~*~KALiMAH TAUHiD~*~







~**~TiADA TUHAN KECUALi ALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH pd SETiAP KERLiPAN & PD SETiAP NAFAS Sbyk LuasNYA APA YG ADA pd iLMU ALLAH ~**~

~*~SOLATLah KiTa, Sebelum KiTa diSOLATkan~*~


~*~PLS OPEN this WEB with MOZILLA FIREFOX or INTERNET EXPLORER...for BEST Results, Tq (^^,)

HADIS ~ PESANAN RASUL KITA, UTK UMATNYA TERSAYANG!!!


Drpd Nabi SAW bsabda:~

Ssiapa ke MASJID pd Waktu PAGI/pd Waktu PETANG Allah akan menyediakan utknya satu TEMPAT TINGGAL di Syurga apabila dia pergi samada pd Waktu PAGI atau pd Waktu PETANG

(HR Muslim, #1073)




~*~*~*[MUTiARA HADIS_1]








~~*~~[MUTiARA HADIS_2]





~~**~~[MUTiARA HADIS_3]





~~***~~[MUTiARA HADIS_4]





~*~*~*~*
~*~
~*~


PESAN Rasululah SAW

“Sesungguhnya AMAT dirasa BERAT oleh seOrg MUNAFIK, UTK melaksanakan SOLAT ISYA dan SOLAT SUBUH Sekiranya MEREKA TAHU akan keAGUNGan PAHALAnya, nescaya mereka mendatanginya (ke MASJID, SOLAT berJEMAAH) sekalipun dlm keadaan MERANGKAK2”

(HR Bukhari Muslim)

~*~Hadis Abu Hurairah RA:

Drpda Nabi SAW bSabda: Sesiapa yg pergi ke MASJID pada waktu PAGI atau pada waktu PETANG Allah akan menyediakan untuknya satu TEMPAT TINGGAL di SYURGA apabila dia pergi SAMADA pada waktu PAGI atau PETANG.

(HR Muslim, #1073)

~*~
“Sesungguhnya Allah akan mgumpulkan Org2 MUNAFIK dan 0rg2 KAFIR di dlm JAHANNAM


(QS An Nisa:140).


SOLAT BERJEMAAH LEBIH TINGGI 27 DERAJAT DIBANDING SOLAT SENDIRI“

(HR Bukhari &Muslim)


***

Monday, November 2, 2009

Masya-Allah! Sekampung habis murtad

Beberapa ketika dulu, National Geographic ada menayangkan

kisah di satu kampung di persisir Sg Amazon, Brazil , yg
perjalanan dari bandar utama mengambil masa selama 2 hari
menyusuri Sg. Amazon dan terpaksa berjalan kaki sekitar 2 hari
lagi utk sampai ke kampung berkenaan. Amat mengejutkan, di kg
pendalaman itu kesemua penduduknya beragama kristian.

Malahan ada sebuah gereja . Seorang padri telah berada di kg
tersebut utk berdakwah sedari awal lagi.

Padri ini terpaksa menghadapi bukan saja kerenah penduduk asli
ini yg pada asalnya beragama menyembah banyak tuhan
(termasuk pokok dan unsur mistik) tetapi terpaksa belajar hidup
seperti penduduk asli ini, spt makan apa yg ada, berpindah
randah, wabak penyakit malahan peperangan antara suku.

Tanpa jemu si padri berdakwah hingga pada suatu peringkat
nyawanya juga hampir teracam ….. tetapi akhirnya ……. atas
usaha dakwahnya yg tak mengenal erti takut atau bosan,
penduduk kg tersebut menerima kehadiran padri ini dan menganut
agama yg dibawanya. Bukan sorang tapi sekampung!

Bagi aku, itulah istiqamah dalam berdakwah namanya.

Cuba tanya, pendakwah yg ada di Malaysia ni ……. Nak ke pergi
berdakwah ke Hutan Belum di Grik perak tu yg 6 jam perjalanan
menaiki bot merentas Tasik Banding dan berjalan kaki 8 jam lagi
untuk sampai ke perkampungan org Asli yg ada disitu. Atau
paling mudah lagi nak ke berdakwah kat kg orang Asli yg ada
kat Gombak tu. Berapa lama agaknya boleh bertahan?

Bukan nak menghina, tetapi inilah realitinya. Baru nak ajak gi
lawatan ke RPS Orang Asli di Pahang , yg cuma perlu mudik hulu
sungai 3 jam je dah banyak dalih. Soalan pertama yg terpacul,
banyak nyamuk ngan lintah tak kat situ?

Bila bagi ceramah dalam aircond asyik sebut pasal istiqamah,
tapi tealitinya penuh palit an dengan habuan.

