~*~KALiMAH TAUHiD~*~







~**~TiADA TUHAN KECUALi ALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH pd SETiAP KERLiPAN & PD SETiAP NAFAS Sbyk LuasNYA APA YG ADA pd iLMU ALLAH ~**~

~*~SOLATLah KiTa, Sebelum KiTa diSOLATkan~*~


~*~PLS OPEN this WEB with MOZILLA FIREFOX or INTERNET EXPLORER...for BEST Results, Tq (^^,)

HADIS ~ PESANAN RASUL KITA, UTK UMATNYA TERSAYANG!!!


Drpd Nabi SAW bsabda:~

Ssiapa ke MASJID pd Waktu PAGI/pd Waktu PETANG Allah akan menyediakan utknya satu TEMPAT TINGGAL di Syurga apabila dia pergi samada pd Waktu PAGI atau pd Waktu PETANG

(HR Muslim, #1073)




~*~*~*[MUTiARA HADIS_1]








~~*~~[MUTiARA HADIS_2]





~~**~~[MUTiARA HADIS_3]





~~***~~[MUTiARA HADIS_4]





~*~*~*~*
~*~
~*~


PESAN Rasululah SAW

“Sesungguhnya AMAT dirasa BERAT oleh seOrg MUNAFIK, UTK melaksanakan SOLAT ISYA dan SOLAT SUBUH Sekiranya MEREKA TAHU akan keAGUNGan PAHALAnya, nescaya mereka mendatanginya (ke MASJID, SOLAT berJEMAAH) sekalipun dlm keadaan MERANGKAK2”

(HR Bukhari Muslim)

~*~Hadis Abu Hurairah RA:

Drpda Nabi SAW bSabda: Sesiapa yg pergi ke MASJID pada waktu PAGI atau pada waktu PETANG Allah akan menyediakan untuknya satu TEMPAT TINGGAL di SYURGA apabila dia pergi SAMADA pada waktu PAGI atau PETANG.

(HR Muslim, #1073)

~*~
“Sesungguhnya Allah akan mgumpulkan Org2 MUNAFIK dan 0rg2 KAFIR di dlm JAHANNAM


(QS An Nisa:140).


SOLAT BERJEMAAH LEBIH TINGGI 27 DERAJAT DIBANDING SOLAT SENDIRI“

(HR Bukhari &Muslim)


***

Wednesday, February 17, 2010

Catatan HospitaL Ghaib ~ MeLaka


Catatan di Hospital Ghaib
Posted at 16.Feb,2010 10:57 
Ahad baru ni (14/2/2010) aku bawa abang saudara berubat kat Telok Mas, aku panggil HOSPITAL GHAIB.
Jumpa 8.30 am kat Stesen minyak petronas air keroh. Baru aku tahu dari Tol Air keroh ke Bandar ada 3 stesen minyak petronas yg ada NGV. Dua sebelah kiri jalan dan satu lagi disebelah kiri.

Tiba di rumah anak yatim Ai-tam dlm jam 9.15 pagi, hospital buka jam 10.00 pag tetapi pendaftaran start jam 8.30 pagi. Daftar senang aje, tulis nama kat kertas yg disediakan. Kami dapat nombor 67 dan ke atas, sambil tunggu giliran tu, aku dan isteri pekena teh sarbat, nak makan roti canai dah habis la pulak. Mak, abang saudara and the geng semua pakat pi round pekan Telok Mas.

Tengah aku sedap hirup teh sarbat yg dah tak panas lagi tu, tiba ada org beri salam. Laa Ustaz Rahim dah mai. Dia duduk sebelah aku sambil order kopi 0. Rupanya beliau tak balik rumah malam tadi, tidur kat Hospital sebab pesakit ramai sangat semalam. Borak punya borak, tiba-tiba ustaz Rahim tanya kenapa aku tak nak jadi perawat. Alamak dia tahu la pulak.. ni yg malas jumpa otai-otai ni. Dia pun cerita 5 ciri yg perlu ada utk menjadi perawat. Aku cuma boleh recall dua aje, iaitu kawal nafsu dan ikhlas. 3 tahun lepas dia ada tanya juga benda yg sama, aku jawap nak kontrol nafsu tu yg payah... kena ingat, bila kita dah boleh buat bedah batin, pandangan mata kita dah boleh tembus baju pesakit, boleh nampak semua..... lepas tu baru tembus kulit dan nampak organ. Ada seorg perawat yg aku kenal, mula-mula dia boleh nampak tu, puas mata dia tengok.. tengah syok tengok awek-awek tanpa pakaian, tiba-tiba dia dibawa lari ke suatu alam lain, dia tengok manusia kena seksa, mungkin alam kubur kot. Rupanya sifu dia dah tahu anak murid dia ni sudah salah guna ilmu. Terus insaf.... Itu pentingnya berguru, sebab guru kena pantau anak muridnya. Kalau belajar melalui mimpi, sapa nak tegur maaa.

Ustaz Rahim sambung cerita, jadi perawat ni banyak dugaan antaranya adalah wanita. Ada pesakit 20 tahun yang sedang dirawat boleh offer nak jadi isteri. Siap suruh Ustaz cakap kat mak dia, mak dia mesti setuju, kata dia....., pernah ada pesakit yg bukan Islam, nak ajak Ustaz Rahim berzina, menitis air mata Ustaz Rahim masa tu. Aku pun jawap, "sama le kita ustaz". Sebab itu aku malas jumpa pesakit perempuan, nanti macam-macam hal boleh terjadi. Aku dah lah handsome, romantik pulak tu. Nanti lain yg aku rawat.....

