~*~KALiMAH TAUHiD~*~







~**~TiADA TUHAN KECUALi ALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH pd SETiAP KERLiPAN & PD SETiAP NAFAS Sbyk LuasNYA APA YG ADA pd iLMU ALLAH ~**~

~*~SOLATLah KiTa, Sebelum KiTa diSOLATkan~*~


~*~PLS OPEN this WEB with MOZILLA FIREFOX or INTERNET EXPLORER...for BEST Results, Tq (^^,)

AL_QURAN Video+ TerJemahan

~*~*~*~

HADIS ~ PESANAN RASUL KITA, UTK UMATNYA TERSAYANG!!!

~*~*~*~*~*~*~*~*~*[PerHaTiKan MuTiARA KATANYA]
~~*~~[PerHaTiKan MuTiARA KATANYA]
~~**~~[PerHaTiKan MuTiARA KATANYA]
~~***~~[PerHaTiKan MuTiARA KATANYA]
~*~*~*~* ~*~ ~*~
PESAN Rasululah S.A.W
“Sesungguhnya PALING diRASA BERAT oleh seOrg MUNAFIK, ADALAH melaksanakan SOLAT ISYA' dan SOLAT SUBUH. Sekiranya mereka tahu akan ke AGUNGAN PAHALAnya, NISCAYA mereka mendatanginya (ke MASJID, SOLAT berJEMAAH) sekalipun dlm keadaan MERANGKAK2
(HR Bukhari Muslim)

~*~ “Sesungguhnya ALLAH akan mgumpulkan Org2 MUNAFIK dan 0rg2 KAFIR di dlm JAHANNAM
(An Nisa:140).

SOLAT BERJEMAAH LEBIH TINGGI 27 DERAJAT DIBANDING SOLAT SENDIRI“
(HR Bukhari – Muslim)

~*~ Download Audio Kuliah
***
~***~أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا (Setelah diterangkan) APAKAH mereka[KAMU] SENGAJA tidak berUSAHA MEMAHAMI serta meMIKIRkan isi Al-QURAN? ATAU HATI mereka TERKUNCI RAPAT (yg mghalangnya drpda MENERIMA AJARAN Al-QURAN)? (QS Muhamad: 24) ~*~*~***~

Tuesday, January 31, 2012

Ahli Sufi ~ Siapa mereka..? Wujud..?

Mengenali Ahli Sufi: Siapa Mereka dan Apa Yang Mereka Buat?

 June 21, 2009

Posted by Shahidan Radiman in : Rencanatrackback
Pendahuluan
Masyarakat Melayu atau Nusantara amnya mudah tertipu dengan daayah tentang siapa itu para sufi dan para waliyullah sehingga banyak ajaran sesat tersebar dan memburukkan sebarang aliran tasawuf atau tarekat yang muktabar di alam Melayu. Ini kerana rata-rata sedikitnya pakar rujuk yang berwibawa baik di universiti mahupun di institusi agama di Negara ini.

Daripada pada sedikit itupun mereka tidak dirujuk untuk memberikan pandangan dan fatwa oleh pihak yang berwajib melainkan kepada orang lain yang “menyamar” menjadi pakar rujuk itu.

Oleh itu , orang awam yang membaca laporan dan berita negatif tentang orang Sufi mudah percaya dengan laporan tersebut sehingga mereka memandang serong orang Sufi dan orang yang bertarekat. Akhirnya , intipati dan mahkota ajaran Islam yang terpendam dalam ajaran tasawuf atau Sufisme itu terus terpendam , tidak dihargai dan yang parah lagi tidak dapat direalisisakan dalam bentuk amal dan perbuatan masyarakat Melayu yang semakin rapuh dan ternoda dengan pelbagai gejala sosial aliran Barat.
Ahli Sufi dan ciri-cirinya
Secara amnya mereka inilah pencari Tuhan dan berharap untuk bertemu denganNya dalam perjalanan menuju liqa’ullah . Keikhlasan dan kesungguhan mereka untuk mengenali diri mereka sendiri dan kemudian mengenali Allah menjadikan mereka dipanggil sebagai para Salik ( pemula jalan al-Haqq). Minat dan dorongan mereka dalam banyak hal tidak didorong oleh sesiapa – mereka hanya mencari kebenaran dan keikhlasan dalam setiap hal. Mereka akan mengalami banyak hal dan keadaan yang pelik yang ditunjuki oleh Allah s.w.t sebagai bukti (bayyinah) bahawa mereka sedang dalam perjalanan yang diredhai.

Bukti-bukti utama antaranya ialah mereka bermimpi dengan para-para Nabi a.s dan kemudian para wali qutub . Sampai satu peringkat mereka akan bertemu dengan para waliyullah yang masih hidup dan mereka akan mula diajar oleh mereka. Jika usaha dan niat mereka tidak benar pada peringkat ini mereka tidak ditemukan kepada waliyullah sebaliknya ditemukan dengan para wali syaitan. Pada peringkat ini jika mereka menerima dan mengamalkan ajaran para wali syaitan ini mereka berakhir dengan menjadi bomoh atau dukun. Atsar banyak menyatakan bahawa lebih mudah mengenali Allah s.w.t daripada mengenali waliyullah . Ini benar kerana mereka manusia biasa yang tidak menunjukkan sebarang kelainan daripada orang lain (dari segi fizikal dan penampilan luar).

Jadi, seorang salik yang tulen akan ditunjuki kebenaran sangkaan dan pandangannya samada melalui pengesahan oleh Rasulullah s.a.w (biasanya melalui mimpi) atau peristiwa lain yang membuktikan kewaliyan seseorang itu (contohnya bertemu dengan waliyullah itu di dalam Kaabah atau melihat waliyullah itu memegang matahari dan bulan dan sebagainya dalam mimpi). Ini kerana Rasulullah s.a.w , para anbiya’ a.s , Kaabah, bulan dan matahari tidak boleh ditiru oleh syaitan dalam mimpi.

Orang Sufi akan memperjalani pengajaran secara ladunni dengan para Nabi a.s (termasuk Nabi Khidr a.s yang masih hidup) dan juga para wali qutub ( contohnya Sh. Abdul Qadir Jilani , Sh. Ibnu Arabi , Sh. Abi Madyan dll) . Biasanya semua ilmu itu akan disahkan dan dihurai dengan lebih terperinci oleh seorang guru mursyid yang masih hidup ( bertaraf waliyullah) .

Proses pentarbiyahan ahli Sufi ini termasuklah bai’ah , amalan dan aurad berterusan (contohnya zikir nafas dan zikir huruf) dan banyak lagi amalan yang mendekatkan diri dengan Allah s.w.t setiap waktu . Kerana salik ini juga perlu bekerja dan berkeluarga , guru mursyid akan mengajarnya bagaimana membawa zikir nafas sambil kita bercakap dengan orang atau membuat kerja-kerja harian.

Laku yang paling penting ialah cara melaksanakan solat secara fana’ baqa’ billah . Cara membawa zikir dan ilmu yang diterapkan hujung jatuhnya zikir tersebut (bukan saja makna zahir zikir itu) juga amat penting , agar tidak jatuh ke dalam syirik khafi .

Penekanan terhadap solat malam hari, solat-solat sunnat tatawu’ dan lain-lain juga ditekankan. Guru mursyid akan membimbing mereka cara membaca dan memahami makna-makna, tafsir dan takwil al Quran termasuk rahsia-rahsia huruf muqotaat , ayat –ayat mutasyabihat dan lain-lain sehingga jelas dan terbukti Al-Quran itu adalah mukjizat sepanjang zaman ( contohnya , apabila membaca surah al-Fatihah dalam solat mereka mendengar Allah s.w.t menjawab bacaan mereka , atau melihat huruf-huruf yang dibaca itu bangun dan memberi pelajaran kepada mereka dan sebagainya).
Biasanya cara belajar orang Sufi ini sangat berbeza dengan orang awam sebab mereka ini dianggap orang khawas. Mungkin satu masa dulu anak murid guru mursyid ini ramai, tetapi kemudian Allah s.w.t melakukan ujian tertentu sehingga hanya yang terpilih saja dapat meneruskan pencarian ilmu yang hak dengan guru mursyid tersebut. 

Dalam melaksanakan rukun iman ajaran mereka amat halus dan luar dari kebiasaan contohnya , mereka bukan saja percaya kepada para malaikat dan para nabi a.s tetapi langsung berjumpa dengan mereka ( dalam banyak hal secara yakazah , bukan saja dalam mimpi). Mereka akan belajar ilmu-ilmu rahsia tentang ketuhanan dan rahsia kejadian semua makhluk, contohnya ilmu tentang Nurmuhammad dan martabat tujoh. 

Sebagai pembuktian , mereka sendiri akan melihat Kitabul Mubin diturunkan ke hadapan mereka atau menyaksikan burung Nur Muhammad (dalam catatan Ibn Arabi burung ini dipanggil Anqa’ Mughrib). 
Pada satu peringkat tertentu mereka akan dibenarkan mengembara ke alam-alam malakut , alam jabarut dan alam lahut dan dapat menyaksikan Arsy , Kursy , Sidratul Muntaha dan sebagainya. Banyak daripada “kemudahan” ini berlaku dalam bulan Ramadhan . Allah s.w.t akan menghadiahkan nama rahsia , istigfar dan Selawat khas setelah Allah redha dengan mereka dan diakui sendiri oleh baginda Rasulullah s.a.w sebagai umatnya yang setia.
Dari segi kebolehan para salik itu , mereka akan menjalani pelbagai ujian dari guru mursyid mereka melalui laku khalwat , talqin , qiyamul lail , ujian bertulis dan pelbagai laku yang difikirkan sesuai oleh guru mereka. Kadang-kadang mereka diminta untuk membantu orang di dalam kubur atau membantu orang yang diganngu makhluk halus atau memindahkan perkampungan jin dan sebagainya.

