~*~KALiMAH TAUHiD~*~







~**~TiADA TUHAN KECUALi ALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH pd SETiAP KERLiPAN & PD SETiAP NAFAS Sbyk LuasNYA APA YG ADA pd iLMU ALLAH ~**~

~*~SOLATLah KiTa, Sebelum KiTa diSOLATkan~*~


~*~PLS OPEN this WEB with MOZILLA FIREFOX or INTERNET EXPLORER...for BEST Results, Tq (^^,)

HADIS ~ PESANAN RASUL KITA, UTK UMATNYA TERSAYANG!!!


Drpd Nabi SAW bsabda:~

Ssiapa ke MASJID pd Waktu PAGI/pd Waktu PETANG Allah akan menyediakan utknya satu TEMPAT TINGGAL di Syurga apabila dia pergi samada pd Waktu PAGI atau pd Waktu PETANG

(HR Muslim, #1073)




~*~*~*[MUTiARA HADIS_1]








~~*~~[MUTiARA HADIS_2]





~~**~~[MUTiARA HADIS_3]





~~***~~[MUTiARA HADIS_4]





~*~*~*~*
~*~
~*~


PESAN Rasululah SAW

“Sesungguhnya AMAT dirasa BERAT oleh seOrg MUNAFIK, UTK melaksanakan SOLAT ISYA dan SOLAT SUBUH Sekiranya MEREKA TAHU akan keAGUNGan PAHALAnya, nescaya mereka mendatanginya (ke MASJID, SOLAT berJEMAAH) sekalipun dlm keadaan MERANGKAK2”

(HR Bukhari Muslim)

~*~Hadis Abu Hurairah RA:

Drpda Nabi SAW bSabda: Sesiapa yg pergi ke MASJID pada waktu PAGI atau pada waktu PETANG Allah akan menyediakan untuknya satu TEMPAT TINGGAL di SYURGA apabila dia pergi SAMADA pada waktu PAGI atau PETANG.

(HR Muslim, #1073)

~*~
“Sesungguhnya Allah akan mgumpulkan Org2 MUNAFIK dan 0rg2 KAFIR di dlm JAHANNAM


(QS An Nisa:140).


SOLAT BERJEMAAH LEBIH TINGGI 27 DERAJAT DIBANDING SOLAT SENDIRI“

(HR Bukhari &Muslim)


***

Showing posts with label Zikr. Show all posts
Showing posts with label Zikr. Show all posts

Tuesday, August 1, 2017

Zikir Dan Wirid Selepas Solat Fardhu @ Wajib

Zikir Dan Wirid Selepas Solat Fardhu

Selepas selesai menunaikan solat fardhu, amat digalakkan kita melakukan ucap tasbih, tahmid dan takbir serta istigfar.
Adalah kurang elok jika selepas selesai solat, kita terus bangun dan beredar tanpa diikuti wirid dan doa.
Biasanya selepas habis sembahyang kita disunatkan untuk bertasbih dan lain-lain untuk memenuhi anjuran Nabi Muhammad SAW.
Disini saya susunkan langkah-langkah mudah yang boleh anda ikuti untuk melakukan wirid selepas solat:

1. Mulakan dengan istigfarUntuk mendapat ganjaran yang lebih, marilah kita amalkan setiap kali selesai menunaikan solat fardhu dengan ucapan istigfar di bawah sebanyak tiga (3) kali:
wirid selepas solat
 Astagfirullah hal azim allazi laa ila ha illa huwal hayyul qoyyum wa atu bu illaih. 
Aku memohon keampunan daripada Allah, Tuhan Yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Allah. Dia hidup, berdiri dengan sendirinya, dan aku memohon keampunan daripadaNya.

2.Seterusnya disambung dengan ucapan berikut sebanyak 3 atau 10 kali:wirid selepas solat
 Laa ilaha illallahu wahdahu laa syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumitu wahuwa a’la kulli syai’in qadirr 
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan Yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu.

3.Disambung lagi dengan ucapan berikut sebanyak 3 atau 7 kali:wirid selepas solat
 Allahumma ajirna minannarr 
Ya Allah, jauhkanlah kami daripada azab neraka

4. Seterusnya disambung dengan ucapan:wirid selepas solat
 Allahumma antassalam, wamin kassalam, walaika ya ‘udussalam, fahayyina rabbana bissalam, wa adhilna jannata daa rassalam, tabarakta rabbana wata a’laita ya zal jala li wal ikram 
Ya Allah, Engkau yang menyelamatkan, daripadaMu keselamatan, kepadaMu kembali keselamatan. Maka hidupkanlah kami wahai Tuhan, dalam keselamatan. Masukkan kami ke syurga, negara keselamatan. Maka sucilah Engkau wahai Tuhan kami, Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

5. Seterusnya disambung dengan bacaan Al-Fatihahwirid selepas solat
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

6. Seterusnya disambung dengan bacaan Al-Baqarah ayat 163:wirid selepas solat
 Wa ila hukum ilaahum’ wahidullaa ila ha illa huwarrahmanurrahim 
Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

7. Seterusnya disambung dengan bacaan Al-Baqarah ayat 255:wirid selepas solat
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

8. Seterusnya disambung dengan bacaan Al-Baqarah ayat 285:wirid selepas solat
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.

9. Seterusnya disambung dengan bacaan Al-Baqarah ayat 286:wirid selepas solat
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”

10. Seterusnya disambung dengan bacaan Ali-Imran ayat 18:wirid selepas solat
 Syahidallahu innahu, laa ilaha illa huwa wal malaa ikatu wa ulul ‘ilmi qaa imam bilqist. Laa ilaha illa huwal a’zii zul hakim 
Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

11. Seterusnya disambung dengan bacaan Ali-Imran ayat 19:wirid selepas solat
 ‘Innaddin na ‘indallah hil islam 
Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.

12. Seterusnya disambung dengan bacaan Ali-Imran ayat 26:wirid selepas solat
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

13. Seterusnya disambung dengan bacaan Ali-Imran ayat 27:wirid selepas solat
“Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya”.

14. Selepas itu bacalah surah Al-Ikhlas:wirid selepas solat
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

15. Disambung dengan bacaan surah Al-Falaq:wirid selepas solat
Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan. Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk. Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.

16. Disambung lagi dengan surah An-Nas:wirid selepas solat
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”

17. Diikuti bacaan Al-Fatihah sekali lagi:wirid selepas solat
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

18. Kemudian mulakan tasbih dengan ucapan:wirid selepas solat
 Ilahirabbi subhanallah 
Tuhanku, penjagaku Maha Suci Allah

19. Mulakan tasbih dengan ucapan berikut sebanyak 33 kali:wirid selepas solat
 Subhaanallah 
Maha Suci Allah

20. Apabila genap bilangan tasbih, sambung dengan bacaan berikut:wirid selepas solat
 Subhaanallahi wabihamdihi da ‘iman qo’imann abada 
Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya yang kekal selama-lamanya

21. Mulakan tahmid dengan ucapan berikut sebanyak 33 kali:wirid selepas solat
 Alhamdulillah (33x) 
Segala puji bagi Allah

22. Apabila genap bilangan tahmid, sambung dengan bacaan berikut:wirid selepas solat
 Alhamdulillahi rabbil a’lamin a’laa kulli haalin’ wafi kulli haalin’ wanikmatin 
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam ke atas setiap keadaan dan dalam setiap keadaan dan nikmat.

23. Mulakan takbir dengan ucapan berikut sebanyak 33 kali:wirid selepas solat
 Allahuakbarr (33X) 
Allah Maha Besar

24. Apabila genap bilangan takbir, sambung dengan bacaan berikut:wirid selepas solat
Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tidak ada bersekutu denganNya sesuatu. Baginya kerajaan, baginya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu dan kepada Allah jualah tempat kembali. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Aku mohon keampunan daripada Allah.

Setelah selesai bacaan wirid, berdoalah ke hadrat Allah.


Sumber ~ https://akuislam.com/blog/ibadah/wirid-doa-selepas-solat/

Semoga Manfaat, InsyaAllah..

Wallah HuÁlam..



