RAHSIA PEMBENIHAN IKAN PUYU
1. Sediakan induk matang (berumur lebih 6 bulan ke atas)
2. Kenal pasti jantina: >>ikan Puyu Jantan biasanya berbadan kecil, sirip bawah agak panjang, bentuk badan memanjang. Tips paling senang, urut perlahan-lahan di bahagian abdomen ke arah alat sulitnya. Perhatikan ada cecair putih keluar sedikit dari alat sulitnya. Itu menunjukkan ianya' ikan puyu jantan. jadi, asingkan
>>Ikan Puyu Betina pula, senang Shja, badan agak lebar,perut
buncit. Urut perlahan-lahan di bahagian abdomen, perhatikan betul-betul akan
ada keluar butiran kecil (telur ikan). asingkan
3. Untuk lebih yakin buat nisbah 5 jantan 3 betina. Lebih banyak
jantan lagi bagus. Ini untuk mengelakkan Pembenihan anda gagal.
4. Suntik ikan puyu satu-satu dengan Hormon Ovaprim. Lebih
kurang 0.05ml ovaprim dengan menggunakan jarum insulin
5. Arah suntikan sama dengan keli.
6. Lepaskan dalam satu tong yang berisi air bersih sedalam 1
kaki. Tong jangan terlalu besar, saiz lebih kurang 2 kaki X 3 kaki.
7. Tutup tong dengan jaring hitam untuk mengelakkan gangguan.
8. Telur akan keluar dalam tempoh 24 jam.
9. Pastikan betul betul, Telur yang Jernih adalah telur berjaya
disenyawakan.
Manakala Telur yang Putih Susu, adalah yang gagal disenyawakan.
Manakala Telur yang Putih Susu, adalah yang gagal disenyawakan.
10. Penetasan akan berlaku dalam tempoh24 jam
11. Hari pertama: Rega ikan akan nampak seperti rambut,kecil dan
malas bergerak.
12. Biasanya rega akan mula makan selepas 48 jam. Bagi ikan
makan artemia, moina atau avantemia.
Sawah atau tali air serta sungai kecil
menjadi habitat utama spesis ini, bersisik dan bersirip keras memudahkan spesis
ini bergerak di atas tanah yang berair, kerana pada ketika tertentu pada musim
hujan kebanyakkanya berhijrah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air
yang lain.
Ia paling layak digelarkan spesis yang suka hijrah.
Spesis ini juga
mampu bertahan tanpa air hingga beberapa jam. Ikan
puyu mempunyai khasiat yang sama dengan ikan-ikan air tawar yang lain. Kini ikan puyu mulai diternak secara
komersial oleh individu persendirian atau organisasi memandangkan terdapat
permintaan yang sangat tinggi di kalangan pemborong dan pengusaha industri
makanan seperti kedai makan, restoran, hotel dan pasar borong.
Harga bagi ikan
ini di pasaran boleh mencecah sehingga RM20 ke RM30 sekilo [tahun 2015]
Kawasan
habitat ikan puyu adalah di sawah atau tali air serta sungai kecil
menjadi habitat utama spesies ini, ikan ini hidup berkumpulan dan mudah
di jumpai dikawasan air yang bersih serta mempuyai sumber makanan yang
banyak. Spesis ini boleh dikesan dengan memerhatikan riak dipermukaan
air. ia perlu kepermukaan air untuk megambil udara. Spesis ini sangat
aktif pada waktu petang dan gemarkan stuktur sungai atau parit. Teknik
menternak puyu dalam kolam adalah paling signifikan.
Mempelajari sedikit mengenai ikan puyu saya nyatakan bahawa ikan ini adalah dari famili Anabantidae dan dari genus : Anabas dan species ini mempunyai nama saintifik sebagai Anabas testudineus Bloch. Beberapa spesis Ikan Puyu yang lazim kita dengan meliputi kepada 2 jenis ikan puyu yang biasa diternak iaitu Jenis Ikan Puyu Siam dan Ikan Puyu Kampong.
Spesis Ikan Puyu Siam ini boleh didapati dikawasan paya air payau.
Ikan ini berwarna coklat. Mulutnya runcing sedikit dan terdapat
bintik bintik. Puyu jenis coklat ini memang ada di seluruh negara
bukan sahaja di Siam, tapi di malaysia kita di panggil ‘Puyu Siam’.