Walaupun mereka biasa boleh mengubat secara islami masalah seperti santau , saka dan sebagainya , mereka tidak pernah menjadikan ini aktiviti utama dan mereka akan mengelak dari banyak menghabiskan masa dengan kerja seperti ini kerana takut menjadi terkenal atau lalai daripada membuat kerja-kerja amal lain yang diperuntukan .
Ciri lain ahli Sufi ialah mereka mementingkan hal-hal akhirat lebih dari hal duniawi. Jika diberi pilihan mereka akan memilih hal ukhrawi , keilmuwan dan peringatan atau nasihat daripada perkara lain. Kesihatan dan pembaikan roh lebih diutamakan daripada kesihatan jasad dan penampilan diri luar. Mereka rajin dan tekun membuat kerja harian bukan sebab mengejar dunia tetapi sebab ingin mendapat redha majikan dan Allah s.w.t dalam mendapatkan rezeki yang halal.

Mereka tidak mengeluh sebab mereka tahu itu syirik khafi . Mereka tahu membersihkan jiwa mereka melalui zikir pembersihan semua lathaif selain daripada melakukan muhasabah diri selalu. Setiap tibanya waktu solat merupakan waktu yang bahagia kerana terdorong oleh cinta , kasih dan rindu yang tersangat kepada Maha Pencipta dan Kekasih Hati. Mereka berinteraksi dengan manusia bukan dengan penumpuan jasadi malah secara ruhi i.e iaitu mereka boleh berbicara dengan ruh-ruh ( baik manusia yang hidup mahupun yang mati).

Nasihat mereka akan membuat manusia menangis secara meraung dan menyesali diri . Mereka berbicara dengan hikmah. Orang yang kasyaf akan dapat melihat apa yang tertulis pada lidah-lidah dan badan ahli Sufi ini , melainkan jika ahli Sufi itu menutupi rahsia dirinya dengan kalimah tertentu. Pada pandangan luar mereka kelihatan sama dengan orang lain , tetapi kerohanian mereka sentiasa dengan Al –Haqq.
Orang Sufi dan orang awam
Orang awam yang dikalangan mereka terdapat orang Sufi sangat beruntung. Mungkin yang membaca doa dan menjadi naqib dalam suatu majlis tahlil di rumah atau di surau orang biasa dan doanya tidak terangkat , tetapi disebabkan oleh kehadiran Sufi tadi (lemungkinan besar tanpa disedari ramai) doa mereka semua terangkat –ini kerana cara orang Sufi menempatkan permohonan dan cara mengaminkan doa itu seperti yang dikehendaki Allah s.w.t ( biasanya dia kena lulus ujian doa dari gurunya yang mursyid – criteria lulus ini agak ketat seperti tiang Arsy mesti bergegar , 4 malaikat utama mesti turun , 6 perkara mesti dibawa dalam doa dan banyak lagi). Orang Sufi kalau ke mana pun berjalan dia akan berjumpa para Sufi dan waliyullah yang lain sebab mereka saling mengenal (roh mengenal roh). 

Oleh itu orang Sufi tak sunyi daripada urusan “belajar dan mengajar” di mana pun mereka berada. Walaupun mereka tak dikenali dan biasanya tidak menonjol dalam masyarakat yang jelas mereka boleh mengubati orang lain –seperti mementang syihir , memindahkan penempatan jin , mengeluarkan santau dan menghapuskan saka dan lain-lain . 

Tapi , masyarakat biasanya tak sedar kehadiran mereka sebab mereka sibuk dengan urusan diri mereka sendiri .Jika mereka menziarahi kubur mereka mengucapkan “Assalamuala ahli Lailahaillallah min ahli Lailahaillallah” . Mereka dapat memasukan “cahaya” kepada si-mayat dengan bacaan Fatihah mereka kerana mereka mengetahui kedudukan Fatihah dalam jasad si-mayat. Tahlil mereka begitu sempurna sehingga berkat bacaan mereka itu si-mayat terlepas dari soalan dan siksaan kubur.
Para Sufi sebetulnya adalah pemula atau salik dalam jalan kewaliyan. Itu sebab tarekat mereka kadang-kadang tak bernama tetapi jika diberi nama lebih tepat dinamakan tarekat kenabian. Ini kerana mereka dipimpin oleh para nabi (salah satu dari yang 25 atau kadang-kadang lebih dari satu ). Ini adalah perjalanan para nabi a.s seperti yang dihurai oleh Ibn Arabi dalam kitab Fusus al –Hikam. Biasanya mereka juga bertemu dan belajar dengan Nabi Khidr a.s (dan mungkin juga Nabi Iliyas a.s). Selain daripada para nabi a.s mereka juga akan belajar dari salah seorang atau keempat-empat sahabat Rasulullah s.a.w yang utama dan (atau) dengan empat malaikat yang utama .
Disebabkan mereka ada nama rahsia yang diberikan oleh Allah s.w.t , mereka dikenali di langit dengan nama itu – dan jika mereka gunakan nama itu ketika berdepan dengan para makhluk yang jahat , makhluk jahat dan halus itu akan tunduk. 

Mereka sentiasa duduk dalam cinta , kasih dan rindu kepada Allah s.w.t dan doa mereka adalah “Wahai Allah , jadikanlah kami hamba-hamba kebaikan bukan hamba-hamba ujian”. Kerana ini mereka tidak diuji seperti manusia lain – sebaliknya mereka diberi tugas, kebanyakannya tugas berat. Jika mereka melalui kuburan , mungkin mereka akan terpanggil untuk mendoakan para mayat yang tersiksa. Bila mereka member salam kepada ahli kubur dengan salam “Assalamuala ahli Lailahaillalahu min ahli Lailahaillallah” maka para ahli kubur akan bangun menjawab mereka , sebaliknya yang tidak dapat berbuat demikian pastinya adalah kumpulan yang sedang disiksa oleh malaikat Mungkar dan Nankir.
Jika ahli Sufi ini berada dipanggil untuk bertahlil, dia dapat menghadirkan si-orang yang ditahlilkan itu dan mengetahui keadaannnya. Begitu juga, beruntunglah orang yang mengajak ahli Sufi ini untuk hadir dalam majlis pernikahan sebab ahli Sufi ini akan menghadirkan Jibrail (dan 3 malaikat lain) untuk menjadi saksi – dia akan dapat mengesahkan sama ada nikah itu sah atau tidak dari perkara yang ditajallikan oleh Allah s.w.t contohnya seperti melihat pena melakar bulatan dengan ditutup dengan titik tengah atau dokumen dimasukkan dalam peti berkunci ( boleh dengar bunyi kunci tersebut) dan sebagainya.
Jalan Menuju Makrifatullah
Jalan menuju makrifatullah penuh liku dan perangkap samar- takkan lepas seorang salik tanpa bimbingan gurunya yang mursyid dan tanpa hidayah dan inayah Allah s.w.t. Bagi orang Sufi , mereka dicintai oleh Allah dan dikehendaki oleh Allah baru mereka mencintai dan menghendaki Allah. Mereka beriltizam sesungguhnya untuk menemui Allah s.w.t semenjak kecil lagi dan Allah s.w.t akan membuka jalan untuk mereka dalam waktu tertentu seperti pada umur 20an, 30an atau 40an.

Bagi yang diredhai Allah s.w.t mereka melalui jalan singkat dan tidak berliku – ini kerana pemerhatian mereka yang tuntas terhadap perbuatan (af’al) Allah , lalu mereka redha dan mempunyai adab terhadap Allah , lalu Allah s.w.t mengangkat mereka. Contohnya sebagai permulaan , Allah s.w.t menjadikan mereka tempat berkumpul barang-barang peninggalan para waliyullah , kemudian juga barang-barang pelik dari seluruh dunia dan kemudian barang-barang peninggalan sahabat r.a dan Rasulullah s.a.w. Tetapi , salik ini tidak bangga malah dia terus bersyukur sebab dia tahu ini adalah hadiah (tanda) dari Kekasihnya.
Kesimpulan
Menjadi satu paradoks moden bahawa di Barat semakin ramai Islamologis yang mengkaji tentang Sufi dan Kesufian (Sufisme) sedangkan di Timur dan di kalangan sarjana Muslim sendiri bukan saja Sufi itu dicemuh malah terdapat banyak usaha untuk menjatuhkan imej Sufisme (mahkota dan intipati islam ) itu sendiri , sedangkan Islam yang sebarkan ke Nusantara , India dan ke Timur amnya semuanya disebarkan oleh para ahli da’i Sufi dan penyebar tarekat .

