Nabi Sulaiman Dengan Seekor Semut Yg Taat
Paparan kisah kali ini adalah berkenaan kisah Sang Semut dengan Nabi Allah Sulaiman AS.
Ikuti kisah selanjutnya…
Kerajaan Nabi Sulaiman AS. dikala itu sedang mengalami musim kering yg begitu panjang. Lama sudah hujan tidak turun membasahi bumi. Tanah-tanah gersang melanda di mana-mana. Baginda Nabi Sulaiman A.S mulai didatangi oleh ummatnya untuk dimintai pertolongan dan memintanya memohon kepada Allah SWT agar menurunkan hujan untuk membasahi kebun2 dan sungai2 mereka.
Kemudian, baginda Nabi Sulaiman AS memerintahkan satu rombongan besar pengikutnya yang terdiri dari bangsa jin dan manusia berkumpul di suatu kawasan lapang untuk berdoa lalu memohon kepada Allah SWT agar musim kemarau segera berakhir dan hujan segera turun.
Sesampainya mereka di kawasan tersebut, baginda Nabi Sulaiman AS melihat seekor semut kecil berada di atas sebuah batu. Semut itu berbaring kepanasan dan kehausan. Baginda Nabi Sulaiman AS kemudian mendengar sang semut mulai berdoa memohon kepada Allah SWT. penunai segala hajat seluruh makhlukNya.
Ikuti kisah selanjutnya…
Kerajaan Nabi Sulaiman AS. dikala itu sedang mengalami musim kering yg begitu panjang. Lama sudah hujan tidak turun membasahi bumi. Tanah-tanah gersang melanda di mana-mana. Baginda Nabi Sulaiman A.S mulai didatangi oleh ummatnya untuk dimintai pertolongan dan memintanya memohon kepada Allah SWT agar menurunkan hujan untuk membasahi kebun2 dan sungai2 mereka.
Kemudian, baginda Nabi Sulaiman AS memerintahkan satu rombongan besar pengikutnya yang terdiri dari bangsa jin dan manusia berkumpul di suatu kawasan lapang untuk berdoa lalu memohon kepada Allah SWT agar musim kemarau segera berakhir dan hujan segera turun.
Sesampainya mereka di kawasan tersebut, baginda Nabi Sulaiman AS melihat seekor semut kecil berada di atas sebuah batu. Semut itu berbaring kepanasan dan kehausan. Baginda Nabi Sulaiman AS kemudian mendengar sang semut mulai berdoa memohon kepada Allah SWT. penunai segala hajat seluruh makhlukNya.
Doa Sang Semut kepada Allah SWT :
“Ya Allah pemilik segala khazanah, aku berhajat sepenuhnya kepada-Mu, Aku berhajat akan air-Mu, tanpa air-Mu ya Allah aku akan kehausan dan kami semua kekeringan. Ya Allah aku berhajat sepenuhnya pada-Mu akan air-Mu, kabulkanlah permohonanku”,
Mendengar doa si semut maka Baginda Nabi Sulaiman A.S, kemudian segera memerintahkan rombongannya untuk kembali pulang ke kerajaan sambil berkata pada mereka (para semut) :
“Kita segera pulang, sebentar lagi Allah s.w.t. akan menurunkan hujan-Nya kepada kalian. Allah SWT. telah mengabulkan permohonan seekor semut”.
Kemudian Baginda Nabi Sulaiman dan rombongannya pulang kembali ke kerajaan.
Manakala, kisah yg lain pula:
Suatu hari Baginda Nabi Sulaiman AS sedang berjalan2..
Baginda telah melihat seekor semut sedang berjalan sambil mengangkat sebutir buah kurma. Baginda Nabi Sulaiman AS terus mengamatinya, kemudian baginda memanggil si semut lalu bertanya :
“Hai semut kecil untuk apa kurma yg kau bawa itu?.”
Si semut menjawab, “Ini adalah kurma yg Allah SWT berikan kepada ku sebagai makananku selama satu tahun.”
Baginda Nabi Sulaiman AS kemudian mengambil sebuah botol lalu ia berkata lagi kepada si semut :
“Wahai semut kemarilah engkau, masuklah ke dalam botol ini aku telah membagi dua kurma ini dan akan aku berikan separuhnya padamu sebagai makananmu selama satu tahun. Tahun depan aku akan datang lagi untuk melihat keadaanmu”.
Si semut pun mengikut arahan dengan taat pada perintah Nabi Sulaiman A.S.
Maka, setahun telah berlalu. Baginda Sulaiman A.S datang melihat keadaan si semut.
Baginda melihat kurma yg diberikan kepada si semut itu tidak banyak yg berkurang. Baginda Sulaiman A.S bertanya kepada si semut :
“Hai semut mengapa engkau tidak menghabiskan kurmamu?”
“Wahai Nabiullah, aku selama ini hanya menghisap airnya dan aku banyak berpuasa. Selama ini Allah SWT yg memberikan kepadaku sebutir kurma setiap tahunnya, akan tetapi kali ini engkau memberiku separuh buah kurma. Aku takut tahun depan engkau tidak memberiku kurma lagi kerana [lupa] engkau bukan Allah Pemberi Rizki (Ar-Rozak), jawab si semut”..
