Secebis Perbahasan Nur Muhammad |
.SECEBIS PERBAHASAN NUR MUHAMMAD SAWOleh : Al Faqir Wal Haqir Abdul Raof bin Haji Nurin.Jalan Padang Ragut, Seri Repah, Tampin. NS.السلام عليكم ورحمة الله وبركته.الحمد لله الذى خلق السموات والارض. وجعل الظلمات والنور. والصلاة والسلام على أول الخلق و هو أفضل الكاءنات. وأله وصحبه أصحاب الكرمات. أما بعد:Oleh sebab ramai yg berminat dengan Nur Muhammad , menjawablah saya ala kadarnya. Walaupun saya bukanlah ahlinya. Cuma mudah-mudahan dengan barokah Nur Nabi Muhammad saw dapat lah saya menjawab dan mematahkan hujjah –hujjah palsu dan semborona mereka yg berminat nak tahu tapi sinis dan prajudis. Sebenarnya saya bukanlah ahli bidang ini . Mungkin kalau kita adakan conference dgnmemanggil semua ulamak yg masih hidup yg faham masaalah ini , membincangkannya dgn lebih teliti mungkin lebih adil. Persoalan Nur Muhammad saw asalnya bukanlah persoalan akidah yg asas. Sebab itu betullah juga kenyataan seorang pengulas yg sinis terhadap isu ini , “Soal Nur Muhammad tidak di sebut dalam akidah Islam, tidak dalam akidah Ahlisunnah Wal Jamaah , baik Salafiah Wahabiyah maupun A’sya irah Maturdiyah”. Yah, saya setuju. Bukan perkara asas pada mulanya, nak percaya tak apa tak percaya pun tak salah apa. Tetapi setelah terbit kajian dan ulasan oleh mereka yg memandang sinis , maka tak dapat tidak ianya menjadi perkara asaslah. Sebab sudah berubah menjadi “mengkafirkan” dan “menyesatkan” tidak sedikit dari golongan Muslimin ,bukan sahaja yg awam terutamanya golongan yg khawas dan ulamak –ulamak besar Islam. Sebelum kita pergi jauh membahaskan ulasan ulamak terhadap Nur Muhammad ini, perlu diingatkan bahawa semata-mata kerpercayaan Nur Muhammad sahaja yg kita bahaskan dahulu. Berkenaan lanjutannya yg didakwa sesetengah orang yg sinis tentang wahdatul wujud, wali abdal dan sebagainya kita tinggalkanlah dulu. Sebab yg asal ini mestilah di fahami sebaiknya. Jika tidak maka terbitlah istilah yg dah biasa didengari “kufurlah”, “sesatlah” ikut sedap nak kata. Sebenarnya banyak hadis yg bicara masalah Nur Muhammad ini , samada yg maudhu sahih, dhaif ,dhaif jiddan dan sebagainya. Tetapi diantara semua hadis yg tercatit dalam kitab-kitab turas atau yg diriwayatkan terus dari seseorang ulamak hadis , terdapat satu hadis yg paling masyhur dan mendapat kritikan yg tidak sedikit diantara ulamak. Saya sempat melihat sebuah dua kitab yg mencatitkan hadis yg kontraversi tersebut yaitu satu hadis riwayat dari Imam Abdul Razak, "Dan telah meriwayatkan oleh Abdul Razak dengan sanadnya dari Jabir bin Abdullah radiallah anhu , beliau berkata; " Ya Rasulullah , demi bapaku ,engkau dan ibuku ,khabarkanlah daku berkenaan awwal-awwal sesuatu yg Allah taala telah ciptakan sebelum sesuatu ! . Bersabda Nabi saw : Ya Jabir, Sesungguhnya Allah taala menciptakan sebelum sesuatu, Nur Nabi mu daripada Nur Nya . Maka jadilah Nur tersebut berkeliling dengan QudratNya sekira-kira yg menghendaki Allah taala. Pada hal tiada pada waktu itu lagi Lauh, tiada Qalam dan tiada Syurga dan tiada Neraka dan tiada Malaikat tiada langit dan tiada bumi dan tiada matahari dan tiada bulan dan tiada jin dan tiada manusia…..hingga akhir al hadis. Hadis ini menjadi masalah disisi mereka yg kontra dengan mengatakan maudhu disebabkan tiada catitannya dalam Musannaf Abd Razak. Lantaran itu dikatakan maudhu, rekaan dan tidak munasabah dengan aqal. Tetapi hendaklah mereka melihat dahulu , semua naqalan ulamak yg berpuluh -puluh bahkan beratus pada hadis ini dan komentar mereka yg positif berkenaan makna hadis ini yg tidak sedikit pun bercanggah dgn hadis –hadis yg lain maupun disisi akidah Islam.Kitab-kitab yg menaqalkan hadis ini atau yg semakna dengannya meyebut “Telah meriwayatkan oleh Imam Abdul Razak dalam Kitab Musannaf beliau”. Di kitab lain hanya disebut “Di riwayatkan” sahaja oleh Abdul Razaq. Oleh itu mesti diberi perhatian berkenaan sanad hadis ini dahulu dengan dilihat di beberapa aspek , antaranya ; a) Adakah terdapat periwayatan yg selain dari jaluran Musannaf beliau ?. b) Adakah berkemungkinan “Tahammul” hadis tersebut tanpa menerusi catitan dlm Musannaf beliau?. c) Atau mungkinkah Musannaf Abdur Razak mengalami perubahan –perubahan sepertimana yg masyhur?. d) Dan hendaklah juga diperhatikan , betapa banyaknya hadis-hadis yang Sahih dan Hasan yang semakna dengan Hadis tersebut. Salah satu kemungkinan tersebut adalah pasti berlaku setelah