~*~KALiMAH TAUHiD~*~







~**~TiADA TUHAN KECUALi ALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH pd SETiAP KERLiPAN & PD SETiAP NAFAS Sbyk LuasNYA APA YG ADA pd iLMU ALLAH ~**~

~*~SOLATLah KiTa, Sebelum KiTa diSOLATkan~*~


~*~PLS OPEN this WEB with MOZILLA FIREFOX or INTERNET EXPLORER...for BEST Results, Tq (^^,)

HADIS ~ PESANAN RASUL KITA, UTK UMATNYA TERSAYANG!!!


Drpd Nabi SAW bsabda:~

Ssiapa ke MASJID pd Waktu PAGI/pd Waktu PETANG Allah akan menyediakan utknya satu TEMPAT TINGGAL di Syurga apabila dia pergi samada pd Waktu PAGI atau pd Waktu PETANG

(HR Muslim, #1073)




~*~*~*[MUTiARA HADIS_1]








~~*~~[MUTiARA HADIS_2]





~~**~~[MUTiARA HADIS_3]





~~***~~[MUTiARA HADIS_4]





~*~*~*~*
~*~
~*~


PESAN Rasululah SAW

“Sesungguhnya AMAT dirasa BERAT oleh seOrg MUNAFIK, UTK melaksanakan SOLAT ISYA dan SOLAT SUBUH Sekiranya MEREKA TAHU akan keAGUNGan PAHALAnya, nescaya mereka mendatanginya (ke MASJID, SOLAT berJEMAAH) sekalipun dlm keadaan MERANGKAK2”

(HR Bukhari Muslim)

~*~Hadis Abu Hurairah RA:

Drpda Nabi SAW bSabda: Sesiapa yg pergi ke MASJID pada waktu PAGI atau pada waktu PETANG Allah akan menyediakan untuknya satu TEMPAT TINGGAL di SYURGA apabila dia pergi SAMADA pada waktu PAGI atau PETANG.

(HR Muslim, #1073)

~*~
“Sesungguhnya Allah akan mgumpulkan Org2 MUNAFIK dan 0rg2 KAFIR di dlm JAHANNAM


(QS An Nisa:140).


SOLAT BERJEMAAH LEBIH TINGGI 27 DERAJAT DIBANDING SOLAT SENDIRI“

(HR Bukhari &Muslim)


***

Tuesday, September 30, 2014

Perlukah bertarekat[tarikat] dan bertasauf..?


Perlukah bertarekat[tarikat] dan bertasauf..?

Posted by Sifuli di 11 Julai 2010

Adakah kita perlu kepada tarekat?
 Adakah kita perlu kepada tasawuf? 
Adakah kita perlu kepada kesufian?
 Soalan-soalan ini sering timbul dalam pemikiran orang-orang yang belajar ilmu agama. Perlu juga dibezakan soalan-soalan tersebut dengan satu soalan lain yang perlu ditanya kepada diri kita iaitu ‘perlukah kita kepada pembersihan jiwa?’ 
Di antara tiga soalan yang awal dengan soalan yang keempat ini ada perbezaan yang ketara bagi mereka yang memerhatikannya dengan teliti.

Persoalan yang keempat ini jawapannya adalah jelas dan terang iaitu: kita sememangnya sebagai seorang muslim amat memerlukan kepada pembersihan jiwa kerana itulah di antara tugas para Rasul dan Nabi alaihimussolatu wassalaam. 
Firman Allah SWT di dalam [surah al Jumu’ah ayat : 2] bermaksud:
   ‘Dialah yang telah mengutuskan di kalangan orang-orang yang tidak tahu menulis dan membaca seorang rasul yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan jiwa mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah. Walaupun sebelum itu mereka berada di dalam kesesatan yang nyata’

Begitu juga terdapat ayat-ayat lain yang menerangkan bahawa tugas para Nabi dan Rasul adalah membersihkan jiwa manusia daripada sebarang kekotoran seperti syirik dan maksiat.

