~*~KALiMAH TAUHiD~*~







~**~TiADA TUHAN KECUALi ALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH pd SETiAP KERLiPAN & PD SETiAP NAFAS Sbyk LuasNYA APA YG ADA pd iLMU ALLAH ~**~

~*~SOLATLah KiTa, Sebelum KiTa diSOLATkan~*~


~*~PLS OPEN this WEB with MOZILLA FIREFOX or INTERNET EXPLORER...for BEST Results, Tq (^^,)

HADIS ~ PESANAN RASUL KITA, UTK UMATNYA TERSAYANG!!!


Drpd Nabi SAW bsabda:~

Ssiapa ke MASJID pd Waktu PAGI/pd Waktu PETANG Allah akan menyediakan utknya satu TEMPAT TINGGAL di Syurga apabila dia pergi samada pd Waktu PAGI atau pd Waktu PETANG

(HR Muslim, #1073)




~*~*~*[MUTiARA HADIS_1]








~~*~~[MUTiARA HADIS_2]





~~**~~[MUTiARA HADIS_3]





~~***~~[MUTiARA HADIS_4]





~*~*~*~*
~*~
~*~


PESAN Rasululah SAW

“Sesungguhnya AMAT dirasa BERAT oleh seOrg MUNAFIK, UTK melaksanakan SOLAT ISYA dan SOLAT SUBUH Sekiranya MEREKA TAHU akan keAGUNGan PAHALAnya, nescaya mereka mendatanginya (ke MASJID, SOLAT berJEMAAH) sekalipun dlm keadaan MERANGKAK2”

(HR Bukhari Muslim)

~*~Hadis Abu Hurairah RA:

Drpda Nabi SAW bSabda: Sesiapa yg pergi ke MASJID pada waktu PAGI atau pada waktu PETANG Allah akan menyediakan untuknya satu TEMPAT TINGGAL di SYURGA apabila dia pergi SAMADA pada waktu PAGI atau PETANG.

(HR Muslim, #1073)

~*~
“Sesungguhnya Allah akan mgumpulkan Org2 MUNAFIK dan 0rg2 KAFIR di dlm JAHANNAM


(QS An Nisa:140).


SOLAT BERJEMAAH LEBIH TINGGI 27 DERAJAT DIBANDING SOLAT SENDIRI“

(HR Bukhari &Muslim)


***

Showing posts with label ThaiLand Berdarah. Show all posts
Showing posts with label ThaiLand Berdarah. Show all posts

Thursday, December 1, 2011

Kerajaan Melayu Siam ~ Sejarah dalam lipatan "MASA"

BUKTI-BUKTI SEJARAH EMPAYAR BENUA SIAM ISLAM KEDAH

by Zulkiflee Ismail on Sunday,
November 27, 2011 at 3:33pm
15 October 2009 · 04:28



Sejarah negeri Kedah Darulaman banyak dilindungi oleh campurtangan penjajah Inggeris dan Thai pada awal abad ke 17 dan 18 dahulu menyebabkan banyak bukti-bukti sejarah negeri ini menjadi tidak selari dengan bukti-bukti yang mula dijumpai semula hari ini. Pada masa yang sama penemuan makam Sheikh  Abdul Kadir ibni Hussain Syah Alirah bertarikh 904  masihi di Tanjong Inggeris, Langgar dan penemuan batu bertulis Ibnu  Sirdan bertarikh 213  hijrah dalam celah-celah longgokkan batu candi oleh Dr Othman Md Yatim membuktikan agama Islam tiba jauh lebih awal dari tarikh 1400 masihi, tahun yang dikatakan Islam mula tiba ke Melaka.


Penjajah Thai pasti mempunyai muslihatnya apabila mereka membakar naskah Hikayat  Merong Maha Wangsa. Tindakan ini diambil oleh tentera raja buddha Thailand Rama V Chakri Sokho Thai Chulalongkorn (Chula Luang Khun) pada tahun 1876  masihi selepas mereka berjaya membunuh Raja Maha Besar Benua Siam Kedah, Sultan Jaafar Mad Azam Syah  ibni Sultan Syed Alang Alauddin di Gurun Kedah. Sayangnya nama baginda dan ayahanda baginda berdua tidak  terdapat dalam sejarah Kedah, negeri yang pernah diperentah mereka sebagai Raja Besar. Nama Sultan Syed Alang Alauddin bergelar Panglima  Bukit Gantang ada tercatat dalam sejarah Perak namun peranan dan sumbangan baginda telah di kecilkan.


Sultan Syed Alang Alauddin bergelar Panglima Bukit Gantang telah memerentah dari tahun 1839 hingga 1862 Benua Siam (mengikut buku Konvensyen Sejarah Kedah) yang turut mencangkupi wilayah Perak hari ini. Baginda adalah putera sulong kepada Sultan  Mudzafar Syah III ibni Khalifah Syarif Abu Bakar Syah, Raja Siam Ligor Nambang meliputi Kedah dan Perak. Sebelum menaikki takhta sebagai Raja Besar Benua Siam, baginda Sultan Mudzaffar Syah III ini pernah menjadi Raja Kemboja Cempakasari (bergelar Po Chan) dan kemudiannya sebagai Raja Kuala Kangsar. Nama sebenar baginda adalah Koya  Long. Gelaran Koya mungkin asing bagi kita hari ini namun di Georgetown, Pulau Pinang ada sebuah MASJID yang diberi nama Masjid  Koya.


Pembakaran naskah Hikayat Merong Maha Wangsa pada 1876  ada tercatat di dalam buku ‘Sejarah Kedah Sepintas Lalu’ sementara catatan dari James Low mengatakan Rama  V Chakri Sokho Thai Chula Luang Khun memerintahkan  agar hikayat tersebut hendaklah dibakar habis habisan agar penulisan yang berunsur agama Islam dan dakwah Islamiah ini segera dimusnahkan.
    • Zulkiflee Ismail ~Empayar Benua Islam Kedah adala di antara Kerajaan awal Melayu. Zaman dahulu.....orang Siam dirujuk sebagai orang melayu beragama Islam manakala orang Thai dirujuk sebagai orang2 dari bangsa Sukothai yg berugama Buddha.
      November 27 at 4:17pm
    • Zulkiflee Ismail
      ~Dalam bahasa Siam (bukan bahasa Thai) yang digunakan oleh orang-orang melayu di Kedah, KEDAT bermaksud kertas, sementara KEDAH pula bermaksud "surat watikah" yang diberikan oleh Maharaja China Sai Tee Sung kepada cucunya Putera Waren Wong Ser (Merong Mahawangsa) untuk menyebarkan Syiar Islam di Nusantara Kepulauan Melayu.Terdahulu Maharaja China ini telah memelok Islam dalam tahun 650 masihi melalui utusan Rasullullah SAW bernama Saad bin Waqas yang datang ke Negeri China.

