Ceramah Abah Guru Sekumpul Tentang Diri Sebenarnya Diri
[Suara beliau sangatlah khas nan merdu. Beliau merupakan perintis pembacaan Maulid Simtuddurar atau yang biasa dikenal dengan sebutan Maulid Habsyi di Pulau Borneo. Beliau merupakan satu diantara ulama kharismatik yang bukan hanya dihormati oleh umat, bahkan para ulama dan pejabat pun menghormati sosok beliau.
Beliau adalah Tuan Guru KH. Muhammad Zaini Abdul Ghani atau yang biasa disebut Guru Ijai atau Guru Sekumpul. Beliau merupakan sekian dari “permata” yang berada di Martapura Kalimantan Selatan.]
Syech Abdul Qodir Al-Jailani oleh Dr. Fahruddin Faiz [Ibadah Lahir Ibadah Batin] ~ Sirrul Asrar
Ilmul Yaqin, Ainul Yaqin, Haqqul Yaqin
Adalah tahapan dalam pendirian SeseOrang dalam pandangan Musyahadahnya (penyaksiannya) kepada Allah
Swt.
Di dalam Ilmul Yaqin segala pengetahuan ilmu telah diliputi dengan
Ilmu Allah sehingga apapun amaliah maupun ubudiyah itu semua menunjukkan
dari pada lautan Ilmu Allah Ta’ala.
Jadi Ilmu al yaqin itu adalah keyakinan akan keberadaan Allah swt
berdasar ilmu pengetahuan tentang sebab akibat atau melalui hukum
kausalita, seperti keyakinan dari para ahli ilmu kalam.
Misalnya apa
saja yang ada di alam semesta ini adalah sebagai akibat dari sebab yang
telah ada sebelumnya.
Sedangkan sebab yang telah ada sebelumnya yang
juga merupakan akibat dari sebab yang sebelumnya lagi, sehingga sampai
pada satu sebab yang tidak diakibatkan oleh sesuatu sebab, yang
disebabkan penyebab pertama atau causa prima. Dan itulah Tuhan.
Di dalam Ainul Yaqin, tatkala seseorang ‘arifiin’ telah melihat
sesuatu amalaiah dan ubudiyah diliputi oleh Ilmu Allah kemudian ia
menyaksikan bahwa di dalam gerak dan diam (lelaku) itu adalah saksi
Hidupnya Allah Ta’ala yang menunjukkan adanya Allah Ta’ala sebagai
tujuan hidupnya. Dengan Merasakan dan menyadari gerak dan diam, suara
dan perkataan itu adalah saksi hidupnya Allah Ta’ala maka sama halnya ia
merasakan dan menyadari kehadiran Allah Ta’ala dekat sekali dengan
dirinya. “Bukan menghadirkan Allah” akan tetapi menyadari bahwa “Allah
senantiasa Maha Hadir atas dirinya dan sekalian Alam meliputi tiap2
sesuatu”.
“Wahuwa Ma’akum Ainama kuntum” (Dia Allah serta kamu di mana
kamu berada).
Jadi maksud dari Ainul yaqin adalah Keyakinan yang dialami oleh orang
yang telah melewati tahap pertama, yaitu ilmu al yaqin, sehingga setiap
kali dia melihat sesuatu kejadian, tanpa melalui proses sebab akibat
lagi dia langsung meyakini akan wujud Allah; sebagaimana ucapan:
Sayyidina Abu Bakar As Siddiq ra.:
مَا رَأَيْتُ شَيْئًا إِلاَّ وَرَأَيْتُ اللهَ فِيْهِ
“Tiadalah aku melihat sesuatu, kecuali aku melihat Allah pada sesuatu tersebut“
Ucapan Sayyidina Umar bin Khattab ra.:
مَا رَأَيْتُ شَيْئً إِلاَّ وَرَأَيْتُ اللهَ قَبْلَهُ
“Tiadalah aku melihat sesuatu, kecuali aku melihat Allah sebelumnya“
Ucapan Sayyidina Usman bin Affan ra.:
مَا رَأَيْتُ شَيْئًا إِلاَّ وَرَأَيْتُ اللهَ بَعْدَهُ .
