~*~KALiMAH TAUHiD~*~







~**~TiADA TUHAN KECUALi ALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH pd SETiAP KERLiPAN & PD SETiAP NAFAS Sbyk LuasNYA APA YG ADA pd iLMU ALLAH ~**~

~*~SOLATLah KiTa, Sebelum KiTa diSOLATkan~*~


~*~PLS OPEN this WEB with MOZILLA FIREFOX or INTERNET EXPLORER...for BEST Results, Tq (^^,)

HADIS ~ PESANAN RASUL KITA, UTK UMATNYA TERSAYANG!!!


Drpd Nabi SAW bsabda:~

Ssiapa ke MASJID pd Waktu PAGI/pd Waktu PETANG Allah akan menyediakan utknya satu TEMPAT TINGGAL di Syurga apabila dia pergi samada pd Waktu PAGI atau pd Waktu PETANG

(HR Muslim, #1073)




~*~*~*[MUTiARA HADIS_1]








~~*~~[MUTiARA HADIS_2]





~~**~~[MUTiARA HADIS_3]





~~***~~[MUTiARA HADIS_4]





~*~*~*~*
~*~
~*~


PESAN Rasululah SAW

“Sesungguhnya AMAT dirasa BERAT oleh seOrg MUNAFIK, UTK melaksanakan SOLAT ISYA dan SOLAT SUBUH Sekiranya MEREKA TAHU akan keAGUNGan PAHALAnya, nescaya mereka mendatanginya (ke MASJID, SOLAT berJEMAAH) sekalipun dlm keadaan MERANGKAK2”

(HR Bukhari Muslim)

~*~Hadis Abu Hurairah RA:

Drpda Nabi SAW bSabda: Sesiapa yg pergi ke MASJID pada waktu PAGI atau pada waktu PETANG Allah akan menyediakan untuknya satu TEMPAT TINGGAL di SYURGA apabila dia pergi SAMADA pada waktu PAGI atau PETANG.

(HR Muslim, #1073)

~*~
“Sesungguhnya Allah akan mgumpulkan Org2 MUNAFIK dan 0rg2 KAFIR di dlm JAHANNAM


(QS An Nisa:140).


SOLAT BERJEMAAH LEBIH TINGGI 27 DERAJAT DIBANDING SOLAT SENDIRI“

(HR Bukhari &Muslim)


***

Wednesday, April 28, 2010

Wuduk ~ Wuduk Zahir & Batin


Utz Dr. IR. Abdullah Khairi ~Doa Semasa Berwuduk@Wuduk Sempurna



Wuduk (Mengambil Air Sembahyang)

Untuk menunaikan/dirikan Solat/sembahyang, diwajibkan kita berwuduk (mengambil air sembahyang atau mengangkat hadas kecil) terlebih dahulu. Jika kita tidak berwuduk adalah haram hukumnya, begitu juga jika kita ingin melakukan:-

* 1. SoLat2 sunat.
* 2. Thawaf di Baitullah [Wajib berWuduk].
* 3. Menyembahyangkan mayat/Jenazah[Sunnat berWUDUK].
* 4. Sujud tilawah atau Sujud syukur.
* 5. Memegang (menyentuh/membawa) Al-Quran, tetapi dibolehkan, diharuskan menyentuh/membawa/memegang jika kandungan isi Al-Quran itu lebih banyak tafsiran dari isi ayat Al-Quran.

Rukun Wuduk

Rukun berwuduk ada 6 (enam);

1. Berniat untuk wudhu, dan melafazkan

"Nawaitu rafa'al hadathil asghari Lillahi Ta'ala" ertinya "Sahaja Aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta'ala" atau "Nawaitu Udu'a Lillahi Ta'ala" bermaksud "Sahaja aku mengangkat wuduk fardu kerana Allah Ta'ala". Sebelum berniat berkumur dan bersihkanlah hidung tangan dan kaki serta mulakanlah dengan membaca "Bismillah hirrahman nirrahim" dan niat.

