Salam,
Semalam[02.Jun2010] Razali Awang, pemberita dari TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company to share his experiences. Ia dibuat dan dianjurkan oleh Persatuan Pekerja Islam fr my company. Razali ni tetiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia sedih dan tak dpt melupakan semua pengalaman yg didapati disana dan ianya akan dikenang smpai mati. Got a few things yg nak di kongsi bersama yg mana ia juga buat I tak boleh tido mlm tadi:
Mesir , Razali kata ini Kerajaan Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Ada kalangan rakyatnya yg sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir juga menyekat laluan sempadannya, the only way to Gaza . Terdapat banyak Makanan dan ubatan2 yang rosak di sempadan Mesir-Gaza. Sempadan antara Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan ini, rakyat Palestine takkan mengalami kebuluran...
"Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.
"Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.
Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai apa jua keganasan yg berlaku di Gaza . Razali bagitau rakyat Palestin yg dia interview bhw kat Malaysia tetiap Jumaat, kami (rakyat Malaysia) bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine …
Razali menceritakan berapa banyak checkpoint yg dia kena lalui kat Mesir.. tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya hanya Allah yg tahu..ada yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIAM@IIUM, pun dah bagus!!!)
Pemerintahan di Gaza ( Palestine ) ,Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Sebelah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza! Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie. Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mentioned Hashim….) Beautiful country, iklim Mediterranean, boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..
Di bawah pemerintahan Hamas, memang ramai dikalangan mereka yg rela mati sebab mati syahid. Mereka rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org akan ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime. Tulang2 yg melekat kat dinding bangunan2 rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata. Hamas ada lebih kurang 25,000 org shj...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.
Isteri2 kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat berjumpa dengan suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..
Israel memang pengecut sebab tak berani berperang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia Org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal. Kereta kebal Israel musnahkan semua tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Tujuan mereka supaya rakyat Palestine kebulur dan takde sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...
Rakyat Palestine, Razali kata sedih yg teramat sangat pabila melihat mereka merebus rumput untuk dijadikan makanan sbg mengalas perut. Kanak2 di sana tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri! Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke, terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ketiadaan bekalan ubat. Razali kata tak tahan dan tak sanggup dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!
Dia jugak pergi sendiri melawat dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..diberitahu, sebelum serangan, ada few doctors sedang membedah pesakit….Razali kata dah tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Untuk pengetahuan, Fosforus ni boleh menghancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah. Ada banyak lagi..but too long to write.
Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.
Turut diberitahu bahawa terdapat satu lagi pembekal rifle ke Israel selain dari USA iaitu negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita suka dan rajin bershopping kat sana ibarat mcm kita adalah penyokong Israel. So friends, mari kita terus berdoa dan mendoakan keselamatan untuk semua saudara2 Islam kita di mana jua mereka berada..
Wasalam.
The bellow photos are not a Movie Shooting or Celebrating a festival with crackers... its a school in Gaza .. this is the current situation of the innocent people in Gaza !
Make sure you read till last to know what is white phosphorus! and the effect!
[Effects on people. White phosphorus can cause injuries and death in three ways: by burning deep into tissue, by being inhaled as a smoke, and by being ingested. Extensive exposure by burning and ingestion may result in death.]
[Effects on people. White phosphorus can cause injuries and death in three ways: by burning deep into tissue, by being inhaled as a smoke, and by being ingested. Extensive exposure by burning and ingestion may result in death.]
( UNRWA SCHOOL IN BEIT LAHIA, GAZA , PALESTINE )
Surah Al Israa
[4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.
[5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.
[6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.
[7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.
~*~*~*
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADiL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TAG 708:
Kisah Serangan Israel Yang Zalim
(Tales of Abuse Amid Israeli Attack)
Oleh Cameron W.Barr - The Christian Science Monitor
--------------------------------------------------------------------------------
BURQIN, Tebing Barat – Kalau diperhatikan dari kebun pepohon zaitun di bukit berbatu
di perkampungan Tebing Barat, Jenin merupakan satu perkhemahan orang pelarian yang
sungguh tenang. Tidak ada apa-apa yang bergoyang. Ada beberapa kereta kebal Israel dan
tenteranya yang mundar-mandir di jalanraya yang lengang. Di bahagian dalam perkhemahan
itu, dua buah bangunan sedang terbakar sambil mengeluarkan kepulan asap yang naik
berlegar-legar ke angkasa.
