~*~KALiMAH TAUHiD~*~







~**~TiADA TUHAN KECUALi ALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH pd SETiAP KERLiPAN & PD SETiAP NAFAS Sbyk LuasNYA APA YG ADA pd iLMU ALLAH ~**~

~*~SOLATLah KiTa, Sebelum KiTa diSOLATkan~*~


~*~PLS OPEN this WEB with MOZILLA FIREFOX or INTERNET EXPLORER...for BEST Results, Tq (^^,)

HADIS ~ PESANAN RASUL KITA, UTK UMATNYA TERSAYANG!!!


Drpd Nabi SAW bsabda:~

Ssiapa ke MASJID pd Waktu PAGI/pd Waktu PETANG Allah akan menyediakan utknya satu TEMPAT TINGGAL di Syurga apabila dia pergi samada pd Waktu PAGI atau pd Waktu PETANG

(HR Muslim, #1073)




~*~*~*[MUTiARA HADIS_1]








~~*~~[MUTiARA HADIS_2]





~~**~~[MUTiARA HADIS_3]





~~***~~[MUTiARA HADIS_4]





~*~*~*~*
~*~
~*~


PESAN Rasululah SAW

“Sesungguhnya AMAT dirasa BERAT oleh seOrg MUNAFIK, UTK melaksanakan SOLAT ISYA dan SOLAT SUBUH Sekiranya MEREKA TAHU akan keAGUNGan PAHALAnya, nescaya mereka mendatanginya (ke MASJID, SOLAT berJEMAAH) sekalipun dlm keadaan MERANGKAK2”

(HR Bukhari Muslim)

~*~Hadis Abu Hurairah RA:

Drpda Nabi SAW bSabda: Sesiapa yg pergi ke MASJID pada waktu PAGI atau pada waktu PETANG Allah akan menyediakan untuknya satu TEMPAT TINGGAL di SYURGA apabila dia pergi SAMADA pada waktu PAGI atau PETANG.

(HR Muslim, #1073)

~*~
“Sesungguhnya Allah akan mgumpulkan Org2 MUNAFIK dan 0rg2 KAFIR di dlm JAHANNAM


(QS An Nisa:140).


SOLAT BERJEMAAH LEBIH TINGGI 27 DERAJAT DIBANDING SOLAT SENDIRI“

(HR Bukhari &Muslim)


***

Tuesday, September 21, 2010

iPhone 11 vs iPhone 11 pro Max




iPhone 12 Pro Max VS Samsung Galaxy Note 20 Plus (Leaks)





Compare Apple

 iPhone 12 Pro vs Apple iPhone 12 Pro Max

  • Comparison Criteria
    • Summary
    • key specs
    • special features
    • general
    • multimedia
    • performance
    • design
    • display
    • storage
    • camera
    • battery
    • network connectivity
Show differences only
Summary
User RatingN/A
3.1/5 | Read User Reviews
performanceApple A13 BionicApple A13 Bionic
storage64 GB64 GB
camera13MP + 13MP + 13MP13MP + 13MP + 13MP
battery4440 mAh4100 mAh
display6.06" (15.39 cm)6.67" (16.94 cm)
ram6 GB6 GB
key specs
front camera13 MP13 MP
battery4440 mAh4100 mAh
processorApple A13 BionicApple A13 Bionic
display6.06 inches6.67 inches
ram6 GB6 GB
rear camera13 MP + 13 MP + 13 MP13 MP + 13 MP + 13 MP
special features
other sensorsLight sensor, Proximity sensor, Accelerometer, Barometer, Compass, GyroscopeLight sensor, Proximity sensor, Accelerometer, Barometer, Compass, Gyroscope
fingerprint sensor positionOn-screenOn-screen
fingerprint sensor
general
quick charging
operating systemiOS v13.0iOS v13.0
sim slotsDual SIM, GSM+GSMDual SIM, GSM+GSM
modeliPhone 12 ProiPhone 12 Pro Max
launch dateJuly 24, 2020 (Unofficial)July 24, 2020 (Unofficial)
brandAppleApple
sim sizeSIM1: Nano SIM2: eSIMSIM1: Nano SIM2: eSIM
network4G: Available (supports Indian bands), 3G: Available, 2G: Available4G: Available (supports Indian bands), 3G: Available, 2G: Available
fingerprint sensor
multimedia
fm radio
audio jackUSB Type-CUSB Type-C
loudspeaker
performance
chipsetApple A13 BionicApple A13 Bionic
graphicsApple GPU (four-core graphics)Apple GPU (four-core graphics)
processorHexa Core (2.65 GHz, Dual core, Lightning + 1.8 GHz, Quad core, Lightning)Apple A13 Bionic
architecture64 bit64 bit
ram6 GB6 GB
design
ruggednessDust proofDust proof
waterproof Water resistant (up to 30 minutes in a depth of 4 meter), IP68 Water resistant (up to 30 minutes in a depth of 4 meter), IP68
coloursGold, Silver, Space GreyGold, Silver, Space Grey
display
display typeOLEDOLED
bezelless display
pixel density443 ppi444 ppi
screen protection
screen size6.06 inches (15.39 cm)6.67 inches (16.94 cm)
refresh rate120 Hz-
screen resolution1125 x 2436 pixels1242 x 2688 pixels
touch screen 3D Touch Touchscreen, Multi-touch Capacitive Touchscreen, Multi-touch
storage
internal memory64 GB64 GB
expandable memory
camera
camera setupSingleSingle
settingsExposure compensation, ISO controlExposure compensation, ISO control
camera featuresDigital Zoom, Face detection, Touch to focusDigital Zoom, Auto Flash, Face detection, Touch to focus
image resolution4128 x 3096 Pixels4128 x 3096 Pixels
autofocus Phase Detection autofocus Phase Detection autofocus
shooting modesContinuos Shooting, High Dynamic Range mode (HDR)Continuos Shooting, High Dynamic Range mode (HDR)
resolution13 MP Primary Camera 13 MP Primary Camera
optical image stabilisation
flash Retina Flash Retina Flash
battery
user replaceable
typeLi-ionLi-ion
quick charging Fast
usb typec
wireless charging
capacity4440 mAh4100 mAh
network connectivity
wifi Wi-Fi 802.11, a/ac/ax/b/g/n Wi-Fi 802.11, a/ac/ax/b/g/n
wifi featuresWi-Fi Direct, Mobile HotspotWi-Fi Direct, Mobile Hotspot
bluetooth v5.0 v5.0
volte
usb connectivityMass storage device, USB chargingMass storage device, USB charging
nfc
network support4G (supports Indian bands), 3G, 2G4G (supports Indian bands), 3G, 2G
gps with A-GPS, Glonass with A-GPS, Glonass
sim 14G Bands:TD-LTE 2600(band 38) / 2300(band 40) / 2500(band 41) / 1900(band 39) FD-LTE 2100(band 1) / 1800(band 3) / 2600(band 7) / 900(band 8) / 700(band 28) / 850(band 5) / 800(band 20)3G Bands: UMTS 1900 / 2100 / 850 / 900 MHz2G Bands: GSM 1800 / 1900 / 850 / 900 MHz GPRS:Available EDGE:Available 4G Bands:TD-LTE 2600(band 38) / 2300(band 40) / 2500(band 41) / 1900(band 39) FD-LTE 2100(band 1) / 1800(band 3) / 2600(band 7) / 900(band 8) / 700(band 28) / 850(band 5) / 800(band 20)3G Bands: UMTS 1900 / 2100 / 850 / 900 MHz2G Bands: GSM 1800 / 1900 / 850 / 900 MHz GPRS:Available EDGE:Available
sim sizeSIM1: Nano, SIM2: eSIMSIM1: Nano SIM2: eSIM
sim 24G Bands: TD-LTE 2600(band 38) / 2300(band 40) / 2500(band 41) / 1900(band 39) FD-LTE 2100(band 1) / 1800(band 3) / 2600(band 7) / 900(band 8) / 700(band 28) / 850(band 5) / 800(band 20)3G Bands: UMTS 1900 / 2100 / 850 / 900 MHz 2G Bands: GSM 1800 / 1900 / 850 / 900 MHz GPRS:Available EDGE:Available 4G Bands: TD-LTE 2600(band 38) / 2300(band 40) / 2500(band 41) / 1900(band 39) FD-LTE 2100(band 1) / 1800(band 3) / 2600(band 7) / 900(band 8) / 700(band 28) / 850(band 5) / 800(band 20)3G Bands: UMTS 1900 / 2100 / 850 / 900 MHz 2G Bands: GSM 1800 / 1900 / 850 / 900 MHz GPRS:Available EDGE:Available

