Doa Dan Dzikir Pada Hari Jumaat
Hari Jumaat adalah hari yang paling afdal dalam seminggu. Allah Subhanahu wa Ta`ala telah mengkhususkannya untuk kaum muslimin yg belum pernah diberikan kepada umat2 sebelumnya sebagai karunia dan pemuliaan terhadap umat ini. Pada hari tersebut terdapat ibadah2 yg khusus.
Di bawah ini akan disampaikan dalil2 yg menyebutkan keutamaannya dan sunnah2 serta kewajipan yg diperintahkan dalam rangka memuliakan hari Jumaat.
Bersumber dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW mengatakan:
“Sebaik2 hari yg terbit padanya matahari, adalah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam AS, dimasukkan dan dikeluarkan dari Syurga pada hari itu dan kiamat akan terjadi pada hari Jumaat pula.”
(HR. Muslim, Abu Dawud, An-Nasa’i, Tirmidzi dan disahihkannya. Lihat Fiqhus Sunnah oleh Sayyid Sabiq bab Jumaat)
Ibadah khusus yg mulia pada hari Jumaat adalah solat Jumaat. Sesiapa meninggalkannya tanpa ada alasan syar’i akan mendapatkan dosa besar dan akan di azab dengan azab yg pedih (Masyhur Hasan Salman dalam Al-Qaulul Mubin fi Akhtha’il Mushallin). Rasulullah SAW mengatakan tentang suatu kaum yg meninggalkannya:
“Sungguh aku berkeinginan untuk memerintahkan SeOrang laki2 Solat bersama dengan manusia kemudian aku akan membakar rumah2 mereka yg tidak melakukan SOLAT Jumaat.”
(HR. Muslim, Ad-Darimi dan Al-Baihaqi)
Dalam suatu riwayat yg bersumber dari Muhammad bin Abdirrahman bin Zahrah, aku mendengar pakcikku berkata, Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa mendengar panggilan AZAN pada hari Jumaat dan tidak mendatanginya, kemudian mendengarnya dan tidak mendatanginya, kemudian mendengarnya dan tidak mendatanginya, maka Allah akan menutup hatinya dan menjadikan hatinya seperti hati Orang Munafik.”
(HR. Al-Baihaqi, AbuYa’la, disahihkan oleh Ibnu Hajar dan Ibnu Mundzir. Hadith ini dihasankan oleh Masyhur Hasan Salman dalam Al-Qaulul Mubin fi Akhtha’il Mushallin)
Berikut ini ada beberapa hal yg disunnahkan berkenaan dengan keutamaan hari Jumaat:
1) Disunnahkan berdoa kerana berdoa pada hari itu akan dikabulkan terutama pada waktu/saat mustajab (mudah terkabul doa). Para ulama berbeza pendapat tentang waktu-waktu terkabulnya doa pada hari Jumaat tersebut.
Ada yang berpendapat pada saat imam duduk di antara duakhutbah, antara duduknya imam sampai selesainya solat, dan ada pula yang berpendapat akhir waktu dari hari Jumaat yaitu akhir waktu dari solat Asar. Pendapat yang terakhir inilah yang dikuatkan oleh Ibnul Qayyim dalam Zadul Ma`ad bab Jumaat dan Al-Hafidh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari. Ibnul Qayyim mengatakan inilah pendapat jumhur ulama dan para sahabat.
Hal ini terdapat dalam hadith bersumber dari Jabir bin Abdillah:
Dari Jabir bin Abdillah dari Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam bahawasanya beliau berkata:
“Pada hari Jumaat ada dua belas waktu. Tidak ditemukan seorang muslim yang sedang memohon sesuatu kepada Allah ‘Azzawa Jalla kecuali pasti Dia memberinya. Maka carilah waktu itu, yaitu akhir waktu setelah `Asar.”
(HR. Abu Dawud, disahihkan oleh Al-Albani dalam Sahih Sunan Abu Dawud, hadith 926 hal. 196)
Doa yang paling disukai oleh Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam adalah meminta kebaikan di dunia dan akhirat dan meminta perlindungan dari neraka. Dalam suatu hadith bahawa orang yang meminta dimasukkan ke dalam syurga maka syurga mengatakan:
“Ya Allah, masukkan dia ke dalam syurga.” Dan barang siapa yang meminta perlindungan neraka kepada Allah Subhanahu wa Ta`ala maka neraka akan berkata: “Ya Allah, lindungilah dia dari neraka.”
