~*~KALiMAH TAUHiD~*~







~**~TiADA TUHAN KECUALi ALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH pd SETiAP KERLiPAN & PD SETiAP NAFAS Sbyk LuasNYA APA YG ADA pd iLMU ALLAH ~**~

~*~SOLATLah KiTa, Sebelum KiTa diSOLATkan~*~


~*~PLS OPEN this WEB with MOZILLA FIREFOX or INTERNET EXPLORER...for BEST Results, Tq (^^,)

AL_QURAN Video+ TerJemahan

~*~*~*~

HADIS ~ PESANAN RASUL KITA, UTK UMATNYA TERSAYANG!!!

~*~*~*~*~*~*~*~*~*[PerHaTiKan MuTiARA KATANYA]
~~*~~[PerHaTiKan MuTiARA KATANYA]
~~**~~[PerHaTiKan MuTiARA KATANYA]
~~***~~[PerHaTiKan MuTiARA KATANYA]
~*~*~*~* ~*~ ~*~
PESAN Rasululah S.A.W
“Sesungguhnya PALING diRASA BERAT oleh seOrg MUNAFIK, ADALAH melaksanakan SOLAT ISYA' dan SOLAT SUBUH. Sekiranya mereka tahu akan ke AGUNGAN PAHALAnya, NISCAYA mereka mendatanginya (ke MASJID, SOLAT berJEMAAH) sekalipun dlm keadaan MERANGKAK2
(HR Bukhari Muslim)

~*~ “Sesungguhnya ALLAH akan mgumpulkan Org2 MUNAFIK dan 0rg2 KAFIR di dlm JAHANNAM
(An Nisa:140).

SOLAT BERJEMAAH LEBIH TINGGI 27 DERAJAT DIBANDING SOLAT SENDIRI“
(HR Bukhari – Muslim)

~*~ Download Audio Kuliah
***
~***~أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا (Setelah diterangkan) APAKAH mereka[KAMU] SENGAJA tidak berUSAHA MEMAHAMI serta meMIKIRkan isi Al-QURAN? ATAU HATI mereka TERKUNCI RAPAT (yg mghalangnya drpda MENERIMA AJARAN Al-QURAN)? (QS Muhamad: 24) ~*~*~***~

Friday, August 25, 2017

APAKAH PERLU KEPADA KERAJAAN BARU..??? KENAPA..? BETUL KE..?

SELAMATKAN MALAYSIAN..!!!

Celik Minda, Celik Mata Hati, berfikiranlah dgn TENANG dan BERAKAL, bukan BEREMOSI..

Oleh Shahrulazwad Ismail

Kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang memerintah terlalu lama telah menyekat bukan sahaja kebebasan bersuara rakyat, malahan kebebasan berfikir rakyat. Kesemua idea dan cara BN dianggap tepat dan tidak boleh dipersoalkan walaupun yang diminta hanyalah penjelasan, belum pun dibuat bantahan.

Media massa dimonopoli jadi berat sebelah, pandangan daripada golongan pembangkang mahupun golongan professional yang arif tentang sesuatu perkara tersebut tidak boleh disiarkan langsung.

Generasi tua kini terperangkap dengan sejarah dan legasi pemimpin Umno dan BN yang lama. Pembangkang digambarkan umpama golongan penjenayah yang mahu menghancurkan apa yang dibina oleh pemimpin-pemimpin lama yang berjasa.

Hakikatnya, pemimpin Umno/BN sekarang bukan muka-muka yang sama dan mengamalkan cara pentadbiran yang sama. Itu sahaja. Sejarah memang benar tapi realiti hari ini juga benar.

Generasi muda dipupuk dan diajar hanya untuk mematuhi bulat-bulat idea-idea kerajaan. Golongan muda hanya diajar memberi pendapat hal-hal selain politik sahaja. Mahasiswa dah tak boleh berfikir sendiri, tiada pendapat sebab belajar hanya untuk markah peperiksaan, hanya untuk jadi pekerja-pekerja.

Sesiapa ada idea-idea yang berlawanan dengan “aspirasi” kerajaan dianggap salah, terpesong dan dipergunakan oleh “pihak-pihak tertentu”. “Listen, listen, listen”, kata seorang penyokong BN.

Disuruh ikrar tidak akan membuat demonstrasi jalanan. Lupa sejarah Umno dan BN sendiri yang merdeka melalui demonstrasi jalanan. Isu-isu semasa jadi tak penting. CGPA bagus tapi itupun pengetahuan graduan masih lemah, isu-isu semasa tidak tahu dan bahasa Inggeris lemah.

Ramai yang bercakap rojak. Bahasa Melayu lemah, Bahasa Inggeris pun lemah. Majikan kata graduan tiada kemahiran untuk bekerja. Universiti dipersalahkan.

BN telah mengamalkan budaya buli dan membalas dendam kepada golongan yang membantah. Pensyarah universiti, ulama, golongan professional dan penjawat awam yang beri pandangan selain idea-idea kerajaan akan dibuli sampai tak naik pangkat, dimalukan sampai terpaksa berhenti.

Tak minat politik akhirnya masuk politik. Kawasan yang tidak mengundi BN tetapi berada dalam kerajaan negeri atau wilayah bawah BN, geran akan disekat, jalanraya tidak akan diturap, walaupun itu tanggungjawab majlis daerah/perbandaran sebab penduduk disitu tidak undi BN.

Bila kempen, dituduh parti pembangkang tak buat kerja walaupun bajet untuk jalanraya, perparitan tu ada kat kerajaan tempatan.

Budaya takut

BN juga telah mengamalkan budaya takut. Asyik diulang hanya BN yang boleh memerintah. Siapa bersuara, disuruh keluar Malaysia. Hak dan ketuanan Melayu/Bumiputera dijadikan sandaran.

“Kalau tak undi BN, DAP akan hapuskan hak Bumiputera”. “Umno sahaja yang boleh jaga hak Bumiputera” walaupun hak Bumiputera dah ada dalam perlembagaan Malaysia.

“PAS tidak boleh”, “PKR tidak boleh” walaupun ramai Melayu dalam Pakatan Rakyat sekarang.

Sebenarnya, Umno jaga Melayu yang tertentu sahaja. Melayu yang kenal menteri-menteri. Mereka dapat dulu apa saja projek-projek kerajaan. Tak semua bagus pun. Biasa kerja tak sempurna dan terbengkalai.

Tiada integriti dalam pemilihan. Tidak bagus pun tidak apa asalkan Bumiputera. PKR tadbir Selangor dah lima tahun, keadaan lebih baik dari dulu dan bekas MB Selangor Khir Toyo masuk penjara.

