~*~KALiMAH TAUHiD~*~







~**~TiADA TUHAN KECUALi ALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH pd SETiAP KERLiPAN & PD SETiAP NAFAS Sbyk LuasNYA APA YG ADA pd iLMU ALLAH ~**~

~*~SOLATLah KiTa, Sebelum KiTa diSOLATkan~*~


~*~PLS OPEN this WEB with MOZILLA FIREFOX or INTERNET EXPLORER...for BEST Results, Tq (^^,)

AL_QURAN Video+ TerJemahan

~*~*~*~

HADIS ~ PESANAN RASUL KITA, UTK UMATNYA TERSAYANG!!!

~*~*~*~*~*~*~*~*~*[PerHaTiKan MuTiARA KATANYA]
~~*~~[PerHaTiKan MuTiARA KATANYA]
~~**~~[PerHaTiKan MuTiARA KATANYA]
~~***~~[PerHaTiKan MuTiARA KATANYA]
~*~*~*~* ~*~ ~*~
PESAN Rasululah S.A.W
“Sesungguhnya PALING diRASA BERAT oleh seOrg MUNAFIK, ADALAH melaksanakan SOLAT ISYA' dan SOLAT SUBUH. Sekiranya mereka tahu akan ke AGUNGAN PAHALAnya, NISCAYA mereka mendatanginya (ke MASJID, SOLAT berJEMAAH) sekalipun dlm keadaan MERANGKAK2
(HR Bukhari Muslim)

~*~ “Sesungguhnya ALLAH akan mgumpulkan Org2 MUNAFIK dan 0rg2 KAFIR di dlm JAHANNAM
(An Nisa:140).

SOLAT BERJEMAAH LEBIH TINGGI 27 DERAJAT DIBANDING SOLAT SENDIRI“
(HR Bukhari – Muslim)

~*~ Download Audio Kuliah
***
~***~أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا (Setelah diterangkan) APAKAH mereka[KAMU] SENGAJA tidak berUSAHA MEMAHAMI serta meMIKIRkan isi Al-QURAN? ATAU HATI mereka TERKUNCI RAPAT (yg mghalangnya drpda MENERIMA AJARAN Al-QURAN)? (QS Muhamad: 24) ~*~*~***~

Thursday, November 20, 2014

Kenali diri

APAKAH ERTI, MAKNA DAN MAKSUD ALLAH MELIPUTI

 