2. Membasuh muka (dgn meratakan)
[Bc doa dlm hati, "Ya Allah, pancarkan NurMu WajahKu, Ya Allah,
Jgn Engkau Gelapkan Mukaku sbgaimana Engkau gelapkan Muka Musuh2Mu Ya Allah"]
3. Membasuh tangan hgga sampai kedua siku (dgn meratakan)
[Bc doa dlm hati, "Ya Allah,Kurniakan Kitab AmalanKu di tgn KananKu Ya, Allah,
bukan ditgn Kiri atau dibelakang belikatKu, Ya Allah"]
4. Mengusap sebagian kepala
[Bc doa dlm hati, "Ya Allah, Naungilah Aku dibawah ArasMu, & LindungiKu
dari dari PanasTeriknya di Padang Masyar nanti Ya Allah"]
5. Membasuh kaki hgga sampai kedua mata kaki[Buku Lali] (dgn meratakan)
[Bc doa dlm hati,"Ya Allah, tetapkan Ku diatas SiratulMustaqimMu berSama2 
dgn Org yg Kau Redhai, Jgn Kau gelincirkanku bilamane Kau gelincirkan Musuh2Mu
darinya, Ya Allah"]
6. Tertib (berurutan)


Sunat-Sunat Wuduk

Perkara2 yg disunatkan ketika berwuduk:-

* 1. Menghadap ke arah Qiblat [Niat].

* 2. Membaca "A'uzubillahi minasyaitonirrajim" dan "Bismillah hirrahman nirrahim".
[Bc dlm hati, "Ya Allah Aku berLindung dgnMu dari Syaitan yg direjam,
Ya Allah Dgn Namamu Yg Amat Pemurah Lagi Amat Mengasihani"]

* 3. Membasuh kedua telapak tangan hgga kepergelangan tangan sebelum berwuduk.
[Bc dlm Hati,"Ya Allah, Ampunkan dosaku, Murahkan &KurniakanKu 
dgn Rezki yg HaLaL & bukan rezki yg Haram & Jauhilah daku dari
gangguan Syaitan & Kuncu2nya"]
* 4. Berkumur atau bersugi.
[Bc doa dlm hati,"Ya Allah jadikan LidahKu dan Mulutku senantiasa
Zikir/ingat kpdMu, Ya Allah"]

* 5. Memasukkan sedikit air ke dalam hidung utk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
[Bc doa dlm hati,"Ya Allah, KurniakanKu bau2an dari Syurga, bukan bauan busuknya dari
 Neraka, Ya Allah"]
* 6. Menyapu air ke kepala.
[Bc doa dlm hati, "Ya Allah, Naungi Aku dibawah ArasMu, & LindungiKu dari dari PanasTeriknya di Padang Masyar nanti Ya Allah"]
* 7. Memusing-musingkan cincin jika ada di jari. 

* 8. Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata.

* 9. Meratakan air di telinga, kanan & Kiri
[Bc doa dlm hati,"Ya Allah, kurniakan Aku berita yg baik dari Syurga, bukan berita
buruk dari Neraka-Mu Ya Allah]

* 10. Menyapu Tengkok.
[Bc doa dlm hati, "Ya Allah, Jgn Engkau belengguKu tengkokKu dgn belenggu rantai
dari nerakaMu Ya Allah "].
* 11. Menjelai/gosok jari-jari tangan dan kaki.

* 12. Mendahulukan basuhan anggota kanan, dari yang kiri. 
[Bc doa dlm hati]

* 13. Mengulang 3 Kali setiap basuhan. 
[Bc doa dlm hati]

* 14. Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwuduk.

* 15. Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wuduk dengan kain atau sebagainya.

* 16. Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba [air Mustakmal] dan Kawan2 sebelah kita.