Bila nak sembang pasal dakwah, bezakan dulu antara amalan
‘amalillah’ dan ‘amalbillah’

Kalau masih tak jumpa ……hentikan je lah!!


*******************************


Masya-Allah! Sekampung habis murtad

Oleh Shamran Sarahan

Suatu pagi, seorang lelaki separuh umur berkunjung ke sebuah
perkampungan di Kudat, Sabah. Lelaki itu sedang melakukan
research bagi menyiapkan latihan ilmiah pengajiannya disebuah
istitut pengajian tinggi awam.

Kajian lelaki tersebut berkaitan dengan tinjuan permasalahan
mualaf mualaf di kawasan berkenaan. Apakah yang telah
dilakukan dan telah diperolehi lelaki tersebut?

Sebagaimana yang diketahui oleh lelakia itu atau lebih mesra di
panggil Ustaz Iskandar, seluruh penduduk kampung tersebut
adalah mualaf! Pada sekitar tahun 1970an, kebanyakan suku
Rungus di situ telah menganut agama Islam.

Bagi mengetahui perkembangan saudara saudara baru Islam di sana, Ustaz
Iskandar telah melanjutkan permasalahan tersebut dalam kajian
latihan ilmiah pengajiannya. Ustaz Iskandar mahu mendapatkan
respons, bagaimana gerakan dakwah Islamiah yang mereka telah
terima dan bagaimana pula mereka hidup sebagai orang Islam?

Pertama sekali, Ustaz Iskandar telah mengedarkan beberapa
borang soal selidik kepada orang orang kampung. Setelah borang
soal selidik disebarkan timbul pula satu masalah! Penduduk
kampung disitu tidak memberi kerjasama, mereka tidak mahu
mengisi borang tersebut. Ustaz Iskandar memikirkan satu
alternatif lain pula. Dia telah berjumpa sendiri dengan penduduk
penduduk kampung tersebut. Dari sebuah rumah ke sebuah
rumah, Ustaz Iskandar bersua muka dengan penduduk penduduk
disitu

Namun, harapan Ustaz Iskandar untuk mendapatkan maklum
balas yang positif tidak kesampaian. Bukannya penduduk
kampung tidak mahu berjumpa dengannya, tapi ada permasalahan
lain. Ia sama sekali tidak seperti yang disangkakannya. Apakah
jawapan yang telah diterima oleh Ustaz Iskandar?

Ustaz Iskandar memandu keretanya ke Kota Kinabalu menuju ke
daerah Kudat pada waktu tengahari. Perjalanan mengambil masa
lebih kurang dua jam setengah. Apabila tiba waktu Zuhur, Ustaz
Iskandar singgah ke sebuah kawasan perkampungan untuk
mencari surau ataupun masjid. Dari satu kampung ke satu
kampung, Ustaz Iskandar tercari cari tempat untuk beribadat.

Tapi, dia hampa. Ada ditemuinya surau suarau di kampung
tertentu, tetapi semuanya tidak boleh digunakan. Terdapat surau
dan masjid yang sudah terlalu usang, dinding reput dan atapnya
bocor.

Ustaz Iskandar tertanya tanya, apakah sebenarnya yang telah
berlaku di kampung tersebut? Adakah masyarakat di situ tidak
beribadat lagi dirumah Allah? Yang paling menghairankan Ustaz
Iskandar, ada surau surau yang tinggal rangka, kayu papan
dindingnya terlah tercabut. Kubahnya saja yang tertinggal!

Di sebuah surau, Ustaz Iskandar dapati keadaan terlalu daif.
Terlalu kotor, catnya lusuh, berhabuk dan terdapat barang
barang orang kampung seperti cangkul, bakul bakul dan kampit
yang ditinggalkan di situ. Masjid itu dijadikan stor!
Sewaktu hendak menunaikan solat Zuhur, Ustaz Iskandar
terpaksa membersihkan tempat hendak sujud kerana dipenuhi
debu dan habuk. Selepas solat, Ustaz Iskandar telah menemui
beberapa orang kampung yang tinggal berhampiran surau
tersebut untuk mengetahui sebab muabab mengapa keadaan
begitu terjadi.

Salah seorang penduduk kampung memberitahu: “Bah …. Tiada
orang yang pergi sembahyang lagi disana. Jadi itulah yang
terjadi!”

Masya-Allah!! Ustaz Iskandar beristigfar beberapa kali apabila
mendengar jawapan tersebut. Dia dimaklumkan, tiada sesiapa
daripada penduduk kampung tersebut yang mahu
bertanggungjawab menjaga surau. Sebab itulah, surau tertsebut
tidak terurus, kotor dan terbiar lantas dijadikan stor.