Tetapi di Burqin dan juga di beberapa perkampungan yang lain, para pelarian Jenin yang
didera oleh penaklukan 10 hari tentera Israel telah menceritakan dengan lantangnya
kisah kezaliman tentera Israel: betapa puntung rokok dicucuh kepada kulit manusia,
lima orang muda ditembak mati di khalayak ramai, penimbusan mayat yang banyak
bergelimpangan dengan menggunakan jentolak sahaja.
Sambil duduk menceritakan pengalamannya semalam, Atra Nijmi merenung beberapa muka wartawan dan menitiskan airmatanya. Perkataan yang keluar dari mulutnya jelas dan pantas sahaja:
“Mereka musnahkan rumah, membunuh kanak-kanak dan budak-budak lelaki,”
“Mereka musnahkan rumah, membunuh kanak-kanak dan budak-budak lelaki,”
katanya, dan perkataan “mereka” itu dimaksudkannya askar Israel.
“Tidak ada air, ataupun apa benda untuk membasuh pakaian,” kata beliau. Pesawat
pengebom menyerang kami siang dan malam.”
Walaupun askar Israel berundur kelmarin daripada 24 perkampungan di Tebing Barat, mereka masih bertahan di pusat yang penuh manusia dalam usaha membasmi “akar-umbi keganasan.”
Dalam pertemuan hari ini di Israel, Setiausaha Negara Colin Powell dijangka akan mendesak perdana menteri Ariel Sharon untuk berundur, tetapi Sharon sudah bertegas bahawa operasi ketenteraan itu akan diteruskan sehingga kerajaan puas hati ia dapat diselesaikan.
Pihak Israel memang memperakui betapa mereka menghadapi tentangan yang hebat di khemah pelarian Jenin – ratusan pejuang bersenjata yang menggunakan raifel, bom tangan, jerangkap samar dan dalam satu peristiwa seorang pengebom relamati, menunggu ketibaan askar Israel. Tetapi jurucakap Israel telah bertegas menafikan adanya pembunuhan beramai-ramai warga Palestin di situ.
Pagi semalam tentera Israel mengumumkan penyerahan diri tiga dozen pejuang Palestin di khemah pelarian itu, dalam usaha menonjolkan kekuasaan Israel ke atas kawasan itu.
(pejuang yang menyerah diri telah dibunuh dengan kejam oleh tentera itu akhirnya – penterjemah)
Pegawai Israel berkata askar mereka telah berhati-hati dengan kehadiran orang awam.
Brig. Gen Ron Kitrey , ketua jurucakap tentera Israel telah mengeluarkan arahan agar askar Israel tidak menggunakan peluru mereka apabila berdepan dengan orang awam.
Gen Kitrey menambah betapa militant Palestin “sengaja memilih kawasan yang sesak dengan orang awam” untuk memerangi askar Israel. Tetapi orang awam yang lari dari khemah pelarian itu menyatakan betapa askar Israel sengaja mengganas dalam satu peperangan keganasan yang disebut oleh ketua mereka.
Memang tidak dapat disahkan laporan yang keluar daripada khemah pelarian Jenin, kerana askar Israel terus menghalang wartawan asing di kawasan itu, dan juga di banyak kawasan di Tebing Barat. Semalam ramai wartawan yang mahu memasuki Jenin telah dihalau keluar di beberapa sekatan pemeriksaan di jalanraya.
Ada wartawan yang berjaya membolosi sekatan itu telah ditangkap, dan ramai lagi yang mendapati kesukaran bertugas dalam keadaan begitu takut ditangkap ataupun didera lebih teruk lagi. Michael Keating, seorang pegawai PBB yang berjaya memasuki Bandar itu dan tidak dibenarkan memasuki khemah pelarian telah berkata melalui telefon betapa Jenin
“sudah hancur lebur, lebih dahsyat dari Ramallah.”
Bandar itu merupakan pusat ekonomi dan budaya di Tebing Barat, telah diduduki oleh askar Israel sejak Mac 29. Tentera Israel telah menguasai sebahagian besar ibupejabat PA dan pejabat Yasser Arafat di Ramallah.
Mr. Keating berkata PBB dan beberapa pertubuhan amal telah menerima laporan kehadiran penduduk yang sudah diserang trauma di Jenin. Inilah gambaran yang seiras kisah yang diceritakan oleh Puan Nijmi yang lari dari perkhemahan itu pada hari Rabu dan kini berlindung di Burqin.