Ada pun tiga persoalan yang awal, maka jawapannya tidak jelas dan terang kerana persoalannya juga tidak jelas dan tidak terang. Kalau orang yang bertanya itu menggunakan perkataan ‘tarekat’, ‘tasawuf’ dan ‘kesufian’ dengan maksud ‘pembersihan jiwa’, maka jawapannya adalah sama dengan persoalan keempat iaitu kita memang memerlukan kepada pembersihan jiwa. Tetapi jika yang bertanya mempunyai gambaran lain tentang apa itu tarekat, tasawuf dan kesufian, maka jawapan yang hendak diberikan mestilah dikaji dengan teliti terlebih dahulu.




Baca seterusnya…
Ada golongan yang terlalu sayangkan istilah tasawuf dan tarekat sehingga terkeluarlah pernyataan seperti:
 ‘Tasawuf adalah intipati ajaran Islam, sesiapa yang tidak masuk tarekat tidak akan bersih hatinya, Rasulullah SAW adalah penghulu segala wali dan ketua segala tarekat, wajib untuk memasuki mana-mana tarekat, ahli fiqh ahli syariat dan ahli tasawuf adalah ahli hakikat…..’ dan bermacam-macam lagi ayat yang jelas menunjukkan bahawa mereka mewajibkan orang Islam masuk ke dalam alam tasawuf dan tarekat. 
Ini adalah sesuatu yang agak melampau.
Ada pula segolongan yang terlalu allergic dengan perkataan tasawuf dan tarekat sehingga terkeluar pula pernyataan seperti: ‘tasawuf adalah bid’ah, tarekat adalah jalan menuju neraka, ahli tarekat adalah ahli kesesatan, tasawuf mengotorkan hati….’ dan sebagainya.
 Ini juga mengandungi unsur melampau dalam membuat penilaian.

Apa yang ingin ditegaskan, Al Quran dan hadith Rasulullah SAW tidak pernah mengabaikan aspek pembersihan jiwa, malah itulah di antara perkara pokok yang ingin ditegaskan oleh kedua-duanya. 
Hati dan jiwa mestilah dibersihkan sebagaimana amalan anggota zahir perlu dijaga dan disucikan. 
Pertamanya ialah membersihkan hati daripada syirik dan keduanya daripada sebarang perkara maksiat dan dosa. Apa yang perlu dilakukan oleh setiap muslim ialah : Cuba memahami kehendak Al Quran dan kehendak hadith Rasulullah SAW agar dirinya (jiwa dan badannya) sentiasa mengutamakan perintah Allah SWT dan perintah RasulNya. Dalam erti kata lain, seseorang yang menjadikan Islam sebagai panduan hidupnya pasti akan membersihkan jiwanya sedikit demi sedikit sehingga mencapai tahap jiwa yang bersih.
Dalam masa yang sama perlu ditegaskan bahawa tidak ada manusia yang lebih tahu cara untuk membersihkan hati melainkan Rasulullah SAW. 
Beliaulah manusia yang dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT untuk membersihkan jiwa manusia dan mengajar mereka cara untuk membersihkannya. 
Baginda telah menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin dan mereka yang mengikut panduan serta petunjuk.
Baginda telah pun menuai hasil di dunia iaitu hati mereka bersih daripada syirik dan dosa. Mereka ialah generasi terunggul lagi terbilang : Para sahabat radhiyallahu ‘anhum ajma’in. 

Para sahabat telah menjadikan Islam sebagai panduan hidup dan sistem pemikiran juga amalan sehingga mereka muncul sebagai generasi yang disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai sebaik-baik kurun. 

Proses membersihkan hati mengikut panduan Al Quran dan hadith telah diwariskan oleh para sahabat kepada orang-orang selepas mereka dan begitulah proses itu diwariskan turun temurun seiring dengan pengajaran dan dakwah terhadap Al Quran dan hadith.
(rujuk fatwa Dr. Yusuf al Qaradawi dalam Fatawa Mu’ashirah jilid 1 – dua soalan terakhir)