~PS: RAHSIA AYATUL KURSI 👍💛

https://lading-emas.blogspot.com/2015/01/rahsia-ayatul-qursy-himpunan-fadhilatnya.html


























. .
~***~LadingEMAS~***~

Tuesday, February 21, 2012

DOA TAUBAT ~ Munajat

Firman Allah..
(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).
[QS At-Taubah: 112]


"Kami akan memperlihatkan kepada mereka ayat-ayat Kami di alam semesta, dan dalam diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa ini (Al-Quran) adalah kebenaran. Adakah ia tidak mencukupi berkenaan kepada Tuhan kamu bahawa Dia adalah Saksi atas tiap-tiap sesuatu? "~ [QS 41:53]


DOA TAUBAT



MUNAJAT Keampunan Zikir Doa Taubatan Nasuha


~*~Doa Munajat/Suluk Allahyarham Gus Dur

. .
~***~LadingEMAS~***~

Monday, February 20, 2012

Rahsia Al-Ikhlas


QS Al-Ikhlas ~ Hikmah

Sebelum kita mbicarakan keUtamaan Surat Al-Ikhlas, tlebih dahulu akan diterangkan ttg nama2 dari Surat Al-Ikhlas itu sendiri. Nama Surat Al-Ikhlas itu jumlahnya ada 20 nama yakni :
1. At-Tafrid.
2. At-Tajrid.
3. At-Tauhid.
4. Al-Ikhlas.
5. An-Najat.
6. Al-Wilayah.
7. An-Nisbah.
8. Al-Ma’rifah.
9. Al-Jamal.
10. Al-Muqasyqasyah.
11. Al-Mu’awwidzah.
12. As-Shamad.
13. Al-Asas.
14. Al-Maani’ah.
15. Al-Muhtadhar.
16. Al-Munfiroh.
17. Al-Baroah.
18. Al-Mudzkiroh.
19. An-Nuur.
20. Al-Insan.
Banyak nama menunjukkan byk kelebihan. Mengingat Surat ini ttg akidah yg pling ASAS, keUtamaannya cukup byk. Antara lain sebagai berikut :

1. HR Anas bin Malik, menyatakan bahwa Rasulullah Saw bSabda : “Sgsiapa mbaca Surat Al-Ikhlas satu kali, mcm dia mbaca sepertiga Quran.
Ssiapa mbacanya 2x, mcm dia mbaca 2/3 Quran.
Ssiapa mbacanya 3x, mcm dia mbaca Quran seluruhnya.
Dan Ssiapa mbacanya 10x, dibina Allah utknya sebuah rumah dlm surga dari permata Ya’kut yg bWarna merah.”

2. Sabda Rasulullah Saw yg maksudnya :
“Hai Aisyah, engkau jgn tidur dulu sbelum engkau kerjakan 4 perkara;
1. Khatamkan Al-Quran,
2. Jadikan semua Nabi mbelamu nanti pd hari kiamat,
3. Jadikan semua org Mukmin rela kpdMu,
dan 4. Kerjakan Haji & Umrah.”

Kemudian Rasulullah pun Solat, sdgkan Aisyah ditempat tidur. Selesai Solat, Aisyah pun berkata :
“Rasulullah, tebusanmu ibu & ayahku, Rasulullah suruh sy mgerjakan 4 perkara yg sy X sanggup melakukannya pd waktu ini.”
Beliau tSenyum, seraya bSabda :
" Apabila engkau mbaca Qul Huwallahu Ahad (tiga kali), mk mcm engkau telah mgkhatamkan Al-Quran. Jk engkau mbaca selawat kpdku dan kpd semua Nabi sebelumku, maka kami nanti akan menSyafaatkanmu pd hari kiamat.
Dan apabila engkau meminta ampunkan org2 Mukmin, maka tentu semua mereka nanti akan rela kpdMu.
Dan apabila engkau mbaca “Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahaillallah, Wallahu Akbar, mk Ssgguhnya engkau berarti telah mgerjakan Haji &Umrah.”
Hadis itu mnerangkan, wktu baringkn badan, bacalah:
a. Surat Al-Ikhlas 3x.
Sama pahalanya dgn mbaca satu khatam Quran.
b. Selawat kpd Nabi Muhammad Saw & Nabi2 lainnya, dgn mengucap:
"Allahumma Solli ‘ala Sayyidina Muhammad Wa ali Muhammad wa’ala Jami’il Anbiyaai wal Mursalin."
c. Mendoakan org2 Mukmin @ mgucapkan 3x, "Allahummaghfir
lil muslimina wal muslimat, wal mukiminina wal mukminat."
d. Membaca Raja Tasbih 3x;
"Subhanallah, Walhamdulillah, Walailaha
illallah, Wallahu Akbar, Wala haula walaquwwata illa billahil ‘aliyyil ‘adzim.”
 Apabila dibaca 3x Tasbih ini, seOlah2 Pahalanya dgn 1x, Haji &Umrah.

3. Suatu hari se0rg laki-laki melaporkan halnya kpd Rasulullah Saw ttg kesusahan hidup yg dideritanya. Ia mohon supaya diajarkan amalan singkat utk mghilangkan kesempitan hidup itu.
Maka Rasulullah Saw myuruhnya supaya setiap kali masuk kerumah sendiri, mberi SALAM kemudian mbaca surat Al-Ikhlas 3x.
Jika rumah kosong tidak ada org didalam, maka mberi SALAM kpd Rasulullah SAW kemudian sambil melangkah masuk dibaca 3x, surat Al-Ikhlas. Lelaki itupun mgamalkannya, alHamdulillah lapang rezekinya, melimpah smpi kpd jiran tetangganya.

4. Suatu hari Rasulullah Saw sdg duduk dlm Masjid Madinah.
 Tiba2 dtg rombongan mngusung jenazah utk di solatkan.
Para sahabat mpersilahkan Nabi utk mSolatkannya . Beliau btanya :
 " Apakah mayat ini meninggalkan hutang ?
Mereka mjawab : ” Ya, benar, dia meninggalkan hutang sebyk 4 dirham.”
Lantas beliau bersabda;
”Saya tidak mau Solatkan mayat yg meninggalkan hutang. Solatkan kamulah dia.”
Pd saat itu Jibril pun dtg seraya bkata:
“Hai Muhammad, Allah bkirim SALAM kpdMu.
Dia bfirman : “Aku sudah mgUtus Jibril menyamar seperti mayat itu & sudah melunaskan hutangnya. Tegaklah, Solatkan dia krna dia sudah diampuni Allah & Ssiapa yg ikut Solatkannya, niscaya diampuni Allah pula dosanya.”
Nabi Muhammad Saw pun btanya : "Hai Jibril, dari mana dia mperoleh kehormatan ini “?
Jibril mjawab:
”Dia mdapat kehormatan itu, krna setiap hari mbaca seratus kali Qul Huwallahu Ahad[alIkhlas].”
Didalamnya tdpt keterangan tentang sifat2 Allah dan pujian thadap-Nya”
Hadis itu menunjukkan Ssiapa mbaca “Qul Huwallahu Ahad” seratus kali dlm sehari, mk Allah akan melunaskan hutangnya sebelum mati.

5. Rasulullah Saw bSabda yg maksudnya :
" Ssiapa mbaca surat Al-Ikhlas pd sakit yg mbawa kepada keMatiannya, niscaya mayatnya tidak busuk dlm kubur, hadis lain menyatakan tidak terfitnah dlm kuburnya, aman dari kesempitan kuburan, & para Malaikat akan mbawanya dgn sayap2nya melalui titian sirat mustaqim smpi keSyurga.”

6. Menurut hadis Anas bin Malik, bahwa Rasulullah Saw bersabda :
” Ssiapa mbaca Qul Huwallahu Ahad 50x, niscaya diampuni dosanya 50 tahun.”

7. Menurut Hadis Anas bin Malik, Rasulullah Saw bSabda yg maksudnya ” Ssiapa mbaca Al-ihkhlas 10x dibina Allah untuknya satu istana didalam Syurga. Ssiapa mbacanya 20x, dibina Allah utknya dua istana dlm syurga.
Ssiapa mbacanya 30x mk dibina Allah utknya 3 istana dlm syurga.
Umar bin Khattab berkata :
"Ya, Rasulullah, kalau begitu akan byklah istana kmi dalam syurga”
Maka Rasulullah Saw bsabda :”Allah lebih lapang (luas) dpd itu.”
Maksudnya, bagi Allah berapapun jumlah istana itu soal mudah.