 
  Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian, sesudah sekian lama kita membicarakan soal mengenal, memandang, menilik dan melilhat Allah Taala, ternyata kita masih lagi tidak dapat untuk menyatakannya. Ramai lagi di luar sana yang masih lagi tidak dapat untuk menghayati dan tidak dapat untuk memahami kaedah-kaedah atau cara-cara bagaimana untuk memandang Allah. Biarpun dikatakan Allah itu terang dan jelas, namun itu hanya satu ungkapan istilah sahaja, pada realiti dan pada hakikatnya, ramai di kalangan kita yang masih lagi tidak dapat untuk membenarkan ungkapan bahawa Allah itu nyata, terang, hampir dan jelas. Sekali lagi dinyatakan di sini bahawa terang cahaya matahari, sesungguhnya terang lagi Allah. Dekat atau hampirnya antara mata hitam dengan mata putih ternyata dekat dan hampir lagi Allah.
Persoalannya di sini, kenapa kita masih lagi tidak terlihat atau terpandang Allah. Tidakkah kita semua tahu yang bahawasanya Allah itu meliputi sekalian alam? Bilamana Allah meliputi sekalian alam, kenapa masih lagi tidak terlihat, tertilik dan kenapa masih lagi tidak terpandang Allah. Semua tahu dan semua mengaku yang bahawasanya Allah itu meliputi sekalian alam tetapi kenapa, kenapa dan kenapa masih lagi tidak terlihat Allah pada sekalian alam?
Tuan-tuan tahukah apa erti meliputi? Meliputi itu, ertinya “semua sekali” iaitu bermaksud tidak ada lain selainnya. Sekarang jika tuan-tuan dan puan-puan mahu tahu Allah, masih mahu kenal Allah, masih mahu lihat, pandang, tilik dan masih mahu tengok Allah, sekarang saya minta tuan masuk ke ruangan dapur dan ambil sebiji gelas kaca (gelas yang cerah).
Sekarang berhenti membaca kitab dan sila masuk ke ruangan dapur dan ambil sebiji gelas (gelas cerah), sebagaimana yang saya sarankan (jika benar tuan ingin mendapat barokah guru, sila buat apa yang saya sarankan). Sesudah gelasnya diambil dan pegang gelas itu dengan tangan tuan-tuan. Apakah sudah dipegang gelasnya? Jika sudah dipegang diminta tuan-tuan tilik, tengok dan pandang betul-betul kepada gelas kaca tersebut. Apakah gelas itu, kaca, besi, tanah atau gelas tembaga? Jika benar-benar gelas itu gelas kaca, maka tiliklah baik-baik dengan mata hati.
Pastikan betul-betul bahawa gelas yang dipegang itu, diperbuat dari kaca, tidak ada unsur lain selain kaca. Sebagaimana yang kita tahu, gelas adalah diperbuat dari kaca manakala kacanya pula tidak bercampur dengan besi, tidak bercampur dengan api, tidak bercampur dengan batu dan tidak bercampur dengan selain kaca. Gelas itu adalah gelas yang mutlaknya diperbuat sepenuhnya dari kaca. Kacalah yang meliputi gelas tersebut. Saya mahu tuan-tuan ambil gelas yang benar-benar diperbuat dari kaca, yang tidak sedikitpun bercampur unsur-unsur selain kaca.
Setelah ianya benar-benar gelas kaca, saya ingin bertanya kepada tuan-tuan sekalian. Ada atau tidak gelas itu bercampur atau bersalut selain dari kaca? Jika jawapannya benar-benar diperbuat dari kaca, bermakna di sini, gelas tersebut adalah “meliputi kaca sepenuhnya”.
Pertanyaan yang kedua, apakah erti meliputi? Seumpama “meliputi”nya kaca pada gelas? Jika jawapannya kaca meliputi gelas, bererti perkataan “meliputi” itu, adalah membawa maksud “semua sekali”. Gelas itu, semua sekali adalah kaca (itulah maksud atau erti meliputi). Bilamana semua sekali gelas itu “meliputi” kaca, bererti gelas itu “semua sekali” kaca. Ambil pehatian kepada perkataan “meliputi” dan perkataan “semua sekali”. Erti, makna atau maksud meliputi di sini, adalah merujuk kepada maksud “semua sekali”. Semua sekali gelas itu, adalah kaca, iaitu kaca yang tidak ada sedikitpun bercampur dengan yang lain selain kaca. Apakah benar semua sekali gelas itu kaca? Sila jawab? Jika benar dengan apa yang dikata itu, mari kita ikuti langkah selanjutnya.
Setelah benar-benar kaca meliputi sekalian gelas, bererti tidak ada lain gelas itu adalah kaca, iaitu kaca sepenuhnya yang tidak sedikitpun bercampur dengan yang lain selain kaca. Apakah maksud meliputi? Adapun erti atau makna perkataan “meliputi” di situ adalah membawa maksud “semua sekali”. Meliputi itu bermaksud “semua sekali”. Ertinya gelas itu semua sekalinya kaca.
Berbalik kita kepada perkara percaya kepada Allah Taala. Untuk menentukan keyakinan dan untuk menentukan kepercayaan kita, kita kena pastikan terlebih dahulu bahawa perkataan meliputinya Allah itu adalah bermaksud semua sekali Allah.
Allah Taala itu meliputi sekalian alam (meliputi ertinya semua sekali). Jika meliputi itu bererti semua sekali, berertinya di sini semua sekalian alam ini adalah meliputi Allah (semua sekali Allah). Allah meliputi sekalian alam, bererti “semua sekali alam ini adalah Allah” (Allah semua sekali). Meliputi di sini bermaksud Allah semua sekali. Kaca meliputi gelas ertinya gelas itu semua sekali adalah kaca. Allah meliputi alam, ertinya alam itu semua sekali Allah. Tidak ada ruang di alam ini untuk tidak ada Allah (inilah erti meliputi).