kita meneliti kitab-kitab yg menaqalkan hadis tersebut dan memerhati sanad dan silsilah Hadis, bagi pengarang kitab-kitab yg membawa hadis tersebut atau yg semakna dengan nya. e) Dan diperhatikanlah ,adakah tidak diterima aqal pada perbahasan aqliyah berkenaan kesahihan Akal “terawalnya” Nur Muhammad dari yg lain. f) Atau dikatakan sekurang-kurangnya kita hendaklah meneliti dahulu betapa penerimaan tidak sedikitnya ulamak ditiap-tiap displin ilmu terhadap Konsep Nur Muhammad saw ini. Setelah kita mengkaji secara meyeluruh ,mungkinkah boleh diterima kepercayaan terhadap Nur Muhammad dikatakan berasal dari Rekaan Falasah Greek kuno wal iyyazabillah. Atau dari ambilan yg tidak berdasarkan Ilmu ,sehingga dijadikan asas ajaran Tarekat ,Tasawuf dan sebagainya. Atau dijadikan asas ajaran Wahdatul wujud yang menyimpang. Lantaran itu diharamkan Maulid Barzanji, Daibae, Habsyi dan yg sebangsa dengannya. Betulkah begitu?. Kitab Mawahibul Ladunniyyah , buah tangan Syekh al Allamah Al Qastholany , seorang Imam Hadis yg ulung wafat pada 923 hijrah .Mempunyai banyak karangan bermutu khususnya tentang hadis. Pengarang Syarah Hadis Bukhary , Irsyadus Sari 10 jilid. Latarbelakang beliau boleh didapati dalam Syazaratuz Zahab juz 8 ms 121 , dan beberapa buah kitab Thabaqat Ulamak. Kitab Mawahib yg mencatit Hadis tersebut diSyarahkan oleh Al Allamah Zurqoni, Pensyarah Kitab Hadis Muwata Imam Malik 4 jilid. Zurqoni mengulas hadis tersebut dengan katanya : Di juzuk 1, berkenaan hadis tersebut, “Meriwayatkan Abdur Razaq bin Hammam bin Nafi’ al Himyari , hal keadaan beliau meriwayatkan dari Ma’mar dan Ibnu Juraij dan Malik dan Sufiyanain ( Yaitu Athsauri dan Al Uyainah) dan Al Auzaie dan Khlaq (segolongan yg ramai) ,dan (meriwayatkan juga)dari Nya ( Khalq atau dhamir “Nya” merujuk kepada Ma’mar dan seterusnya ) oleh Ahmad dan Ishaq dan selain dari beliau keduanya, ( oleh yg demikian , hadis ini berdasarkan ) dengan sanadNya (Abd Razak ) yang terang nyata , jika tidak begitu maka ianya adalah berdasarkan madlul yg telah beliau riwayatkan dari Sayidina Jabir r. anhu”. Wallahu A’lam. Jika dilihat kenyataan dari Al Allaamah Zurqony tersebut memang ada dasar sanad Hadis ini yg berhubung terus kepada Jabir radiallahu anhu. Sebagaimana yg juga kita dapati ulasannya tidak sedikit daripada para ulamak. Sedangkan Al Allamah Zurqoni misalnya , sudah tentu mempunyai "Tahammul” sanad yg tersendiri sehingga sampai ke Imam Abdul Razaq. Jika ada yg berminat mengetahui hadis ini bolehlah membaca buku Penutup Perdebatan Islam Alaf Kedua di Dunia melayu oleh Hj Wan Mohd Saghir Abdullah. Khazanah Fathaniyah , KL. Mungkin sedikit sebanyak boleh diambil manfaat. HADIS-HADIS , TAFSIRAN AYAT QURAN DAN ULASAN ULAMAK MUKTABAR BERKAITAN DENGAN NUR MUHAMMAD SAW. HADIS PERTAMA. عن أبى هريرة رضىالله عنه : قال : قالوا : يا رسول الله , متى كتبت النبوة ؟ . قال : وأدم بين الروح والجسد. Dari Abi Hurairah r, anhu : Beliau berkata : Bertanya para Sahabat “ Wahai Rasulullah , Bilakah wajib bagi anda Nubuwah?”. Bersabda Rasulullaah saw “ Sedang hal Adam diantara Ruh dan Jasad”.Hadis Riwayat At Tarmuzi dan beliau berkata : Hadis Hasan Sohih Ghorib Kitab Alhadis Al Munthoqah , buah tangan Al Muhaddis Abdullah bin Muhammad Al Ghumari:Beliau mensyarahkan hadis ini , menyebut : “ Bilakah telah wajib bagi anda Nubuwah ?” Seperti inilah juga terdapat pada Riwayat Al Hakim ,Abi Nu’im Al Baihaqi dan Al Hakim telah Mensahihkannya juga. Tersebut pada satu riwayat yg lain :“Mata kutibta Nabiyyan?” ertinya“ Bilakah di wajibkan pada anda Kenabian?”. Bersabda Saw “ Adalah Aku Nabi pada hal Adam diantara Ruh dan Jasad”. Ini adalah riwayat Abi Umar dan Ismail bin Najid yg merupakan sebahagian darinya (dari keseluruhan hadis). Pada riwayat lain lagi “ Bilakah anda Jadi Nabi ?.” yaitu riwayat Maisarah yg akan dibahaskan nanti pada hadis yg kedua nanti. Sama seperti yg diriwayatkan oleh Maisarah ini, riwayat daripada Ibnu Abbas radiallahu anhu disisi Al Bazzar, At Thobarani dan Abi Nu aim . Manakala Riwayat Ibnu Abi Al Jad a’a pula disisi Ibnu Saad dan Ibnu Qoni’. Manakala yg diriwayatkan oleh Mathraf bin Abdullah bin As Syakhir adalah disisi Ibnu Sa’ad juga. Pada riwayat Asya’bi pula : Seorang lelaki berkata ( bertanya) kepada Nabi saw :“ Bilakah anda dijadikan Nabi ?. ( Mata ustunbi, ta ) . Bersabda Nabi saw “ Padahal Adam (berada ) diantara Ruh dan Jasad ketika diambilkan daripadaku