“Dulu kerajaan yang membuat surau ini! Kalau tidak silap saya,
dalam tahun 70an atau 80an dulu. Saya tidak ingat bila! Dulu
dulu, orang kampung pakai juga surau ini. Sekarang tidak lagi!”
terangg penduduk kampung tersebut. Umurnya sekitar 50an.
Mengapa? Tanya Ustaz Iskandar lanjut.

“Buat apa kami mau pergi sembahyang di surau itu. Kami bukan
orang Islam lagi! Kami orang Kristian, kami sembahyang di
gereja,” jawab penduduk kampung itu lagi.

Ustaz Iskandar tersentak lagi. Dia mengajukan pertanyaan,
kalau begitu begaimana pula dengan orang orang Islam yang
tinggal di kampung tersebut? Di mana mereka beribadat dan
bersembahyang berjemaah?

Penduduk kampung tadi menjawab: “Kami semua orang Kristian,
bah. Tiada lagi orang Islam disini!”

Makin terkedu Ustaz Iskandar mendangar jawapan di luar
digaanya itu. Beberapa orang penduduk kampung lagi yang
ditemui disitu, jawapanya yang serupa diterima: Kami bukan
orang Islam lagi!”

Ustaz Iskandar meninggalkan kampung tersebut dan menuju ke
sebuah kampung lagi yang menjadi fokus kajiannya. Sebeum
sampai ke kampung tersebut, Ustaz Iskandar mengharapkan

keadaannya berbeza dengan kampung yang baru disinggahinya
tadi. Namun apa yang dibayangkan meleset. Sekali lagi Ustaz

Iskandar mendapat khabar yang serupa, penduduk kampung di
situ tidak lagi beragama Islam.

Ia sama sekali berbeza dengan maklumat yang diketahuinya
tentang kampung kampung tersebut sebelum ini, mereka
sepatutnya beragama Islam.

Apakah yang terjadi sebenarnya?

Memang mengejutkan. Tiap tiap kampung yang dikaji Ustaz
Iskandar itu habis kesemuanya murtad. Dari ketua kampung, tok
imam, tok bilal sampai kepada guru al-Quran telah memeluk
agama lain.

“Bukannya seorang dua yang telah bertukar agama, tapi satu
kampung! Mengapa jadi begitu? Kita perlu serius tanganinya.
Masalahnya ini menunjukkan kelemahan kita.

Dulu masjid dan surau di sana ada dilaunkan azan, ada orang
berjemaah, belajar mengaji tapi sekarang tidak lagi. Suraunya
sudah hampir roboh.

“Kalau Mastika tak percaya boleh pergi ke sana,” terang Ustaz
Iskandar sewaktu kami bertemu dengannya di sebuah lokasi
sekitar Mengatal, Kota Kinabalu.

Ustaz Iskandar memang sangat berbesar hati untuk berjumpa
dengan Mastika. Dia mahu menceritakan segala galanya dan
apakah sebenarnya yang telah berlaku di kampung kampung
tersebut semasa kajian dibuat pada tahun 2003 itu.

“Memang mulanya saya mahu membuat kajian tentang mualaf
mualaf yang berada di Sabah. Saya mahu fokuskan kajian saya
terhadap sejauh mana kefahaman mereka tentang Islam? Tapi,
apa yang saya perolehi sama sekali tidak saya duga! Perkara
sebaliknya yang saya jumpa,” cerita Ustaz Iskandar

Hasil penyelidikan Ustaz Iskandar, mualaf mualaf yang murtad
di kampung berkenaan sebenarnya berlaku atas sebab tiada
bimbingan. Kebanyakan penduduk di situ tidak di dakwah sebaik
baiknya.

“Ada diantara penduduk kampung yang langsung tak tau tentang
Islam, buta tentang agama ini. Mereka Cuma tau, orang Islam
kena sembahyang, kena puasa! Dan, Tuhan orang Islam ialah
Allah. Lihatlah betapa ceteknya pengetahuan mereka tentang
Islam. Sebab itu mereka senang bertukar ke agama lain.

“Sekitar tahun 70an dulu, ramai diantara mereka ini telah
diIslamkan. Bukan satu dua orang, tapi sekampung. Sayangnya,
mereka ini diabaikan, akhirnya sekampung murtad. Salah siapa?”
tanya Ustaz Iskandar.

Terangnya, ramai di kalangan penduduk penduduk yang
diIslamkan itu berkaitan dengan politik semasa di sabah. Kalau
mereka menyertai parti tertentu, mereka aecara automatik
menganut agama Islam.

