan Undang-undang Islam. Wallahu A'lam.

Terima kasih kepada pemberi komentar di atas kerana membantu saya menjawab persoalan di atas. Semoga Allah memberkati.
sharul kangar...

Sememangnya Jakim telah melakukan yang terbaik dalam membanteras fahaman menyeleweng ini. Tahniah jakim!

dari itu, saya puji blog tuan kerana banyak membuka minda masyarakat kita yang sering tidak terdedah dengan isu2 seperti ini. terima kasih.
Terima kasih kepada yg mmbantu saya menyelesaikan persulitan ini..
Barulah saya sedar rupanya negara kita(Malaysia) masih jauh utk d'iktiraf sebagai negara Islam yg mengamalkan Islam keseluruhannya..


~*~Penyataan NAJIB ttg Negara ISLAM & Undang2 Allah[Hududullah] ~ Boleh membawa kpd "KUFUR"


24/09/2011 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.

"Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.

"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang dekat Batu Gajah.

Najib berkata kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip "Maqasid Syariah" iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

-Malaysiakini.Com

~*~Ucapan Sultan Brunei ttg Undang IsLam~*~

His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, in a titah, has stressed that Brunei Darussalam has no option other than to obey all the demands of Allah the Al-Mighty as its foremost obligation. One of the ways to this end,

His Majesty pointed, is by implementing Islamic laws but without side-lining conventional civil laws. In this regard, His Majesty further pointed, Brunei Darussalam has been and is making a beautiful and unique undertaking by islamising or aligning all its Laws to Islamic requirements in order to fulfill Allah the Al-Mighty's commands. The monarch was speaking at the opening of the International Seminar on Islamic laws carrying the theme: "Towards Implementing Islamic Laws".

The event took place at the Brunei's Defence International Exhibition Centre, BRIDEX, in Jerudong this morning. His Majesty explained that the implementation of Islamic Laws constitutes His Majesty's primary aspiration, which His Majesty has voiced repeatedly, but which, until now it is still being addressed. - www.hafizamri.com


Catat Ulasan

http://jejakitinggalanrasul.blogspot.com/2011/01/syiah-sesat-siapa-yang-keliru.html

http://www.dakwatuna.com/2013/06/09/34810/bahaya-penyebaran-syiah-di-negara-negara-sunni-bagian-pertama-perbedaan-amalan/#axzz2Vz7Uwxz6


Sila sebarkan utk Umat Islam yg prihatin agar tidak tidur lena...



Wallahu'Alam.
Sharing is Caring..


👉Lihat di sini~  https://lading-emas.blogspot.com/2009/09/dajjal-zaman-ini-pandangan-rasulullah.html

👉Lihat di sini~  https://lading-emas.blogspot.com/2009/10/misteri-yajuj-dan-majuj.html



👉Lihat di sini~  https://lading-emas.blogspot.com/2018/10/kajian-terlengkap-seminar-akhir-zaman.html


. .

~***~LadingEMAS~***~
~*~*~ Who