8. Hadis Anas bin Mali menyatakan bahwa Rasulullah Saw bSabda yg maksudnya:
“Ssiapa mbaca Qul Huwallahu Ahad sekali, dia diberkati. 
Ssiapa mbacanya 2x dia dan keluarganya diberkati. 
Ssiapa mbacanya 3x, dia, keluarga & jiran tetangganya diberkati. 
Ssiapa mbacanya 12x, dibina Allah utknya 12 istana didalam surga. 
Jika dibacanya 100x, maka dihapuskan Allah dosanya (dosa kecil) selama 50 tahun, kecuali pertumpahan darah dan harta benda.
Jika dibacanya 200 kali, dihapuskan dosanya 100 tahun.
Jika dibacanya 1000 kali, niscaya sebelum mati telah dilihat atau diperlihatkan kepadanya tempatnya dalam Syurga.”

9. Menurut hadis riwayat Ibnu Abbas, Nabi Muhammad Saw bersabda yang maksudnya :
"Tatkala saya dalam perjalanan Israk Mi’raj kelangit, saya melihat ‘Arasy ditegakkan atas 360.000 sudut. Jarak dari satu sudut kesudut lainnya, kira-kira 300.000 tahun perjalanan. Dibawah setiap sudut itu terdapat 12.000 padang pasir. Panjang setiap padang pasir itu dari matahari terbit kematahari terbenam. Disetiap padang pasir itu terdapat 80.000 Malaikat membaca Qul Huwallahu Ahad.”
Selesai membaca mereka menyatakan :
"Ya Tuhan, kami hibbahkan pahala bacaan kami ini kepada setiap org yg mbaca Surat Al-Ikhlas, baik dia lelaki maupun wanita.”
Para sahabat kagum tercengang mendengarnya. Lantas Rasulullah Saw bertanya :”Herankah kamu, sahabat2Ku?
Mereka mjawab : ” Ya,benar kami heran.”
Beliau melanjutkan :
"Demi Allah yg diriku ditangan-Nya, “Qul Huwallahu Ahad” tertulis disayap Jibril. “Allahush Shomad” tertulis disayap Mikail. “Lam Yalid Walam Yulad” tertulis disayap Izrail. “Walam Yakun Lahu kufuan Ahad” tertulis disayap Israfil.
Maka Ssiapa diantara ummatku mbaca “Qul Huwallahu Ahad” niscaya dikurniai Allah ia pahala org yg mbaca Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.”

Kemudian beliau btanya lagi:
”Herankah kamu, mdengarnya? .
Mereka mjawab:
”Ya, benar kami heran.”
Lantas beliau bSabda:
”Demi Allah yg diriku ditangan-Nya, “Qul Huwallahu Ahad” tertulis di kening Abu Bakar Shiddiq. “Allahush Shomad” tertulis dikening Umar Al-Faruq. “Lam Yalid Walam Yulad” tertulis dikening Usman Zin-Nurain. Dan “Walam Yakun Lahu Kufuan
 Ahad ” tertulis dikening Ali As-Sakhiy. 
Maka Ssiapa mbaca Surat Al-Ikhlas niscaya dikurniai Allah ia pahala Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali.

10.  Menurut Hadis Al-Baihaqi, dari Umamah Al-Bahili, bahwa Jibril telah mendatangi Nabi Saw bsama dgn 70.000 Malaikat di Tabuk Jibril berkata :
”Rasulullah, saksikan jenazah Muawiyah dari Tabuk bersama Jibril dan sejumlah Malaikat lain. Kemudian Rasulullah Saw bersabda :
” Jibril, apa sebabnya Mu’awiyah beroleh martabat seperti itu.?
Jibril menjawab :”Dia memperoleh kehormatan itu, akibat membaca “Qul Huwallahu Ahad setiap hari, sedang berdiri, duduk, ruku’ dan berjalan.”
Demikianlah beberapa kelebihan membaca Qul Huwallahu Ahad.
Maka silakanlah mengamalkannya, dgn ketentuan setiap membacanya, harus dibaca Bismillah. Karena pernah terjadi s0rg lelaki di Mekkah bmimpi, melihat ratusan ekor burung merpati terbang diatas angkasa kota Mekkah, tetapi tak seekorpun berkepala.
Keesokan harinya ditanyakannya kpd s0rg ahli ta’bir mimpi. Syekh ahli ta’bir mimpi itu myatakan :
”Barangkali anda rajin mbaca Qul Huwallahu Ahad, tetapi tidak membaca
Bismillahirrahmanir rahim dipangkalnya.”

Bismillahirrahmanir rahim itu hurufnya 19, persis sebanyak Malaikat Zabaniyah penunggu neraka. Barangsiapa rajin membaca Bismillahirrahmanir rahim pada setiap memulai pekerjaan yang dibenarkan agama, niscaya ia terhindar dari ancaman Malaikat Zabaniyah.
(Dari Pengajian Al-Habib Ali Bin Abdurrahman Assegaf dan Beberapa Tambahan dari beberapa sumber).




33 MANFAAT DAN KEUTAMAAN MEMBACA SURAT AL - IKHLAS SETIAP HARI



Manfaat Surah Al Ikhlas ~ Memberi Kekayaan Dunia & Akhirat ~ Oleh KH. MUHAMMAD BAKHIET, Barabai




Kitab IKHLAS Bag #1 Oleh KH. MUHAMMAD BAKHIET Bin KH. AHMAD MUGHNI




Kitab IKHLAS Bag #2 Oleh KH. MUHAMMAD BAKHIET Bin KH. AHMAD MUGHNI



Sila Rujuk 👉 https://lading-emas.blogspot.com/2019/04/amal-sedikit-tetapi-pahala-besar.html



WallahHu'Alam.



. .
~***~LadingEMAS~***~ 

Thursday, November 17, 2011

TUJUH LATHIFAH ~ SIMPUL BATHIN

Tujuh Lathifah Simpul Bathin.

Dan 7 titik batin yang kita sebut dengan "Lathifah", yaitu:

1. Latifatul-qolby
    Di sini letaknya sifat-sifat syetan, iblis, kekufuran, kemusyrikan, ketahayulan dan lain-lain,
letaknya dua jari dibawah susu sebelah kiri, Kita buat dzikir sebanyak-banyaknya, Insya Allah pada tingkat ini diganti dengan Iman, Islam, Ihsan, Tauhid dan Ma’rifat.

2. Latifatul-roh
    Di sini letaknya sifat bahimiyah (binatang jinak) menuruti hawa nafsu,
letaknya dua jari dibawah susu sebelah kanan, Kita buat dzikir sebanyak-banyaknya
Insya Allah di isi dengan khusyu’ dan tawadhu’.

3. Latifatus-sirri
    Di sini letaknya sifat-sifat syabiyah (binatang buas) yaitu sifat zalim atau aniaya, pemarah dan
pendendam, , letaknya dua jari diatas susu sebelah kiri, Kita buat dzikir sebanyak-banyaknya Insya Allah
diganti dengan sifat kasih sayang dan ramah tamah.

4. Latifatul-khafi
    Di sini letaknya sifat-sifat pendengki, khianat dan sifat-sifat syaitoniyah, , letaknya dua jari diatas susu sebelah kanan, Kita buat dzikir sebanyak-banyaknya Insya Allah diganti dengan sifat-sifat syukur dan sabar.

5. Latifatul-akhfa
    Di sini letaknya sifat-sifat robbaniyah yaitu riya’, takabbur, ujub, suma’ dan lain-lain, , letaknya ditengah- tengah dada, Kita buat dzikir sebanyak-banyaknya Insya Allah diganti dengan sifat-sifat ikhlas, khusyu’, tadarru dan tafakur.

6. Latifatun-nafsun-natiqo
    Di sini letaknya sifat-sifat nafsu amarrah banyak khayalan dan panjang angan-angan,
letaknya tepat diantara dua kening, Kita buat dzikir sebanyak-banyaknya Insya Allah
diganti dengan sifat-sifat tenteram dan pikiran tenang.

