Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang
lautan
menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang
begitu
pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam
agar tidak
banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian. Dengan begitu
tekun
Professor itu membuat kajian.
Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian
digoyang-goyang;
selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya
Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali.
Pendayung sampan itu mendongak ke langit.
Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam
hati,
"Hmm. Hari nak hujan."
"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor
itu.
Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah
pantai.
Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur
pendayung
sampan. "Kamu dah lama kerja mendayung sampan?
" Tanya Professor itu. "Hampir seumur hidup saya." Jawab pendayung
sampan
itu dgn ringkas. "Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi.
"Ya".
"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung
sampan?"
Tanya Professor itu. Pendayung sampan itu hanya menggelengkan
kepalanya.
Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu
geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kalau macam
ni,
kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor itu
lagi,
"Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
"Kasihan.
Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?"
Professor itu
masih lagi bertanya. Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya
menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan
75
peratus dari usia kamu.
Malang sungguh nasibkamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu
dihabiskan
dengan mendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek
dan
angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.
Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba
saja
datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan
terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula
pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Professor itu
menggelengkan kepala. "Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100
peratus
nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke
pantai.
Morale of the Story:
Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin
kehidupan. Tak
guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu
perkara-perkara
penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu
rupanya
lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak
ada
kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang
diceburi.
Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah
ilmu yang
dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan?
Hikmat Inspirasi:
Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha
sempurna
adalah KEMENANGAN SEMPURNA ...!
No comments:
Post a Comment