~*~KALiMAH TAUHiD~*~







~**~TiADA TUHAN KECUALi ALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH pd SETiAP KERLiPAN & PD SETiAP NAFAS Sbyk LuasNYA APA YG ADA pd iLMU ALLAH ~**~

~*~SOLATLah KiTa, Sebelum KiTa diSOLATkan~*~


~*~PLS OPEN this WEB with MOZILLA FIREFOX or INTERNET EXPLORER...for BEST Results, Tq (^^,)

HADIS ~ PESANAN RASUL KITA, UTK UMATNYA TERSAYANG!!!


Drpd Nabi SAW bsabda:~

Ssiapa ke MASJID pd Waktu PAGI/pd Waktu PETANG Allah akan menyediakan utknya satu TEMPAT TINGGAL di Syurga apabila dia pergi samada pd Waktu PAGI atau pd Waktu PETANG

(HR Muslim, #1073)




~*~*~*[MUTiARA HADIS_1]








~~*~~[MUTiARA HADIS_2]





~~**~~[MUTiARA HADIS_3]





~~***~~[MUTiARA HADIS_4]





~*~*~*~*
~*~
~*~


PESAN Rasululah SAW

“Sesungguhnya AMAT dirasa BERAT oleh seOrg MUNAFIK, UTK melaksanakan SOLAT ISYA dan SOLAT SUBUH Sekiranya MEREKA TAHU akan keAGUNGan PAHALAnya, nescaya mereka mendatanginya (ke MASJID, SOLAT berJEMAAH) sekalipun dlm keadaan MERANGKAK2”

(HR Bukhari Muslim)

~*~Hadis Abu Hurairah RA:

Drpda Nabi SAW bSabda: Sesiapa yg pergi ke MASJID pada waktu PAGI atau pada waktu PETANG Allah akan menyediakan untuknya satu TEMPAT TINGGAL di SYURGA apabila dia pergi SAMADA pada waktu PAGI atau PETANG.

(HR Muslim, #1073)

~*~
“Sesungguhnya Allah akan mgumpulkan Org2 MUNAFIK dan 0rg2 KAFIR di dlm JAHANNAM


(QS An Nisa:140).


SOLAT BERJEMAAH LEBIH TINGGI 27 DERAJAT DIBANDING SOLAT SENDIRI“

(HR Bukhari &Muslim)


***

Tuesday, September 9, 2014

Nafi Isbat: Simpulan Akidah Atas Jalan Nafi Isbat


68 Simpulan Akidah Atas Jalan Nafi Isbat


La Ilaha Illallah Muhammadun Rasulullah


La Ilaha Illallah

Tiada Tuhan Melainkan Allah

Allah satu-satunya zat yang layak disembah sebenarnya sebagai Tuhan. Selain Allah, zat-zat lain yang disembah manusia itu hanyalah atas persangkaan mereka semata-mata bahawa ianya tuhan.

Tuhan iaitu zat yang disembah sebenarnya adalah zat yang Maha Kaya daripada setiap sesuatu yang selainnya dan berhajat pula setiap sesuatu yang selainnya kepadanya. Sekiranya tidak, tidaklah zat itu layak disebut sebagai Tuhan.

Untuk melayakkan sesuatu zat itu sebagai zat yang Maha Kaya daripada setiap sesuatu yang selainnya:

WAJIB ia bersifat:

1. Ada, tanpa mula, tanpa akhir, pada zat.
2. Sedia ada, tanpa mula, tanpa akhir, pada zat dan sifat.
3. Kekal, tanpa mula, tanpa akhir, pada zat dan sifat.
4. Berbeza dengan makhluk, pada zat, sifat dan perbuatan.
5. Berdiri/wujud atas zatnya sendiri, tidak perlukan zat lain untuk ia berdiri/wujud ataupun menjadikannya.
6. Mendengar bukan seperti makhluk.
7. Melihat bukan seperti makhluk.
8. Berkata-kata bukan seperti makhluk.
9. Yang mendengar bukan seperti makhluk.
10. Yang melihat bukan seperti makhluk.
11. Yang berkata-kata bukan seperti makhluk.

dan MUSTAHIL ia bersifat:

1. Tiada.
2. Baharu, ada mulanya.
3. Lenyap, ada akhirnya.
4. Bersamaan dengan makhluk pada zat, sifat dan perbuatan.
5. Berhajat kepada zat lain untuk ia berdiri/wujud ataupun menjadikannya.
6. Tuli.
7. Buta.
8. Bisu.
9. Yang tuli.
10. Yang buta.
11. Yang bisu.

dan HARUS ia:

1. Mengadakan ataupun tidak mengadakan sesuatu itu.

dan juga:

1. Mustahil ia wajib mengadakan ataupun tidak mengadakan sesuatu itu.
2. Maha Suci ia daripada mengambil faedah dalam perbuatannya dan hukumnya.
3. Mustahil ia mengambil faedah dalam perbuatannya dan hukumnya.
4. Wajib segala sesuatu itu tidak dapat memberi bekas dengan kekuatannya.
5. Mustahil segala sesuatu itu dapat memberi bekas dengan kekuatannya.