“Tiadalah aku melihat sesuatu, keculai aku melihat Allah sesudahnya“.
Ucapan Sayyidina Ali bin Abi Thalib ra.:
مَا رَأَيْتُ شَيْئًا إِلاَّ وَرَأَيْتُ اللهَ مَعَهُ
“Tiadalah aku melihat sesuatu, kecuali aku melihat Allah beserta sesuatu tersebut“.
Haqqul Yaqin, adalah kemantapan dalam pendirian yang kokoh setelah ia
mengetahui kemudian ia melihat dengan penyaksian lalu kemudian tertanam
sedalam2nya pada dirinya bahwa :
“SEGALA SESUATU APAPUN YANG TERLIHAT,
TIDAK ADA YANG ADA MELAINKAN ILMU ALLAH TA’ALA, SEGALA SESUATU APAPUN
YANG TERDENGAR TIDAK ADA YANG ADA MELAINKAN KALAM ALLAH TA’ALA, DAN
TIDAK ADA YANG TERASA MAUPUN DIRASAKAN MELAINKAN SIRRULLAH (ZATULLAH)”.
Penjelasan makna Haqqul yaqin bisa dimaksudkan keyakinan yang
dimiliki oleh orang yang telah menyadari bahwa alam semesta ini pada
hakekatnya adalah bayangan dari Penciptanya, sehingga dia dapat
merasakan wujud nan sejati itu hanyalah Allah, sedangkan lainnya
hanyalah bukti dari wujud yang sejati tersebut, yaitu Allah swt.
Setelah semua perjalanan dan tahapan itu mesra/meresap pada diri,
maka Allah akan JAZBAH dirinya sehingga sampailah ia pada maqom “KAMALUL
YAQIN”
http://taqiyyuddinalawiy.wordpress.com/2012/09/24/maksud-ilmul-yaqin-ainul-yaqin-dan-haqqul-yaqin/
~*~*~*~
Dengan membinasakan yg ujud menjadikan yg wujud hanya Dia.
Dengan melenyapkan yg zahir menjadikan yg terzahir hanya satu dalam keesaan Dia.
Dengan mematikan yg hidup menjadikan yg hidup kekal dalam kebaqaan Dia.
Untuk mengenal Dia dengan cara ini perlulah melihat kepada sifat-sifat kebesaran Allah.
Wahdaniah, Qadim, Baqa, Mukhalafatu lilhawadis dan Qiamuhu bi
nafsihi, hanya Allah yang mempunyai sifat keagungan ini, manusia
sedikitpun tidak dapat menghidunya.
Tetapi dengan sifat2 Keagungan Allah, Dia dapat dililhat dengan
Nyata dan Terang, bagaimanpun untuk sampai kepada pemahamannya yg
sebenar perlukan petunjuk yg sangat halus dan seni daripada mereka
yg mengetahuinya, kerana ditakuti nanti ada pula yg bertuhankan diri
sendiri atau mengaku diri sebagai tuhan seperti Firaun di zaman
dahulu,
na u zubillah min zalik.
Bagaimanapun apabila sifat2 keagunganNya itu dianugerahkan kepada salik, jadi apakah yg tinggal kepadanya?
Maka yg tinggal itu bukanlah aku dan bukanlah dia, tapi Dia,
iaitu sifat-sifat kebesarannya juga yang tidak lain daripada Dia
juga.
Semua telah sirna dengan pancaran Cahaya yang Gilang Gemilang, semua yang ada sekarang adalah ujud, wujud dan maujudnya.
Maka tidak perlu lagi dalil dan perumpamaan kerana semua itu telah terang dan nyata, telah terang lagi menyuluh.
Tasybih dan Tanzih
Tanzih adalah kemutlakannya yang tidak terhad dan tidak terbatas,
dalam segi ini Dia tidak dapat difikirkan dan tidak dapat untuk
diperkatakan. Dalam keadaan ini juga Dia adalah dalam bentuk Wujud
Yang Mutlak, dan ada dalam pengetahuan tetapi tidak dalam manifestasi.
