~*~KALiMAH TAUHiD~*~







~**~TiADA TUHAN KECUALi ALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH pd SETiAP KERLiPAN & PD SETiAP NAFAS Sbyk LuasNYA APA YG ADA pd iLMU ALLAH ~**~

~*~SOLATLah KiTa, Sebelum KiTa diSOLATkan~*~


~*~PLS OPEN this WEB with MOZILLA FIREFOX or INTERNET EXPLORER...for BEST Results, Tq (^^,)

AL_QURAN Video+ TerJemahan

~*~*~*~

HADIS ~ PESANAN RASUL KITA, UTK UMATNYA TERSAYANG!!!

~*~*~*~*~*~*~*~*~*[PerHaTiKan MuTiARA KATANYA]
~~*~~[PerHaTiKan MuTiARA KATANYA]
~~**~~[PerHaTiKan MuTiARA KATANYA]
~~***~~[PerHaTiKan MuTiARA KATANYA]
~*~*~*~* ~*~ ~*~
PESAN Rasululah S.A.W
“Sesungguhnya PALING diRASA BERAT oleh seOrg MUNAFIK, ADALAH melaksanakan SOLAT ISYA' dan SOLAT SUBUH. Sekiranya mereka tahu akan ke AGUNGAN PAHALAnya, NISCAYA mereka mendatanginya (ke MASJID, SOLAT berJEMAAH) sekalipun dlm keadaan MERANGKAK2
(HR Bukhari Muslim)

~*~ “Sesungguhnya ALLAH akan mgumpulkan Org2 MUNAFIK dan 0rg2 KAFIR di dlm JAHANNAM
(An Nisa:140).

SOLAT BERJEMAAH LEBIH TINGGI 27 DERAJAT DIBANDING SOLAT SENDIRI“
(HR Bukhari – Muslim)

~*~ Download Audio Kuliah
***
~***~أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا (Setelah diterangkan) APAKAH mereka[KAMU] SENGAJA tidak berUSAHA MEMAHAMI serta meMIKIRkan isi Al-QURAN? ATAU HATI mereka TERKUNCI RAPAT (yg mghalangnya drpda MENERIMA AJARAN Al-QURAN)? (QS Muhamad: 24) ~*~*~***~

Wednesday, September 29, 2010

Abu Yazid Al-Bustami Abu Yazid Al Bustami ~ Kesah Sufi ~ Islamnya Paderi

Dapat dari email...Sahabat.

Kisah Abu Yazid Al-Bustami Abu Yazid Al Bustami
seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya
pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu
berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan
cara yang diberitahu dalam mimpinya.

Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh
Paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti
kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang,
ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada
orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya,
"ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di
dalam gereja ini."

Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu
di bunuh. Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya
ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka
dapat mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustami pun bangun,
tanpa rasa takut.

Menjawab 50 soalan bertanya satu soalan
Ketua paderi berkata, "Wahai pengikut Muhammad, saya
akan mengajukan pertanyaan kepada kamu. Jika kamu
dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan
mengikut agama kamu. Namun jika kamu tidak dapat
menjawabnya, maka kami akan membunuh kamu."

Jawab Abu Yazid, 'baiklah! Tanyalah apa saja yang kamu
ingin tanyakan.'

Ketua paderi itu mengemukakan 50 soalan berterusan dan
selepas ini Abu Yazid menjawabnya dengan tepat.
Kata Abu Yazid, "saya sudah jawab semua pertanyaan tuan.
Sekarang ada lagikah soalan-soalan lain?"

Semua pendeta menjawab, 'tidak ada lagi,'

Kemudian Abu Yazid mengemukakan pertanyaan kepada
mereka. 'beritahu saya kunci Syurga dan Neraka
langit.'

Tidak seorang pun yang dapat menjawabnya dan mereka
mengaku bahawa memang mereka tidak tahu jawapannya.
Baru satu soalan sudah tidak dapat dijawab sedangkan
Abu Yazid telah menjawab berpuluh soalan.

Mereka meminta ketua paderi menjawab, namun ia
membisu. Katanya, 'bukan saya tidak mahu menjawab,
tetapi saya takut kamu semua tidak bersetuju.'

Mereka hairan mendengar kata-kata ketua paderi itu.
Akhirnya mereka mendesak juga dan bersedia untuk
bersetuju dan menerima kata-kata ketua mereka.

'bahawa kunci Syurga dan kunci langit itu tidak lain
ialah 'LAILA HAILLALLAH HU MUHAMMAD DARRASULUULAH.'
Tegas ketua paderi.

Mereka semua tersentak, terdiam. Lalu Abu Yazid
berkata, 'memang benar kata ketua kamu ini.'

Semua paderi memeluk Islam
Abu Yazid menuntut janji kepada ketua paderi dan
persetujuan pengikut-pengikutnya.