Ulasan iPhone 11 Pro Max – Adakah Ia Benar-Benar Pro?

Diterbitkan pada Okt 4, 2019 oleh .



Introducing iPhone 11 Pro — Apple




iPhone 11 Pro Max ~ Indonesia




Beli iPhone 11 Atau Tunggu iPhone 12 ?





Apple iPhone 11
Apple cukup yakin dgn kemampuan telefon pintar mereka tahun ini sehingga berani menggunakan perkataan “Pro” di dalam namanya. 
Pasca pelancaran pasti ramai yg ingin melihat sendiri adakah ini benar2 telefon pintar pro yg dinantikan peminat Apple..? 
Jika iPad Pro mengubah landskap dunia tablet, adakah iPhone 11 Pro Max akan mengubah landskap telefon pintar seperti iPhone generasi pertama.


 Ini ialah ulasan lengkap kami untuk iPhone 11 Pro Max.

Spesifikasi

Apple 11 Pro Max
Skrin 6.5″ 1242 x 2688 pixel
OLED Super Retina XDR, HDR10
Pemproses Apple A13 Bionic
Cip 2 X 2 .65 GHz Lightning
4 X 1.8 GHz Thunder
Cip Grafik Apple GPU
RAM 4 Gigabyte
Muatan Dalaman 64/256/512GB
Kamera Utama 12+12+12 Megapixel.
f/1.8+f/2.4+f/2.0, OIS, 2X zum optikal
Kamera Depan 12 Megapixel f/2.0
Bateri 3969 mAh
(Pengecasan pantas 18W + Nirwayar Qi)
SIM/Telefoni Dwi SIM nano + eSIM
NFC Ya
Infra Merah Tiada
Kalis Air IP68
Sistem Imbasan Wajah Face ID
Harga Jualan ~RM5299
Apple bukanlah syarikat yang terkenal dengan tabiat melakukan perubahan yang mendadak dengan setiap model baharu yang diperkenalkan. Mereka percaya kepada evolusi yang mengambil masa yang lama berbanding evolusi seperti yang dilakukan oleh kebanyakan pengeluar dari China. Oleh itu dari hadapan iPhone 11 Pro Max tidak mempunyai sebarang perubahan fizikal yang jelas berbanding iPhone XS Max.
Skrin masih lagi sebesar 6.5″ OLED tetapi kini dengan teknologi yang diberikan nama Super Retina XDR. Resolusi juga kekal 1242 x 2688 pixel dengan 458PPI. Yang membezakan Super Retina dengan Super Retina XDR ialah jumlah paparan warna dan tahap keterangan skrin yang meningkat. Sebagai pengguna XS Max kami dapat melihat perbezaan keterangan skrin 11 Pro Max sejak saat pertama ia dihidupkan. Warna putih skrin tetapan membakar retina kami yang menyebabkan kami bersyukur iOS 13 akhirnya menyokong tema gelap.