* 17. Berjimat ketika menggunakan air.
[Boleh gune spray jk perlu, ibarat titisan embun]

* 18. Jangan berkata2 atau bersembang ketika mengerjakan wuduk.

* 19. Membaca Doa Selepas Wuduk setelah selesai berwuduk.

"Asyhadu an laa ilaaha illalaahu wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa Rasuuluh, Allahummaj'alnii minat tawwaa biinaa waj'alnii minal mutathahhiriin.",
artinya: "Aku bersaksi bahwa Tidak ada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi bahwa sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba-Nya dan rasul-Nya. Ya allah, masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang bertaubat, dan masukkanlah ke dalam golongan orang2 yg bersuci."

* 20. Kemudian dilanjutkan dengan Solat Sunnat Wudhu sebanyak 2 (dua) raka'at.

Bahawa Ia (Usman RA.) minta air lalu berwuduk. Beliau 
*membasuh kedua telapak tangannya tiga kali lalu berkumur dan mengeluarkan air dari hidung. 

*Kemudian membasuh wajahnya tiga kali[3x]

*Lantas membasuh tangan kanannya sampai siku tiga kali, tangan kirinya juga begitu. [3x]

*Setelah itu mengusap kepalanya[sekali],

*kemudian membasuh kaki kanannya sampai mata kaki tiga kali, begitu juga kaki kirinya. [3x]

~*~Kemudian berkata: "Aku pernah melihat Rasulullah saw. berwuduk seperti wuduku ini, lalu beliau bersabda:
Barang siapa yg berwudu seperti cara wuduk-Ku ini, lalu solat dua rakaat, di mana dalam dua rakaat itu ia tidak berbicara dengan hatinya sendiri, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni." (H.R. Usman bin Affan ra). 

Dari Umar bin Khattab RA, dari Nabi SAW, bahawasanya baginda bersabda yg bermaksud:
"Tidaklah salah Org di antara kamu berwudhu', maka ia sempurnakan wudhu'nya kemudian berkata,
"Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan kecuali Allah semata yang tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya", kecuali dibukakan baginya delapan pintu Syurga, ia boleh masuk dari mana sahaja yang dikehendakinya."
(HR Muslim )
 
Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yg mengambil wudhuk dgn baik, dosa-dosanya keluar dari badannya sehingga keluar dari bawah jari-jarinya."
[HR Muslim(361)]

Di dalam hadis yg lain Nabi SAW bersabda yg bermaksud :
"Jika seorang hamba yg Muslim atau Mukmin berwudhu', ketika ia basuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya semua kesalahan yang dilihat dengan kedua matanya bersama air atau bersama tetes air terakhir. Jika membasuh kedua tangannya, keluarlah dari kedua tangannya semua kesalahan yang dilakukan tangannya bersama keluarnya air atau tetes terakhir air. Jika membasuh kedua kakinya, keluarlah semua kesalahan yang diperbuat kakinya bersama air atau tetes terakhir air, sampai ia selesai wudhu' dalam keadaan bersih dari dosa."
(HR Muslim).

 

Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yg mengambil wuduk dgn baik kemudian dia berkata, 
Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin
(maksudnya:Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah satu(Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya.Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang byk bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang2 yg menyucikan diri),
akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka.
~ (Hadis Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148))


"Selepas berWudhuk baca doa, dan Ayatul Kursi "
[Ibid]
~*~*~*~*~*~

Isam Bin Yusuf

Assalamualaikum.
Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?".
Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimanakah wuduk zahir dan batin itu?."
Hatim berkata, "Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara:-
  1. ] Bertaubat
  2. ] Menyesali dosa yang telah dilakukan
  3. ] Tidak tergila-gilakan dunia
  4. ] Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
  5. ] Tinggalkan sifat berbangga
  6. ] Tinggalkan sifat khianat dan menipu
  7. ] Meninggalkan sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata,
  "Kemudian aku pergi ke Masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap ke Qiblat. Aku berdiri dengan penuh keWaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan ALLAH, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal Mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."
Setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Sampaikanlah walau pun satu ayat.