 Di zaman tabiin amalan ini diteruskan begitu juga di zaman tabi’ tabiin. Namun begitu, muncul sikap sebahagian muslim yang berlebihan dalam beribadah terutamanya pada perkara yang tidak diwajibkan. Mereka mula mendapat perhatian tetapi bukanlah perhatian itu yang menjadi tujuan mereka. 
Apa yang mereka lakukan adalah berdasarkan keinginan masing-masing berdasarkan cara mereka memahami nas-nas Al Quran, hadith serta pendapat para ulama terdahulu. 
Mereka berlebihan dalam berpuasa sehingga kurus dan letih, mereka berlebihan dalam bersolat di sepertiga malam terakhir sehingga kesihatan mereka terjejas bahkan ada yang tidak tidur malam kerana beribadah sunat, mereka berhati-hati dalam mengumpulkan harta sehingga mereka tidak kaya dan makan sekadar apa yang ada, mereka khatam Al Quran berkali-kali dalam sehari, mereka berzikir beribu-ribu kali dalam sehari dan lain-lain lagi contoh. Tetapi apa yang penting ialah, masyarakat sekitar mereka mula memerhatikan sikap ini dan ramai yang melihatnya sebagai sesuatu yang pelik dan baik. 

Lalu mereka mula mencontohi sikap tersebut dan mula menjadi pengikut tidak rasmi. Di sinilah bermula kelompok-kelompok kecil yang digelar ahli zuhud.
 Contoh yang jelas ialah al Harith al Muhasibi yang merupakan seorang zuhud sezaman dengan imam hadith dan fiqh terkenal, Ahmad Ibn Hanbal. 
 Perbezaan di antara mereka amat jelas di mana Ahmad Ibn Hanbal menguasai Al Quran, meriwayatkan hadith dan menjadi tempat rujukan dalam menyelesaikan masalah hukum-hakam. 
Al Muhasibi pula menjadi tumpuan orang ramai kerana kezuhudannya serta ibadahnya. Ini termasuk majlis zikirnya yang dihadiri oleh ramai orang. Al Muhasibi dan penulisannya menjadi rujukan di kalangan orang-orang tasawuf kerana beliau banyak membicarakan soal hati. 
Ahmad Ibn Hanbal pula menjadi rujukan dalam bidang fiqh serta hadith. Ketika ditanya kepada Ahmad Ibn Hanbal tentang al Muhasibi, beliau menyatakan bahawa al Muhasibi adalah orang yang baik, tetapi cara pemikiran dan amalan al Muhasibi yang agak berlebihan tidak dituntut ke atas orang Islam.
 Ini bagi saya adalah jawapan yang amat penting dalam membincangkan persoalan perlu atau tidak kita memasuki alam tasawuf. Kita teruskan perbincangan…

Perkembangan sebegini yang berpusat di Basrah telah mewujudkan segolongan orang-orang Islam dengan kefahaman yang agak baru dibandingkan dengan zaman awal Islam. Mereka nampaknya ingin menyaingi perkembangan ilmu fiqh yang mendadak dalam masyarakat dan juga ingin menyaingi perkembangan ulama-ulama hadith yang mementingkan sanad dalam meriwayatkan hadith. 
Apa yang berlaku ialah satu cabang ilmu baru dengan kefahaman baru telah wujud iaitu ilmu tasawuf atau tarekat kesufian
Ini memberi gambaran awal bahawa pengasingan sekelompok manusia yang menggelarkan diri mereka / digelarkan oleh orang lain sebagai ahli zuhud, ahli hakikat, ahli tarekat, ahli tasawwuf bukanlah satu perkara baru, yang berlaku di zaman sahabat atau tabiin apatahlagi zaman Rasulullah SAW. 
Ia wujud di zaman tabi’ tabiin secara tidak dirancang dan lebih menjurus kepada ijtihad peribadi tentang cara membersihkan hati.

Oleh sebab itu kita dapati salah seorang tokoh yang terlibat dalam tarekat dan gerakan Islam, Syeikh Sa’id Hawwa dalam bukunya ‘Tarbiyatuna al Ruhiyyah’ telah membidas mereka yang berkata ‘tidak ada jalan lain untuk membersihkan hati kecuali dengan tarekat kesufian’. 