perjanjian”. Ibnu Saad juga ada meriwayatkan seperti ini ( Riwayat As Sya’bi tersebut) tetapi perawi yg meriwayatkan dari Sya’bi adalah Jabir Al Ju’fi. Satu lagi riwayat dari As Shona bihi ,beliau berkata : Berkata Umar r,anhu “ Bilakah anda telah jadi Nabi ?. Bersabda Nabi saw “ Pada hal Adam tercampak ( yakni masih belum terbentuk ) pada tanah keras (tanah liat)”.Hadis ini telah meriwayatkannya oleh Abu Nuim dalam Ad Dalaa il Kesemua riwayat ini adalah berhampiran maksud dan lafaznya (mutaqaribah). Yang di kehendaki dengan (maksud) segala riwayat ini ialah mengkhabarkan bagi wajib kenabian Nya saw yaitu sabitnya bagi Ruh Nya saw yg mulia yg telah diciptakan sebelum semua Ruh. Riwayat "Mata kutibta ?." Bilakah telah di wajibkan ?, makna “kitabah” pada hadis tersebut adalah juga bermaksud wujub (wajib) dan sabit pada luaran (kho riji) . Kerana (lafaz) “Kitabah” digunakan pada perkara yang wajib lagi zohir di luaran sebagaimana (istilah yg digunakan oleh Al Quran) { Kutiba alaikumus Syiyam , Katab Allahu li Aghlubannahunna, dan Kutiba alaikumul qishas}. Kesimpulan (dari bahasan diatas) Bahawa Allah ta’ala telah melimpahkan Sifat Kenabian keatas Ruh Nabi saw yang Mulia atau HakikatNya saw yg terpuji ,pada ketika mana Adam as masih tercampak atas bumi (yakni Adam belum terbentuk lagi ) sebelum ditiupkan Ruh padanya. Dan limpahan Kenabian pada waktu ini melazimkan terdahulu kejadianNya saw atas yg selain Nya saw sepertimana yg Nyata terang . Inilahyang dimaksudkan oleh Pengarang-pengarang Sirah dan Maulid Saw dengan kata mereka : “ Diciptakan Nur Nya saw sebelum sesuatu”. Kerana Ruh Nya saw yg mulia adalah Maujud , yg bersifat dengan sifat Kenabian sebelum ditiupkan Ruh Adam sepertimana yg telah terang nyata. Ruh adalah Jisim yg Nurani (bangsa cahaya) yg Latif (seni , halus) sepertimana yg telah di Tahkikkan oleh Ibnu Qayyim dan selain beliau. { Berkenaan tahkik tentang keadaan Roh , disebut juga oleh Imam Ghazali , Imam Fakhru Raazi dan Jumhur pentahkik Ahli Sunnah wal Jamaah. Disini juga nyata salah, tuduhan mereka yg kontara dengan menuduh mempercayai Nur Muhammad saw bererti menganggapnya sebagai Qadim seperti Tuhan . Wal iyyazabillah. Lantaran itu Haram , kufur dan sesat mengamalkan Maulid Barzanji dan yang semisal dengannya. Kalau kita lihat hujjah mereka, kufurnya Kitab Maulid Barzanji . Mereka menghujjah satu ayat didalam Kitab Maulid Barzanji berkenaan Hakikat Muhammadiyyah menunjjukkan ianya qadim. Sebenarnya mereka tersalah merujukkan dhamir . Dimanalah kedudukan mereka ini yang mendakwa sebagai Pentahkik dan Penganalisa semula Ilmu Para Ulamak ?, padahal Dhomir rujukan tidak diketahui?. Hubaya-hubaya lah Umat pada bahaya celupar mulut , takut –takut terbalik kediri sendiri }. Oleh yg demikian telah datang beberapa jalan hadis (thuruq) dari Qatadah dari Al Hasan dari Abi Hurairah dari Nabi saw pada Firman Allah ta’ala yg bermaksud: “ Dan ingatlah ketika Kami mengambil perjanjian daripada para Nabi” Al Ahzab ayat 7 . Bersabda Nabi saw: ‘ Aku adalah awal-awal daripada para Nabi dan yg terakhir dari mereka yg diutuskan’. Maka memulailah Allah dengan Nya saw sebelum mereka . Hadis ini adalah riwayat Ibnu Abi Hatim dan lainnya. Tapi riwayat dari Ibnu Saad dari Qatadah , Hadis Mursal dengan lafaz: “ Aku adalah seawwal manusia pada kejadian dan yg terakhir dari mereka pada diutuskan”. { Mereka yg kontara mendhoifkan hadis ini , Tapi lupa ianya mempunyai banyak Turuq ( jalan riwayat) yg jika dihimpunkan akan menaikkan martabat nya.} Al Manawi berkata dalam Syarah Al Jaamius Saghir yg nasnya “ Allah Taa’la telah mencipta Hakikat yg mana memang lemah oleh akal kita dari mengenalinya dan telah melimpahkan atasnya Sifat Kenabian semenjak ketika itu lagi . Kemudian apabila sampailah masa selesai untuk nama Al Batin kepada Az Zohir ,menyatakanlah Allah Taa’ala kesemuaNya saw dengan ber Jisim (bertubuh) dan Ruh” .Tamat al Manawi . Dalam satu Hadis yg meriwayatkan kisah Isra , yg diriwayatkan oleh Abi Hurairah r,anhu :“ Telah Ia menjadikan (ciptakan) daku Pembuka ( Al Fatih ) dan Penyudah (Al Khatim) ”. { Hadis berkenaan Isra ini, salah satunya , sudah maklum Kesahihannya}. Yaitu Pembuka (permulaan) bagi Makhluk yg ada , Penyudah bagi Nyata Kenabian. Dan sesungguhnya telah membahas pada mentaqrirkan makna ini dan menerangkannya oleh Al Imam Al Hafiz Taqiyuddin As Subki ( Imam Subki ) didalam Risalah At Ta’zim wal