'Sahabat-sahabat sekalian percayalah bahawa apa yang
saya beritahu itu adalah benar. Saya tidak didesak
oleh mana-mana tekanan. Memang sudah lama saya
fikirkan hendak menyampaikan perkara ini kepada
sahabat-sahabat semua, tetapi saya bimbang
sahabat-sahabat tidak akan percaya kepada saya lagi.
Saya hanya menunggu waktu.'

'Dari mana tuan mengetahui perkara ini?' Tanya salah
seorang paderi.

'Dari ketua sebelum saya.' Jelas ketua paderi.

'Sebelum ketua itu meninggal dunia dia telah bersumpah
bahawa perkara yang dikatakan itu adalah benar.'
Sambung ketua paderi itu.

'Kalau begitu, apa lagi yang kita tunggu!'

Ketua paderi dan pengikut-pengikutnya semuanya memeluk
Islam disebabkan oleh Abu Yazid.

Ilmu Abu Yazid telah menyelamatkannya daripada maut.
Ilmu ketua paderi telah menyelamatkan daripada kesesatan
dan ilmu kedua-duanya telah menutup tabir kejahilan
dan menyingkap tabir kebenaran dan Islam!

Kandungan dialog ketua paderi dengan Abu Yazid
Al-Bustami
Bila Pertanyaan Ketua Paderi
Jawapan Abu Yazid Al-Bustami

1.
Yang satu tidak ada duanya
~Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada
sekutu baginya.

2.
Yang dua tiada tiganya
~Malam dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang
dan apabila pergi siang datanglah malam.

3.
Yang tiga tiada empatnya
~Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu Subhanahu Wataala.

4.
Yang empat tiada limanya
~Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

5.
Yang lima tiada enamnya
~Islam telah memfardukan solat lima waktu: Zohor, Asar,
Maghrib, Ishak dan Subuh.

6.
Yang enam tiada tujuhnya
~Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini
semua tersebut di dalam Kitab-kitab suci juga.

7.
Yang tujuh tiada lapannya
~Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut
di dalam Kitab Suci juga.

8.
Yang lapan tiada sembilannya
~Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang
disebutkan di dalam Kitab Suci (ertinya): dan akan
memikul Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat) itu adalah
lapan Malaikat.

9.
Yang sembilan tiada sepuluh
~Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadi
kerosakan bumi Allah, sebagaimana yang tersebut di
dalam Kitab Suci (ertinya): di dalam kota itu dahulu
terdapat sembilan kumpulan yang menjadi perosak bumi,
mereka tidak pernah melakukan yang baik.

10.
Sepuluh yang sempurna
~Kewajipan puasa sepuluh hari ke atas orang yang
berihram haji sebagaimana firman Allah Taala
(ertinya): Maka hendaklah ia (orang yang berihram
haji) berpuasa tiga hari semasa haji dan tujuh hari
setelah balik ke negerinya. Itulah dia sepuluh yang
sempurna.

11.
Yang sebelas
~Saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam.

12.
Yang dua belas
~Bilangan bulan dalam setahun.

13.
Yang tiga belas
~Mimpi Nabi Yusof Alaihissalam yang tersebut di dalam
Kitab Suci: Sesungguhnya Aku melihat sebelas bintang,
matahari dan bulan.
   Jumlahnya tiga belas.

14.
Orang yang berdusta,kemudian dapat masuk Syurga
~Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam.
Mereka memberitahu ayah mereka Nabi Yaakob
Alaihissalam bahawa Yusof telah di makan serigala.
Mereka membawa pakaiannya yang dilumur dengan darah
kambing. Perkara yang mereka lakukan itu adalah suatu
dusta.

15.
Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam
neraka
~Mereka ialah kaum Yahudi dan Nasrani, sesuai dengan
firman Allah Ta’ala ( ertinya ) : telah berkata
       Kaum Yahudi, kaum Nasrani itu tidak benar dan berkata
kaum Nasrani pula kaum Yahudi itu tidak benar.
Kedua-dua kaum itu berkata benar pada tuduhan mereka
antara satu dengan lain, namun mereka tidak mahu
tunduk kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka
iaitu mempercayai agama yang di bawa oleh Nabi
Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam sebagai agama yang
sebelumnya. Lantaran itu mereka menduduki neraka.

16.
Tempat roh dalam badan manusia
~Roh berada di dalam tubuh badan manusia yang hanya
diketahui hakikatnya oleh Allah Taala kerana roh
adalah merupakan urusan Allah Taala jua, berdasarkan
firmannya (ertinya), "..katakan roh itu dari perkara
urusan Tuhanku."

17.
Al Zariyati Zarwa
~Nama empat macam angin.

18.
Al Hamilati Wakra
~Awan gemawan di dada langit.

19.
Al Jariyati Yusra
~Perahu-perahu yang belayar di laut.

20.
Al Mukassimati Amra
~Malaikat-malaikat yang bertugas membahagi-bahagikan
rezeki kepada manusia pada malam Nisfu Syaaban.

21.
Yang empat belas
~Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang sesuai
dengan firman Allah Taala (ertinya): Maka Allah
berfirman kepadanya iaitu kepada tujuh petala langit
dan tujuh lapis bumi, datanglah kepada aku secara
patuh terhadap perintahku ataupun secara terpaksa.
Maka berkata kedua-dua langit dan bumi, 'kami akan
datang kepadamu secara patuh dan taat.'