 Fenomena “kacang lupakan kulit” ini memanglah diatur dan dirancang oleh pihak tertentu agar kebangkitan Ummah tidak berlaku , agar Islam termaktub dalam lingkungan masjid dan ia tidak sampai ke sistem pendidikan , perbankan atau sistem-sistem lain. Pada hari ini , Negara yang mendokong Sufi seperti Chechnya akan dapat bertahan dari serangan dan penaklukan kuasa asing sedangkan dimana ia diremehkan dan ditinggalkan , negara itu akan menderita dan punah disebabkan oleh kuasa asing seperti Iraq dan Palestin.
Sekian, sedikit sebanyak yang ingin saya sampaikan secara ringkas tentang siapa itu ahli Sufi. Wallahu a’lam bissawab.

Comments»

1. siti - September 5, 2009
salam,
saya ada satu pertanyaan en shahidan.. adakah ahli sufi ini masih ada lagi di malaysia? saya ada byk lg pertanyaan tetapi bolehkah jika dibalas di dalam email address saya? sekian terima kasih. wasalam
2. dinie - November 18, 2009
Salam
Saya kagum dapat membaca artikel-artikel sepeti ini, sesungguhnya ilmu yang dianugerahkan Allah kepada saudara tidak disia-siakan…. Sekarang ini kat mana agaknya dapat kita jumpa ahli sufi ini, guru mursyi dan waliyullah? Boleh tak kongsikan dengan saya yang dahagakan cerita-cerita ahli-ahli Allah ini?
Terima kasih
Salam.
3. Na - December 3, 2009
Salam..en shahidan..
mksudnya mmg ahli sufi btol2 boleh bercakap dengan malaikat la ye? saya ada pertanyaan lain lg yg mahu sy utarakan..boleh ke jika en shahidan reply dlm email sy..sy amat memerlukan nasihat dlm perkara2 ini..TQ
4. SA84 Jalan menuju makrifatullah. « Sharudin.com - December 5, 2009
[...] SA84 Jalan menuju makrifatullah. Dipetik dari ASASI [...]
5. zack - December 10, 2009
Bukan jakim sudah nyatakan dalam buku martabat tujuh tulisan Abdulfatah Haron Ibrahim bahawa fahaman Ibn Arabi itu terkeluarar dari akidah ASWJ?
6. Suharjono - December 12, 2009
Assalamu’alaikum wr.wb Prof. Shahidan, perkenalkan saya Suharjono dari Indonesia. Saya selama ini mmg mencari shohib yg faham ttg sufisme untuk memberikan tausiyah2nya kpd saya dan juga guru mursyid yg bisa sy hubungi di malaysia atau indonesia. Mhn informasinya. Mhn juga alamat e-mail n no telp. Prof. Shahidan. Jazakallah
7. muhamad - December 20, 2009
saya amat tertarik dgn penulisan saudara. adakh ada lg golongan ahli sufi ini??? terutama nya di malaysia..
8. AZIZI ADRIS - December 21, 2009
bagus sekali.ada persamaan dengan apa yang telah ana dengar dari majlis ilmu yang ana hadiri.tapi lebih bagus lagi jika dinyatakan sekali martabat/peringkat wali-wali.wabarakallahu fiha.
9. mohamad Adzmy - March 14, 2010
assalammualaikum.Saya ada kawan yg mempunyai kelebihan boleh melihat alam ghaib,mendoakan org yg di gangu hantu dan syaitan.Dia juga boleh mengetahui apa yg akan berlaku pada seseorang.Dia sering menyuruh saya buat penyucian dulu , baru ilmu datang. Pernahkan saudara terdengar tentang perkara seperti ini. Tolong email kan pada saya.
10. azlanzainal - May 22, 2010
Assalamualaikum…
Bolehkah kiranya tuan boleh membantu sy dlam mencari ilmu menuju jalan keredhaan Allah…
Yg amat berharap
11. Anonymous - June 11, 2010
Assalamu’alaikum.
Sementara bertemu Guru Mursyid , saya rasa untuk mendapat ilmu dan penjelasan yang terperinci tentang Kesufian ini Kitab Sirrus Salikin( terjemahan Ihya Ulumiddin) adalah sesuai sekali.Asal pengarang Imam Ghazali diterjemahkan oleh Sheikh Abdus Samad Falembani ke dalam bahasa melayu.Imam Ghazali sebagai ahli sufi besar dunia islam tidak dipertikaikan lagi.
Ada satu lagi ‘ buah tangan’ yang terakhir dari Imam Ghazali berjudul ‘HAI ANAK’ .Dalam buku ini segala kemusykilan anda akan terjawab sekiranya anda berupaya menggalinya atau bermuzakarah dengan orang yang sehaluan dengan anda.
Fahaman timbul melalui dengan muzakarah.
Mengenai siapakah Ahli Sufi sebenar zaman sekarang untuk kita temui, ianya terpulang kepada nasib seseorang. Hanya ALLAH SWT yang dapat memberi PETUNJUK. wallahualam.
12. AL FAQIR - September 1, 2010
Assalamualaikum Untuk menemui ahli sufi anda cari aje guru tarekat yang diakui, ahmadiah atau naqsyabandiah khalidiah, insyaallah.
13. faizal@agger - September 16, 2010
ahli sufi mmg ade lg kat malaysia ne cri la org2 lame…tercorok kt kg2…
14. Anonymous - September 21, 2010
SALAM,NAPA BEGITU SUSAH SAUDARA MGHURAIKAN PERSOALAN SUFI.SUFI ITU ADA DLM SETIAP INDIVIDU.BUKALAH MINDA N BRLAPANG DADA KERNA SEBENARNA SAUDARA SDG MENUSAHKAN DIRI DAN MSYRAKAT DGN PERSOALAN SUFI
15. SYED FAQIR - September 21, 2010
SALAM..NAPA SAUDARA MENYUSAHKAN DIRI DGN PRSOALAN SUFI.ALLAH TELAH MEMUDAHKAN SEGALA KETERANGANYA SEDANGKAN SAUDARA MENYUKARKANNYA.ADAKAH DGN MENYUKARKAN PERSOALAN INI MENYEBABKABKAN ORG LAIN TIDAK MENEMUI JLN KE SYURGA?
16. iltizam - September 29, 2010
Tiada Apa Yang sukar, Semuanya mudah Persoalan sufi adalah mudah bagi yang mahu mengikutinya. Hanya Wahabi yang Memusuhi Sufi dan Tasawuf.
17. Abu said - October 17, 2010
Feqah tanpa tasawuf maka sombong. Tasawuf tanpa feqah maka sesat.
18. Neo Naqshabandi - October 19, 2010
Salam Tuan Shahidan Radiman…saya mewakili rebat terekat naqshabani mengucapkan salam kesejahteraan(Asalamualikum) Tuan saya mahu mngajukan soalan.Saya adalah salah satu ahli tarekat naqshabandi…saya ingin tahu bagaimana hendak memastikan bahawa kita adalah bukan dibawah wali syaitan?kerana sume hujah tuan saya mengalaminya dalam beramal… Minta izin tuan jawab..
19. Neo Naqshabandi - October 19, 2010
Anonymous SYED FAQIR Kamu bukan islam atau bodoh sombong? Ahli sufi yg sebenar mengetahui adab berbicara sesama sufi (Kitab adab) Dan Ahli sufi tidak menidakkan atau menjatuhkan hujah sesama sufi. Atau anda wahabi? atau anda orang awam? apa yg Tuan Shahidan Radiman tidak menyalahi mana tarekat…. I warning u!!!!!!!!!!
20. Neo Naqshabandi - October 19, 2010
Anonymous SYED FAQIR Kamu bukan islam atau bodoh sombong? Ahli sufi yg sebenar mengetahui adab berbicara sesama sufi (Kitab adab) Dan Ahli sufi tidak menidakkan atau menjatuhkan hujah sesama sufi. Atau anda wahabi? atau anda orang awam? apa yg Tuan Shahidan Radiman nyatakan tidak menyalahi mana tarekat…. I warning u!!!!!!!!!!
21. Ibrahim Fikri - October 23, 2010
Semua yang dicerita oleh Tuan Shahidan ada benar. Malah ada lebih daripada itu. Kita selalu melihat para wali , orang soleh itu hebat.Dengan gairah pun kita nak jadi macam mereka. Tapi kita tidak pernah bertanya. Bagaimana mereka beribadah, bagaimana mereka solat, cara mereka bermujahadah. Kadang – kala amalan kita terhijab dengan ilmu yang kita ada.
22. mohd hairuddin - October 26, 2010
saya sebenarnya sedang mencari siapa guru mursid yang berada dinegeri johor untuk saya pelajari ilmu darinya boleh kah saudara bantu saya.
23. BERG - October 29, 2010
orang-orang taraf kesufian nampak Allah dahulu baru nampak penciptaanya.org macam kita ni nampak penciptaannya dahulu baru nampak allah,mereka tak suka digelar wali,ahli tarekat ,ahli hakikat atau tasawuf pendengaran serta penglihatan mereka dapat menembusi hati seseorang,mereka dalam kehidupan seharian tak pernah nak mengeluh,komplen ,semuanya indah belaka..bukan macam kita..itu tak betulla..ini tak betulaa..sesatla, kafirla.. dapat gaji lambat pun nak mengamuk..
24. Anonym - October 30, 2010