Minnah pada ayat ( Latu, minunna bihi wa latansurannah ). Telah dicetak bersama-sama Kitab Fatawa beliau. Al Hafiz Sayuthi telah menaqalkan bahasan tersebut dalam Khashaisul Kubro , Imam Al Qastalany dalam Al Mawahibul Laduniyyah dan begitu juga mereka yg lain. PERINGATAN Zaki Mubarak menulis satu rencana dalam buku beliau At Tasawuf Islamy ( Tasawuf Islam ) bertajuk Hakikat Muhammadiyah . Dia menyangka bahawa Sufi telah gulat menyeleweng pada Hakikat Muhammadiyah ini sebagaimana meyelewengnya Orang Nasara (Kristian ) pada Hakikat Isawiyah . { Hakikat Isa yaitu trinity .Termasuk juga tuduhan mereka terhadap Nur Muhammad (atau disebut juga sebagai Hakikat Muhammadiyah) dgn menyamakan Nya dengan konsep Falasafah Greek kuno. Aduhai jahilnya mereka sampai tak tau membezakan yang mana Qodim yang mana Baharu}. Dia ( Zaki ) membahas beberapa hadis , “ Adalah aku Nabi padahal Adam masih antara Ruh dan Jasad “. Disangkanya hadis batil, maudhu. Dia menguatkan sangkaannya dengan menaqal kata-kata Zahabi didalam Al Mizan terhadap Rijal hadis-hadis ini. Padahal kesemua sangkaannya adalah salah dan keji. Kerana Sufi tidak menyeleweng , bahkan mereka { Juga semua para ulama muktabar yg masyhur jadi ikutan dalam berbagai bidang Ilmu } menyebut perkara yg mereka faham dari pada Hadis-hadis sekadar kefahaman yg dianugerahi Allah kepada mereka. Lagi pula telah menjadi adat Zahabi metasrihkan dengan membatalkan Hadis-hadis yg Sahih , bahkan kadang-kadang yg Mutawatir pun juga dibatalkannya. Padahal dia mengetahui Kesahihan dan Mutawatirnya Hadis tersebut tidaklah maksud beliau Batal mutlak begitu. sahaja . Yang dimaksudkan yg sebenar ialah Batalnya dari sudut jalan perawi ( Thoriq Rawi) yg di dikisahkan sahaja. Ini adalah kebiasaan setiap mereka yg membahaskan tentang hadis-hadis Dhaif . Seperti Ibnu Saban , Ibnu A’diy dan Uqaily. Dan ini juga ma’ruf masyhur dikalangan mereka yg mahir Ilmu Hadis . Maka berpegang Zaki Mubarak pada Kitab Mizan kerana semata-mata bertujuan untuk membatalkan Hadis-hadis yg tersebut, adalah satu Kejahilan yg besar yg tidaklah layak melainkan untuk orang yg seperti Dia sahaja. HADIS KEDUA Dari Maisarah Al Aj rah beliau berkata : قلت يا رسول الله . متى كنت نبيا ؟. قال : وأدم بين الروح والجسد. “Daku Berkata “ Wahai Rasulullah , Bila Anda telah menjadi Nabi?. Baginda bersabda " Sedang Adam diantara Ruh dan Jasad” Hadis ini telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad , Al Bukhary dalam Tarikh , AtThobarany dan Al Hakim beliau mensahihkannya. Berkata Al Hafiz (Ibnu Hajar Asqolany)" Sanadnya adalah Kuat ". Hadis menyebut " Mata Kunta Nabiyyan?". Ertinya “ Bilakah anda telah menjadi Nabi?. … Al Hadis. Telah selesai dahulu syarahan makna keadaanNya Adalah Nabi dalam Hadis tersebut ,tanpa ada lagi tambahan kecuali (satu perkara lagi yaitu) ,terdapatnya sebahagian ulamak yg menafsirkan maksud kehendak dari hadis ini dan perkara yg dalam maknanya ialah: “Tetap KenabianNYA dalam Ilmu Allah dan TaqdirNya”. Kalau begitu maksud hadis tersebut adalah: “ Aku telah menjadi Nabi pada Taqdir Allah ,sedang Adam diantara Ruh dan jasad” . Seperti itu jugalah Dia akan berkata pada tafsiran hadis “ Aku adalah awal-awal Nabi pada kejadian”, bahawa maksudnya adalah Kejadian Taqdir tidak Ijad ( ciptaan ) . Kesemua ini , (yaitu) kesimpulan dari (penafsiran-penafsiran sebegitu pada ) perkara tersebut adalah batil kerana beberapa wajah : (Pertama) Bahawa Kenabian Nabi sallalaahu alaihi wa ala aalihi wasallam adalah tetap dalam Ilmu dan Taqdir Allah Ta’ala semenjak azali lagi . Maka mentakhsiskannya (menentukan Perlantikan Kenabian) dengan waktu keadaan Adam diantara Ruh dan Jasad adalah lagho ( yg akan mensia-siakan makna hadis tersebut oleh itu ) ,wajiblah mesucikan hadis tersebut dari demikian . (Kedua) Bahawa Kenabian para Nabi Alaihimus salam, bahkan seluruh yg ada semuanya adalah sabit dalam Ilmu Allah Ta’ala dan TaqdirNya . Maka tiada apa lagi yg tinggal (takhsis) untuk Nabi saw pada keistimewaan ini daripada yang lain. Padahal hadis tersebut hanyalah datang ia untuk menerangkan satu keistimewaan (khususiah), maka tak dapat tidak bahawa (mesti) ada didalamnya makna kelebihan yg tidak berkongsi padanya oleh orang lain.Kalau tidak begitu nescaya adalah hadis tersebut sia-sia . Demikian itu adalah batil. (Ketiga) Bahawa Para Sahabat ,mereka mereka bertanya kepada baginda dengan kata mereka “ Bilakah Anda menjadi Nabi?” , padahal mereka mengetahui bahawa Kenabian Baginda telah tetap dalam pengetahuan Allah ta’ala dan TaqdirNya . Bahkan mereka mengetahui bahawa segala sesuatu kesemuanya telah tetap ada pada pengetahuan Allah dan TaqdirNya. Maka mereka secara darurinya (mudah tanpa perlu memusatkan fikiran ) , hanyalah menghendaki dengan soalan mereka tersebut, untuk mengetahui satu kadar yg lebih daripada apa yg telah mereka ketahui. (Keempat) Bahawa Umar r,anhu (pada riwayat Ashona bih) telah bertanya: “ Bilakah Anda telah jadi Nabi ?”