~*~KALiMAH TAUHiD~*~







~**~TiADA TUHAN KECUALi ALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH pd SETiAP KERLiPAN & PD SETiAP NAFAS Sbyk LuasNYA APA YG ADA pd iLMU ALLAH ~**~

~*~SOLATLah KiTa, Sebelum KiTa diSOLATkan~*~


~*~PLS OPEN this WEB with MOZILLA FIREFOX or INTERNET EXPLORER...for BEST Results, Tq (^^,)

AL_QURAN Video+ TerJemahan

~*~*~*~

HADIS ~ PESANAN RASUL KITA, UTK UMATNYA TERSAYANG!!!


Drpd Nabi SAW bsabda:~

Ssiapa ke MASJID pd Waktu PAGI/pd Waktu PETANG Allah akan menyediakan utknya satu TEMPAT TINGGAL di Syurga apabila dia pergi samada pd Waktu PAGI atau pd Waktu PETANG

(HR Muslim, #1073)




~*~*~*[MUTiARA HADIS_1]








~~*~~[MUTiARA HADIS_2]





~~**~~[MUTiARA HADIS_3]





~~***~~[MUTiARA HADIS_4]





~*~*~*~*
~*~
~*~


PESAN Rasululah SAW

“Sesungguhnya AMAT dirasa BERAT oleh seOrg MUNAFIK, UTK melaksanakan SOLAT ISYA dan SOLAT SUBUH Sekiranya MEREKA TAHU akan keAGUNGan PAHALAnya, nescaya mereka mendatanginya (ke MASJID, SOLAT berJEMAAH) sekalipun dlm keadaan MERANGKAK2”

(HR Bukhari Muslim)

~*~Hadis Abu Hurairah RA:

Drpda Nabi SAW bSabda: Sesiapa yg pergi ke MASJID pada waktu PAGI atau pada waktu PETANG Allah akan menyediakan untuknya satu TEMPAT TINGGAL di SYURGA apabila dia pergi SAMADA pada waktu PAGI atau PETANG.

(HR Muslim, #1073)

~*~
“Sesungguhnya Allah akan mgumpulkan Org2 MUNAFIK dan 0rg2 KAFIR di dlm JAHANNAM


(QS An Nisa:140).


SOLAT BERJEMAAH LEBIH TINGGI 27 DERAJAT DIBANDING SOLAT SENDIRI“

(HR Bukhari &Muslim)


***

Monday, January 11, 2016

ISTAC Menuntut Pembelaan Rakyat Malaysia

ISTAC Menuntut Pembelaan Rakyat Malaysia

Ditulis oleh Md. Asham B. Ahmad. Posted in Artikel
Akhirnya, seperti yang dijangkakan, Presiden UIAM Tan Sri Sanusi Junid ditamatkan kontraknya lebih awal berikutan perkembangan terkini politik negara. Beliau menafikan sebarang salah laku yang mewajarkan tindakan itu terhadapnya, dan mengisyaratkan bahawa tindakan itu semata-mata bermotifkan politik. Setiap manusia yang berakal dan bermaruah tidak kiralah apa pangkat dan kedudukannya mahu dilayan dengan adil dan wajar. Justeru, sesiapapun tidak akan menerima tindakan yang tidak bersebab, lemah sebabnya, apatah lagi yang langsung tidak munasabah sebabnya. 
 
Tidak ramai, khususnya masyarakat umum, mengetahui bahawa pada tahun 2002, semasa Tan Sri Sanusi masih memegang jawatan Presiden UIAM, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) telah dibatalkan perlembagaannya, manakala Pengasas-Pengarahnya, Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas, telah tidak disambung kontraknya tanpa sebarang alasan yang benar lagi munasabah. Jika Sanusi mempertikaikan pemecatannya dengan alasan dia tidak melakukan sebarang kesalahan, dia juga mesti bersedia memberikan sebab dan alasan yang munasabah terhadap apa yang dilakukan kepada al-Attas dan ISTAC.
Tindakan yang dikenakan ke atas al-Attas dan ISTAC membayangkan bahawa suatu kesalahan yang amat besar telah dilakukan sehingga mewajarkan penyingkiran Pengasas-Pengarahnya diikuti dengan pembersihan ISTAC dari para ahli akademik dan sarjana penyelidik yang sealiran dengan beliau. Soalnya apakah sebenarnya masalah yang dihadapi oleh ISTAC yang cuba ‘diselesaikan' oleh UIAM dengan membatalkan perlembagaan ISTAC dan menyingkirkan al-Attas dan orang-orangnya dari institut berkenaan? Adakah masalah itu kini selesai dan ISTAC kini berada pada kedudukan yang lebih baik dari sebelumnya?
Andaikanlah al-Attas telah melakukan suatu kesalahan yang mewajarkan penyingkirannya; kenapa para tenaga pengajar dan penyelidik yang dilatih dengan penat lelah oleh al-Attas bagi mengendalikan ISTAC juga turut disingkirkan? Kenapa tidak pula dilantik menggantikannya seorang yang memiliki kewibawaan yang setaraf dengannya atau lebih baik darinya?


