Perjuangan menuntut pengorbanan yang tidak terhingga banyaknya, baik dari aspek fizikal, mental, dan spiritual. Namun semua itu dapat dihadapi dan dilaksanakan oleh pejuang yang hebat ini dengan pertolongan dan pimpinan dari Allah SWT. Natijah daripada itu, akhirnya membuahkan kejayaan kepada baginda dengan terbentuknya sebuah negara Islam yang pertama iaitu Madinnah Munawwarah.
Bermulanya perjuangan Rasulullah SAW
Perjuangan baginda bermula setelah baginda diangkat menjadi rasul. Kerasulan baginda berlaku selang 40 hari baginda mendapat wahyu yang pertama sekalgus menandakan baginda telah menjadi nabi. Peristiwa menerima wahyu yang pertama ini adalah melalui peranataraan malaikat Jibril AS. Yang berlaku pada malam 17 Ramadhan tahun 41 dari umur Nabi SAW ketika baginda mengasingkan dirinya di Gua Hira′,terletak di Jabal an-Nur iaitu kira-kira 6 batu jauhnya dari kota Makkah.
Pemilihan Gua Hira′ini amat bertepatan dengan usaha pemantapan jiwa baginda agar tidak gentar dan dapat melenyapkan rasa takut serta melatih diri hidup dalam kesusahan. Melalui jiwa seperti ini, baginda mampu untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diperintahkan Allah sebagai penolong dan pemimpin bagi seluruh alam. Kesimpulannnya keperitan untuk sampai di Gua Hira itu boleh dianggap sebagai perjuangan batin dan menjadi titik tolak bagi perjuangan batin dan perjuangan yang akan datang yang mana lebih besar dan mencabar.
Setelah sekian lama Rasulullah menunggu penurunan wahyu, maka malalaikat Jibril AS, datang buat kali keduanya menemui Rasulullah S.A.W dalam bentuk rupanya memenuhi ruangan di antara langit dan bumi serta melaungkan dengan kuatnya dengan kata-kata yang bermaksud :
“Wahai Muhammad! Sekarang ini engkau Rasulullah dan aku malaikat Jibril!”
(Khalid, 1994 : hal,39)
Nabi Muhammad SAW segera pulang dan meminta Khadijah untuk menyelimutinya. Lalu Jibril AS datang membacakan wahyu yang bermaksud :
“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah lalu peringatkanlah (manusia). Dan tuhan engkau, hendaklah engkau besarkan. Dan pakaian engkau, hendaklah engkau bersihkan. Dan perbuatan dosa, hendaklah engkau tinggalkan. Dan janganlah engkau memberi (kerana hendak) mendapatkan balasan yang lebih banyak. Dan kerana (memenuhi perintah) Tuhan engkau, hendaklah engkau bersabar. (Al Mudathir : 1-7)
Turunnya ayat ini menandakan secara rasminya Nabi Muhammad diangkat menajdi Rasululullah SAW bagi melaksanakan perintah Allah untuk menyebarkan ajaran Islam. Selain itu juga untuk membawa rahmat ke selauruh alam. Seperti firman Allah yang bermaksud:
“ Dan tidak aku utuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk membawa rahmat ke seluruh alam.” (Al-Anbiya′:107)
Ini telah menjadi satu tanggungjawab yang amat berat dalam perjalanan hidup Rasulullah untuk menyebarkan risalah yang besar untuk seluruh umat manusia di muka bumi ini, agar mereka tunduk untuk menyembah Allah yang Maha Esa. Risalah tauhid inilah yang diperjuangkan hingga ke akhir hayat baginda.
Pendekatan perjuangan Rasulullah SAW
Perjuangan Rasulullah SAW dalam menegakkan kalimah tauhid La Ilaha illaLlah bolehlah dikaitkan dengan kegiatan dakwah dan jihad baginda. Hal ini boleh diperhatikan melalui firman Allah SWT yang bermaksud :
“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu) kamu tidak menyampaikan risalahNya, padahal Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia. Dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.” (Al-Maidah)
Islam adalah agama wahyu, agama risalah yang merupakan pesan keTuhanan yang mesti disampaikan kepada segenap lapisan umat manusia. Islam adalah agama dakwah di mana semua umat Islam wajib untuk mengajak manusia lain untuk sama-sama beriman kepada Allah dalam pelbagai cara, samada media dan sebagainya. Agar kebenaran agama Allah ini dapat diamalkan dalam segenap lapaisan kehidupan masyarakat.
