~*~KALiMAH TAUHiD~*~







~**~TiADA TUHAN KECUALi ALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH pd SETiAP KERLiPAN & PD SETiAP NAFAS Sbyk LuasNYA APA YG ADA pd iLMU ALLAH ~**~

~*~SOLATLah KiTa, Sebelum KiTa diSOLATkan~*~


~*~PLS OPEN this WEB with MOZILLA FIREFOX or INTERNET EXPLORER...for BEST Results, Tq (^^,)

HADIS ~ PESANAN RASUL KITA, UTK UMATNYA TERSAYANG!!!


Drpd Nabi SAW bsabda:~

Ssiapa ke MASJID pd Waktu PAGI/pd Waktu PETANG Allah akan menyediakan utknya satu TEMPAT TINGGAL di Syurga apabila dia pergi samada pd Waktu PAGI atau pd Waktu PETANG

(HR Muslim, #1073)




~*~*~*[MUTiARA HADIS_1]








~~*~~[MUTiARA HADIS_2]





~~**~~[MUTiARA HADIS_3]





~~***~~[MUTiARA HADIS_4]





~*~*~*~*
~*~
~*~


PESAN Rasululah SAW

“Sesungguhnya AMAT dirasa BERAT oleh seOrg MUNAFIK, UTK melaksanakan SOLAT ISYA dan SOLAT SUBUH Sekiranya MEREKA TAHU akan keAGUNGan PAHALAnya, nescaya mereka mendatanginya (ke MASJID, SOLAT berJEMAAH) sekalipun dlm keadaan MERANGKAK2”

(HR Bukhari Muslim)

~*~Hadis Abu Hurairah RA:

Drpda Nabi SAW bSabda: Sesiapa yg pergi ke MASJID pada waktu PAGI atau pada waktu PETANG Allah akan menyediakan untuknya satu TEMPAT TINGGAL di SYURGA apabila dia pergi SAMADA pada waktu PAGI atau PETANG.

(HR Muslim, #1073)

~*~
“Sesungguhnya Allah akan mgumpulkan Org2 MUNAFIK dan 0rg2 KAFIR di dlm JAHANNAM


(QS An Nisa:140).


SOLAT BERJEMAAH LEBIH TINGGI 27 DERAJAT DIBANDING SOLAT SENDIRI“

(HR Bukhari &Muslim)


***

Wednesday, October 28, 2009

Rahsia Technology Islam ~ Roh

Dapatkah umat Islam menjadi umat yang paling menguasai Ilmu Teleportation dan Astral Travel? InsyaAllah, lebih dari itu pun sudah tersedia dalam Al-Qur'an. Ini adalah artikel pertama dari rentetan artikel, jika anda menyokong artikel ini, insyaAllah akan terbitlah sambungannya yang membincangkan hal-hal tersebut.               
               
Umat Islam mampu menjadi umat yang paling maju dari segala segi jika kita semua kembali kepada Al-Qur'an. Kitab terakhir dan teragung yang pernah diturunkan kepada umat manusia itu bukanlah dongeng orang-orang dahulukala. Tahukah anda bahawa segala apa yang anda terdaya anda lihat dan akses menggunakan pancaindera itu ada termaktub dalam Al-Qur'an? Tahukah anda bahawa makna Al-Qur'an dari segi istilah ialah 'segala sesuatu yang dibaca?'. Sedarkah anda bahawa 'baca' itu amat luas pengertiannya dan bukan sekadar 'parrot reading' atau sekadar seperti membaca buku?               
               