(HR. Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami’ no. 6151/6, lihat Shifatun Naar fil Kitab was Sunnah oleh Mahmud bin Khalifah Al-Jasim).
2) Disunnahkan memperbanyak bacaan salawat Nabi sallallahu `alaihi wasallam.
Hadith dari Aus bin Aus radliallahu `anhu berkata bahawa Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam pernah berkata:
“Seutama-utama hari adalah hari Jumaat. Padanya diciptakan dan dimatikanAdam alaihis salam, ditiup sangkakala dan dibinasakannya manusia. Oleh kerana itu perbanyaklah salawat atasku pada hari itu karena solawatmu akan sampai kepadaku.”
Para shahabat bertanya: “Bagaimana boleh sampai sedangkan jasadmu telah dimakan tanah?”
Berkata: “Allah Subhanahu waTa`ala mengharamkan tanah untuk memakan (membusukkan) jasad para Nabi.”
(HR. Abu Dawud, Sahih, lihat Sahih Sunan Abu Dawud hal. 196 hadith no.925 oleh Syaikh Nashiruddin Al-Albani)
3) Disunnahkan membaca QS Al-Kahfi pada siang hari atau malam harinya sebagaimana pendapat Imam Syafi’i (Lihat Al-Adzkar oleh ImamNawawi).
Seorang muslim yg menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal, atau siapa yg membaca sepuluh ayat terakhir dan sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal. Dalilnya adalah hadith dari Abu Darda radliallahu `anhu dri Nabi SAW berkata:
“Ssiapa yg menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.”
(HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)
Pada lafaz Tirmidzi:
“Ssiapa menghafal tiga ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.” Dia berkata: “Hadith hasan.”
Pada hadith yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Abu Darda RA bahawa Nabi SAW berkata;
“Ssiapa yg membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”
Hadith tersebut juga diriwayatkan oleh Muslim dan Nasai dari Qatadah RA. Dan pada lafaz Nasai menyatakan:
Pada hadith yang marfu’ dari Ali bin Abi Thalib:
“Ssiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat maka ia akan dijaga dari setiap fitnah sampai delapan hari walaupun Dajjal keluar ia akan tetap terjaga dari fitnahnya.”
(Lihat Tafsir Ibnu Katsir Surah Al-Kahfi)
Disunnahkan pula membaca surah Alif Laam miim tanziil as-sajadah dan Hal ata `alal insan pada solat fajar (subuh). Abu Hurairah mengatakan:
“Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam membaca surah Alif Laam miim tanziil as-sajadah dan Hal ata `alal insan pada solat subuh hari Jumaat.”
(Muttafaqun `alaihi) [yg dipersetujui Buhari & MusLim]
Menurut Ath-Thabrani dari Ibnu Mas’ud bahawa Nabi sallallahu `alaihi wa sallam terus menerus membaca kedua surah tersebut. Menurut riwayat dari Ibnu Abbas dan Abi Hurairah radliallahu `anhum berkata bahawa :
Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam membaca surah Al-Jumaat dan Munafiqun pada hari Jumaat (HR. Muslim). Demikian pula Nabi sallallahu `alaihi wa sallam membaca surah Sabbihisma dan Al-Ghasyiyah pada solat Jumaat
-----------------------

“Ssiapa membaca sepuluh ayat (mana saja) dari QS Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”
Pada hadith yang marfu’ dari Ali bin Abi Thalib:
“Ssiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat maka ia akan dijaga dari setiap fitnah sampai delapan hari walaupun Dajjal keluar ia akan tetap terjaga dari fitnahnya.”
(Lihat Tafsir Ibnu Katsir Surah Al-Kahfi)
Disunnahkan pula membaca surah Alif Laam miim tanziil as-sajadah dan Hal ata `alal insan pada solat fajar (subuh). Abu Hurairah mengatakan:
“Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam membaca surah Alif Laam miim tanziil as-sajadah dan Hal ata `alal insan pada solat subuh hari Jumaat.”