Satu perubahan besar yang dilakukan lagi ialah tiada lagi 3D Touch yang digantikan sepenuhnya dengan Haptic Touch pada ketiga-tiga model iPhone 11. Ada yang mengatakan ini dilakukan bagi mengurangkan kos tetapi kami lebih merasakan ia dilakukan kerana tidak digunakan dengan meluas oleh majoriti pengguna walaupun diperkenalkan sejak iPhone 6S. Beberapa minggu yang lalu kami bertanya kepada pengikut di Twitter dan ada pengguna iPhone 7 yang mengaku baru mengetahuinya kewujudannya selepas ciapan dihantar.
Sebagai sebilangan kecil pemilik iPhone yang menggunakan 3D Touch setiap hari ketika menaip, kehilangan 3D Touch amat kami rasai. Untuk mengaktifkan mod tetikus bagi menyunting teks kini lebih perlahan kerana pengguna perlu menekan spacebar selama satu saat. Dahulu kami bebas menekan skrin pada mana-mana bahagian papan kekunci dan ia diaktifkan. 3D Touch menerima nasib yang sama seperti bicu audio pada iPhone 7.

Apa yang dikekalkan ialah takuk yang besar pada bahagian atas skrin yang menempatkan sistem Face ID yang memerlukan kamera infra merah, pemancar titik yang mengesan kontur wajah dan penerang limpah. Ketiga-tiga komponen ini masih belum boleh dikecilkan saiznya walaupun sudah masuk ke generasi ketiga. Akibatnya ialah 11 Pro Max mempunyai rekaan “wajah” yang tidak mengikut trend pasaran yang kini melarikan diri dari sebarang penggunaan takuk.
Sekali lagi dari perspektif pengguna XS Max, takuk bukanlah isu kerana kelebihan sistem Face ID melangkaui sebarang kekurangan kewujudan takuk. Hanya mereka yang tidak pernah menggunakan Face ID akan merasakan takuk skrin adalah masalah besar. Jika anda menaik taraf dari iPhone 8 misalnya, percayalah takuk ini akan hilang dari pandangan dalam masa beberapa hari sehingga tidak lagi dianggap sebagai tuna skrin.
Pemproses Apple 13 Bionic enam teras dipadankan dengan memori sebesar 4GB RAM dan storan sehingga 512GB. Ini ialah pemproses telefon pintar yang paling berkuasa yang pernah dihasilkan dengan peningkatan sehingga 20% pada kemampuan CPU dan GPU jika dibandingkan dengan Apple A12 Bionic. Tahun ini tiada pemproses peranti Android berjaya memintas kemampuan A12 Bionic dan kini dominasi pemproses Apple semakin jauh ke hadapan.

Mungkin ada pembaca yang mengatakan 4GB RAM adalah saiz yang kecil dan hanya layak digunakan pada peranti kelas permulaan Android. Pendapat anda tidak jauh tersasar kerana ini ialah saiz yang cukup kecil dengan pesaing seperti Samsung telah memasarkan peranti dengan 12GB sebagai saiz standard.
Perbezaan di antara model tahun ini dan tahun lalu hanya boleh dilihat pada sistem kamera yang kini meningkat kepada tiga. Apple akur dengan kehendak pengguna dan menyertakan lensa tambahan sudut ultra lebar. Ketiga-tiga lensa kamera dipadankan dengan sensor sebesar 12-Megapixel. Walaupun lensa sudut ultra lebar diperkenalkan, sistem zum optikal 11 Pro Max masih lagi terhad kepada 2X sama seperti iPhone 7 yang sudah berusia tiga tahun. Mungkin pada hemat Apple sistem zum seperti P30 Pro terlalu melampau dan tidak diperlukan pengguna profesional pada waktu ini.

Bateri yang disertakan tahu ini adalah sebesar 3969 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W dan nirwayar menggunakan format Qi. Ini adalah peningkatan kapasiti sebanyak 25%. Menurut Apple, 11 Pro Max boleh bertahan lima jam lebih lama berbanding XS Max. Format pengecasan pantas yang disokong bukan yang terbaik pada waktu ini tetapi berita baik ialah pengecasnya disertakan dengan setiap pembelian. Selamat tinggal pengecas tradisional 5W Apple.
Melengkapi spesifikasi ialah sokongan bluetooth 5.0, NFC, WiFi 6 dan kemampuan kalis air IP68. Peranti boleh direndam sehingga empat meter selama setengah sejam sebelum pergi mengadap Poseidon selama-lamanya.
Pada hemat kami spesifikasi iPhone 11 Pro Max ialah seperti Jeckyll dan Hyde. Terdapat peningkatan ketara yang positif tetapi diimbangi oleh pengurangan fungsi yang kami kategorikan adalah negatif.  Pendapat anda mengenai baik atau buruknya spesifikasi 11 Pro Max ini terletak sepenuhnya pada apa yang anda rasakan lebih penting. Kuasa pemproses yang tiada tolok banding atau fitur skrin yang dianggap amat perlu.

Rekabentuk Dan Penggunaan

Kami sudahpun bercakap mengena takuk skrin beberapa perenggan pertama tadi tetapi kami tidak sempat menyentuh mengenai perkara lain pada skrin Super Retina XDR. Pertama sekali paparan adalah amat tajam dan terang sehingga 800 nits, Ini ialah tahap keterangan maksimum apabila menggunakan aplikasi biasa tetapi meningkat ke 1200 nits apabila memaparkan kandungan HDR10 dan Dolby Vision. Keseluruhan skrin adalah rata dengan hanya bahagian sisi dibulatkan bagi membolehkan ia bercantum kemas dengan sisi yang diperbuat daripada logam tahan karat.