. “ Mata ja’alta nabiyyan?” Lafaz ini terang bermakna tashyir ( tercipta) yaitu “Mata shayyarta nabiyyan?”. Demikian itu tidak berlaku melainkan pada suatu yang memang maujud (telah ada) yg sah ia bersifat dengan yg telah jadi atau yg sudah tercipta , sepertimana juga jika anda berkata :“ Ja’altu qit'ataz zahab Khotiman”. Yaitu saya telah buat /cipta kan (j’altu) sepotong emas menjadi sebentuk cincin”.seperti itulah ,sepotong emas tersebut sememangnya telah ada. Cuma tidak ia bersifat cincin lagi melainkan setelah menjadi cincin dan tercipta. { Selain kalimah“Ja’alta” , kalimat .(كنت) “Kunta” pada hadis tersebut adalah juga menunjjukkan telah tercipta. Para pembantah mengatakan logiknya makna hadis tersebut hanya menunjjukkan peristiharan jadi Nabi didalam taqdir Ilmu Allah. Ini telah telah jelas kemustahillannya dan batalnya berdasarkan Mafhum hadis-hadis tersebut. lebih jelas lagi jika diperhatikan pertanyaan Sayyidina Umar Radiallahu anhu yg bertanyakan Rasulullah saw “Bilakah Anda telah menjadi Nabi?”. Terang dan jelas bahawa Saydina Umar ada lah Sahabat yg bijaksana yg tidak sepatutnya beliau bertanyakan Rasulullah saw suatu perkara yg telah maklum dan tidak memberi faedah yg lebih daripada maklumat yg sudah tersedia ada, juga mustahillah Rasulullah saw akan memberikan satu jawaban yang tiada faedah dan bertentangan dengan musyahadah yg dharuri lagi putus, yakni penyaksian yg meyakinkan bahawa baginda saw telah dilantik menjadi Nabi dan Rasul Allah ketika berusia 40 tahun. Atau sesuatu yang sudah maklum pada Taqdir Allah ta’ala. Oleh itu ,apakah maksud sebenar pertanyaan dan jawapan didalam dialog antara Rasul dan Umat Nya saw?. Disini lah Fokusnya dan disinilah maksud dan intipati Hadis –hadis tersebut yg menunjjukkan tidak lain tidak bukan ianya hanyalah satu khususiah atau keistimewaan Nabi saw berbanding dgn Nabi-nabi lain. Yaitu Nur Mustafa saw atau Ruh Nya saw atau Hakikat Muhammadiyyah telah diciptakan terdahulu dari segala sesuatu . Wallahu a’lam}. (Kelima) Bahawa kewujudan sesuatu didalam Ilmu Allah ta’la dan TaqdirNya tidak tertasawwur dalamNya terdahulu setengah perkara daripada setengah yg lain. Tidaklah dikatakan “Aku adalah awwal Nabi pada ciptaan (yg berlaku dalam Ilmu dan Taqdir Allah ta’ala”, sebab kedua perkara tersebut adalah sediakala yg tiada dahulu dan kemudian) ,kerana lazim daripada itu perkara yg tidak layak pada Allah ta’ala. Hanya yg sah dikata dulu kemudian itu pada kejadian /yg telah tercipta dengan makna ijad (cipta). Kerana ia adalah sifat fi’il yg boleh ditasawurkan dengannya terdahulu sebahagian hadis (perkara baharu/makhluk) dari yg lain sebagaimana yg telah menunjjuk oleh Quran dan hadis . Maka oleh itu batallah dakwaan sebahagian mereka dan nyatalah apa yg telah kami terangkan , yaitu : “Allah swt melimpahkan keatas Ruh Nabi Nya saw yg mulia atau atas Hakikat Muhammadiyyah saw .sifat Kenabian , dan memakaikanNya persalinan Al Qurb padahal Adam masih diantara ruh dan jasad . Sebagai perbezaan untukNya dari sekelian makhluk” . Tammat Kitab Al Muntoqoh. { Di kalangan pembantah mengatakan Hadis-hadis tersebut boleh dikompromikan dengan satu hadis riwayat Imam Ahmad dari Al Irbaadh bin Saariyah “ Sesungguhnya Aku adalah Hamba Allah dan Penyudah segala Nabi .Dan sesungguhnya Adam Alaihis Salam benar-benar tercampak dalam tanah Nya .Aku akan memberitahukan kamu dengan awwal-awwal demikian itu. Ialah seruan bapaku Nabi Ibrahiim,berita gembira Nabi Isa terhadap kedatanganku dan mimpi ibuku dimana dia telah bermimpi , begitulah juga para ibu bagi para Nabi dimana mereka telah bermimpi”. Berkata pembantah: Tiga buah hadis ini ( yaitu Hadis Pertama dan Kedua yg telah kita bahaskan ) masing-masing kuat-menguat ,maka jadilah dia pada kedudukan Sahih yg diperlukan . Mana-mana Hadis yg meyeluruh (umum) atau kurang jelas ,maka dijelaskan oleh Hadis-hadis