Induk betina puyu ini boleh mencapai 600gm seekor. Anak ikan puyu siam
lebih tahan lasak dan pembesarannya lebih cepat berbanding ikan puyu
kampong tapi untuk pembesaran yang cepat haruslah diberi makan yang
cukup untuk pembesaran ikan puyu ini. Jangkamasa ternak dalam tempoh 3.5
– 4.5 bulan dipelihara dalam kolam. Puyu
Kampong. Ialah puyu yang berwarna agak kehijauan dan berbintik-bintik
hitam di badan. Puyu jenis ini lambat sedikit membesar untuk mencapai
tahap 200 gram. Ikan puyu yang betina mengambil masa 6 bulan. Tetapi
kelebihannya ialah rasanya lebih manis dan kurang lemak dari puyu coklat
atau puyu siam. Selalu dikatakan terbukti lebih enak rasanya dari baka
siam. Tempoh
matang ikan puyu puratanya antara 120 – 150 hari[3 ~5 bulan] bergantung pada saiz
benih, pemberian makanan dan cara pengurusan air. Sementara ikan puyu
jantan beratnya purata 150 gram seekor berbanding puyu betina antara 180
gram - 250 gram seekor. Kajian menunjukkan satu populasi sebanyak 60%
adalah ikan puyu betina dan 40% adalah terdiri dari ikan puyu jantan.
Lazimnya kepadatan
kolam yang sesuai adalah sebanyak 3 - 4 ekor setiap sekaki persegi
dengan kedalaman air 3 - 4 kaki. Ikan puyu yang dipelihara adalah ikan
puyu siam yang saiznya agak lebih besar sedikit daripada baka ikan puyu
tempatan yang ada di Malaysia. Mengadakan
keadaan persekitaran yang menyerupai makanan organik. Adalah digalakkan
dipermukaan kolam dipenuhi dengan media seperti keladi bunting,
kangkung, kiambang dan kemeling. Mengikut
kajian, kolam ternakan yang paling baik adalah kolam tanah kerana
habitat ikan ini datangnya dari persekitaran neutral dari tanah. Untuk
kolam tanah 20′ x 40′ boleh memuatkan ikan puyu lebih kurang dalam 10k.
Untuk pembesaran ikan air tawar, kolam tanah memberi jangka masa
pembesaran lebih cepat berbanding kolam-kolam lain. Kolam
ikan puyu harus di letakkan tumbuhan seperti kiambang ini bagi
menggalakkan ikan puyu mendapat oksigen secara lebih cepat dan
mengekalkan suhu air tersebut dan ikan tidak melompat keluar dari kolam .
Air tersebut haruslah di letakkan klorin dan di biarkan selama 3 hingga
4 hari. Ikan puyu amat gemar dengan tumbuhan kiambang atau tumbuhan
yang hidup di dalam air atau di atas air. Pengurusan kolam yang baik
dapat mengekalkan suhu air pada 28C
(3 ekor puyu jantan dengan sebanyak 1 ekor puyu betina).
Setelah
ikan Puyu mengawan dan bertelur dalam masa selama antara 10-12 jam maka
induk ikan jantan dan betina diangkat atau dikeluarkan daripada bekas
mengawan. Sebaiknya telur ikan puyu yang telah dikeluarkan perlu
dibiarkan balam bekas tersebut. Penetasan
telur yang telah dihasilkan oleh induk ikan puyu dilakukan pada bekas
penetasaan yang diberi udara (aeration) menggunakan pam pengudaraan
akuarium sebagai cara untuk menambah oksigen terlarut di dalam air. Sebaiknya masa ini dibuat pemerhatian teliti untuk kita dapat
mempastikan kadar peratus kejayaan penetasan. Lazimnya telur ikan Puyu
akan menetas antara 10 hingga 12 jam selapas proses ini. Sila baca
artikel atas untuk mengetahui proses seterusnya untuk mengetahui
ilmu penternakan ikan puyu yang boleh dilakukan oleh usahawan berminat
di Malaysia. Ikan Puyu atau Ikan betuk mempunyai potensi yang baik untuk
dijadikan aktiviti pertanian yang menguntungkan.
Pada
umur 2 - 3 minggu pertama adalah masa yang kritikal dengan memberi
makan sebanyak 4- 5 kali sehari kerana ikan puyu adalah sejenis ikan
karnibal yang akan makan anak puyu lain atau anak ikan lain didalam
kelompok dikolam. Jika ini berlaku maka populasi anak ikan puyu akan
berkurangan dalam lokasi pemeliharaan.
