~*~KALiMAH TAUHiD~*~







~**~TiADA TUHAN KECUALi ALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH pd SETiAP KERLiPAN & PD SETiAP NAFAS Sbyk LuasNYA APA YG ADA pd iLMU ALLAH ~**~

~*~SOLATLah KiTa, Sebelum KiTa diSOLATkan~*~


~*~PLS OPEN this WEB with MOZILLA FIREFOX or INTERNET EXPLORER...for BEST Results, Tq (^^,)

HADIS ~ PESANAN RASUL KITA, UTK UMATNYA TERSAYANG!!!


Drpd Nabi SAW bsabda:~

Ssiapa ke MASJID pd Waktu PAGI/pd Waktu PETANG Allah akan menyediakan utknya satu TEMPAT TINGGAL di Syurga apabila dia pergi samada pd Waktu PAGI atau pd Waktu PETANG

(HR Muslim, #1073)




~*~*~*[MUTiARA HADIS_1]








~~*~~[MUTiARA HADIS_2]





~~**~~[MUTiARA HADIS_3]





~~***~~[MUTiARA HADIS_4]





~*~*~*~*
~*~
~*~


PESAN Rasululah SAW

“Sesungguhnya AMAT dirasa BERAT oleh seOrg MUNAFIK, UTK melaksanakan SOLAT ISYA dan SOLAT SUBUH Sekiranya MEREKA TAHU akan keAGUNGan PAHALAnya, nescaya mereka mendatanginya (ke MASJID, SOLAT berJEMAAH) sekalipun dlm keadaan MERANGKAK2”

(HR Bukhari Muslim)

~*~Hadis Abu Hurairah RA:

Drpda Nabi SAW bSabda: Sesiapa yg pergi ke MASJID pada waktu PAGI atau pada waktu PETANG Allah akan menyediakan untuknya satu TEMPAT TINGGAL di SYURGA apabila dia pergi SAMADA pada waktu PAGI atau PETANG.

(HR Muslim, #1073)

~*~
“Sesungguhnya Allah akan mgumpulkan Org2 MUNAFIK dan 0rg2 KAFIR di dlm JAHANNAM


(QS An Nisa:140).


SOLAT BERJEMAAH LEBIH TINGGI 27 DERAJAT DIBANDING SOLAT SENDIRI“

(HR Bukhari &Muslim)


***

Monday, April 19, 2010

Sejenak BersamaMu Ya Rasulullah...



Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.

- Aku melihat cahaya dari lidahnya..

- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah kamu melihat matahari terbit.

- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.


- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.


- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.


- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.


- Wajahnya seperti bulan purnama.


- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.


- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.

- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.

- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.

- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.

- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.


- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.


- Janggutnya penuh dan tebal menawan.


- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna
lehernya putih seperti perak sangat indah.

- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.


- Rambutnya sedikit ikal.


- Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah
bahu tapi disisir rapi.

- Rambutnya terbelah di tengah.


- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa.

- Seimbang antara kedua bahunya.

- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dengan cantik.

- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya
terlalu licin sehingga tidak melekat air.

- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.


- Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih. - Warna putihnya lebih banyak.

- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.


- Warna kulitnya putih tapi sihat.


- Kulitnya putih lagi bercahaya.


- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.

- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.

- Perutnya tidak buncit.


- Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka.


Demikianlah sesosok tubuh nan mulia milik Nabi Muhammad s.a.w ~ manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Semulia-mulia insan di dunia...

~*~*~*~*~*~

Nota ini akan menceritakan detik sebenar kewafatan Rasulullah SAW. Ramai diantara masyarakat sekarang hanya menjadi "pak turut", mengiyakan cerita tanpa mengetahui kesahihan kisah nabi atau hadis2 yang kini disebarkan meluas di laman sosial.
Bismillah..

Perkara yang anda harus tahu.

Hakikat kematian Rasulullah SAW yang menyebut UMMATI2 ADALAH TDK BENAR dan amat mendukacitakan seorang ustazah turut menyebarkan kisah ini dalam tv3 suatu ketika. Betapa kritikalnya ummat Islam sekarang.Dan ramai ustaz2 turut menyebarkan kisah palsu ini tanpa dipersoalkan kebenaran kisah ini.

  • Rasulullah SAW tdk wafat disamping Fatimah ra ttp disamping Aishah ra.(BUKHARI)
  • Rasulullah SAW diberikan pilihan samaada utk terus hidup bersama ummatnya atau utk kmbali bersama Penghuni Termulia yakni para nabi dan rasul di syurga. Baginda SAW telah memilih para sahabat yang Terpuji.
 INI KISAH PALSU YANG ANDA BIASA BACA DAN DENGAR:


Sentiasalah kita bersalawat keatas RASULULLAH SAW…Kita selalu menyambut tarikh kelahiran Rasulullah tapkita tidak tahu tarikh kewafatan

Utk Renungan Bersama.

Mungkin kita terlupa dgn artikel ini. Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut. Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, “Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. “Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

“Umatku, Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?”

Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku”, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.” Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

“Ummatii, ummatii, ummatiii! - Umatku, umatku, umatku”.

Dan, berakhirlah hidup manusia yang paling mulia yang memberi cahaya bagi kegelapan, obat dari seluruh penyakit, penghulu seluruh manusia, rahasia dari segala rahasia, dan makhluk paling sempurna. Rasul yang sangat mengkhawatirkan nasib umatnya dari pada dirinya.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin….

