~*~KALiMAH TAUHiD~*~







~**~TiADA TUHAN KECUALi ALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH pd SETiAP KERLiPAN & PD SETiAP NAFAS Sbyk LuasNYA APA YG ADA pd iLMU ALLAH ~**~

~*~SOLATLah KiTa, Sebelum KiTa diSOLATkan~*~


~*~PLS OPEN this WEB with MOZILLA FIREFOX or INTERNET EXPLORER...for BEST Results, Tq (^^,)

HADIS ~ PESANAN RASUL KITA, UTK UMATNYA TERSAYANG!!!


Drpd Nabi SAW bsabda:~

Ssiapa ke MASJID pd Waktu PAGI/pd Waktu PETANG Allah akan menyediakan utknya satu TEMPAT TINGGAL di Syurga apabila dia pergi samada pd Waktu PAGI atau pd Waktu PETANG

(HR Muslim, #1073)




~*~*~*[MUTiARA HADIS_1]








~~*~~[MUTiARA HADIS_2]





~~**~~[MUTiARA HADIS_3]





~~***~~[MUTiARA HADIS_4]





~*~*~*~*
~*~
~*~


PESAN Rasululah SAW

“Sesungguhnya AMAT dirasa BERAT oleh seOrg MUNAFIK, UTK melaksanakan SOLAT ISYA dan SOLAT SUBUH Sekiranya MEREKA TAHU akan keAGUNGan PAHALAnya, nescaya mereka mendatanginya (ke MASJID, SOLAT berJEMAAH) sekalipun dlm keadaan MERANGKAK2”

(HR Bukhari Muslim)

~*~Hadis Abu Hurairah RA:

Drpda Nabi SAW bSabda: Sesiapa yg pergi ke MASJID pada waktu PAGI atau pada waktu PETANG Allah akan menyediakan untuknya satu TEMPAT TINGGAL di SYURGA apabila dia pergi SAMADA pada waktu PAGI atau PETANG.

(HR Muslim, #1073)

~*~
“Sesungguhnya Allah akan mgumpulkan Org2 MUNAFIK dan 0rg2 KAFIR di dlm JAHANNAM


(QS An Nisa:140).


SOLAT BERJEMAAH LEBIH TINGGI 27 DERAJAT DIBANDING SOLAT SENDIRI“

(HR Bukhari &Muslim)


***

Showing posts with label Isra'Mikraj. Show all posts
Showing posts with label Isra'Mikraj. Show all posts

Wednesday, January 25, 2012

Israk Mi'raj ~ Kitab KIFAAYATUL MUHTAAJ FIL ISRA' WAL MI'RAJ

Pengajian Kitab KIFAAYATUL MUHTAAJ FIL ISRA' WAL MI'RAJ susunan Syeikh Daud Fatoni.
Kitab yang membicarakan dari awal hingga akhir peritiwa Israk Mi'raj yang berlaku atas Nabi Muhammad saw.


~*~Kembara ke Sidratul Muntaha 1
- Seputar sambutan Isra' Mi'raj di negara kita.
- Kelebihan kitab 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman.
- Tentang kuliah kitab Munyatul Musolli dan kitab Kimia' as-Sa'adah.
- Siapa pengarang kitab Muhtaaj ini?
- Apa itu Isra'?
- Apa pula Mi'raaj?



~*~Kembara ke Sidratul Muntaha 2
- Nama-nama Tuhan dalam Bismillah...
- Siapa orang-orang mukmin?
- Sifat Rahmaan jatuh pada siapa? Sifat Rahiim jatuh pada siapa?
- Kupasan tentang Alhamdulillah.
- Ada berapa jenis puji? Bagaimana pembahagiannya?
- Apa maksud qadim? Apa maksud baharu?
- Bagaimana keadaan Allah sebelum diciptakan makhluk?
- Bagaimana keadaanNya selepas diciptakan makhluk?



~*~Kembara ke Sidratul Muntaha 3
- Nikmat teragung di syurga.
- Benarkah dunia ini pun sudah 'syurga'?
- Merenung dan mensyukuri nikmat mata...
- Mensyukuri nikmat bulu mata.
- Mensyukuri nikmat udara/ oksigen.
- Nikmat lidah.



~*~Kembara ke Sidratul Muntaha 4
- Keunikan penciptaan langit dan bumi.
- Orang kaya pun akan jemu dengan kecantikanharta mereka, jadi ke mana mereka halakan pandangan?
- Nikmat bintang-bintang.
- Para sahabat seumpama bintang. jadikan mereka idola kita.
- Nikmat tumbuh-tumbuhan.
- Apakah hikmah penciptaan khinzir?
- Apa maksud 'israk'?
- Isra' Nabi Lut. Isra' Nabi Yaaqub (Israil).
- Beza antara Ilah, Rabb, Malik (tafsir surah An-Naas).