Pemberian
makan lain seperti bahan usus ayam, baja ikan dan lain-lain bentuk
makanan selain daripada pellet dapat membantu mengurangan isu
karnibalism dimana cara ini lazimnya mampu bagi mengurangkan sehingga
50% dari jumlah populasi jika tidak di kawal. Selain itu pemberian makanan ikan
puyu yang dicadangkan seperti bahan pallet telur katak campur dengan
baja pembesaran iaitu bahan seperti Bakuhanseki sesuai dilakukan. Selain
daripada itu boleh digunakan Mix Vitamin digunakan untuk dicampur
dengan makanan pallet bagi menanbahkan lagi vitamin dalam makanan
ternakan. Kadar campuran yang disyorkan 10 gram mix vit dengan sebanyak 1
kg makanan pallet ikan. Minyak
Omega digunakan untuk dicampur dalam makanan ikan bagi menambah
pembesaran ikan ternakan. Kadar campuran digunakan adalah 10 ml dengan
sebanyak 1 kg makanan pallet ikan. Boleh
juga menggunakan media makanan seperti kelapa sawit, buah neram, ulat
sagu, cengkerik, ubi kayu, cacing tanah, perut ayam, gewang (mengilat)
dan lain-lain lagi. Bahan seperti EM boleh juga dimasukkan dalam kolam ternakan untuk rawatan air atau dicampur dalam makanan ikan. Minyak
Omega digunakan untuk dicampur dalam makanan ikan bagi menambah
pembesaran ikan ternakan. Kadar campuran 10 ml dengan sebanyak 1 kg
makanan pallet ikan. Bahan lain seperti Artemia sebagai alternatif moina untuk makanan rega ikan yang berumur 4 hari -10 hari.
Lazimnya selepas sebulan diternak akan diadakan aktiviti pengredan atau proses pemilihan ikan puyu. Aktiviti ini perlu
bagi kita mengeluarkan atau proses untuk mengasingkan ikan puyu jantan,
apabila sampai ke peringkat matang ianya susah membesar tidak seperti
mana ikan betina. Pengurusan
kolam merupakan aktiviti yang penting dan perlu dititikberatkan dalam
bidang akuakultur. Pengurusan kolam bermula dari benih ikan mula
dilepaskan sehinggalah ikan-ikan yang diternak mencapai saiz pasaran dan
kerja-kerja mengutip hasil dijalankan. Pengurusan yang baik akan
menentukan kejayaan dalam bidang ternakan ikan, projek dapat diteruskan
dan memberi keuntungan kepada penternak. Langkah-langkah
yang perlu diberi penekanan dan perhatian dalam pengurusan kolam iaitu
dalam aspek kadar pelepasan benih, saiz benih, masa pelepasan benih,
penyukatan suhu air kolam, kawalan pertumbuhan plankton, pertukaran air,
makanan tambahan, makanan rumusan, musuh ikan, pengendalian lepas tuai,
rekod pengurusan kolam dan lain-lain lagi yang perlu diberi perhatian.
Pengawalan Penyakit Ikan Puyu adalah satu perkara yang perlu diberikan perhatian. Dalam
cara mengawal penyakit ikan, faktor yang boleh menyebabkan ikan menjadi
lemah adalah disebabkan suhu, dimana badan ikan bergantung kepada suhu
keadaan sekitaran (air). Sebenarnya faktor suhu merupakan satu
faktor yang penting untuk diperiksa selalu. Apabila perubahan suhu
berlaku dengan cepat lazimnya ikan puyu akan mengalami kejutan dimana
ini akan menyebabkan ikan menjadi lemah. Antara contoh dimana faktor suhu menyebabkan tekanan apabila paras air
yang cetek di dalam kolam adalah tidak sesuai. Perkara ini akan
menyebabkan di mana air cepat panas waktu tengah hari dan cepat sejuk
apabila hujan turun dengan tiba-tiba.yang akan mengejutkan ikan puyu. Ikan
yang baru diterima dan masih didalam bekas hendaklah direndamkan dahulu
dalam kolam sebelum ikan itu dilepaskan. Jika perkara ini tidak
dilakukan maka akan berlaku kejutan kepada ikan. Ini disebabkan
perbezaan suhu di dalam plastik dengan air di dalam kolam yang
membolehkan ada anakikan akan mati.