Orang yang baik tidak akan mengatakan dirinya baik Yang sebaliknya adalah yang begitu selalunya
To SYED FAQIR: Tiada jaminan untuk sesiapa masuk syurga melainkan hanya dengan rahmat Allah. Sedangkan rahmat Allah itu hanya diperoleh bagi mereka yang ikhlas dalam beragama. Hanya orang-orang yang ikhlas beragama sahaja ditemukan jalan menuju Allah.
Wallah a’lam.
25. Anonymous - November 3, 2010
Cuba sebutkan mana-mana dalil dalam Al-Quran atau hadis yang mengatakan bahawa Nabi Khidir masih hidup.
26. ???? - November 10, 2010
Tarikat dengan sufi sama ke lain…?
27. shiela - November 18, 2010
Assalamualaikum En.Shahidan. Saya ingin bertanya satu pertanyaan. Saya nak tanya boleh atau tidak tidak kita mengambil anak di luar nikah @ anak haram ini untuk dijadikan sebagai anak angkat @ anak susuan kita?ape bazanya sekiranya kita mengambil anak ini dalam konteks ilmu syariat dan juga ilmu makrifat?sekarang ni saya rasa keliru sikit tentang pengambilan anak ini.Kalau dari segi ilmu syariat,ramai yang berkata boleh untuk menjaganya.Tetapi dari segi ilmu makrifat ada juga yang mengatakan bahawa ianya tidak boleh diambil untuk dijadikan anak angkat @ anak susuan.Tolong tuan,saya sangat buntu bila memikirkannya…Kalau boleh saya ingin benar untuk berjumpa dengan tuan atau bercakap melalui telefon dengan tuan untuk menceritakan perkara ini.Maaf sekiranya pertanyaan saya ini sudah lari dari tajuk tuan.
28. nak jawab - December 17, 2010
Sheila, Kita ini semua manusia. Setiap manusia tuhan bagi akal untuk berfikir. Dalam al-Quran terlalu byk tuhan suruh manusia berfikir dan guna logik.. Anak tuh manusia macam kita jugak. Dia tak berdosa apa-apa pun. Kalau kita rasa bila ambil anak itu dapat menyelamatkan nyawanya, atau dapat memanusiakan dirinya, ambil sajalah. Tuhan suka dengan manusia yang sensitif dan membantu manusia yang lain. Itu baru anak kecil yang tak berdosa. Apatah lagi manusia yang berdosa, tuhan pun suka kita sesama hambanya mahu membantu.
Mudahnya, bayangkan saja kita jadi anak itu. Apakah kita sedia untuk dipulaukan oleh masyarakat kerana dosa orang lain? Ambil saja anak itu, kalau itu baik utk kemanusiaan.
29. kupukupuberterbangan - January 1, 2011
salam . wahai pencari keredhoan Allah sekalian .semoga Allah ampunkan kita. . tuan tuan yang mulia . usahalah untuk memperbaiki diri anda maka insyaAllah akan mempermudahkan . bagi saya ahli sufi dimalaysia ini masih ada dan banyak saya rasa . . . tuan2 yang mulia . . usahalah . usahalah . usahalah . . yang penting diri moa berubah . . sesungguhnya Allah maha Pengasih dan penyayang.
30. baharuddin osman - January 8, 2011
assalamualaikum,dgn nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani.salawat &salam atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W .ahli keluarganya,para sahabat &para Tabiin serta sekelian mukminin &mukminat .Carilah guru yg murshid yg dapat membimbing serta menyampaikan kepada Allah.Org. bertanya masih adakah lagi guru yg murshid,bagaimana nak mengenalnya.Pastinya ada wahai saudaraku kerana itu janji Allah.Bermohonlah kpd Allah dgn doa &solat serta menghadirkan hati kpdnya.AllahuRabbi ya Allah AllahuRabbi ya Rahman,AllahuRabbi yaRahim pimpin &bimbinglah aku ya Allah sesungguhnya aku tidak mampu & tidak berdaya ya Allah berikanlah aku kemampuan untuk bisa menyintaimu amin ya Rabbalalamin
31. akai jb - February 6, 2011
ketahuilah jln ksufian amat sulit.ujiannya tanpa henti.sgupkah dhina n dsakiti.sgupkah bkorban harta masa n sbagainya tuk sampai.hati hrus dkosongkan dr keinginan dunia n sgalanya.tanpa kemuliaan kemegahan pangkat harta n sgala nikmat dunia.hidup dlm keadaan genting tapi x putus.bbuat sesuatu kerna AKU nk buat.bukan kerna dosa pahala surga neraka.ujiannya tlalu hebat dr masa kemasa.cukuplh takat ni je xmampu sy teruskan.
32. saufi - February 7, 2011
ketahuilah, apa2 yg bersandarkan akan sesuatu tentang agama ini, adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Klu guna akal nak timbang tara sesuatu, tak perlu lah… kerana disisi agama hanya dgn berpandukan al-Quran dan As-Sunnah dgn pemahaman salafussoleh.
bleh tgk video, ustaz rasul dahri kat youtube pasal sufi. seach je “ustaz rasul dahri – tarekat sufi”, buat perbandingan adil, ini nasihat, bukan cemukkan atau pengaiban.
33. jolok - February 10, 2011
Saya suka Agama Islam sebab kalau buat salah dapat dosa bila taubat dosa dihapuskan. tak macam agama lain buat dosa orang lain pulak yang minta tolong ampunkan. Saya orang baru masuk islam tapi hati saya sangat suka pada penyataan dalam Islam tidak ada beza antara manusia kecuali takwa kepada allah. bila hati sudah suka yang susah jadi senang. cuma jangan simpan rasa dengki dalam hati nanti jadi macam setan yang dengki pada nabi adam sampai kena laknat tuhan.
biar ilmu sedikit tapi diamal dengan ikhlas ( tak dengki dan sombong ) daripada ilmu yang banyak tapi ada dengki dan sombong dalam hati ( contoh para pendakwah yang banyak suka pakai title proffessor,doctor dan entah apa2 tah cuba tiru tokguru nik aziz sangat ringkas dan mudah )
sekian pandangan saya yang bodoh tapi konon2 macam pandai
34. brave - February 17, 2011
ske sngat
35. ahmad ameen - February 25, 2011
assalamualaikum…….en.shihdan saya berminat dgn kesufian dimalaysia siapa kah guru yg bpleh saya berguru?
36. Anonymous - March 2, 2011
Volume 1, Book 2, Number 9:
 Narrated ‘Abdullah bin ‘Amr:
 The Prophet said, “A Muslim is the one who avoids harming Muslims with his tongue and hands. And a Muhajir (emigrant) is the one who gives up (abandons) all what Allah has forbidden.”
37. ... - March 19, 2011
bagaimana kau mngatakan hal makrifat sedangkan rakyat diperbodohkan tentang bahaya nuklear…
manakala yng ngaku jalan sufi itu benar masih memperbodoh2 kan rakyat dengan pelbagai teori2 berknaan kebaikkan nuklear …
jiwa yang terkambus mahu bicara akan tajalli hakikat makrifat…selamatkan sesama muslim sebelum bercakap soal MUKMIN dan INSAN…ilmu tak berhurup bersuara takkan tertipu dgn para2 pembohong yng digelar solat mereka wai lul likulli humazatil lumazah….ulama robani tidak berbentuk alim tetapi ilmullahNYA bukan bahan bacaan…
selesaikanlah hal muslim dahulu yang ditipu oleh mereka2 yang mengejar PANGKAT,NAMA,HARTA dan KEDUDUKAN sebelum bicara hal qasad ta’rut ta’yin…
mngkin yng menggelarkan diri mereka ahli USAHAWAN,PERNIAGAAN,PROFESOR,MENTERI egitu asyik menipu rakyat yang ditindas,,,NAMUN jgn lupa doa2 mereka yang teraniaya MAKBUL beserta rabnya…
tipu manusia mmg mudah…gulakan dgn rasuah juga mudah namun….ALLAH dan para kekasihNYA jgn sesekali diPERMAIN2KAN…buat la selagi berani..tgu masanya akan tiba…..jgn sampai basar terkambus akibat menzalimi rakyat akibat menzalimi diri sendiri…
wasalam….
38. Angkasa13 - March 22, 2011
terima kasih…membincangkan ttg kesufian …guru mursyid ada tetapi banyak tersembunyi…cara mudah pergi ke tempat suluk sana ada guru mursyid…. saya pun dulu mengalami kesukaran mencari guru mursyid namun selepas meminta tolong seorang sahabat juga ustaz di sekolah saya akhirnya saya dapat bertemu juga dgn guru mursyid… selepas kawan saya membuat solat hajat ….kata iman ghazali akhil balilnya insan perlu dengan ilmu tasauf kerana ilmu tasauf fardu ain keseluruhannya. lengkapnya ilmu dengan tiga usuluddin fekah dan tasauf..gugur satu gugur semua.sebab permulaan ilmu dengan imam islam dan ehsan…guru saya jemaah naqsyabandi cucu saudara kepada Syeikh Wahab.jika saudara berminat untuk mendalami tarikat naqsyabandi boleh email kepada saya di zryhebat13@yahoo.com. Insaya-Allah bersama kita dalam mencari Redho Allah. YA ALLAH ENGKAU YANG KU MAKSUDKAN DAN REDHO MU YANG KU TUNTUT………insan dari paya jaras selangor.