GAMBAR LUKISAN GELAS DAN GAMBAR LUKISAN ORANG

Cuba tuan-tuan perhatikan kiasan gambaran di atas baik-baik dengan penglihatan yang jernih. Semua gelas itu adalah diliputi, diselimuti atau meliputinya kaca (semua sekali kaca) dan kemudian saya minta tuan-tuan lihat pula kepada gambar manusia. Tidakkah manusia itu diliputi, diselimuti atau yang meliputinya Allah (semua sekali Allah). Cuba perhatikan, di manakah di atas diri kita itu, yang tidak ada Allah, cuba jawab? Allah telah dikatakan meliputi diri kita. Seluruh jasad kita telah Allah liputi, setelah Allah meliputi diri kita, bermakna di sini, tubuh kita itu, tidak ada ruang yang tidak ada Allah. Di dalam jasad, di luar jasad, di kiri kanan jasad, di atas bawah jasad dan di tengah tepi jasad kita itu, adalah telah meliputi Allah. Tidak ada ruang untuk adanya jasad diri kita melainkan yang ada itu, itulah Allah.
Bilamana Allah meliputi diri kita, sudah tentu sifat makhluk itu pasti binasa. Dalam kulit dan di luar kulit, di dalam daging dan di luar daging kita itu, telah meliputinya Allah. Sehingga tidak ada ruangan untuk adanya kulit, tidak ada ruang untuk adanya daging, tidak ada ruang untuk adanya diri kita, melainkan Allahlah yang meliputi segalanya. (Allahlah segala-galanya atau Allahlah semua sekali). Jika Allah sudah menyelimuti atau meliputi diri kita, sudah tentu tidak ada ruang untuk adanya sifat-sifat yang lain, selain Allah Taala.
Semua dan malah boleh dikatakan seluruh jasad kita ini, sesungguhnya telah di liputi Allah sehingga tidak ada peluang langsung untuk tumbuh sifat-sifat daging, tulang, kulit, urat, jantung, hati, darah malahan tidak ada ruang atau tidak peluang sama sekali untuk tumbuh atau terbentuk diri kita. Tidak akan ada peluang untuk ada yang lain, bilamana Allah sudah meliputi diri kita. Sebagaimana meliputinya kaca pada seluruh gelas, sebegitulah meliputinya Allah pada seluruh jasad diri kita. Bila kaca meliputi seluruh gelas, tentunya gelas sudah tidak kelihatan lagi, bilamana Allah meiputi diri kita, diri kita tidak akan kelihatan lagi, melainkan kita ini, hanya tinggal pada panggil-panggilan nama yang sesungguhnya tidak ada.
Saya mahu tuan-tuan pegang gelas, sekarang sudah tuan-tuan pegang gelasnya? Jika gelas sudah dipegang, inginlah saya ajukan satu pertanyaan kepada tuan-tuan, manakah yang dikatakan gelas? Sekarang saya mahu tuan-tuan tunjuk, manakah yang dikatakan gelas? Sedangkan yang tuan-tuan pegang itu, adalah “kaca”, yang tuan-tuan pegang itu, adalah kaca, manakah yang dikatakan gelas? Jika tuan-tuan kata tuan-tuan pegang itu gelas, cuba tunjuk, manakah yang dikatakan gelas. Cuba tunjuk, mana yang dikatakan gelas? Yang dipegang itu, adalah kaca, yang ditunjuk itu, adalah kaca dan yang dilihat itu, adalah kaca, mana yang dikatakan gelas? Inilah yang dikatakan bahawa meliputinya kaca pada gelas, sehingga tidak lagi tertilik gelas, setelah tidak lagi tertilik gelas, maka meliputilah kaca pada gelas itu.
Kemudian cuba alihkan perhatian tuan kepada diri tuan-tuan sendiri. Sekarang cuba jawab pertanyaan saya. Sekarang saya mahu tanya tuan-tuan dan harap tuan jawab, biarpun sekadar jawapan di dalam hati. Siapakah nama tuan? Sekarang jawab. Seandainya diri tuan-tuan bernama Abdullah, sekarang saya minta tunjukkan, mana yang dikatakan Abdullah atas diri tuan-tuan. Yang tuan-tuan sebut itu mulut, yang tuan-tuan tunjuk itu dada dan yang tuan-tuan angkat itu tangan, manakah yang dikatakan Abdullah? Saya minta tunjukkan Abdullah di atas diri tuan-tuan itu di mana? Cuba tunjuk, mana Abdullah? Inilah yang menggambarkan bahawa sebenar-benar diri kita tidak ada. Yang bersifat dengan sifat ada itu, adalah hanya Allah Taala (Allah Taala sahaja yang bersifat dengan sifat wujud atau yang bersifat dengan sifat ada).