Ustaz tu cerita, kat pusat rawatan ni, rawatan jantung dan tulang merupakan kepakaran mereka. "Mereka" he he he. Kat Hospital ni, hanya Ustaz Rahim seorang aje yg merawat dan seorang lagi cuma apperantice aje.
Memang aku akui, depa ni kalau kes jantung atau tulang/sendi memang pakar. So sapa yg sakit sendi atau tulang boleh le merawat kat Ustaz ni. InsyaAllah dlm 30 minit pasti kurang sakit atau langsung hilang sakit. Rawatan susulan kena le buat, ala macam kat hospital juga le. Jangan ingat, sekali rawat baik, akan terus baik. Kena le mai semula utk pemeriksaan semula.

Baru-baru ni Ustaz Rahim cerita dia kena marah dgn satu makcik tu. Puncanya kerana dia tukarkan jantung suami dia. Suami ni, umur dah 53 tahun, selalu benar masuk IJN, nak jalan pun tak larat sangat. Bila dia mai nak berubat, Ustaz Rahim dpt jantung berusia 30 tahun, serasi pulak tu, memandang jantung tu muda lagi dan kuat, maka terpaksa le tukar semua pembuluh darah utk memastikan pembuluh darah dpt terima tekanan yg tinggi. Ye laaa jantung muda maa. Alhamdulillah, lepas 30 minit, pak cik tu boleh jalan dgn sendirinya. HASILNYA - pak cik yg dulu tak larat nak jalan ni, dah boleh aktif macam org muda. Lepas tu korang agak apa terjadi?

BETUL!!!!!

6/2/2010 baru ni, Pakcik tu baru kahwin dgn budak umur 18 tahun. Isteri tua tanya kenapa nak kahwin dgn suami dia. Budak kata dia nak kahwin juga, dia dah cintan sama suami mak cik ni. Haru betul. Yg tak betul tu, suami ni boleh pi belasah mak cik ni. Ye la biasa la isteri bising bila nak tambah cawangan tetapi tak usahlah dipukul isteri tu. Makcik tu jumpa Ustaz Rahim dgn mata dan muka bengkak kena belasah dgn suami. Kita perawat cuma merawat apa yg kita mampu buat, kita tak sangka pulak perkara seperti ini akan terjadi.

Isteri yg lama mendiamkan diri, mula bersuara
"kalau nak kahwin, kahwin ajela, usah le pukul isteri, kalau nak pukul pun biar adil, pukul dua-dua isteri"

Ustaz Rahim setuju dengan isteri aku....

Aku pun sambung, "ayah tak pernah pukul ibu kan" sambil memeluk isteri.. he he he... peluk ada makna tu.

Isteri:"kalau nak kahwin kena la adil dari semua segi"

Alamak, aku macam nak kena zass aje ni. Cepat-cepat aku menjawab, "saya mana ada niat nak kahwin lain, cuma setiap tahun mesti ada offer, saya tak minat pun" peeeerr berpeluh dibuatnya.....

Ustaz Rahim sambung cerita, masa susah dgn isteri lama, bila dah senang sibuk tambah cawangan, isteri lama silap sikit terus kena pukul. Income dia dulu cuma RM280 aje... Sekarang ni usah tanya le, kalau dah pakai merz mata bulat. Isteri Ustaz Rahim ni kecil aje orangnya. Hari tu Isterinya tak ada.

Sebab itu ustaz Rahim mengunakan konsep rawatan terbuka, semua org boleh nampak apa yg dia buat. Dia tak nak buat bilik-bilik. Ye la, iman jg cuba-cuba diuji. Tepat pukul 10.00 pagi, Ustaz Rahim beredar untuk memulakan kerja dia.

Selepas Ustaz Rahim masuk 'hospital', aku dan isteri masih dok lepak kat kedai kopi. Masa tu la aku nampak ada seorang budak sekolah pakai tongkat.

masa menunggu giliran, aku duduk kat kat ruang kosong kat hospital tu. Tiba-tiba ada budak lalu, aku perasan budak ni le yang datang pakai tongkat. Mana pi tongkat dia ni, tak lama lepas tu baru mak dia datang bawa tongkat. Alhamdulillah, budak tu tak perlu bertongkat lagi. Cuma jalan masih senget, ye la, selalu bertongkat, bila dah tak perlu bertongkat, gaya jalan macam bertongkat masih lagi kelihatan..

layan lagu 'separuh jiwa ku hilang. baru lepas buang saka pesakit kat Sabah, miss communication. Pening kepala aku dibuatnya. Ada satu ustaz beritahu dia scan ni adalah tilik. Haiya.... aku rasa aku tahu sapa ustaz tu, manusia paling hipokrit pernah aku jumpa, sebab? Isteri nombor dua dia boleh scan. Saka dan jin sihir kat luar badan. Kalau ruqyah memang tak ada tanda-tanda gangguan jin. Kalau jumpa perawat face to face mamat 2 ekor tu sure dok jauh...

end

[alamat
Pusat Rawatan Alternatif,
Madrasah Darul Ai-tam
KM 12, Kampung Bukit Pagoh
Pernu, Teluk Mas,
Melaka
Encik Rahim 016-6451080 ]

Petikan... http://rozaimy.komputer.com.my/375

Lading_Emas

No comments:

~*~*~ Who