“ Ini sebenarnya kes lama. Orang orang kampung ini dijanjikan
duit! Kalau masuk parti berkenaan, bererti mereka harus
menerima Islam. Mereka dijanjikan wang sebanyak RM250 kalau
menganut Islam.

“Tapi, ada antara orang kampung yang ditipu. Duit tak diberi

satu sen pun!. Lama kelamaan, orang orang kampung bertukar
fikiran. Mereka sertai pula gerakan agama lain.


“Daripada apa yang saya ketahui. Gerakan agama ini menjanjikan
wang juga. Mereka beri orang orang kampung RM280, dan

mereka tunaikan janji mereka. Selepas itulah, ramain orang
kampung di situ yang bertukar agama.
“Pada saya, cara ini tak kena langsung. Duit sebenarnya soal

kedua, yang penting sekali dakwah. Dakwah lagi penting! Apa
guna mereka masuk Islam kerana duit! Soal Islam itu sendiri
mereka tak tahu,” terang Ustaz Iskandar panjang lebar.

Yang lebih menyedihkan, ada kalangan penduduk kampung yang
murtad ini pandai mengaji dan bersembahyang tetapi termakan
pujukan pihak lain.

“Dah jelas, di manan silapnya? Syiar Islam itu sendiri tak
ditegakkan. Saya nak cakap banyak pun susah. Tapi tidak ramai
orang yang mehu berjihad untuk menggerakkan dakwah Islam ini
secara total,” jelalsnya.

Berkali kali Ustaz Iskandar nyatakan pada kami, apa yang
berlaku ini adalah kegagalan yang paling besar orang Islam
sendiri.

“Kita harus insaf dengan apa yang terjadi,” tegas UIskandar.
Dia betul betul menyesal.

Kami bertanya, bagaimana pula orang orang kampung tersebut
boleh murtad? Siapa dalangnya?

Jawab Ustaz Iskandar: “Tiada sesiapa yang menjadi dalang!

Saya dah nyatakan tadi, ini kelemahan paling besar orang Islam.
Gerakan agama lain, lebih aktif. Mereka berdakwah bersungguh
sungguh.

“Bayangkan, anak anak orang kampung diberi bantuan
perekolahan. Duit, buku, pakaian semua diberinya. Ini satu bonus
yang cukup besar. Tambah tambah pula, sewaktu mereka
menganut Islam dulu, mereka tidak dibimbing dan diberi
perhatian sewajarnya,” jelas Ustaz Iskandar.

Di akhir perbualan kami, Ustaz Iskandar menyarankan kami
supaya berjumpa sendiri dengan penduduk penduduk kampung
yang telah murtad untuk mengetahui sendiri secara lebih dekat.

Pada hari berikutnya, kita kira pukul 10.00 pagi, kami tiba
dikampung yang dimaksudkan oleh Ustaz Iskandar tadi. Tiada
siapa pun yang tahu tujuan kedatangan Mastika ke sana. Kami
ingin mencungkil rahsia mengapa habis sekampung murtad?

Di sebuah rumah, Mastika menyapa seorang lelaki muda berusia
sekitar 30an. Tanpa berselindung, kami berterus terang
memberitahu ingin mengetahui mengapa semua penduduk kampung
tersebut murtad dan memeluk agama kristian.


“Bah! Saya tak dapat tolong. Kalau begitu, bagus kamu cakap
sama saya punya bapa. Dia orang lama disini,” kata pemuda itu
pada kami lalu membawa ke rumahnya.

Kami djjemput naik ke sebuah rumah papan berbetuk empat segi
beratapkan zink. Kami dijamu dengan teh panas dan sebotol air
tapai.

“Minum …. Jangan segan segan,” kata bapa pemuda tadi, dia

sekadar mahu diperkenalkan sebagai Joseph. Sambil itu Joseph
menyatakan pada kami: “Saya tak mahu persoalkan pasal agama,
sama ada Islam atau kristian. Saya anggap semua agama sama!
Semua membawa kebaikan!” Kata katanya begitu serius.

Kami nyatakan pada Joseph bukan begitu niat sebenar kami.

Tujuan kami sebenarnya bukan untuk mempersoalkan tentang
sesuatu agama, tetapi bagaimana tentang Joseph sendiri? Dulu
Islam, mengapa keluar dari Islam? Soalan terakhir kami ingin
tahu mengapa habis sekampung murtad?

Joseph akhirnya tersenyum. Dia mula faham apa maklumat yang
ingin kami tahu. Joseph pun bercerita bagaimana punca dia
menganut agama Islam antaranya kerana ajakan dari parti
politik tertentu. Joseph langsung tidak mengetahui apa
tujuannya memeluk agama Islam ketika itu. Pada Joseph, ia tidak
lebih dari soal politik.