yg terang dan nyata, sekiranya terdapat sifat-sifat demikianMenurut hadis ini ( yg ketiga ini) Allah telah menentukan Kenabian Muhammad saw sebelum diciptakan Adam sebagai seorang manusia. Kenyataan ini menunjjukkan dahulunya ketetapan Allah terhadap perkara itu, tetapi tidaklah pula dia menunjjukkan sedikitpun tanda yg menunjjukan Nabi saw dijadikan sebelum Adam as. Malah hadis yg akhir ini menjelaskan adanya seruan Nabi Ibrahim dan mimpi Ibu Nabi saw?. DiJawab: Hadis pertama dan Kedua tidak boleh dikompromikan dengan yg ketiga dengan makna yg sebegitu oleh itu tak sah dikopromikan . Ini lantaran jika diperhatikan matan Hadis yg ketiga,jika kita katakan berlaku semua perkara tersebut didalam Taqdir Ilmu Allah ta’la maka mustahillah berlaku begitu. Kerana yg telah maklum semua maklumat dalam pengetahuan Ilmu Allah swt adalah Qodim . Sediakala yg tidak ada dahulu kemudian. Kalau dikatakan boleh berlaku begitu bagaimana pula boleh Nabi Ibrahim menyeru, Nabi Isa mengiklankan Kedatangan Rasulullaah dan Ibu Nabi bermimpi diketika yg tak berlakunya Masa dahulu dan Masa kemudian?.Sudah tentulah Mustahil berlaku begitu jawabnya. Jika mereka berkata: Apa bukti awak pada matan hadis itu?. Jawabnya: Matan hadis tak jelas menunjjukkan makna dalam Taqdir Ilmu Allah.Tak ada satupun kalimah yg boleh diIhtimalkan bermakna berlaku perkara-perkara tersebut dalam Ilmu Allah. Kalau kita lihat hadis tersebut jika dibahas disudut Ilmu Nahu atau yg sebangsa dgnnya memang nyata tiada bermaksud begitu. Lafaz Abdullah itu sendiripun sudah menunjjukkan sudah tercipta. Lafaz “Sa unabbii uukum bi awwali zaalika” (Aku nak mengkhabarkan kamu dgn awwal demikian itu) ,Awwalu Zaalik (Awwal demikian itu ) isyarat kepada suatu yg jauh , kemana ditujukan isyarat tersebut?. Jika anda berkata “kepada Taqdir Ilmu Allah “, nyatalah salah sebab seruan Nabi Ibrahim a.s dan Rasul saw jadi Nabi tidak dikatakan telah berlaku jika hanya masih diperingkat Taqdir dalam IlmuNya swt . Kerana telah kita sebutkan Maklumat pengetahuan Allah adalah qodim. Sediakala yg tiada mula dan kemudian sebagaimana yg termaklum dalam Ilmu Tauhid. . Alangkah senangnya jika difahamkan makna yg menjadi pegangan jumhur ulamak , Yaitu Peristiharan Kenabian saw terhadap Ruh Baginda saw, sebelum Baginda di lahirkan oleh Bonda Baginda.Kalau disini menunjjuk samada dimasa sebelum Rasulullah saw dilahirkan. Kita nak tanya, masa sebelum Rasulullah dilahirkan bila?. Adakah semestinya dalam Taqdir Ilmu Allah sahaja?. Jawabnya tentulah tidak. Sedangkan kalau dipakai makna Perisytiharan dalam Taqdir Allah taala ,sudahlah tentu tidak munasabah sebagaimana yg telah dibahaskan. Oleh yg demikian makna yang membetuli dengan matan hadis tersebut , hanyalah bermaksud “Perisytiharan Kenabian saja yg dilakukan dimasa Nabi Ibrahim , Nabi Isa dan seterusnya diistiharkan kepada Siti Aminah, Ibu Nabi Saw dan juga kepada semua Ibu Nabi-Nabi. Bukan menunjjukkan Perisytiharan pada Taqdir . Maka makna sebegini tidaklah bercanggah dengan mana-mana keterangan pun. Makna yg telah kita terangkan ini jika kita kompromikan dgn hadis yg pertama dan kedua tersebut tiada lah apa-apa percanggahan maksud . Sah dikompromikan dengan makna yg begitu dan tepat dgn kaedah mengkopromikan hadis-hadis yg zahirnyaberlawanan. Lagi pula menguatkan antara satu sama lain. Wallahu a’lam. Jika pembantah berkata : "Winna Adam alaihis Salam lamunjadilu fi thina tih”, menunjjukkan pada Taqdir Ilmu Allah?. Dijawab : Tidak begitu, kerana Kalimah “Wainna adalah isti,naf liltaukid sahaja, permulaan untuk mentaukidkan sahaja bagi “Inni Abdullah” sesungguhnya aku hamba Allah. Yg mana kalimah Aku adalah “HAMBA ALLAH” cukup terang mencakupi makna Ruh . Menjadi kenyataan KEWUJUDAN Ruh Saw atau Nur Muhammad saw atau apa yg diistilahkan sebagai Hakikat Muhammadiyyah. Maka makna hadis tersebut yg terang ialah “Aku sudah menjadi Nabi , atau Ruh ku sudah jadi Nabi atau Nur ku sudah di Isytiharkan jadi Nabi semasa Adam masih lagi belum wujud” . Wallahu a’lam.