Dengan yang demikian, saya dengan rasa rendah diri, memohon kepada sidang pembaca dan pendengar yang dirahmati Allah sekalian, bermula dari hari ini, ketika ini, saat ini dan detik ini, marilah kita semua sama-sama mengaku dengan sepenuh percaya dan dengan sepenuh yakin, bahawa Allah itu meliputi sekalian alam dan sesungguhnya Allah itu meliputi sekalian jasad diri kita. Oleh itu, bilamana Allah meliputi sekalian alam dan meliputi sekalian jasad diri kita, bermakna leburlah sekalian jasad. Setelah jasad terlebur, maka sesungguhnya yang terlihat itu, itulah Allah, yang terpandang itu, itulah Allah, yang tertilik itu, itulah Allah Taala (dengan syarat jangan sampai terlihat adanya diri), barulah boleh terlihat nyata adanya Allah Taala.
Lihat gelas sekali lagi, sesungguhnya gelas itu adalah kaca dan alihkan pandangan tuan-tuan kepada diri tuan-tuan sekali lagi, sesungguhnya diri tuan-tuan itu, sesungguh dan sebenar-benarnya tidak ada. Sebenar-benar diri pada hakikanya adalah tidak ada, yang bersifat dengan sifat ada (wujud) itu, adalah hanya Allah Taala.
Cuba lihat di atas langit, sekarang saya mahu tuan-tuan dongak muka kalian ke arah langit. Benar atau tidak yang Allah itu meliputi langit. Bererti Allah di atas langit dan Allah juga di bawah langit, kerana Allah itu meliputi. Lihat pula bumi yang kalian pijak ini, benar atau tidak yang Allah itu di dalam bumi dan Allah juga di luar bumi?
Cuba pula tuan-tuan dan puan-puan tilik kepada diri tuan-tuan sendiri. Cuba lihat betul-betul. Benar atau tidak yang Allah itu meliputi diri kita? Cuba tuan-tuan cari di manakah dalam diri kita ini yang tidak ada Allah? Cari tempat yang tidak ada Allah dalam diri kita. Melainkan Allahlah yang meliputi diri kita, yang sehinggakan tidak ada ruang di dalam atau di luar diri kita yang tidak ada Allah (melainkan Allah itu meliputi sekalilan alam).
Cari di dalam diri kita masing-masing, manakah tempatnya yang tidak ada Allah! Di dalam lidah dan di luar lidah, wujud dan ada Allah. Di dalam mulut dan di luar mulut, wujud dan ada Allah. Di dalam tangan dan di luar tangan, wujud dan ada Allah. Di dalam kepala dan di luar kepala, wujud dan ada Allah. Di luar jasad dan di dalam jasad, wujud dan ada Allah. Di dalam darah dan di luar darah, wujud dan ada Allah. Di dalam daging dan di luar daging, ada Allah. Tidak ada ruang di dalam diri kita yang tidak ada Allah Taala. Tidakkah Allah itu meliputi sekalian alam dan meliputi sekalian diri kita. Di dalam dan di luar diri kita itu diliputi dan dipenuhi oleh Allah sehingga tidak ada unsur lain selain Allah yang meliputi diri kita. Malahan keseluruhan (semua sekali) diri kita ini, diliputi dan dipenuhi oleh Allah Taala.
Bilamana Allah Taala sudah meliputi, memenuhi, merangkumi dan menepati sekalian alam diri kita, bererti diri kita ini semuanya dipenuhi Allah. Bilamana Allah sudah memenuhi dan sudah meliputi diri kita sepenuhnya, apakah tuan-tuan masih lagi tidak tertilik dan tidak mempercayai wujudnya Allah? Bilamana Allah sudah memenuhi atau sudah meliputi sekalian ruang, segala masa, segala rongga, segala tempat, segala jarak dan segala waktu, apakah masih terlihat lagi selain Allah?