7. Latifah kullu-jasad
    Di sini letaknya sifat-sifat jahil “ghaflah” kebendaan dan kelalaian,
letaknya diseluruh tubuh mengendarai semua aliran darah kita yang
letak titik pusatnya di tepat ditengah-tengah ubun-ubun kepala kita,
Kita buat dzikir sebanyak-banyaknya Insya Allah diganti
dengan sifat-sifat ilmu dan amal Mengenal Lathifah-lathifah Batin dalam Thariqat Sufi

Acuan dalam pengamalan tarekat bertumpu kepada tradisi dan akhlak nubuwah (kenabian), dan mencakup
secara esensial tentang jalan sufi dalam melewati maqomat dan ahwal tertentu. Setelah ia tersucikan
jasmaniahnya, kemudian melangkah kepada aktivitasaktivitas, yang meliputi:

Pertama, tazkiyah an nafs atau pensucian jiwa
    ~ artinya mensucikan diri dari berbagai kecenderungan buruk, tercela,
dan hewani serta menghiasinya dengan sifat sifat terpuji dan malakuti.

Kedua, tashfiyah al qalb, pensucian kalbu.
    ~Ini berarti menghapus dari hati kecintaan akan kenikmatan duniawi yang sifatnya sementara dan kekhawatirannya atas kesedihan, serta memantapkan dalam tempatnya kecintaan kepada Allah semata.

Ketiga, takhalliyah as Sirr
    ~atau pengosongan jiwa dari segenap pikiran yang bakal mengalihkan perhatian dari dzikir
atau ingat kepada Allah.

Keempat, tajalliyah ar Ruh atau pencerahan ruh,
    ~berarti mengisi ruh dengan cahaya Allah dan gelora cintanya.

Qasrun = Merupakan unsur jasmaniah, berarti istana yang menunjukan betapa keunikan struktur tubuh manusia.
Sadrun = (Latifah al-nafs) sebagai unsur jiwa
Qalbun = (Latifah al-qalb) sebagai unsur rohaniah
Fuadun = (Latifah al-ruh) Unsur rohaniah
Syagafun = (Latifah al-sirr) unsur rohaniah
Lubbun = (Latifah al-khafi) unsur rohaniah
Sirrun = (Latifah al-akhfa) unsur rohaniah
Hal ini relevan dengan firman Allah SWT dalam hadist qudsi:

"Aku jadikan pada tubuh anak Adam (manusia) itu qasrun (istana), 
di situ ada sadrun (dada), di dalam dada itu ada qalbu (tempat bolak balik ingatan),
di dalamnya ada lagi fu'ad (jujur ingatannya), di dalamnya pula ada syagaf (kerinduan),
di dalamnya lagi ada lubbun (merasa terialu rindu), 
dan di dalam lubbun ada sirrun (mesra), sedangkan di dalam sirrun ada "Aku".

Ahmad al-Shirhindi dalam Kharisudin memaknai hadist qudsi di atas
melalui sistem interiorisasi dalam diri manusia
yang strukturnya yang dapat diperhatikan dalam gambar di atas.

Pada dasarnya lathifah-lathifah tersebut berasal dari alam amri (perintah) Allah :
"Kun fayakun", yang artinya, "jadi maka jadilah" (QS : 36: 82)
 merupakan al-ruh yang bersifat immaterial.
Semua yang berasal dari alam al-khalqi (alam ciptaan) bersifat material. Karena qudrat dan iradat Allah ketika Allah telah menjadikan badan jasmaniah manusia, selanjutnya Allah menitipkan kelima lathifah tersebut ke dalam badan jasmani manusia dengan keterikatan yang sangat kuat.

Lathifah-lathifah itulah yang mengendalikan kehidupan batiniah seseorang,
maka tempatnya ada di dalam badan manusia.
Lathifah ini pada tahapan selanjutnya merupakan istilah praktis yang berkonotasi tempat.

Umpamanya lathifah al-nafsi sebagai tempatnya al-nafsu al-amarah.
Lathifah al-qalbi sebagai tempatnya nafsu al- lawamah.
Lathifah al-Ruhi sebagai tempatnya al-nafsu al-mulhimmah, dan seterusnya.

Dengan kata lain bertempatnya lathifah yang bersifat immaterial ke dalam badan jasmani manusia adalah sepenuhnya karena kuasa Allah.

Lathifah sebagai kendaraan media bagi ruh bereksistensi dalam diri manusia yang bersifat barzakhiyah (keadaan antara kehidupan jasmaniah dan rohaniah).

Pada hakekatnya penciptaan ruh manusia (lima lathifah), tidak melalui sistem evolusi. Ruh ditiupkan oleh Allah ke dalam jasad manusia melalui proses. Ketika jasad Nabi Adam a.s telah tercipta dengan sempurna, maka Allah memerintahkan ruh Nya untuk memasuki jasad Nabi Adam a.s. Maka dengan enggan ia menerima perintah tersebut. Ruh memasuki jasad dengan berat hati karena harus masuk ke tempat yang gelap.
Akhirnya ruh mendapat sabda Allah:
"Jika seandainya kamu mau masuk dengan senang, maka kamu nanti juga akan keluar dengan mudah dan senang, tetapi bila kamu masuk dengan paksa, maka kamupun akan keluar dengan terpaksa".
Ruh memasuki melalui ubun-ubun, kemudian turun sampai ke batas mata, selanjutnya sampai ke hidung, mulut, dan seterusnya sampai ke ujung jari kaki. Setiap anggota tubuh Adam yang dilalui ruh menjadi hidup, bergerak, berucap, bersin dan memuji Allah.
Dari proses inilah muncul sejarah mistis tentang karakter manusia, sejarah salat (takbir, ruku dan sujud), dan tentang struktur ruhaniah manusia (ruh, jiwa dan raga).
Bahkan dalam al Qur'an tergambarkan ketika ruh sampai ke lutut, maka Adam sudah tergesa gesa ingin berdiri.
Sebagaimana firman Allah : "Manusia tercipta dalam ketergesa-gesaan" (QS.21:37).

Pada proses penciptaan anak Adam pun juga demikian, proses bersatunya ruh ke dalam badan melalui tahapan. Ketika sperma berhasil bersatu dengan ovum dalam rahim seorang ibu, maka terjadilah zygot (sel calon janin yang diploid ).
Ketika itulah Allah meniupkan sebagian ruhnya (QS : 23 : 9), yaitu ruh al-hayat.
Pada tahapan selanjutnya Allah menambahkan ruhnya, yaitu ruh al-hayawan, maka jadilah ia potensi untuk bergerak dan berkembang, serta tumbuh yang memang sudah ada bersama dengan masuknya ruh al-hayat.

Sedangkan tahapan selanjutnya adalah peniupan ruh yang terakhir, yaitu ketika proses penciptaan fisik manusia telah sempurna (bahkan mungkin setelah lahir). Allah meniupkan ruh al-insan (haqiqat Muhammadiyah). Maka dengan ini, manusia dapat merasa dan berpikir. Sehingga layak menerima taklif syari' (kewajiban syari'at) dari Allah dan menjadi khalifah Nya.

Itulah tiga jenis ruh dan nafs yang ada dalam diri manusia, sebagai potensi yang menjadi sudut pandang dari fokus pembahasan lathifah (kesadaran). Lima lathifah yang ada di dalam diri manusia itu adalah tingkatan kelembutan kesadaran manusia. Sehingga yang dibahas bukan hakikatnya, karena hakikat adalah urusan Tuhan (QS : 17 : 85), tetapi aktivitas dan karakteristiknya.

Lathifah al-qalb, bukan qalb (jantung) jasmaniah itu sendiri, tetapi suatu lathifah (kelembutan), atau kesadaran yang bersifat rubbaniyah (ketuhanan) dan ruhaniah.
Walaupun demikian, ia berada dalam qalb (jantung) manusia sebagai media bereksistensi.
Menurut Al Ghazall, di dalam jantung itulah memancarnya ruh manusia itu. Lathifah inilah hakikatnya manusia. Ialah yang mengetahui, dia yang bertanggung jawab, dia yang akan disiksa dan diberi pahala. Lathifah ini pula yang dimaksudkan sabda Nabi;
"Sesungguhnya Allah tidak akan memandang rupa dan hartamu, tetapi ia memandang hatimu".