Nijmi berkata pasukan perjuangan Palestin telah kehilangan 200 pejuang syahid di khemah itu. Israel menganggarkan kematian hanya sekitar 100 sahaja.
Mengikut taksiran Israel, warga Palestin yang mati adalah mereka yang dibunuh kerana menentang kemaraan tentera Israel. Nijmi tidak dapat menceritakan kisah 200 yang mati itu, tetapi berkata dia bersama ramai lagi orang lain telah menyaksikan bagaimana askar Israel telah menembak mati anak=anak muda yang tidak bersenjata.
Anak-anak lelaki muda telah menyorok dalam rumah dan enggan keluar untuk disoal-siasat oleh askar Israel. Apabila mereka dikesan oleh askar itu mereka dihukum mati di situ jua. Beliau menceritakan bagaimana askar Israel telah mengheret keluar mayat Palestin itu.
Nijmi menceritakan bagaimana askar Israel telah menanam 13 mayat di kawasan hospital, lima di kawasan masjid dan antara 15-20 mayat dalam satu kubur besar yang digali oleh jentolak. Dia masih tidak tahu apa yang terjadi kepada suami dan anak lelakinya sejak mereka diheret oleh askar Israel pada 3 April lalu.
Di kampung Rummane, pelarian lelaki daripada Jenin yang telah ditahan dan dibebaskan
oleh askar Israel telah menjadikan masjid tempatan sebagai tempat mereka berlindung.
Amjad Khazem adalah seorang pembaik TV, telah menunjukkan kesan deraan di tangannya.
Kesan Penderaan
Dua pergelangan tangan lebam dan mempunyai kesan luka. Katga Khazem itulah kesan ikatan plastik yang menggari tangannya yang dilakukan oleh askar Israel. Ramai lagi orang bekas tahanan menceritakan bagaimana askar Israel merempuh masuk rumah kediaman mereka sambil memecahkan kelengkapan dan perabot rumah dengan menggunakan manusia tebusan sebagai perisai mereka.
Setelah ditahan pada 5 April askar Israel telah menggari Khazem, menanggalkan pakaiannya dan membiarkan dia berseluar dalam sahaja dan matanya pun ditutup. Ketika disoal-siasat berkali-kali penyiasat yahudi telah mendesak apakah dia menganggotai Hamas, yang dikatakan bertanggungjawab dengan serangan terhadap Israel. Khazem menjawab dia bukannya anggota Hamas, dan mengulangi jawaban itu berkali-kali.
Beliau dialihkan daripada satu rumah ke satu rumah yang lain dan kerap disumbat ke atas bas untuk beberapa jam tanpa sebarang makanan, air untuk diminum ataupun diberi peluang melegakan diri ke tandas. Oleh kerana kesukaran itu dia tidak ada pilihan lain kecuali kencing dalam seluar sendiri.
Ada satu ketika dalam tahanan rumah, dia telah melonggarkan ikatan matanya dan melihat seorang askar Israel mencucuh puntung rokok yang masih menyala pada badan seorang tahanan yang telah melanggar perintah untuk tidak merokok.
Setelah melepaskan Khazem pada hari Selasa, askar Israel telah membiarkannya sendirian dia satu persimpangan jalan Jenin, tanpa sepatu dan memakai seluar dalamnya sahaja.
Untuk pertama kali selama empat hari itu, barulah mereka memotong plastic yg menjerut pergelangan tangannya.
GAWAT !!! HANCURNYA MASJIDIL AQSA SUDAH TIBA ~ USTADZ RAHMAT BAEQUNI
[Sila lihat ke Min.: 9.46]
WallahHu'alam.
GAWAT !!! HANCURNYA MASJIDIL AQSA SUDAH TIBA ~ USTADZ RAHMAT BAEQUNI
[Sila lihat ke Min.: 9.46]
WallahHu'alam.
http://marhaen0.tripod.com/mar_a_tag708.html
~*~*~*
Terjemahan oleh SPAR - 13.04.2002
Sila sebarkan utk Umat Islam yg prihatin agar tidak tidur lena...
Wallahu'Alam.
Sharing is Caring..
👉Lihat di sini~ https://lading-emas.blogspot.com/2009/09/dajjal-zaman-ini-pandangan-rasulullah.html
👉Lihat di sini~ https://lading-emas.blogspot.com/2009/10/misteri-yajuj-dan-majuj.html
👉Lihat di sini~ https://lading-emas.blogspot.com/2018/10/kajian-terlengkap-seminar-akhir-zaman.html
No comments:
Post a Comment