Kota-Kota Melayu Serta Khazanah Negara Yang Dimusnahkan British Dan Talibarutnya.

by Zulkiflee Ismail on Sunday, November 27, 2011 at 5:48pm
Kota-Kota Melayu Serta Khazanah Negara Yang Dimusnahkan British Dan Talibarutnya.

Kerajaan Kedah sering di sebut sebagai kerajaan tertua dalam sejarah kerajaan beraja serta kesultanan yang panjang di nusantara yang bermula pada tahun 700 masihi lagi. Hubungan dengan negeri-negeri di timur tengah dan asia barat serta timur meninggalkan kesan dan pengaruh yang luas termasuklah kebudayaan, kesenian, agama, politik dan perdagangan.


Kesan-kesan seni warisan melayu ini banyak dapat di kesan di Kedah walaupun banyak kota-kotanya dikhianati, dihancurkan dan ditanam oleh pihak-pihak musuh Allah.


Bandar Kota Star selaku pusat pentadbiran Kedah Tua dan merupakan antara kota yang mendapat perhatian kerajaan British untuk dirampas kerana ia dipenuhi sebilangan bangunan lama yang menjadi bukti kewujudan pemerintahan Dinasti Ahlul Bait Al-Jefri Merong Mahawangsa. Kota Star sejak dahulu terkenal dengan banyak kota-kota dan gerbang-gerbang yang antik serta cantik seperti Kota Tengah, Kota Star, Istana Kuning, Kota Keriangan di Gunung Keriang dan Kota Sharifah dan lain-lain.


Gerbang Kota Star telah dimusnahkan setelah kematian Sultan Badlishah oleh cucu raja Thai Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. Sultan Badlishah merupakan anak-anak Ahlul Bait Merong Mahawangsa kerana ibunya Tunku Sharifah Sofea al-Jefri ialah anak saudara kepada Maharaja Melayu DYMM Sultan Syed Jaafar Muadzam Shah al-Jefri.
Buku Undang-Undang Kedah termaktub perkataan HUKUM KANUN DATO’ KOTA STAR yang buku ini selesai ditulis pada tahun 220 hijrah @ 812 masihi oleh cucu Maharaja Merong Maha Wangsa yang ketika itu menjadi D.O. atau Raja Daerah di Aceh.


Kota Star dirobohkan semasa era Musuh Bisik pada tahun 1821 manakala gerbangnya diruntuhkan pada tahun 1960 untuk memberi laluan pada pembangunan kononnya. Di tapaknya di bina bangunan baru iaitu Wisma Negeri.
Seperti kes Tunku Abdul Rahman menukar Kota Kayangan menjadi Muzium Perlis. Di tahun-tahun berikutnya beliau datang semula ke Perlis dan mengatakan muzium ini terlalu lama dan buruk, seeloknya ditukarkannya kepada bangunan muzium yang baru. Maka terjadilah malapetaka kepada warisan Melayu yang mana Kota Kayangan yang gah dengan batu-bata serta diselang seli kayu-kayu meranti yang halus ukirannya juga dipenuhi dengan simbol-simbol empayar Kedah Tua habis dirobohkan oleh beliau.


Tidak habis dengan itu Tunku Abdul Rahman Putra al- Haj al-Thai telah mengetuk batu-batu nisan yang lama digantikan dengan yang baru manakala nisan-nisan kayu dibiarkan. Beliau selaku Perdana Menteri Malaysia pada masa itu juga menjejaki seluruh warisan Kedah Tua di Negeri Perlis dan negeri-negeri lain untuk dimusnahkan.


*KENANGAN GERBANG KOTA STAR 1960 BERSEBELAHAN PEJABAT TANAH DAN GALIAN. JIKA GERBANG PINTU MASUK KE KOTA SEBEGINI GAH DAN CANTIK TENTU KOTANYA YANG DIRUNTUHKAN DI ZAMAN SI LAKNAT RAJA THAI CHULALONGKORN LEBIH HEBAT LAGI.


Bukti kenyataan ahli sejarah Inggeris James Low dari buku “Sejarah Kedah Sepintas Lalu“, mencatatkan Raja Thai Chulalongkorn telah mengarahkan tentera-tenteranya menghapus dan membakar habis-habisan kesan bukti sejarah kerajaaan Melayu Siam Malacca, antaranya ialah :-

1. Kota Raja Melayu Siam Kedah Pelabuhan Kota sekitar Kota Teluk Bahang, Kuala Kedah.

2. Kota Palas Istana Sultan Maulana di Padang Mat Sirat, Pulau Langkawi .

3. Istana Maharaja Jalil Sutan Yaakub Kedah Langkasuka Khrun Waran Wangsa tahun 1548 M .

4. Istana Tanjung Putri, Kuala Ketil dan di situ masih terdapat Perigi Puteri Dayang yang dibina bersebelahan kota tersebut .

5. Istana Sultan Sheikh, Sultan Abdul Kadir Shah Alam tahun 904 M di pekan Langgar, Kedah.

6. Kota Pagar Air Istana Sultan Hussain Shah Alam di Limbung, Kedah.

7. Istana Dato’ Paduka Maharaja Nai Cau Shin Ibni Al Marhum Nai Cau Doi di Kampung Pulau Maharaja, Tunjang.

8. Kota Sarjana di Alor Ganu milik Rama Tibodi 1 Ananda Pagan Ibni Al Marhum Sultan Muhammad Yang Adil, baginda mencipta wang emas yang ada di Muzium Negeri Kedah.