~*~Kembara ke Sidratul Muntaha 5
- Surah Al-Isra' ayat 1.
- Kelebihan membaca "Subhanallah" (Maha Suci Allah) 1,000 kali sehari.
- Zikir ribuan kali sehari?
- Imbasan pelajaran akan datang.

http://syarahisrakmikraj.blogspot.com/



~*~Kembara ke Sidratul Muntaha 6
- Imbas kembali pelajaran kuliah yang lalu.
- Kisah seorang pemuda ahli kasyaf yang kematian ibunya.
- Apa itu kasyaf?
- Apa kata Imam Al-Ghazali tentang kasyaf?

http://myalexanderwathern.blogspot.com/
http://syarahisrakmikraj.blogspot.com/



~*~Kembara ke Sidratul Muntaha 7
- Kasyaf Saiyidina Umar.
- Saiyidina Umar memberi arahan kepada tenteranya dari jarak yang sangat jauh.
- Kisah pemuda kasyaf dengan syeikh sufi.
- Black out : )

http://kuliahakhirzaman.blogspot.com/



~*~Kembara ke Sidratul Muntaha 8
- Sampai manfaat usaha orang hidup ke atas orang yang sudah mati.
- Bagaimana hendak dapatkan 70,000 zikir?
- Berapa ratus sayap Jibril?
- Berapa besar malaikat Jibril itu? Berapa besar satu satu-satu sayapnya?

http://alexanderwathern.blogspot.com/
http://syarahihya.blogspot.com/



~*~Kembara ke Sidratul Muntaha 9
Sejarah Israk Mikraj. Pengajian Kitab Kifaayatul Muhtaaj karya Syeikh Daud al-Fatani. Kupasan oleh Abu Zulfiqar.

http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/




~*~Kembara ke Sidratul Muntaha 10
Sejarah Israk Mikraj sepenuhnya. Kupasan kitab Kifayatul Muhtaj karaya Syeikh Daud Fatani oleh Abu Zulfiqar Amsyari.

http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/



~*~Kembara ke Sidratul Muntaha 11
Pengajian Kitab Kifaayatul Muhtaaj karya Syeikh Daud al-Fatani. Kitab yang membicarakan sejarah Israk dan Mi'raj keseluruhannya. Sangat menarik untuk diselongkar segala isi kandungannya.

Kupasan oleh Abu Zulfiqar Amsyari

http://myalexanderwathern.blogspot.com/
http://alexanderwathern.blogspot.com/
http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/




~*~Kembara ke Sidratul Muntaha 12
Pengajian kitab Kifayatul Muhtaj karangan Syeikh Daud al-Fatani.





. .
~***~LadingEMAS~***~

Wednesday, June 29, 2011

Israk Mikraj & PengajaranNYA

Israk Mikraj & PengajaranNYA
Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: 
Aku telah didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi.
  Baginda bersabda lagi: Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya sehinggalah sampai ke Baitulmuqaddis.
Baginda bersabda lagi: Aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi.   Baginda bersabda lagi: Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar, secara tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak dan semangkuk susu oleh Jibril a.s. Aku memilih susu.
Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih fitrah.  
Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya: 
Siapakah engkau?
Dijawabnya: Jibril.
Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu?
Jibril a.s menjawab: Muhammad.
Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan?
Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan.
 Lalu dibukakan pintu kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Adam a.s, beliau menyambutku serta mendoakan aku dengan kebaikan.

  Seterusnya aku dibawa naik ke langit kedua.
Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau?
Dijawabnya: Jibril.
Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu?
Jibril a.s menjawab: Muhammad. 
Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan?
Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan.
 Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Isa bin Mariam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

  Aku dibawa lagi naik langit ketiga.
Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan.
Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Yusuf a.s ternyata dia telah dikurniakan sebahagian dari keindahan. Dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

  Aku dibawa lagi naik ke langit keempat.
Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan.
Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Idris a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Firman Allah s.w.t Yang bermaksud: Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi darjatnya. 

  Aku dibawa lagi naik ke langit kelima.
Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan.
Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Harun a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

  Aku dibawa lagi naik ke langit keenam.
Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan.
Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Musa a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. 

  Aku dibawa lagi naik ke langit ketujuh.
Jibril a.s meminta supaya dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan.
Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. 
Keluasannya setiap hari memuatkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar mereka tidak kembali lagi kepadanya.

Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha.
Daun-daunnya besar umpama telinga gajah manakala buahnya pula sebesar tempayan. 

Baginda bersabda: Ketika baginda merayau-rayau meninjau kejadian Allah s.w.t, baginda dapati kesemuanya aneh-aneh. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya. 
  Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan solat lima puluh waktu sehari semalam.
Tatakala baginda turun dan bertemu Nabi Musa a.s, dia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu?
Baginda bersabda: Solat lima puluh waktu.
Nabi Musa a.s berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel dan memberitahu mereka.
Baginda bersabda: Baginda kemudiannya kembali kepada Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku. Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu solat dari baginda.
  Baginda kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah mengurangkan lima waktu solat dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi.
Baginda bersabda: Baginda tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t berfirman Yang bermaksud:
Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap solat fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu solat fardu sama dengan lima puluh solat fardu.
  Begitu juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya.

Baginda turun hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu aku memberitahu kepadanya. Dia masih lagi berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan. Baginda menyahut: Aku terlalu banyak berulang alik kepada Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepada-Nya.
(HR Muslim)
. .
~***~LadingEMAS~***~
~*~*~ Who