Budaya takut ini dah menular berdekad-dekad. Hari ini dah tak mula berkesan, jadi dimulakan budaya rasuah. Beri rakyat miskin BR1M RM500, bantuan persekolahan RM100 setahun sekali dan lain-lain lagi tapi rakyat miskin dijualkan barangan runcit yang kurang berkualiti dengan harga murah di Kedai Rakyat 1Malaysia.

Klinik 1Malaysia pun tak ada doktor. Hinanya jadi orang miskin. Patutnya punca-punca harga barangan mahal dan kos sara hidup yang tinggi yang perlu dikaji dan diselesaikan.



Tetapi, pemimpin BN macam Raja Nong Chik Zainal Abidin kekalkan faedah pinjaman perumahan PPR 6.5% sebab bezanya cuma RM80 sahaja walaupun rumah PPR untuk yang berpendapatan RM1,000 ke bawah.

Rakyat nak ubah kehidupan pun makin sukar. Jalan keluar kemiskinan ialah pendidikan tinggi tetapi pendidikan dah dikomersilkan. Tempat-tempat di universiti awam tak cukup tapi yang dibina berleluasa ialah universiti-universiti swasta.

Majoritinya bangunan kecil tak cukup kemudahan tapi bayar mahal. BN suruh pinjam PTPTN tapi graduan kena bayar balik pinjaman PTPTN pada kadar faedah 3%. Sepatutnya diubah menjadi seperti pinjaman bolehubah tanpa faedah MARA. Pendidikan percuma itu memang cabaran terbesar kalau nak buat tapi tak mustahil.

Sekarang rakyat golongan menengah turut hidup susah. Harga rumah tidak dikawal. Rumah mampumilik baik yang dibina kerajaan ataupun swasta terletak jauh berpuluh batu dari tempat kerja dibandar.
BEGITU JUGA HARGA MINYAK NAIK SETIAP MINGGU[???] sedangkan kita Negara Pengekspot Minyak.. Ajaib..?

Kalau beli rumah kawasan ini, perjalanan harian ke tempat kerja kena bayar tol lagi, kos petrol, harga kereta pun dah termasuk cukai yang tinggi dan jalanraya tidak pun diselenggara selalu, cuma sebelum pilihanraya.

Kenapa tak contohi Singapura? Kerajaan yang membina rumah kos rendah dan sederhana manakala pemaju swasta bina rumah kos mewah. Kerajaan perlu ada hak lebih utama untuk kawasan yang berdekatan bandar sebab itu tempat kerja.

Di Singapura, flat-flat HDB dan kondo mewah boleh berada dikawasan yang sama. Jalanraya diturap selalu. Bas-basikut jadual tepat. Ada MRT. Kita baru nak bina. Jakarta pun baru nak bina MRT. Kita lambat ke Jakarta yang cepat maju?

Duit rakyat

Bila dipersoalkan semua itu, kita dituduh tidak bersyukur. Dihalau agar keluar Malaysia dan dimarahi, “Kenapa ambil juga pemberian BN kalau tak sokong BN? BN baik sebab beri kepada rakyat termasuk penyokong pembangkang.”

Sedarlah, itu duit rakyat, hasil dari negara milik rakyat, bukan kerajaan. Semua yang diberi oleh kerajaan adalah hak rakyat dari awal lagi. Rakyat patut ambil. Kerajaan hanya mentadbir.

Rakyat berhak memilih pemimpin mereka sendiri jika mereka tidak bersetuju dengan pentadbiran negara dan pembahagian hasil negara.

Negara kita negara membangun dan moden, tidak cukup dengan keperluan asas sahaja. Bukannya tidak bersyukur tetapi kita perlu maju sesuai dengan apa yang kita ada. Negara kita bukan negara miskin.

BN turut menimbulkan budaya kejayaan seseorang rakyat bergantung kepada siapa yang kita kenal. Pertama kali majoriti rakyat dengar perkataan kronisme ialah masa Perhimpunan Agung Umno pada tahun Anwar dipecat.

Kita baru tahu masa tu tapi sebenarnya dah lama. Projek-projek besar kerajaan diserahkan kepada menteri-menteri dan kenalan-kenalan kerajaan dan bukannya orang yang paling layak.

Rakyat hanya dibantu untuk industri-industri kecil dan sederhana melalui agensi-agensi kerajaan seperti SME Bank, AgroBank, FAMA, Tekun, MARA,PUNB dan sebagainya. Melayu-Melayu marhaen diminta berniaga kedai dobi, salon, kedai runcit, restoran dan yang kecil-kecil sahaja.

Projek besar macam Projek Ternakan Lembu NFC diberikan kepada golongan menteri dan keluarganya dan bukan golongan penternak. Hampir dua dekad, permit-permit teksi diberikan kepada syarikat-syarikat milik menteri dan kenalan kerajaan dan bukannya pemandu teksi yang miskin. Pemandu teksi perlu sewa permit tersebut. Ini yang dipanggil “rent seeking”.

Permit nak jual kereta pun dikawal. Kalau dia jual Mazda, dia seorang je. Kalau dia jual Hyundai, dia seorang je tapi NAZA dapat majoriti permit jualan kereta di negara kita. Hinanya ia dilakukan oleh pemimpin yang rakyat telah undi.

Akibatnya, BN yang mengawal peluang kekayaan. Ada juga yang membidas, nanti kerajaan baru pun begitu juga. Mana kau tahu?

Pilih semula atau tukar

Contoh yang lain, jual gula tak perlu permit. Gula bukan macam teksi yang perlu dikawal. Sepatutnya siapa yang ada tanah pertanian boleh menanam tebu, proses jadi gula dan jual. Tebu bukan tanaman yang susah nak dijaga.

Permit dikuatkuasakan hanya untuk mengkayakan golongan tertentu sahaja. Kalau gula berlambak dan jadi murah sangatpun, kos makanan terproses juga akan jadi rendah. Begitu juga dengan beras. Harga barangan banyak yang akan turun.

Dulu, Mahatma Gandhi di India pun menentang British yang tak benarkan rakyat proses dan jual garam.

Namun, ada juga yang bagus. Saya sokong Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary dapat syarikat-syarikat milik Melayu dan kerajaan yang dah nak mati macam MMC, Pernas (sekarang Tradewinds), DRB-Hicom dan lain-lain dan banyak yang dah berjaya diselamatkan sebab dia usahawan asli bukan sebab dia masuk politik.

Beliau dah jadi “default choice”. Cuma sudah tiba masanya orang lain turut diberi peluang dan Tan Sri Syed Mokhtar boleh beri tunjuk ajar.

Sekarang, ketidakcekapan pemerintahan menyebabkan defisit negara tertinggi dalam sejarah.

Kos sara hidup juga tertinggi dalam sejarah. Mengundi berdasarkan fakta-fakta ini sahajapun dah cukup buat saya.