9. Kota Mengkuang, Wang Tepus, Kubang Pasu milik Sultan Sharif Abu Bakar Shah.

10. Istana Maharaja Melayu Siam Syburi Sultan Syeikh Ali Kaifa Tabim di Utan Aji, Perlis.

11. Kota Naga dan Kota Siputeh di Daerah Kubang Pasu.

12. Kota Sarang Semut, Pendang, Bukit Choreh milik Sultan Badrul Munir dan periginya masih wujud di kampung tersebut.

13. Kota Pinang Tunggal di Kulim, Kedah juga milik Sultan Saidina Jamalul Alam Sultan Badrul Munir.

14. Kota Merong Mahawangsa Muzafar Shah 700 M di Sungai Mas, Kuala Muda, Kedah.

15. Istana Majlis Raja Iskandar Zukarnain di Lembah Bujang juga di Kuala Muda dan Gok Arang Maharaja Melayu Islam Sultan Jaafar Muadzam di Pulau Tiga, Kedah, rujuk mukasurat 49 Buku Undang-Undang Kedah.

16. Istana Maharaja Melayu di Pusat Pembuatan Senjata Api, Merbuk, Kedah juga milik Nai Long Sultan Jaafar Muadzam Shah.

17. Istana Bendang Raja, Kubur Panjang di Pendang milik Sultan Muzaffar Shah Kuala Kangsar yang mana sebelum itu merupakan Raja Melayu Siam daerah Kemboja tahun 1788 M.

18. Kota Burha Istana Raja Legeh milik Tuanku Long Taha Ibni Almarhum Tuanku Long Putra di Mukim Padang Kerbau, Pendang, Kedah.

19. Kota Oo, Pelantik, Sik, Kedah milik Raja Idris Jammu Pattani suami Ratu Hijau Pattani.

20. Kota Ruman juga di Sik, Kedah juga di miliki oleh suami Ratu Hijau iaitu Raja Idris Jammu Pattani.

21. Kota Istana Bukit Nai Long Sultan Jaafar Muadzam Shah di Jeniang, Kedah.

22. Istana Maharaja Melayu Siam Sultan Muzafar Shah Kuala Kangsar di Kampung Dusun Raja, Padang Sanai, Daerah Padang Terap, Kedah.

23. Istana Maharaja Melayu Siam Songkla Sultan Syed Alang Alauddin di Kampung Nai Lang, Mukim Durian Burung di sebelah Thailand.


*BAHAGIAN TEPI GERBANG ADALAH SEPERTI ARCA BATU NISAN KEDAH TUA YANG BERTEBARAN DI SELURUH NUSANTARA. SEBAB ITULAH GERBANG INI DIMUSNAHKAN KERANA GERBANG INI MENCERITAKAN SEGALA-GALANYA TENTANG KETAMADUNAN KESULTANAN MELAYU ISLAM. IANYA BERBENTUK ARCA BATU NISAN YANG DIDAKWA BATU NISAN ACEH KONONYA.PADAHAL IANYA BATU NISAN KEDAH TUA.

*INILAH MELAYU YANG DI WAR-WARKAN OLEH BRITISH, TIADA APA-APA PADA BANGSA MELAYU KECUALI ATAP RUMBIA DAN PERTANIAN.


Untuk memastikan kota-kota ini musnah secara total Raja Thai Chulalongkorn, datuk kesayangan Tunku Abdul Rahman telah datang ke Kedah bersama pegawai-pegawai penasihatnya yang berbangsa Inggeris, pada tahun 1890 M. Kedatangan dimulai di Pulau Langkawi dan seterusnya ke bandar Kota Star dan di sambut mesra oleh anak perempuannya merangkap isteri kedua Sultan Abdul Hamid yang bernama Cik Puan Manjalara.



Khazanah-khazanah yang bernilai sejarah yang berupa bangunan lama atau binaan lama gerbang-gerbang Di Raja, warisan-warisan silam lainnya yang terdapat di dalam dan di luar negeri Kedah berupa alat-alat senjata berat dan senjata-senjata api seperti senapang, lela rentaka, meriam-meriam melayu dan lain-lain dilupuskan dan diganti dengan milik penjajah contohnya meriam-meriam melayu diganti dengan meriam-meriam VOC milik penjajah.


Apa yang ada kaitan dengan ketamadunan Kedah Tua semuanya habis dimusnahkan. Kemudian penjajah-penjajah ini telah menukar nama bandar Kota Star kepada Alor Star kerana kata pegawai Inggeris, orang melayu tak perlulah kepada berkota-kota, cukuplah dengan nama “Alor”. Sejak itu nama Kota Star hanya dikenali sebagai nama District of Kota Star atau Daerah Kota Star sahaja.

*KOTA BOROBUDUR DI SEMARANG YANG DI GELAR OLEH BRITISH SEBAGAI KUIL BUDDHA.


Apabila Imperialis Belanda kalah di tangan tentera Perancis di bawah kekuasaan Napoleon Bonaparte, ia telah menyerahkan jajahannya di Indonesia kepada British untuk menjaganya dengan janji akan menyerah kembali kepada Belanda setelah merdeka nanti.


Maka apabila kerajaan Britain setelah menguasai jajahan Belanda di Indonesia, ia telah menghantar Stanford Raffles dan kerani bodohnya Munsyi Abdullah ke kota-kota Islam itu dan merubahnya serta menghilangkan bukti-bukti kekuasaan Kerajaan Islam Kedah Tua di sana.
Sehinggakan Kota Borobudur telah di “convert” menjadi candi kafir Buddha.

Bila ahli sejarah masakini pergi membuat kajian di sana mereka merasa hairan kerana Candi Borobudur yang di atur penuh dengan patung-patung Buddha itu memiliki senibina Islam Arab Yaman dan berdekatan Kota Borobudur pula terdapat Kota Prambanan yang juga telah diubahsuai British dan dijadikan kononnya Kuil Hindu Prambanan.

*BRITISH MENGELARNYA KOTA HINDU PRAMBANAN SELEPAS MENGUBAHNYA
MENJADI KUIL DI BAWAH KELOLAAN STANFORD RAFFLES.

Di Indonesia juga terdapat kota pelabuhan kuno Grisek di Jawa Timur. Kota ini ini dikatakan milik anak Sultan Kedah Tua yang bernama Siti Fatimah Maimun. Baginda merupakan Ratu di situ seperti Ratu Hijau yang memerintah Pantai Timur Semenanjung Melaka atas nama Kerajaan Pattani. Baginda datang ke Indonesia dibawa oleh ayahandanya pada tahun 1303 Saka atau 1381 masihi dalam misi mengislamkan orang-orang di sana.