} Selain itu , riwayat yang tercatit dalam Sahih Ibnu Hibban, Al Hakim dan Musnad Imam Ahmad hanya menyebut انى عند الله فى أم الكتاب لختم النبيين ertinya “ Aku disisi Allah dalam Ummul Kitab (PengetahuanNya) adalah Kesudahan Nabi”. Hadis ini yang difahami menurut mafhum Kitab karangan Mulla Ali Al Qori ,tiada apa-apa pertentangan dengan hadis terdahulu. Kerana sebagaimana yang telah kita terangkan , ianya hanyalah menceritakan Perkara yang sudah ada dalam Pengetahuan Allah swt dan peristiwa-peristiwa yang sudah berlaku berkenaan Sambutan dan peristiharan Para Nabi yang terdahulu sahaja. Ianya tidak lebih dari “Perkhabaran”, yang tidak akan membantah hadis-hadis yang kita utarakan. Rujuk Al Mawrid Ar Rawi fi Mawliddin Nabawi .. Mulla Ali Al Qori. Ms 37. FATWA (al Marhum) SYEKH MUTAWALLI AS SYA’RAWI. ( Ulamak Tafsir Mesir) Beliau berkata dalam Kitab Al Fataawa , fatwa no 87: Soal; س: يقول الحق تبارك وتعالى : قد جاءكم من الله نور و كتاب مبين . فهل المقصود بالنور هناك ألنبى أم القرأن؟. ج: لما كانت واو العطف تقتضى مغايرة ما قبلها لما بعدها فى الحكم , فاءننا نفهم من ذلك أن النور ليس هو الكتاب (القرأن) الذى يشتمل على المنهج الذى يخرجنا من الظلمات الى النور. و محمد صلى الله عليه وسلم هو الذى دلنا على الكتاب وهذا يصل بنا الى أن محمدا هو النور. Berfirman Allah ta’aala ; قد جاءكم من الله نور و كتاب مبين.Ertinya “ Sesungguhnya telah datang kepada kamu daripada Allah , Satu Cahaya dan Kitab yang nyata”. Surah Al Ma idah ayat 15. Soalannya , Adakah yg dimaksudkan dengan Cahaya disini ialah Nabi saw atau Al Quran?. Jawab: Manakala huruf waw (sendikata dalam ayat tersebut/ athaf mughoyarah ) yang memaksudkan berlainan antara perkara sebelum nya dengan yang selepasnya pada sesuatu Hukum, maka kita memahamkan dari sebab yang tersebut Bahawa Nur bukanlah Al Quran yang mana al quran juga melengkapkan kita dengan method yang boleh mengeluarkan kita dari kegelapan kepada cahaya (Nur). Nabi Muhammad saw adalah yang telah menunjjukan kita kepada Al Quran. Dan (dasar) Inilah yang memahamkan kita “Bahawa Nabi Muhammad saw adalah NUR”. Tammat, Fatawa Sya`rawi. Kitab-kitab Tafsir yang menafsirkan Nur yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah Nabi Muhammad saw.1)Tafsir Athobari.2)Tafsir Al Qurthubi.3)Tafsir Ibnu Hatim.4)Tafsir Baidhowi.5)Tafsir Jalalain.6)Tafsir Ibnu Jawzi.7) Dan lain-lain Tafsir. Syekh Ahmad bin Shawi telah menyatakan dalam Hasyiah Jalallain dalam rangka menafsirkan ayat 15 surah 5: “ Bahawa baginda saw dinamakan NUR / CAHAYA, kerana baginda menerangi pengelihatan (hati) dan menunjjuki ke jalan yang benar ….. juga kerana baginda adalah punca jasmaniah baik ruhaniah…… Tammat. Hadis-hadis lain berkenaan Nur Musthafa saw yang menjadi pertikaian serta ulasan positif para ulamak hadis terhadapnya. 1) عن ابن عباس رضى الله عنهما أن النبى صلى الله عليه وسلم كانت روحه نورا بين يدى الله تعالى قبل أن يخلق أدم بألفى عام. Ertinya: Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas radiallaahu a’nhuma , “Bahawa Nabi saw, Ruh Baginda, adalah Cahaya disisi Hadrat Allah ta’ala, dua ribu tahun sebelum diciptakan Adam”.Diriwayatkan oleh: Muhammad bin Umar Al a’dani. Pengarang AlMusnad. Kunyahnya Abu Umar. Tinggal diMekah. Melazimi Ibnu Uyaiynah. Berkata Ibnu Hatim “Kaanat fiihi Ghaflah”. Wafat pada 43 hijrah. Tetapi beliau merupakan salah seorang Rijal Muslim, Tarmizi, Nasai dan Ibnu Majah. Pangkat ke10 disisi Ibnu Hajar AlAsqolani. Berkata Ibnu Hajar dalam Taqrib At Tahzib “ كبار الأخذين عن تابع التابعين ممن لم يلق التابعين كأحمد بن حنبل . Rujuk Taqrib a'la Tahzib. Ibnu Hajar Al As qolani. 2) Kitab As Syifa bit Ta'rif al Musthafa. Susunan Qadhi I’yadh. Bab Kemuliaan Nasab Nabi saw. عن ابن عباس رضى الله عنهما أن النبى صلى الله عليه وسلم كانت روحه نورا بين يدى الله تعالى قبل أن يخلق أدم بألفى عام. Ertinya: “Bahawa adalah Ruh Baginda saw merupakan Cahaya dihadapan Hadrat Allah ta'ala sebelum diciptakan Adam selama dua ribu tahun”. Beliau berkata: "ويشهد بصحة هذا الخبر شعر العباس"Bertinya: Syair Al Abbas menjadi Syahid bagi menSahihkan Hadis ini”. M S, 207 juzuk 2 , cetakan Maktabah Darul Kutub . 3) Imam Sayuti menyebut riwayat ini dalam kitab, "Manahilu Safa", karangan beliau. 4) Imam Ahmad bin Hanbal , meriwayatkan dalam Kitab, "Fadha il Sahabah": “Sesungguhnya Aku dan Ali adalah cahaya dihadapan Allah swt sebelum tercipta Adam , selama 14 ribu tahun …….” Beliau meriwayatkan melalui thoriq (jalur riwayat) AlHasan bin Miqdam (shoduq/jujur), Khalid bin Ma’dan (shoduq) , Fudhail bin Iyyad (telah maklum siapa dia Fudhail ini) , Zadhan (shoduq, Seorang Rijal Muslim dan Bukhari dalam Adabul Mufrad , Salman AlFarisi radiallahuanhu…..Ini menurut penilaian Ibnu Hajar dalam Taqrib Tahzib. Semua Rijal nampaknya dipercayai . Wallahu a’lam. 5) AzZahabi juga ada menyebut riwayat ini (hadis no 4 diatas) dalam Mizan . 