~*~KALiMAH TAUHiD~*~







~**~TiADA TUHAN KECUALi ALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH pd SETiAP KERLiPAN & PD SETiAP NAFAS Sbyk LuasNYA APA YG ADA pd iLMU ALLAH ~**~

~*~SOLATLah KiTa, Sebelum KiTa diSOLATkan~*~


~*~PLS OPEN this WEB with MOZILLA FIREFOX or INTERNET EXPLORER...for BEST Results, Tq (^^,)

AL_QURAN Video+ TerJemahan

~*~*~*~

HADIS ~ PESANAN RASUL KITA, UTK UMATNYA TERSAYANG!!!


Drpd Nabi SAW bsabda:~

Ssiapa ke MASJID pd Waktu PAGI/pd Waktu PETANG Allah akan menyediakan utknya satu TEMPAT TINGGAL di Syurga apabila dia pergi samada pd Waktu PAGI atau pd Waktu PETANG

(HR Muslim, #1073)




~*~*~*[MUTiARA HADIS_1]








~~*~~[MUTiARA HADIS_2]





~~**~~[MUTiARA HADIS_3]





~~***~~[MUTiARA HADIS_4]





~*~*~*~*
~*~
~*~


PESAN Rasululah SAW

“Sesungguhnya AMAT dirasa BERAT oleh seOrg MUNAFIK, UTK melaksanakan SOLAT ISYA dan SOLAT SUBUH Sekiranya MEREKA TAHU akan keAGUNGan PAHALAnya, nescaya mereka mendatanginya (ke MASJID, SOLAT berJEMAAH) sekalipun dlm keadaan MERANGKAK2”

(HR Bukhari Muslim)

~*~Hadis Abu Hurairah RA:

Drpda Nabi SAW bSabda: Sesiapa yg pergi ke MASJID pada waktu PAGI atau pada waktu PETANG Allah akan menyediakan untuknya satu TEMPAT TINGGAL di SYURGA apabila dia pergi SAMADA pada waktu PAGI atau PETANG.

(HR Muslim, #1073)

~*~
“Sesungguhnya Allah akan mgumpulkan Org2 MUNAFIK dan 0rg2 KAFIR di dlm JAHANNAM


(QS An Nisa:140).


SOLAT BERJEMAAH LEBIH TINGGI 27 DERAJAT DIBANDING SOLAT SENDIRI“

(HR Bukhari &Muslim)


***

Tuesday, December 15, 2009

BuLan Terbelah Dua ~ Pada Zaman Rasulullah

Bersama Dato' Dr Haron Din: Benarkah Bulan Terbelah Dua Pada Zaman Rasulullah? 

SOALAN:
Sudah banyak kali saya mendengar cerita mengenai Mukjizat Nabi Muhammad SAW membelah bulan. Cerita itu hakikatkah atau ilusi (khayalan) manusia zaman itu sahaja. Jika betul-betul bulan terbelah dua, tentu ada fakta fizikal secara geografi, kerana manusia berjaya mendarat di bulan, kesannya tentu dapat dilihat sehingga ke hari ini. Pernahkah manusia menemui kesan tersebut, apakah pandangan Dato' dalam hal sebegini - IBNU ABDULLAH, menerusi e-mel




JAWAPAN:
Kisah bulan terbelah dua, bukan ilusi atau khayalan. Ia bukan sihir & silap mata. Malah ianya kisah yang benar-benar berlaku, sungguh berlaku secara waqi'e (berlaku di alam nyata). Bulan terbelah dua pada zaman Rasulullah SAW adalah kisah benar yang dirakam dalam Quranul Karim di satu surah yang Allah namakan sendiri Suratul Qamar (Surah Bulan). Firman Allah (mafhumNya):
   "Telah hampir saat (kedatangan Hari Kiamat) & terbelahlah bulan. "Dan kalau mereka (kaum musyrik Makkah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus-menerus berlaku. "Dan (telah menjadi adat) mereka mendustakan (Nabi Muhammad & mukjizat-mukjizat yang dibawanya) serta menurut hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap perkara tetap (menurut keadaan yang ditentukan Allah). "Dan sesungguhnya! Telah sampai kepada mereka (dengan perantaraan Al-Quran), sebahagian daripada kisah-kisah & berita (umat-umat yang telah lalu), yang mengandungi perkara-perkara yang cukup untuk mencegah mereka (daripada perbuatan kufur itu). "(Yang demikian ialah) pengajaran yang cukup sempurna; dalam pada itu, segala peringatan & amaran tidak akan mendatangkan faedah (kepada mereka yang ingkar). (Surah Al-Qamar, ayat 1-5) 