Dan untuk melayakkan sesuatu zat itu sebagai zat yang berhajat segala sesuatu yang selainnya kepadanya:

WAJIB ia bersifat:

1. Tunggal, pada zat, sifat dan perbuatan, tidak berlapis bercampur, tiada berbilang, tiada yang meyamainya.
2. Berkuasa, mengadakan ataupun tidak.
3. Berkehendak.
4. Tahu semua.
5. Hidup, tanpa nyawa, tanpa menyamai makhluk.
6. Yang berkuasa.
7. Yang berkehendak.
8. Yang tahu.
9. Yang hidup.

dan MUSTAHIL ia bersifat:

1. Berbilang-bilang, pada zatnya sendiri atau zat-zat lain menyamainya, juga pada sifat dan perbuatan.
2. Lemah.
3. Terpaksa.
4. Jahil.
5. Mati.
6. Yang lemah.
7. Yang terpaksa.
8. Yang jahil.
9. Yang mati.

dan juga:

1. Wajib segala alam ini baharu.
2. Mustahil segala alam ini sedia adanya.
3. Wajib segala sesuatu itu tidak dapat memberi bekas dengan tabiatnya.
4. Mustahil segala sesuatu itu dapat memberi bekas dengan tabiatnya.

MAKA, jika sesuatu zat itu memenuhi semua ini tanpa pengecualian mana-mana sifat, layaklah ia sebagai zat yang Maha Kaya daripada setiap sesuatu yang selainnya dan berhajat pula setiap sesuatu yang selainnya kepadanya, iaitu zat yang layak disebut TUHAN, iaitu zat yang disembah sebenar-benarnya.

Dan tiadalah zat yang sedemikian kecuali zat yang disebut ALLAH, iaitu Tuhan yang disembah oleh segala manusia yang menganut Agama ISLAM, sebenar-benar sembah.

La ma'bud bihaqqi illallah.

Tiada, selain Allah, tuhan yang disembah sebenarnya, kecuali Allah, Dialah Tuhan.

Tidak bercerai nafi dan isbat.

Muhammadun Rasulullah

Muhammad itu Pesuruh Allah

Dan semua yang diatas itu pula dikhabarkan oleh pesuruh Allah di muka bumi ini yang adalah seafdhal-afdhal pesuruh Allah dan Nabi serta Rasul terakhir iaitu Nabi Muhammad (selawat dan salam atasnya).

Dan untuk layak dipanggil sebagai Rasulullah atau Pesuruh Allah, dan ini bukan dicapai dengan jalan usaha tapi anugerah Allah jua, seseorang itu:

WAJIB dia bersifat:

1. Benar, kata-kata dan perbuatan.
2. Amanah.
3. Menyampaikan apa yang diperintahkan dari segi suruhan ataupun larangan.
4. Cerdik.

dan MUSTAHIL dia bersifat:

1. Berdusta.
2. Khianat, mengubah apa yang diperintah.
3. Menyembunyikan perintah Allah.
4. Bodoh.

dan HARUS dia:

1. Berperangai dengan perangai manusia yang tidak membawa kepada kekurangan dan kehinaan martabat.

dan MUSTAHIL dia:

1. Berperangai dengan perangai manusia yang membawa kepada kekurangan dan kehinaan martabat.

dan dengan sifat benar dan amanahnya, dia menyampaikan bahawa:

WAJIB adanya:
1. Para malaikat.
2. Segala kitab dari langit.
3. Hari kiamat, dan yang bersangkutan dengannya.
4. Qadha' dan qadar, untung baik dan buruk.

dan MUSTAHIL:

1. Tiada para malaikat.
2. Tiada segala kitab dari langit.
3. Tiada hari kiamat, dan yang bersangkutan dengannya.
4. Tiada qadha' dan qadar, untung baik dan buruk.

MAKA lengkaplah 68 akidah yang terkandung dalam dua kalimah syahadah La Ilaha Illallah Muhammadun Rasulullah.

ISLAM itu satu-satunya agama yang benar yang merupakan kunci masuk ke dalam syurga sebagai tanda keredhaan Tuhan iaitu ALLAH. Buat baik sebanyak manapun tidak dapat masuk syurga kalau menyembah yang lain selain ALLAH kerana Tuhan hanya satu iaitu ALLAH dan ISLAM itu satu-satunya agama yang ALLAH redha sebagai agama.

Nafi Isbat: La Ilaha Illallah

La Ilaha Illallah. Tiada Tuhan Kecuali Allah.
Apa yang dinafikan, apa yang diisbatkan?
Yang dinafikan dalam "La Ilaha" itu adalah bahawa tiada zat lain yang berhak disembah sebagai Tuhan kecuali zat Allah sahaja.
Zat yang berhak disembah sebagai Tuhan adalah zat yang Maha Kaya dari sesuatu; yakni zat itu tidak berkehendak kepada yang lain, dan berkehendak zat-zat lain kepada zat itu sahaja pula. Apabila tercapai makna ini kepada zat itu, sahlah Zat itu sebagai Tuhan.
 Apa yang dikatakan zat yang Maha Kaya itu adalah tersimpul dalam Sifat 20 itu.
Manakala yang diisbatkan dalam "Illallah" itu adalah Allah, satu-satunya zat yang Maha Kaya; Tuhan. Allah lah Tuhan, dan Tuhan lah Allah, kerana zat-zat yang lain tidak dapat dipanggil sebagai Tuhan.

Wa Muhammadun Rasulullah; dan Muhammad itu Pesuruh Allah.


WallahHu'Alam.

ALLAHU AKBAR!
ALLAHU AKBAR!
ALLAHU AKBAR!

Petikkan:  http://68simpulanakidah.blogspot.com/

. .
~***~LadingEMAS~***~

No comments:

~*~*~ Who