22.
Kubur yang berjalan dengan penghuninya
~Ikan besar yang menelan Nabi Yunus Alaihissalam. Nabi
Yunus Alaihissalam di bawa oleh ikan ke mana-mana
sahaja yang akhirnya dimuntahkan di pantai dengan izin
Allah Taala.

23.
Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh.
~Waktu subuh seperti firman Allah Taala (ertinya): demi
subuh apabila ia terlepas.

24.
Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari
bumi.
~Air yang dikirim oleh ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman
Alaihissalam di dalam botol iaitu air peluh kuda.

25.
Empat yang bukan daripada golongan manusia,
~Malaikat dan bukan keluar daripd  punggung lelaki dan daripada
perempuan.
Kibas yang di bawa Jibril Alaihissalam sebagai korban
ganti Nabi Ismail Alaihissalam, unta Nabi Salleh
Alaihissalam yang disembelih kaumnya.
Nabi Adam dan Siti Hawa Alaihissalam.

26.
Satu ciptaan Allah, lalu dinisbahkanya sebagai satu
yang buruk.
~Suara keldai yang tidak sedap didengar, sesuai dengan
firman Allah Taala (ertinya): sesungguhnya suara yang
paling buruk ialah suara keldai

27.
Darah yang mula-mula mengalir ke bumi.
~Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Qabil.

28.
Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang
berat.
~Helah kaum wanita, seperti Firman Allah Taala
(ertinya): sesungguhnya tipu helah wanita adalah suatu
tipu helah besar atau berat.

29.
Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh.
~Tongkat Nabi Musa Alaihissalam

30.
Wanita yang paling utama.
~Hawa, ibu sekalian manusia, kemudian Khatijah dan
Aisyah, Asiah (isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran.

31.
Gunung yang paling utama
~Gunung Tursina

32.
Binatang yang paling utama.
~Kuda.

33.
Bulan yang paling utama.
~Bulan Ramadhan.

34.
Malam yang paling utama.
~Lailatul Qadar.

35.
Tentang Atta’mah
~Hari Kiamat.

36.
Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30
daun, setiap daun ada lima kembang, dua bunga di
matahari dan tiga bunga di tepi kegelapan.
~Pohon itu "Tahun" yang padanya ada 12 bulan, satu
bulan ada 30 hari. Lima itu ialah lima waktu solat

37.
Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah,
tetapi tidak mempunyai roh dan tidak wajib haji.
~Bahtera Nabi Noh Alaihissalam.

38.
Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi
sumbernya satu.
~Air mata, air telinga, air hidung dan air mulut. Air
mata masin, air telinga pahit, air hidung masin dan
air mulut tawar.

39.
Nakir, fatil dan kitmir.
~Nakir ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih,
fatil ialah titik yang terdapat di dalam benih dan
kitmir ialah kulit yang membaluti benih.

40.
Sabid dan Labad
~Bulu kambing biri-biri dan kambing kasi.

41.
Sam dan Ram.
~Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam
Alaihissalam.

42.
Maksud keldai Makwak.
~Keldai Makwak tanda ia melihat syaitan, lalu ia
berkata: Allah melaknatnya.

43.
Maksud anjing menyalak.
~Anjing menyalak bermaksud: Awas! Celaka bagi
penghuni-penghuni neraka dari kemurkaan Allah yang
maha berkuasa.

44.
Maksud jeritan kuda.
~Kuda menjerit bermaksud: Maha suci Allah yang
memeliharaku ketika tentera berpadu menyerang musuh
dengan penuh semangat.

45.
Maksud jeritan unta.
~Unta menjerit membawa maksud: Hasbiyallahu Wakafa
Billahi Wakila (ertinya): Memadailah Allah bagiku dan
cukuplah Dia tempat aku menyerahkan diriku.

46.
Maksud nyanyian burung Bulbul.
~Nyanyian Bulbul bermaksud: Maha suci Allah pada waktu
pagi dan pada waktu petang.

47.
Maksud bunyi katak.
~Bunyi katak bermaksud: Maha suci Tuhan yang di sembah
di mana-mana sahaja ada makhluknya dan di
tempat-tempat yang tiada penghuninya.

48.
Maksud kata-kata burung Nakus.
~Maksud kata-katanya: Maha suci Allah sungguh-sungguh!
Wahai anak Adam! Lihatlah di barat dan di timur di
dunia itu, adakah makhluk yang menongkat langit?

49.
Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya,
namun ia bukan dari kumpulan jin, manusia dan
Malaikat.
~Makhluk itu adalah lebih seperti Firman Allah Taala
(ertinya): dan Tuhan kamu telah mewahyukan kepada
lebih...

50.
Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika
malam.
~Kedua-duanya berada di dalam ilmu Allah Taala yang
amat sulit.


. .
~***~LadingEMAS~***~

No comments:

~*~*~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~*~