Tak perlu nak fikir pasal “sex, lies and videotape” ataupun perangai buruk penyokong-penyokong BN dan juga pembangkang.

Tak perlu fikirkan pasal Anwar pun. Lima tahun lagi kita boleh pilih semula atau tukar. Tiada parti yang “sacred”. Apa yang Anda gusarkan..?!!

Shahrulazwad Ismail, berumur 36 tahun, seorang peguam kanan dengan firma guaman sendiri di Selangor.

LINK: http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2013/04/25/kenapa-saya-mahu-kerajaan-baru/

~*~*~*~*~*~*~*
Hutang luar negara kini RM 908.7 bilion - Kementerian Kewangan


https://moshed.com/hutang-luar-negara-rm908-7-billion-kejatuhan-ringgit-meningkatkan-hutang-negara-bnm/

~*~*~*~*~*~*~*

Monday, August 14, 2017


Kangkang Telah Dibuka Luas Untuk China


 
Image result for monkey spread-eagled

Tiada siapa mampu nafikan bahawa isu yang paling kencang bertiup menjelang sambutan kemerdekaan negara ke-60 kali ini ialah ‘penjajahan China’. Berikut analisis 19 isu yang perlu diberi perhatian.
1. Isu hartanah: persepsi ini agak ketara dikaitkan dengan projek di Johor dan di Melaka. Demikianlah projek ‘Shenzen Malaysia’, serta skim seperti Malaysia My Second Home (MM2H). Pemberian status pegangan bebas ‘freehold’ kepada warga China dipersoalkan kerana warga tempatan sendiri tidak mampu untuk memiliki aset hartanah. Keadaan ini juga bakal mengimpak struktur demografi penduduk negara kelak. Kerajaan Malaysia perlu campur tangan secara agresif dalam menghadapi isu pemilikan hartanah asing ini.
2. Isu Bank China: persepsi bahawa Bank China seperti Export-Import Bank of China (Exim Bank) memiliki peranan besar dalam penentuan beberapa keputusan melibatkan projek infrastruktur di Malaysia di mana syarat pelantikan kontraktor ditetapkan agar memberi kelebihan dan keutamaan hanya kepada para kontraktor China tidak kurang hebatnya. Rakyat Malaysia juga perlu membayar hutang projek pembangunan yang dibiayai pinjaman Bank China ini. Sewajarnya dari awal lagi sumber pembiayaan alternatif lain turut dipertimbangkan seperti Bank Pembangunan Asia (ADB) atau pun Bank Pembangunan Islam (IDB).


Image result for monkey spread-eagled

3. Isu kontraktor China: Malaysia tidak kekurangan pakar dan kemahiran bagi membina infrastruktur berskala besar seperti syarikat Gamuda, IJM, dan sebagainya. Maka sekali pun kontraktor seperti IJM diberi peluang bekerjasama dengan Beibu Gulf Port Group (China) dalam projek pelabuhan Kuantan, namun pihak kerajaan perlu lebih agresif mengusahakan agar lebih banyak kontraktor Malaysia mendapat peluang dan manfaat berbanding kontraktor China dalam pembinaan aset strategik negara.
4. Isu Nelayan China: pihak Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) serta khususnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri seperti Datuk Seri Shahidan Kasim sendiri telah berulang kali memberi amaran akan penjajahan para nelayan asing (termasuklah dari China) di Zon Ekonomi Eksklusif milik Malaysia. Selain daripada bantahan diplomatik yang lebih signifikan, pemerkasaan aset seperti radar dan kapal peronda perlu diberi keutamaan.
5. Isu Pulau Buatan China: Perkembangan pesat pembinaan pulau-pulau buatan China di Kepulauan Spratly tidak boleh dinafikan memberi impak kepada perkiraan strategik (strategic calculation) Malaysia di Laut China Selatan. Meski pun tidak berada dalam perairan Malaysia secara langsung, namun kelengkapan ketenteraan yang semakin canggih dan semakin banyak ditempatkan di sana pastinya menggugat kestabilan rantau ini.
6. Isu Sembilan Garis Terpecah: Peta yang diterbitkan China pada 2009 ini jelas menceroboh Zon Ekonomi Malaysia (ZEE) di mana Garis Keempat menceroboh perairan Bintulu dan Miri di Sarawak manakala Garis Kelima menerobos jauh dari perairan berhampiran Beaufort, Papar, Kota Kinabalu, Kota Belud, dan Kudat, Sabah. Dialog Konstruktif perlu diteruskan oleh Malaysia agar China memahami bahawa ianya adalah lebih bermanfaat untuk China melindungi kepentingan mereka di Laut China Selatan menerusi kerjasama ketenteraan bilateral dengan negara-negara Asia Tenggara, dan bukannya dengan cara cuba membolot Laut China Selatan.
7. Isu alam sekitar: Dominasi syarikat China dalam projek ECRL menimbulkan persoalan dari segi pemantauan terhadap penjagaan alam sekitar di kawasan yang terlibat. Terkini, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) telah menyerahkan memorandum bantahan berhubung keperluan laporan penilaian impak alam sekitar (EA) projek ECRL ini terutama sekali hakikat bahawa Banjaran Titiwangsa bakal direntasi dalam projek ini.
8. Isu Tenaga: Edra Energy iaitu aset penjana tenaga milik syarikat 1MDB yang berjaya dibeli syarikat China juga dianggap bakal menjadi pemain industri tenaga yang utama di Malaysia. Meskipun kerajaan memberi jaminan bahawa TNB masih merupakan aktor yang bertanggungjawab dalam penentuan kadar tenaga (elektrik) dalam negara, namun senario sebegini perlu diperbetulkan kembali demi meraih keyakinan rakyat. Perancangan ke arah mengambil alih Edra kembali ke pangkuan milik kerajaan mahu pun swasta di Malaysia perlu dimulakan.
9. Isu pelabuhan Malaysia: Syarikat China telah memiliki pegangan dalam beberapa projek pembinaan pelabuhan strategik negara seperti Pelabuhan Kuantan di Pahang dan Melaka. Meskipun pembinaan pelabuhan ini cukup penting bagi meningkatkan kapasiti pelabuhan negara yang setakat ini ditampung Pelabuhan Klang dan Tanjung Pelepas sahaja, namun ia tidak seharusnya dilihat eksklusif memanfaatkan China semata-mata sedangkan dalam masa yang sama memencilkan kuasa pasifik lain seperti Jepun dan Korea Selatan yang turut sepatutnya diundang kerana kebergantungan yang sama kepada laluan yang sama.
10. Isu automotif: Penjualan pegangan 49.9 peratus Proton kepada Geely dari China masih belum menunjukkan impak signifikan. Sebaliknya produk Geely iaitu ‘Boyue’ pula yang cuba dipasarkan di Malaysia. Sepatutnya Proton yang diutamakan untuk diberi akses ke China dan juga negara operasi Geely yang lain di seluruh dunia, di samping mengemukakan perancangan ampuh jangka panjang untuk kemajuan automotif negara.
11. Isu Sosiobudaya: Antara tanda-tanda isu ini tidak boleh dipandang enteng adalah apabila Duta China ke Malaysia Dr. Huang Huikang membuat kenyataan tentang kepentingan kaum Cina di Jalan Petaling. China turut mengeluarkan kad khas buat orang China di seberang laut. Meski pun Malaysia tegas dalam isu kewarganegaraan, isyarat perlu diberi kepada Beijing bahawa urusan dalaman negara Malaysia – sekali pun melibatkan mereka yang berketurunan Cina – tidak boleh diizinkan kepada campur tangan China.
12. Isu Bahasa Mandarin: sepatutnya China tidak mengulangi hegemoni kuasa-kuasa Barat yang mengutamakan Bahasa ibunda mereka semata-mata tanpa penghormatan kepada Bahasa ibunda negara-negara lain, terutama sekali negara kecil. Pemimpin Malaysia pula perlu memberi penekanan pada Bahasa Melayu sebagai Bahasa antarabangsa dan menganjurkan order multipolar bukan hanya dalam konteks politik, tetapi juga dalam konteks Bahasa.
13. Isu akses Maklumat: kebanyakan projek berskala gergasi China di Malaysia sukar untuk dikaji kerana kekurangan akses maklumat terbuka yang boleh dicapai secara atas talian. Hal ini pastinya membimbangkan kerana terdapat beberapa kes di mana syarikat milik China ini didapati bermasalah dalam pengurusan projek di negara-negara lain seperti China Communication Construction Company (CCCC).
14. Isu aset Ketenteraan: keputusan Malaysia untuk membeli empat kapal laut dari China bagi tujuan ketenteraan turut mengundang pertimbangan yang lebih mendalam. Hal ini demikian kerana kapal milik tentera China diketahui sering ‘berkonfrontasi’ dengan TLDM di ZEE milik Malaysia seperti yang pernah dialami KD Kedah tidak berapa lama dahulu. Sewajarnya syarikat anak tempatan diberi keutamaan penuh dalam projek aset strategik negara ini.
15. Isu Jentera China: projek pembangunan infrastruktur di Malaysia juga tidak dapat dinafikan bakal diusahakan oleh jentera-jentera berat dari China. Tiadakah syarikat milik anak tempatan yang boleh diberi peluang bagi menyediakan kemudahan jentera ini? Kerajaan Malaysia perlu mempertimbangkan langkah yang boleh memberi manfaat kepada kontraktor serta jentera yang dioperasikan anak tempatan.
16. Isu Teknologi China: setakat ini boleh dikatakan tiada hitam putih yang jelas diisytiharkan tentang manfaat pemindahan teknologi dari China yang boleh memanfaatkan kapasiti syarikat atau agensi milik awam Malaysia di bawah projek-projek infrastruktur di Malaysia.