Al-Qur'an mengandungi rahsia-rahsia yang menunggu anda membongkarnya. Anda akan temui banyak ayat-ayat yang bermaksud 'Apakah mereka tidak memperhatikan Al-Qur'an?'. Tapi agak ramai juga antara kita yang 'takut' untuk mengkaji Al-Qur'an. Dulu, ketika saya mula-mula mengkaji Al-Qur'an dan perkara itu diketahui oleh keluarga saya, maka kakak, abang ipar dan ibu saya (bapa saya sudah pulang ke rahmat Allah pada masa itu) datang ke rumah saya. Kemudian abang ipar saya berkata:               
               
'Dengar khabar, kamu ada buat kajian Al-Qur'an, bawa ke sini abang tengok..' Saya pun menunjukkan kepadanya. Kemudian dia berkata 'Al-Qur'an ini dah lengkap, kamu tidak perlu kaji-kaji lagi, Al-Qur'an tidak boleh dikaji, tak payahlah kaji, nanti kamu jadi gila.'               
               
Mendengar kenyataan itu, saya tidak terkejut, tapi berkata 'Siapa kata Al-Qur'an tidak boleh dikaji? Bawakan satu nas kepada saya bahawa ada larangan untuk mengkaji Al-Qur'an. Kalau ada, saya tak akan kaji. Apa yang saya jumpa dalam Al-Qur'an ialah ayat demi ayat yang menyeru kita agar mengkaji dan memperhatikan Al-Qur'an.'               
               
Kemudian saya berkata lagi kepadanya 'Soal jadi gila, apa yang hendak ditakutkan? Yang datangkan gila ialah Allah, yang sembuhkan ialah Allah. Saya kaji Al-Qur'an ini pun atas izinNya. La tataharraqun illa bi iznillah. Saya buat kajian ini pun setelah berdoa kepadaNya. Saya minta kepadaNya kalau Dia mahu tunjukkan bukti atau bukakan rahsia kepada saya, itu atas kehendakNya, tiada siapa yang dapat halang, dan kalau Dia tentukan bahawa saya patut tahu setakat itu saja, berhentikanlah saya dari meneruskan kajian yang Dia lorongkan itu.'               
               
Abang ipar saya (kini masih hidup, dia sudah bersara dan kini jadi Pengerusi Surau) dan ahli keluarga yang lain terdiam. Kemudian abang ipar saya berkata: 'Kalau begitu, kamu teruskan saja kajian kamu itu.'               
               
Dan, saya telah pernah berjumpa beberapa orang yang arif dari segi agama mengenai kajian saya itu. Termasuklah Kadi, imam, nazir sekolah Arab, 4 lulusan Al-Azhar, seorang ustaz sekolah pondok 10 tahun dan belajar pula di Makkah beberapa tahun lagi, bekas senator yang juga bekas ustaz dan kebetulan bapa saudara saya, seorang profesor dan beberapa ahli falsafah universiti, serta beberapa orang lagi. Malah saya pernah tulis surat kepada Mufti sebuah negeri (lebih 10 tahun lampau) tapi tiada jawapan. Mereka yang ditemui secara bersemuka semuanya beri komen yang positif, malah Tuan Kadi itu telah berkata lebih kurang 'Tahniah kerana telah menemukan perkara ini, dan kalau dicetak dijadikan buku, jangan lupa untuk beri saya satu naskhah.' Saya jawab kepadanya 'Saya tidak mengetahui Tuan Kadi, Allah yang Maha Mengetahui. Ini bukan ilmu saya, ini ilmu Allah. Dia kurniakan kepada sesiapa saja yang Dia kehendaki.'               
               
Saya tidak cetak kajian saya itu. Semuanya saya simpan, sebab saya nampak bahawa ramai orang kita lebih suka untuk cari salah, bukan untuk memberi dorongan. Saya serahkan pada Allah untuk tentukan segala-galanya. Kini mungkin telah sampai masanya untuk saya sebarkan, wallahua'lam.               
               
Apa yang hendak saya tulis? Bersabarlah wahai saudara. Saya perlu buat berperingkat-peringkat. Untuk kali pertama ini, saya ingin kongsikan satu fenomena iaitu: MANUSIA DAN SEGALA MAKHLUK DI ALAM INI ADALAH TERIKAT DENGAN MASA DAN TEMPAT. Apa maksudnya? Kalau hijab tempat dibukakanNya kepada kita, maka tempat yang jauh menjadi tempat yang dekat, seolah-olah tempat menjadi tidak bertempat.               
               
