~*~KALiMAH TAUHiD~*~







~**~TiADA TUHAN KECUALi ALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH pd SETiAP KERLiPAN & PD SETiAP NAFAS Sbyk LuasNYA APA YG ADA pd iLMU ALLAH ~**~

~*~SOLATLah KiTa, Sebelum KiTa diSOLATkan~*~


~*~PLS OPEN this WEB with MOZILLA FIREFOX or INTERNET EXPLORER...for BEST Results, Tq (^^,)

AL_QURAN Video+ TerJemahan

~*~*~*~

HADIS ~ PESANAN RASUL KITA, UTK UMATNYA TERSAYANG!!!


Drpd Nabi SAW bsabda:~

Ssiapa ke MASJID pd Waktu PAGI/pd Waktu PETANG Allah akan menyediakan utknya satu TEMPAT TINGGAL di Syurga apabila dia pergi samada pd Waktu PAGI atau pd Waktu PETANG

(HR Muslim, #1073)




~*~*~*[MUTiARA HADIS_1]








~~*~~[MUTiARA HADIS_2]





~~**~~[MUTiARA HADIS_3]





~~***~~[MUTiARA HADIS_4]





~*~*~*~*
~*~
~*~


PESAN Rasululah SAW

“Sesungguhnya AMAT dirasa BERAT oleh seOrg MUNAFIK, UTK melaksanakan SOLAT ISYA dan SOLAT SUBUH Sekiranya MEREKA TAHU akan keAGUNGan PAHALAnya, nescaya mereka mendatanginya (ke MASJID, SOLAT berJEMAAH) sekalipun dlm keadaan MERANGKAK2”

(HR Bukhari Muslim)

~*~Hadis Abu Hurairah RA:

Drpda Nabi SAW bSabda: Sesiapa yg pergi ke MASJID pada waktu PAGI atau pada waktu PETANG Allah akan menyediakan untuknya satu TEMPAT TINGGAL di SYURGA apabila dia pergi SAMADA pada waktu PAGI atau PETANG.

(HR Muslim, #1073)

~*~
“Sesungguhnya Allah akan mgumpulkan Org2 MUNAFIK dan 0rg2 KAFIR di dlm JAHANNAM


(QS An Nisa:140).


SOLAT BERJEMAAH LEBIH TINGGI 27 DERAJAT DIBANDING SOLAT SENDIRI“

(HR Bukhari &Muslim)


***

Saturday, July 21, 2018

DENGGI : PENYELIDIK DAUN BETIK







nyamuk aedes



DOA MENGHALAU NYAMUK,SEMUT & SERANGGA DARI RUMAH/DUA TO DRIVE AWAY MOSQUITO, ANTS & INSECTS


Punca Demam Denggi

Demam Denggi merupakan
sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya
ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada
orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam
Hemoragik Denggi (DHF)
dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).


Virus
Denggi
akan berada di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6
hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam
mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.
Denggi
dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile),
dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria.
 Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus
Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype
 cukup berbeza menjadikan tiadanya
perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang
disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku.
Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk
Aedes 
aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedesalbopictus).

Simptom
Demam Denggi

Demam denggi bermula dengan demam
mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi
dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang
yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever)
dan gatal-gatal.
Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan
biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak
hampir kepada keseluruhan tubuh. 
Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh
kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang
normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual,
muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak
(lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).
Demam
denggi klasik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali
memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal
bilangan sel darah pembeku (platelet)
akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma
darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third
space loss di antara selaput
paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya),
kerana kapilari darah menjadi
rapuh (capillary fragillity).
 Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada
renjatan dan risiko perdarahan.

Petua
Sembuhkan Demam Denggi

Petua ini bukanlah untuk
menggantikan perubatan moden, tetapi anda boleh jadikannya petua sampingan jika
anda juga disahkan menghidap penyakit ini. Untuk pengetahuan semua juga,
penyakit demam denggi ini belum mempunyai vaksin dan setakat ini cara rawatan
yang digunakan di hospital-hospital adalah dengan hanya menambahkan jumlah
kandungan air di dalam badan agar suhu kembali normal.
 Penggunaan daun betik sebagai rawatan
alternatif bagi membantu meningkatkan platelet dalam darah, menunjukkan
kesan positif dan terbukti berkesan membantu merawat demam denggi.