Sampaikanlah kisah ini kepada sahabat-sahabat kita yang lain..........
insya-Allah ..

~*~*~*~

Bolehkan Berwudhuk Tanpa Menanggalkan Khuf (kasut/Stokin kulit), al

-Jaurab (Stokin), Muq, Kasut, Dan Seumpamanya (Penutup Kaki)   

   
 Muq, Kasut, Dan Seumpamanya (Penutup Kaki)       
Apr 24th, 2007 by alfiqrah       
       
Berkenaan Khuf (Kasut Yang Diperbuat Daripada Kulit)       
       
1 – Memakai khuf dalam keadaan suci (berwudhuk)       
       
“Aku bermusafir bersama Nabi s.a.w. dalam satu perjalanan.

Lalu aku ingin membuka menanggalkan khuf Baginda. Kemudian

baginda bersabda: Biarkan kedua-duanya. Ini kerana, aku

memakainya dalam keadaan kedua-duanya suci. Lalu baginda

menyapu di atas[bahagian atas khuf itu shj] kedua-dua khufnya.”
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, an-Nasai, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad dan ad-Darimi)     
       
Kata imam an-Nawwi rahimahullah:       
       
“…bahawa tidak boleh menyapu khuf kecuali memakainya selepas
menyempurnakan wudhuk.” (Rujuk syarh sahih Muslim, jil. 3. 170)    
       
2 – Khuf mestilah dalam keadaan suci (dari najis)       
       
Abu Said al-Khudri r.a. berkata: “Ketika Rasulullah s.a.w.

mengimami solat para sahabatnya maka baginda telah

menanggalkan kedua-dua belah seliparnya lalu meletakkan

kedua-duanya di sebelah kirinya. Apabila para sahabat melihat

perbuatan itu, mereka juga menanggalkan selipar mereka.       
       
Setelah selesai solat, baginda bertanya: Mengapa kamu semua

menanggalkan selipar kamu? Jawab mereka: Kami telah melihat

engkau menanggalkannya, lalu kami pun menanggalkan selipar

kami.       
       
Sabda Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya Jibril telah datang

kepadaku memberitahu bahawa terdapat kotoran (najis). Oleh

itu, apabila sesorang datang ke masjid, lihatlah selipar

mereka. Jika dia melihat ada kotoran atau najis pada

seliparnya, sapukanlah ke tanah dan solatlah menggunakan

selipar itu.”
(Hadis Riwayat Abu Daud, ahmad, ad-Darimi, Ibn

Khuzaimah, dan al-Hakim. Disahihkan oleh al-Hakim dan

dipersetujui oleh az-Zhahabi dan al-Baohaqi. Juga al-Albani

di dalam al-Irwa, m/s. 284)       
       
3 – Sapuan hanya boleh dibuat jika berhadas kecil. Jika hadas

besar, wajiblah menanggalkannya dan mandi wajib       
       
Sofwan bin ‘Assal r.a. berkata: “Apabila kami bermusafir,

Rasulullah s.a.w. memerintahkan kami agar tidak menanggalkan

khuf selama tiga hari tiga malam dan tidak menanggalkannya

jika buang air besar, air kecil, dan tidur kecuali kerana

junub.” (Riwayat Tirmidzi, Ahmad, an-Nasai’e, Ibn Khuzaimah,

Abdul Razzaq, Ibn abi Syaibah, dan al-Baihaqi. Disahasankan

oleh al-Albani di dalam al-Irwa, m.s. 104)       
       
Kata al-Imam as-Syaukani r.h.: “Hadis ini merupakan dalil

bahawa tidak perlu menanggalkan khuf dalam tempoh yang

ditetapkan disebabkan berhadas kecil selagi mana tidak

berjunub.” (Nail al-Authar, jil. 1, m.s. 231)       
       