Sumber
dan mutu air yang digunakan mestilah tidak mengandungi bahan-bahan
pencemaran organik, kandungan oksigen hendaklah melebihi 4ppm, kandungan
ammonia tidak melebihi 0.02 ppm dan pHnya di antara pH6.5 - pH9.0. Cara
untuk pengendalian adalah penting di mana pengendaliannya yang kasar
juga akan menyebabkan badan ikan menjadi luka-luka. Luka-luka tersebut
boleh memberi peluang untuk serangan daripada patogen atau kuman dan ini
menyebabkan penyakit ikan akan menyerang badan ikan. Faktor Kesesakan
dan kepadatan ikan yang terlalu tinggi dalam kolam boleh menyebabkan
kesesakan. Faktor kesesakan lazimnya dapat meningkatkan kandungan
ammonia dalam air dimana ia seterusnya menyebabkan mutu air menurun.
Selain daripada ijuga lazimnya ikan puyu juga turut mengalami tekanan.
Makanan ikan-ikan ternakan adalah terdiri dari makanan asli iaitu
fitoplakton dan zooplankton dan makanan tambahan. Makanan hendaklah
diberi sebaik-baiknya 2 kali sehari, iaitu pada waktu pagi dan petang.
Banyaknya makanan tambahan yang hendak diberi biarlah mencukupi dan
sederhana. Pemberian makanan secara berlebihan akan menyebabkan mutu air
menurun. Bagi mengawal dan mengelakkan penyakit ikan, setiap kolam
mestilah mempunyai sistem pengaliran air masuk dan keluar yang
berasingan supaya penyakit ikan tidak dapat merebak daripada sebuah
kolam ke kolam yang lain.
Beberapa teknik bagi mengawal patogen penyebab penyakit ikan puyu perlu dibuat. Pengawalan
Patogen, Saluran dimana air masuk hendaklah diletakan dengan penapis
untuk mengelakan kemasukan air liar yang kemungkinan membawa penyakit.
Langkah ini juga dapat mengawal kemasukan siput dan parasit Argulus dan
Lernaea. Aktiviti pengapuran
kolam hendaklah dilakukan apabila kolam dikeringkan. Ini akan membunuh
patogen dan menjaga dasar kolam daripada menjadi masam. Kadar kapur yang
digunakan adalah 865 kg bagi 1 hektar kolam. Anak
ikan puyu yang baru dibeli sebaiknya perlu untuk diberi rawatan
menggunakan formalin (200 ppm selama 10-20 minit) sebelum dimasukan
kedalam kolam. Ini juga dapat menangalkan parasit yang terdapat di luar
badan ikan. Jika
terdapat kemudahan, adalah lebih baik jika ikan yang telah dirawat
disimpan didalam tangki/kolam kecil selama 2 minggu untuk memastikan
ikan tidak mempunyai sebarang penyakit sebelum dimasukan didalam kolam. Jangan campurkan ikan besar dengan ikan yang kecil kerana ini boleh menyebabkan penyakit primier. Sebelum
proses pengawanan ikan dijalankan, induk hendaklah dirawat terlebih
dahulu dengan formalin kerana ada kemungkinan ikan mempunyai patogen
yang akan menjangkiti anak ikan.
Ikan mestilah diberikan makanan yang sempurna kerana faktor kekurangan makanan boleh menyebabkan ikan menjadi lemah. Ini memudahkan patogen menyerang ikan.
Mereka
yang ingin mulakan projek ternakan ikan puyu perlu menyediakan Pelan
Rancangan Perniagaan (Business Plan). Lazimnya projek ternakan ikan puyu
dilaksanakan adalah sebagai langkah usaha sampingan untuk menambah
pendapatan. Ini kerana ternakan ikan puyu ini mendapatkan permintaan
yang tinggi di kalangan penduduk tempatan. Beberapa kriteria perlu
dititiberatkan kepada projek ini termasuk aspek Kolam Ternakan. Kolam
ternakan air tawar bergantung kepada size projek secara kecil-kecilan
atau komersial. Kolam ternakan sebaik-baiknya dikelaskan kepada 3 kolam
mengikut kategori Kolam seperti kolam pembenihan, kolam penggredan dan
kolam ternakan. Kolam sebaik-baiknya dinaiktarafkan kolam yang sedia ada
adalah untuk meningkatkan lagi produktiviti dan lebih berdaya maju.