Sebelum ini beberapa institusi menjalankan kajian terhadap daun betik
yang pada awalnya untuk melihat keberkesanannya dalam merawat beberapa
jenis penyakit termasuk diabetes, namun ia dilihat lebih sesuai untuk
merawat demam denggi.










Seorang penyelidik dari AIMST University Dr VS Kathiresan berkata
pihaknya memulakan penyelidikan pada 2008 untuk melihat bagaimana daun
betik dapat meningkatkan platelet dalam darah tikus.



"Kajian kami dalam ujian praklinikal menunjukkan dalam tempoh empat jam,
bilangan platelet dalam darah setiap tikus meningkat tiga kali ganda.
Daun betik mempunyai banyak enzim yg membantu meningkatkan platelet darah
.




"Penyelidikan ini sebenarnya pernah disiarkan dalam 'The Middle European
Journal of Medicine"
pada 2009, dan hasil penyelidikan ini sebenarnya
menjadi asas kepada mereka yang menjalankan kajian berkaitan," katanya
kepada Bernama ketika ditemui di universiti itu dekat Sungai Petani.



Dr Kathiresan berkata walaupun kajian itu dilakukan lebih awal dan
pernah dihebahkan menerusi media massa, namun tidak ramai yang berani
mengamalkannya kerana belum lagi terbukti secara klinikal.



"Ia pernah disiarkan dalam akhbar The Star pada 31 Ogos 2011 dan mendapat liputan Bernama pada
2010, namun ramai yang beri reaksi negatif, tetapi bila Institut
Penyelidikan Perubatan
buat pendedahan, kita tahu yang ia tidak bahaya.[Sumber..]



 



 "Kajian awal yang kita jalankan tidak melibatkan masyarakat, namun ia
kini terbukti secara klinikal. Selepas itu tidak ada susulan (selepas
penyelidikan awal) sebab ujian praklinikal melibatkan tikus, tidak ada
masalah, tetapi apabila ujian melibatkan manusia, terdapat peraturan
tertentu yang perlu

dipatuhi,' katanya.



Dr Kathiresan berkata penggunaan daun betik untuk membantu merawat demam
denggi adalah mudah kerana selain senang diperoleh, ia juga tidak perlu
melalui proses yang rumit, sebaliknya boleh dimakan seperti ulam.



"Melalui ujian praklinikal, daun betik dikeringkan, dicarik kecil-kecil
dan dikisar menjadi serbuk halus sebelum diuji ke atas tikus."



"Bagi manusia, kita boleh makan terus dan daun betik yang dimakan itu
akan menunjukkan perbezaannya dalam tempoh empat jam. Bagaimanapun
peningkatan platelet dalam darah boleh dilihat dalam tempoh sejam,"
katanya.












Dr Kathiresan berkata lebih 20 pesakit demam denggi pernah
menghubunginya dan beliau menyarankan mereka supaya mengambil dua hingga
tiga helai daun betik matang, dua kali sehari,
untuk diamalkan dan ia tidak
memberi kesan sampingan walaupun kepada kanak-kanak.



"Mereka menghubungi saya semula dan memaklumkan bahawa selepas makan
selama tiga atau empat hari, mereka sudah sembuh. Bagi kes denggi, ia
lebih sesuai untuk pesakit mengalami demam denggi peringkat awal.




"Perlu diingatkan, daun betik yang akan dimakan secara segar perlu
dicuci getahnya sehingga bersih, dan daunnya pula tidak terlalu muda
atau tidak terlalu tua,"
katanya.



Dr Kathiresan sudah melakukan lebih 30 penyelidikan, kebanyakannya
melibatkan penggunaan bahan terbuang untuk dijadikan bahan berfaedah.



"Kami kini mengorak langkah untuk menguji dengan menyeluruh pohon, daun,
kulit buah yang hijau dan kuning, batang serta akar betik. Kita akan
lihat kesan semua bahagian ini, malah kita juga akan lihat dari segi
variasi, buah tempatan dan buah dari negara lain," katanya.