JAB Wiselius seorang pengkaji dari barat mencatatkan, namanya ialah Dewi Suari dan ayahandanya ialah Sultan Kedah ( Gedah ). Pentadbiran baginda dibantu oleh pegawai-pegawai terlatih dibawah kelolaan seorang ulamak yang hebat pada masa itu bernama Maulana Malik Ibrahim. Ulamak tersohor ini didatangkan khas dari daerah Chempa, Cempaka Sari Kemboja.Kajian Lembaga Research Pasentran Leluhur Islam Jawa Timur pula mengatakan Puteri Siti Fatimah Maimun dan Dewi Ratna Suari adalah orang yang sama iaitu puteri kepada Sultan Kedah. Masa hidupnya sezaman dengan Maulana Malik Ibrahim dan jarak wafat kedua tokoh ini hanya bezanya 20 tahun.Baginda mangkat di Desa Laren, Manyan Grisek Jawa Timur dan makamnya sekarang ada bersebelahan Kota Grisek sebuah kota pelabuhan kuno. Siti Fatimah Maimun tercatat dalam sejarah sebagai pendakwah sufi di zaman kegemilangan Islam Kedah ketika itu. Catatan ini juga menjadi bahan kajian J.Wolbers juga salah seorang pengkaji sejarah dari barat.

*MAKAM RATU SITI FATIMAH MAIMUN PUTERI SULTAN KEDAH BERSEBELAHAN KOTA GRISEK DI KOTA PELABUHAN KUNO GRISEK , JAWA TIMUR.

Sebelum nama Alor Star digunakan, pusat pemerintahan kuno ini bernama Kota Star. Nama ini diberi kerana sekitar kawasannya ditumbuhi pohon-pohon Stag dalam loghat utaranya atau pohon-pohon Star. Ia sejenis pokok yang buahnya masam-masam manis. Buah pokok Stag ini berwarna kekuning-kuningan bila ianya masak. Ia dalam kumpulan pohon Kundang termasuk juga pohon Rumia. (sila rujuk Buletin MKNK m.s 14 oleh Wadiassofi Jaafar)

Ketamadunan Kota-kota ini dan Kesultanan Kedah Tua perlulah dijaga dan dipelihara untuk kepentingan negara. Selain kita memiliki warisan-warisan lama ini, sejarah realiti ini pula dapat memupuk identiti dan jati diri rakyat Malaysia, catatan tentang kota-kota lama ini juga membuktikan kehebatan Kesultanan Melayu Tua.


Gerbang Kota Star telah di musnahkan pada tahun 1960 setelah kemangkatan Sultan Badlisah pada tahun 1958 dan Gerbang Kacapuri di Kota Kuala Bahang yang namanya ditukar kepada Kuala Kedah juga telah dimusnahkan pada tahun 1970 yang kononnya telah runtuh akibat ribut.


Setelah semua konspirasi ini selesai maka benarlah kata-kata British dan talibarutnya konon MELAYU INI TIADA APA-APA CUMA PERTANIAN DAN ATAP RUMBIA. Kota-kotanya hanyalah dari kayu, papan dan batang buluh.


Dicatat oleh Megat al-Jefri : 20 February 2011 · 09:24


Buku Undang-undang Kedah
KENANGAN GERBANG KOTA STAR 1960 BERSEBELAHAN PEJABAT TANAH DAN GALIAN. JIKA GERBANG PINTU MASUK KE KOTA SEBEGINI GAH DAN CANTIK TENTU KOTANYA YANG DIRUNTUHKAN DI ZAMAN SI LAKNAT RAJA THAI CHULALONGKORN LEBIH HEBAT LAGI.
BAHAGIAN TEPI GERBANG ADALAH SEPERTI ARCA BATU NISAN KEDAH TUA YANG BERTEBARAN DI SELURUH NUSANTARA. SEBAB ITULAH GERBANG INI DIMUSNAHKAN KERANA GERBANG INI MENCERITAKAN SEGALA-GALANYA TENTANG KETAMADUNAN KESULTANAN MELAYU ISLAM. IANYA BERBENTUK ARCA BATU NISAN YANG DIDAKWA BATU NISAN ACEH KONONYA. PADAHAL IANYA BATU NISAN KEDAH TUA.
INILAH MELAYU YANG DI WAR-WARKAN OLEH BRITISH, TIADA APA-APA PADA BANGSA MELAYU KECUALI ATAP RUMBIA DAN PERTANIAN.
KOTA BOROBUDUR DI SEMARANG YANG DI GELAR OLEH BRITISH SEBAGAI KUIL BUDDHA.
BRITISH MENGELARNYA KOTA HINDU PRAMBANAN SELEPAS MENGUBAHNYA MENJADI KUIL DI BAWAH KELOLAAN STANFORD RAFFLES.
MAKAM RATU SITI FATIMAH MAIMUN PUTERI SULTAN KEDAH, BERSEBELAHAN KOTA GRISEK DI KOTA PELABUHAN KUNO GRISEK , JAWA TIMUR.

~*~*~*~*~*~*~*~


Pembantai Tentera Thailand keatas "Pendemontrasi Aman" pd bulan Puasa...
Ramai yg Maut..!

. .
~***~LadingEMAS~***~

Wednesday, September 21, 2011

9/11 Terror Attacks~Mahathir Mohamad: George Bush Responsible for 9/11 Terror Attacks

CIA Agent gives sworn statement 'we brought the 9/11 towers down'




"A former US government intelligence Agent who worked for the CIA during attacks on September 11th, 2001, has given a sworn affidavit stating that 9/11 was an inside job. The ex-CIA agent, who’s also an experienced commercial airline pilot, has blown the whistle on the destruction of the World Trade Center buildings, claiming that the three towers were actually brought down by controlled demolitions, and not by passenger planes that were flown by amateur pilots.
Former CIA agent John Lear has not only given a sworn statement as an expert witness, but he has also produced conclusive evidence that disproves the official narrative that the towers were destroyed by airplanes that were highjacked and flown by terrorists.