Image result for monkey spread-eagled

17. Isu peluang pekerjaan: projek-projek gergasi China di Malaysia turut membawa bersama para buruh dari tanah China. Malah baru-baru ini luas tersebar syarat pengambilan kerja yang melibatkan beberapa posisi dalam projek pembangunan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang hanya menerima pekerja yang boleh berbahasa Mandarin sahaja. Kerajaan Malaysia perlu mengambil serius isu ini agar diskriminasi sebegini tidak berterusan.
18. Isu Import China: kadar kebergantungan serta hubungan perdagangan yang pesat dengan China turut menimbulkan kebimbangan. Meski pun China merupakan rakan dagang utama Malaysia, namun potensi untuk berlakunya pengurangan eksport kita ke China serta lambakan import yang memudaratkan dari China tidak boleh dipandang mudah. Maka Malaysia perlu untuk menambah nilai dalam produk eksport ke China dan dalam masa yang sama mempelbagaikan destinasi import agar kebergantungan kepada import China dapat dioptimumkan.
19. Isu peluang anak negeri: Projek ECRL dikatakan bakal memberi faedah kepada para penduduk di sekurang-kurangnya tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu, dan Pahang. Namun demikian, anak negeri di ketiga-tiga negeri tersebut kurang diberi peluang yang sepatutnya dalam proses pembinaan ECRL ini. Anak negeri Pantai Timur juga sepatutnya dilibatkan secara lebih intensif dan pada peringkat yang tertinggi dalam pembuatan keputusan berkaitan projek ECRL ini, bukannya hanya sekadar menjadi pemerhati atau mendapat peluang kerja yang ibarat ‘melukut di tepi gantang’ semata-mata.
Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

SELAMATKAN MALAYSIA..!!!

Petikkan: http://libanglibu.blogspot.my/2017/08/kangkang-telah-dibuka-luas-untuk-china.html


~*~*~*~*~*~*~*~

DAP DARI PANDANGAN DR MASLEE MALIK SEORANG ISLAMIS

     

1 June 2012

Dr Maslee Malik, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, adalah pakar dalam bidang politik moen dunia Islam. Beliau memperolehi ijazah sarjana muda di Jordan, ijazah sarjana dari Universiti Malaya dan doktor falsafah PhD dari University Durham, UK. Wartawan Roketkini Hafiz Zainuddin dan Iza Suraiya telah menemu bual tentang Islam, Melayu dan DAP.

Apa pandangan Dr mengenai DAP dalam suasana sekarang?
Mana-mana parti pun mengalami evolusi, contohnya PAS hari ini tidak sama dengan PAS pada 90-an, dan PAS 90-an pula tak sama dengan PAS sebelum tahun 1979 iaitu sebelum kepimpinan ulama. Dan sebelum kepimpinan ulama pun zaman Dato’ Asri Muda tak sama dengan zaman Dr.Burhanuddin al-Helmy. Dalam UMNO pun begitu juga, begitu juga dengan PKR sebelum Anwar dibebaskan dengan selepas dibebaskan. Seluruh dunia, mana-mana parti akan mengalami perubahan.
Pada pendapat saya, DAP selepas 2008 nampak banyak perubahan drastik. Cuma bagi orang luar, pertama kita terpaksa berlawan dengan prejudis. keduanya ialah propaganda oleh BN, ketiganya dengan tingkah laku pimpinan-pimpinan DAP yang tidak mewakili parti dalam tindakan mereka. Orang Melayu contohnya, prejudis lebih mudah… tak payah kaji, tak payah pening kepala dan sebagainya.