Manakala Tasybih pula Dia zahir [manifest] dalam had dan batasan.
Had dan batasan ini juga disebut dengan nama takyun, atau berada dalam
keadaan manifestasi zahirnya.
Oleh yang demikian, Dia berada dalam tasybih di dalam tanzihnya dan
di dalam tazihnya di dalam tasybihnya. Dan Dia sama ada berada dalam
tasybih atau tanzihnya, adalah tidak satu pun yang menyerupainya. [Laisa kamislihi syaiun].
Seterusnya, hakikat Allah adalah Wujudnya, dan wujudnya sebenarnya adalah Dzatnya.
Wujud Mutlak (tanzih) tidak mempunyai bentuk, rupa, had, awal dan
akhir. Mestipun begitu Dia menzahirkan (tasybih) dalam pelbagai bentuk
dan rupa, walaupun begitu penzahiran ini berlaku tanpa perubahan dalan
Dzatnya.
Penzahiran ini dapat dianalogikan begini: (ini cuma untuk memudahkan
pemahaman tetapi keadaan sebenarnya bukanlah begitu), di malam bulan
purnama yang terang, letakkan pelbagai bekas yang mengisi air di
kawasan nan lapang, maka akan didapati bayangan bulan nan satu
kelihatan dalam pelbagai bekas air tersebut, dan bayangan bulan dalam
bekas air itu tidak serupa antara satu dengan yang lain.
Bayang-bayang bulan yang terdapat di dalam bekas air yang
pelbagai itu, adalah juga pelbagai dari segi bentuk rupa dan saiz.
Walaupun begitu banyak bayangan bulan, tapi bulan nan satu tetap
tidak ada perubahan dari segi zatnya, bulan tetap seperti bulan yang
asalnya (dahulunya).
Dia sekarang tetapi seperti Dia yang dahulunya, dan kebalikannya Dia dahulunya tetap seperti Dia yang sekarang.
Tiada satu pun yang besertanya, dan tidak satupun yang menyerupainya.
Insan dan Sirr
Mengadakan dua wujud itu adalah perkara yang syirik, kerana Dia
adanya dengan sendirinya. Jikalau begitu, bagaimana pula ada insan itu
adalah dengan Dia?
Soalnya di sini siapakah insan itu?
Cubalah cari jawapannya sendiri kerana jawapan yang didapati dengan usaha sendiri itu adalah lebih bermakna.
Selanjutnya, Wujud itu bermaksud Ada, maka yang Ada itu adalah Dzat, dengan itu Wujudnya itu adalah bagi menyatakan Dzatnya.
Sedangkan pun Wujud insan dapat dilihat pada Sifatnya, kerana
wujud insan adalah dengan Dzatnya. Dan Dzatnya itu adalah Sirr
kepada insan.
Dia berfirman, Insan itu rahsiaku (sirr) dan Aku rahsia insan, dan lagi kataNya, Sifatku adalah sifat Insan.
Oleh itu, perjalanan salik adalah satu proses, salik perlu mengenal
dirinya, siapa mengenal jasadnya maka mengenal ia nyawanya, siapa
mengenali nyawanya maka mengenal ia Sirrnya, dan lagi siapa mengenal
Sirnya maka mengenal ia akan Tuhannya.
Insan adalah Rahsianya, dan Sirr itu adalah Dzatnya.
Syuhudi
Setelah mengalami kefanaan, maka munculah penyaksian terhadapnya,
tajali Illahi.
Pada saat itu benar-benar penglihatan tertumpu terhadap
Dia, yang satu pun tidak menyerupainya, Laisa kamislihi syaiun.
Perkara ini tidak banyak diperkatakan atau dibincangkan tetapi hanya
dipraktikkan oleh mereka yang telah memahaminya, kerana perkara ini
adalah antara rahasia yang perlu dijaga.
Dalam penyaksian ini, jasad sama sekali tidak “dilihat” lagi,
jikalau masih dilihat, maka batallah Dia yang disaksikan. Atau dengan
perkataan lain, kehadiran Dia sebagai kurniaNya yang dimukasyafahkan
atau dibukakan kepada si penyaksi menjadi terbatal.
