“Kelemahan” Roti Putih pada Kesihatan
Suatu ketika dulu saya adalah pencinta makanan berasaskan roti. Sebut apa saja jenis roti mekar mampu menikmatinya. Roti sandwich, roti tuna, roti pizza, soft bun, hard bun. Paling suka dan mudah pula untuk didapati tentulah roti putih jenama Gardenia atau High 5.
Samada disapu mentega, dibakar atau dicicah milo panas, semua ini dapat membangkit lagi selera kita. Pernah dulu bercita-cita tak mau makan nasi. konon-konon nak jaga badan, jadi sy ganti la dengan makan roti putih mau setengah buku. Pastu bila timbang berat badan makin naik juga. Kenapa eh?
Fakta roti putih yang anda tak tahu..saya pun baru tahu
Terdapat
banyak roti dipasaran Malaysia. Salah satunya adalah roti putih. Selain
karbohidrat, roti putih juga mengandungi protein, vitamin dan mineral.
Rupanya putih, teksturnya lembut dan harganya berpatutan menjadi faktor
orang ramai gemar membelinya.
Dikatakan roti putih kurang baik untuk kesihatan kerana :
1.
Semasa proses pembuatan roti putih terdapatnya proses penyulingan –
roti putih diperbuat daripada tepung putih halus daripada butiran tepung
gandum. Ia melalui proses penyulingan sebelum diPUTIHkan dengan agen peluntur kimia yang mengandungi klorin. Setelah itu, tepung akan dikeringkan pada suhu yang tinggi sebelum “gluten” sejenis
bahan ditambah untuk menghasilkan lebih udara dalam roti. Impak
daripada hasil campuran bahan kimia ini sebenarnya akan memudaratkan
tubuh. Metabolisme badan terganggu kerana ketiadaan serat dalam
roti yang hilang ketika proses penyulingan. Serat sangat diperlukan
tubuh badan untuk melancarkan proses pencernaan, mengawal berat badan,
mencegah risiko sakit jantung, kanser dan diabetis.
2. Kandungan karbohidratnya yang tinggi
tidak mampu membantu kita untuk mencapai berat badan yang diimpikan.
Kecekapan sistem pencernaan akan semakin berkurangan dan ini menyebabkan
lemak-lemak terkumpul. Rupa-rupanya 2 keping roti putih bersamaan dengan sepinggan nasi. Kalau macamtu baik la sy makan nasi. Lebih mengenyangkan !
3. Kekurangan khasiat dalam roti putih akan menyumbang kepada penyakit Osteoatritis atau tulang rapuh. Keadaan ini selalunya akan berlaku pada tulang belakang, pergelangan tangan dan pinggul yang berubah menjadi semakin nipis, lemah dan mudah retak.
info : majalah i-sihat
Pilihan L/Emas – Gardenia Breakthru
Benarlah!!!
dulu sy kurang prihatin. Jarang sekali membaca kandungan yg terdapat
pada sekeping roti putih. Hanya tahu makan dan makan ! Tetapi sekarang
tidak lagi. ! Selepas peristiwa badanku dinaiki kolestrol yang tinggi
membuat sy lebih berhati-hati memilih makanan. Luckily akhirnya terjumpa
juga roti yang sedap, lembut lagi berkhasiat ini. The brand is Gardenia Breakthru.. haritu jalan-jalan jumpa kat Village Grocer. Susah benar nak jumpa roti ni kat kedai runcit biasa. 7eleven pun tak de jual. Roti ni yang bagusnya untuk JANTUNG sihat kerana ia 28% kurang karbohidrat dan 35% lebih serat diet.
bersepah serat pada permukaan roti ini !
pic : nurulimansumayyah.blogspot
Perbezaan nilai pemakanan roti gandum di pasaran. Buat lah perbandingan yang mana lebih baik
Kalau
selama ni anda makan terutama breakfast dengan nasi lemak ayam atau
nasi goreng telur mata kerbau atau mee goreng… tak de masalah seminggu
sekali, ok ape ! Cuma di waktu-waktu lain ubahlah breakfast yang
berkhasiat sikit. Tukarlah kepada roti gandum pula ! Memang roti ni
tawar sikit. Olehitu, anda perlulah kreatif agar roti ini menjadi
sangat menyelerakan ! Untuk maklumat lanjut berkenaan Roti Breakthru, layarilah detail kesihatan di sini.
Gardenia- wholegrain fibremeal
WallahHu'Alam.
[Sumber...]
. .
No comments:
Post a Comment