Adakah perjuangan DAP yang berideologi demokrasi sosial yang meliputi keadilan sejagat boleh dianggap sebagai sebahagian dari konsep perjuangan Islam itu sendiri?
Mungkin kita tidak kata begitu tetapi ada di antara perjuangan tersebut yang tidak bersalahan dengan Islam sebab hukum asal penglibatan politik dalam Islam adalah bersifat ‘harus’. Halal, kecuali perbuatan itu (berpolitik) bertentangan dengan syariat…. Saya melihat, perjuangan DAP tidak bersalahan dengan Islam tetapi mengatakan segala-galanya (dalam DAP) adalah Islam, itu tidak lagilah, perlu perbincangan lanjut.
Contohnya kalau pun saya mengatakan bahawa agama saya lebih benar dari agama A atau B, tetapi itu bukan bermaksud saya kena mendiskriminasi A atau B. Atau perlu bermusuhan atau boleh menzalimi mereka. Itu konsep umum dalam muamalat iaitu keadilan, amanah dan ehsan.
Bagaimana dengan prejudis yang mengatakan menyertai DAP itu tidak sesuai dengan Islam kerana menjadikan orang bukan Islam sebagai pemimpin?
Perkara ini perlu kita faham. Dalam persoalan ini, adakah pemimpin itu pimpinan tertinggi? Atau pimpinan agama? Atau pimpinan sebagai wakil untuk perjuangkan hak-hak bersama? Kalau memilih pemimpin untuk perjuangkan hak bersama, tidak ada salahnya. Melainkan memilih pemimpin bukan Islm sebagai pemimpin agama dan pemimpin ‘tertinggi’. Di Malaysia pemimpin tertinggi kita ialah Yang di-Pertuan Agong. Perkara ini isu sentimen yang perlu ditngani.
Walaubagaimanapun, masih ramai kalangan ulama yang tidak membezakan apa itu wakil untuk perjuangkan hak bersama, pemimpin tertinggi dan pemimpin agama. Untuk melantik pemimpin yang bukan Islam, pertama dia tidak boleh memusuhi Islam, keduanya perjuangannya tidak bertentangan dengan syariah. Semasa kerajaan Islam Andalusia, ada sahaja menteri dan wakil-wakil yang dilantik di kalangan bukan Islam.
Apakah Dr merasakan perjuangan DAP yang berlandaskan demokrasi sosial sesuai untuk semua rakyat Malaysia?
Begini, di dalam melihat kepada ideologi perjuangan (DAP), jika kita ikut kaedah konvensional ‘Islamis’, isme-isme ini tidak diterima. Tetapi, Islamis generasi baru atau demokrat Islamis seperi Ganushi dan sebagainya, dia kena lihat mengikut kes.
Maksudnya, kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju. Contohnya dalam ideologi demokrasi sosial, saya mungkin tidak bersetuju dengan konsep sosialis, tetapi kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju dan sebagai demokrat kita juga memperjuangkan hak setiap pihak untuk menyuarakan idea mereka. Yang kita tidak mahu adalah paksaan terhadap ideologi.
Sama ada sesuai atau tidak ia ditentukan oleh kecenderungan individu, hatta kalau kita lihat dalam sebuah negara komunis pun ramai saja yang rasa ideologi komunis tidak sesuai. Di Amerika pun ramai juga geng-geng komunis. Dalam kerangka politik demokrasi bukan bermaksud sesuai untuk semua tetapi setiap pihak berhak untuk bersuara dan mengemukakan idea mereka dan bagi demokrat, kita memperjuangkan hak setiap orang untuk diberikan hak mereka untuk bebas menyuarakan idea. Begitu juga pihak yang menyuarakan idea perlu bersedia untuk menerima kritikan, bangkangan atau pun penolakan terhadap apa yang mereka bawa.
Adakah Dr merasakan kemasukan kalangan Melayu ke dalam DAP bukan sesuatu yang bersifat sementara dan ianya satu perkembangan yang baik?
Saya rasa, kemasukan orang Melayu satu hal tetapi kita perlukan kepimpinan yang berkarisma. Mungkin ada tapi belum nampak. Perlu ada kepimpinan yang berkarisma dari kalangan orang Melayu yang dilihat mewakili Melayu Islam.
Saya yakin kalaulah kata pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP  itu berasaskan meritokrasi, kita punya ramai orang Melayu yang mempunyai merit tapi orang Melayu tak perlu takut bersainglah. Banyak saja orang Melayu yang berjaya di luar dan di dalam negara. Mengapa tidak dalam DAP yang lebih kecil?
Jika kita meneliti situasi sekarang, apa yang berlaku ke atas DAP seperti perkauman dan sentimen agama yang dimainkan UMNO-BN telah menakutkan orang Melayu terhadap DAP. Pandangan Dr?
Saya rasa, isu ketakutan orang Melayu ini benda ‘real’, ini realiti. Pada saya the way foward ialah pihak media terutamanya mainstream media perlu beri ruang kepada semua untuk mengemukakan idea dan membela diri mereka. Apa yang diperlukan ialah kebebasan media dan jurnalisme yang beretika. Jadi setiap pihak boleh kemukakan idea, mempertahankan idea mereka dan juga membela diri mereka di dalam ruang awam.
Contohnya DAP sendiri yang orang berprasangka (buruk) terhadapnya, maka bagi peluang kepada DAP buat dokumentari mengenai parti untuk ditayangkan. Beri peluang untuk berdebat dan mempertahankan. Dan yang lebih penting kadang-kadang saya lihat sikap orang Melayu itu sendiri kena diubah, iaitu perlu lebih (berfikiran) kritikal. Itu masalah utama sebenarnya.
Bila datang sesuatu perkara, kita biasanya terus terima atau terus tolak. Kurang untuk kita bertanya‘apa’ dan ‘kenapa’ kemudian ‘so what’. Mungkin kita kata ‘apa?’ kemudian kurang bertanya ‘kenapa’. Orang Melayu bila dia mula bertanya ‘kenapa’, itu kira dah upgrade dah tu…(ketawa)
Untuk politik baru, kita kena pergi kepada ‘so what’. Faktor ‘so what’ itu yang kita hilang dan kita kena tanamkan ke dalam masyarakat kita. Orang Melayu bukan tidak berfikiran kritikal tetapi berfikiran kritikal dalam masyarat Melayu tidak dibudayakan.
Dengan adanya PAS dan PKR, kerajaan UMNO-BN menuduh mereka memecahbelahkan orang Melayu. Apabila orang Melayu semakin terbuka dan mendampingi DAP pula, ia dimomokkan dengan perpecahan Melayu yang semakin parah. Pandangan Dr?
Kenapa kita tak lihat bahawa orang Melayu semakin mendominasi politik!? Dahlah ada dua parti, dalam PKR pun dia (Melayu) dominasi, sekarang dalam DAP pun semakin mendapat tempat di hati orang Melayu. Dan kalau MIC dan MCA buka keahlian pun, orang Melayu akan masuk juga. Bagi saya ia merupakan perkara natural sebab komposisi orang Melayu dan Bumiputera adalah lebih ramai dari kaum lain.
Saya tidak kata perpercahan tidak wujud. Perpecahan orang Melayu memang wujud semenjak zaman Hang Tuah lagi. Persoalannya bagaimana kita nak menangani apa yang dinamakan sebagai ‘perbezaan pendapat.’ Benda tu (perpecahan) benda normal sebab kita manusia.
Persoalannya, apakah yang dinamakan perpecahan itu jikalau apa yang dimaksudkan ialah “UMNO semakin semakin hilang dokongan orang Melayu dan orang Melayu pergi mendokong parti selain bukan UMNO”, adakah itu perpecahan? Bagi saya itu bukan perpecahan. Itu bermaksud, susutnya sokongan orang Melayu terhadap UMNO, jadi UMNO perlu kreatif dengan cara gentlemen meyakinkan semula orang Melayu dan bukan dengan memainkan gendang perpecahan.
Mampukah UMNO melakukan reformasi? Jika mampu, mungkinkah Dr akan bersama UMNO?
Keluarga saya keluarga UMNO, datuk nenek saya antara pejuang UMNO; orang Johor menentang Malayan Union. Bapa saya sehingga meninggal duni dia masih ahli UMNO walau pun di ketika itu sudah tidak menyokong UMNO lagi. Ibu saya sudah meningglkan UMNO tetapi kemudian dia tidak menjadi ahli mana-mana parti.
Bagi saya, sebagai ahli akademik, kita mempunyai kecenderungan kita masing-masing. Cuma, selepas kepulangan saya dari UK, saya belum nampak lagi mana-mana parti yang menepati aspirasi saya untuk saya dokongi.
Apa aspirasi Dr?