Speaking under oath, Agent Lear confirms that the WTC buildings in New York were demolished using pre-planted explosives in a carefully orchestrated and well-engineered plot by the United States government and CIA, adding: “No Boeing 767 airliners hit the Twin Towers as fraudulently alleged by the government, media, NIST and its contractors” His statements have finally confirmed the long standing theory that the Twin Towers were struck by military planes that had been made to resemble passenger jets and a controlled demolition reduced the buildings to rubble afterward. The 3rd plane failed to strike WTC7 as initially intended due to unknown complications, but all three towers were still destroyed as planned.
These revelations by Lear tie in completely with the statements by last month by dying CIA agent Malcom Howard, who made a death bed confession that he was part of a highly classified operation that was tasked with blowing up World Trade Center Building 7. Speaking from a hospital bed, the New Jersey native says he was part of a cell of 4 CIA operatives who worked on a project dubbed “New Century” between May 1997 and September 2001 that was tasked with ensuring the successful demolition of WTC7, at a time, he says, the CIA “was still taking orders from the top”.
Even Donald Trump, who is one of the most experienced property developers in New York City, stated that the building could only have been brought down by explosive as “planes would never be able to penetrate the steel beams.” 
Speaking about the impossibility of passenger jets being flown into the towers, CIA Agent John Lear stated in his sworn affidavit: “Such crashes did not occur because they are physically impossible as depicted, for the following reasons: in the case of UAL 175 going into the south tower, a real Boeing 767 would have begun ‘telescoping’ when the nose hit the 14-inch steel columns which are 39 inches on center.


Trump saw on 9/11/2001: bombs were used in WTC



“The vertical and horizontal tail would have instantaneously separated from the aircraft, hit the steel box columns and fallen to the ground.
“The engines when impacting the steel columns would have maintained their general shape and either fallen to the ground or been recovered in the debris of the collapsed building. “No Boeing 767 could attain a speed of 540 mph at 1000 feet above sea level ‘parasite drag doubles with velocity’ and ‘parasite power’ cubes with velocity. “The fan portion of the engine is not designed to accept the volume of dense air at that altitude and speed.
“The piece of alleged external fuselage containing 3 or 4 window cutouts is inconsistent with an airplane that hit 14-inch steel box columns, placed at over 500 mph: It would have crumpled. “No significant part of the Boeing 767 or engine could have penetrated the 14-inch steel columns and 37 feet beyond the massive core of the tower without part of it falling to the ground. “The debris of the collapse should have contained massive sections of the Boeing 767, including 3 engine cores weighing approximately 9000 pounds apiece which could not have been hidden.
“Yet there is no evidence of any of these massive structural components from either 767 at the WTC. Such complete disappearance of 767s is impossible.” Unlike any other form of statement, an affidavit becomes truth in law, if it is not rebutted. It will now be up to critics of the theory to present their evidence and analysis to rebut the statement point by point. If they do not – or cannot – then the US government will by omission be allowing that the account given by the 9/11 Commission is wrong.
The retired airline captain and former CIA pilot – who has over 19,000 hours of flight time — also drew attention to the inexperience of the pilots who allegedly flew the planes: “The alleged ‘controlled’ descent into New York on a relatively straight course by a novice pilot in unlikely in the extreme because of the difficulty of controlling heading, descent rate and descent speed within the parameters of ‘controlled’ flight.”
It takes a highly skilled pilot to interpret the “EFIS” (Electronic Flight Instrument Display) display, with which none of the hijacker pilots would have been familiar or received training on, and use his controls, including the ailerons, rudder, elevators, spoilers and throttles to effect, control and maintain a descent. Lear has, according to his sworn statement, flown over 100 different types of planes during his 40 years of flying and holds more FAA airman certificates than any other FAA certificated airman.
He flew secret missions for the CIA in Southeast Asia, Eastern Europe, the Middle East and Africa between 1967 and 1983 then spent 17 years working for several passenger and cargo airlines as Captain, Check Airman and Instructor.
He is a member of Pilotsfor911truth.org, which has consistently argued that it was impossible for jet airliners to have hit the Twin Towers in the way the 9/11 Commission has suggested. The Commission did not take evidence from pilots when it conducted its inquiry into the attacks from 2002 to 2004."  CIA Agent gives sworn statement  👇👇👇
https://www.blogarama.com/blogging-blogs/1292591-plain-simple-blog/25625987-cia-agent-gives-sworn-statement-brought-911-towers-down
~*~*~*~*~*~*~*~




~*~*~*~*~*~*~*~


Mahathir Mohamad says it is not unthinkable for former US President George W. Bush to lie about who was responsible for the 9/11 terror attacks on the American soil.

In a post published in his personal blog chedet on Friday, former Malaysian prime minister said that the attacks on the World Trade Center in downtown Manhattan, New York City, and the Pentagon in Arlington, Virginia, could not have been carried out by Muslims. The acts of violence could have rather been the work of other groups.

The Malaysian politician pointed out that “for some Americans, the deaths of nearly 3,000 people was not the scariest thing about 9/11. It was realizing who carried out the attack: yes, the American Government.”

Mahathir Mohamad said although Arab Muslims are angry enough to sacrifice their lives and become bombers, they are not capable of planning and strategizing attacks similar to the 9/11 ones.

“The planning [for the 9/11 attacks] must have taken a considerable length of time. The candidates had to learn to fly in tiny aircrafts…. Planning to hijack four aircraft simultaneously would require great precision in timing and logistics. One aircraft maybe.
But four simultaneously!! I don't think extremists from Saudi Arabia can carry out this highly sophisticated operation with such success,” former Malaysian prime minister commented.

Turning to the collapse of the World Trade Center twin towers, he said, “They came down nicely upon themselves without toppling against the other buildings close by. It looks more like planned demolition of buildings than collapse consequent upon being hit by aircraft.”

Mahathir Mohamad stated, “A third building also collapsed in the same fashion; although it was not hit by any aircraft. What is the explanation for this untouched building, which collapsed upon itself and did not damage other buildings nearby?”

He also questioned the total disappearance of the aircraft, which hit the Pentagon building in Arlington, Virginia. “There was no debris of any kind, no broken parts of the aircraft, no black box, and no human bodies flung into the surroundings. Is it possible for an aircraft to vaporize totally after a crash?” former Malaysian prime minister said.

Mahathir Mohamad further raised questions over the loss of the fourth aircraft, which was supposed to have crashed in an open field. “Again no sign of any debris. No big crater. Did it vaporize into nothingness? Did the innocent passengers also vaporize?” he stated.

The Malaysian politician noted that the American press was strangely silent about 9/11 attacks.

He also emphasized that Bush is the one that lied about Saddam's weapons of mass destruction. “The legacy of the former US president is that two countries (Iraq and Afghanistan) have been devastated, and fratricidal wars have become endemic. Hundreds of thousands of Iraqis, Afghans and a few thousand of young American soldiers have died.
Thousands more are wounded, maimed for life, and suffering from mental breakdowns,” Mahathir Mohamad pointed out. Former Malaysian prime minister also said that human lives do not seem to mean much to the former US president. 