Ataupun sebenarnya gagasan Islamisasi Ilmu anjuran al-Attas itu yang sebenarnya dimusuhi dan mahu dimusnahkan? Jika itulah alasannya UIAM mempunyai lebih dari cukup profesor dan ahli akademik yang boleh digembelengkan tenaganya bagi mendedahkan kesalahan-kesalahan yang terkandung dalam gagasan pemikiran yang menjadi landasan perjuangan ISTAC itu. Kenapa perlu menghasut golongan politik bagi membantu menghapuskan ISTAC?

Hakikatnya al-Attas tidak pernah didakwa apatah lagi dibuktikan bersalah atas sebarang tuduhan oleh mana-mana mahkamah, tribunal, atau badan siasatan yang berwibawa. Justeru, semua tuduhan yang disebarkan oleh pihak UIAM selama ini hanyalah fitnah-fitnah jahat golongan yang mempunyai kepentingan tertentu.
Sumbangan Profesor al-Attas terhadap institut berkenaan khususnya dan dunia ilmu umumnya memang tidak dapat dinafikan sehingga negara kita turut mendapat nama baik di persada antarabangsa. Justeru, penamatan kontrak beliau, diikuti oleh ‘pembersihan' ISTAC dari kumpulan yang mendokong gagasan Islamisasi Ilmu anjuran al-Attas menimbulkan misteri dan banyak persoalan yang tidak terjawab sehingga ke hari ini. Maksudnya ada usaha secara sistematik agar ISTAC tidak lagi berjalan di atas landasan asalnya, dan ini perlu dijelaskan sebabnya.

Apa yang kita bangkitkan ini bukanlah persoalan peribadi kerana ISTAC bukan harta peribadi al-Attas. ISTAC sebaliknya adalah sumbangan beliau kepada dunia umumnya dan Kaum Muslimin khususnya. Justeru, kerosakan yang dilakukan terhadap ISTAC adalah sebenarnya pengkhianatan terhadap amanah dan ahlinya.
Tatkala setiap pihak di negara ini begitu ghairah menuntut kembali hak-hak yang dirampas oleh para pemeras terdahulu kenapa tidak hak para ilmuwan dan institusi ilmu juga dituntut dan dikembalikan kepada pemiliknya yang sah? Bukan hanya institusi kehakiman sahaja yang perlu dibela dan dibebaskan dari kongkongan politik, yang lebih penting adalah keutuhan dan maruah ilmuwan dan institusi ilmu kerana segalanya bermula di situ.
 
Pada hari ini, di saat Kaum Muslimin diserang dari segenap penjuru dan cuba dikelirukan pemikirannya kita telah membiarkan sebuah institut yang begitu penting dirosakkan oleh golongan yang berhasad dengki, sedangkan di situlah sepatutnya diletakkan harapan dan amanah membela nasib ummah dalam menghadapi cabaran semasa yang begitu getir. Apa yang telah disumbangkan oleh al-Attas tidak ternilai harganya. Beliau telah bersusah-payah membina satu landasan yang kukuh buat Kaum Muslimin bagi membolehkan mereka memahami sebenar-benarnya punca-punca masalah yang mereka hadapi agar dapat diusahakan penyelesaian-penyelesaiannya yang wajar. Semua itu dapat disaksikan oleh sesiapapun yang ingin melakukannya. Lihat sahaja bangunannya yang tersergam indah, perpustakaannya yang mengandungi khazanah ilmiah yang amat berharga, aktiviti-aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan yang menarik para sarjana dan pelajar berwibawa dari segenap pelusuk dunia.

Al-Attas tidak melarang sesiapapun dari melakukan usaha-usaha yang sama dengan pendekatan yang lebih baik dan berkesan sekiranya ada. Beliau hanya menuntut ISTAC tidak diganggu dan diberi peluang, sokongan, dan dokongan bagi menjayakan niat dan tujuan penubuhannya. Kalau kita sanggup berbelanja besar memberi sokongan dan dokongan bagi menjayakan program angkasawan negara kenapa tidak boleh kita melakukan perkara yang sama untuk ISTAC?
Apa yang dituntut hanyalah penjelasan yang jujur, tulus, dan ikhlas. Sekiranya tiada apa yang ingin disembunyikan tiada sebab permintaan ini tidak boleh dipenuhi.
Wallahu'Alam.

. .
~***~LadingEMAS~***~

http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/7776-istac-menuntut-pembelaan-rakyat-malaysia

http://peminggirkota.blogspot.my/

~*~*~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~*~