6) Hadis yang ke 10 dalam Kitab Mawaqif. Berkata Ibnu Hajar dalam Fatawa Hadisiyah "Sangat Lemah". Tapi semakna dengan hadis dalam Bukhari, Musnad Ahmad dan Muslim tetapi tanpa lafaz “Tuhan mencipta RUH TERDAHULU DARI JASAD”. Wallahu a'lam. 7)Soal: Riwayat dari Imran bin Husin dalam Bukhari, Sahabat bertanya berkenaan Awal Penciptaan .Rasulullah saw menjawab " Allah telah ada dan tidak ada sesuatu sebelumNya. Dan al-ArsyNya berada di atas air lalu Dia menuliskan pada ad-Dzikr (Kitab Lauh Mahfuz) segala sesuatu dan Dia menciptakan langit dan bumi……?. Jawab: Hadis ini tidak mensorihkan atau memakai kalimat yg jelas seawwal-awwal kejadian . Soal: Bagaimana pula dengan Hadis dalam Sunan Tirmizi dan Abu Daud dari Ubadah bin Samit pula “Rasulullah SAW bersabda : “Yang pertama diciptakan oleh Allah SWT adalah Qalam (pena) kemudian Dia berfirman kepada Qalam “ Tulislah” . Qalam bertanya “ Apakah yang akan ku tulis?. Berfirman Allah swt “ Segala sesuatu yang akan terjadi sehingga hari Qiyamat”. Jawab: Awwal-awwal yg dimaksudkan pada semua hadis-hadis ini ialah AWAL-AWAL CIPTAAN ALLAH SWT SELEPAS ALLAH SWT MENCIPTAKAN AIR ANGIN DAN ARSY. Maksudnya selepas Allah swt menciptakan ketiga-tiga perkara tersebut, barulah diciptakan Qalam. Bukan pula menunjjukan AWWAL SESUATU YANG TERCIPTA SEBELUM SESUATU adalah Qalam. Maka Hadis Qalam ini SEBENARNYA HANYALAH SEBAGAI MENAFSIRKAN Hadis riwayat Imran bin Husain, dalam Bukhary tersebut. Hasilnya tidak ternafi,jika terdapat riwayat yang menunjjukan ada sesuatu ciptaan yang mendahului setiap sesuatu ciptaan . Lihat pula apa ulasan Mulla Ali Al Qori: واختلفوا فى أول المخلوقات بعد النور المحمدى فقيل : العرش , لما صح من قوله صلى الله عليه وسلم ( قدر الله مقادير الخلق قبل ان يخلق السموات والآرض بخمسين ألف سنة وكان عرشه على ا لمأ ). فهذا صريح فى أن التقدير وقع عند أول خلق القلم لحديث عبادة بن الصامت مرفوعا أول ما خلق الله القلم , وقال له : أكتب , قال رب وما أكتب؟ قال أكتب مقادير الخلق كل شىء. ) رواه أحمد والترمذى وصححه لكن صح فى حديث مرفوع من حديث أبى رزين العقيلى رواه أحمد و الترمذى : ( ءان المأ خلق قبل العرش) . وفى قوله تعالى : ( وكان عرشه على ا لمأ ) ءاشارة ءاليه ودلالة عليه , نعلم أن أول الأشيأ قبل على الاءطلاق النور المحمدى صلى الله عليه وسلم , ثم المأ ثم العرش ثم القلم , فذكر الأولية فى غير النور المحمدى صلى الله عليه وسلم ءاضافية. Maurid Rawi. Ms23. Wallahu a'lam. Ulamak khilaf pendapat berkenaan suatu yang terawal daripada makhluk selepas Nur Muhammad saw. Setengah ulamak berpendapat Arasy,kerana sah riwayat daripada Nabi saw “ Telah mentaqdirkan oleh Allah swt semua Taqdir makhluk sebelum diciptakan tujuh petala Langit dan Bumi tujuh ribu tahun terdahulunya, padahal Arasy sudah diatas air”. Maka ini nyata bahawa permulaan Taqdir berlaku diketika awal-awal ciptaan Qalam berdasarkan hadis Marfu’ riwayat Ubadah bin Shomit. “ Awal-awal perkara yang telah Allah ciptakan adalah Qalam. Firman Allah kepadanya : Tulislah . Berkata Qalam : Wahai Tuhanku, Apa yang akan saya tulis?. Firman Allah : Tulislah segala taqdir makhluk ,tiap-tiap satunya”. Riwayat Imam Ahmad ,Tarmizi dan beliau telah mensahihkannya tetapi telah sah dalam satu hadis yang Marfu’ daripada Abi Zarin Al Uqaili yang telah meriwayatkannya oleh Imam Ahmad dan Tarmizi “Sesungguhnya air telah diciptakan sebelum Arsy lagi”. Dalam firman Allah ta’la:(Adalah ArsyNya diatas Air). Megisyaratkan dan menunjjukkan atasnya ( yakni ciptaan Air terdahulu dari arsy pula), maka memahamkan kita bahawa sesungguhnya awal-awal segala sesuatu sebelum sesuatu secara mutlaknya, adalah Nur Muhammad saw, kemudian Air, kemudian Arsy kemudiannya barulah Qalam . Maka menyebut keawalan sesuatu perkara sebelum Nur Muhammad saw adalah bermaksud Awal yang Idhofi saja ( bukan bermakna awwal Hakiki, yang sebenar-benar awwal yang tidak didahului kejadian sesuatu yang lain ). Tammat. *~* Oleh yang demikian , tiada syak lagi, Kerpercayaan atau Akidah Nur Muhammad saw bukanlah suatu akidah syirik dan menyengutukan Tuhan . Tiada Syak, tiada Dzon dan tiada Waham terhadap Keesaan Tuhan dan Kerasulan Muhammad Saw. Jika timbul perkara-perkara lanjutan dari Akidah Nur Muhammad saw ini yang menjurus kepada Syirik, dan sesat,maka semestinya di teliti semula punca timbul kesesatan dan syirik tersebut. Adakah dari Akidah Nur Muhammad atau campuran-campuran unsur ajaran Kebatinan yang telah maklum kedudukannya. Wallahu A’lam. |
.
No comments:
Post a Comment