Memang ada hadis yang meriwayatkan peristiwa terbelahnya bulan di zaman Nabi saw. masih di Mekah. Hal ini terjadi ketika kaum musyrikin 'mencabar' Nabi untuk menunjukkan bukti kenabiannya dengan meminta membelah bulan.

Ini adalah beberapa di antaranya:

Hadis daripada Abdullah bin Mas'ud ra., Ia berkata: Bulan terbelah menjadi dua pada masa Rasulullah saw., Lalu Rasulullah saw. bersabda: Saksikanlah oleh kalian. (Shahih Muslim No.5010)

Hadis daripada Anas ra.: Bahawa penduduk Mekah meminta kepada Rasulullah saw. untuk diperlihatkan kepada mereka satu mukjizat (tanda kenabian), maka Rasulullah saw. memperlihatkan kepada mereka mukjizat terbelahnya bulan sebanyak dua kali. (Shahih Muslim No.5013)

Hadis daripada Ibnu Abbas ra.: Sesungguhnya bulan pernah terbelah pada zaman Rasulullah saw .. (Shahih Muslim No.5015)



 
Kisah itu adalah sebelum hijrah dari Mekah Mukarramah ke Madinah Munawarah. Orang-orang musyrik berkata, 
"Wahai Muhammad, kalau engkau benar Nabi dan Rasul, cuba tunjukkan kepada kami satu kehebatan yang boleh membuktikan kenabian dan kerasulanmu (dengan nada mengejek)?

Rasulullah bertanya, "Apa yang kamu inginkan?" 

Mereka menjawab, "Cuba belah bulan ..."  
Rasulullah pun berdiri dan terdiam, berdoa kepada Allah agar menolongnya. Lalu Allah memberitahu Muhammad saw agar mengarahkan telunjuknya ke bulan. Rasulullah pun mengarahkan telunjuknya ke bulan dan terbelahlah bulan itu dengan sendirinya. Serta-merta orang-orang musyrik pun berkata, 
"Muhammad, engkau benar-benar telah menyihir kami!"

Akan tetapi para ahli mengatakan bahawa sihir, memang benar boleh saja "menyihir" orang yang ada disampingnya akan tetapi tidak boleh menyihir orang yang tidak ada di tempat itu. Lalu mereka pun menunggu orang-orang yang akan pulang dari perjalanan.

Orang-orang Quraisy pun bergegas menuju keluar batas kota Mekkah menanti orang yang baru pulang dari perjalanan. Dan ketika datang rombongan yang pertama dari perjalanan menuju Mekkah, orang-orang musyrik pun bertanya,

  "Apakah kalian melihat sesuatu yang aneh dengan bulan?" Mereka menjawab, "Ya, benar. Pada suatu malam yang lalu kami melihat bulan terbelah menjadi dua dan saling menjauh masing-masing-nya kemudian bersatu kembali ... "

Maka sebahagian mereka pun beriman, dan sebahagian lainnya lagi tetap kafir (ingkar). Oleh kerana itu, Allah menurunkan ayat-Nya:

"Sungguh, telah dekat hari qiamat, dan telah terbelah bulan, dan ketika melihat tanda-tanda kebesaran Kami, merekapun ingkar lagi berpaling seraya berkata," Ini adalah sihir yang terus-menerus ", dan mereka mendustakannya , bahkan mengikuti hawa nafsu mereka. Dan setiap urusan benar-benar telah tetap ... (sampai akhir surah Al-Qamar)