“Ada orang datang kampung kami, ajar kami pasal Islam. Kami
tak tahu siapa dia orang, mungkin dari jabatan agama. Tapi, tak
lama. Lepas pilihan raya orang tu tak datang lagi,” jelasnya
sambil mengajak meneguk the panas terhidang.

Kami tanya pula, mengapa hal itu berlaku? Joseph menjawab
tidak tahu. Selepas itu, kata Joseph beberapa tahun kemudian
dia terlibat pula dengan satu gerakan keagamaan. Pada Joseph,
agama tersebut bergerak lebih konsisten.

“Setiap minggu, kami satu kampung dibawa berkumpul. Kami

diajar pasal agama itu. Saya senang dengan agama ini. Bukan itu
saja, mereka tolong anak anak kami belajar! Saya tak risau pasal
belanja. Apa saja kami nak mereka bagi,” katanya.

Lalu, kami bertanya apakah bantuan yang mereka terima?

Menurut Joseph, dalam agama tersebut, terdapat sekolah
sekolah tertentu yang ditaja pihak berkenaan. Sekolah itu juga
menyediakan asrama untuk kemudahan pelajar pelajar tersebut.

“Anak anak saya semua tiada masalah masa belajar! Dari sekolah
redah sampaikan sekolah menengah. Setiap hari, mereka beri
sepuluh ringgit!

Buku buku percuma. Makan minum saya tak risau, sebab dia
orang tinggal asrama. Sampai masuk univarsiti, anak saya masih
mereka tolong,” terang Joseph tersenyum.

Dia menunjukkan gambar dua orang anaknya yang meneruima
ijazah di luar negara. Gambar itu terlekat di dinding rumahnya.

Joseph kemudain bersuara: “Kamu percaya, kristian itu agama
yang benar?” katanya. Kami terdiam!
“Ya… kamu tahu, kan akhir zaman nanti, Jesus akan turun ke
bumi. Jesus kalau dalam Islam ialah Nabi Isa. Kalau Islam benar,
mengapa Nabi Isa yang akan turun di akhir zaman nanti?” tanya
Joseph tenang.
Kami tidak mahu berdebat pasal Jesus atau siapa benar dan
siapa salah. Tujuan kami Cuma ingin tahu sebab musabab mengapa
habis sekampung semua murtad. Sekarang kami sudah tahu
puncanya. Kami terus bersembang. Dari apa yang diperbualkan

Joseph, kami dapati dia banyak mengetahui tentang Islam. Dia
tahu Rukun Islam, kenal siapa Allah, dan juga tahu tentang semua
ibadat yang dilakukan orang orang Islam.
“Saya pernah jadi orang Islam, sebab itu saya tahu!”. Kata

Joseph sambil tersenyum.

Setelah hampir dua jam kami bersembang, kami tinggalkan
Joseph. Kami bertemu pula dengan beberapa orang penduduk
kampung. Tapi, kami tidak mendapat maklum balas positif.

Salah seorang dari penduduk kampung yang kami temui
berkata:”Kami bukan Islam lagi, bah. Kami ikut agama mana yang
kami mahu. Tak payahlah ganggu kami!”.



Katanya lagi: “ Kami terbuka pasal agama. Saya tak kisah kalau
anak saya masuk Islam atau Kristian. Seorang anak perempuan
saya masuk islam balik, saya tak kisah. Anak saya tu kahwin
dengan orang Johor. Yang penting dia suka, saya okey. Sudahlah,
biar kami dengan agama kami sekarang!”

Sekitar pukul 3.00 petang, kami tinggalkan kampung tersebut
kerana ada antara orang orang kampung yang tidak senang
dengan kedatangan kami. Bagi menggelakkan sebarang syak
wasangka kami terus pulang ke Kota Kinabalu.


Dua hari kemudian, kami berjumpa semula Ustaz Iskandar. Kami
beritahunya, cerita tentang sekampung penduduk Islam murtad
itu memang benar. Mereka sekarang senang dengan agama baru
yang banyak membantu mereka dari soal persekolahan anak anak
sehinggalah duit poket.



Tapi sikap pendakwah dan jabatan agama Islam kita sendiri
bagaimana?



“Jangan hairan! Macam yang saya katakan sebelum ni, kita tak
boleh nak salahkan orang lain, apa yang berlaku adalah
kelemahan kita sendiri….” Beritahu Ustaz Iskandar mengakhiri


perbualan.

Mastika Februari 2007






Lading_Emas

No comments:

~*~*~ Who