Para pembaca, marilah sama2 kita bermuhasabah diri setelah membaca kisah di atas.
Sesungguhnya jawapan Sang Semut itu secara tidak langsung menginsafkan kita, mengingatkan kita bahawa Pemberi Rezeki yg mutlak hanyalah Allah SWT..
~*~*~*~*~*~*~*~
IMAN Sang Semut
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yg kering di tengah-tengah padang pasir yg tandus.
Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".
Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yg tandus ini ada rezeki untuk ku".
Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"
Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.
Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut:
"Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".
Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apa pun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yg tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".
Itulah Iman Semut!!
~*~*~*~*~*~*~*~
IMAN MANUSIA???
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yg kerjanya mengorek kubur orang mati.
Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu.
Tetapi yg ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat selepas di "INTERVIEW" oleh Munkar Nakir.
Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.
Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya:
"Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yg aku gali, dua sahaja yg mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yg 98 lagi sudah beralih ke belakang?".
Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".
Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yg banyak, biasanya, iman dia akan beralih.
Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.
Kata Saidina Ali kepada Kami:
"ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA,
ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA,
ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN,
HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN
DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".
Sumber ~ http://biaqpila.blogspot.com/2009/10/iman-semut-nizar-news.html
~*~*~*~*~*~*~*~
KISAH KERAJAAN SEMUT
Sumber :
"Ianya bermula dengan satu kematian dan dihadapkan ke hadapan Tuhan Semut…
Malaikat Pendakwa: Apakah yg engkau telah lakukan didunia dahulu wahai Gadis Semut?
Gadis Semut: Errr! Saya melakukan zina sehingga melahirkan seekor anak semut yg comel. Matanya berlinangan air mata mengenangkan peristiwa itu. Kepalanya tertunduk dan tidak mampu diangkat untuk memandang wajah Malaikat Pendakwa tersebut.
Malaikat Pendakwa: Tidakkah engkau tahu bahawa zina ini berdosa dilakukan? Tidakkah ibu-bapamu ada mengajar kepadamu tentang ilmu agama?
soal balas Malaikat Pendakwa yang mukanya teramat bengis.
Gadis Semut: Saya tidak diajar langsung tentang ilmu agama, Tuan.
Malaikat Pendakwa : Panggil bicara kedua-dua orang tua Gadis Semut ini sekarang juga ( bentak kepada Malaikat Pembantu yang lain).
Malaikat Pendakwa : Wahai ibu bapa kepada Gadis Semut, tidakkah kamu tahu bahawa kamu wajib memberikan pendidikan agama kepada anak gadismu itu? (tanya Malaikat Pendakwa dengan tegasnya)
Ibubapa: Kami lalai tuan, kami sibuk dengan urusan pekerjaan kami sehari-hari. Walaupun begitu kami ada menghantar anak gadis kami ke sekolah. Sepatutnya Ustaz dan Ustazah disekolah mengajarnya ilmu agama.
Jawab ibubapa Gadis Semut tersebut.
Malaikat Pendakwa : Panggil Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut sekarang juga.( bentak Malaikat Pendakwa).
Malaikat Pendakwa : Adakah kamu ada mengajar Gadis Semut ini tentang ilmu agama?( tanya Malaikat Pendakwa kepada Ustaz dan Ustazah sekolah Gadis Semut tersebut.)
Ustaz dan Ustazah: Kami ada mengajarnya mengenai imu agama namun ianya terbatas kepada waktu yg dibenarkan dalam sistem pendidikan negara.
Dalam seminggu kami cuma dapat mengajarkan ilmu agama cuma 5 waktu sahaja. 5 waktu ini cuma 225 minit sahaja tuan.
Malaikat Pendakwa : Siapakah yg menetapkan waktu2 ini?
Ustaz dan Ustazah : Kementerian Pendidikan tuan, yg diketuai oleh Menteri Pendidikan.
Malaikat Pendakwa : Panggil ke kamar bicara Menteri Pendidikan.
Adakah kamu yg memimpin Kementerian Pendidikan yg mentetapkan cuma 225 minit sahaja seminggu Pendidikan ilmu agama diajar kepada penuntut sekolah?
Menteri Pendidikan : Ya tuan, memang saya yg memimpin Kementerian Pendidikan. Saya cuma menjalan tugasan saya seperti yg diarahkan oleh Kabinet, tuan. (terketar2 Menteri Pendidikan tersebut menjawab soalan Malaikat Pendakwa tersebut).
Malaikat Pendakwa : Siapa yg mengetuai Kabinet Kerajaan kamu itu? (tegas soalan dari Malaikat Pendakwa).
Menteri Pendidikan : Perdana Menteri kami, tuan. (lemah balasan Menteri Pendidikan yg kini tidak mampu mengangkat muka).
Malaikat Pendakwa : Panggil ke kamar bicara Menteri Besar Kerajaan Semut ini sekarang juga!!
