~*~KALiMAH TAUHiD~*~







~**~TiADA TUHAN KECUALi ALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH pd SETiAP KERLiPAN & PD SETiAP NAFAS Sbyk LuasNYA APA YG ADA pd iLMU ALLAH ~**~

~*~SOLATLah KiTa, Sebelum KiTa diSOLATkan~*~


~*~PLS OPEN this WEB with MOZILLA FIREFOX or INTERNET EXPLORER...for BEST Results, Tq (^^,)

AL_QURAN Video+ TerJemahan

~*~*~*~

HADIS ~ PESANAN RASUL KITA, UTK UMATNYA TERSAYANG!!!


Drpd Nabi SAW bsabda:~

Ssiapa ke MASJID pd Waktu PAGI/pd Waktu PETANG Allah akan menyediakan utknya satu TEMPAT TINGGAL di Syurga apabila dia pergi samada pd Waktu PAGI atau pd Waktu PETANG

(HR Muslim, #1073)




~*~*~*[MUTiARA HADIS_1]








~~*~~[MUTiARA HADIS_2]





~~**~~[MUTiARA HADIS_3]





~~***~~[MUTiARA HADIS_4]





~*~*~*~*
~*~
~*~


PESAN Rasululah SAW

“Sesungguhnya AMAT dirasa BERAT oleh seOrg MUNAFIK, UTK melaksanakan SOLAT ISYA dan SOLAT SUBUH Sekiranya MEREKA TAHU akan keAGUNGan PAHALAnya, nescaya mereka mendatanginya (ke MASJID, SOLAT berJEMAAH) sekalipun dlm keadaan MERANGKAK2”

(HR Bukhari Muslim)

~*~Hadis Abu Hurairah RA:

Drpda Nabi SAW bSabda: Sesiapa yg pergi ke MASJID pada waktu PAGI atau pada waktu PETANG Allah akan menyediakan untuknya satu TEMPAT TINGGAL di SYURGA apabila dia pergi SAMADA pada waktu PAGI atau PETANG.

(HR Muslim, #1073)

~*~
“Sesungguhnya Allah akan mgumpulkan Org2 MUNAFIK dan 0rg2 KAFIR di dlm JAHANNAM


(QS An Nisa:140).


SOLAT BERJEMAAH LEBIH TINGGI 27 DERAJAT DIBANDING SOLAT SENDIRI“

(HR Bukhari &Muslim)


***

Tuesday, August 1, 2017

Zikir Dan Wirid Selepas Solat Fardhu @ Wajib

Zikir Dan Wirid Selepas Solat Fardhu

Selepas selesai menunaikan solat fardhu, amat digalakkan kita melakukan ucap tasbih, tahmid dan takbir serta istigfar.
Adalah kurang elok jika selepas selesai solat, kita terus bangun dan beredar tanpa diikuti wirid dan doa.
Biasanya selepas habis sembahyang kita disunatkan untuk bertasbih dan lain-lain untuk memenuhi anjuran Nabi Muhammad SAW.
Disini saya susunkan langkah-langkah mudah yang boleh anda ikuti untuk melakukan wirid selepas solat:

1. Mulakan dengan istigfarUntuk mendapat ganjaran yang lebih, marilah kita amalkan setiap kali selesai menunaikan solat fardhu dengan ucapan istigfar di bawah sebanyak tiga (3) kali:
wirid selepas solat
 Astagfirullah hal azim allazi laa ila ha illa huwal hayyul qoyyum wa atu bu illaih. 
Aku memohon keampunan daripada Allah, Tuhan Yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Allah. Dia hidup, berdiri dengan sendirinya, dan aku memohon keampunan daripadaNya.

2.Seterusnya disambung dengan ucapan berikut sebanyak 3 atau 10 kali:wirid selepas solat
 Laa ilaha illallahu wahdahu laa syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumitu wahuwa a’la kulli syai’in qadirr 
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan Yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu.