- Bernama




~*~*~*~*~*~*~*~



Sebuah berita dari India dilaporkan The Times of India (20 Disember
2012)
yang mendakwa beberapa hospital kerajaan di Tamil Nadu telah

memberikan jus terdiri daripada neem biasa, daun neem bukit dan daun betik kepada
golongan penghidap denggi. Kombinasi herba tersebut didapati mengandungi
sifat antivirus terhadap virus denggi.



Berita sama turut melaporkan King Institute of Preventive Medicine
percaya penyediaan herba tersebut dapat mengurangkan simptom dan
mempercepat proses penyembuhan. Saintis institut tersebut juga telah
menjalankan ujian dengan  membubuh empat jenis flavivirus utama penyebab
denggi ke atas lapisan sel.



Lapisan sel yang mengandungi virus tersebut kemudian dimasukkan ke
dalam sediaan herba terdiri daripada tiga jenis jus yang disebutkan di
atas. Pada keadaan normal, virus akan masuk ke dalam sel.



Namun, selepas dua hari saintis mendapati lapisan sel tidak terjejas.
Saintis percaya perkara tersebut berlaku kerana virus telah dineutralkan
oleh formula herba tersebut. Ujian selanjutnya mendapati formula herba
tersebut menghalang virus daripada memasuki sel.



Bagi sel yang telah dimasuki virus, formula herba dipercayai telah
menghalang virus daripada menjalankan proses multiplikasi. Sungguhpun
kajian seperti ini masih di peringkat awal, ujian seterusnya termasuk
dalam bentuk double-blind diharap dapat membantu penggunaan formula
herba dalam mengatasi demam denggi.



Sebuah kajian berjudul Carica papaya Leaves Juice Significantly
Accelerates the Rate of Increase in Platelet Count among Patients with
Dengue Fever and Dengue Haemorrhagic Fever
yang dijalankan barisan
penyelidik tempatan dan ditaja Kementerian Kesihatan telah mendapati jus
daun betik mampu meningkatkan kadar peningkatan jumlah platelet pada
penghidap denggi.



Untuk mengetahui selanjutnya terutama dari segi mekanisme, sila rujuk
laporan kajian yang diterbitkan dalam jurnal Evidence-Based
Complementary and Alternative Medicine
(Jilid 2013). Sumber...



   P/S:  Blender 1 helai daun betik campur air sedikit jadikan 500ml, 
dia minum sekali gus. 3 hari saya buat. Alhamdulillah sembuh.



~*~*~*~*~*~*~*~







Kenapa
Sup Ketam?

Kajian
ringkas didapati ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat
membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Ini
kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan platelet yang
ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut dan dalam
kes denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang
akhirnya membawa maut kepada pesakit.

Pengambilan
sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak
dan sekali gus
menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat. Keberkesanan rawatan
menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak sebagai sup semata-mata) amat
menakjubkan kerana pesakit demam denggi yang meminum dan memakan (isi dan
kuahnya) satu mangkuk besar sup ketam (500ml hingga 1 liter) akan mengalami
peningkatan kadar platelet yang mendadak dalam masa relatif singkat, iaitu cuma
antara 5 hingga 8 jam sahaja dan pesakit akan pulih 99.9 % dalam tempoh
tersebut.




WallahHu'Alam.




DOA MENGHALAU SERANGGA & BINATANG PEROSAK/DUA TO DRIVE AWAY PEST PEACEFULLY FROM HOUSE





12 Natural Ways to Get Rid of Cockroaches Permanently





How to get rid of cockroaches in kitchen ~ 5 Simple methods to keep cockroaches away




THIS IS THE MOST EFFECTIVE WAY TO GET RID OF COCKROACHES IN YOUR HOUSE COMPLETELY.






WallahuA’lam.. والله أعلم 
 اَللَّهُمَّ صَلِّ وسَلاٌِم عَلٓى سَيٌِدِناَ مُحَمَّدٍ ﷺ 



📮 ❤️Sharing is Caring❤️


~***~LadingEMAS~***~


~*~*~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~*~