Adakah anda mempunyai jam digital? Tak kiralah jam dinding atau jam tangan. Sekarang lihat jam digital anda. Pukul berapa? Saya mahu respon dari anda. Sesiapa yang melihat bahawa waktu pada jam anda BERULANG (contohnya 8.08, atau 8.18 atau 11.00 atau 5.55) pada saat ini, saya mahu anda catat waktu itu (dan tarikh hari ini) untuk rekod anda, kemudian renungkan kenapa ianya BERULANG untuk ANDA? Saya mahu anda ucapkan SUBHANALLAH bila lihat waktu yang berulang itu. Anda tidak perlu lihat jam digital lain (sebab waktu mungkin tidak sama), lihat jam digital anda sendiri atau jam digital yang paling hampir dengan anda. Lakukan sekarang.               
               
Setiap kali nampak waktu yang BERULANG, eloklah tasbih SUBHANALLAH. Tiada hadis atau nas yang suruh ini. Ini hanya saranan saya, agar kita selalu mengucap tasbih, tahmid, tahlil, takbir. Kalau boleh, sentiasalah kita buat.               
               
Pelik? Apa yang nak dipelikkan. Itu semua adalah kuasa Allah. Saya pernah berkata kepada anak buah saya bahawa 'Setakat yang Pakcik faham, ada saat di mana doa kita makbul..' Dia lihat jam digital pada saat itu, ianya BERULANG. Sebenarnya pada ketika itu saya sedang memandu kereta, dia duduk di sebelah saya, dan ketika itu saya sudah hampir sampai untuk turunkan dia di rumahnya. Ketika saya berkata 'saat di mana doa kita makbul' itu, saya tunjuk pada jam digital kereta. Ianya BERULANG 5.55 petang. Saya tidak rancang pun dan tidak pula jeling jam itu sebelum menyatakan perkara itu. Ianya spontan. Magik atau Sihir? Bukan..               
               
Itu bukan magik dan bukan sihir. Dan bukan kisah di atas saja yang pernah saya, dia (dan yang pernah mengenali saya dan dengar berita ini) alami, banyak kisah sebenarnya. Mereka boleh mengesahkannya. Sebahagian dari mereka pun adalah warga Megasutra. Itu adalah pengetahuan yang Allah beri hasil mengkaji Al-Qur'an. Sekarang saya sudah kongsikan dengan anda. Anda juga bolehlah perhatikan sama-sama dan cubalah memahami dan menyedari hakikat kebesaran Allah.               
               
Sesiapa yang 'kebetulan' lihat jam digitalnya berulang, kalau sudi tulis komen, silalah tulis sebanyak sedikit dan berilah pendapat anda mengenainya. Saya pula takkan tulis panjang-panjang dalam artikel pertama ini. Cuma saya menyeru anda dan diri saya sendiri juga, bacalah Al-Qur'an, perhatikan ayat-ayatnya, fahami, kaji dan mohonlah ke hadrat Allah agar Dia tambahkan ilmu kepada kita semua. Dan kita perlulah bersedia untuk jadi tenteraNya (maksudnya berjuang di jalan Allah, dengan berbagai cara, tapi bukan jadi pengganas).               
               
Saya hanyalah manusia biasa macam saudara semua. Saya punya banyak kelemahan dan kecuaian. Namun saya rasa amatlah rugi jika saya, sebagai Muslim, tidak mengkaji Al-Qur'an. Sesungguhnya Al-Qur'an itu untuk semua umat Islam, bukan untuk Rasul, sahabat-sahabat baginda atau para ulama' saja. Ayat pertama 'Bacalah' (Iqra') telah menjelaskan segala-galanya.               
               
Mengapakah judul Teknologi Rahsia Islam bermula dengan isi kandungan yang seperti ini? Allah Maha Mengetahui. Semoga direnungkan.               
               
Wallahua'lam.


Lading_Emas

No comments:

~*~*~ Who