911 inside job proof





Bush Caught Lying About September 11th

9/11: Total Proof That Bombs Were Planted In The Buildings!



Sila lihat disini ~ LOOSE CHANGE, 9/11 AN AMERICAN COUP" which proves that 9/11 was an inside job

~*~Mahathir VS Yahudi


~*~BBC Hard Talk: Mahathir Mohd talks to Stephen Sackur1

~*~BBC Hard Talk: Mahathir Mohd talks to Stephen Sackur2


~*~BBC Hard Talk: Mahathir Mohd talks to Stephen Sackur3


Islam akan selalu dianiaya, jika selagi kita tidak beramal dgn Islam berSungguh2 & Bersatu.



~*~*~*~*~*~*~*~
Salam 2 ALL

Kalau masih ada yang percaya bahawa peristiwa keruntuhan Menara Kembar WTC New York dan peristiwa 11 Sept 2001 adalah perancangan Usama Bin Laden dan kumpulan Al Qaeda, teman rasa elok pi check screw kepala mike tu balik yop. Mungkin ada skrew yang longgar. Amat malang kalau ada manusia, terutama umat Islam khususnya, yang masih terpedaya dengan pembohongan dan penipuan Yahudi Zionis, sebagaimana mudahnya segelintir umat Islam bangsa Melayu terpedaya dengan sandiwara dan pembohongan Anwar Ibrahim dan kaum Anwarinas!

Kalau mike tengok videoklip diatas (tak perlukan 4 orang saksi yop), dan banyak lagi buku, tulisan, videoklip dan banyak lagi penerbitan yang dibuat oleh rakyat Amerika sendiri yang jelas membuktikan bahawa peristiwa 11 Sept 2001 sebenarnya adalah satu penipuan dan pembohongan (macam penipuan dan pembohongan Anwar Ibrahim dan kaum Anwarinas dalam 16 Sept) didalangi oleh Yahudi Zionis dan pepatung mereka George W. Bush untuk menghalalkan tindakan kafir terhadap negara Islam saperti Iraq, Afghanistan dan lain-lain termasuk gerakan-gerakan Islam. Dan ini terbukti dengan penaklukan Afghanistan, Iraq dan pembunuhan Saddam Hussein, Usama Laden dan ramai lagi selepas peristiwa itu.

10 tahun pembohongan besar 11 Sept 2001 berlalu, dan dalam tempoh 10 tahun itu kedudukan sosio-politik dan geografi negara Islam dan umat Islam berubah habis. Kita diratah dan dilanyak-lunyai tanpa batasan. Negara Islam dijajah. Umat Islam dihina. Islamophobia menjadi penyakit baru kaum kafir dan munafik. Purdah direntap. Menara masjid diranap. Umat menjadi bahan santap!!!

11 Sept digunakan sebagai alasan menghalalkan pembantaian terhadap negara Islam dan umat Islam. 11 Sept dijadikan asas kepada melahirkan budaya Islamofobia, dan di Malaysia dikaitkan dengan Malayufobia. Sama saperti peristiwa Pearl Harbour dijadikan alasan untuk menghalalkan Perang Dunia ke 2 yang menyaksikan negara Islam dipecah-belah dan dijajah! Entah benar atau tidak kapal-kapal Amerika diserang, kerana terdengar kisah kapal-kapal yang dibom oleh tentera kamikaze Jepun yang terpedaya adalah kapal kayu yang sudah nak dilupuskan. Sama saperti kisah Holocaust, yang dijadikan alasan untuk Yahudi Zionis bermaharajalela, sehingga akhirnya umat Islam kehilangan Falastin dan Masjidil Aqsa!

Benar sabda Rasullah saw, akan datang satu zaman bilamana kafir bersatu meratah umat Islam, yang walaupun berbillion jumlahnya, tetapi kualitinya hanya saperti buih dilautan. Tak guna satu sen pun. Dan kita lihat depan mata kita, walau pun dilanyak dan dihentak kiri kanan oleh kafir harbi la'natullah, umat Islam bukan sahaja tidak bersatu; malah mereka menjadi makin kelabu. Mereka jual agama mereka, mereka gadai kalimah ALLAH Tuhan mereka, mereka buang perjuangan negara Islam kerana konon mereka tak jumpa dalam Quran, mereka pajakkan anak-bini mereka dengan bai'ah talaq tiga demi kepentingan politik kepartian, mereka sokong kafir harbi dan sanggup mati untuk punjabi, mereka haramkan bacaan Quran di masjid mereka sendiri, dan terkini mereka sokong dan dewa-dewakan kominis atheist yang tak percaya kepada ketuhanan.

Dalam keadaan keimanan makin surut, dalam suasana syariat makin kaput, dalam keadaan syiar yang kian reput, dalam keadaan umat yang makin semput, dalam keadaan agamawan yang menjadi syaitan karut; umat Islam memerlukan suntikan hidayah untuk mempertahan dan memantapkan keimanan dan keyakinan. Umat Islam perlukan mukjizat. Dan itulah yang dibuktikan oleh peristiwa 11 Sept 2001 - mukjizat Al Quran terbukti akhirnya, hidup dan relevan sepanjang zaman!

Tersebut kisah seorang kafir harbi mencabar umat Islam, khususnya para ulama dan ilmuan, "kalau benar Al Quran itu mukjizat, dan relevan sepanjang zaman, buktikan kepada aku peristiwa 11 Sept 2001 ada tercatat didalam Al Quran", bentak sikafir ini dengan penuh keyakinan. Dia cukup konfiden umat Islam akan terkedu kali ini.

Apabila menerima cabaran ini, para agamawan dan serbannawan terkedu. Mereka jadi syaitan bisu & kaku. Kata mereka, kami tak belajar ni di gedung pondok kami. Yang kami belajar kat ma'had hanyalah bahawa hukum videoklip bukan bahan bukti, sebab ia cuma besi beku. Kaum yang setelah bertahun memaki kapirkan orang lain kerana tidak menubuhkan Daulah Islamiyah, akhirnya membuang perjuangan kerana mendakwa rupenya dalam Quran takde ayat pasal negara Islam. Para agamawan menjadi kelu, dan tiada jawapan kunjung tiba dari mereka. Umat yang mengharapkan mereka akan ke saf hadapan untuk mempertahankan Islam, sangat kecewa bila mereka hanya sanggup mati untuk mempertahankan punjabi kafir harbi.