Memenuhi itu ertinya meliputi dan meliputi itu pula adalah bererti memenuhi. Meliputi dan memenuhi Allah itu, akan segala waktu, segala tempat, segala ruang dan segala jarak. Sesudah meliputinya Allah pada sekalian alam dan pada sekalian diri, apakah masih lagi terlihat selain Allah? Sebagaimana perumpamaan kaca yang meliputi gelas, begitulah meliputinya Allah Taala atas diri kita. Meliputinya Allah itu, sehingga tidak ada yang lain lagi selain Allah. Sebagaimana kaca meliputi gelas, begitulah meliputinya Allah atas diri kita sehingga tidak terpandang lagi kepada yang lain selain kaca pada gelas dan sebegitu jugalah tidak tertilik lagi penglihatan kita kepada diri, melainkan terpandang, tertilik, terlihat dan ternampak Allah.
Perhatikan sekali lagi terhadap sifat gelas, semua sekali gelas itu, adalah bersifat dengan sifat kaca. Perumpamaan gelas kaca itu, hendaklah tuan-tuan kiaskan kepada diri tuan-tuan. Bilamana semua sekali gelas meliputi kaca, begitu jugalah diri kita. Diri kita itu, sesungguhnya meliputinya Allah (Allah semua sekali). Bila semua sekali Allah, ertinya diri kita hanyalah sekadar nama sebut-sebutan sebagai sebutan nama gelas. Meliputi itu bererti semua sekali. Bila Allah meliputi diri kita ertinya Allahlah semua sekali. Bilamana Allah meliputi alam, bererti Allahlah semua sekali alam (semua sekali diri kita dan semua sekali alam itu, adalah Allah meliputinya), itulah ertinya Allah itu meliputi sekalian alam.
Dalam kita melihat, memandang atau menilik Allah, hendaklah memandang, melihat dan menilik dengan yakin dan dengan percaya. Percaya dan yakinlah yang Allah itu meliputi sekalian alam (semua sekali Allah). FirmanNya:
“Barang ke mana kamu hadapkan mukamu, di situlah wajah Aku”
Firman di atas, sudah memang jelas sejelas-jelasnya bahawa Allah Taala itu meliputi (semua sekali). Tidak ada arah yang tidak tertilik Allah. Pandang dalam batang tubuh ada Allah dan pandang di luar tubuh ada Allah, kenapa masih lagi tuan-tuan tidak ternampak Allah? Tilik alam, tidakkah Allah itu meliputi (semua sekali), kenapa masih lagi tidak tertilik Allah? Yakin dan percayalah bahawa sesungguhnya tidak ada ruang yang tidak ada Allah, kenapa masih lagi tidak terlihat Allah.
Di alam ini, sesunguhnya tidak ada tempat yang tidak ada Allah, kerana Allah memenuhi ruang, memenuhi waktu dan memenuhi tempat, kenapa tuan-tuan masih lagi tidak terpandang Allah. Nak nyata, nak terang dan nak jelas yang bagaimanakah lagi Allah itu? Sedangkan terangnya cahaya matahari, sesungguhnya terang lagi Allah dan dekatnya di antara mata putih dengan mata hitam, sesungguhnya dekat dan hampir lagi Allah, kenapa sampai tuan tidak tertilik, tidak terlihat dan tuan-tuan tidak ternampak Allah? Tambahan pula Allah itu meliputi sekalian alam, kenapa masih tidak tertilik, kenapa masih tidak terlihat dan kenapa masih tidak terpandang Allah? Cuba tuan-tuan tanya kepada diri sendiri kenapa, kenapa dan kenapa?
Pengajaran sudah sampai dengan jelas dan dengan nyata di depan mata, sayangnya kenapa masih juga tidak faham-faham? Apakah salah penyampaian ilmu atau salah kefahaman tuan-tuan? Saya kira penyampaian ilmu oleh guru-guru terdahulu sudah lebih dari cukup dan terang serta teramat-amat jelas. Untuk mendapat barokah kefahaman dalam bidang ilmu makrifat itu, seharusnya tuan-tuan ikut saranan guru. Dalam menimba ilmu Allah itu, harus ada adab dan kaedahnya yang tersendiri.