Peringkat dakwah Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan agama Islam.
Peringakat pertama :
Seruan secara sulit memakan masa selama 3 tahun.
Peringkat kedua :
Seruan secara terang tanpa kekerasan berjalan sehingga berlaku hijrah.
Peringkat ketiga :
Dakwah secara terang-terangan menggunakan senjata untuk mempertahankan diri berjalan hingga pembukaan Makkah.
Peringkat keempat :
Dakwah secara terang-terangan dan mengangkat senjata terhadap mereka yang cuba menghalang perjalanan dakwah. Dalam peringkat inilah dipraktikkan syariat-syariat Islan dan perintah jihad pun diturunkan.
Faktor-faktor kejayaan Perjuangan Rasulullah SAW
DIANTARA FAKTOR KEJAYAAN DAKWAH :
Istiqamah dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya oleh Allah SWT menyampaikan risalah tauhid kepada sekuruh umat manusia.
Aqidah yang mantap menjadikan Rasulullah SAW dan pengikut-pengikutnya sentiasa bersemangat wira dan tidak takut untuk menghadapi segala tekanan, penindasan dan serangan dari tentera musuh Islam.
Akhlak Rasulullah SAW itu sendiri yang tidak menyukai kekerasan. Baginda tidak pernah untuk menekan orang lain dengan keistimewaan yang baginda ada. Tidak pernah berlebihan dalam percakapannya. Baginda selalu menahan sabar walaupun sering dicaci dan dihina oleh musuh-musuhnya. Sikap inilah yang membuatkan pengikutnya setia kepada ajaran baginda.
Sentiasa mendapat petunjuk, bimbingan dan pertolongan daripada Allah SWT. Malahan sebagai kekasih Allah SWT, doa baginda senantiasa dimakbulkan.
Peperangan dalam Islam
Dalam menyebarkan agama Allah ini, pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuhi. Termasuklah terpaksa berperang untuk menegakkan kebenaran.
Al-Quran telah menegaskan dalam surah Al-Nahl ayat 125 supaya Islam itu diseru secara kekerasan seperti yang didakwa oleh golongan orientalis yang mengatakan Islam telah disebarkan melalui mata pedang. Allah SWT telah berfirman : “ Tidak ada paksaan untuk memasuki Islam. Sesungguhnya telah
dijelaskan jalan yang benar daripada jalan yang salah,”
(Al-Baqarah : 256)
Perang Badar
Berlaku pada tahun ke 2 hijrah dan merupakan perang yang pertama disertai oleh Nabi Muhammad SAW. Peperangan ini dinamakan Badar kerana peperangan meletus di pinggir sebuah perigi di antara Makkah dan Madinah oleh seorang yang bernama Badr. -
Antara faktor tercetusnya peperangan ini disebabkan orang Musyrikin Makkah telah menghalau orang Islam dari Makka dan harta benda mereka terpaksa ditinggalkan di Makkah. Tambahan pula orang Musyrikin cuba menghapusakan umat Islam di Madinah kerana mereka bimbangi orang Islam akan menguasai perdagangan kerana Madinah terletak antara Makkah dan Syam. Jadi perpindahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah tidak menyenagkan hati orang Quraisy kerana perpindahan itu menguatkan lagi kedudukan orang Islam dan memudahkan Rasulullah menyebarkan agama Islam. -
Orang Quraisy juga telah membuat satu paksaan sulit dengan orang Yahudi di Madinah kerana mereka mahu menghancurkan perkembangan agama Islam. Nabi Muhammad SAW pernah : “Ya Tuhanku! Andai kata kelompok ini hancur, siapakah lagi yang akan menyembah-Mu di permukaan bumi ini.” Setelah itulah kaum muslimin menganggap peperangan ini sebagai ‘Al-Ghazawatul Furqan’ yang bermaksud peperangan yang menentukan pihak yang benar dan paihak yang bersalah. -
Pada suatu masa, orang Musyrikin Makkah telah membawa suatu kafilah perdangangan di bawah pimpinan Abu Sufian bin Harb. Setelah mengetahui gerakan itu,Nabi Muhammad SAW bersama 324 tentera cuba mengesan kafilah tersebut. Abu Sufian terus maminta bantuan dari Makkah setelah mngetahui tentera Islam sedang menghampiri mereka. Bantuan berjumlah 1000 orang telah dihantar dengan diketuai oleh Abu Jahal. Kedatangan kaum Musyrikin bukan untuk menyelamkan barang dagangan mereka tetapi untuk menewaskan umat Islam, maka peperangan tidak dapat lagi dielakkan. -
Sebelum peperangan ini terjadi secara besar-besaran, tiga perlawanan antara satu sama satu telah diadakan.