Dimanakah riwayat? Nas dan dalilnya?? Mengapa anda tidak mempersoalkan malah ramai diantara kita takjub dengan kisah ini dengan susunan ayat halus yang menyentuh jiwa yang mencintai Rasulullah SAW dan terus saja share tanpa merujuk kembali, maka tersebarlah kisah begini dengan banyaknya. Ya ikhwan jgn tertipu. Kita hidup bergantung dgn al-Quran dan As sunnah. Segala yang berkaitan agama sirah semestinya perlu ada nas dan dalilnya.

Berikut di bawah yang diceritakan ini merupakan SAAT KEWAFATAN RASULULLAH SAW YANG SEBENAR..

Kewafatan Rasulullah SAW

Rasulullah SAW jatuh gering tiga bulan setelah baginda pulang ke Madinah setelah menunaikan Haji Terakhir*1.

Kegeringan Rasulullah SAW di dalam rumah Maymunah*2   
dan berlarutan selama 10 hari*3.  
Rasulullah SAW wafat pada hari Isnin, dua belas haribulan Rabiulawal*4, 
ketika baginda berusia 63 tahun*5.

Perkaranya sahih bahawa Rasulullah SAW merungut semenjak pada tahun ketujuh Hijrah, sebaik sahaja setelah penaklukkan Khaybar, apabila baginda memakan sketul daging beracun yang diberikan kepada isteri baginda oleh Salam ibn Mashkan, seorang Yahudi.

Walaupun Rasulullah SAW telah meludahnya keluar dari mulut baginda dan tidak menelan daging tersebut, racun itu masih berbisa dalam diri baginda???*6. 
Rasulullah SAW memberitahu isteri-isteri baginda bahawa baginda ingin dijagai dan dirawati di rumah ‘Aishah (Umm al Mu’minun). *7

Aishah seringkali menyapu peluh-peluh baginda dengan tangan beliau sendiri kerana kerahmatan ketika membaca surah-surah Mu’awwadhatayn, dua surah terakhir dalam al- Quran. *8


Rujukan *:

  1. Ibn Kathir mengatakan bahawa Rasulullah SAW wafat 81 hari setelah Hari Haji Besar( al Bidayah wa al Nihayah, 5/101)

  2. Ibn Hajar berkata bahawa ini laporan yang telah dipersetujui. Laporan lain yang berbeza mengatakan bahawa baginda gering ketika di rumah Zainab bt Jahsh atau Rihanah. Fath al Bari, 8/129

  3. Sulayman al Timi menegaskan perkara ini. Al Bayhaqi meriwayatkannya dengan satu isnad sahih. Lebih tepat 13 hari. Ibn Hajar, Fath al Bari, 8/129

  4. Al Hafiz ibn Hajar berpegang  kepada pendirian Abu Mikhnaf bahawa Rasulullah SAW wafat pada 12 R’ Awal dan lain-lainnya tersilap menambah “ashar”(sepuluh) kepada “thanin” (dua). Ibn Hajar, Fath al Bari, 8/130

  5. Sahih al Bukhari, (Ibn Hajar, Fath al Bari,8/150)

  6. Ibid, 8/131

  7. Ibid,8/27, Ahmad, Al Musnad,(al Fath al Rabbanu, 21/226), dengan satu isnad sahih.

  8. Sahih al Bukhari(Ibn Hajar, Fath al Bari,8/131)

Ketika kematian semakin hampir kerana kegeringan baginda bertambah-tambah, baginda bersabda kepada sahabat,

“Bolehkah aku menulis sesuatu untuk kamu supaya kamu tidak akan tersesat?”

Mereka masih belum berkeputusan sama ada dikalangan sahabat hendak mencapai bahan- bahan penulisan, dan sahabat yang lainnya khuatir jika perbuatan ini akan mengganggu kepada Rasulullah SAW. Terdapat pembuktian untuk menyokong kenyataan ini yang meyakini bahawa untuk membawa bahan-bahan penulisan bukanlah suatu perintah mustahak sebagai satu pendirian.

Apabila Umar ra berkata, “Kitab Allah SWT (al Quran) memadai untuk kita,” Rasulullah SAW tidak mengulangi pendirian ini. Jikalah sesuatu perkara wajib yang hendak disampaikan baginda, maka baginda sudah pasti menyatakannya kepada mereka, seperti mana Rasulullah SAW menyatakan ketika kegeringan ini, secara lisannya supaya mereka membuang segala penyembahan berhala di Semenanjung Arab dan melayani delegasi-delegasi(orang luar) dengan penuh kehormatan dan baik hati*9 .

Rasulullah SAW memanggil Fatimah ra, dan mengatakan sesuatu secara rahsia, dan Fatimah ra menangis.Kemudian Rasulullah SAW memanggil Fatimah dan menyatakan sesuatu secara rahsia, dan Fatimah ketawa. Setelah kewafatan Rasulullah SAW , Fatimah ra memberitahu bahawa baginda telah memberitahu beliau bahawa baginda akan wafat(meninggal dunia) , sebab ini beliau(Fatimah) telah menangis; kemudian baginda memberitahu beliau, bahawa beliau akan menjadi orang pertama dalam keluarga yang akan menyertai baginda, maka Fatimah ketawa*10. Perkara ini telah terbukti . Ia suatu kelebihan dan tanda-tanda kerasulan.