39. Nan Bahari - April 5, 2011
Saya pernah membaca tulisan Dr. Martin Lings (Abu Bakr Siraj Ad-Din) di dalam bukunya, What Is Sufism. Dan paling menarik adalah pernyataan beliau di dalam buku tersebut:
Dahulu, sifat sufisme itu wujud tanpa ada gelar atau nama Sekarang, nama dan gelar sufisme itu wujud tanpa ada sifatnya.
(terj. bebas)
40. Irmaz - April 5, 2011
Terima Kasih. Banyak manfaat yang tuan berikan kepada saya.
41. epul - May 26, 2011
salam…. prof, citer baik ade barang ker…..hahahahahah martabat 7 tuuuuu….
42. epul - May 26, 2011
segala yang diterangkan oleh prof sangat2 benar dan sama dgn penerangan guru saya… mmg benar ahli2 ini kian pupus dan sering mendapat fitnah dari masyarakat yang jahil dan puak2 wahabi yg ingin melupuskan ilmu ini……. inilah ilmu dan amalan islam yg awal2 dibawa ke nusantara dan makin dilupakan…
43. Min nrm. - June 5, 2011
Salam, terima kasih diatas penerangan Tuan, bagi saya ia cukup bagus bagi org yg memahami org yg tak faham saja akan cakap yg bukan. Teruskan penulisan tuan, terima kasih.
44. anonymous - June 10, 2011
Assalamua’laikum… Allah jadikan setiap sesuatu berpasangan. Ada professor yang alim dan professor yg jahil. Ade professor yang ahli ibadah, ada professor yg fasik. Ade professor yang ikhlas ade professor busuk hati. Setiap message yang sampai itu ade alamat untuk penerimanya. Sekiranya message itu bukanlah untuk kita..Janganlah kita buat andaian kepada sesuatu yang kita tidak arif tentangnya. Atau pun jangan kita menghukum seseorang berpandukan serpihan kata-kata orang ternama sedangkan kita tidak mengetahui hujung pangkalnya kata-kata itu. Allah memilih sesiapa sahaja yang Dia suka…. Siapakah kita nak membantah message drp Allah melalui seorang hambaNya kepada seorang hambaNya yang lain?
45. Laksamana melayu - June 13, 2011
Assalamualaikum..ramai yg tertarik membaca kenyataan en syahidan yg mana kebanyakan yg tertulis adalah pengalaman kerohanian bagi si Salik yg berlaku apabila rahsia ketuhanan Allah buka utk hambanya sekadar yg mampu ditahan oleh rohani si hambanya tadi.Dilindung Dan dibuka….rahsia kan tetap rahsia. Maka perlulah bagi sesiapa yg ingin makrifat pada Allah guru yg membimbing. Persoalannya mcmmana hendak mencari Dan apakah kriteria yg perlu ada bagi guru tadi bagi membuktikan kebenarannya. 1. Berada pada iqtikad Ahlus sunnah wal jamaah. 2. Ilmu Dan Amal yg diajarkan Ada wasilah Dan rabitah sampai pada Syeikh Muhyiddin Abd Qadir al Jilani, kepada Saidina Ali bin Abi Talib KW Dan kepada Sayyidul Ulul Azmi baginda Rasulullah SAW. 3. Sangat memelihara syariat.
Banyak barang tiruan dalam pasaran Yg asli Ada dalam rumah ahli, Dapat beza dlm majlis tandingan Datang benar, yg batil pasti batal, Sesungguhnya yg batil pasti batal Datanglah kepada kami jika mahu yg ASLI..
Wallahualam Dapat beza dalam majlis tandingan
46. Qul Amirul Hakim - June 14, 2011
Salam,
Ttg mengambil anak luar nikah sebagai anak angkat . 1)Pada elok atau tidaknya pada diri anda, afdalnya minta petunjuk Allah dahulu. 2)Pada hakikatnya, anda mengambil ‘tanggungan’ dan ‘masalah orang’. Apabila kita mengambil beban orang lain, akan ia membebani kita juga. wallahu’alam.
47. Qul Amirul Hakim - June 14, 2011
Salam,
Ttg komen Laksamana Melayu June 13, 2011 perkara 2) Wasilah dan rabitah tidak terhad kepada Syeikh Muhyiddin Abd Qadir al Jilani, kepada Saidina Ali bin Abi Talib KWH sahaja, asalkan sampai kpd RSAW seperti melalui Saidina Abu Bakar r.a., Sheikh Ahmad Idris r.a. dan lain2 wasilah
48. al-haq - June 18, 2011
laksamana bole contact x?
49. hamba ALLAH - June 22, 2011
SALAM……. ..Tujuan utama bukan ape semata mata kerana ALLAH.Jangan fitnah2 orang tarikat…dosa sendiri pun tak tertangung…marilah bersama2 tambahkan iman tingkatkan lagi amalan kita.
50. azizi - July 12, 2011
saufi…ustaz rasul dahri tu pendapat dia bercanggah dengan ASWJ…pendek kata dia tu ejen wahabi…mana la nak percaya benda2 macam ni.
51. Aji - July 16, 2011
Assalamua’laikum,
kepada penulis artikel, banyak lagikah guru mursyid yang ada di malaysia ayau dinusantara ini?
dan byk lagi soalan yg saya nak tanya ni, tolong reply kat email saya.
dan info-info sebegini dan banyak lagi info2 tentang tarekat,tasawuf,usuluddin, dan melibatkah ilmu2 tahap tinggi yang menjadi pencarian para pencinta ilmu2 keruhanian ini.
Teruskanlah usaha anda semoga diberkahi Allah S.W.T.Amin.
52. udin - July 28, 2011
kepada: Anonymous & SYED FAQIR salam…saye nak penjelasan tentang kenapa en bedua mengeluar kan kenyataan ini; *SALAM,NAPA BEGITU SUSAH SAUDARA MGHURAIKAN PERSOALAN SUFI.SUFI ITU ADA DLM SETIAP INDIVIDU.BUKALAH MINDA N BRLAPANG DADA KERNA SEBENARNA SAUDARA SDG MENUSAHKAN DIRI DAN MSYRAKAT DGN PERSOALAN SUFI *SALAM..NAPA SAUDARA MENYUSAHKAN DIRI DGN PRSOALAN SUFI.ALLAH TELAH MEMUDAHKAN SEGALA KETERANGANYA SEDANGKAN SAUDARA MENYUKARKANNYA.ADAKAH DGN MENYUKARKAN PERSOALAN INI MENYEBABKABKAN ORG LAIN TIDAK MENEMUI JLN KE SYURGA? say tak paham kenapa, saye ni remaje biase je boleh kite berbicang di email saye…?
53. lataif 7 - August 4, 2011
Masalah ini tidak harus di bincangkan secara terbuka, kerana ini akan mengundang fitnah. Kepada mereka yang tak sampai ke makam ini jangan tunjuk pandai dan hebat untuk menafikannya. Kerana sebelum Nabi Muhammad SAW Islam telah ada, tetapi lebih kepada tauhid.
54. Anonymous - August 8, 2011
Salam sejahtera, Tuan Shahidan Radiman. Syukur dan tahniah atas sedikit usaha Tuan yang memaparkan sesuatu yang sangat baik melalui laman ini. Sekurang-kurangnya niat murni Tuan dapat memberi tips dan pendorong kepada segelintir mereka yang berminat dalam bidang yang mana kita sedia sudah maklum tentang pro dan kontranya. Teruskan usaha Tuan biar terbuka sedikit maklumat alam perbendaharaan Tuhan yang diterokai oleh ahli sufi, mengenai adanya zat yang mereka tahu dan nur yang mereka nampak. Gambarkanlah kepada sekelumit peminat dalam usul kehambaan, perjalanan menuju ketuhanan melalui jalan syariat, tarikat, hakikat dan ma’rifat, seterusnya kepada usul ketuhanan ahdiyat, wahdat dan wahdiyat. Supaya dapat terbang kemedan tauhid betemu dangan Ahmah Abu Arwah (ibu segala ruh) dan akhirnya berhadapn dengan Tuhan di Sidratul Muntaha. Ini memang pelik dan sukar dipercayaai bagi yang tidak mengetahui dan sampai ke makam ini. Mudah-mudahan kita terlepas dari dosa yang tidak diampun Tuhan iaitu syirik, walau syirik khafi (syirik yang halus) sekalipun, contohnya ketika solat, dengan niat untuk bertemu dan berhadapan dengan tuhan, jika tidak sampai sebagaimana yang dimaksudkan tadi maka terkenalah kita dengan pengertian dalam firman Allah swt yang bermaksud, “celakalah orang yang solat, yang lalai dari solatnya” Surah Al-Ma’un ayat 4 dan 5. Sedangkan dalam solat terjadi kelalaian, apatah lagi dilaur solat, hanyutlah kita di arus keduniaan atau alam palsu dan binasa ini (alam mulk). Semoga Tuhan merahmati Tuan, Walallahu wa’lam. terima kasih.
