~*~KALiMAH TAUHiD~*~







~**~TiADA TUHAN KECUALi ALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH pd SETiAP KERLiPAN & PD SETiAP NAFAS Sbyk LuasNYA APA YG ADA pd iLMU ALLAH ~**~

~*~SOLATLah KiTa, Sebelum KiTa diSOLATkan~*~


~*~PLS OPEN this WEB with MOZILLA FIREFOX or INTERNET EXPLORER...for BEST Results, Tq (^^,)

HADIS ~ PESANAN RASUL KITA, UTK UMATNYA TERSAYANG!!!


Drpd Nabi SAW bsabda:~

Ssiapa ke MASJID pd Waktu PAGI/pd Waktu PETANG Allah akan menyediakan utknya satu TEMPAT TINGGAL di Syurga apabila dia pergi samada pd Waktu PAGI atau pd Waktu PETANG

(HR Muslim, #1073)




~*~*~*[MUTiARA HADIS_1]








~~*~~[MUTiARA HADIS_2]





~~**~~[MUTiARA HADIS_3]





~~***~~[MUTiARA HADIS_4]





~*~*~*~*
~*~
~*~


PESAN Rasululah SAW

“Sesungguhnya AMAT dirasa BERAT oleh seOrg MUNAFIK, UTK melaksanakan SOLAT ISYA dan SOLAT SUBUH Sekiranya MEREKA TAHU akan keAGUNGan PAHALAnya, nescaya mereka mendatanginya (ke MASJID, SOLAT berJEMAAH) sekalipun dlm keadaan MERANGKAK2”

(HR Bukhari Muslim)

~*~Hadis Abu Hurairah RA:

Drpda Nabi SAW bSabda: Sesiapa yg pergi ke MASJID pada waktu PAGI atau pada waktu PETANG Allah akan menyediakan untuknya satu TEMPAT TINGGAL di SYURGA apabila dia pergi SAMADA pada waktu PAGI atau PETANG.

(HR Muslim, #1073)

~*~
“Sesungguhnya Allah akan mgumpulkan Org2 MUNAFIK dan 0rg2 KAFIR di dlm JAHANNAM


(QS An Nisa:140).


SOLAT BERJEMAAH LEBIH TINGGI 27 DERAJAT DIBANDING SOLAT SENDIRI“

(HR Bukhari &Muslim)


***

Wednesday, November 18, 2009

SALAM

Ditulis oleh Ustaz Zahazan

Sabtu, 24 Oktober 2009 12:16


PERKARA pertama yang Nabi saw sampaikan ketika berada di al-Madinah
al-Munawwarah adalah :

" Wahai manusia, berikanlah salam, beri lah makan,
jalinkanlah silaturrahim solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang
tidur nescaya kamu akan memasuki syurga dengan selamat sejahtera"
( Riwayat Ahmad no 24513, Ibn Majah no 3374,al-Baihaqi dalam al-Syu’ab no 8490 )

Salam ini menurut hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim diajar secara
sempurna oleh para malaikat kepada Adam dengan lafaz Assalammualaikum
warhmatulLah.Allah memberitahu Nabi Adam ini adalah salam kamu dan
keseluruhan zuriatmu hingga ke hari Kiamat.

Antara kelebihan salam yang paling utama ialah ia menimbulkan kemesraan
yang menjadi asas kasih sayang.Sementara kasih sayang menjadi penyebab
rahmat dan keimanan dan seterusnya mendapat syurga Allah.
( Riwayat Muslim no 203, al-Tirmizi no 2699 )

Antara hukum hakam yang menarik mengenai salam adalah :

Makruh memberi salam dengan ucapan “Alaikumus salam.”

Rasulullah s.a.w. bersabda apabila Jabir r.a. memberi salam dengan lafaz tersebut,

“Jangan kamu mengatakan alaikas salam.” Dalam riwayat Abu Daud disebut,

“Kerana sesungguhnya ucapan alaikas salam itu adalah salam untuk orang yang
telah mati.” (Riwayat Abu Daud dan al- Tirmizi)

Dianjurkan mengucapkan salam sebanyak tiga kali di khalayak ramai. Di
dalam hadis Anas disebut bahawa:

“Nabi s.a.w. apabila Baginda mengucapkan sesuatu kalimah, ia mengulanginya tiga kali. Dan apabila ia datang kepada sesuatu kaum, ia memberi salam kepada mereka tiga kali.”
(Riwayat al-Bukhari)

Termasuk dalam sunah memberi salam seperti berikut:

Orang yang berkenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki.
Orang yang berdiri/berjalan memberi salam kepada orang yang sedang duduk.
Individu (seorang) memberi salam kepada kelompok ramai dan kelompok yang
sedikit memberi salam kepada kelompok yang lebih ramai.

Orang yang muda memberi salam kepada orang yang lebih tua.
Disunatkan meninggikan sedikit suara memberi dan menjawab salam, supaya jelas
didengar, kecuali seandainya ada orang yang sedang tidur.

Disunatkan memberi salam sewaktu masuk ke sesuatu majlis dan ketika keluar
dari majlis.

Disunatkan memberi salam ketika masuk ke rumah walaupun rumah yang kosong.
Makruh memberi salam kepada orang yang sedang qada hajat.

Disunatkan memberi salam kepada anak-anak.
Tidak memulai memberi salam kepada orang bukan Islam. Namun sekiranya mereka
yang mendahulukan memberi salam, maka jawablah: “Wa’alaikum.”

Disunatkan memberi salam kepada sesiapa jua sesama Muslim, sama ada yang
dikenali atau tidak. Sunat menjawab salam yang dikirimkan melalui orang lain.

Jangan memberi salam dengan isyarat melainkan ada keuzuran seperti sedang
solat, bisu atau jarak yang agak jauh.

Digalakkan berjabat tangan, kecuali dengan wanita atau lelaki yang bukan
mahram.

Haram membongkokkan badan atau sujud sebagai tanda penghormatan semasa
memberi salam.

Muga kita dapat sama-sama mengamalkan sunnah yang kecil ini, bagi
memperolehi ganjaran yang besar disisiNya.


Sumber: Al-Azkar dan Adab al-Muslim fi al-Yaum wa al-Lailah.Terperinci,
sila rujuk dalam majalah Solusi isu 13 yang akan berada di pasaran pada

awal Bulan November 2009.



Lading_Emas

No comments:

~*~*~ Who