4 – Waktu (sela masa) dibolehkan bagi menyapu khuf       
       
Ali bin Abu Talib r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w. menetapkan

(tempoh menyapu khuf) tiga hari tiga malam bagi musafir dan

sehari semalam ketika bermukim.” (HR Muslim)       
       
Sheikh Ibn Uthaimin r.h. menjelaskan hal ini sebagai katanya:

“Berdasarkan kaedah ini, ia jelas menunjukkan kepada kita

bahawa pendapat paling rajih (tepat) adalah permulaan tempoh

(hari) sapuan dikira ketika mula menyapu khuf dan bukannya

ketika (mula) berhadas.” (Rujuk Syarh al-Mumti’, jil. 1. m.s.

208)       
       
Imam an-Nawawi juga menjelaskan sebagai katanya: “Hadis ini

merupakan hujah yang terang dan dalil yang jelas bahawa

syarat menyapu khuf telah ditetapkan waktunya, iaitu selama

tiga hari tiga malam bagi musafir dan sehari semalam ketika

bermukim. Inilah pendapat yang dipegang oleh Abu Hanifah, as

-Syafie, Ahmad, dan jumhur ulama terdiri daripada para

sahabat serta generasi selepas mereka.” (Rujuk Syarh Sahih

Muslim, jil. 3, m.s. 176 dan al-Muhalla, jil. 2, m.s. 87-89)   
       
5 – Kaedah sapuan ke atas khuf       
       
Ali bin Abu Talib r.a. berkata: “Kalaulah hukum-hukum agama

ini terbina atas dasar akal, tentulah menyapu di bahagian

bawah khuf itu lebih afdhal berbanding atasnya. Aku telah

melihat Rasulullah s.a.w. menyapu di atas kedua-dua belah

khufnya. (Hadis Riwayat Abu Daud, ad-Darimi, Daruqutni, al-

Baihaqi. Ibnu Hajar mengklasifikasikan sanadnya sebagai

sahih. Dan al-Albani turut mensahihkannya di dalam al-Irwa,

m/s. 103)       
       
Al-Sha’nani r.h. menjelaskan: “Bahawa hadis ini menunjukkan

sapuan hanya di atas khuf dan tidak ada cara selain itu.

Jangan sesekali menyapu di bawah khuf.” (Rujuk Subul al-

Salam, jil. 1, m/s. 22)       
       
Ibn Qayyim juga menjelaskan: “Rasulullah s.a.w. menyapu di

atas kedua-dua belah khufnya. Tidak sahih riwayat mengenai

sapuan di bawah khuf kecuali terdapat hadis yang munqati’

(terputus sanadnya). Sedangkan, hadis yang sahih menyatakan

sebaliknya.” (Rujuk Zaad al-Ma’ad, jil. 1, m/s. 199)       
       
Al-Auza’i r.a. berkata: “Nabi s.a.w. menyapu dengan kedua-dua

belah tapak tangannya di atas kedua-dua belah khufnya sekali

sapuan menarik ke atas hingga ke betis.” (Rujuk al-Ausot,

jil. 1, m/s. 454)       
       
Sapu dengan sekali sapuan sahaja:       
       
Al-Fadhl bin Bisyrin berkata: “Aku telah melihat Jabir bin

Abdullah berwudhuk lalu menyapu di atas kedua-dua belah

khufnya sekali sapuan, iaitu daripada hujung khuf ke atas.

Kemudian, dia telah menunaikan solat lima waktu. Katanya: Aku

telah melihat Rasulullah s.a.w. melakukan begitu. Oleh itu,

aku pun turut melakukan seperti apa yang aku lihat Rasulullah

s.a.w. lakukan.” (Rujuk al-Ausot, jil. 1, m/s. 453)       
       
Nafi’ berkata: “Aku telah melihat Ibn Umar r.a. menyapu atas

kedua-dua belah khufnya, iaitu sekali sapuan menggunakan

kedua-dua belah tangannya. (Rujuk Abdul Razzaq, jil. 1, m/s.