Tentera Islam Tentera Musyrikin Keputusan Ali bin Abi Talib Syaybah ar-Rubiah Syaybah terbunuh
Hamzah bin Abd Mutalib Al -Walid bin Uthbah Al- Walid terbunuh Ubaydah al- Haris Uthbah bin Rabiah Uthbah terbunuh, Ubaydah terceder.
Selain itu, seramai 67 orang lagi daripada pihak Musyrikin terbunuh termasuk Abu Jahl, manakala 14 orang tentera Islam mati syahid.
Ramai juga tentera kaum Musyrikin yang ditawan. Mereka telah dikenakan wang tebusan mengikut kemampuan masing-masing, iaitu diantara 1000 dirham
hingga 4000 dirham. Tebusan yang tidak berkemampuan tetapi pandai membaca dan menulis akan dikehendaki mengajar 10 kanak Islam sebelum dia dibebaskan.
Hukuman ke atas tentera Musyrikin ini dicadang oleh Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq. Kerana menurutnya dengan cara ini nescaya Allah akan memberikan hidayah kepada mereka dan keluarga untuk menganut agama Islam.
Kemenangan tentera Islam ini tidak disenangi oleh pihak musuh termasuklah orang Yahudi di Madinah, lalu kaum Yahudi telah memperkecilkan kejayaan ini sehingga menyebabkan mereka disingkir dari Madinah. Pihak Musyrikin Makkah pula menaruh dendam ke atas orang Islam.
Perang Uhud
Perang ini tercetus pada tahun 3 Hijrah (625 M). Punca utama tercetusnya perang ini ialah perasaan marah dan dendam di kalangan kaum Musyrikin Quraisy setelah diabaikan oleh kemanagan yang diperolehi oleh tentera Islam. Kaum Musyrikin di bawah pimpinan Abu Sufian dengan kekuatan sebanyak 3000 orang tentera telah menuju ke utara untuk memulakan misi mereka menentang Islam. Nabi Muhammad SAW telah mengadakan mesyuarat tergempar untuk mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menyelamatkan Madinah.
Rasulullah bercadang untuk bertahan sahaja di Kota Madinah dan baginda mendapat sokongan daripada Abdullah bin Ubay. Walau bagaimanapun, golongan muda hendak keluar dari Kota Madinah untuk menentang kaum Musyrikin. Memandangkan ramai yang bersetuju, maka baginda Rasulullah bersetuju untuk menentang kaum Musyrikin di luar Kota Madinah.
Angkatan tentera Islam berjumlah seramai 1000 orang dan dibahagikan kepada tiga batalion. Dalam perjalanan, Abdullah Ubay bersama 300 orang tentera telah keluar daripada barisan peperangan dan kembali ke Madinah. Tindakan itu dilakukan kerana Nabi Muhammad dikatakan tidak menghiraukan pendapatnya untuk membiarkan tentera Islam bertahan di Madinah. Tentera Islam dan kaum Musyrikin telah bertemu di Bukit Uhud dan peperangan telah meletus di situ. Pada peringkat awal, kemenangan telah berpihak kepada tentera Islam tetapi akhirnya tewas.
Punca kekalahan tentera Islam ini disebabkan sikap mereka sendiri yang mengingkari arahan. Terutama sekali pasukan pemanah yang telah meninggalkan kubu masing-masing untuk mengejar harta rampasan perang. Pengaruh harta telah melemahkan kekuatan iman tentera Islam. Khalid Al-Walid telah mengambil kesempatan ini untuk mengucar-kacirkan benteng pertahanan tentera Islam. Ramai para sahabat yang mati syahid termasuklah bapa saudara baginda, iaitu Hamzah r.a. Perang Uhud telah memberi pengajaran kepada tentera Islam dari segi mental dan fizikal. Moral yang dapat kita perolehi dari peperangan ini ialah Allah SWT tidak akan melindungi umatNya yang menyeleweng dari dasar yang perjuangan. Sebaliknya pihak musuh berhak mendapat kemenangan di atas kelalaian umat Islam.