Ada antara sufi yang berpendapat, tahap penyaksian ini (tauhid
syuhudi) adalah lebih tinggi berbanding tauhid dzati, iaitu merasai
kehadiran Dia.
~*~*~*~

Manusia itu sesungguhnya mati,
kecuali yang berilmu,
yang berilmu pula tertidur,
kecuali yang mengamalkan ilmunya,
yang mengamalkanya pula tertipu,
kecuali yang Ikhlas.
maka, ingatlah,
janganlah tertipu,
walaupun,
penipuan yang tidak disedari,
ingatlah,
apabila nyata ketiadaan dirimu itu,
maka nyatalah yang ADA,
siapakah yang Ada itu?
tidak lain,
KEBENARAN (Al Haq),
oleh itu,
“matikanlah dirimu sebelum kamu mati”,
maka,
siapakah yang ada setelah kematian dirimu itu?
tidak lain,
AKU ( Al Haq) lah yang Ada.
Setelah Dia yang ada,
maka selain dariNya adalah,
fatamorgana,
hanya bayangan,
hanya kekosongan,
dan sesungguhnya Dialah yang meliputi
kekosongan dan ketiadaan dirimu itu,
maka ingatlah,,
kekosongan dirimu itulah,
dan ketiadaan dirimu itulah,
SINGGAHSANA NYA,
dan di situlah Dia bersemayam,
bukan pada jasadmu,
bukan pada jiwamu,
bukan di hatimu,
dan bukan juga pada ruhmu.
oh,,
betapa indanya ini,
bagi yang mengerti.
~*~*~*~

Apabila,
diri batin telah keluar,
menyelubungi
diri zahir,
maka,
ketika itu,
tiada lagi yang zahir
dan tiada lagi yang batin,
kedua-duanya
telah binasa,
yang tinggal hanyalah
Dzat Wajibal Wujud,
iatu, Dzat Yang Wajib Ada,
Apabila,
Dia Ada,
yang lain akan hangus terbakar,
ketika itu,
Ada (zahirlah) NURZAT,
maka,
hiduplah Salik
di sisi (bersama)
Allah
dan RasulNya.
~*~*~*~

Dia (Allah) dapat dilihat pada setiap
waktu dan pada setiap ketika, dan di mana saja, tetapi bukanlah semua
orang yang dapat memandangNya demikian, hanya mereka yang bertuah dan
bernasib baik, yang telah makrifatullah, yang dapat memandangNya
demikian.
WajahNya dapat dilihat melalui sifat-sifat alam, terutama pada sifat diri salik sendiri.
Jikalau penglihatan itu dapat difahami
oleh kebanyakan orang, sudah pasti lebih ramai orang dapat melihat
WajahNya dengan terang dan nyata, semasa masih hidup di dunia ini juga
lagi, sudah pasti lebih ramai yang akan makrifatullah.
Dia atau WajahNya dapat kelihatan
apabila sesuatu itu tidak lagi berupa alam atau makhluk, tidak lagi
bernama, bersifat, berkelakuan dan tidak lagi dengan dzat makhluk,
tetapi telah binasa atau fana, kembali kepada keadaan asalnya.
Setelah itu, barulah apa yang kelihatan
itu akan berwajah Dia, dan di situ jugalah keadaan, yang mana, yang
memandang dan yang dipandang itu, adalah Dia yang Esa, Dia melihat
WajahNya sendiri.
Di ketika pandang memandang itu,
jikalau salik sudah faham dan yakin, segala sesuatu selain Dia telah
fana, itulah tandanya hati salik itu telah mencapai tahap makrifatullah,
tahap mengenal Dia dengan sebenar-benar perkenalan.
Yaaaa,
Apabila telah fana sifat makhluk dan
sifat salik sendiri ke dalam wajahNya, maka WajahNya akan dapat
kelihatan, di kala itu sifat makhluk atau sifat salik telah kamil
dengan WajahNya.
Sebagai analogi, umpama garam, yang kelihatan sekarang adalah masinnya, tapi garam sudah binasa.