Untuk mendapat faham dalam bidang ilmu makrifat itu, harus ada cara, jalan, kaedah dan adab. Adapun adab atau caranya adalah, tuan-tuan mesti ikut dan patuh kepada saranan guru. Bilamana guru suruh tuan-tuan masuk ke halaman dapur ambil gelas kaca, hendaklah tuan ikut dan patuh. Bila guru suruh pegang gelas dan tilik, hendaklah tuan-tuan benar-benar pegang gelas dan tilik, barulah ilmu guru itu menjadi barokah (berkat) dan barulah kefahaman ilmu itu boleh meresap masuk ke dalam jantung kalbu! Sayangnya, bila disuruh berbuat begitu, tuan tidak endah dan tidak patuh kepada saranan guru, itulah makanya tuan-tuan tidak mendapat kefahaman dalam menuntut. Allah tidak jauh dan Allah tidak terdinding (terhijab), kenapa masih tidak percaya kepada Allah Taala?
Meliputinya Allah itu, seumpama kiasan kepada ombak, kepada gelora atau kepada buih di lautan. Seandainya tuan-tuan dan puan-puan mempunyai kelapangan masa di hujung minggu, sambil berjalan bersama keluarga, anak isteri, sudi kiranya mampir buat seketika ke tepi pantai. Untuk mempercayai Allah, untuk menyakini Allah, lepaskan pandangan ke arah lautan yang luas. Di situ, hendaklah tumpukan pandangan ke arah gelombang lautan itu, lepaskan pandangan ke arah ombak dan lepaskan pandangan ke arah buih-buih di lautan. Dengan melihat tanda ombak dan buih, yakinlah, di dalam hati masing-masing bahawasanya ombak, gelombang dan buih itu, sesungguhnya hanyalah zahir pada panggilan nama ataupun zahir pada tanggapan akal. Sesungguhnya, gelombang, ombak dan buih itu, pada hakikatnya adalah lautan AIR.
Begitulah, meliputinya lautan air pada ombak dan gelombang, pada pandangan mata kasar kelihatan seumpama ombak, sesungguhnya pada pandangan hakiki ianya adalah lautan AIR. Tandanya di sini bahawasanya meliputinya air laut di dalam ombak, meliputinya air laut di dalam gelombang dan meliputi air di dalam buih, itulah tandanya gelombang tidak ada, gelora tidak ada. Ombak tidak ada, buih tidak ada, yang ada hanyalah lautan AIR.
Begitulah hendaknya kita semua insaf dan ambillah iktibar daripada lautan air itu, ditafsirkan meliputinya Allah itu atas diri kita dan meliputinya Allah pada sekalian alam. Bilamana meliputi air laut pada ombak, meliputinya air laut pada gelombang, begitulah meliputinya Allah pada diri kita sendiri iaitu meliputinya Allah pada tangan, meliputinya Allah pada mata, meliputinya Allah pada seluruh tubuh, meliputinya Allah pada diri sendiri dan meliputinya Allah pada seru sekalian alam.
Tidak ada ruang pada ombak untuk tidak adanya air laut. Tidak ada ruang pada gelombang untuk tidak adanya air laut dan tidak adanya ruang pada buih untuk tiadanya air laut. Begitu juga tidak ada ruang pada tangan untuk tidak adanya Allah. Tidak ada ruang pada kaki untuk tidak adanya Allah. Begitulah juga seluruh anggota jasad diri kita dan seluruh 7 petala langit, 7 petala bumi alam ini. Allah itu meliputi sekalian alam dan meliputi diri kita. Tidak ada ruang yang tidak ada Allah. Tidak ada tempat yang tidak ada Allah. Tidak ada masa yang tidak ada Allah. Tidak ada ruang yang tidak ada Allah. Tidak ada penjuru yang tidak ada Allah. Tidak ada sudut yang tidak ada Allah. Allah meliputi setiap ruang, setiap sudut, setiap masa, setiap detik, setiap saat, setiap segala sesuatu.