Latifiah al-qalb bereksistensi di dalam jantung jasmani manusia, maka jantung fisik manusia ibaratnya sebagai pusat gelombang, sedangkan letak di bawah susu kiri jarak dua jari (yang dinyatakan sebagai letaknya lathifah al-qalb) adalah ibarat "channelnya". Jika seseorang ingin berhubungan dengan lathifah ini, maka ia harus berkonsentrasi pada tempat ini.
Lathifah ini memiliki nur berwarna kuning yang tak terhinggakan (di luar kemampuan indera fisik).

Demikian juga dengan lathifah al-ruh, dia bukan ruh atau hakikat ruh itu sendiri. Tetapi lathifah al-ruh adalah suatu identitas yang lebih dalam dari lathifah al-qalb. Dia tidak dapat diketahui hakikatnya, tetapi dapat dirasakan adanya, dan diketahui gejala dan karakteristiknya. Lathifah ini terletak di bawah susu kanan jarak dua jari dan condong ke arah kanan. Warna cahayanya merah yang tak terhinggakan. Selain tempatnya sifat-sifat yang baik, dalam lathifah ini bersemayam sifat bahimiyah atau sifat binatang jinak. Dengan lathifah ini pula seorang salik akan merasakan fana al-sifat (hanya sifat Allah saja yang kekal), dan tampak pada pandangan batiniah.

Lathifah al-sirri merupakan lathifah yang paling dalam, terutama bagi para sufi besar terdahulu yang kebanyakan hanya menginformasikan tentang tiga lathifah manusia, yaitu qalb, ruh dan sirr.

Sufi yang pertama kali mengungkap sistem interiorisasi lathifah manusia adalah Amir Ibn Usman Al Makki (w. 904 M), yang menurutnya manusia terdiri dari empat lapisan kesadaran, yaitu Raga, Qalbu, Ruh dan Sirr.
Dalam temuan Imam al Robbani al Mujaddid, lathifah ini belum merupakan latifiah yang terdalam. Ia masih berada di tengah tengah lathifah al ruhaniyat manusia. Tampaknya inilah sebabnya sehingga al Mujaddid dapat merasakan pengalaman spiritual yang lebih tinggi dari para sufi sebelumnya, seperti Abu Yazid al Bustami, al-Hallaj (309 H), dan Ibnu Arabi (637 H). Setelah ia mengalami "ittihad" dengan Tuhan, ia masih mengalami berbagai pengalaman ruhaniah, sehingga pada tataran tertinggi manusia ia merasakan sepenuhnya, bahwa abid dan ma'bud adalah berbeda, manusia adalah hamba, sedangkan Allah adalah Tuhan.

Hal yang diketahui dari lathifah ini adalah, ia memiliki nur yang berwarna putih berkilauan. Terletak di atas susu kiri jarak sekitar dua jari, berhubungan dengan hati jasmaniah (hepar). Selain lathifah ini merupakan manifestasi sifat-sifat yang baik, ia juga merupakan sarangnya sifat sabbu’iyyah atau sifat binatang buas. Dengan lathifah ini seseorang salik akan dapat merasakan fana' fi al-dzat, dzat Allah saja yang tampak dalam pandangan batinnya.

Lathifah al-khafi adalah lathifah al-robbaniah al-ruhaniah yang terletak lebih dalam dari lathifah al-sirri. Penggunaan istilah ini mengacu kepada hadis Nabi :
"Sebaik-baik dzikir adalah khafi dan sebaik baik rizki adalah yang mencukupi".
Hakikatnya merupakan rahasia Ilahiyah. Tetapi bagi para sufi, keberadaanya merupakan kenyataan yang tidak dapat dipungkiri. Cahayanya berwarna hitam, letaknya berada di atas susu sebelah kanan jarak dua jari condong ke kanan, berhubungan dengan limpa jasmani. Selain sebagai realitas dari nafsu yang baik, dalam lathifah ini bersemayam sifat syaithoniyyah seperti hasad, kibir (takabbur, sombong), khianat dan serakah.

Lathifah yang paling lembut dan paling dalam adalah lathifah al-akhfa. Tempatnya berada di tengah-tengah dada dan berhubungan dengan empedu jasmaniah manusia. Lathifah ini memiliki nur cahaya berwarna hijau yang tak terhinggakan. Dalam lathifah ini seseorang salik akan dapat merasakan'isyq (kerinduan) yang mendalam kepada Nabi Muhammad s.a.w. sehingga sering sering ruhaniah Nabi datang mengunjungi.
Relevan dengan pendapat al-Qusyairi yang menegaskan tentang tiga alat dalam tubuh manusia dalam upaya
kontemplasi, yaitu:
Pertama qalb yang berfungsi untuk mengetahui sifat-sifat Allah.
Kedua, ruh berfungsi untuk mencintai Allah, dan
Ketiga, sirr berfungsi untuk melihat Allah.
Dengan demikian proses ma'rifat kepada Allah menurut al Qusyairi dapat digambarkan sebagai berikut dibawah ini.
Aktivitas spiritual itu mengalir di dalam kerangka makna dan fungsi rahmatan lil 'alamin;
Tradisi kenabian pada hakekatnya tidak lepas dari mission sacred, misi yang suci tentang kemanusiaan dan kealam semestaan untuk merefleksikan asma Allah.

WallahHu'Alam.

Petikkan ~ http://www.scribd.com/doc/34517475/Tujuh-Lathifah-Simpul-Bathin

HUBUNGAN SYARIAT, TAREKAT DAN HAKIKAT PDF Cetak E-mail



الشريعة أصل والطريقة فرع له، والحقيقة هي أن تجتمع الشريعة مع الطريقة

Yang bermaksud, Ilmu Syariat adalah asal (asas) dan ilmu Tarekat adalah cabang daripadanya. Manakala ilmu Hakikat adalah gabungan bersama Ilmu Syariat dan ilmu Tarekat.
Dipetik daripada Kitab Sawanih Qalbiyyah, Ahmad Fathulluh Jamiy, Dar al-Ghazali, cetakan kedua, 2002
. .
~***~LadingEMAS~***~

Thursday, October 27, 2011

ZIKIR JAHAR[Kuat suara]

Tazkeerah Tasauf - ZIKIR JAHAR Menurut Nas dan Qaul Ulama'

by Abd Jamil Lam Al-Qadiri on Friday, October 21, 2011 at 3:18pm
DZIKIR JAHAR
Menurut Nas dan Qaul Ulama’

Hadis Ibnu Umar Radhiallahu anhuma yang berkata :

Sabda Muhammadur Rasulullah S.A.W. : “Jika kamu melewai taman-taman Syurga maka berseronok-seronoklah. Para Sahabat pun bertanya : “Apakah Taman-taman Syurga itu ya Rasulullah?” Rasulullah S.A.W. bersabda :HALAQAH (majlis) ZIKIR! Kerana sesungguhnya Allah S.W.T. mempunyai Malaikat-malaikat yang berkeliaran mencari halaqah zikir, maka jika mereka mendapati majlis zikir itu, mereka akan bertindan-tindan atas mereka.” [Diriwayatkan oleh Ahmad, At-Tirmidzi dan selain dari keduanya]

Berdzikir dengan metode jahar memiliki sandaran kuat dari Al-Qur’an dan Hadits. Di antaranya adalah firman Allah Ta’ala :

“Maka jika engkau telah menunaikan solat, berdzikirlah kepada Allah dengan keadaan berdiri, duduk dan berbaring”. [QS. An-Nisaa’ : 103]

Diriwayatkan dalam Sahih Muslim :

Dari Ibnu ’Abbas Ra. Berkata : "Bahawasanya dzikir dengan suara keras setelah selesai solat wajib adalah biasa pada masa Rasulullah S.A.W." Kata Ibnu ’Abbas, “Aku segera tahu bahawa mereka telah selesai solat, kalau suara mereka membaca dzikir telah kedengaran.” [Lihat Sahih Muslim I, Bab Solat. Hal senada juga diungkapkan oleh al Bukhari (lihat: Sahih al Bukhari hal : 109, Juz I)]

“Dari Abu Hurairah R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W. bersabda : Allah berfirman : ‘Aku bergantung kepada prasangka hamba-Ku kepada-Ku, dan Aku menyertainya ketika mereka berdzikir. Apabila mereka menyebut-Ku di dalam dirinya, maka Aku sebut dirinya di dalam diri-Ku. Apabila mereka menyebut-Ku di tempat yang ramai, maka Aku sebut mereka di tempat yang lebih ramai dari itu.”

