~*~KALiMAH TAUHiD~*~







~**~TiADA TUHAN KECUALi ALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH pd SETiAP KERLiPAN & PD SETiAP NAFAS Sbyk LuasNYA APA YG ADA pd iLMU ALLAH ~**~

~*~SOLATLah KiTa, Sebelum KiTa diSOLATkan~*~


~*~PLS OPEN this WEB with MOZILLA FIREFOX or INTERNET EXPLORER...for BEST Results, Tq (^^,)

HADIS ~ PESANAN RASUL KITA, UTK UMATNYA TERSAYANG!!!


Drpd Nabi SAW bsabda:~

Ssiapa ke MASJID pd Waktu PAGI/pd Waktu PETANG Allah akan menyediakan utknya satu TEMPAT TINGGAL di Syurga apabila dia pergi samada pd Waktu PAGI atau pd Waktu PETANG

(HR Muslim, #1073)




~*~*~*[MUTiARA HADIS_1]








~~*~~[MUTiARA HADIS_2]





~~**~~[MUTiARA HADIS_3]





~~***~~[MUTiARA HADIS_4]





~*~*~*~*
~*~
~*~


PESAN Rasululah SAW

“Sesungguhnya AMAT dirasa BERAT oleh seOrg MUNAFIK, UTK melaksanakan SOLAT ISYA dan SOLAT SUBUH Sekiranya MEREKA TAHU akan keAGUNGan PAHALAnya, nescaya mereka mendatanginya (ke MASJID, SOLAT berJEMAAH) sekalipun dlm keadaan MERANGKAK2”

(HR Bukhari Muslim)

~*~Hadis Abu Hurairah RA:

Drpda Nabi SAW bSabda: Sesiapa yg pergi ke MASJID pada waktu PAGI atau pada waktu PETANG Allah akan menyediakan untuknya satu TEMPAT TINGGAL di SYURGA apabila dia pergi SAMADA pada waktu PAGI atau PETANG.

(HR Muslim, #1073)

~*~
“Sesungguhnya Allah akan mgumpulkan Org2 MUNAFIK dan 0rg2 KAFIR di dlm JAHANNAM


(QS An Nisa:140).


SOLAT BERJEMAAH LEBIH TINGGI 27 DERAJAT DIBANDING SOLAT SENDIRI“

(HR Bukhari &Muslim)


***

Thursday, March 3, 2011

Lempoyang: Cegah kanser pangkal rahim

Selasa, 18 Januari 2011

Lempoyang: Cegah kanser pangkal rahim

Ahmad Bustamam Abdul menunjukkan vaksin merawat penyakit kanser pada majlis mempromosi hasil penyelidikan UPM, Serdang, semalam.


KUALA LUMPUR:--Lempoyang iaitu sejenis herba tempatan mampu mencegah dan merawat kanser pangkal rahim apabila hasil penyelidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati bahan semulajadi itu berjaya menghalang perkembangan kanser di dalam tubuh wanita.

Penyelidik Institusi Biosains (IBS) UPM, Dr. Ahmad Bustamam Abdul berkata, keputusan ujian makmal UPM mendapati herba itu bertindak balas terhadap sel-sel kanser tanpa mengganggu sel dan tisu normal yang lain.

Katanya, bahan semulajadi itu boleh diproses sebagai produk perubatan herba dan ia juga selamat digunakan pada dos yang tinggi dan akan dikomersialkan dalam bentuk douches dan suppositori.

''Kanser pangkal rahim merupakan kanser kedua paling berbahaya bagi golongan wanita selepas kanser payu dara. Ubat herba ini jelas menunjukkan bahawa tumbuhan herba tempatan mampu mencegah dan merawat penyakit ini.

''Ia boleh digandingkan dengan rawatan antikanser secara kemoterapi dan mampu mengurangkan pemilihan ubat sintetik untuk rawatan kanser," katanya ketika berucap pada majlis mempromosi hasil penyelidikan UPM di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi (P&I), Prof. Dr. Saleh Jaafar dan Timbalan Pengarah Bahagian Promosi dan Pusat Pengurusan Kajian UPM, Prof. Dr. Samsilah Roslan.

Jelas Ahmad Bustamam, kos pemprosesan bahan semulajadi itu tidak mahal dan beliau memberi jaminan bahawa harganya adalah murah jika dibandingkan dengan ubat sintetik.

''Produk ini merupakan bahan semulajadi yang diekstrak daripada tumbuhan herba tempatan. Sememangnya ia lebih murah kerana bahan semulajadi ini mudah dikomersialkan dan peraturan mengenainya lebih longgar serta fleksibel berbanding ubat sintetik," katanya.

Menurutnya, douches merupakan bahan untuk mencuci bahagian pangkal rahim manakala suppositori digunakan dengan cara memasukkan ubat herba (pepejal) ke dalam faraj yang kemudiannya akan larut dengan sendirinya.

Sementara itu Salleh berkata, bahan semulajadi itu kini berada di peringkat terakhir pembangunan produk.

''Saya harap syarikat farmaseutikal tempatan mengambil peluang ini untuk memasarkan bahan semulajadi ini sebagai produk anti kanser di pasaran global.

''Selain itu, saya juga mahu semua syarikat farmaseutikal memanfaatkan produk ini dengan sebaik mungkin tanpa perlu memikirkan keuntungan semata-mata," katanya.

http://wajahayu.blogspot.com/2011/01/lempoyang-cegah-kanser-pangkal-rahim.html




. .
~***~LadingEMAS~***~

No comments:

~*~*~ Who