Bezel pada keempat-empat sisi mempunyai ketebalan yang sama membuatkan peranti kelihatan seimbang. Mengikut standard 2018 saiz bezel ini adalah kecil tetapi selepas pelancaran Note 10+ saiz bezel 11 Pro Max kelihatan sedikit tebal. Skrin hanya menyokong kadar segar semula 60Hz tetapi mempunyai tahap mengesan sentuhan 120Hz. Ia adalah skrin yang paling responsif pernah kami gunakan selepas iPad Pro. Walaupun telah diperkenalkan sejak iPhone X, perbezaan implementasinya dapat dirasai. Ia mengesan pergerakan jari dengan tepat apabila ingin melakukan suntingan teks misalnya. Tatalan juga kelihatan lancar walaupun tidak sebaik yang kami lihat pada skrin 90Hz OnePlus 7 Pro.
Bonjol kamera pada bahagian belakang ialah perkara paling menyerlah pada 11 Pro Max. Kesemua tiga lensa, flash dan sensor khas diletakkan di dalam bonjol berbentuk empat segi.  Ada yang mengatakan rekaan ini adalah buruk tetapi kami kami sudah alah bisa tegal biasa sejak menggunakan Mate 20 Pro tahun lalu. Ketiga-tiga lensa yang digunakan juga adalah lebih besar berbanding yang ditemui pada iPhone XS Max. Ia juga adalah bonjol yang diletakkan di atas bonjol empat segi yang kami katakan tadi. Ini adalah pilihan rekaan yang agak aneh. Lensa kamera terkeluar sehingga peranti tidak boleh diletakkan rata di atas permukaan meja.

Ini mendedahkan lensa kepada calar dan mungkin juga pecah jika berkali-kali diletakkan tanpa sebarang jenis kerangka. Menurut Apple panel yang dihasilkan dari sekeping kaca ini adalah yang paling tahan lasak pernah digunakan. Kami tidak berani untuk melakukan ujian jatuhan tetapi jika anda ingin melihat sendiri kebenaran dakwaan Apple ini telah terdapat beberapa video mengenainya di YouTube.
Bonjol-sepsi 11 Pro Max adalah pilihan rekaan yang aneh tetapi kemasan panel belakang ini harus diberikan pujian. Pada bonjol kamera ia mempunyai kemasan lutsinar yang berkilat. Bahagian lain kaca mempunyai kemasan yang kasar dan pusam. Masalah panel belakang kaca yang mengumpul kotoran seperti manusia mengumpul dosa tidak lagi berlaku. Mengotorkan panel ini adalah lebih sukar dari biasa. Fungsi sekundernya ialah ia menjadikan permukaan belakang kurang licin ketika di dalam genggaman tangan.
Kami dapat melihat trend panel kaca dengan kemasan kasar pusam ini akan menjadi ikutan pengeluar lain kerana ia menyelesaikan masalah yang wujud sejak kaca menggantikan besi dan plastik sebagai bahan binaan tubuh peranti.

Butang kuasa dikekalkan pada sisi kanan dan dua butang suara pada sisi kiri. Ketiga-tiganya diperbuat daripada bahan logam. Saiz suis membisukan peranti walau bagaimanapun dikecilkan sekitar 25% dan kedudukannya diturunkan sedikit ke bawah. Saiznya yang kecil ini mendatangkan masalah kepada pengguna walaupun pada  kerangka rasmi keluaran Apple. Jari terpaksa mencungkil ke dalam untuk menggerakkan suis. Talam SIM bersaiz nano juga masih di sisi kanan. Harus diingatkan model yang dijual di Malaysia hanya menyokong satu SIM fizikal dan satu eSIM. Model dwi-SIM fizikal dijual di China sahaja.
Port pengecasan Lightning terletak pada bahagian bawah dihimpit dua kekisi audio pembesar suara. Hanya kekisi kanan berfungsi dengan kekisi kiri hanya sekadar hiasan kosmetik. Penggunaan port Lighthing adalah mengecewakan kerana dengan pengguna nama Pro kami berharap ia menggunakan port USB-C seerti iPad Pro. Pada iPad Pro pelbagai aksesori seperti kamera dan pemacu USB-C dapat disambung tanpa penggunaan penyesuai Lighthing. Impian menggunakan satu pengecas universal untuk iPhone, iPad dan MacBook perlu ditangguh selama setahun lagi.