220 dan Ibn al-Mundzir dalam al-Ausot, jil. 1, m/s. 445)   

   
       
Berkenaan Selain Khuf (Kasut, stokin, dan seumpamanya…)       
       
6 - Bolehkah Menyapu Kepada Sarung Kaki (al-Jaurab)

Menggantikan Khuf?       
       
Al-Mughirah bin Syu’bah r.a. berkata: “Sesungguhnya

Rasulullah s.a.w. telah berwudhuk lalu menyapu bahagian atas

kedua-dua belah khuf dan seliparnya.” (Hadis Riwayat Abu Daud

dan Tirmidzi - sebagai hasan sahih. Juga disahihkan oleh al-

Albani di dalam al-Irwa dan Tamam al-Minnah)       
       
Al-Syaukani r.h. berkata: “Hadis telah menunjukkan bahawa

boleh menyapu di bahagian atas al-Jaurab.” (Rujuk Nail al-

Authar, jil. 1, m/s. 228)       
       
Abu Musa al-‘Asy’ari r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah

s.a.w. telah berwudhuk lalu menyapu bahagian atas kedua-dua

belah al-Jaurab dan seliparnya.” (Hadis Riwayat Ibn Majah –

Disahihkan oleh al-Albani di dalam Sunan Ibn Majah)       
       
‘Amru bin Huraith RA berkata: “aku telah melihat ali bin

abu Talib kencing. Kemudian, beliau berwudhuk sambil menyapu

di bahagian atas kedua-dua belah al-Jaurab.”
(Hadis riwayat Ibn abi syaibah, jil. 1, m/s. 189 dan Ibn al-Mundzir dalam al-Ausot, jil. 1, m/s. 462)       
       
Hammam bin al-Harith RA berkata:
“Abu Mas’ud telah menyapu di bahagian atas kedua-dua belah al-Jaurab.”
(Hadis Riwayat Abdul Razzaq, jil. 1, m/s. 200, Ibn Abi syaibah, jil. 1, m/s. 188 dan Ibn al-Mundzir dalam al-Ausot, jil. 1, m/s. 462)   

   
       
Menurut Qatadah r.a., bahawa Anas bin Malik r.a. telah
berkata:
“Rasulullah s.a.w. telah menyapu di bahagian atas
kedua-dua belah al-Jaurab.”
(Hadis riwayat Abdul Razzaq, jil. 1, m/s. 200, Ibn Abi Syaibah, jil. 1, m/s. 190 dan Ibn al-Mundzir dalam al-Ausot, jil. 1, m/s. 462-463)       
       
Yahya al-Buka’ r.a. pernah mendengar Ibn Umar r.a. berkata:

“Menyapu di bahagian atas al-Jaurab sama seperti menyapu di
bahagian atas kedua-dua belah khuf.”
(Hadis riwayat Abdul Razzaq, jil. 1, m/s. 200, Ibn abi Syaibah, jil. 1, m/s. 189, Ibn al-Mundzir dalam al-Ausot, jil. 1, m/s. 463 dan al-Baihaqi, jil. 1, m/s. 285)       
       
Ibn Taimiyyah r.h. menjelaskan:
“Boleh menyapu di bahagian atas al-Jaurab apabila ia digunakan semasa berjalan sama ada diperbuat daripada kulit atau tidak mengikut pendapat ulama adalah yang paling sahih (tepat).”
(Rujuk Majmu’ al-Fatawa, jil. 21, m/s. 214-215)       
       
Ibn Qayyim r.h. berkata: “Mengenai keharusan menyapu di

bahagian atas al-Jaurab adalah pendapat kebanyakan para

ilmuan. Antara mereka yang kami maksudkan adalah terdiri

daripada para sahabat, Imam Ahmad, Ishaq bin Rahawaih,

Abdullah bin al-Mubarak, Sufyan al-Tsauri, ‘Atho’ bin abi

Rabah, al-Hasan al-Basri, Said bin al-Musayyab, dan Abu

Yusuf. Kami tidak mengetahui bahawa terdapat sebahagian

sahabat mengingkari perbuatan nama-nama yang kami sebutkan.”