Amat jelas dalam ayat di atas bulan terbelah dua, kisahnya cukup jelas disebut dalam kitab-kitab sirah & hadis-hadis sahih antaranya, Al-Imam bin Ahmad bin Hanbal meriwayatkan hadis daripada Jabir bin Mat'am katanya (mafhum):
"Pada zaman Rasulullah SAW bulan telah terbelah dua, benar-benar terlihat dua belahannya, satu di bukit sebelah kanan, satu di bukit sebelah kiri. Orang-orang kafir berkata Muhammad telah melakukan sihir. Ada pula di kalangan mereka yang menjawab, kalau sihir dilakukan, maka yang kena sihir adalah kita di sini, & sihir tidak mungkin terkena kepada semua orang di tempat lain." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Apabila berlaku sedemikian, Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya:

"Ya Allah, kamulah yang menjadi saksi, ini adalah benar" Sabda Baginda lagi (mafhumnya):
"Nah! lihatlah itu, ini adalah kejadian yang benar"
 

Abdullah bin Mas'ud meriwayatkan hadis (mafhumnya):
"Bulan terbelah dua pada zaman Rasulullah SAW Quraisy berkata ini adalah sihir Ibnu Abi Kabshah. Mereka berkata lagi, tunggu dahulu, jangan percaya apa yang kita lihat ini, sehinggalah pengembala-pengembala di padang pasir dari ahli-ahli Badiah, tiba di Makkah dalam sehari dua ini, kita tanya tentang peristiwa ini, mereka melihat atau tidak. Kalau mereka tidak melihat, ini (bulan terbelah dua) adalah sihir, jika mereka melihatnya, maka apa yang kita nampak benar-benar berlaku"

 
Keesokan & beberapa hari berikutnya, maka tibalah pengembara-pengembara tersebut, semua mereka menceritakan peristiwa yang sama, bahawa mereka lihat pada malam itu, bulan terbelah dua.
Namun demikian kuffar Makkah tetap mengingkarinya secara degil & keras kepala. Maka dari sinilah turunnya ayat yang saya paparkan di atas. Adapun bukti fizikal berdasarkan fakta, apakah di atas bulan terdapat rekahan yang menunjukkan bulan itu pernah terbelah dua. Memang telah wujud bukti tersebut.


Kajian sains oleh angkasawan NASA mendapati bahawa seketika dulu bulan pernah terbelah dua. Kajian ini dijalankan apabila gambar-gambar yang dirakamkan oleh satelit dan teleskop menunjukkan terdapat garisan rekahan pada bulan. NASA telah menghantar 3 angkasawanya untuk kajian yang lebih terperinci tentang bulan . Setelah mereka membuat kajian, kesimpulannya, bahawa bulan pernah terbelah dua. Setelah hasil kajian ini didedahkan  kepada umum, alangkah terkejutnya mereka, apabila diberitahu bahawa kisah bulan terbelah dua ini telah diceritakan oleh Al-Quran kira-kira 1400 tahun yang lalu. 


Pengunjung-pengunjung bulan yang terdiri daripada angkasawan Amerika Syarikat & Rusia, pernah merakamkan gambar di atas bulan yang menunjukkan kesan rekahan besar di atas bulan, mengelilingi bulatan sebesar bulan itu.
Gambar yang diambil telah tersiar pada beberapa akhbar dunia & disiarkan dalam sebuah majalah tempatan kita yang bernama al-Hunafa isu 2009/2010 di bawah tajuk 'Splitting of the Moon' yang bermaksud bulan terbelah. Gambar tersebut ada pada saya. Mungkin suatu ketika dapat kita siarkan. 


Oleh kerana telah disedari bahawa jika dibesar-besarkan cerita tersebut & diketahui umum bulan terbelah dua, dengan kesan yang nyata, maka akan terbukitilah satu lagi bukti yang paling nyata & kuat.
Ia menjelaskan bahawa Al-Quran itu benar, mukjizat Nabi Muhammad SAW itu benar. Dengan sendirinya membuktikan Islam itu benar. Maka ketika itu akan kecewalah orang yang kuffar.
Bahawa Rasulullah SAW membuktikan mukjizatnya kepada musrikin Makkah & dengan bukti pengembara padang pasir, telah menjadikan mereka keras kepala & mungkar. 