Antaramuka

Keluar sahaja dari kotak ia menggunakan iOS 13 tetapi minggu lepas  kemas kini iOS 13.1.1 telah diberikan bagi menampak beberapa kerentanan sekuriti dan pepijat yang ditemui. Kemas kini ke versi terkini iOS ini amatlah kami sarankan kerana jika tidak lakukan anda akan menemui beberapa masalah yang agak menjengkelkan. Antaranya ialah skrin tidak mengesan tatalan di dalam aplikasi dan aplikasi tertutup secara rawak. iOS 13.1.1 menyelesaikan majoriti masalah ini tetapi kami masih mengalami masalah aplikasi YouTube tidak berfungsi pasca kemas kini.
Sejak mula mengulas iPhone tiga tahun yang lalu, 11 Pro Max adalah peranti yang paling bermasalah pernah kami gunakan pada hari pertama. Berita baik bagi mereka yang ingin membelinya ialah Apple amat pantas memberikan kemas kini bagi menampal pepijat-pepijat yang serius.
Dengan iOS 13, peranti menyokong tema gelap sepenuhnya untuk menjimatkan penggunaan bateri. Gesture baharu untuk menyunting teks turut diperkenalkan bersama dengan pengaktifan cip U1 yang memberikan arah peranti yang lebih tepat. Menerusi cip ini nama insan yang berada di depan anda (depan cip U1 dalam peranti) akan terpapar paling hadapan apabila melakukan AirDrop misalnya.
Antaramuka kawalan bunyi diberi nafas baru. Tiada lagi kotak besar yang menghalang kandungan yang ditonton. Ia kini melekap pada sisi kiri dan mengecil selepas beberapa saat. Dalam mod besar jari boleh digunakan untuk menatal ke atas atau ke bawah bagi mengawal bunyi tanpa butang fizikal ditekan.
Sistem sunting gambar dan video yang lebih berkuasa juga diperkenalkan. Pengguna 11 Pro Max tidak perlu memuat turun aplikasi pihak ketiga untuk menyunting gamba serta video yang diambil. Terasa canggung sedikit kerana fungsi suntingan yang mantap diberikan tetapi aplikasi kamera masih tidak menyertakan kawalan manual. PRO hanya pada kemampuan suntingan tetapi bukan pada aplikasi gambar diambil.
iOS 13 juga akhirnya meletakkannya semakin setanding dengan Android 10. Kami katakan begini kerana tetapan bluetooth dan WiFi kini boleh diakses lebih mudah menerusi Action Center. Hanya perlu letakkan jari pada ikon bluetooth dan WiFi di dalam Action Center untuk mendapatkan menu tambahan sama seperti Android. Pilihan rangkaian WiFi dan peranti bluetooth boleh terus dilakukan dari menu ini. Sebelum ini kedua-duanya hanya boleh dilakukan dari skrin tetapan.
Namun begitu masih ada beberapa kekurangan. Tetapan kamera dan imej latar belakang misalnya masih perlu dilakukan menerusi skrin tetapan. Langkah tambahan ini meletakkannya beberapa langkah di belakang Android 10.
Adakah iOS 13 sistem operasi peranti pintar terbaik pernah dihasilkan? Sebagai pengguna kedua-dua sistem operasi Android dan iOS kami hanya boleh mengatakan Android memberikan lebih ruang kebebasan. Tetapi kami juga sedar pengguna iOS tidak peduli tentang kemampuan mengubah tema, mengubah ikon dan akses fail lebih mudah pada komputer Windows. Jawapan kepada soalan di permulaan perenggan ini bergantung sepenuhnya pada apa yang anda mahukan dari sebuah sistem operasi.

Kamera

Tri-kamera digunakan dengan setiap satunya dilengkapi sensor sebesar 12-Megapixel.  Sistem yang digunakan ialah lensa sudut lebar, ultra sudut lebar dan telefoto. Kamera telefoto masih hanya menyokong zum optikal sehingga 2X dan digital sehingga 10X. Ini adalah masih jauh di belakang P30 Pro yang menyokong zum hibrid nirhilang 5X dan digital pula 50X. Lensa sudut ultra-lebarnya pula mempunyai sudut pandangan 13mm. Ini adalah lebih lebar berbanding P30 Pro (16mm) tetapi di belakang Note 10+ (12mm).
Aplikasi kamera iOS 13 kami kategorikan sebagai minimalis dengan tidak banyak fungsi tambahan disertakan. Fungsi yang diberikan hanyalah Panorama, Portrait, Video, Slo-mo dan Timelapse. Jika anda ingin mengambil gambar kotak 1:1 atau nisbah 16:9, ia kini hanya boleh diakses menerusi menu tambahan yang agak tersorok. Perubahan yang dilakukan ini diberikan tanpa sebarang manual dan mengakibatkan kami tercari-cari di mana ia disorokkan. Masih tiada kawalan manual diberikan. Ia hanya boleh digunakan pada aplikasi pihak ketiga yang perlu dibeli.
Bagi sebuah peranti Pro, kami merasakan kawalan manual yang paling asas pada aplikasi kamera sepatutnya disertakan. Pada waktu yang sama mod Deep Fusion yang diuar-uarkan ketika acara pelancaran masih belum diaktifkan. Ketika artikel ditulis ia hanya diaktifkan pada pengguna iOS 13.2 Beta. Oleh itu kemampuan sebenar kamera iPhone 11 Pro Max tidak dapat kami uji pada waktu ini.
Akhir sekali ingin kami nyatakan iPhone 11 Pro Max menyokong rakaman video pada tetapan tertinggi 4K 60FPS dan gerak perlahan 240FPS pada resolusi 1080P. Kamera hadapan juga mampu merakam video pada tetapan 4K 60FPS sekiranya perlu.

Kualiti Gambar

Kualiti gambar di dalam situasi pencahayaan yang terang adalah amat baik. Gambar nampak hidup, objek semua kelihatan tajam dan penghasilan warna yang semula jadi. Apple tidak menggunakan banyak sistem post processing yang menajamkan gambar dan menaikkan saturasi warna sehingga kelihatan agak palsu. Setiap gambar yang diambil adalah sama seperti dunia sebenar.
Kami tahu di kalangan jurugambar, penghasilan gambar yang sama dengan dunia sebenar ini cukup digemari kerana membolehkan mereka melakukan pelbagai suntingan sendiri. Mereka diberikan kawalan untuk mengubah gambar mengikut kehendak peribadi. Tetapi kami juga menyedari majoriti pengguna mahukan gambar yang kelihatan cantik. tajam dan enak dipandang diambil tanpa perlu disunting terlebih dahulu untuk dikongsi ke media sosial misalnya. Video ujian kamera MKBHD tahun lalu membuktikan teori ini.
Persoalan adakah kualiti gambar 11 Pro Max adalah yang terbaik ataupun tidak bergantung kepada jenis pengguna. Kami mengakui adalah terdiri dari kelompok yang ingin gambar yang telah di-praproses tanpa perlu disunting diambil kerana malas melakukan suntingan.
Oleh itu secara peribadi merasakan gambar yang diambil bukanlah yang terbaik. Seperti karya seni, kami percaya “kualiti yang baik” ialah sesuatu yang subjektif. Jadi kami letakkan beberapa sampel gambar untuk anda nilaikan sendiri. Kesemua gambar diambil menggunakan iPhone 11 Pro Max dengan sistem operasi iOS 13.1.2.