Dalam kekelaman itu, seorang hamba ALLAH yang hanya lulusan muqaddam, yang kerjanya bukan mencari syuruu duit aur makan dengan berceramah di masjid surau, yang tidak menjadikan mimbar Jumaat tempat maki hamun, menyebar fitnah dan mengadu-doomba, yang hanya takut kepada ALLAH dan menitis airmata sering teringat Rasulullah saw; dia datang mara ke saf hadapan. Membela dan mempertahankan kesucian dan kehormatan kalam ALLAH swt, menebus maruah ummah!

"Ada!!!" tegas 'Abdillah si hamba ALLAH ini. "Ada tercatat didalam Al Quran peristiwa 11.09.2001 ini!!!", ujarnya dengan penuh keimanan dan keyakinan! Si kafir harbi terkedu! "Prove it, buktikan!". Desak si kafir harbi. Maka berlakulah dialog diantara mereka;

'Abdillah: "Berapa haribulankah berlaku peristiwa ini wahai kafir harbi"

Kafir harbi: "11 haribulan"

'Abdillah: "Cuba mike[awak] buka Juz ke 11 dalam Al Quran";

Kafir harbi: sambil membuka lembaran terjemahan Al Quran, "Apa ni, Abu Teroris, hanya ada beberapa surah dalam Juz 11 ni";

'Abdillah: "Bulan berapa peristiwa itu berlaku wahai kafir?" tanya insan beriman ini tanpa mempedulikan sindiran si kafir;

Kafir harbi: "Bulan sembilan. Bulan September ikut kalendar tuhan ku" jawab si harbi dengan sinis!

'Abdillah: "Didalam Juz ke 11, ada surah yang kesembilan, cuba mike check tengok" keyakinan 'Abdillah makin terserlah;

Kafir harbi: "Apa ni, surah ke sembilan, surah At-Tawbah. Apa kena mengena 11.09 dengan bertaubat", perli sekafir harbi. Bodoh pulak si Muslim ni, kata hati sikafir!

'Abdillah: Tanpa memperdulikan perli si harbi, 'Abdillah bertanya; "Berapakah tinggi Menara Kembar WTC New York yang runtuh itu wahai kafir harbi?";

Kafir harbi: Sambil menggaru kepala yang tak gatal, "11o tingkat tuan extremis"; kata si harbi sambil menganggap ini ulama' kangkung mana nak berdebat dengan dia!

'Abdillah: "Cuba mike tengok didalam Juz ke 11 surah ke 9 itu, ada ayat 110. Cuba mike baca tengok", dengan senyum penuh keyakinan 'Abdillah menyuruh si kafir harbi membaca;

Kafir harbi: Sambil menyelak lembaran terjemahan Al Quran itu, dan dibacanya terjemahan ayat tersebut, "Keruntuhan bangunan yang dibina oleh mereka yang munafik itu sentiasa menjadi penyakit syak dan keluh kesah dalam hati mereka, dan tidak habis (perasaan itu) kecuali bila hati mereka hancur runtuh (dalam tanah). Dan ingatlah, ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!!!" baca si harbi sambil dahi mula berpeluh;

'Abdillah: "Cuba mike baca terjemahan bahasa Inggeris pulak, kot nanti mike kata tak faham pulak kang" desak 'Abdillah kepada kafir yang malayufobia itu dengan penuh keyakinan;

Kafir harbi: sambil membuka terjemahan Inggeris, "The building which they built, will never cease to be misgivings in their hearts of hypcorisy, until their hearts are torn and cut into pieces. ALLAH is All-Knowing, All-Wise", bagai direntap-rentap jantung si harbi membaca wahyu Ilahi yang tidak ada sedikit pun keraguan padanya.

Kafir harbi: "Apa ini wahai Muslim?", hati si harbi sudah mula lembut;

'Abdillah: Mari teman[Aku] ceritakan asbabul nuzul, sebab turunnya ayat ini, jelas 'Abdillah mengulangi sejarah sebagaimana Saidina Ja'far Abi Tolib At-Tayyar membacakan surah Maryam kepada Maharaja Najasyi Al-Habsyi yang menyebabkan runtun jiwa Raja Besar Nasrani itu;

"Terdapat seorang munafik di Madinah, namanya Abu Dhirrar. Dia mahu menunjukkan kepura-puraan dia menyintai Islam. Lalu dia membina sebuah masjid yang besar, lebih cantik dan hebat dari Masjid Nabawi di Madinah dan Masjid Quba'. Setelah masjid itu siap, yang dipanggil Masjid Ad-Dhirrar tersergam megah, lalu Abu Dhirrar meminta Nabi saw merasmikannya.

Kebetulan Nabi dalam persediaan untuk pergi ke Perang Tabuk bersama para sahabat untuk bertempur dengan Maharaja Kristian Herkules dari Rom. Jadi Rasulullah saw berkata, "nanti dalam perjalanan balik dari Perang Tabuk, insyallah aku akan singgah dan rasmikan masjid mu wahai Abu Dhirrar".


Selama Nabi saw ke Tabuk, satu perjalanan yang jauh dibawah panas terik matahari, dimana sahabat saperti Saidina Abu Bakr mendermakan seluruh hartanya fisabilillah, Abu Dhirrar sentiasa keresahan menanti Nabi saw kembali untuk merasmikan Masjidnya, supaya kemunafikan dia tidak kelihatan.


Dalam perjalanan pulang dari Tabuk, Saidina 'Umar ibnul Khattab, yang mendermakan separuh hartanya untuk membiayai peperangan tersebut bertanya kepada Rasulullah, "wahai Nabi kekasih ALLAH, mengapakah engkau mahu merasmikan masjid yang dibina oleh Abu Dhirrar, si munafik yang membinanya dengan keangkuhan dan kesombongan?". Bantah 'Umar.