3.Disambung lagi dengan ucapan berikut sebanyak 3 atau 7 kali:wirid selepas solat
 Allahumma ajirna minannarr 
Ya Allah, jauhkanlah kami daripada azab neraka

4. Seterusnya disambung dengan ucapan:wirid selepas solat
 Allahumma antassalam, wamin kassalam, walaika ya ‘udussalam, fahayyina rabbana bissalam, wa adhilna jannata daa rassalam, tabarakta rabbana wata a’laita ya zal jala li wal ikram 
Ya Allah, Engkau yang menyelamatkan, daripadaMu keselamatan, kepadaMu kembali keselamatan. Maka hidupkanlah kami wahai Tuhan, dalam keselamatan. Masukkan kami ke syurga, negara keselamatan. Maka sucilah Engkau wahai Tuhan kami, Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

5. Seterusnya disambung dengan bacaan Al-Fatihahwirid selepas solat
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

6. Seterusnya disambung dengan bacaan Al-Baqarah ayat 163:wirid selepas solat
 Wa ila hukum ilaahum’ wahidullaa ila ha illa huwarrahmanurrahim 
Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

7. Seterusnya disambung dengan bacaan Al-Baqarah ayat 255:wirid selepas solat
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

8. Seterusnya disambung dengan bacaan Al-Baqarah ayat 285:wirid selepas solat
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.

9. Seterusnya disambung dengan bacaan Al-Baqarah ayat 286:wirid selepas solat
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”

10. Seterusnya disambung dengan bacaan Ali-Imran ayat 18:wirid selepas solat
 Syahidallahu innahu, laa ilaha illa huwa wal malaa ikatu wa ulul ‘ilmi qaa imam bilqist. Laa ilaha illa huwal a’zii zul hakim 
Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

11. Seterusnya disambung dengan bacaan Ali-Imran ayat 19:wirid selepas solat
 ‘Innaddin na ‘indallah hil islam 
Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.

12. Seterusnya disambung dengan bacaan Ali-Imran ayat 26:wirid selepas solat
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

13. Seterusnya disambung dengan bacaan Ali-Imran ayat 27:wirid selepas solat
“Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya”.

14. Selepas itu bacalah surah Al-Ikhlas:wirid selepas solat
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

15. Disambung dengan bacaan surah Al-Falaq:wirid selepas solat
Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan. Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk. Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.

16. Disambung lagi dengan surah An-Nas:wirid selepas solat
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”

17. Diikuti bacaan Al-Fatihah sekali lagi:wirid selepas solat
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

18. Kemudian mulakan tasbih dengan ucapan:wirid selepas solat
 Ilahirabbi subhanallah 
Tuhanku, penjagaku Maha Suci Allah

19. Mulakan tasbih dengan ucapan berikut sebanyak 33 kali:wirid selepas solat
 Subhaanallah 
Maha Suci Allah

20. Apabila genap bilangan tasbih, sambung dengan bacaan berikut:wirid selepas solat
 Subhaanallahi wabihamdihi da ‘iman qo’imann abada 
Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya yang kekal selama-lamanya

21. Mulakan tahmid dengan ucapan berikut sebanyak 33 kali:wirid selepas solat
 Alhamdulillah (33x) 
Segala puji bagi Allah

22. Apabila genap bilangan tahmid, sambung dengan bacaan berikut:wirid selepas solat
 Alhamdulillahi rabbil a’lamin a’laa kulli haalin’ wafi kulli haalin’ wanikmatin 
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam ke atas setiap keadaan dan dalam setiap keadaan dan nikmat.

23. Mulakan takbir dengan ucapan berikut sebanyak 33 kali:wirid selepas solat
 Allahuakbarr (33X) 
Allah Maha Besar

24. Apabila genap bilangan takbir, sambung dengan bacaan berikut:wirid selepas solat
Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tidak ada bersekutu denganNya sesuatu. Baginya kerajaan, baginya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu dan kepada Allah jualah tempat kembali. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Aku mohon keampunan daripada Allah.

Setelah selesai bacaan wirid, berdoalah ke hadrat Allah.


Sumber ~ https://akuislam.com/blog/ibadah/wirid-doa-selepas-solat/

Semoga Manfaat, InsyaAllah..

Wallah HuÁlam..



~PS: RAHSIA AYATUL KURSI 👍💛

https://lading-emas.blogspot.com/2015/01/rahsia-ayatul-qursy-himpunan-fadhilatnya.html


























. .
~***~LadingEMAS~***~
~*~*~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~*~