Dari sampel-sampel di atas apa yang boleh katakan ialah ada kemungkinan besar perisian kamera iOS diprogramkan untuk keadaan cahaya negara dengan empat iklim tahunan. Apabila digunakan di Malaysia dengan cahaya yang lebih terang, hasilnya tidak sebaik gambar contoh yang anda boleh lihat di laman Apple atau iklan yang dapat anda lihat di tepi lebuhraya.
Contoh terbaik ialah gambar di bawah yang diambil menggunakan mod Portrait. Subjek tidak dipisahkan dengan sempurna dengan latar belakang terutamanya pada bahagian rambut dan jari. Kekurangan ini telah dilihat sejak iPhone 7 Plus lagi. Mungkin ini adalah sebab mengapa sudah kedengaran ura-ura kamera 3D TOF akan diperkenalkan pada iPhone kelak bagi membolehkan pengimbasan objek secara 3D boleh dilakukan. Ini ialah sistem yang telahpun digunakan pada P30 Pro dan Note 10+ yang menghasilkan kesan bokeh yang kelihatan lebih kemas.

Mod malam pada 11 Pro Max sebenarnya adalah agak baik walaupun tidak seterang P3o Pro. Kelebihan mod malam 11 Pro Max ialah objek yang masih kelihatan tajam dengan masalah bloom dan hingar yang minima. Ia tidak mampu mengubah malam menjadi siang tetapi ini selari dengan sistem kamera iOS yang ingin mengambil gambar yang kelihatan semula jadi.
Kritikan yang kami ingin berikan ialah Apple tidak membenarkan mod malam diaktifkan secara manual oleh pengguna. Ia hanya diaktifkan jika kamera mengesan tahap pencahayaan yang rendah. Pengguna kemudian diberikan pilihan untuk menggunakan mod malam atau mematikannya. Tahap dedahan juga bergantung kepada perisian iaiatu 3 saat jika ia mengesan peranti dipegang atau sehingga 9 saat jika diletakkan pada sebuah tripod.
Sebagai pengguna P30 Pro sejak April, kami lebih menyukai kebebasan yang diberikan oleh Huawei pada aplikasi kameranya. Kami bebas mengaktifkan mod malam atau makro secara manual. Masa dedahan (sehingga 32 saat) dan ISO (sehingga 1600) juga boleh kami pilih mengikut keperluan keadaan. Mod malam juga hanya boleh digunakan pada lensa lebar sahaja. Mengapa ini dilakukan adalah misteri kerana Huawei dan Samsung tiada masalah memberikan mod malam pada ketiga-tiga sensor kamera peranti mercu mereka.
Kerana sudah biasa dengan kebebasan ini, aplikasi kamera 11 Pro Max mengongkong kebebasan kami berkarya. Di bawah ialah contoh gambar mod malam menggunakan kamera sudut lebar dan ultra sudut lebar. Anda dapat lihat dengan jelas kualiti mod malam dan tanpa mod malam. Tanpa mod malam gambar kelihatan kabur dan mempunyai masalah hingar.


Audio

Sistem pembesar suara stereo digunakan dengan sokongan Dolby Atmos dan spatial. Walaupun dua pembesar suara tidak menghala ke depan, kualiti audio yang dihasilkan adalah masih seimbang. Bunyi adalah lantang dan terang. Pada kekuatan maksimum bunyi yang dihasilkan adalah sedikit pecah. Bunyi agak berkecamuk dengan bass yang kurang mantap dan treble kurang rangup. Tetapi kualiti audio pembesar suara fizikal pada telefon pintar secara lazimnya memang kurang memuaskan. Pada hemat kami pembesar suara Razer Phone 2 masih lagi yang terbaik pernah dihasilkan.
Pengalaman audio menggunakan fon kepala nirwayar adalah sebaliknya. Kualiti audio adalah beberapa ganda lebih baik. Dentuman bass adalah amat, treble rangup dan kesemua audio dapat dipisahkan dengan baik. Sekali lagi kami menggunakan fon kepala Sony WH-1000XM3 kerana ia adalah yang terbaik di pasaran sekarang dan memastikan ujian adalah konsisten. Hampir kesemua codec disokong kecuali LDAC.

Penanda Aras

Cip Apple A13 Bionic sekadar dilengkapi enam teras dalam konfigurasi 2+4. Namun begitu apabila ujian penanda aras Geekbench 5 dan Antutu 3D dilakukan, ia dengan mudah mengalahkan semua skor yang dicatatkan oleh Snapdragon 855+ yang merupakan pemegang rekod skor terbaik peranti Android.
Peranti mercu Apple ini mencatatkan 1334 markah untuk ujian satu teras dan 3190 markah untuk ujian multi-teras dalam ujian Geekbench. Dalam ujian Antutu 3D pula ia mencatatkan 457,695 markah.
Snapdragon 855+ yang digunakan pada Asus ROG Phone 2 hanya berjaya mencatatkan 753 markah dalam ujian satu teras, 2770 markah dalam ujian multi teras Geekbench 5 dan 395,739 markah dalam ujian Antutu 3D. Dominasi Apple dalam teknologi cip telefon pintar berterusan untuk tahun kedua-dua berturut-turut.
Aplikasi dapat dilancarkan dengan amat pantas tanpa perlu menanti lama. Ini amat ketara sekali apabila permua dilancarkan. Perbezaan ketara dapat dilihat berbanding aplikasi yang sama pada sebuah peranti Android mercu.