Syeikh Sa’id Hawwa telah menyatakan bahawa para sahabat yang merupakan golongan yang bersih jiwa mereka tidak pernah mengetahui tentang tarekat atau tasawwuf. Mereka berpegang dengan sepenuhnya kepada Al Quran dan hadith sehingga mencapai tahap keimanan yang tinggi. 
Walaupun dalam buku ‘Tarbiyatuna al Ruhiyyah’ terdapat cadangan ke arah membersihkan hati berpandukan amalan tarekat kesufian, tetapi saya mendapati bahawa ia seimbang dalam membicarakan soal tarekat dan pembersihan jiwa sebagai dua perkara yang tidak sama sepenuhnya. 
Maksud tidak sama ialah tarekat, tasawuf dan kesufian lebih menumpukan kepada cara tertentu sedangkan matlamat utama ialah pembersihan jiwa yang boleh berlaku dengan pelbagai cara asalkan tidak menyeleweng daripada panduan Al Quran dan sunnah.

Kembali kepada persoalan "adakah kita sebagai muslim yang hidup di zaman ini perlu kepada tarekat atau tasawwuf?"
Saya menjawab: ‘Tidak’. Jawapan saya ini seharusnya memberikan kelegaan kepada para pembaca yang masih belum memasuki mana-mana aliran tasawuf. 

Namun begitu jawapan ini mungkin menyinggung pihak-pihak yang telah lama memasuki medan tasawuf dan telah lama mengamalkan apa yang diwarisi daripada gurunya atau syeikhnya. Untuk memudahkan bicara, saya ingin berkata kepada mereka yang telah memasuki alam tasawuf supaya memahami bahawa saya tidak menyuruh anda untuk keluar daripada mana-mana tarekat kesufian. 
Kalau saya suruh sekalipun, anda tidak semestinya ikut juga kerana sudah sebati dengan kefahaman ‘perlu masuk tarekat untuk bersihkan hati’
Saya cuma ingin menasihati saudara-saudara ahli tarekat supaya kembali menganalisis setiap bahagian dan setiap sudut dalam tarekat yang anda ikuti berdasarkan petunjuk Al Quran, hadith dan juga cara hidup para sahabat dan tabiin. Cuba pastikan anda mengambil berat tentang perkara-perkara berikut:
1-Jangan terima bulat-bulat segala amalan atau pesanan syeikh tarekat tanpa menganalisis terlebih dahulu adakah perkara yang kita dapat itu benar atau tidak.
2-Sebelum beramal dengan apa-apa amalan khusus (yang sering berbeza antara tarekat), pastikan adakah kita memahami maksud dan tujuan kita beramal. Kalau diberikan selawat tertentu, pastikan dulu maksudnya agar difahami. Cuba fikirkan juga, adakah amalan kita itu menyebabkan kita meninggalkan amalan sunnah yang diajar oleh Rasulullah SAW? Utamakan zikir dan doa Rasulullah SAW sebelum berzikir dengan zikir dan doa syeikh tarekat masing-masing.
3-Cuba selidiki latar belakang penubuhan tarekat tersebut dan selidiki latar belakang keilmuan syeikh tarekat. Ini penting untuk kita memastikan tidak ada perkara yang meragukan.
4-Biasakan diri bertanya tentang perkara-perkara yang tidak jelas. Kadangkala tarekat-tarekat kesufian mengajar pengikutnya menerima bulat-bulat dan tidak banyak bersoal jawab. Jangan amalkan sikap demikian. Kita bertanya, bukannya menghentam atau mengkritik. Malu bertanya sesat jalan.
5-Jangan anggap wajib atau mesti masuk tarekat. Sematkan dalam pemikiran bahawa membersihkan hati dan tarekat adalah dua perkara yang berbeza. Membersihkan hati adalah tujuan utama manakala tarekat adalah cara atau teknik yang dicadangkan oleh manusia. Sematkan dalam hati bahawa para sahabat berjaya mencapai tahap keimanan yang tinggi hasil kefahaman mereka dan amalan mereka berlandaskan Al Quran dan hadith Rasulullah SAW. Mereka tidak menggunakan kaedah-kaedah tertentu seperti dalam kebanyakan tarekat seperti khalwat, suluk, zikir isim mufrad, zikir beribu-ribu kali, zikir di tempat berasingan, zikir dalam kelambu dan sebagainya. Bukan semua tarekat buat begitu, tapi banyak juga yang buat macam tu.
6-Sentiasa peka tentang satu hakikat penting: bahawa banyak ajaran sesat berselindung di sebalik nama tarekat tertentu. Lihatlah nama-nama ajaran sesat yang diwartakan sama ada di dalam negara atau di luar, maka kita akan dapati kebanyakannya adalah tarekat-tarekat kesufian. Maka anda yang memasuki mana-mana tarekat perlu berhati-hati agar anda tidak terjebak ke dalam perangkap ini. Ajaran-ajaran sesat ini tahu bahawa mereka boleh menarik ramai orang dengan menggunakan title ‘tarekat’. Berhati-hatilah di dalam beramal.
Untuk membuat kesimpulan, saya ingin menukilkan kata-kata daripada seorang icon terkemuka di kalangan ahli tasawuf bagi menjelaskan kepada kita apa yang dimaksudkan dengan proses pembersihan hati. Beliau adalah golongan awal yang langsung tidak ada apa-apa tarekat dan nama tertentu, namun namanya sentiasa disebut-sebut oleh pengikut tarekat serata dunia. Beliau ialah al Junaid al Baghdadi.