Kegeringan Rasulullah SAW menjadi berat dan telah menghalang baginda daripada keluar dari tempat berehat untuk mengimamkan orang- orang Islam dalam solat. Rasulullah SAW bersabda,

“Beritahu Abu Bakar ra untuk mengimamkan mereka di dalam solat.”

Aishah menegah baginda daripada melakukannya, kerana beliau khuatir orang-orang Islam akan menganggap bapa beliau sebagai suatu alamat yang buruk. Fatimah ra berkata,

“Abu Bakar ra seorang lelaki baik hati, suara beliau lemah lembut dan menangis-nangis apabila mereka membaca ayat-ayat al-Quran*11.


Rujukan *:

9. Ibid, 8/132

10. Ibid, 8/135

11. Ibn Hisyam, Sirah, 4/330, dengan satu isnad sahih, Ibn Kathir, al Bidayah wa al Nihayah, 5/233

Tetapi Rasulullah SAW mendesaknya juga. Maka, Abu Bakar ra keluar dari tempat berehat Rasulullah SAW dan mengimamkan mereka dalam solat*12. Rasulullah SAW keluar dari bilik baginda Cuma sekali, dibantu oleh Al Abbas, dan Ali, mengimamkan orang-orang Islam dalam solat dan menyampaikan ucapan memuji Abu Bakar ra dan menerangkan kelebihan-kelebihan beliau. Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT telah memberikan beliau(Abu Bakar ra) pilihan samaada memilih dunia ini atau Akhirat, dan beliau telah memilih Akhirat*13.

Khutbah terakhir Rasulullah SAW telah disampaikan lima hari sebelum kewafatan. Di dalam khutbah Rasulullah SAW ini, baginda bersabda,

“Terdapat seorang hamba Allah SWT yang telah ditunjukkan dunia ini dan kecantikannya, tetapi telah memilih Akhirat.”

Abu Bakar ra memahami bahawa Rasulullah SAW bermaksudkan beliau, maka beliau menangis. Orang- orang Islam melihat beliau dengan tergamam, sebab mereka tidak memahami pengertian begitu*14.

Solat al Fajr, pada hari kewafatan Rasulullah SAW, ketika ia didirikan, Rasulullah SAW telah menarik tirai bilik Aishah dan melihat orang-orang Islam yangs edang dalam saf untuk solat.

Kemudian baginda tersenyum dan ketawa, seakan-akan baginda menyatakan selamat tinggal kepada mereka. Orang-orang Islam telah dilanda kegembiraan kerana Rasulullah SAW telah keluar dari bilik baginda. Abu Bakar ra telah berundur ke belakang, kerana beliau menyangka bahawa Rasulullah saw akan keluar untuk mengimamkan solat tetapi Rasulullah SAW memberikan isyarat dengan tangan untuk menyudahkan solat tersebut. Kemudian baginda masuk semula ke biliknya dan menarik tirai.

Fatimah memasuki dan berkata

“Bagaimanakah sakitnya bapa aku!”

Rasulullah SAW bersabda,

“Bapa kamu tidak akan menderita sebarang kesakitan setelah hari ini.” *15

Usamah ibn Zayd memasuki bilik baginda, dan Rasulullah SAW berdoa dengan senyapnya untuk beliau dengan suatu isyarat; baginda tidak boleh berkata-kata kerana kegeringan yang begitu berat. *16

Apabila kematian tiba, baginda sedang bersandar di dada Aishah ra. Beliau(Aishah ra) telah mengambil “siwak”(sugi) daripada saudara lelakinya ‘Abd al Rahman, dan mengunyah hujungnya dan Rasulullah SAW telah mencuci gigi baginda dengannya. *17 .


Rujukan *:

12. Ibn Kathir,op .cit, 5/233

13. Sahih Bukhari, Ibn Hajar, Fath al Bari, 8/27. Lihat juga Ahmad, al Musnad al Fath al rabbani, 21/231; Ibn Kathir, al Bidayah wa al Nihayah, 5/229-230

14. Ahmad, Musnad(al Fath al Bari, 21/222,catatan nota kaki no 3). Turkat al Nabi, yang diriwayatkan oleh al Bukhari, Muslim, Ahmad dan al Bayhaqi, dengan satu isnad orang-orang thiqah(soleh) tetapi mursal.

15. Sahih al Bukhari (Ibn Hajar, Fath al       Bari, 8/149)

16. Ibn Hisyam, Sirah, 4/329 dengan satu isnad sahih

17. Sahih al Bukhari (Fath al Bari, 8/138)

Rasulullah SAW dalam saat kewafatan memasukkan tangan baginda ke dalam sebuah bekas air, dan menyapu mukanya, sambil bersabda,

“La ilaha illa Allah, wujudnya keazaban maut.” *18

Suara Rasulullah SAW menjadi parau ketika baginda sedang bersabda:

“ Dalam saksi dan di sisi orang-orang Islam yang dikurniakan kemuliaan Allah SWT..”(Surah al Nisa’ [4:69]*19dan, “Sesungguhnya Penghuni Termulia di Syurga.”

Kemudian Aishah ra menyedari bahawa Rasulullah SAW telah diberikan pilihan, dan baginda  memilih para sahabat yang Terpuji. *20

 Rasulullah SAW hanyalah seorang nabi dan rasul, pesuruhNya: bergitu ramai nabi-nabi dan rasul yang telah wafat sebelum baginda. Jika baginda wafat atau terbunuh, apakah kamu juga turut meninggalkan Islam?

Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu). (Surah ali ‘Imran [3:144])

Kemudian, orang-orang Islam menjadi senyap. “Umar melutut ke bumi, kerana kaki-kaki beliau tidak mampu lagi menyanggah Abu Bakar ra. Seakan –akan mereka tidak pernah mendengar ayat ini sehingga ketika ini. *21  

Fatimah ra berkata

“Wahai bapaku, baginda menyahut panggilan Tuhannya, wahai bapaku, tempat tinggal baginda ialah taman syurga, wahai bapaku, kami mengumumkan kewafatannya kepada Jibril. *22  

Semoga Allah SWT mengurniakan kesejahteraan dan KerahmatanNya kepada RasulNya dan keluarga baginda.

“Segala puji-pujian untuk Allah SWT, Seru Sekalian Alam”

Wa al Hamdu li Allah Rabb al ‘Alamin.


Rujukan *:

18. Ibid, 8/144

19. Ibid, 8/136

20. Ibid, Ibn Hisyam,Sirah, 4/329, dengan satu isnad sahih.

21. Sahih al Bukhari (Fath al Bari, 8/45)

22.Ibid, 8/149

Tidak kiralah yang mengajarmu tentang agama itu adalah Tok guru, mursyid sekalipun. Sebagai seorang islam jadilah pengkaji agamamu sendiri. Rujuklah kembali dan berkali2. Tegakkan yang HAK tinggalkan yang BATIL.

WallahHu'Alam.

Rujukkan:
 https://www.facebook.com/notes/al-tarmizzi/kisah-kewafatan-sebenar-rasulullah-saw-sahih/707582399264451/

~*~*~*~*~
Rasulullah s.a.w kekasih Allah wafat ditangisi oleh makhluk seluruh alam. Namun apa yang selama ini telah dikisahkan kepada kita yakni kisah wafatnya Nabi dengan menyebut kalimah “Ummati, ummati, ummati” yang membawa maksud “Umatku, umatku, umatku” adalah jelas suatu pembohongan dan rekaan cerita dari mereka yang tidak bertanggungjawab dan sekaligus menyebarkan ia menjadikan kita semua menjadikan ia suatu kata-kata yang sahih. Mari baca kisah sebenar kewafatan baginda Rasulullah s.a.w..

Kisahnya bermula…

“Kepalaku!” kata Aisyah.

Baginda Rasulullah s.a.w dan Aisyah r.a baru sahaja pulang daripada menziarahi perkuburan al-Baqi’ lewat malam tadi. Kepala Aisyah sakit berdenyut-denyut. Baginda menyedarinya.

“Bahkan kepalaku juga wahai Aisyah. Oh kepalaku!” kata Baginda s.a.w.

Jika suami pening, tangan isteri yang memicit banyak mendatangkan rasa lega. Jika isteri yang sakit, belaian seorang suami adalah penyembuh paling berharga. Tetapi di malam itu kedua-duanya sakit. Kepala mereka berat.

“Janganlah engkau bersusah hati wahai Aisyah. Seandainya engkau mati sebelumku, nescaya aku akan menyempurnakan urusanmu. Aku akan mandikan dikau, kukafankan dirimu dan akan kudirikan solat buatmu serta engkau akan kukebumikan!!”, usik sang suami.

“Demi Allah, aku rasa kalau begitulah kisahnya pasti selepas itu engkau akan pulang ke rumahku dan berpesta gembira dengan isteri-isterimu yang masih hidup!” si isteri tersentak dengan gurauan sang suami.

Merajuk. Nabi s.a.w ketawa. Dalam sakit yang luar biasa itu, baginda masih suami yang hangat dengan mawaddah. Sakitnya tidak menjadikan beliau keluh kesah. Sempat pula mengusik isteri yang tidak tentu rasa.

SAKIT YANG BERTAMBAH

Malam itu berlalu dengan sakit yang tidak beransur kurang. Kesakitan itu memuncak semasa Nabi s.a.w memenuhi giliran Baginda di rumah isterinya, Maimunah r.a. Bukan sakit yang sembarangan. Ia sakit yang menjadi kemabukan sebuah kematian. Sakaraat al-Maut!

“Esok aku di mana? Esok aku di mana?” Baginda s.a.w bertanya.

Dalam sakit yang bersangatan, Baginda masih ‘sedar’ akan tanggungjawab dirinya berlaku adil kepada para isteri. Itulah ukuran adil seorang mukmin terhadap isteri-isterinya. Mengusahakan segala tenaga yang berbaki untuk tidak memalit zalim dalam melunaskan amanah sebagai seorang suami. Tidak mengambil mudah hanya dengan alasan yang remeh temeh untuk melebihkan seorang isteri berbanding yang lain.

Itulah juga ukiran makna bagi sebuah Mawaddah. Cinta yang bertambah hasil kesungguhan mengatasi ujian dan musibah. Namun di situlah terselitnya Rahmah. Sifat belas ihsan yang terbit daripada hati yang mengasihi.

“Izinkan aku berhenti bergilir dengan menetap di rumah Aisyah” Rasulullah s.a.w meminta izin daripada para isterinya.

Siapakah yang pernah membantah permintaan seorang Rasul. Namun Baginda tetap meminta izin kerana keizinan itu hakikatnya kekal bagian seorang isteri. Tiada isteri yang dipinggirkan. Hak masing-masing dihormati. Andaikata seorang Rasul boleh meminta izin menahan giliran daripada isteri Baginda, bagaimana mungkin seorang suami menjadi angkuh mempertahankan haknya di hadapan isteri atau isteri-isterinya?