Namun begitu dengan 4GB RAM kelemahan iPhone 11 Pro Max mula kelihatan. Aplikasi akan mula menjalani proses segar semula selepas empat aplikasi dilancarkan serentak. Pernah sekali kami membuka Twitter untuk melakukan ciapan, melancarkan aplikasi kamera untuk mengambil gambar, membuka Gmail untuk menghantar gambar sebelum ke Spotify untuk menukar lagu. Sebaik sahaja kami kembali ke Twitter. aplikasi akan melakukan segar semula dan susur masa yang dilihat hanya tiga dua minit yang lalu telah berubah.
Ini tidak pernah kami alami sepanjang tempoh ulasan Note 10+ yang dilengkapi 12GB RAM. Dari segi kemampuan memproses iPhone 11 Pro Max adalah jauh di hadapan tetapi sistem pengurusan RAM iOS membuatkannya tidak boleh digunakan untuk multi-tugas sebenar.

Bateri

Apple menjanjikan waktu penggunaan sehingga lima jam lebih lama pada 11 Pro Max berbanding XS Max dengan bateri sebesar 3969 mAh. Apa yang mereka janjikan sebenarnya tidak menyimpang jauh dari pengalaman kami menggunakannya di dunia sebenar. Dalam penggunaan biasa, peranti masih mempunyai sehingga 35% bateri selepas digunakan selama 14 jam. Ini adalah boleh dibanggakan kerana XS Max biasanya sudah mempunyai sifar bateri dengan penggunaan yang sama.
Selepas seminggu secara purata kami dapat menikmati 9 jam SOT dengan peranti bertahan sehingga 24 jam dengan sekali jam. Pada penggunaan lebih berat, SOT adalah sehingga 11 jam dengan peranti bertahan sehingga 16 jam sebelum perlu dicas. Ini adalah lebih baik berbanding Note 10+ yang dilengkapi bateri 4300 mAh.
Pengecasan penuh dapat dilakukan dalam masa 90 minit dengan bateri mencapai 75% selepas dicas selama sejam. Selepas 80% pengecasan akan dilakukan dengan lebih perlahan bagi menjadi kesihatan bateri. Pengecasan nirwayar turut boleh dilakukan tetapi kami secara peribadi merasakan ia lebih sesuai digunakan untuk treacle charge sahaja bukan untuk pengecasan penuh kerana masa yang diambil terlalu lama.
Apple bermurah hati kali ini menyertakan pengecas 18W dengan setiap pembelian. Anda tidak perlu membayar RM238 untuk membeli pengecas pantas seperti tahun lalu.

Pesaing

Sebagai peranti mercu terbaik, iPhone 11 Max Pro paling layak dibandingkan dengan Samsung Galaxy Note 10+ dan Huawei Mate 30 Pro.
Peranti Pesaing
Samsung Galaxy Note 10+ Huawei Mate 30 Pro Apple iPhone 11 Pro Max
6.8″ Dynamic AMOLED QHD+, HDR10+ (498 PPI) 6.6″ Fluid OLED FHD+ (409 PPI) 6.5″ OLED XDR Retina, HDR10 (458 PPI)
Exynos 9825
2 X 2.73 GHz Mongoose M4
2 X 2.4 GHz Cortex A75
4 X 1.9 GHz Cortex A55
Kirin 980
2 X 2.86 GHz Cortex A76
2 X 2.09 GHz Cortex A76
4 X 1.86 GHz Cortex A55
A13 Bionic
2 X 2.65 GHz Lightning
4 X 1.8 GHz Cortex A55
Mali-G76 MP12 Mali-G76 MP16 Apple GPU
12 Gigabyte 8 Gigabyte 4 Gigabyte
256/512 Gigabyte UFS 3.0 (SD Card sehingga 1TB) 256 Gigabyte UFS 3.0 (NM Card 256GB) 64/256/512 Gigabyte
Kamera Utama 12+16+12+3D Megapixel (f/1.5+f/2..1+f/2.2), OIS, PDAF, Zum Optikal 2X Kamera Utama 40+8+40+3D Megapixel (f/1.6+f/2..4+f/1.8), OIS, PDAF, Zum Optikal 3X Kamera Utama 12+12+12 Megapixel, (f/1.8+f/2.4+f/2.0), OIS, Zum Optikal 2X
Kamera Hadapan 10-Megapixel f/2.2 Kamera Hadapan 32-Megapixel f/2.0 Kamera Hadapan 12 Megapixel f/2.2
IP68 IP68 IP68
4300 mAh (Berwayar 45W)/Nirwayar 15W) 4500 mAh (Berwayar 40W/Nirwayar 27W) 3969 mAh (Berwayar 18W/Nirwayar Qi)
Dari RM 4199 ~RM 3899 Dari RM 5299

Kesimpulan

Kami merasakan mengulas iPhone sebenarnya ialah perkara yang agak sia-sia sebenarnya. Hanya terdapat dua golongan yang membacanya. Golongan pertama ialah pengguna Android yang mencari cela yang wujud pada telefon pintar keluaran Apple dan kemudian menggunakannya sebagai peluru menembak iBebiri. Peminat iPhone pula membaca ulasan mencari alasan untuk tidak membeli model terbaru kerana kurangnya inovasi berbanding telefon di tangan.

Hakikatnya ialah jika anda menyimpan hasrat untuk membeli 11 Pro Max, tidak ada apa yang kami tulis akan mengubah pendirian anda. Anda juga pasti sudah membeli 11 Pro Max sekarang jika sudah mampu. Tetapi masih ulasan perlu ditulis untuk rujukan masa hadapan.

Oleh itu kami mulakan dengan perkara positif. Ini ialah telefon pintar paling berkuasa dalam sejarah dengan A13 Bionic mengambil alih tempat A12 Bionic sebagai cip terpantas di pasaran.

 Snapdragon 855+ jauh ditinggalkan di belakang. Aplikasi dilancarkan dengan pantas terutamanya permua seperti COD Mobile.
 Kemasan 11 Pro Max juga paling premiun.
 Gabungan besi tahan karat dengan kaca paling tahan lasak.
 Panel belakang tidak lagi mudah kotor kerana permukaannya yg pusam.