55. shamemass - August 12, 2011
whai sahabat ku sekalian…. apa perlu bertelagah.. sedangkan Allah telah kurniakan kita depan mata nikmatnya .. cuma perlu bersyukur. nabi dah pesan ku tinggalkan sunanh dan quran x kan sesat hidup ini.pelajarilah alquran dan hadith nescaya nur kebenaran akan datang… beramal lah dengan apa yang telah dilakukan nabi etc: solat tahjud keran didalmnya banyak rahsia yang hanya allah sahaja tahu dan kan bukakkn pada hambanya.apa sangat yang nak di cari… takut sesat dihujung nafas. yakin @ ikhlas. kajilah sejarah, ada 10 sahabat dijamin syurga jika cara hidup mereka bersesuain dengan kita maka ikut lah. .. kan Dia(Allah) dah kata HATI ITU PUNCA SEGALNYA. JADI PK PK KANLAH. dan satu lagi nasihat saya…lihat saiz baju dipakai . jika kita x mencari dengan tatat dan patuh tunaikan perintah dia sendiri akan datang kepada hambanya. amin
56. shamemass - August 12, 2011
(pembetulan)…. jika kita mencari dengan taat dan patuh tunaikan perintah DIA sendiri akan datang kepad hambanya.
inilah kita, manusia penuh dengan kekurangan .
57. shamemass - August 12, 2011
dan pesan saya… jika tiada dalam alquran dan hadith.. maka jauhkan ,tinggalkan… ingat syaitan boleh mengaku dan menjadi siapa aje .. demi menyesatkan kita… bca dan kaji sejarah rasulullah dulu baru kita mula langkah… moga ALLAH BERIKAN HIDAYAH PADA SEMUA TEMAN TEMAN SAYA DISINI.
Assalamualikum. allah humam saliala saidina muhammad.
58. orgbiasa - September 19, 2011
Sesungguhnya ilmu kesufian adalah ilmu membersihkan diri dari 7 martabat nafsu terutama al-amarah dan allawamah demi mengenali diri sebelum kita dapat mengenali Allah.
59. reni - September 30, 2011
:)
60. hehehe - November 26, 2011
SALAM….saya baru sahj berubah…dl saya seorg yg sgt2 trk…lps sy berubah saya msh mencari2 n tertanya2 knp org yg tau agama tp masih lagi memiliki sikap bongkak,sombong,pentingkan material..ini terjadi walaupun saya nie org jahil tp adik lelaki saya seorg bergelar al hafiz manakala emak saya mengajar org mengaji…tp pd saya mereka masih lagi memiliki sikap bongkak,sombong n pentingkan material…mak saya pnh berckp yg hanya dia pandai mendidik anak2 sehingga semua anak dia berjaya ke university..hanya dia je mengaji yg paling bagus tanpa kesalahan pun dan apa yg dia ckp semuanya betul serta amat pentingkan material sehingga mak saya minta semua anak2 dia bg duit rm1000 sebulan dekat dia n bermegah2 dekat adik beradik n org kampung yg anak dia bg duit sebanyak itu…berbanding dgn seorg bapak saudara saya dia belajar mengenai ilmu tasawuf…saya lihat bapak saudara saya lebh banyak mendiamkan diri…x bermegah2 dgn harta benda yg dia ada walaupun dia mampu byr renovated rumah berharga rm100k…katanya kita harus menjaga hati n bersihkan hati kerana segala amalan kita bermula dari hati…pada pandangan sy yg jahil nie…al quran n al sunnah harus di ikut di sertai cara penjagaan hati n bimbingan seperti yg di lakukan oleh pengikut tasawuf…
61. ingintahu - December 2, 2011
Salam….
62. KhaLWaT KeKaSih - December 13, 2011
Salam Illahi dari Si Jahil Lagi Dungu ini…
Usah kalungkan rantai emas di leher kambing….
“KhaLWaT KeKaSih”
63. Uwais al qorni - December 20, 2011
Alhamdulillah,semoga rahmat dan pertolongan Allah sentiasa bersama tuan syahidan,teruskan perjuangan,tuan telah berjaya membantu memberikan penjelasan yg sgt2 haq dlm keilmuan islam..syriat,fiqih dan tasawuf@sufi berpadu menjadi satu..Al quran,hadis,ijmak dan qias itulah sandaran ilmu bagi semua ulamak ASWJ..bermegah2 dgn al quran dan sunnah tetapi menolak makrifatullah atau kesufian(walhal sufi@makrifat itu adalah ilmu tasawwuf yg tertinggi) seperti faham WAHABI adalah sesat..memusuhi atau memperlekehkan amalan yg dibawa oleh para waliyullah dr golongan sufi adalah merupakan musuh2 Allah..
64. al Taqwa - December 20, 2011
Alhamdulillah,semoga rahmat dan pertolongan Allah sentiasa bersama tuan syahidan,teruskan perjuangan,tuan telah berjaya membantu memberikan penjelasan yg sgt2 haq dlm keilmuan islam..syriat,fiqih dan tasawuf@sufi berpadu menjadi satu..Al quran,hadis,ijmak dan qias itulah sandaran ilmu bagi semua ulamak ASWJ..bermegah2 dgn al quran dan sunnah tetapi menolak makrifatullah atau kesufian(walhal sufi@makrifat itu adalah ilmu tasawwuf yg tertinggi) seperti faham WAHABI adalah sesat..memusuhi atau memperlekehkan amalan yg dibawa oleh para waliyullah dr golongan sufi adalah merupakan musuh2 Allah..
65. ashim - January 2, 2012
adakah ilmu sufi tersimpan rahsia sejarah bangsa2 sebelum penciptaan adam
66. izam - January 4, 2012
Benar penjelasan kamu Tuan Shahidan.
Allah jua Tuhan. Ya Salam
67. Gilang - January 9, 2012
Subhanallah.. Salam kenal ja
68. Taubatannasuha - January 17, 2012
Assalamualaikum.. Ilmu Allah sgt luas, apa yang hambaNya ketahui hanya sedikit sahaja, ibarat menyucuk cari ke dalam lautan, yg basah di jari adalah ilmu yg kita pelajari dr lahir hingga bertemu dgnNya, dn isi lautan pula adalah ilmuNya yg tidak kita ketahui.. Seperti org pd zaman dahulu kala akan yg tidak tahu dn brilmu mengatakan kita gila bila kita mgatakan besi boleh terbang(kapal terbang), besi boleh timbul atas air (kapal laut), dan sbgnya.. Hasil dr kajian ilmu, zaman skrg dh membuktikan semua dh brlaku perkara yg dianggap mustahil.. Sama la spt dalam kita mencari ilmu mgenal Allah, bila dh sampai ke maqam trtinggi dan menerima anugerahnya, org awam takkan percaya.. Sbbnya dangkalnya ilmu dan tak pernah melaluinya.. Siapalah kita untuk mengkafirkan, atau mganggap org lain sesat, sdgkn semua tu adalah hak dan urusan Allah.. Siapalah yg benar-benar tahu dirinya adalah seorang ahli syurga melalui ibadahnya?.. Adakah itu jaminan dari amalannya itu untuk Allah memberikannya syurga? Ingatlah.. Takdir Allah, kepada siapa yg Dia kehendaki, tiada siapa yg tahu, kita tidak tahu apa takdir kita diakhirat, baik atau buruk.. Taraf kita tetap sama, hanya hamba Allah.. Berusahalah beribadah berjuta-juta tahun sekalipun, zikir mencecah alam malakut, sidratul muntaha, arasy Allah, tetap akan tiada siapa lebih tinggi darjatnya drpd Rasulullah S.A.W.. Maka, ikutlah apa yg Rasulullah ajarkn, yg dipesankn, al-Quran dn Sunnahnya sahaja, jadilah hamba yg biasa tp terlalu luar biasa pahala amalannya disisi Allah.. Kembali lah pada asas ajaran dan pesanan Rasulullah, itu lah sebaik2 islamnya seseorang.. Janganlah sampai ‘tertipu’ dgn amalan sendiri.. Kita wujud di alam fana dan seterusnya di alam baqa (akhirat) semata-mata kerana sifat Allah ar rahman dan ar rahim..
69. Sufi muda - January 20, 2012
Di johor juga ada lagi guru mursyid..Sudah sgt tua umurnya..cepat buru ilmunya selagi dia. Masih hidup..memang tidak terjangkau ilmunya..Saya buat solat tahajjud dan minta pada Allah ..Allah tunjukkan saya dlm mimpi orangnya..Alangkah terkejut saya mursyid itu orang yang biasa saya jumpa..mmg zuhud orangnya..Duduknya pon di kampung shj..mcm org biasa2 ..tak ditunjuk sikit pon kemursyidan nya…Guru tareqat qodiriyah muridnya tak terkira byknya dr utara sampai singapura..Sungguh merendah diri orgnya…sungguh tk saya sangka…
~*~