HARI-HARI TERAKHIR

Masruq meriwayatkan daripada Aisyah r.a: Tatkala Baginda s.a.w gering, kesemua isteri Baginda berada di sisi. Tiada seorang pun yang tercicir antara mereka. Ketika mereka berhimpun, anakanda kesayangan Baginda s.a.w, Fatimah r.a datang berjalan. Demi sesungguhnya cara berjalan Fatimah tidak ubah seperti ayahandanya, Rasulullah s.a.w.

“Selamat datang wahai anakandaku,” Baginda s.a.w dengan suara yang lemah menjemput Fatimah duduk di sisinya.

Baginda membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah. Anakanda itu menangis. Kemudian Baginda s.a.w membisikkan sesuatu lagi ke telinga anak kesayangannya. Fatimah ketawa.

Apabila Fatimah bangun dari sisi ayahandanya, Aisyah r.a bertanya, “Apakah yang diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w hingga menyebabkan engkau menangis dan engkau ketawa?”

Fatimah menjawab, “Aku tidak akan mendedahkan rahsia Rasulullah s.a.w!”

Demi sesungguhnya, selepas wafatnya Baginda s.a.w, Aisyah r.a mengulang kembali soalan yang sama kepada Fatimah, “Aku bertanyakan engkau soalan yang engkau berhak untuk menjawab atau tidak menjawabnya. Aku ingin sekali engkau memberitahuku, apakah rahsia yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w dahulu?”

Kata Fatimah, “Ada pun sekarang, maka ya, aku bisa memberitahunya! Baginda s.a.w berbisik kepadaku dengan berkata: Sesungguhnya Jibril selalunya mendatangiku untuk mengulang semakan Al-Quran sekali dalam setahun. Namun di tahun ini beliau mendatangiku dua kali. Tidaklah aku melihat kelainan itu melainkan ia adalah petanda ketibaan ajalku. Justeru, bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah kamu dengan ketentuan ini. Atas segala yang telah ditempuh dalam kehidupan ini, sesungguhnya aku adalah untukmu wahai Fatimah!”

Aku menangis…

“Kemudian Baginda s.a.w berbisik lagi kepadaku dengan berkata: Apakah engkau gembira kalau aku khabarkan kepadamu bahawa engkau adalah penghulu sekalian wanita di Syurga? Dan sesungguhnya engkau adalah insan pertama yang akan menurutiku daripada kalangan ahli keluargaku!, aku ketawa”, sambung Fatimah.

Sesungguhnya Fatimah r.a benar-benar kembali kepada Allah, menuruti pemergian ayahandanya enam bulan selepas kewafatan Baginda s.a.w. Benarlah beliau ahli keluarga pertama Baginda yang pergi. Dan benarlah kalam utusan Allah, Rasulullah s.a.w!

DETIK SEMAKIN HAMPIR

Dhuha itu tepu dengan kegelisahan. Senyuman yang dilemparkan Baginda s.a.w kepada Abu Bakar dan sahabat semasa mereka mengerjakan solat Subuh tadi, benar-benar mengubat rindu mereka. Namun para sahabat tidak tahu bahawa kerinduan mereka hanya terubat seketika, dan mereka akan kembali merindui wajah itu, buat selamanya. Senyuman itu bukan senyuman kesembuhan. Ia adalah senyuman perpisahan.

Badan Baginda s.a.w semakin panas. Sesekali ada dengusan yang keras dari nafas kekasih Allah itu mendepani mabuknya kesakitan sebuah kematian.

“Laknat Allah ke atas Yahudi dan Nasrani, mereka menjadikan kubur-kubur Nabi mereka sebagai masjid!” bibir Baginda s.a.w masih tidak berhenti menuturkan pesan-pesan yang penting buat umat yang bakal dilambai perpisahan.

Aisyah r.a meneruskan catatannya: Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w mendepani kematian Baginda. Kami ketika itu berbicara sesama kami bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w tidak akan meninggal dunia sehinggalah Baginda membuat pilihan antara Dunia dan Akhirat. Tatkala Baginda s.a.w semakin gering mendepani kematian, dalam suara yang serak aku mendengar Rasulullah s.a.w berkata: Aku bersama dengan orang yang diberikan nikmat oleh Allah ke atas mereka daripada kalangan para Nabi, Siddiqin, Syuhada’ dan Solihin, dan itulah sebaik-baik peneman yang menemankan aku!

Dan tahulah kami, Baginda s.a.w telah menyempurnakan pilihannya itu. Dalam kegeringan itu, aku sandarkan tubuh Rasulullah s.a.w rapat ke dadaku. Telingaku menangkap bicara lemah di ambang kematian, Baginda s.a.w berbicara: 

"Allahumma, ampunkanlah diriku, rahmatilah aku, dan temukanlah aku dengan-Mu, Temanku yang Maha Tinggi."

Ketika Baginda s.a.w bersandar di dadaku, datang adikku, Abdul Rahman bin Abi Bakar dengan siwak yang basah di tangannya. Aku menyedari yang Baginda s.a.w merenung siwak itu, sebagai isyarat yang Baginda menggemarinya. Apabila ditanya, Baginda s.a.w mengangguk tanda mahukan siwak itu. Lalu kulembutkan siwak itu untuk Baginda dan kuberikan kepadanya. Baginda cuba untuk melakukannya sendiri tetapi ketika siwak yang telah kulembutkan itu kena ke mulut Baginda, ia terlepas daripada tangan dan terjatuh. Air liurku bersatu dengan air liur Rasulullah s.a.w di detik akhirnya di Dunia ini, dan detik pertamanya di Akhirat nanti.