Bateri juga bertahan paling lama membolehkan ia digunakan sepanjang hari sebelum perlu dicas sebelum tidur. Klise pengguna iPhone perlu membawa powerbank akan dihapuskan jika anda menggunakan 11 Pro Max. Sokongan kemas kini perisian Apple juga tiada tolok tandingnya. iOS 13 dikemaskini dua kali dalam masa seminggu selepas rungutan dari pengguna. Tiada peranti Android di pasaran sekarang menerima kemas kini yang pantas dan kerap seperti peranti iOS.

Perkara negatif pula ialah 4GB RAM mula menujukan ia tidak lagi sesuai digunakan pada sebuah telefon pintar mercu. Aplikasi akan melakukan proses segar semula selepas 4-6 aplikasi diletakkan di latar belakang. Tahun hadapan kami yakin 6GB RAM akan digunakan bagi membolehkan ia berfungsi lancar seperti sebuah iPad Pro. Juara multi-tugas sekarang ialah Note 10+ yang boleh menyimpan sehingga 20 aplikasi di latar belakang tanpa masalah.

Kamera walaupun menggunakan sistem tri-kamera masih belum benar-benar boleh dinobatkan sebagai terbaik di pasaran. Mod manual masih belum diberikan sementara mod malam bergantung sepenuhnya kepada perisian. Ia juga hanya boleh dilakukan pada sensor sudut lebar. Peranti Huawei dan Samsung hadir dengan sokongan manual tanpa sebarang masalah.

 Fungsi Deep Fusion yang ditunjukkan pada acara pelancaran juga masih belum diaktifkan. Selagi ia tidak diaktifkan, potensi sebenar kamera tidak dapat dilihat.



Akhir sekali ialah tiada sokongan 3D Touch yang kami sebagai pengguna profesional rasakan amat perlu kerana telah menggunakannya sejak iPhone 7 dan juga pada MacBook Pro. Kehilangannya amat dirasai. Pada hemat kami sebuah peranti Pro sepatutnya disertakan dengan lebih banyak fungsi diberikan bukan dibuang kerana tidak digunakan oleh majoriti pengguna.

Dengan harga jualan bermula RM5299, ia adalah di luar kemampuan majoriti pengguna. Soalan pertama ialah adakah ia berbaloi? Sebagai seorang pemilik MacBook. Mac Mini dan iPad jawapan yang kami berikan ialah ya kerana ia melengkapi ekosistem Apple yang telah kami gunakan. Ia adalah iPhone terbaik yang boleh anda beli sekarang. Sedia maklum terbaik biasanya juga hadir dengan termahal. Ini adalah lumrah alam. Harga mungkin mahal tetapi secara lazimnya iPhone boleh digunakan selama empat tahun dengan sokongan perisian yang terbaik di dalam industri. Jika semua diambil kira, harga yang dibayar sebenarnya berbaloi.

Tetapi jika anda tidak terikat dengan ekosistem Apple jawapannya berbeza. Anda tidak akan faham mengapa AirDrop ialah fungsi yang amat berguna. Anda juga mungkin merasakan Face ID tidak memberikan fungsi tambahan berbanding sistem nyahkunci wajah 2D. Apa yang kami boleh katakan ialah jika anda tidak pernah menggunakan produk Apple, anda tidak akan faham mengapa wujud peminat yang sanggup melelong ginjal untuk memilikinya.

Sungguhpun begitu kami hanya menyarankan iPhone 11 Pro Max kepada mereka yang tidak pernah memiliki iPhone X dan ke atas. Jika anda mahukan peranti yang akan bertahan selama empat tahun dengan sokongan perisian yang pantas, tidak ada peranti lain yang dapat menandingi iPhone.

KELEBIHAN KEKURANGAN
  • Telefon pintar paling berkuasa di pasaran sekarang. Tiada peranti Android berjaya menyaingi kemampuannya.
  • Melancarkan aplikasi dgn amat pantas.
  • Rekaan yg amat premium dgn kemasan panel belakang tidak memerangkap kotoran dgn mudah.
  • Sokongan kemas kini perisian terbaik dalam industri. Kerentanan dan pepihjt dibaiki dgn amat pantas.
  • Kemampuan fotografi yg terbaik pada iPhone.
  • Kemampun rakaman video yg masih antara yang terbaik.
  • Mod malam tidak berfungsi pada lensa sudut ultra lebar.
  • Kawalan manual masih tiada pada kamera “Pro”
  • Fungsi multi-tugas yang kurang memuaskan.
  • Perlu menanti sebelum kemampuan sebenar kamera Deep Fusion diaktifkan di masa hadapan.


Terdapat 61 komen


5 Oct '19
Huawei Mate 20
Saya setuju dengan komen Obe, iPhone berbaloi dengan harga kerana biasanya penggunanya memakai untuk jangka masa lama dan support melebihi 2 tahun berbanding model android.
"Apa yang kami boleh katakan ialah jika anda tidak pernah menggunakan produk Apple, anda tidak akan faham mengapa wujud peminat yang sanggup melelong ginjal untuk memilikinya" - saya salah seorang yang melalui pengalaman ini.


 https://amanz.my/2019218520/


Apple iPhone 11 Pro and Pro Max review



 iPhone 11 Pro Max - Adakah Ia Benar-Benar Pro ?

FUNGSI RAHSIA IPHONE 11 PRO MAX





iPhone 11 Pro Max VS Samsung Galaxy

Note 10 Plus -- Which One to Get?






iPhone 11 Pro Max vs S20 Ultra 5G - Which Should You Choose?


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

~*~
~*~
~*~



iPhone 12 Pro Max VS Samsung Galaxy Note 20 Plus (Leaks)



IPhone 12 Pro Max VS IPhone 11 Pro Max (Leaks)




iPhone 12 pro Max


. .
~***~LadingEMAS~***~

No comments:

~*~*~ Who