Selaras untuk memenuhi pasaran tempatan. Dalam cashflow projek ini akan
membuat pembelian benih yang berkualiti dan bermutu. Ini bagi memastikan
ternakan yang dijalankan dapat dirancang dan diprogramkan dengan
pengurusan yang teratur. Benih ikan puyu boleh diperolehi dari pembekal
tempatan dengan kadar harga Saiz 1 Inci (Harga10 Sen), Saiz 1.5 Inci (12
Sen) dan untuk benih Saiz 2 Inci (15 Sen). Pengeluaran hasil ikan puyu
meliputi aspek kemasukan benih induk, pemakanan, pengawanan, penggredan
ikan dan pengeluaran ternakan ikan puyu. Pengeluaran mengambil masa
dalam tempoh 4 – 6 bulan. Jumlah pengeluaran adalah bergantung kepada
sistem dan pengurusan kolam ternakan yang diuruskan. Analisa menunjukkan
secara puratanya, pulangan kepada penternak pada kadar anggaran 80%
setiap kali tuai dan jualan. Kadar hidup ternakan ikan dititikberatkan
bagi mendapatkan hasil dan pulangan yang baik.
IKAN AIR TAWAR...IKAN PUYU....
DALAM PAYA...TEMPAT BERTUMPU...
HARGA MAHAL...SEMUA MAMPU...
KINI DITERNAK...TEKNOLOGI BARU.. . Wasallam!
Ikan mestilah diberikan makanan yang sempurna kerana faktor kekurangan makanan boleh menyebabkan ikan menjadi lemah. Ini memudahkan patogen menyerang ikan.
IKAN PUYU - ADAKAH BERPOTENSI?
IKAN PUYU (Anabas testudineus) merupakan
spesies ikan air tawar yang paling lasak dari keluarga Anabantidae yang
mudah didapati dinegara kita. Adakah ikan puyu ini ujud dan berpotensi
untuk dijadikan satu bidang usaha yang boleh menguntungkan dan
memberikan pulangan yang baik?. Ini merupakan satu peluang kepada bakal
usahawan jika mereka ingin menjadikan penternakan dan penjualan ikan
puyu sebagai punca pendapatan. Pada penulis, ikan puyu dikenali sebagai ‘Climbing Perch’
kerana sifat semula jadinya yang tahan lasak dan mampu bertahan dan
berpindah kekawasan lain perlu dikenali dahulu oleh bakal usahawan. Saya
dahulu memang minat menangkap ikan puyu di sawah atau tali air serta
sungai kecil di kampong saya di Sawah Ring, Muar, Johor semasa remaja
dulu pada tahun 1970’an kerana membantu orang tua menanam padi. Ikan
puyu lazimnya akan menjadikan habitat utama dikawasan air tawar dikolam
atau anak sungai disekitar kampong dan sawah padi sebagai kawasan
sesuai. Ikan puyu yang bersisik dan bersirip keras memudahkan spesies
ini bergerak di atas tanah yang berair. Pada saya ikan ini sedap dimakan
setelah dibersihkan kemudian digoreng dengan bubuh sedikit kunyit dan
garam. Ia sesuai dimakan dengan nasi putih dan juga sayuran. Walau pun
ikan puyu mempunyai tulang yang keras berbanding dengan ikan sepat atau
ikan seluang, rasa daging ikan puyu adalah lebih lemak. anda boleh baca
artikel tulisan saya mengenai ikan sepat (Sila klik disini).
Saya masih ingat pada ketika tertentu pada musim hujan kebanyakan ikan
puyu berhijrah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang
lain. Ia paling layak digelar spesies yang suka berhijrah. Ikan puyu
adalah jenis ikan yang lasak dan mampu hidup dalam keadaan kualiti air
yang kurang baik. Spesies ini juga mampu bertahan tanpa air hingga
beberapa jam. Artikel subuh sempena cuti Raya Qurban pada 11 Zulhijjah
1436H ini saya menceritakan dalam "Anim Agro Technology" mengenai ikan puyu berdasarkan pengalaman penulis semasa muda dahulu dan pembacaan dari beberapa buku.
Spesies
ikan puyu biasanya hidup secara berkumpulan didalam lubuk atau kolam
yang mempunyai air bersih secara semula jadi. Ikan ini mudah terancam
oleh aktiviti-aktiviti penangkapan ikan seperti aktiviti menjaring,
pukat, jala, tuba dan aktiviti memancing yang keterlaluan (tanpa mengamalkan kaedah 'tangkap dan lepas' bagi yang bersaiz kecil).
Pada masa kini telah ada teknologi untuk menternak ikan puyu secara
komersial dijalankan iaitu dengan cara menggunakan kolam simen atau
kanvas dan paling sesuai adalah menternak dalam dalam kolam tanah.