Bacalah Dengan Hati Yang Bersih (kisah Perbezaan pendapat Ulama Syariat dan Ulama Hakikat)

by Ahlillah Salik on Tuesday, January 17, 2012 at 11:14pm
Terjadi suatu peristiwa, seorang pemuda telah bertanya kepada guru tasawufnya tentang perbezaan antara orang-orang syariat dan orang-orang hakikat dalam memahami agama Islam dan kenapa ilmu hakikat tidak berkembang luas. Kemudian sang guru berkata..
“Untuk aku menjawab soalanmu itu wahai muridku, pergilah bertanya kepada kedua mereka akan dua persoalan ini iaitu yang pertama, adakah Allah itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya? Pergilah ke kampung sebelah kerana disana kamu akan menemui ulama syariat dan ulama hakikat. Bertanyalah kepada orang-orang kampung disana untuk mencari mereka.”
Akur atas arahan gurunya itu lantas si pemuda tanpa banyak bicara terus ke rumah ulama syariat yang terkenal dikampung sebelah dengan bertanya-tanya arah rumahnya kepada orang kampung. Sesampainya si pemuda itu dirumah ulama syariat tersebut dengan ramah mesra si pemuda diajak masuk ke dalam rumah yang serba sederhana itu. Sang ulama syariat kelihatan kemas berjubah putih dan berserban, ditambah raut wajahnya yang bersih tanda beliau seorang yang soleh. Si pemuda dilayan seperti anak sendiri dengan dijamu makan malam sebelum sesi dialog dijalankan. Usai makan malam terus sahaja sang ulama syariat memulakan bicara.
“Ada urusan apa sehingga kamu bertandang ke rumah saya ini wahai anak muda?”
Tanya sang ulama syariat dengan nada yang redup.
“Sebenarnya saya ingin mendapatkan jawapan diatas dua persoalan yang ingin saya ajukan berkenaan dengan agama Islam kita ini kepada ustaz. Soalannya ialah adakah Allah itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya?”
Setelah diam sejenak lalu sang ulama syariat menarik nafas dalam-dalam dan dengan tenang memberikan jawapannya.
“Ya, Allah itu memang berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah wajib.”
Setelah mendapatkan jawaban daripada ulama syariat itu maka pemuda itu pulang sambil hatinya berazam untuk bertemu dengan ulama hakikat pula. Keesokkan harinya si pemuda mula merayau-rayau dikampung itu untuk mencari sang ulama hakikat. Puas bertanya dengan orang kampung maka tengah hari itu si pemuda bertemu dengan seorang makcik yang akhirnya bersetuju menunjukkan beliau dimana sang ulama hakikat berada.
Sesampainya ditempat yang dituju kelihatan seorang lelaki tua sedang membersihkan halaman rumahnya yang luas dihiasi taman bunga yang cantik. Rumahnya begitu besar dan mewah. Sang ulama hakikat yang berkulit gelap itu kelihatan memakai pakaian yang agak lusuh berbanding rumahnya yang begitu mewah. Sudah sepuluh minit si pemuda berbual-bual ringan dengan sang ulama hakikat namun kelihatan seolah-olah tiada tanda-tanda sang ulama hakikat mahu menjemput beliau masuk ke dalam rumahnya yang mewah itu.
“Ada apa urusan nak jumpa saya ini?”
Tanya sang ulama hakikat itu sambil tersenyum. Kemudian si pemuda bertanyakan soalan yang sama sebagaimana yang ditanyakan kepada sang ulama syariat.
“Sebenarnya saya ingin mendapatkan jawapan diatas dua persoalan yang ingin saya ajukan berkenaan dengan agama Islam kita ini kepada ustaz. Soalannya ialah adakah Allah itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya?”
Kelihatan sang ulama hakikat tersenyum sahaja mendengar soalan itu lantas dengan tahkik beliau menjawab..
“Wahai anak muda ketahuilah yang sebenarnya bahawa Allah itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram.”
Terperanjat besar si pemuda mendengar jawapan sang ulama hakikat yang bersahaja itu. Sukar rasanya si pemuda mahu menghadam jawapan yang baru disampaikan kepadanya itu. Tanpa berlengah-lengah maka si pemuda itu mohon undur diri kemudian pulang ke rumahnya dengan seribu persoalan yang berlegar-legar dibenak kepalanya.
Sebagai seorang muslim taat yang baru hendak menjinak-jinakkan diri dengan dunia tasawuf, si pemuda berasa keliru dengan jawaban yang diberikan oleh sang ulama hakikat. Setahu beliau pelajaran tasawuf itu bersangkutan dengan ilmu hakikat dan ma’rifat. Mendengar jawapan daripada sang ulama hakikat itu membuatkan si pemuda berasa takut untuk meneruskan pelajaran tasawuf dengan gurunya dan mengambil keputusan untuk tidak lagi berguru dengan guru tasawufnya lantas mengambil keputusan untuk berguru dengan sang ulama syariat. Beliau mulai meragui perjalanan ilmu hakikat dan dalam hati beliau bergumam..
“Kalau nak dibandingkan dari segi akhlak pun akhlak sang ulama syariat lebih bagus daripada akhlak sang ulama hakikat. Walaupun sang ulama syariat hidup dalam keadaan sederhana namun aku dijemput masuk ke dalam rumahnya lantas dijamu dengan makanan yang enak berbanding sang ulama hakikat yang kedekut.. sudahlah tidak dijemput masuk ke dalam rumahnya, setitik air pun tidak diberinya malah dengan dirinya sahaja pun sudah kedekut. Lihat sahaja pakaiannya yang lusuh itu.”
Keesokkannya, si pemuda dengan tergesa-gesa menuju ke rumah sang ulama syariat dan menceritakan kepada beliau hasil dialognya dengan sang ulama hakikat. Mendengar penjelasan si pemuda, sang ulama syariat berasa marah lantas mengarahkan anak-anak muridnya untuk menangkap sang ulama hakikat. Maka dengan sekejap sahaja penduduk kampung itu digemparkan dengan cerita bahawa sang ulama hakikat itu telah membawa ilmu sesat dikampung itu.
Sang ulama hakikat dapat ditangkap dengan bantuan orang-orang kampung. Tangannya diikat dibelakang lalu dipaksa untuk berjalan. Kelihatan terdapat segelintir dari orang-orang kampung yang bertindak memukul muka dan badan beliau serta tidak kurang juga ada yang melempari beliau dengan batu-batu kecil kerana tidak dapat menahan rasa marah. Pun begitu sang ulama hakikat tetap berdiam namun air matanya tak henti-henti mengalir. Mungkin beliau menahan sakit.
Tiba dihalaman rumah sang ulama syariat lalu dengan kasar tubuh sang ulama hakikat yang sudah tua itu ditolak dengan keras lantas beliau terdorong ke depan lalu jatuh tersungkur. Si pemuda yang sedari tadi menunggu dirumah sang ulama syariat terkejut dengan situasi itu. Beliau tidak menyangka sampai begitu malang nasib yang menimpa sang ulama hakikat sehingga diperlaku begitu. Namun apalah dayanya untuk mengekang kemarahan orang-orang kampung yang sedang meluap-luap itu. Kemudian setelah meredakan suasana, sang ulama syariat menghampiri sang ulama hakikat lalu bertanya kepada beliau..
“Benarkah anda menjawab ‘Allah itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram’ sebagai menjawab pertanya pemuda ini?” sambil jari telunjuknya diarahkan tepat pada si pemuda.
Dengan tenang sang ulama hakikat menjawab “Ya”.
Kemudian sang ulama syariat bertanya lagi.
“Adakah anda masih dengan pendirian anda atau anda mahu bertaubat?”
Tanya sang ulama syariat tegas. Lalu dijawab dengan tenang oleh sang ulama hakikat..
“Untuk kesalahan yang mana lalu saya perlu bertaubat wahai hakim?”
“Untuk kesalahan anda yang mengatakan Allah tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya haram!”
“Oh begitu.. beginilah tuan hakim, pada saya jawapan saya itulah yang teramat benar namun jika tuan hakim tidak menyetujuinya tidak apa-apa dan terserahlah kepada kebijaksanaan tuan hakim untuk mengadili saya kerana tuan adalah hakim dinegeri ini.”
Habis sahaja sang ulama hakikat berkata begitu lantas beliau dilempari dengan puluhan sepatu oleh penduduk kampung dan ada juga yang berteriak agar beliau dibunuh. Sang ulama syariat terdiam dan merenung dalam seolah-olah memikirkan sesuatu yang berat. Akhirnya sang ulama syariat membuat keputusan agar sang ulama hakikat diberi tempoh sehingga esok untuk bertaubat dan jika tidak beliau akan dihukum bunuh. Setelah itu sang ulama hakikat diikat pada sebatang pokok nangka yang berada dihalaman rumah sang ulama syariat dalam posisi duduk menghadap kiblat sambil dikawal oleh beberapa orang-orang kampung.
Kini, saatnya pun telah tiba namun sang ulama hakikat tetap tidak mahu bertaubat daripada pendiriannya. Ramai yang merasa pelik dengan pendirian sang ulama hakikat dan yang lebih kusut lagi ialah fikiran si pemuda itu. Tiba-tiba si pemuda merasa kasihan dan merasa bersalah mengenang keadaan malang yang menimpa sang ulama hakikat adalah hasil daripada perbuatannya. Namun nasi sudah menjadi bubur. Perlahan-lahan si pemuda mendekati sang ulama hakikat untuk memohon maaf. Aneh.. kelihatan sang ulama hakikat itu hanya tersenyum dan dengan senang hati mahu memaafkan si pemuda. Ketika si pemuda itu mahu beredar tiba-tiba ia mendengar sang ulama hakikat membacakan sepotong ayat Al Quran dengan nada yang riang..