~*~*~*~

Salik,
Saat dia telah mengenal dirinya yang sejati,
makrifatullah,
maka dia bukan lagi selonggok daging,
atau sekujur tubuh,
Apabila saat perkenalan itu telah tiba,
maka dzikirnya tidak lagi dengan suara atau dengan gerak,
tetapi dzikirnya adalah melihat siapa yang dia ingat,
Allah,
Dia melihat wajah Allah,
di manapun dia berada,
dan,
dia tidak lagi melihat mati itu, suatu kematian,
kerana,
sesungguhnya,
ketika itu,
Dia menyusuri ruang waktu,
milik Allah,
dan bersama Allah.
Ketika itu,
Salik adalah Cahaya Allah di bumi ini,
dan dia tetap menjadi Cahaya milik Allah,
saat di akhirat nanti,
dan,
sesungguhnya,
kerana,
dia adalah milik Allah,
terserah kepada Allah,
mahu dibuat apa,
Salik itu.
~*~*~*~

Rasa dan kenal
Dapatkah Allah dikenal dengan nyata dan terang?
Jikalau boleh bagaimanakah caranya?
Ya, inilah yang perlu jelas bagi salik
pencari Tuhannya. Al-Quran telah memberikan panduan kepada kita tentang
Tuhan Semesta Alam, bahawa Allah tidak dapat dijangkau akal fikiran,
tidak dapat dibayangkan dan tiada suatupun yang menyerupainya, di
samping itu Allah juga Maha Meliputi.
Dan di sinilah banyak salik yang keliru?
Mereka beranggapan Allah itu tidak dapat dilihat?
Ini adalah persoalan yang rumit,
jikalau kita hanya memakai akal fikiran, sedangkan Al-Quran sendiri
telah menyatakan, Allah itu tidak dapat dijangkau dengan akal fikiran,
bagi ana jikalau ente mahu mengenal Nya, janganlah pakai akal fikiran,
kerana ia tidak akan menyampaikan ente kepadaNya.
Nah, kembali kepada persoalan asal, dapatkah Dia dilihat dengan nyata dan terang?
Bagi ana sudah pasti boleh, kerana sufi
terkenal Hassan al Banna pun telah menyatakan, “Aku tidak menyembah
Tuhan yang tidak aku kenal”.
Bermakna beliau kenal kepada Tuhannya, kalau kenal pasti beliau melihatnya, kerana kenal dengan melihat itu pasti seiringan.
Perlu ana nyatakan, memang benar Allah
tidak dapat dilihat dengan mata zahir, tetapi melihat Allah adalah
dengan mata hati, bukankah kita ini “dua dalam satu”, (zahir dan batin),
yang zahir tidak dapat melihat, tapi yang batin dapat melihatNya.
Jadi apabila ada orang menyatakan, Dia
tidak dapat dilihat, ini bermakna mereka hanya kenal diri yang zahir
sahaja, tetapi tidak mengenal diri mereka yang batin, alangkah ruginya
mereka yang sebegini.
Allah dapat dikenal dengan mata hati,
dan dengan mempelajari sifat-sifatNya. Hanya dengan jalan inilah kita
dapat mengenal dan melihat Allah dengan nyata dan terang, iaitu dengan
pandangan mata hati.
Jikalau ada orang menyatakan ada jalan
lain yang dapat mengenalkan Dia dengan sebenar-benar perkenalan, itu
bagi ana hanya dusta belaka, dan mereka sendiri ana pasti, mereka juga
belum melihatNya dengan nyata dan terang.
MelihatNya dengan nyata dan terang adalah dengan merasakan kehadiranNYa, tanpa syak wasangka lagi.
Inilah yang dikatakan ilmu rasa,
Hanya yang merasa yang mengenal.
Dan melihatNya dengan nyata dan terang.
AMALAN CEPAT BERTEMU NABI KHIDIR AS ~ ABAH GURU SEKUMPUL
WallahuA’lam.. والله أعلم
اَللَّهُمَّ صَلِّ وسَلاٌِم عَلٓى سَيٌِدِناَ مُحَمَّدٍ ﷺ
📮 ❤️Sharing is Caring❤️
. .