Dari EmaiL Sahabat...
Subject: JAWAB SALAM YANG BETUL WA'ALAIKUMUSSALAM, PASTIKAN ADA BUNYI MUS
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Untuk perhatian semua umat Islam di Malaysia khususnya warga JAWHAR.
Saya kerapkali mendengar orang menjawab salam dengan bunyi م سلا و عليكم “wa’alaikum salam”. Hal ini lumrah terjadi di seluruh Malaysia atau di mana-mana saja tempat dalam dunia ini yang kedapatan orang Malaysia. Dalam masjid sewaktu hari Jumaat, khatib naik ke atas mimbar lalu memberi salam sebelum duduk untuk memberi laluan kepada muazzin (bukan bilal) untuk melaungkan azan kedua (mengikut Mazhab Syafie, mazhab lain takde). Apa yang selalu kita dengar makmum jawab?
م سلا و عليكم “wa’alaikum salam”……. Maaf jika saya salah dengar.
Sebenarnya, jawapan yang betul ialah و عليكم السلام “wa’alaikuMUSsalam”. Ada bunyi “MUS” yang jelas (tapi ia tiada kena mengena dengan Ustaz Mustafidurrahman).
Kenapa mesti kena ada bunyi MUS? Dari sudut ilmu tajwid, MUS mesti dibunyikan kerana adanya hukum alif lam syamsiyah di situ iaitu huruf sin yang merupakan salah satu huruf syamsiyah. Kita hendaklah meraikan huruf alif lam syamsiyah dan mengabaikan huruf alif dan lam. Apabila sesuatu huruf yang berbaris disambung dengan salah satu huruf alif lam syamsiyah, maka ia hendaklah dibunyikan terus dengan bunyi huruf tersebut dengan mengabaikan alif dan lam di depannya. Dalam hal ini, mim baris dhommah (baris depan) terus disambung dengan huruf sin yang ada syaddah (sabdu) menjadi “MUS”. Ia berbeza dengan hukum alif lam qamariah (bukan Cik Kamariah P&P).
Manakala dari sudut ilmu nahu Bahasa Arab, “wa’alaikumussalam” merupakan gabungan empat perkataan iaitu wa-alai-kum- assalaam. Bila disatukan ia menjadi “wa’alaikumussalam”. Dalam hal ini jika tuan/puan tak belajar bahasa Arab, tuan/puan kena tanya mereka yang mempelajarinya khususnya Skim S atau skim lain yang ada latar belakang pengajian Islam. Perkataan as-salam ini merupakan ISIM MAKRIFAH yang membawa pengertian bahawa sesuatu perkara itu adalah bersifat khusus untuk sesuatu pihak/individu tertentu sahaja. Maka dalam konteks ini و عليكم السلام “wa’alaikuMUSsalam” bermaksud “keselamatan ini adalah KHUSUS untuk kamu”.
Jadi, apakah perbezaan antara و عليكم السلام “wa’alaikuMUSsalam” dengan م سلا و عليكم “wa’alaikum salam”???
Jawapannya, jika kita jawab penuh dengan adanya “MUS” tadi, maka kita menjawab dengan betul dan penuh penghormatan kepada pemberi salam. Kita mendoakan keselamatan khusus untuk dirinya.
Tetapi, jika kita menjawab salam dengan bunyi م سلا و عليكم “wa’alaikum salam” maka ia memberi maksud “keselamatan ini TIDAK KHUSUS untuk kamu”. Ini kerana perkataan salam merupakan ISIM NAKIRAH (lawan ISIM MAKRIFAH di atas tadi) yang membawa pengertian bahawa sesuatu perkara itu adalah umum dan tidak dikhususkan kepada sesuatu pihak/individu.
Wah! Penat-penat sahaja orang yang memberi salam kepada kita tetapi tiba-tiba kita jawab keselamatan ini tidak khusus kepadanya. Apa maknanya tu? Maknanya kita tidak menghormati dan menghargainya. Apatah lagi orang itu ialah khatib yang berkhutbah pada hari Jumaat. Dia doakan keselamatan kita tapi kita jawab acuh tak acuh sahaja.
Oleh itu, jawablah salam sewajarnya dengan ilmu dan kefahaman yang betul. Bahasa Arab ini sangat halus seni kesusasteraannya, tepat pengibaratannya, dalam maksudnya dan jauh dimensinya. Memang tepat dan wajar Allah menjadikan bahasa ini sebagai bahasa wahyu Al-Quran agar kita menjadi orang yang celik akal dan minda.
Sekian coretan saya hari ini untuk kita berkongsi ilmu. Jika Allah memberi ilham kepada saya lagi, saya akan sedia menulisnya untuk kita kongsi bersama.
Oleh itu, jawablah salam sewajarnya dengan ilmu dan kefahaman yang betul. Bahasa Arab ini sangat halus seni kesusasteraannya, tepat pengibaratannya, dalam maksudnya dan jauh dimensinya. Memang tepat dan wajar Allah menjadikan bahasa ini sebagai bahasa wahyu Al-Quran agar kita menjadi orang yang celik akal dan minda.
Sekian coretan saya hari ini untuk kita berkongsi ilmu. Jika Allah memberi ilham kepada saya lagi, saya akan sedia menulisnya untuk kita kongsi bersama.
. .
No comments:
Post a Comment