As-Sayid Muhammad bin Alwi al-Maliki al-Hasani Rhm. mengatakan bahawa hadits ini menunjukkan bahawa menyebut di tempat keramaian itu (fil-Mala-i) tidak lain adalah berdzikir jahar (dengan suara keras), agar seluruh orang-orang yang ada di sekitarnya mendengar apa yang mereka sebutkan (dari dzikirnya itu). [Abwabul Faraj, Pen. Al Haramain, tth., hal. 366]

Habib Ali bin Hasan al Aththas dalam Kitabnya Al Qirthas juga mengungkapkan hadits di atas untuk mendukung dalil dzikir dengan jahar. Selanjutnya beliau mengatakan bahawa tanda syukur adalah memperjelas sesuatu dan tanda kufur adalah menyembunyikannya.

Dan itulah yang dimaksud dengan ‘dzikrullah’ dengan mengeraskan suaranya dan menyebarluaskannya. [Terj. Al-Qirthas, Darul Ulum Press, 2003, hal. 190]

“Dari Zaid bin Aslam R.A. bahawasanya Ibnu Adra’ berkata : Saya telah berjalan bersama Nabi S.A.W. di suatu malam, maka Beliau melewati seorang laki-laki yang sedang berdzikir dengan mengangkat suara (suara yang keras) di dalam masjid. Aku bertanya kepada beliau S.A.W. : ‘Wahai Rasulullah, barangkali orang ini (yang sedang berdzikir dengan suara keras) itu sedang menunjuk?’ Baginda bersabda : ‘Tidak, akan tetapi ia sedang merintih (mengeluh)!‘

Para pendidik rohani (mursyid) masa lalu menyatakan dengan berbagai landasan eksperimennya bahawa “Orang-orang yang mubtadi (pemula) dan bagi orang-orang yang menuntut terbukanya pintu hati adalah wajib berjahar dalam zikirnya.”

Syaikh Abdul Wahhab asy Sya’rani Rahimahullahu Ta’ala berkata:
   “Sesungguhnya sebagian besar Ulama’ Ahli Tasauf telah mufakat bahawasanya wajib atas murid itu berdzikir dengan jahar, yakni dengan menyaringkan akan suaranya dan didalamkannya. Dan berdzikir dengan sirri dan perlahan-lahan itu tidak akan memberi faedah kepadanya untuk menaikkan kepada martabat yang tinggi” [Lihat Siyarus Salikin, Abdush Shomad Palembani, III: 191]

Habib Abdullah bin Alwi al Haddad Rhm. mengungkapkan dalam dalam suatu kitabnya:

“Telah bersabda Nabi S.A.W. : “Sebaik-baik dzikir adalah zikir khofi, dan sebaik-baik rezeki adalah yang cukup”.
Andaikata kamu menjalankan zikir dengan ikhlas kerana Allah di dalam zikirnya dan tidak mewas-waskan (mengganggu) orang lain yang sedang solat dan tidak membuat orang yang sedang membaca Al-Qur’an menjadi kacau bacaannya kerana dzikir itu, maka tidaklah apa-apa berdzikir jahar.
Hal yang demikian itu tidak dilarang bahkan disunatkan, dan dicintai walaupun keadaan dzikir itu berjama’ah. Mereka berkumpul untuk berdzikir kepada Allah sesuai dengan apa yang telah kami terangkan dengan ikhlas dan tidak mewaswaskan orang-orang yang sedang solat dan membaca Al-Qur’an, dan sebagainya, maka dzikir seperti itu disunatkan dan sangat dianjurkan. [An-Nasha-ihud Diniyyah, hal 50]

“Para jama’ah dari kalangan Thoriqat Sufi mengangkat suara keras ketika berzikir, dan mereka berjama’ah ketika berzikir, hal yang demikian itu merupakan metode thoriqat yang sudah umum/dikenal”. [An-Nasha-ihud Diniyyah, hal 51]

Berzikir jahar yang dimaksud adalah berzikir dengan suara keras yang sempurna, sehingga bahagian atas kepala hingga kaki mereka itu bergerak. Dan seutama-utama zikir jahar adalah berdiri, dengan menghentak, bergerak teratur dari hujung rambut hingga hujung kaki, hingga seluruh jasadnya turut merasakan Keagungan dan Kebesaran Allah ‘Azza wa Jalla.
(Al-Minahus Saniyyah, Abd. Wahab as Sya’rani)

Dalam kitab Taswiful Asma’, hal. 33 diterangkan:

“Adapun bergoyang-goyang di kala berdzikir itu dianjurkan, kerana telah meriwayatkan Al-Hafizh Abu Nu’aim dengan sanadnya dari Saiyidina Ali Karamallahu wajhahu (semoga Allah memuliakan wajahnya) bahawa sesungguhnya beliau pada suatu hari telah mensifati keadaan Sahabat dengan katanya:
"Adalah mereka (para Sahabat) apabila berdzikir kepada Allah bergoyang-goyang seperti bergoyangnya pohon kayu ketika datangnya angin kencang, dan mengalir air matanya pada pakaiannya."

Telah berkata Syekh kita yang ‘Arif, Jamaluddin al Bushthami (semoga Allah Ta’ala menyucikan rohnya): ‘Ini merupakan perkataan yang jelas, sesungguhnya Sahabat-sahabat (semoga Allah meridhai mereka) bergoyang-goyang ketika berdzikir dengan gerakan yang keras ke kanan dan ke kiri. Sesungguhnya berdzikir seperti itu menyerupai bergeraknya kayu pada waktu datangnya angin kencang.”

Keunggulan dzikir jahar itu adalah seperti yang dikatakan seorang Ulama’ Ahli Tasauf:

“Apabila seorang murid berdzikir kepada Tuhannya ‘Azza wa Jalla dengan sangat kuat dan semangat yang tinggi, niscaya dilipat baginya maqam-maqam thoriqah dengan sangat cepat tanpa halangan. Maka dalam waktu sesaat (relatif singkat) ia dapat menempuh jalan (derajat) yang tidak mampu ditempuh oleh orang lain selama waktu sebulan atau lebih.”

Syekhul Hadits, Maulana Zakaria Khandalawi mengatakan :
"Sebahagian orang mengatakan bahawa dzikir jahar (dzikir dengan mengeraskkan suara) adalah termasuk bid’ah dan perbuatan yang tiada dibolehkan). Pendapat ini adalah menunjukkan bahawa pengetahuan mereka itu di dalam hadits adalah sangat tipis."

Maulana Abdul Hayy Rahimahullahu Ta’ala mengarang sebuah risalah yang berjudul ‘Shabahatul Fikri’. Beliau menukil di dalam risalahnya itu sebanyak 50 hadits yang menjadi dasar bahawa dzikir jahar itu disunnahkan’. [Fadhilat zikir, Muh Zakariya Khandalawi. Terj. HM. Yaqoob Ansari, Penang
Malaysia, hal 72]

Dan dzikir jahar itu dianjurkan dengan berjama’ah, dikarenakan dzikir dalam berjama’ahitu lebih banyak membekas di hati dan berpengaruh dalam mengangkat hijab. Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Tiadalah duduk suatu kaum berdzikir (menyebut nama Allah ‘Azza wa Jalla) melainkan mereka dinaungi oleh para Malaikat, dipenuhi oleh rahmat Allah dan mereka diberikan ketenangan hati, juga Allah menyebut-nyebut nama mereka itu dihadapan para Malaikat yang ada di sisi-Nya”.
[At Targhib wat Tarhib, II: 404]