"Wahai 'Umar, kita husnul zan sahabatku, kita bersangka baik sahajalah. Kan yang dibina Abu Dhirrar itu sebuah masjid", sanggah insan yang cukup mulia itu.
"Tapi ya Rasulullah, kalau engkau merasmikannya, ia hanya akan menambah kemunafikan Abu Dhirrar, dan akan diguna masjid itu sebagai sarang menyerang umat Islam pula", bantah 'Umar yang terkenal tidak pernah berkompromi dalam hal Islam, sehingga iblis dan syaitan akan lari tak mahu bertembung dengan 'Umar ditengah jalan (teringat teman kaum Anwarinas membina sebuah pakatan luar tabi'e yang diguna kafir harbi biaDAP untuk menyerang dan memusnahkan Islam!).

"Tidak apalah 'Umar, aku akan tetap merasmikannya. Insyallah, aku berserah kepada ALLAH" kata Nabi yang pernah menyembahyangkan jenazah Abdullah Bin Ubay Bin Salul, bapak munafik Madinah. Dengan kehendak ALLAH, turunlah wahyu kepada Nabi saw, membenarkan bantahan 'Umar. Maka turunlah ayat 107-110 surah At-Tawbah yang bermaksud:

"Dan diantara orang MUNAFIK itu juga ialah orang-orang yang membina MASJID dengan tujuan membahayakan keselamatan umat Islam, dan menguatkan keingkaran mereka sendiri, serta memecah-belahkan perpaduan umat Islam dan orang beriman, dan juga untuk dijadikan tempat intipan bagi orang yang memerangi ALLAH dan RasulNya sebelum itu, dan apabila tujuan buruk mereka itu terbongkar, mereka akan bersumpah dengan berkata: Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata. Padahal ALLAH menyaksikan bahawa mereka sesungguhnya berdusta.
Jangan engkau sembahyang didalam masjid ini selama-lamanya (wahai Muhammad), kerana masjid (Quba') yang engkau bina dan dirikan atas dasar taqwa dari mula ujudnya, sudah lebih sepatutnya engkau sembahyang didalamnya. Didalam masjid itu, ada orang-orang yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya, dan ALLAH mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir & batin).
Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang dididrikannya atas dasar taqwa kepada ALLAH dan (untuk mencari) keredhaan ALLAH itu lebih baik, ataukah orang yang yang membangunkan masjid yang didirikannya ditepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan orang yang membangunkannya kedalam api neraka! Dan ingatlah, ALLAH tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim!!!".

Wahai kafir, sebagai hamba ALLAH yang ta'at, sebaik sahaja mendapat wahyu itu, Nabi Muhammad saw terus memerintahkan tentera Islam yang bersama Baginda di Perang Tabuk bergegas ke Masjid Ad-Dhirrar. Sesampainya tentera Islam di Masjid Ad-Dhirrar, lalu mereka meruntuhkan masjid itu dan membakar tapaknya sehingga sebutir kesan pun tidak ada yang ditinggalkan!".

'Abdillah: jadi kamu lihat wahai ahli kitab, peristiwa keruntuhan Menara Kembar WTC 110 tingkat itu pada 11.09 itu sebenanya telah ALLAH ceritakan didalam Al Quran didalam Juz ke 11, surah ke 9, ayat 110!

'Abdillah: "Dan kamu belum yakin lagi dengan mu'jizat Al Quran wahai ahli kitab?", tanya hamba muttaqin ini kepada kafir yang sudah runtuh benteng kekafirannya!

Kafir harbi: "Ada apa lagi wahai Muslim?", lembut tapi sayu dan sedih bunyi suara si kafir tegar itu.

'Abdillah: "Adakah kamu tahu, huruf 'mim' dalam perkataan "hakim" di akhir ayat 110 Surah At-Tawbah itu adalah huruf ke 2001 dalam surah tersebut!!!

Subhanallah, masya ALLAH wahai Muslim.

Aku kini percaya dan yakin dengan kebenaran dan mukjizat Al Quran:

Asy hadu alla ila ha illallah, wa asy hadu anna Muhamaddar rosulullah!!!
Aku naik saksi, tidak ada Tuhan melainkan ALLAH Yang Esa, dan aku naik saksi Muhammad itu pesuruh ALLAH!

Maka berimanlah si kafir harbi yang tegar itu! Menjadi seorang Muslim yang yang sejati!

I'tibar: wahai saudara Muslim ku yang beriman, yakin dan percayalah kita dipihak yang benar, ALLAH Yang Maha Esa itu benar, Nabi Muhammad saw itu benar, Al Quran itu benar, mati itu benar, alam barzakh itu benar, Akhirat itu benar, dan Syurga-Neraka itu benar. ALLAH akan membantu kita bila kita membantu agama ALLAH, dan ALLAH akan letakkan kafir kebawah tapak kaki kita - tetapi kita perlu yakin, percaya dan istiqomah dengan lafaz:

Tidak ada tuhan melainkan ALLAH Yang Satu, dan kita ikhlas beragama Islam kerana ALLAH (dan bukan kerana parti, individu, kerusi, habuan, kedudukan, jawatan dan lain-lain)!

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
12 Syawal 1432
10 Sept 2011 (menjelang 11 Sept 2011)

*Nota: segala rujukan kepada Al Quran, Hadis & sirah diatas diperolehi daripada sumber rujukan yang sahih dan dipercayai benar. Sekiranya terdapat mana-mana kesilapan atau kesalahan, ianya adalah kelemahan teman sendiri dan diharap dapat diperbetulkan. Yang baik datangnya daripada ALLAH, yang tidak itu semuanya adalah kelemahan teman sendiri. Wallahua'lam.



Sila sebarkan utk Umat Islam yg prihatin agar tidak tidur lena...


Peristiwa 9/11 adalah Fitnah Besar bagi Umat ISLAM oleh YAHUDI SENDIRI [terbukti oleh 75 saintis merreka sendiri]
Subhanallah..!



Wallahu'Alam.
Sharing is Caring..


👉Lihat di sini~  https://lading-emas.blogspot.com/2009/09/dajjal-zaman-ini-pandangan-rasulullah.html

👉Lihat di sini~  https://lading-emas.blogspot.com/2009/10/misteri-yajuj-dan-majuj.html



👉Lihat di sini~  https://lading-emas.blogspot.com/2018/10/kajian-terlengkap-seminar-akhir-zaman.html

👉Lihat di sini~  http://karmila-nan.blogspot.com/2014/03/art-of-deception-amerika-freemason.html

👉Lihat di sini~  https://www.blogarama.com/blogging-blogs/1292591-plain-simple-blog/25625987-cia-agent-gives-sworn-statement-brought-911-towers-down
. .

~***~LadingEMAS~***~

~*~*~ Who