Di sisinya ada sebekas air. Baginda s.a.w mencelupkan tangannya dan kemudian menyapu wajahnya dengan air itu lalu berkata:

" Laa Ilaaha Illallaah! Sesungguhnya kematian ini kesakitannya amat sakit hingga memabukkan! Allahumma, bantulah aku mendepani Sakaraat al-Maut ini!"

Baginda s.a.w mengangkat jari kirinya ke langit lalu berkata: Kembalilah aku kepada Teman yang Maha Tinggi! Kembalilah aku kepada Teman yang Maha Tinggi! (Allahumma Rafiqul A’laa)”

Tangan itu layu. Jatuh ke dalam bejana. Leher Baginda s.a.w terkulai di dada Aisyah. Pencinta Ilahi yang rebah di pelukan isteri tercinta. Melambai pergi ummah yang dirindui. Pencinta yang agung itu telah mati. Tetapi cintanya harum hingga ke detik ini.

Innaa Lillaah wa Innaa Ilayhi Raaji’un.

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya." [Al-Ahzaab 33: 56]

Kita pernah dengar kan ayat terakhir nabi sebelum meninggal nabi menyebut Ummati, Ummati, Ummati kan?? sebenarnya itu hadis yang lemah,,Hadis yang sahih seperti riwayat Aisyah, isteri nabi, sebab nabi meninggal di pangkuan Aisyah, bermaksud Aisyah yang paling dekat dengan nabi..hadis yang sahih adalah spt di bawah

Berkata Aisyah r.a: Adalah akhir kalimah yang diucapkan oleh Nabi s.a.w ialah; “Allahumma Rafiqul A’laa” 

(HR Bukhari & Muslim)

WallahHu'Alam.

Rujukkan:
 http://drusilastore.blogspot.my/2013/07/saat-saat-kematian-nabi-muhammad-yang.html

Lading_Emas

No comments:

~*~*~ Who

Pesan TerAkhir KeKasihKu...









~*~KHUTBAH Terakhir KEKASIHKU..Nabi Muhammad

"WAHAI MANUSIA dengarlah baik2 apa yg hendak ku katakan!!!



Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dgn kamu semua selepas tahun ini.



Oleh itu dgarlah dgn teliti kata2ku ini & smpaikanlah ia kpda
orang2 yg tdk dpt hadir di sini pd hari ini.
Wahai manusia, spertimana kamu mganggap bulan ini & kota ini sbgai suci maka anggaplah
jiwa & harta setiap orang Muslim sbagai amanah suci.



Kembalikan harta yg diamanahkan kpda kamu
kpda pemiliknya yg berhak. Jganlah kamu sakiti sesiapapun agar org lain tdk menyakiti kamu pula.



Ingatlah bhwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu & Dia pasti akan mbuat perhitungan atas segala amalan kamu.

Allah tlh mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yg melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai skrg.



Syaitan tlh bputus asa utk menyesatkan kamu dlm perkara2 besar maka berjaga2lah supaya kamu tdk mengikutinya dlm perkara2 kecil.


Wahai manusia, sbgimana kamu mpunyai hak atas para isteri kamu,mereka juga mpunyai atas kamu.
Sekiranya mereka myempurnakan mereka ke atas kamu mk mereka juga bhak utk diberi makan & pakaian dlm suasana kasih sayang.

Layanilah wanita2 kamu dgn baik! & berlemah lembutlah trhadap mereka krna sesungguhnya mereka adalah teman & pembantu kamu yg setia & hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tdk bleh memasukkan orang yg kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu & dilarang melakukan zina.


Wahai manusia, dgarlah bsungguh2 kata2 ini. Sembahlah Allah, dirikanlah SOLAT lima kali sehari, bpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah ZAKAT & harta kekayaan kamu & kerjakanlah ibadah HAJi sekiranya mampu.



Ketahuilah bhwa setiap Muslim adalah saudara kpda Muslim yg lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yg lebih mulia dari yg lainnya kecuali dlm
TAKWA & amal SOLEH.



Ingatlah bhwa kamu akan mgadap Allah pd suatu hari utk
dipertanggungjawabkan ats segala apa yg tlh kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jgn sekali2 kamu trkeluar dri landasan kebenaran slpas ketiadaanku.



Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yg akan dtag slpsku & tdk akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dgn betul & fahamilah kata2ku yg tlh dismpaikan kpda kamu.



Sesungguhnya aku tinggalkan kpda kamu dua perkara yg sekiranya kamu berpegang-teguh & mengikuti kedua2nya nescaya kamu tdk akan
tersesat selama2nya.


Itulah Al-Quran dan Sunnahku
.



Hendaklah orang2g yg mdengar ucapanku ini menyampaikannya pula kpda org lain & hendaklah org yg lain itu menyampaikannya pula kpda org lain & begitu seterusnya.



