Perihal Nabi Ayub sakit teruk
Soalan
Ada seorang penceramah di masjid tempat saya, dalam satu ceramahnya beliau menceritakan perihal Nabi Allah Ayub AS yg mendapat penyakit ganjil kerana perbuatan jin-jin kafir ke atasnya. Seluruh badan Nabi Ayub a.s. berkudis dan bernanah, sehingga dagingnya reput, berbau busuk serta berulat. Kami jemaah masjid tertanya-tanya tentang peristiwa itu, bagaimana Nabi Ayub a.s. boleh mengajak orang mempercayai seruannya dan kerasulannya, jika keadaan beliau seperti sedemikian. Mohon Dato' jelaskan?
FAUZI ABDUL RAHMAN,
Gombak, Kuala Lumpur
Kisah Nabi Ayub a.s. terkena penyakit kerana perbuatan syaitan adalah kisah benar, wajib dipercayai kerana dipaparkan di dalam al-Quranul Karim dengan Firman Allah SWT (mafhumnya):
"Dan ingatlah akan hamba Kami, Ayub, ketika ia menyeru kpda Tuhannya, dgn rintihan;
"Sesungguhnya ya Allah, saya diganggu syaitan dgn Kesusahan dan Keazaban."
(QS Shaad: 41)
Dengan ayat ini, amat jelas bahawa Nabi Ayub a.s.terkena kesusahan dan keazaban. Cuma perbezaannya apakah jenis penyakit yang baginda alami? Apakah sehingga yang anda sebut tadi, sehingga bernanah dan berkudis serta hancur daging dan sebagainya.
Apa yang disebut penceramah itu memang ada sandarannya, seperti yang pernah kita lihat dalam tafsir-tafsir yang muktabar. Antara lain disebut dalam Tafsir al-Qurtubi, badan Nabi Ayub a.s., gatal dan berkudis, digaru dengan kukunya hingga berdarah. Ditambah lagi dengan digaru dengan tembikar (jenis batu bata) hingga daging-dagingnya berkecai.
Bagaimanapun, perlu disedari bahawa dalam kita-kitab tafsir, walaupun yang muktabar, memang pengarangnya telah memasukkan kisah-kisah yang diistilahkan sebagai israiliyaat (cerita-cerita kaum Bani Israil). Kisah-kisah seperti ini memang menembusi (dicatat) dalam kitab-kitab, bagaimanapun tidak ada sandarannya dan tiada hadis yang benar-benar sahih menceritakannya.
Malah dalam kitab Tafsir al-Qurtubi, juzuk ke 15, di halaman 208, selepas mencatat cerita seperti yang saya sebutkan tadi, penulisnya menghuraikan bahawa cerita-cerita Israiliyaat ditolak oleh ulama muktabar secara keseluruhannya.
Pada hemat saya, setelah melihat banyak tafsir yang menceritakan kisah Nabi Ayub a.s.terkena ibtilak, bahawa memang benar iblis laknatullah berjaya mengenakan Nabi Ayub a.s.dengan gangguan fizikal.
Dengan kejahatan iblis itu baginda terganggu dan susah untuk beribadah dan berasa kesengsaraan kerana gatal-gatal badan yang tidak henti-henti.
Hal ini juga menyebabkan emosi Nabi Ayub a.s.terganggu, yang kenali dengan waswasah, fikiran berkecamuk atau bercelaru bila mengenangkan gangguan ke atas dirinya itu.
Penyakit tersebut, tidaklah sampai badannya hampir luluh, berkudis bernanah sehingga sesiapa yang melihatnya berasa jijik, loya dan hampir termuntah.
Jika ini berlaku, kenabian atau kerasulan Nabi Ayub a.s. akan terjejas kerana tidak ada orang yang mahu menghampirnya, orang melihatnya sebagai mencelarukan fikiran mereka.
Menurut Ibnu Abbas, Nabi Ayub a.s. terkena penyakit itu selama tujuh tahun, tujuh bulan, tujuh hari, akhirnya Nabi Ayub a.s. mengadu kepada Allah, seperti yang terpapar dalam al-Quran mafhumnya:
"Dan ingatlah kisah Nabi Ayub ketika ia menyeru Tuhannya,
"Sesungguhnya saya telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan yg lebih mengasihi drpda segala yg mengasihi. Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yg menimpanya.....(hingga akhir ayat)"
(QS al-Anbiya : 83-84)
Cara Allah hendak menyembuhkan penyakitnya adalah, pertama, dengan doa (rayuan) Nabi Ayub AS seperti di atas. Kedua, Allah mewahyukan kpda Ayub AS hentakkan kaki ke bumi yg dipijaknya beberapa kali, sehingga air terpancar dari bumi itu. Ketiga, ambil air itu utk diminum dan dimandi dengannya.
Dgn berbuat demikian, Allah menyembuhkan Nabi Ayub AS dari penderitaannya, utk menyambung semula tugas kerasulan baginda.
Walau apa pun yg diulas Org dari cerita ini, hendaklah kita mengambil iktibar bahawa Allah SWT memberikan contoh kpda kita, perihal kesabaran seOrg Nabi yg terseksa hidupnya akibat gangguan syaitan.
Akhirnya, setelah begitu lama menanggung kesusahan barulah Nabi Ayub AS berdoa ke hadrat Allah memohon kesembuhan, lalu Allah SWT memperkenankan doanya
Wallah Hu A'lam.
(Petikan dari Harakah Bil.1338)
No comments:
Post a Comment