(Rujuk Tahzib al-Sunan, jil. 1, m/s. 188-189, dan al-syarh al-Mumti’, jil. 1. m/s. 193)       
       
Sheikh ‘Uthaimin r.h. menjelaskan:
“Apa sahaja yang dipakai pada kaki sama ada dinamakan khuf, jaurab (stokin), muq, dan seumpamanya, hukum menyapu di bahagian atasnya adalah boleh.

Ini kerana, ‘illah (sebab dan tujuan) semua itu adalah sama.”

(Rujuk al-Syarh al-Mumti’, jil. 1, m/s. 193)       
       
7 – Bolehkah Menyapu Di Atas Khuf dan al-Jaurab Yang koyak?     
Sufyan at-Tsauri r.a. berkata:       
       
“Sapulah di bahagian atas apa sahaja yang dipakai di kaki.
Bukankah engkau dapati khuf golongan muhajirin dan ansar
berkenaan koyak, uzur, dan lusuh.”
(Hadis riwayat abdul Razzaq dan al-Baihaqi)       
       
Sheikh Ibn ‘Uthaimin r.h. berkata:
“Pendapat paling rajih (tepat) ialah boleh menyapu bahagian atas al-Jaurab yang koyak atau nipis sehingga menampakkan kulitnya.”
(Rujuk Majmu’ Fatawa Ibn ‘Uthaimin, jil. 11, m/s. 167 dan Risalah al-Mashu ‘Ala al-Jaurabain, m/s. 84-86)       
       
8 – Adakah Terbatal Wudhuk Sekiranya Berhadas, Dan

Kemudiannya Berwudhuk Semula Berserta Khufnya (dengan memakai

khuf) Lalu Membuka Khuf (Selepas Wudhuk)       
       
Ibn Taimiyyah menjelaskan bahawa:
“Tidak terbatal wudhuk orang yang menyapu khuf dan serban disebabkan dia menanggalkannya (membuka kasut setelah berwudhuk dengannya;
juga bagi serban yang menggantikan sapuan ke atas kepada).
Begitu juga tidak terbatal tempohnya disebabkan perbuatan
itu. Dia juga tidak wajib menyapu kepala atau membasuh kedua
-dua kakinya (selagi masih berada di dalam tempoh sapuan).”

(Rujuk al-Ikhtiyarat, m/s. 15, Risalah al-Mas-hu ‘Ala al-Jaurabain, m/s. 86-88 dan majmu’ Fatawa Ibn ‘Uthaimin, jil. 11, m/s. 179)       
       
9 – Terbatalkah Wudhuk Serta-Merta Disebabkan Tempoh Sapuan

Telah Tamat?       
       
Sheikh Ibn ‘Uthaimin r.h. berkata:
“Wudhuk tidak terbatal disebabkan tempoh sapuan telah tamat. Ini kerana, apa yang ditetapkan oleh Nabi s.a.w. hanyalah tempoh (yang membolehkan) sapuan yang berakhir bukannya tempoh wudhuk berakhir. Baginda langsung tidak menetapkan tempoh suci berakhir (terbatal wudhuk) sehingga kita sanggup mengatakan bahawa apabila tempoh sapuan telah tamat maka wudhuk pun terbatal.
Bahkan, apa yang ditetapkan ialah mengenai sapuan.

Sepatutnya kita katakan: Apabila tempoh telah tamat, tidak

boleh menyapu khuf.       
       
Tetapi, jika kamu menyapu khuf dalam tempoh belum berakhir,

engkau berada dalam keadaan suci (berwudhuk). Kamu berada

dalam keadaan wudhuk yang sempurna berdasarkan dalil syarak.

