Kota Makkah – dahulu dan sekarang ~ Hj Lokman |
( 1 Vote )
Saturday, 30 July 2011 14:48 |
Harga package umrah sekarang sungguh mahal kalau bandingkan saya pergi 10 tahun dulu. Dahulu kos package untuk 10 hari akhir ramadhan dalam anggaran RM3 ribu atau RM4 ribu, sekarang ni sampai RM8 ribu hingga RM10 ribu (yang package murah tu). Bila ditanya kanapa sekarang package mahal, jawapan yang diberi sebab kos penginapan di Makkah sudah naik tiga atau empat kali ganda sebab banyak hotel-hotel lama sudah diruntuhkan. Ada dilapurkan 1,200 bangunan hotel-hotel (bukan bilangan bilek hotel ya..) telah diruntuhkan untuk memberi laluan kepada projek pembesaran Masjidil Haram. Saya setuju Masjidil Haram perlu dibesarkan lagi untuk menampung peningkatan jemaah di masa hadapan. Tetapi mesti lah ada perancangan yang teliti untuk mengganti tempat-tempat penginapan di Makkah. Masih ingat dulu kedai-kedai di sekitaran Masjidil Haram. Kalau lepas habis buat Sai di Bukit Saffar, keluar saja ada kedai-kedai gunting, kedai jual ice-cream, kedai makan indonesia dan kedai makan pakistan. Dalam kawasan luar masjid ada kedai-kedai runcit, sesiapa yang hilang selipar atau kasut boleh beli dekat kedai itu, tak perlu berjalan berkaki ayam balek hotel. Dulu ada bazaar antara Saffar dengan Masjid Kuching, bazaar yang atasnya ditutup zinc. Banyak kedai jual kurma, kedai kitab, kedai jual mas, kedai jual kain ela, kedai jual carpet, kedai orang Yemen jual souvenier dan macam-macam lagi. Di bahagian Gazza, terdapat banyak kedai-kedai untuk membeli-belah. Itu lah Makkah sepuluh tahun atau lima tahun lalu! Semasa saya pergi umrah ramadhan yang lalu, saya sangat terharu melihat warga-warga tua yang terpaksa berjalan hingga 1 km hingga 3 km untuk pergi ke Majidil Haram sebab tempat penginapan yang murah atau sederhana memang terletak jauh dari Masjidil Haram. Kalau musim haji atau 10 hari ramadhan yang terakhir, cabaran yang paling utama berada di kota Makkah ialah bagaimana hendak meharungi jutaan lautan manusia sebelum dan selepas setiap waktu fardhu solat. Selain dari cuaca panas di bulan ramadhan, dugaan yang paling mencabar ialah meharungi jutaan jemaah didalam masjid mahu pun di luar masjid di kota Makkah. Gambar diatas adalah suasana diluar masjid selepas solat jumaat. Gambar dibawah adalah suasana di Dataran Kaabah diambil semasa sebelum solat terawih. Di Masjidil Haram pula, dulu kita boleh lihat telaga zamzam, sekarang air zamzam mengalir dari paip air biasa di tepi masjid. Dulu kita boleh mandi air zamzam di tempat ambil wudhu dibawah tangga tempat air zamzam. Banyak pembaharuan di Masjidil Haram, diperbesarkan laluan sai dari 1 lane ke 2 lane, dahulu tempat sai hanya dua tingkat tetapi sekarang 3 tingkat, sekaranng laluan sai di tingkat bawah ada aircond. Dulu ada garisan hitam antara penjuru Hajar Aswad dan tiang lampu hijau di masjid, tetapi sekarang tiada lagi. Dulu masa tawaf, di garisan hitam ini lah selalu “jam” sebab jemaah mencari-cari dimana garisan hitam itu. Sekarang ada jam besar, jam yang terbesar dan tertinggi di dunia yang terletak di bangunan Makkah Clock Tower Hotel. Memang cantik dan megah, dari Taneem boleh nampak jam besar itu. Tapi saya kekadang tertanya, perlu ke ada nya jam sebesar itu. Kos yang menelan belanja berbilion untuk mendirikan bangunan Makkah Clock Tower itu mungkin akan lebih berfaedah sekiranya dibina monorail atau pengangkutan laju antara Masjidil Haram dan Taneem. Sudah 11 tahum saya naik van atau bas merah awam untuk pergi ke Taneem untuk memlafaz niat miqat umrah. Berjuta lagi jemah lain yang naik van dan bas seperti saya. Alangkah mudahnya kalau ada kemudahan monorail atau pengakutan yang lebih efectif lagi supaya jemaah selesa dan tidak buang masa pergi ke Taneem. Lima atau sepuluh tahun akan datang, kota Makkah akan bertukar lagi dengan bangunan-bangunan tinggi dan kemudahan moden dan infrastruktur yang terkini. Dengar khabar ada keretapi bawah tanah menghubungkan Jeddah, Tanaeem, Masjidil Haram dan Mina. Memang pembangunan itu perlu mengikut peredaran masa dan untuk menampung peningkatan jemaah yang datang ke kota Makkah tapi sayang nya bandar lama Makkah hanya dalam kenangan. |
WallahHu'Alam.
[Sumber..]
. .
No comments:
Post a Comment