Oleh itu, percayalah, yakinlah, bilamana tuan-tuan melihat tempat. Sesungguhnya bukan tempat yang tuan-tuan lihat. Sepatutnya Allahlah yang tuan-tuan lihat pada tempat. Allahlah yang tuan—tuan lihat pada masa. Allahlah sepatutnya tuan-tuan lihat pada penjuru. Allahlah yang tuan-tuan lihat pada sekalian Allah. Allahlah seru sekalian Alah. Sebegitulah tuan-tuan melihat sebagaimana meliputinya air laut pada ombak, pada gelombang, sebegitulah tuan-tuan melihat Allah pada seluruh jasad anggota diri dan seluruh seru sekalian alam.
Pada hari ini, pada masa ini dan pada saat ini, saya menyeru kepada tuan-tuan dan menyeru kepada diri saya sendiri, bilamana melihat tempat, sesungguhnya tempat itulah Allah. Bilamana tuan-tuan melihat masa, sesungguhnya masa itulah Allah. Bilamana tuan-tuan melihat bentuk, bentuk itulah Allah. Bilamana tuan-tuan melihat ruang, ruang itulah Allah. Bilamana tuan-tuan melihat penjuru, sudut atau ruang, maka sudut, penjuru dan ruang itulah Allah. Itulah tandanya meliputinya Allah itu pada seru sekalian Allah. Tempat bukan Allah. Penjuru, sudut, masa bukan Allah. Ruangan bukan Allah tetapi itu tanda meliputinya Allah pada sekalian yang wujud dan pada sekalian yang ujud dan pada sekalian yang maujud.
Kepada para sahabat, dan kepada sidang pembaca yang budiman, seandainya ada kelapangan waktu, sudilah kiranya bawa diri tuan-tuan ke tepi pantai. Lihatlah, tengoklah, tiliklah lautan. Lautan di tepi pantai dan lepaskanlah pandangan tuan ke arah persisiran pantai. Dengan penghayatan mata hati, insyaalah kehadiran tuan-tuan untuk melihat lautan, mudah-mudahan tafsiran atau kiasan lautan itu boleh dibawa dan boleh dikiaskan pula pada diri kita sendiri. Ingat, ingat dan ingatlah, sesungguhnya, sebagaimana meliputinya air laut pada ombak, pada gelombang dan buih itu, sebegitulah meliputinya Allah pada diri kita sendiri.
Oleh itu, mulai pada hari ini, pada jam ini, pada saat ini, leburlah tanganmu, leburlah kakimu, leburlah dirimu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki kerana meliputinya Allah atas dirimu. Sesunguhnya dirimu itu tidak ada. Yang ada hanya Allah (itulah ertinya Allah itu meliputi).
Sungguhnya Allah itu terang, nyata dan jelas, melata di semerata pelusuk alam dan itulah ertinya meliputi (meliputi Allah itu, di sekalian alam). Lihat masa akan terpandang Allah. Lihat tempat, akan tertilik Allah dan pandang ruang akan ternampak Allah. Tidak ada ruang yang tidak ada Allah, tidak ada tempat yang tidak ada Allah dan tidak ada masa yang tidak ada Allah. Meliputi dan memenuhinya Allah pada segenap ruang, pada segenap tempat dan segenap masa. Allah memenuhi dan Allah meliputi langit dan bumi. Kenapa tuan-tuan masih lagi tidak terlihat, terpandang dan kenapa masih lagi tidak tertilik Allah?
Allah itu kenyataan sekalian alam, kenapa masih tidak terpandang Allah? (Dengan kata lain, kenyataan alam inilah Allah). Kenapa kita masih tidak nampak Allah? Untuk mempercayai Allah dan untuk meyakini Alllah, terlebih dahulu hendaklah Allah itu dikenal dan nyata, barulah kita benar-benar boleh percaya dan yakin kepada Allah.
Kenal dan ingat Allah itu, bukan hanya setakat cerita perkhabaran atau cerita ilusi atau angan-angan khayalan akal. Kenal dan lihat Allah itu hendaklah dengan kenyataan sebenar-benar nyata. Kenal dengan cara dilihat, dipandang dan kenal dengan cara ditilik dengan sebenar-benar penglihatan yang jelas. Barulah Allah itu boleh dan dapat dipercayai dan diyakini dengan sungguh-sungguh. Sungguhpun Allah itu bukan sesuatu tetapi sesungguhnya Allah itu sebenar-benar nyata pada tiap sesuatu (Allah bukan sesuatu tetapi nyata pada tiap sesuatu).