Lemah longlai Menteri Besar diheret ke kamar bicara oleh Malaikat Pembantu. Kakinya tampak lemah tidak dapat mengatur langkah. Wajahnya nampak pucat lesi.
Malaikat Pendakwa: Benarkah kamu yg memimpin kabinet Kerajaan Semut ini!??
Menteri Besar: Ya tuan, Memang saya. Memang saya yg membuat semua keputusan yg diputuskan oleh kabinet. Malah memang saya yg mengarahkannya.
Malaikat Pendakwa: Jadi memang kamu mengaku bahawa kamu tahu apa akibatnya atas arahan dan keputusan yg kamu lakukan?
Menteri Besar: Ya memang saya tahu tuan, Namun saya melakukannya mengikut mandat yg diberikan kepada saya oleh rakyat negara saya yg memilih saya menjadi pemimpin mereka melalui satu pilihanraya. Apa yg saya lakukan adalah sekadar apa yg diharapkan oleh rakyat negara saya.
Lemah jawapan Menteri Besar tersebut.
Malaikat Pendakwa : Baiklah, sekarang saya serahkan kepada Tuhan Semut untuk membuat keputusan perbicaraan ini.
Tuhanku, Menteri Besar ini mengaku bahawa atas mandat yg diberikan kepadanya oleh rakyat semut melalui pilihanraya, maka beliau mengarahkan kabinet negaranya yg seterusnya menetapkan bahawa Pendidikan ilmu agama cuma 225 minit sahaja seminggu yg mana diberitakan tidak mencukupi sehinggakan Gadis Semut ini telah melakukan satu dosa besar iaitu zina.
Tuhan Semut: Barang siapa yg memilih (mengundi) Menteri Besar dan Kerajaan yg memerintah tersebut dalam pilihanraya hendaklah dimasukkan kedalam neraka keseluruhannya atas sebab dosa zina yg dilakukan oleh Gadis Semut tersebut. Ini termasuklah semua yg terlibat membiarkan Gadis Semut melakukan dosa zina...!!!
PESANAN... Jika ANDA seOrang yg BERAKAL, tentunya anda dapat menangkap maksud petikan ringkas cerpen diatas.
Semoga Allah tidak melaknat kita dan memasukkan kita keseluruhannya kedalam neraka atas SIKAP sambil LEWA dan CUAI kita dalam memilih pemimpin dan pimpinan NEGARA..!!!
Walaupun ada satu dosa kecil yg dilakukan oleh mana2 pihak, maka kita pun akan dimasukkan kedalam neraka jika kita membiarkan DOSA [KEROSAKKAN] ini dilakukan walaupun tanpa kita sedar.
Jika ditafsir dengan lebih mendalam, kita bukan sahaja berdosa apabila mengangkat pen membuat pilihan yg salah, tapi turut dicampakkan ke dalam golongan yg sama apabila mempunyai kemampuan tetapi tidak mengangkat tangan untuk bertindak membantu golongan si Gadis Semut."
Undi kita walaupun hanya sekadar satu garisan diatas sekeping kertas akan menyebabkan kita dimasukkan kedalam Syurga ataupun Neraka. Ingat, apakah jawapan yg mampu kita berikan diakhirat kelak sewaktu dibicarakan dihadapan Allah, Tuhan Rabbul Jalil. Ingat sumpah kita, janji kita, mission statement kita "Aku berSaksi Tiada ilah yg disembah melainkan Allah. Aku berSaksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah" Sediakanlah jawapan anda. Undilah dengan IMAN, AMAL dan AKAL. Jangan biarkan anda dipengaruhi dengan kebendaan dan keduniaan yang mana ianya tidak akan kekal. Sesuatu yg pasti dan Pasti dilalui adalah Kematian. Setiap patah perkataan yg kita tulis, setiap apa yg kita lakukan,tangan2 dan kaki2 kita akan menjadi SAKSI. Tanpa cuai walau sedetik pun waktu berlalu, ada yg menghisabnya.
DOA MENGHALAU NYAMUK,SEMUT & SERANGGA DARI RUMAH/DUA TO DRIVE AWAY MOSQUITO, ANTS & INSECTS
12 Natural Ways to Get Rid of Cockroaches Permanently
How to get rid of cockroaches in kitchen ~ 5 Simple methods to keep cockroaches away
THIS IS THE MOST EFFECTIVE WAY TO GET RID OF COCKROACHES IN YOUR HOUSE COMPLETELY.
DENGGI Rawatan 👉 https://lading-emas.blogspot.com/2018/07/denggi-penyelidik-daun-betik.html
Perbetulkan SOLAt Anda 👉 https://lading-emas.blogspot.com/2010/03/solat-anda-betul-ke.html
WallahuA’lam.. والله أعلم
اَللَّهُمَّ صَلِّ وسَلاٌِم عَلٓى سَيٌِدِناَ مُحَمَّدٍ ﷺ
📮 ❤️Sharing is Caring❤️
No comments:
Post a Comment