Itu yang menarik. Politik di Malaysia masih bertunjangkan politik identiti. Kita lebih nak pergi kepada politik idea. Walau pun parti seperti Gerakan, DAP, PSM adalah parti yang bertunjangkan idea, tetapi, kerangka politik Malaysia itu tidak menyuburkan mereka untuk membawa idea dan mereka kadang-kadang terheret sama. Bukan salah mereka.
Sebagai orang akademik, lebih baik saya ambil peluang untuk mendidik masyarakat bagai mana mencapai ke arah politik idea. Jadi, kalau saya sudah mengambil sikap partisan, maka saya rasa saya akan menggagalkan usaha yang saya lakukan.
Cuma, dalam mendidik masyarkat kita perlu ‘vokal’, jadi bila kita vokal, seringkali orang kaitkan ia dengan pembangkang, itu tak betul. Kita perlu wujudkan bahawa sikap vokal perlu ada kepada semua. Sikap kritikal juga perlu ada kepada semua, begitu juga sikap analitikal, bukan hanya dalam pembangkang hatta dalam UMNO sendiri.
Ada penyokong UMNO-BN menuduh Dr cendurung kepada pembangkang, benarkah begitu?
Satu masalah persepsi dalam UMNO ini, kalau kritik dia (UMNO) itu dikata pembangkang. Saya agak berasa bebas kalau saya kritik pembangkang, pembangkang tak pula kata saya UMNO. Ada juga saya kritik PAS, begitu juga PKR dan DAP dalam sesetengah isu. Kritikan saya dalam PAS mungkin berkaitan isu-isu konservatisme segelintir ahli atau pimpinan PAS. Di dalam DAP, ada beberapa kenyataan-kenyataan mungkin kurang menyenangkan yang tidak menjaga sensitiviti, mungkin sekarang da berubah, wallahualam saya tak tahu…dalam PKR pula kita nampak lebih tertumpu kepada satu keluarga atau kelompok yang membentuk PKR itu sendiri. Mungkin, semua itu akan berubah, tak ada orang yang akan kekal.
Jadi bagi saya bila kita mengkritik, kita berdasarkan apa yang kita yakini dan bukan untuk kita asosiasikan. Dan dalam perkara ini kita nampak pembangkang agak rasional; bila apabila dikritik dia tidak kata kita UMNO. Saya mengharapkan peluang untuk ahli akademik untuk bersuara tanpa mereka dilabel.
Semasa wacana “Melayu, Islam dan DAP” anjuran Roketkini di Shah Alam pada 1 April lalu, Dr menyentuh kemungkinan kemasukan golongan “Islamis” dalam DAP. Apakah Dr merasakan DAP sebagai sebuah parti sekular perlu “bermain” dengan agama?
Ada dua isu di situ. Pertama; isu takrifan sekular dan keduanya isu berkaitan penglibatan golongan Islamis atau pun golongan agama. Kalau takrifan sekular seperti yang dikatakan oleh Zairil (yakni Zairil Khir Johari yang mewakili DAP dalam wacana tempoh hari), sekular tu bukan yang menentang agama tetapi lebih kepada bahawa agama tidak digunakan sebagai alat diskriminasi dalam pentadbiran.
Bagi sesetengah orang mungkin tak ada masalah tetapi perkataan ‘sekular’ itu sendiri bagi kebanyakan Islamis ia sebagai benda yang taboo. Jadi, itu sebagai salah satu kekangan untuk golongan ‘Islamis’ masuk. Pada saya mungkin tak ada masalah tapi ia perlu diperbincangkan lagi adakah sesuai gunakan perkataan ‘sekular’ atau ada perkataan lain yang lebih sesuai misalnya perkataan ‘neutral’, ‘profesional’, tetapi kalau sekular konotasinya orang boleh tafsir pelbagai.
Keduanya isu penglibatan Islamis; Islamis tidak semestinya mereka yang ingin mengembangkan faham agama dalam DAP. Tak, bukan itu tetapi sebenarnya Islamis yang berfikiran moderat dan demokrat dan boleh memilih bahawa DAP adalah satu platform, mereka memperjuangkan  communalities iaitu perkara yang boleh disepakati berkaitan isu pentadbiran, isu ekonomi.
JIka istilah ‘sekular’ dianggap taboo, perlukah label ‘Islamis’ itu digunakan?
Oh ya, kerana mereka mempunyai aspirasi Islam. Muslim satu hal, Islamis satu hal. Mungkin saja ada Muslim yang sekular, mungkin saja ada Muslim yang komunis, tetapi kalau Islamis ini dia merujuk kepada ideologi Islamis itu sendiri.
Islamis ini dikaitkan dengan orang yang mengamalkan Islam. Bagi setengah pihak ia secara fundemental. Maksudnya bukan hanya sekadar sembahyang dalam kehidupan malah ia diterjemahkan kepada identiti mereka, di dalam perkataan yang digunakan, di dalam budaya, di dalam cara mereka berfikir, dia ada kerangka-kerangkanya.
Macam baru-baru ini saya ada berbincang dalam satu kumpulan untuk menggerakkan filem Islam di Malaysia. Jadi gabungan golongan akademik so called ahli agama ni dengan penggiat filem yang mempercayai di sana adanya genre filem Islam. Ini Islamis hatta dalam budaya pun mereka ada kerangka dia sendiri.
Jadi sejauh mana golongan Islamis ni boleh bergerak di dalam kerangka DAP di atas dasar communalities tetapi dalam satu waktu, kekal dengan identiti mereka dan beramal dengan apa yang mereka percayai dan cuba berbincang untuk meyakinkan orang dengan identiti mereka atau pun menjual idea mereka.
Adakah ideologi demokrasi sosial DAP tak bertentangan dengan idea Islamis?
Setakat ini demokrasi itu, sikap demokrat dalam DAP sepatutnya mengalu-alukan kehadiran idea yang pelbagai seperti mana kalau kita lihat dalam UMNO pernah mengalu-alukan golongan Islamis seperti Anwar dengan ABIMnya, dalam PKR wujudnya kalangan Islamis tetapi bukan dalam blok seperti Dr Nor Manuty, Fuziah Salleh dari JIM dan Mustafa Kamil Ayub. Jadi mereka ini Islamis.
Jadi sejauh mana politik ideologi demokrat yang dipegang oleh DAP membenarkan adanya kepelbagaian dan wujudnya perbincangan atau pertandingan idea. Pertandingan tidak semestinya ada menang ada kalah, kadang-kadang seri. Tapi yang penting communalities itu disepakati.
Sekarang ni saya lihat, kalaulah ada, bukan seorang bukan dua orang individu, tetapi kelompok Islamis yang boleh melihat peluang ruang dalam DAP untuk mereka isi berdasarkan communalities, ia akan membentuk satu suasana politik baru di Malaysia. Secara tak langsung ia memperkukuhkan Islam, memperkukuhkan kedudukan umat Islam dan memberikan satu sinar baru bahawa umat Islam adalah umat yang tidak takut kepada idea.
Tapi kita boleh engage, kita boleh bincang dan benda ni bukan baru. Kalau kita tengok Islamis di Mesir sebelum revolusi, Ikhwanul Muslimin pernah sertai Parti Wafd. Juga Islamis di tempat lain, mereka yang tak ada peluang untuk tubuh parti di atas identiti agama, mereka bergiat dalam parti-parti kebanyakan sosialis. Macam di Turki agak berbeza, mereka, golongan Islamis membentuk satu parti yang sekular dan rakan kongsi mereka bukan di kalangan golongan Islamis. Tidak ada masalah dan mereka boleh bawa ekonomi Turki dan Islam sekarang ni lebih bebas di Turki berbanding sebelum ni walhal mereka membawa banner sekular.
Dr rasa demokrasi sosial baik untuk Malaysia?
Saya tak pasti sama ada demokrasi sosial sekarang ini versi rigid kerana DAP sendiri telah berubah dan menerima pasaran bebas yang biasanya ini lebih kepada pentadbiran Jerman yang punya ideologi social market. Adakah itu yang dimaksudkan demokrasi sosial yang dipegang DAP sebab saya melihat ya memang ada unsur sosialisme dalam DAP tetapi ia tidaklah dalam keadaan sosialisme puritan. Kalau puritannya sudah ada parti sosialis, sosial demokrasi itu pun ada pelbagai genrenya. Adakah dia mazhab New Labour, adakah ia bermazhab Scandinavian welfare state atau pun bermazhab social market Jerman atau bagaimana.
Mungkin dalam kerangka menjinakkan kapitalisme?
Ikut trend sekarang semua ideologi bergerak ke tengah, persoalannya versi mana? Kalau New Labour, ia bergerak dari the traditional lefties labour towards the right di bawah Tony Blair. Bagi golongan liberal, ia bergerak daripada kanan, kapitalis yang totok itu kepada tengah yang dinamakan centre right.
Situasi Dr di mana?
Islam berada di tengah, saya bersama Islam. (ketawa)
 