Setiap perkara yang dilakukan dengan sempurna berdasarkan

dalil syarak, sudah tentu tidak membatalkan wudhuk kecuali

ada dalil syarak yang lain membuktikan ia terbatal.

Sedangkan, tidak ada dalil mengenai perkara itu.”
(juk Majmu’ Fatawa Ibn ‘Uthaimin dan Rasa-il al-Sheikh al-‘Uthaimin, jil. 11, m/s. 179 dan Risalah al-Mas-hu ‘Ala al-Jaurabain, m/s. 92-93)       
       
Kesimpulan:       
       
Al-Albani berkata: “Setelah mengetahui perkara itu, seseorang
tidak boleh lagi berbelah bahagi untuk menerima rukhsah
(keringanan) ini selepas tsabit hadis mengenainya. Lebih-
lebih lagi setelah para sahabat melakukannya.”
(Rujuk Risalah al-Mas-hu ‘Ala al-Jaurabain, m/s. 54)       
       
i - Apabila seseorang itu berwudhu’ dengan sempurna lalu

kemudian terus memakai kasut dalam keadaan wudhuk (memakai

kasut dalam keadaan berwudhuk – suci dari hadas) maka apabila

dia hendak mengulangi wudhuknya di kemudian masa dia tidak

perlu membasuh kaki dengan air (tidak perlu buka penutup

kakinya) tetapi mencukupi dengan menyapu di bahagian atas

kasut tersebut.       
       
ii - Syarat kasut yg dipakai adalah sesuatu yg menutupi

dari jari-jari kaki sehingga ke buku lali (angkle). Jikalau

kasut tersebut tidak mencapai hingga ke buku lali maka

memadai dengan memakai sarung kaki yg menutupi buku lalinya

itu.       
       
iii - Kebolehan menyapu di atas kasut terhad kepada satu hari

penuh bagi orang yg berada di kampung halaman atau tiga

hari penuh bagi orang yg berada dalam perjalanan.       
       
Antara Faedah Dan Hikmah Keringanan Daripada Hal Ini:       
       
i – Merupakan contoh keringanan (rukhsah) yg ditunjukkan

oleh sunnah Rasulullah SAW yg wajar diikuti.       
       
ii – Memberi keringanan dan kemudahan ketika dalam perjalanan

di tempat2 yg menyukarkan kita utk membuka kasut,

seperti di dalam hutan, padang pasir yg panas, dan tempat

bersalji yang sejuk.       
   
Wallah Hu A'lam...

~*~Wuduk Wanita



~*~05. Cara Cara Berwudhuk - Ustaz Kazim Elias


WUDHUK ~ GUNA STOKIN @ SERBAN @ KHUF



https://www.youtube.com/watch?v=mBRYk3KRnqE

Tata Cara Wudhuk: Cara Mengusap Khuf yg Benar ~ Ustadz Ammi Nur Baits


~*~*~*~



https://www.youtube.com/watch?v=jCu0jzBS__s

Bolehkah Wudhu dgn Mengusap Khuf | Sepatu ? ~Utz Dr. Firanda Andirja, MA.

Tidak Safar [tidak musafir] dan ketika Safar[Musafir]

~*~*~*~


YouTube (https://youtu.be/Tu3nxI5eE9I)
Cara Solat atas Kenderaan (kereta/ KapalTerbang),
Oleh ~ Utz Dr. IR. HJ.Abdullah Khairi..




Solat Ke Masjid Lading EmasMASJID JOMMM...!!!


👉 Teks penuh  boleh di download dari 👇 38 Kesilapan dlm SOLAT






WallahuA’lam..والله أعلم
اَللَّهُمَّ صَلِّ وسَلاٌِم عَلٓى سَيٌِدِناَ مُحَمَّدٍ ﷺ

📮 _❤️Sharing is Caring❤️_

. .
~***~LadingEMAS~***~

No comments:

~*~*~ Who