Semoga org yg terakhir yg menerimanya
lebih memahami kata2ku ini dari mereka yg mendengar terus
dariku.
Saksikanlah Ya Allah!
bhwasanya aku tlh smpaikan RISALAH-Mu

kpd HAMBA2 Mu"

***~***~***






~***~Kpd Anak2 Kami yg Amat diKasihi; JadikanLah Web ini sbgi Pesanan Akhir Kami [Wasiat], utk menjadikan iLMU disini sebagai tambahan, Pesan2an utk bekalan Hidup d Dunia & Akhirat, seANDAInya tak sempat kami Pesan pd KaLian or mmg Kalian terLupa :) ~***~

Surah Ali - Imran ~Ayat -26

Lading_Emas

iLMU ~ TunTuT hgga KE LAHAD

KuLLiYAH

Lapangkan MasaMu & DadaMu utk iLMU ~ Musuh Utama JAHiL adaLah iLMU

~~~Rasulullah SAW:
“Sesiapa yg TIDAK meninggalkan CAKAP DUSTA (batil)dan Perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dlm meninggalkan makan minumnya[Puasanya]”.
(HR Muslim)

~~~Minggu PerTama dan KeTiga, Lps Magrib [Khamis]2010, Bacaan KiTab, Dr Haron Din, Surau An-Nur, Sek.1,Banggi

~~~01.xxx[Khamis]2010, xxxxxxx, xxx, xxx xxxx, xxxxxxx xxx xxxx

~~~

 

Awal Kejadian Diri...

Dari Abu 'Abdur Rahman 'Abdullah bin Mas'ud Radhiallahu 'anhu, katanya: Telah bSabda, Rasullulah Shallallahu 'alaihi wasallam dan ia benar lagi dibenarkan, sesungguhnya salah seorang kamu telah dikumpulkan kejadiannya dlm perut ibunya selama 40 hari air mani, LALU menjadi segumpal DARAH, LALU menjadi seketul DAGING, iaitu 40 hari, LALU diutuskan MALAIKAT kpdnya lalu ditiupkan ROH padanya dan diperintahkan menulis Empat Kalimat, iaitu
UMUR, REZEKInya dan CELAKA atau Bahagianya.
Maka DEMi ALLAH yg tidak ada Tuhan selainNya, Sesungguhnya se0rg kamu mgerjakan dgn Amal AHLi SYURGA shgga tidak ada jarak antaranya dgn SYURGA melainkan sehasta LALU terdahulu atasnya ketentuan tulisan,
LANTAS iapun mengerjakan Amalan AHLi NERAKA, maka masuklah ia ke dalamnya.
Dan sesungguhnya salah se0rg kamu mengerjakan dgn Amal AHLi NERAKA sehingga tidak ada jarak antaranya dgn NERAKA melainkan sehasta. LALU terdahulu atasnya ketentuan tulisan
LANTAS iapun mengerjakan pula dgn Amal AHLi SYURGA, maka masuklah ia ke dalamnya.
- SAHIH HR Imam AlBukhari n Muslim


~~~KULIYYAH SUBUH-Radio IKIM - Setiap hari[Isnin -Jumaat], Jam 6.30am [91.5 FM]

~~~KULIYYAH SUBUH-Radio KLFM - Setiap hari[Isnin -Jumaat], Jam 6.45am [97.2 FM]

~~~KULIYYAH ZUHUR &MAGRIB -Radio Shah Alam - Setiap hari[Isnin-Jumaat], Jam 1.30pm + 7.45pm [100.9 FM]

~~~KULIYYAH RABU ASAR -Radio Shah Alam - Setiap hari[Rabu], Jam 6.15pm [100.9 FM]

~~~"Rasulullah SAW bSabda yg bMaksud:
"Sempurnakanlah SUJUDMu! Jgn mLetakan dua siku (sprti anjing tidur)..~DARIPADA Anas"