Imam al Ghazali Rahimahullahu Ta’ala telah mengumpamakan dzikir seorang diri dengan dzikir berjama’ah itu bagaikan adzan orang sendiri dengan adzan berjama’ah. Maka sebagaimana suara-suara muadzin secara kelompok lebih bergema di udara daripada suara seorang muadzin, begitu pula dzikir berjama’ah lebih berpengaruh pada hati seseorang dalam mengangkat hijab, kerana Allah Ta’ala mengumpamakan hati dengan batu. Telah diketahui bahawa batu tidak bisa pecah kecuali dengan kekuatan sekelompok orang yang lebih hebat daripada kekuatan satu orang”. [Al-Minahus Saniyyah, Abd. Wahab as Sya’rani]

Sayyid Abdurrahman bin Muhammad bin Husein bin Umar Rhm. Mengatakan:

“Berdzikir itu laksana orang yang membaca Al-Qur’an, yang diperlukan kejelasan ayat dan riwayatnya, dan juga diperlukan keras suaranya, apabila tidak khawatir riya’ dan tidak mengganggu kepada orang solat. Berdzikir seperti itu lebih afdhal, kerana sesungguhnya dzikir yang banyak itu akan melimpah ruah pahalanya kepada yang mendengarnya. Dan manfaat berdzikir jahar itu akan mengetuk hati penyebutnya, menciptakan konsentrasi (fokus) pikirannya terhadap dzikirnya, mengalihkan pendengarannya pada dzikir, menghilangkan rasa mengantuk, serta menambah semangat (bersungguh-sungguh).”
[Bughyatul Mustarsyidin, hal. 48]

Dalam suatu hadits disebutkan:
   “Tidak ada suatu pujian seseorang yang dicintai Allah,
kecuali pujian yang diucapkan dengan suara jelas”.

Seorang penyair mengatakan:
   Dengan suara keras aku telah memujinya tanpa tergagap-gagap, Barang siapa yang memuji kekasihnya tentu tidak tergagap-gagap. [Terj. Al-Qirthas, Darul Ulum Press, 2003, hal. 191]


~ Kalam Majnun ~


. .
~***~LadingEMAS~***~

Monday, October 10, 2011

RATIB AL-HADDAD

RATIB AL-HADDAD

Sejarah Ratib Al-Haddad

Ratib Al-Haddad terambil dari nama penyusunnya, yaitu Al-Habib Abdullah bin alwi bin muhammad Al-Haddad. Dari beberapa banyak doa-doa dan dzikir-dzikir yang beliau karang, Ratib Al-Haddad inilah yang paling terkenal dan masyur. Ratib Al-Haddad disusun berdasarkan inspirasi, pada malam lailatul Qodar 27 Romadhon 1071 H.

Ratib Al-Haddad disusun untuk memenuhi permintaan seorang murid beliau yang bernama Amir dari keluarga Bani Sa’ad yang tinggal di Syibam salah satu perkampungan di Hadromaut, Yaman. Tujuan Amir meminta Habib Abdullah untuk mengarang Ratib, Agar diadakan suatu wirid dan dzikir dikampungnya, Agar mereka dapat mempertahankan dan menyelamatkann diri dari ajaran sesat yang sedang melanda Hadromaut ketika itu.


Pertama kalinya Ratib ini hanya dibaca dikampung Amir sendir,i yaitu kota Syibam setelah mendapat izin dan ijazah dari Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad sendiri. Selepas itu, Ratib ini pun dibaca di masjid Al-Hawi milik beliau yang di kota Tarim. Pada kebiasaan Ratib ini dibaca secara berjamaah setelah sholat ‘isya’.

Pada bulan Romadhon, Ratib ini dibaca sebelum sholat ‘isya ‘ untuk mengisi kesempitan waktu menunaikan sholat tarawih , dan ini adalah waktu yang telah ditartibkan Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad untuk kawasan-kawasan yang mengamalkan Ratib ini. Dengan izin Allah, kawasan-kawasan yang mengamalkan Ratib ini selamat dan tidak terpengaruh dari kesesatan tersebut.

Setelah Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad berangkat menunaikan ibadah Haji, Ratib Al-Haddad mulai dibaca di mekkah dan madinah. Al-Habib Ahmad bin Zain Al-Habsyi berkata , “Barang siapa yang membaca Ratib Al-Haddad dengan penuh keyakinan dan iman, ia akan mendapat sesuatu yang diluar dugaannya”.

Ketahuilah bahwa setiap ayat , do’a , dan nama Allah yang disebutkan didalam ratib ini dipetik dari Al-Qur’an dan Hadits Rasul SAW . bilangan bacaan disetiap doa dibuat sebanyak tiga kali , karena itu adalah bilangan ganjil (witir). Semua ini berdasarkan petunjuk Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad sendiri . beliau menyusun dzikir-dzikir yang pendek dan di baca berulang kali, agar memudahkan pembacaannya . dzikir yang pendek ini jika selalu dibaca secara istiqomah, maka lebih utama dari pada dzikir yang panjang namun tidak dibaca secara istiqomah. semoga Allah memberkahi Pembaca Ratib ini, Amin.



RATIB AL-HADDAD
  1. Dimulai dengan Bacaan Al-Fatihah dan Ayatul Kursi kemudian diteruskan dengan bacaan seperti dibawah ;

Page 1
Page 2
Page 3
Page 4

Kemudian diteruskan dengan membaca:
Surah Al Ikhlas, Surah Al Falaq, Surah Annas

1.Kiriman Al Fatihah untuk ruh pemimpin kami, kekasih kami, dan pemberi syafaat kepada kami Rasulillah Muhammad bin Abdillah dan keluarganya dan sahabatnya, dan keturunannya dan Ahlul Baitnya
Sungguh Allah memuliakan derajat-derajat mereka dan semoga Allah swt melipat gandakan dan memperbanyak pahala-pahala mereka dan menjaga kami serta memelihara kami beri kami kemuliaan dari mereka yang membawa manfaat bagi kami dan kembali kepada kami dari Al Fatihah ini dari keberkahan mereka dan rahasia kemuliaan mereka dan cahaya-cahaya mereka dan ilmu-ilmu mereka dan semua limpahan anugerah yang dilimpahkan kepada mereka dalam agama kami dunia dan akhirat.

2. Al Fatihah untuk ruh Sayyidina junjungan kami yan merangkum ratib ini pemimpin dari para pembimbing keluhuran dimasanya yang sangat dimuliakan dari para hamba-hamba Allah dimasanya Al Habib Abdullah bin Alwi bin Muhammad Al Haddad dan ayah-ayah mereka dan keturunan mereka,
Sungguh semoga Allah mengangkat dan meninggikan derajat mereka di surga dan memperbanyak pahala mereka dan melipat-gandakan pahala-pahala mereka dan menjaga kami demi kemuliaan derajat mereka yang membawa manfaat kepada kami atas keberadaan mereka dan kembali keberkahannya atas kami daripada Al Fatihah ini dan rahasia keberkahan mereka dan cahaya mereka dan keluasan ilmu mereka dan anugerah-anugerah mereka pada agama kami di dunia dan akhirat.

3. Al Fatihah untuk ruh-ruh hamba Allah yang shaleh dan ayah-ayah kami dan guru-guru kami juga guru-guru agama kami dan juga semua orang-orang yang mempunyai kaitan kepada kami dan semua yang wafat di negeri ini dari semua orang yang wafat dalam islam keseluruhannya bagi muslimin dan semua ruh-ruh ummat muslimin yang telah wafat dan juga semua yang hidup sampai hari kebangkitan semoga Allah swt memaafkan untuk mereka dan juga menyayangi mereka dan juga membuka menyelamatkan kesulitan-kesulitan muslimin dan juga menyayangi mereka dan menyembuhkan penyakit mereka dan juga mengumpulkan segala kemuliaan untuk mereka dalam hidayah dan petunjuk dan juga mendamaikan apa-apa yang terjadi kepada mereka, perselisihan mereka dan memilihkan untuk mereka sebagai seorang pemimpin diantara mereka dan menyingkirkan dari mereka segala kejahatan-kejahatan yang ada pada mereka dan juga menjaga kami dan mereka dari kejahatan fitnah dan cobaan-cobaan yang menyulitkan dari semua para pengganggu daripada hamba-hamba Allah swt apakah hewan, tumbuhan, jin dan lainnya dan semua yang membawa kesulitan dan yang dekat atau yang jauh dan memurahkan harga-harga benda-benda jual beli mereka dan juga menurunkan kepada mereka hujan yang membawa rahmah dan diberikan semua yang diberikan dari kami dan beri apa-apa permintaan mereka kepada Allah dan semua apa-apa yang dimiliki Allah dan Rasul Nya dan membukakan atas kami anugerah-anugerah yg dilimpahkan Ahlul Ma'rifah billah dan mengakhiri kehidupan kami dengan khusnul khatimah dan dalam keadaan Allah ridha kepada kami dari kebaikan, kelembutan dan kesembuhan.