“Wa qul jaa alhaq wazahaqol baathil innal baathila kana zahuuqo.”
Dan Katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu (pasti) lenyap."
Ucap beliau berulang-ulang sambil memandang kearah seseorang lantas mukanya tiba-tiba kelihatan berseri-seri dalam senyuman yang menggembirakan. Si pemuda lantas menoleh kearah orang itu dan apa yang beliau lihat ialah kelibat bekas guru tasawuf beliau diantara celahan penduduk kampung yang ingin menyaksikan hukuman pancung yang bakal dijalankan. Tak lama kemudian hukuman bunuh pun dilaksanakan maka tamatlah riwayat sang ulama hakikat dibawah mata pedang sang algojo. Seluruh penduduk kampung bersorak gembira tanda kemenangan dipihak mereka yang berjaya membunuh seorang pembawa ajaran sesat.
Selang beberapa hari oleh kerana rasa ingin tahu yang meluap-luap maka si pemuda bersegera mengadap bekas guru tasawufnya. Si pemuda berasa hairan mengapa sang ulama hakikat membacakan ayat 81 daripada surah al-Isra’ seraya melihat kelibat bekas guru tasawufnya itu?.
“Wahai muridku, marilah duduk dihadapanku ini.”
Ujar guru tasawuf seraya melihat kedatangan muridnya itu. Si pemuda terkedu.. tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Fikiran terasa kosong dan segala persoalan yang hendak diajukan terasa tiba-tiba hilang entah tertinggal dimana.
“Baiklah muridku, atas persoalanmu yang dahulu itu maka akan aku jawab sekarang ini.”
Lembut sahaja bicaranya.
“Adapun persoalanmu tentang perbezaan antara orang-orang syariat dan orang-orang hakikat dalam memahami agama Islam akan aku jawab seperti berikut. Yang pertama, orang syariat akan menjawab setiap persoalan melalui ‘bahasa’ ilmu syariat manakala orang hakikat akan menjawab setiap persoalan melalui ‘bahasa’ ilmu hakikat. Jawaban sang ulama syariat adalah benar menurut ‘bahasa’ ilmu syariat dan jawaban sang ulama hakikat juga benar menurut ‘bahasa’ ilmu hakikat.”
“bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.
“Begini… adalah benar apabila sang ulama hakikat memberitahu kamu bahawa Allah itu tidak berkuasa sebab melalui peraturan ilmu hakikat, perkataan ‘Allah’ itu adalah dirujuk semata-mata sebagai isim bagi zat tuhan kita sahaja. Ini bermakna yang berkuasa pada hakikatnya adalah zat tuhan kita dan bukannya yang berkuasa itu isimNya. Perkataan ‘Allah’ itu pada hakikatnya adalah gelar bagi zat tuhan kita. Adapun gelaran itu hakikatnya adalah khabar maka khabar tiada ain wujud. Jika sesuatu itu tiada ain wujudnya maka mustahil dikatakan ia mempunyai kuasa. Adakah kamu faham?”
Si pemuda mengangguk lemah sambil merenung lantai.
“Adalah sesuatu yang benar juga apabila sang ulama hakikat memberitahu kamu bahawa sembahyang itu hukumnya adalah haram.”
“bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.
“Begini… sebenarnya tiada ibadat sembah-menyembah dalam agama Islam namun yang ada Cuma ibadat solat. Ya, ianya adalah solat dan bukannya sembahyang. Cuba kamu fahamkan betul-betul maksud firman Allah dalam surah al-Kafirun ayat 6 yang bermaksud;
 “Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku”. Ini menunjukkan cara ibadat orang kafir tidak sama langsung dengan cara ibadat orang muslim. Perkataan sembahyang itu adalah asalnya terbit daripada upacara ibadat masyarakat hindu-budha untuk menyembah tuhan yang bernama Hyang. Maka upacara ibadat itu dinamakan upacara sembahHyang. 
Solat itu bukan sembah dan tuhan kita bukannya Hyang tetapi Allah. Jadi kita sebagai orang muslim adalah haram sembahHyang kerana itu adalah ibadat penganut hindu-budha. 
Sesungguhnya solat itu bukan sembah tetapi solat itu ialah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud, “Apabila seseorang kamu sedang solat sesungguhnya dia sedang berbicara dengan tuhannya…”.
Si pemuda semakin tertunduk.
“Jadi, adakah kamu sudah faham mengapa sang ulama hakikat itu berkata bahawa Allah itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram?”
“Ya tuan guru, sekarang barulah jelas.”
“Yang kedua, orang-orang syariat mempelajari ilmu-ilmu hukum maka mereka menyelesaikan sesuatu masalah juga dengan hukum sementara orang-orang hakikat mempelajari ilmu-ilmu ma’rifatullah maka mereka menyelesaikan sesuatu masalah juga dengan Allah.”
Ketika ini lamunan si pemuda menyorot kembali peristiwa yang telah berlaku dimana kata-kata guru tasawuf itu ada benarnya juga. Memang benar sang ulama syariat telah menyelesaikan masalah yang berlaku dengan hukuman bunuh terhadap sang ulama hakikat sedang sang ulama hakikat menyelesaikan masalah antara dia dan si pemuda itu dengan kemaafan sesuai dengan sifat tuhan yang Maha Pemaaf dan Maha Pengampun.
“Adapun persoalanmu tentang kenapa ilmu hakikat tidak berkembang-luas maka akan aku jawab seperti berikut. Tidak berkembang-luasnya ilmu hakikat adalah disebabkan masih adanya orang-orang yang seperti kamu!”
Bentak sang guru tasawuf yang membuatkan darah si pemuda berderau.
“bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.
“Kerana kejahilan kamu dalam memahami hal-ehwal hakikat terus sahaja kamu tanpa usul periksa menghukum sang ulama hakikat sebagai tidak betul dan berburuk sangka terhadap beliau lalu kamu memfitnahi beliau dihadapan sang ulama syariat sehingga sang ulama hakikat tertangkap lalu diseksa dan dipancung oleh kalian. Jika semua ulama hakikat sewenang-wenangnya dibunuh tanpa usul periksa justeru kerana itulah ilmu hakikat tidak berkembang-luas.”
“Tapi tuan guru, bagaimana saya tidak terkhilaf sedang akhlak sang ulama hakikat itu tidak mencerminkan beliau sebagai orang yang beragama! Sang ulama hakikat langsung tidak menjemputku masuk ke dalam rumahnya yang besar lagi mewah itu dan langsung tidak memberiku walau setitik air bahkan dengan dirinya sahaja pun amat kedekut. Lihat sahaja pakaiannya yang lusuh itu.”
“Awas lidahmu dalam berkata-kata wahai anak muda! Telahku katakan tadi bahawa kamu memiliki sifat buruk sangka. Ketahuilah bahawa rumah besar lagi mewah yang kamu lihat itu bukanlah milik sang ulama hakikat tersebut sebaliknya adalah milik majikan beliau dan beliau hanya mengambil upah sebagai tukang kebun disitu. Adapun pakaiannya yang lusuh itu maka itu sahajalah harta benda yang beliau ada dan beliau hidup hanya untuk mengabdikan dirinya kepada Allah.”
“Bagaimana tuan guru boleh tahu segala yang terperinci tentang sang ulama hakikat itu?”
Tanya si pemuda hairan.
“Kerana orang yang kalian bunuh itu adalah guru tasawufku maka dengan itu sebutir lagi permata yang indah telah hilang. Telahku jawab semua persoalanmu maka pergilah kamu kepangkuan guru syariatmu iaitu sang ulama syariat.”
Si pemuda itu terkejut lantas berkata…
“Tapi wahai guruku, aku telah insaf dan ingin kembali berguru denganmu wahai guruku.. terimalah aku kembali wahai guruku!!”
“Ketahuilah wahai anak muda, aku enggan mengambilmu adalah semata-mata kerana keselamatanmu dan bukan kerana aku membencimu.”
“Aku tidak faham akan maksud tuan guru??”
“Pergi sahajalah kembali kepangkuan sang ulama syariat kerana kamu akan selamat disana dan jangan kamu sesekali mengaku aku adalah gurumu kelak kamu akan mengerti akan maksud tindakanku ini.”
Dengan hati yang berat dan sayu si pemuda berjalan menuju ke rumah sang ulama syariat untuk berguru dengannya dan beliau diterima sebagai murid. Selang beberapa hari, keadaan kampung tiba-tiba kecoh kembali. Dengar khabarnya seorang lagi pengamal ilmu sesat telah ditangkap dan kali ini pengamal ajaran sesat itu berasal dari kampung sebelah. Dari kejauhan kelihatan berbondong-bondong orang ramai sedang dalam perjalanan menuju ke rumah sang ulama syariat sambil menyungsung seorang lelaki yang telah dikenalpasti sebagai pengamal atau guru ajaran sesat. Dari jauh si pemuda dapat saksikan lelaki itu dipukul dan ditendang malah ada yang membalingnya dengan batu-batu kecil sehingga pakaiannya koyak-rabak. Rupa-rupanya lelaki yang pakaiannya telah koyak-rabak itu adalah sang guru tasawufnya.
Maka mengertilah si pemuda itu akan maksud tindakkan sang guru tasawuf yang tidak mahu mengambil beliau sebagai anak murid dan beliau hanya mampu mengalirkan air mata sambil menahan sebak melihat sang guru tasawuf itu diperlakukan seperti itu. Esoknya hukuman pancung terhadap sang guru tasawuf itu dilaksanakan maka sebutir lagi permata yang indah telah hilang sirna dari negeri itu……… Didalam hati si pemuda merintih..
“Ya Allah.. berapa ramaikah lagi ahli tasawuf yang mesti dikorbankan semata-mata mahu membuatkan aku mengerti mengapa ilmu hakikat tidak dapat berkembang-luas? Cukup Ya Allah cukup kerana sekarang aku sudah mengerti….”
~*~ WallahHu'Alam/ [sumber...] . .
~***~LadingEMAS~***~

No comments:

~*~*~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~*~