~~~"Apabila Sseorang anak Adam Mati, segala AMALANnya akan terPUTUS KECUALITga Perkara~
Sedekah JARiAH yg sentiasa mgalir PAHALAnya,
ILMU yg dimanfa'atkan Org lain,
dan DOA anak yg SALIH..~HR Muslim

~~~ "Ssugguhnya Org2 yg mgatakn ALLAH Tuhan kami,lalu mneguhkn PENDIRIANNYA, mk Malaikat turun kpdnya dgn mgatakn;
"Jgnlah kamu TAKUT& SEDIH &berGembiralah Syurga yg djanjikn pd.Mu. Kami pLindung2Mu d Dunia+Akhirat" …dri TuhanMu yg AMAT Pngasih lgi AMAT Pnyayang"
(QS alFusiLat:30 + AlQaaf:13)

~*~*~*~
TUJUH MACAM PAHALA Yg DAPAT DINIKMATINYA SELEPAS MATINYA ~Dari Anas r.a. bkata bhwa ada tujuh[7] macam pahala yg dpt diterima Sseorang itu slps MATinya
~1. Sesiapa yg mdirikan Masjid maka pahalanya selagi Masjid itu digunakan oleh Org utk beramal ibadat di dalamnya.
~2. Sesiapa yg mgalirkan air sungai selagi ada Org yg minum dripdanya.
~3. Sesiapa yg menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada Org yg membacanya.
~4. Org yg menggali perigi selagi ada 0rg yg menggunakannya.
~5. Sesiapa yg menanam tanam2an selagi ada yg memakannya baik dari manusia atau burung.
~6. Mereka yg mengajarkan ilmu yg bguna selama ia diamalkan oleh Org yg mpelajarinya.
~7. Org yg meninggalkan ANAK yg SOLEH yg ianya selalu mdoakan kedua 0rg tuanya dan beristighfar baginya.~8. yakni anak yg selalu diajari ilmu Al-Qur'an mk 0rg yg mgajarnya akan mdapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran2nya tanpa mgurangi pahala anak itu sendiri.
~*~*~* Abu Hurairah r.a. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Apabila tlh MATi anak Adam itu, mk thentilah amalnya mlainkan tiga macam:
~1. Sedekah yg bjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
~2. Ilmu yg berguna dan diamalkan.
~3. Anak yg soleh yg mdoakan baik baginya. ~*~*~*~ HR Abi Mas'ud RA katanya: Rasulullah: Ada sOrg LELAKI dari Umat SEBELUM kamu, diperhitungkan amalannya, mk tidak ada satu pun kebaikan melainkan beliau byk mberi HUTANG kpda Org ramai krna beliau adalah sOrg yg kaya. Beliau menyuruh para pbantunya agar mberi keMUDAHan thadap Org yg dlm keSUKARAN.
Maka Allah SWT brFirman: KAMI LEBIH BERHAK bbuat begitu drpda beliau. Berilah keMUDAHan kpda BELIAU.
(HR Sahih MUSLIM:#2921)
~~~*** "LaailahHaillALLAH, MuhammadurRasullulah" ~"Tiada yg sbenar2nya bHak diSembah,Taat & Sujud selain ALLAH, Muhammad itu sbenar2nya Utusan,Hamba Contoh & Kekasihnya"~~~***

~~~ "Sesungguhnya SOLATKU & iBADAHKU &HiDUP &MATiKU hanya pd Allah Tuhan Pentadbir&Pmilik Alam Semester"
~**~ZUHUD ~ AdaLah Org yg bGantung Hati ke ALLAH, dan tidak PERCAYA pd HARTA blh menolong, ttpi ALLAHlah seBenar2nya yg MENOLONG! Tidak semestinya ia seOrg yg MiSKiN lagi tak berHARTA..! ~**~Utz Hanafi Hj Ahmad ~
~*~Batera Nabi Nuh ~*~Perhatikan dgn MATAHATI

Cuaca ~ Hari ni pekabar agaknya...?

TETAMU ~ AH LAN WA SAHLAN WA MARHABAN

TERATAK KEMBARA BLOGGER

Anda Pengguna ISLAM



~*~*~*
~*~*~*AWAS WAHABI
KAMI PERTAHAN AHLI SUNAH YANG BERMAZHAB
~*~ . .
~*~Utz Dato Haron Din[Wahabi]
~*~Hadis Abu Hurairah RA: Rasulullah SAW bSabda: "Hari Qiamat tidak akan berlaku shggalah Org2 ISLAM MEMERANGI Org2 YAHUDI. Org2 ISLAM memerangi Mereka menyebabkan Org YAHUDI bSembunyi di belakang BATU & POKOK. Maka BATU atau POKOK berkata:
"Wahai Org2 Islam! Wahai HAMBA ALLAH! Ada YAHUDI di BELAKANG-Ku. Datanglah ke sini dan BUNUHLAH DIA"

melainkan POKOK yg berduri, kerana pokok itu adalah di antara POKOK kaum Yahudi."
(HR Muslim,#5203)
~*~Palestine PERLUkan Anda SEGERA!!!~*~
 

~*~*~*AN Eye CAN PROOF..!!!

~*~ZALIM1
~*~ZALIM2
~*~*~*Qiamat Semakin Hampir

WEB MENARIK

CERITA MENARIK

VIDEO MENARIK :)










~*~Kenyataan Presiden PSSCUHM





~*~Surat utk EN. MD RADZI HANAFI~*~






~*~DEMO~*~


~*~SC[MahaGuru_1]~*~





~*~SC[MahaGuru_2]~*~





~*~LadingEMAS~*~





~*~PerMainan~Lading~*~





~*~LadingEMAS2~*~





~*~GayungFATANi~*~





~*~Senaman TUA~*~





~*~Senaman TUA[Azlan Ghanie]





~*~Israel is the Real Terrorist State







~Jemaah Tabliq~Sheikh Nuruddin AlBanjari.v1





~Jemaah Tabliq~Sheikh Nuruddin AlBanjari.v2





~*~Doa Imam Mecca~Tlg Amin-kan Ye,ksian..!





~*~*~Reviving the Islamic Spirit[Every Year]





~*~*~Tree Rukuk to QibLat





~*~Qaseeda Burda





~*~Burda+Lyrics








~*~Maula Ya Salli Wa Sallim (with English Subtitles)




~*~Warikh~Menuang Karim





~*~QASIDAH~AllahYarham KH.Gus Dur


~*~"Ramai 0rg mengHAFAL QURAN dan HADIS. Mereka sibuk mengKAFIRkan 0rg lain, akan tetapi KAFIRnya diri SENDIRi tak diRasakan. Kerana MASIH KOTOR HATi dan AKAL" ~ Antara drpd Bait Syair oleh
QASIDAH Gus Dur ini.
~*~~*~~*~



~*~Doa Dhuha






HAJI DAN UMRAH ~ Panduan



~*~Ceramah PiLihan Haji n Umrah




KoLeKsi_LAGU

~*~ . . ~*~*~*~ Gambar yg MenYaYaT HaTi[Jk bukan Hati KrisTaL]
~*~*~*Ustaz Kazim Elias~Turunnya Nabi Isa~*~*~* ~*~*~*~Ustaz Dato Ismail Kamus[Solat]~*~*~* ~*~*~*Rains Drop On Me~*~*~* ~*~*~*~Andai Ku TaHu~*~*~* ~*~Tafakur ~ Zikraa (with lyrics) ~*~~*~Doa SoLat Dhuha