Setelah membaca Al Fatihah lalu membaca :

Wahai Allah sungguh sebenarnya kami meminta Redha Mu dan Syurga Mu dan kami berlindung dari keMurkaan Mu dan Api Neraka.

Kemudiaan Membaca :

   Wahai Yang Maha Mengetahui segala apa yang tersembunyi dari kami janganlah Kau tutupkan tabir yang menghalangi kami dengan Mu dan maafkanlah kami dan sembuhkanlah kami dan selalulah bersama kami dimanapun kami berada, Semoga Allah swt membalas terimakasih kami atas Nabi kami Muhammad saw dengan kebaikan, Semoga Allah swt membalas Sayyidina Muhammad saw beserta keluarganya dan limpahan salam, Semoga Allah swt membalas atas segala kemuliaan Nabi Muhammad saw atas kami dengan sebaik-baik balasan untuk Nabi kami dari ummatnya. 
Wahai Allah demi kemuliaan khusnul khatimah,
Wahai Allah demi kemuliaan khusnul khatimah,
Wahai Allah demi kemuliaan khusnul khatimah

Aku mohon ampun kepada Allah swt yang tiada Tuhan selain Nya Dialah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada seluruh hamba Nya dan hamba-hamba Nya yang beriman Yang Maha Hidup dan Berdiri Sendiri 

Yang tiada pernah mati dan aku bertobat kepada Nya.
Wahai Tuhanku ampunilah dosa-dosaku. Aku mohon pengampunan dari Allah daripada untukku dan dosa-dosaku, dosa mukminin dan mukminat

Download PDF RATIB AL-HADDAD

Download MP3 RATIB AL-HADDAD

Petikan~ http://jamaluddinab.blogspot.com/2010/03/ratib-al-haddad.html


MAKNA RATIB DAN KELEBIHANNYA



Makna Ratib

Telah dihuraikan oleh Al-Habib Umar bin Abdul Rahman Al-Attas bahawasanya perkataan Ratib mempunyai banyak erti. Ratib yang dimaksudkan di sini berasal dari perkataan (rattaba) bererti mengaturkan atau menyusun. 
Ratib adalah sesuatu yang tersusun, teratur dengan rapinya. 
Sembahyang sunnah Rawatib adalah antara sembahyang-sembahyang sunnah yang diamalkan pada waktu-waktu yang tertentu oleh Nabi s.a.w. Ratib al-Attas mengandungi zikir, ayat-ayat al-Quran dan doa-doa yang telah sedia tersusun oleh al-Habib Umar bin Abdul Rahman al-Attas yang juga dibaca pada waktu-waktu yang tertentu.

Istilah Ratib digunakan kebanyakkannya di negeri Hadhramaut dalam menyebut zikir-zikir yang biasanya pendek dengan bilangan kiraan zikir yang sedikit (seperti 3, 7, 10, 11 dan 40 kali), senang diamalkan dan dibaca pada waktu-waktu yang tertentu iaitu sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam. Terdapat Ratib al-Haddad, Ratib al-Aidrus, Ratib al-Muhdhor, Ratib Al-Attas dan lain-lain.

Keutamaan Ratib

Berkata sebilangan ulama ahli salaf, antara keutamaan ratib ini bagi mereka yang tetap mengamalkannya, adalah dipanjangkan umur, mendapat Husnul-Khatimah, menjaga segala kepunyaannya di laut dan di bumi dan senantiasa berada dalam perlindungan Allah.

Bagi mereka yang mempunyai hajat yang tertentu, membaca ratib pada suatu tempat yang kosong dengan berwuduk, mengadap kiblat dan berniat apa kehendaknya, Insya-Allah dimustajabkan Allah. Para salaf berkata ia amat mujarrab dalam menyampaikan segala permintaan jika dibacanya sebanyak 41 kali.
Antara kelebihan ratib ini adalah, ia menjaga rumahnya dan 40 rumah-rumah jirannya dari kebakaran, kecurian dan terkena sihir. As-Syeikh Ali Baras berkata:
  “Apabila dibaca dalam suatu kampung atau suatu tempat, ia mengamankan ahlinya seperti dijaga oleh 70 pahlawan yang bekuda. Ratib ini mengandungi rahsia-rahsia yang bermanfaat. Mereka yang tetap mengamalkannya akan diampunkan Allah dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut.”

Bagi mereka yang terkena sihir dan membaca ratib, Insya-Allah diselamatkan Allah dengan berkat Asma’ Allah, ayat-ayat al-Quran dan amalan Nabi Muhammad s.a.w.

Al-Habib Husein bin Abdullah bin Muhammad bin Mohsen bin Husein al-Attas berkata:
   “Mereka yang mengamalkan ratib dan terpatuk ular nescaya tidak akan terjadi apa-apa pada dirinya. Bagi orang yang takut nescaya akan selamat dari segala yang ditakuti. Pernah ada seorang yang diserang oleh 15 orang pencuri dan dia selamat.”

Pernah datang satu kumpulan mengadu akan hal mereka yang dikelilingi musuh. Al-Habib Husein menyuruh mereka membaca ratib dan beliau jamin Insya-Allah mereka akan selamat.

Ada sebuah kampung yang cukup yakin dengan Habib Umar al-Attas dan tidak tinggal dalam membaca ratibnya. Kecil, besar, tua dan muda setiap malam mereka membaca ratib beramai-ramai dengan suara yang kuat.
Kebetulan kampung itu mempunyai musuh yang hendak menyerang mereka. Kumpulan musuh ini menghantar seorang pengintip untuk mencari rahsia tempat mereka supaya dapat diserang.
Kebetulan pada waktu si pengintip datang dengan sembunyi-sembunyi mereka sedang membaca ratib dan sampai kepada zikir:

Ertinya: Dengan nama Allah, kami beriman kepada Allah dan barang siapa yang beriman kepada Allah tiada takut baginya!

Mendengar tiada takut baginya, dan diulangi sampai tiga kali, si pengintip terus menjadi takut dan kembali lalu menceritakan kepada orang-orangnya apa yang dia dengar dan mereka tidak jadi menyerang. Maka selamatlah kampung itu.

Nama-nama Ratib

Ratib al-Habib Umar bin Abdurrahman ini mempunyai banyak nama. Antaranya adalah:

Ertinya: Sesuatu yang sukar diperolehi dan kunci bagi pintu penghubung kepada Allah. Nama inilah yang dipilih oleh al-Habib Muhammad bin Salem al-Attas apabila menyusun Ratib al-Habib Umar dalam bahasa Arab, Melayu dan Tamil.

Ertinya: Kubu yang kukuh. 

Ertinya: Belerang yang merah. Satu istilah bagi mentafsirkan sesuatu benda yang amat berharga yang sukar didapati pada sebarang waktu atau tempat. 

Ertinya: Pati segala zikir. 

Ertinya: Magnet rahsia-rahsia bagi mereka yang tetap mengamalkannya pada waktu malam dan siang. 

Ertinya: Penawar bagi racun yang mujarrab. Menurut kata al-Habib Husein bin Abdullah al-Attas, nama ini dinamakan oleh gurunya al-Habib Ahmad bin Hasan apabila menerangkan kelebihan Ratib al-Habib Umar. 

Ertinya: Sumber pencapaian dan kunci bagi pintu penghubung kepada Allah. Nama ini hanya terdapat di Tajul A’ras oleh al-Habib Ali bin Husein yang menerangkan bahawa dalam kitab al-Qirtas yang beliau perolehi tertulis nama Ratib al-Attas sebagai Manhal al-Manal dan tidak Azizul Manal.


Sumber : http://pondokhabib.wordpress.com 

 . .
~***~LadingEMAS~***~
~*~*~ Who