Mereka menolak kebenaran yang dibawa dengan nyata.
Lihatlah sekarang, dalam zaman sains & teknologi, amat terbukti dengan paparan yang begitu nyata bahawa bulan meninggalkan rekahannya di sepanjang lilit bulatannya, menandakan benarnya mukjizat yang telah berlaku ke atas Nabi Muhammad SAW.
Inilah satu bukti nyata bahawa mukjizat nabi-nabi yang terdahulu, semuanya telah hilang kesan, sedangkan mukjizat Nabi Muhammad SAW, dengan Al-Quran sebagai kepala segala mukjizat boleh dilihat & dilihat sehingga sekarang. Ini membuktikan bahawa Islam adalah agama Allah yang benar. Wallahu a'lam

Sumber
: Harakah


 
http://apod.nasa.gov/apod/ap021029.html

What could cause a long indentation on the Moon? First discovered over 200 years ago with a small telescope, rilles (rhymes with pills) appear all over the Moon. Three types of rilles are now recognized: sinuous rilles, which have many meandering curves, arcuate rilles which form sweeping arcs, and straight rilles, like Ariadaeus Rille pictured above. Long rilles such as Ariadaeus Rille extend for hundreds of kilometers. Sinuous rilles are now thought to be remnants of ancient lava flows, but the origins of arcuate and linear rilles are still a topic of research. The above linear rille was photographed by the Apollo 10 crew in 1969 during their historic approach to only 14-kilometers above the lunar surface. Two months later, Apollo 11, incorporating much knowledge gained from Apollo 10, landed on the Moon.

sumber lain 
http://www.hoax-slayer.com/moon-split-miracle.shtml
http://en.wikipedia.org/wiki/Rille
http://www.thunderbolts.info/tpod/2006/arch06/060315rille.htm

~*~



One of Prophet Muhammad s.a.w. miracle was splitting of the moon. The incident was also witnessed by King Chakrawati Farmas in Malabar, South-West Coast of India,

The incident relating to King Chakrawati Farmas is documented in an old manuscript in the India Office Library, London, which has reference number: Arabic, 2807, 152-173. It is quoted in the book “Muhammad Rasulullah,” by M. Hamidullah:

“...There is a very old tradition in Malabar, South-West Coast of India, that Chakrawati Farmas, one of their kings, had observed the splitting of the moon, the celebrated miracle of the Holy Prophet S.A.W. at Mecca, and learning on inquiry that there was a prediction of the coming of a Messenger of God from Arabia, he appointed his son as regent and set out to meet him. He embraced Islam at the hand of the Prophet, and when returning home, at the direction of the Prophet, died at the port of Zafar, Yemen, where the tomb of the “Indian king” was piously visited for many centuries.”
 ~*~*~*~
Three American astronautics specialists.
Daoud Moussa Peetcock,
So, one day ALLAH made me sit to watch TV.
It was a talk show between a British commentator and three American astronautics specialists.
During their dialogue, they mentioned the trip in which a man landed on the moon surface as it consumes the the largest cost which comes to more than US $100.000.000.000. The British TV anchor screamed saying what kind of thrift is this? A hundred thousand million dollars just to plant the American flag on the moon surface?
They answered no; the objective was not to plant the American flag but rather to study the interior composition of the moon. We actually came to a finding that would cost us double folds of this amount for people to believe and yet they will never believe. The show host inquired what is this fact?
They replied: One day this moon was split and then reattached. The show host again probed: how did you realize that? The scientists responded about finding a belt of transformed rocks cutting the moon from its surface to core and then to the surface again. The stated saying: we consulted with earth scientists and geologists who explained that such phenomenon would never occur unless this moon one day split and then reattached.

The British Muslim man said: I jumped out of my chair saying ALLAH (SWT) forced the Americans to spend more than a hundred billion dollars to prove to Muslims a a miracle that took place 1400 years ago for Mohamed (PBUH)? This religion must be the truth. He added: I went back to the Quran and recited Surat Al Qamar, which was my gate for accepting Islam.

[sumber..]

[sumber...]


Lading_Emas

1 comment:

manikayangan said...

subhanallah..saya pun baru pernah dengar cerita ni...syukran atas info yg berguna ni...penting ni utk sessi p&p ( pengajaran dan pembelajaran ) bila buka sekolah nanti..

~*~*~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~*~