(Muttafaqun `alaihi) [yg dipersetujui Buhari & MusLim]
Menurut Ath-Thabrani dari Ibnu Mas’ud bahawa Nabi sallallahu `alaihi wa sallam terus menerus membaca kedua surah tersebut. Menurut riwayat dari Ibnu Abbas dan Abi Hurairah radliallahu `anhum berkata bahawa :
Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam membaca surah Al-Jumaat dan Munafiqun pada hari Jumaat (HR. Muslim). Demikian pula Nabi sallallahu `alaihi wa sallam membaca surah Sabbihisma dan Al-Ghasyiyah pada solat Jumaat
(lihat Tafsir Ibnu Katsir surah Al-A`la dan Al-Ghasyiyah).
Wallahua’lam
Maraji’:
1. Al-Adzkar, Al-Imam An-Nawawi tahqiq Abdul Qadir Al-Arnauth
2. Fiqhus Sunnah, Sayyid Sabiq
3. Fathul Bari, Ibnu Hajar Al-Asqalani
4. Tamamul Minnah, Muhammad Nashiruddin Al-Albani
5. Ikhtishar Syarh Shahih Muslim, Al-Imam An-Nawawi
6. Tafsir Ibnu Katsir, Ibnu Katsir
7. Taisirul `Alam Syarhu `Umdatul Ahkam, Abdullah bin Abdirrahman bin Shalih Al Bisaam
8. Subulus Salam, Imam Ash-Shan`ani
9. Bulughul Maram min Adillatil Ahkam, Ibnu Hajar Al-Asqalani
10. Zadul Ma’ad, Ibnul Qayyim Al-Jauziyah
11. Al-Qaulul Mubin fi Akhtha’il Mushallin, Masyhur Hasan Salman.
12. Shifatun Nar fil Kitab was Sunnah, Mahmud bin Khalifah Al- Jasim.
13. Shahih Sunan Abi Dawud, Muhammad Nashiruddin Al-Albani.
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya
Segala puji bagi Allah, Yang Awal sebelum penciptaan dan penghidupan,
Yang Akhir setelah punah semua,
Yang Maha Tahu,Yang Tak Melupakan orang yang mengingatNya,
Yang Tidak Merugikan orang yang mensyukuriNya,
Yang Tidak Mengecewakan orang yang memohon padaNya,
Yang Tidak Memutuskan harap orang yang mengharapNya
Ya Allah…
Aku mintakan kesaksianMu dan cukuplah Engkau sebagai saksi
Aku mintakan kesaksian seluruh malaikatMu penghuni langitMu dan pemikul arasy-Mu serta yang Kau bangkitkan sebagai nabi dan rasul-Mu dan yang Kau ciptakan dari berbagai makhluk-Mu
Aku bersaksi, sesungguhnya Engkau Allah, tiada Tuhan kecuali Engkau, Tunggal Tak Bersekutu dan Tak Bertara
FirmanMu tak berubah tak berganti dan sesungguhnya Muhammad saw hambaMu dan Rasul-Muia penuhi apa yang Kau bebankan padanya untuk semua hamba, ia berjihad di jalan Allah dengan jihad yang sebenarnya, ia memberi kabar gembira tentang pahala yang sejati, ia mengancam dengan siksa yang sesungguhnya.
Ya Allah…
Teguhkan aku pada agama-Mu selama Kau hidupkan aku
Janganlah gelincirkan hatiku setelah Engkau tunjuki aku
Karuniakan padaku rakhmat dari sisiMu
Sungguh, Engkaulah Maha Pemberi.
Sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad
Jadikanlah aku dari pengikut dan golongannya
Kumpulkan aku pada kelompoknya
Bimbinglah aku untuk melaksanakan kewajiban Jum’at, yang Kau wajibkan atasku untuk aku taati dan Kau bagikan karunia pada hari pembalasan pada orang yang layak menerimanya.
Sungguh, Engkaulah Yang Maha Gagah dan Maha Bijaksana
Petikan dari http://saifunnizam.blogspot.com/2009/11/bacalah-doa-hari-jumaat.html
WallahuA’lam.. والله أعلم
اَللَّهُمَّ صَلِّ وسَلاٌِم عَلٓى سَيٌِدِناَ مُحَمَّدٍ ﷺ
📮 ❤️Sharing is Caring❤️
. .
No comments:
Post a Comment