MENGENALI ALLAH MELALUI DAKWAT

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Untuk menghayati penceritaan meliputinya Allah, sudilah kiranya tuan-tuan mengambil sebatang pen ataupun kalam dan mengambil sekeping kertas. Hendaklah saranan saya ini, dipatuhi dan diikuti agar tuan-tuan mendapat barokah dalam penceritaan atau penghayatan ilmu makrifat.
Sekarang, saya minta tuan-tuan menulis, tulislah apa saja yang terlintas dihati tuan-tuan. Pada kebiasaanya penulis atau pengarang sesebuah novel itu hanya tahu sekadar membaca perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, perenggan demi perenggan, tetapi tidak ramai yang memandang di sebalik ayat dan di sebalik perenggan itu adalah dakwat. Sekarang saya dengan hormatnya memohon agar tuan menulis perkataan ini, “Saya sudah melihat Allah, Saya sudah mengenal Allah, Saya sudah menyembah Allah”. Sudahkah tuan-tuan tulis?
Jika belum ditulis, saya mohon jangan diteruskan kitab ini dibaca. Bagi sesiapa yang belum berbuat demikian hendaklah masuk ke bilik, cari sekeping kertas dan sebatang pen. Buat apa yang saya sarankan. Inilah kaedah, cara atau jalan guru-guru terdahulu mengajar muridnya. Itulah makanya, pelajaran guru-guru terdahulu mendapat penghayatan dari pembelajarannya, sehingga meresap, terpaku, terkunci, terpahat dan tersemat ilmu ini selama-lamanya ke lubuk hati membawa sampai ke mati. Sesudah ditulis apa yang disarankan itu, tiliklah, lihatlah, pandanglah, perhatikanlah dan bacalah baris-baris tulisan yang ditulis itu.
Apakah yang tuan-tuan nampak? Nampak hurufkah, nampak tulisankah, nampak perkataankah, nampak ayatkah, nampak perenggankah, nampak bariskah, nampak muka suratkah, nampak kitabkah atau nampak DAKWATKAH, DAKWAT, DAKWAT! Tidakkah semua itu DAKWAT. Itulah ertinya dakwat itu meliputi sekalian huruf, sekalian tulisan, sekalian perkataan, sekalian ayat, sekalian perenggan, sekalian baris, sekalian muka surat, sekalian isi kitab. Sesungguhnya, apa yang dibaca, apa yang dilihat, apa yang dipandang dan apa yang ditilik itu tidak lain daripada dakwat.
Begitulah jua meliputinya Allah atas diri kita dan meliputinya Allah atas seru sekalian alam. Oleh itu, bilamana melihat, hendaklah tertilik Allah, bilamana melihat, hendaklah terpandang Allah, bilaman melihat, hendaklah ternampak Allah, kerana Allah itu meliputi sebagaimana firman Allah:
“Fainamatuwallu, fasamma wajhullah”
“Barang ke mana kamu hadapkan mukamu, di situlah wajah Allah”.
Sekarang, tulis semula perkataan “melihat”, dengan perkataan melihat itu kita hanya membayangkan tentang mata. Tulis semula perkataan “mendengar”, dengan tulisan mendengar itu kita hanya dapat membayangkan perkara telinga. Dalam pembelajaran ilmu makrifat, dalam pembelajaran ilmu percaya dan dalam pembelajaran ilmu yakin, tuan-tuan hendaklah jangan tumpukan perhatian pada penglihatan, jangan tumpukan perhatian pada pendengaran, pada mata, pada telinga. Dalam pengajian ilmu makrifat, hendaklah memandang di sebalik tulisan telinga, tulisan mata, tulisan pendengaran dan tulisan penglihatan itu, sebenar-benarnya “dakwat”.
Dakwatlah sebenar-benar meliputi sekalian tulisan perkataan mata, tulisan perkataan telinga, tulisan perkataan melihat, tulisan perkataan pendengaran. Perkataan-perkataan yang tuan-tuan tulis itu, sebenarnya adalah dakwat. Begitu jua perumpamaan meliputinya Allah pada sekalian diri dan pada sekalian alam. Tidak ada ruang dalam tulisan mata itu yang tidak ada dakwat. Tidak ada ruang tulisan telinga itu yang tidak ada dakwat. Tidak ada ruang tulisan penglihatan dan pendengaran itu yang tidak ada dakwat. Segala-galanya dipenuhi dan diliputi dakwat (segala-galanya dipenuhi dan diliputi Allah).
Beginilah caranya guru-guru terdahulu mengajar melihat, menilik dan memandang Allah pada segenap dan sekalian yang maujud di alam ini. Tidak ada yang wujud (ada), ujud (diadakan) dan maujud (mengadakan) itu, melainkan Allah Taala. Itulah makanya, yang memandang dan yang dipandang itu adalah dakwat. Yang ditilik dan menilik itu adalah dakwat. Yang dilihat dan melihat itu adalah dakwat. Yang menyembah dan disembah itulah dakwat. Yang ingat dan diingati itulah juga dakwat. Inilah yang dikatakan meliputinya Allah Taala.
Pada hari ini, jam ini, masa ini dan saat ini, yakinlah, percayalah dan ketahuilah dengan sebenar-benar bahawasanya Allah saja yang bersifat wujud (ada), ujud (diadakan) dan maujud (mengadakan sekalian yang ada). Inilah kaedah, cara dan jalan percaya kepada Allah Taala. ITULAH ALLAH.
Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!
By Hj. Shaari Posted in Makrifat Tok Kenali
WallahHU'Alam.

CERAMAH ONLINE:  https://www.youtube.com/watch?v=ukuAozobdyY&list=PLg-mUll13vs6YUJ37kckYWIDUXc4qlqYA


. .
~***~LadingEMAS~***~

No comments:

~*~*~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~*~