Al Junaid al Baghdadi berkata: ‘Ilmu kami diikat dengan Kitab dan sunnah. Sesiapa yang tidak menghafaz Al Quran (berserta mengetahui maksudnya) dan tidak menulis hadith (beramal dengan sunnah) maka dia tidak dijadikan ikutan dalam hal ini (pembersihan jiwa). Dan setiap jalan (tarekat dan sebagainya) ditutup ke atas setiap makhluk kecuali bagi orang yang mengikut jejak langkah Rasulullah SAW’. 
Wahai para pembaca sekelian, adakah dengan ayat ini boleh dijadikan hujah untuk mengatakan wajib memasuki tarekat? Kalau begitu, apa agaknya nama tarekat al Junaid al Baghdadi? 
Jawapannya ialah beliau tidak memasuki mana-mana tarekat dan beliau lansung tidak mewajibkan mana-mana orang yang ingin mengikutinya untuk memasuki mana-mana tarekat.
 
Manakala untuk mengakhiri tulisan ini (yang akan disambung dengan tulisan-tulisan seterusnya insya Allah), saya ingin mencatatkan kata-kata bekas Mufti Mesir yang terkenal iaitu Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf yang diambil daripada muqaddimah buku ‘Risalatu al Mustarsyidin’ karya al Harith al Muhasibi dan ditahqiq oleh Syeikh Abd. Fattah Abu Ghuddah (muka surat 11 dan 12, cetakan Dar al Salaam) :
    ‘Dan di sana ada tasawwuf yang palsu, direka oleh segolongan manusia sejak dahulu. Mereka disuapkan dengan ajaran Batiniyyah dan Hululiyyah (ajaran sesat) dan mereka berpakaian seperti pakai ahli tasawuf untuk menarik manusia, menipu dan mengelirukan manusia. Mereka memasukkan ke dalam tasawuf pemikiran Ilhad (menolak hukum agama) dan memasukkan kata-kata mereka yang biadap dalam agama bertujuan menyesatkan orang-orang Islam. Mereka bukanlah ahli tasawuf dan tiada kena mengena dengan tasawuf. 

Para ulama tasawuf yang telah saya sebutkan (di awal muqaddimah) telah menolak mereka dengan sekeras-kerasnya dan ulama-ulama telah menyifatkan mereka sebagai penipu, penyebar dakyah palsu, golongan zindiq (pengkhianat agama) dan juga golongan mulhid (menolak agama). Ramai para imam telah mendedahkan tipu daya mereka, memusnahkan dakwaan mereka dan menolak tasawuf yang mereka bawa. 




Syech Abdul Qodir Al-Jailani oleh Dr. Fahruddin Faiz [Ibadah Lahir Ibadah Batin] ~ Sirrul Asrar


Imam-imam itu adalah seperti Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah dan Ibn al Qayyim radhiyallahu ‘anhuma’. 
WallahHu'Alam.

Petikkan: http://syariathakikattarikatmakrifat.wordpress.com/2010/07/11/perlukah-bertarikat-dan-bertasauf/#more-20

. .
~***~LadingEMAS~***~

No comments:

~*~*~ Who