Perang Khandak
Berlaku dalam bulan Syawal tahun ke-5 Hijrah. Perang Khandak bermaksud 'parit' atau kubu kerana tentera Islam menggali parit di sebelah utara Madinah. Peperangan ini juga dinamakan Perang Ahzab kerana tentera musuh terdiri daripada gabungan tentera Quraisy, kabilah-kabilah Arab, dan kaum Yahudi Madinah.
Sebab berlakunya peperangan ini kerana wujudnya perasaan sombong di kalangan orang Quraisy yang ingin melanjutkan peperangan ke atas tentera musuh yang tewas dalam perang Uhud yang lepas. Mereka melihat peperangan kali ini peluang yang terbaik untuk menghapuskan umat Islam yang tidak mampu untuk melawan balik. Selain itu mereka juga ingin menjaga dan membela kesucian agama mereka.
Bilangan tentera Musyrikin berjumlah 10000 orang. Abu Sufian dilantik untuk menjadi panglima agung yang akan menjdi pemimpin pasukan Quraisy, iaitu 4000 tentera berjalan kaki, 300 tentera berkuda, dan 1500 penunggang kuda. Umaiyah bin Hisu mengetuai Bani Ghaftan dengan 1000 tentera pemanah berkuda. Manakala Yahudi Bani Quraizah bertahan di belakang Kota Madinah.
Dalam peperangan ini, Nabi Muhammad SAW, memerintahkan kepada Maslamah bin Aslam dan Zaid bin Harithah dengan tentera Islam berjumlah 500 orang menjaga Madinah daripada serangan dalaman oleh tentera Yahudi Bani Quraizah. Zubair al-Awwam dikehendaki untuk mendapatkan maklumat rahsia daripada Bani Quraizah. Nu'aim bin Ma'sud, pemimpin Bani Ghaftan yang baru memeluk agama Islam telah menawarkan diri untuk melaga-lagakan pihak musuh. Beliau telah pergi menemui pemimpin Yahudi Bani Quraizah dan mengatakan bahawa tentera Quraisy akan mengkhianati mereka.
Selepas itu beliau berjumpa dengan Abu Sufian, pemimpin Bani Quraisy mengatakan bahawa tentera Yahudi telah mengkhianati perjanjian keamanan dengan Nabi Muhammad SAW. Tindakan Nu'aim berjaya menimbulkan syak wasangka dikalangan tentera musuh sehinggakan rancangan untuk menyerbu masuk Kota Madinah terpaksa dibatalkan. Nu'aim berjaya memainkan peranan kerana beliau baru sahaja memeluk Islam dan pihak musuh tidak mengetahuinya.
Rasulullah kemudiannya menyusun strategi peperangan dengan menerima cadangan Salman al-Farisi untuk menggali parit sepanjang 12000 hasta di utara Kota Madinah. Halangan parit besar ini menyebabkan tentera Ahzab berkhemah di kawasan luar parit dan mengepung selama 2 minggu. Kepungan mereka tidak mendatangkan hasil.
Peperangan hanyalah berlaku dalam bentuk lontaran batu dan lembing serta berpanah-panahan. Beberapa orang tentera Quraisy cuba menyerang parit tetapi berjaya dibunuh oleh tentera Islam. -
Akhirnya, tentera musuh yang mengepung di luar parit telah kehabisan makanan. Peristiwa ini telah disusuli dengan ribut pasir yang berlaku selama 3 hari berturut-turut. Kejadian ini menyebabkan khemah tentera Ahzab telah terbongkar dan debu berterbangan menyebabkan mata mereka pedih. Akhirnya mereka tewas dan meninggalkan medan perang dengan kekecewaan. Peristiwa ini telah dicatatkan dalam Al-Quran Surah Al-Ahzab ayat 9.
Selepas peperangan ini, tentera Islam telah mengubah strategi peperangan, iaitu tidak menunggu dan bertahan tetapi mereka mula menyerang tempat-tempat yang dijadikan markas untuk menentang tentera Islam. Perang Ahzab telah membuktikan bahawa kekuatan fizikal semata-mata tidak mencukupi untuk menentang kekuatan iman umat Islam. Selagi mereka di bawah pimpinan Nabi Muhammad SAW, mereka akan berjaya untuk mengatasi pelbagai rintangan.
Petikkan~ http://whizteenz.tripod.com/
Lading_Emas
-
No comments:
Post a Comment