Harapan Dr kepada DAP?
Saya berharap akan ada kelompok Islamis yang berani untuk bersama di atas dasar communalities bagi mencorakkan politik baru Malaysia dengan kemasukan dalam DAP. Tapi persoalannya siapa?
 
Mungkin Dr sendiri?
Saya tak pasti (ketawa) sebab saya tekankan saya sebagai ahli akademik perlu kekal sebagai neutral sebab target nak mendidik masyarakat…
 
Adakah keputusan (Naib Pengerusi DAP) Tunku Aziz keluar parti memberi kesan kepada sokongan Melayu terhadp DAP?
Tunku Aziz mewakili orang Melayu ke? Itu yang kita kata DAP perlukan ‘pemimpin yang karismatik’… – Roketkini.com

WallahHuÁlam.

Dapatkan Info tepat dan padat serta berilmiah di sini..!!! 

http://www.daulahrakyat.com/


. .
~***~LadingEMAS~***~

Monday, October 24, 2016

Ilmu Hakikat dan Makrifat ~ Ariff Billah Utz Hj.Hussien B. Abdul Latiff

 Apa dia ilmu Hakikat dan Makrifat. Yg anda faham..?

Boleh di katakan semua Tarikat ada cara-cara Pengenalannya pd ilmu tersebut dgn cara yg tersendiri.

Awaluddin Makrifatulah...
Imam Ghazzali pesan, Kenali TuhanMu dahulu, sebelum kamu menyembahnya..
Jalan mengenali Allah Swt ada dua cara:~
1. Jalan Tarekat &  Jalan para Wali-wali.
2. Jalan Tasauf &  Nabi-nabi [Mudah nak faham..insyaAllah]

Di sini Arif Billah Utz Hj Hussien  Abd Latif, menerangkannya.

Fahaman ini bukan dari golongan Muktazillah, Wahabbi, Khawarij, atau sbgainya..
Nauzubillahiminzalik..

Di sini adalah Website beliau... About The Gnosticman...

Beliau bermimpi "Rasulullah memberi "Kunci" Fahaman Ketuhanan" utk beliau sampaikan kpd
Umat, dgn Syarat kena belajar dahulu "ilmu Syariat Islam". Beliau akhirnya belajar di UIAM, Gombak.
 Sbb itu apa bila satu pintu ilmu di buka[di perkenalkan] insyaAllah pintu-pintu
yg lain juga turut terbuka dgn mudah, AlHamdulillah.. waMasyaAllah.

Hanya Jauhari juga yg mengenal Manikam

AlHamdulillah, dibawah ini adalah senarai lengkap dan link di
YouTube susunan mengikut urutan yg disampaikan oleh AB Utz Hj, Hussien
B. Abdul Latiff.
Dinasihat kepada semua Jemaah yang baru mengikuti Ilmu
Makrifatullah ini, agar dapat mengikutinya dari yang Makrifatullah Asas
dahulu, supaya dpt membina asas ilmu makrifat ini dgn jitu dan dgn
demikian Insyaallah, apabila beralih kpd ilmu yg lebih tinggi Saudara2
tidak bingung dan terkeliru.
Semoga kita semua perolehi pencerahan, manfaat dan Kerberkatan ILMU dariNya.
Amin Ya Robbul'Alamin...

1. Pertama adalah Makrifatullah Asas diikuti oleh Zikrullah

2. Yang Satu

3. Tanda2/ Firasat

4. Kutemukan Kebenaran

5. Hati Yang Tenteram

6. Kalau Anda Tahu

7 .Kalau Anda Tidak Wujud

8. Kalau Aku Tidak Buta

9. Lebur..Nol

10. Jahit

11. Islam dan Sain

12. Pandangan Mata Hati

13. Rahsia Akbar

14. Rahsia Dalam Rahsia

15. Perjalanan

16. Iqra ~ https://www.youtube.com/channel/UCU885hNH4OcWpM_F5SJ635w/playlists


About The Gnosticman...

~*~*~*~*~*~*~*~*~

1. SYARAHAN MAKRIFATULLAH(ASAS) - SEJARAH ~16 Vid

https://www.youtube.com/watch?v=z0rZFjaw2rY&list=PLqJPTDHuhyDU07CRYKdND38m38vcA5xO4

~*~*~*~*~*~*~*~*~

Makrifatullah (Sejarah Tarekat) ~5 Vid



https://www.youtube.com/watch?v=82wp3j8hOQQ&list=PL84972E32A1D93632&index=1





Keputusan Ilmu Makrifah:~



https://www.youtube.com/watch?v=RLf5-lVnakc

SEMINAR MAKRIFATULLAHv1 [Pengenalan dan Intipati]~ DI SEMARANG, INDONESIA

&



https://www.youtube.com/watch?v=5Y1k9CIfKOI


SEMINAR MAKRIFATULLAHv2 
[Zikir dan caranya]~ DI SEMARANG, INDONESIA

~*~*~*~*~*~*~*~

Makrifatullah  2

 https://www.youtube.com/watch?v=9a18YnX2AVs&list=PLF04853EF16146FBA

~*~*~*~*~*~*~*~

ZIKRULLAH  1~7 Vid

https://www.youtube.com/watch?v=Gka6dW3WXgI&list=PL6FB84F06BD1AF577

~*~*~*~*~*~*~*~

YANG SATU 10 Vid (KALAU KITA BOLEH MERUBAH NASIB-TAKDIR)-ARIF BILLAH UTZ HJ HUSSIEN B. ABDUL LATIFF

https://www.youtube.com/watch?v=7me6N8195ls&list=PLqJPTDHuhyDUtXiypq1fQKrPcztFxniH0

~*~*~*~*~*~*~*~

3.  TANDA-TANDA (FIRASAT ~10 Vid)

https://www.youtube.com/watch?v=XHsqzjwNAg4&list=PLqJPTDHuhyDWOnPzD_RN5nCMvdDme02Qv

~*~*~*~*~*~*~*~

4.  KUTEMUKAN KEBENARAN (MAKRIFATULLAH) ~7 Vid

https://www.youtube.com/watch?v=mKm-FGOIHUk&list=PLqJPTDHuhyDUeJBQX7mV2uwbh-LsShSpj

~*~*~*~*~*~*~*~

5.  Hati Yang Tenteram [ZIKRULLAH] ~6 Vid

 https://www.youtube.com/watch?v=fx5l80K4K-I&list=PLqJPTDHuhyDVEiEACCsfBZWfF-8E5-eTA

~*~*~*~*~*~*~*~

6.  Kalau Anda Tahu ~ 10 Vid

 https://www.youtube.com/watch?v=2lyM_dxQI8I&list=PLqJPTDHuhyDWF7DLkQ4f_5iZVTjBGKhZG

~*~*~*~*~*~*~*~

7.  Kalau Anda Tidak Wujud ~ 9 Vid

 https://www.youtube.com/watch?v=e_MG5b0Rt-o&list=PLqJPTDHuhyDXc3a0gjPZlWB6q7mZsogXA

~*~*~*~*~*~*~*~

8.  Kalau Aku Tidak Buta ~ 5 Vid

 https://www.youtube.com/watch?v=8K4GR939kUQ&list=PLqJPTDHuhyDUYN-DFRj70mC6eudhD5FV0

~*~*~*~*~*~*~*~

9.  LEBUR.. Nol

 https://www.youtube.com/watch?v=zpl6YgzTUEs&index=8&list=PLqJPTDHuhyDW7yko0gx_zM4Dq-XQKlYr3

~*~*~*~*~*~*~*~

10.  Jahit 14Vid (Animasi 4) ~ Ariff Billah Utz Hj, Hussien B. Abdul Latiff

 https://www.youtube.com/watch?v=Q63983AxSfM&list=PLqJPTDHuhyDWtKpdtfoo_Y44LZksm_oDy

~*~*~*~*~*~*~*~

11.  Islam & Sains 2  ~ Ariff Billah Utz Hj. Hussien B. Abdul Latiff

 https://www.youtube.com/watch?v=yqJEBeNo1CM&list=PLqJPTDHuhyDVYwjnMwupniXuZH8Pzz1ft

~*~*~*~*~*~*~*~

12.  Pandangan Mata Hati ~ Ariff Billah Utz Hj. Hussien B. Abdul Latiff

https://www.youtube.com/watch?v=ypHO2XMKzEo&index=8&list=PLqJPTDHuhyDXy0Qja73ilkjT0NPFg91oC&shuffle=377


 8. Hati dan Mati

https://www.youtube.com/watch?v=FoG0kHLuMTI

~*~*~*~*~*~*~*~

13.  Rahsia Akbar 12 (Rumusan) ~ Ariff Billah Utz. Hj. Hussien B. Abd. Latiff

 https://www.youtube.com/watch?v=weGhhx3c4yg&list=PLqJPTDHuhyDXKs8lWiA165LHmD9qwYggj

~*~*~*~*~*~*~*~

14.  Rahsia Dalam Rahsia ~10 Vid

 https://www.youtube.com/watch?v=Xifq8Cy4Lro&index=10&list=PLqJPTDHuhyDU07CRYKdND38m38vcA5xO4&shuffle=178

~*~*~*~*~*~*~*~

 

15.  Perjalanan ~ 15 Vid

~*~*~*~*~*~*~*~

 

 16. IQRA' ~ 21 Vid

~*~*~*~*~*~*~*~

 


. .
~***~LadingEMAS~***~
~*~*~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~*~