Teknologi penternakan ikan puyu boleh dipelajari melalui kursus
penternakan ikan air tawar dianjurkan oleh Jabatan Perikanan atau
melalui lawatan persendirian ke projek-projek ternakan ikan puyu di
dalam negara atau luar negara yang berjaya secara komersil. Negara
Thailand juga dilaporkan telah menjalankan penternakan ikan puyu dengan
agresif dikawasan sawah padi semenjak dahulu lagi sebagai sumber
pendapatan tambahan terutama kepada petani dan pesawah. Ini kerana di
Thailand terdapat banyak air disekeliling sawah mereka dan ianya
dijadikan asas untuk aktiviti penternakan ikan puyu secara komersil.
Penulis ada beberapa kali melawat projek ternak ikan puyu disekitar
Bangkok dahulu. Negara Indonesia juga aktif didalam aktiviti penternakan
ikan puyu yang dijalankan secara kecil-kecilan dan taraf komersil.
Penternakan ikan puyu secara moden menggunakan bahan makanan daripada
pelet makanan ikan komersil yang boleh dibeli seperti memelihara ayam.
Makanan ikan ini mampu memberikan peratus tumbesaran yang sesuai untuk
mempercepatkan penuaian hasil.
Ikan puyu popular dikalangan penduduk di Utara Semenanjung Malaysia untuk dibuat Ikan Pekasam
selain daripada ia ada dijadikan lauk makanan dengan digoreng rangup
dan dimakan dengan nasi putih. Ikan Pekasam adalah satu teknik
pengawetan ikan dimana ikan darat yang dikatakan berbau hanyir diproses
dengan merendam dalam air garam dengan sekam dan serbuk beras (Sila lihat foto disebelah). Anda boleh baca artikel saya mengenai ikan pekasam (Sila anda klik disini).
Kalau pada masa dulu hanya orang-orang Melayu dan Siam yang meminati
ikan puyu tetapi sekarang dilaporkan harga ikan puyu pun telah mahal
disebabkan permintaan tinggi oleh Orang Bangladesh yang bekerja di
Malaysia. Pendek kata kalau ada jualan ikan puyu segar di pasar malam
atau pasar basah, warga Bangladesh sanggup berbaris untuk mereka
membelinya bagi dijadikan lauk makan. Kajian persendirian simpel saya
dibeberapa lokasi mendapati harga ladang ikan puyu sekitar RM 7.00 – RM 9.00 sekilogram sementara harga runcit dalam lingkungan RM 10.00 – RM 15.00 sekilogram.
Harga ini jauh lebih mahal atau tinggi berbanding dengan harga semasa
zaman saya kecil dulu iaitu cuma RM 1.00 sekilogram, itu pun kalau ada
orang yang hendak membeli dikampong masa dulu!. Permintaan untuk ikan
puyu kini semakin meningkat kerana ramai pekerja luarnegara daripada
Indonesia, Vietnam dan Bangladesh yang suka akan ikan ini. Mereka
lazimnya akan membeli secara pukal dan makan dengan nasi putih. Ikan air
tawar ini mungkin kurang dikenali atau dimakan oleh generasi muda
sekarang kerana mereka lebih kenal akan daging ayam KFC, Burger Mc
Donald, Sushi King, Ayam Nandos dan banyak lagi.
Kajian
peribadi saya juga menunjukkan ikan puyu yang sesuai untuk dijual bila
saiz ikan berada sekitar 180 - 250 gram seekor. Jika saiz ikan terlalu
kecil atau terlalu besar maka ia memang agak sukar diterima pasaran.
Bagaimana pun didapati apa yang penting adalah kesegaran dan juga saiz
keseragaman ukuran. Semasa saya melawat projek ternakan ikan puyu di
Kedah, saya dimaklumkan bahawa ikan ini akan matang dalam masa 120-150
hari [ 3--5 bulan] bergantung kepada saiz benih, pemberian makanan dan cara pengurusan
air. Juga dimaklumkan bahawa didapati ikan puyu jantan purata beratnya
cuma 150 gram seekor berbanding ikan puyu betina yang bersaiz lebih berat iaitu sekitar 180-250 gram seekor. Kemungkinan
ramai dikalangan kita sendiri tidak kenal perbezaan diantara ikan puyu
jantan dengan ikan puyu betina. Dalam beberapa laporan kajian
menunjukkan dalam satu populasi sebanyak 60% adalah ikan puyu betina dan
bakinya 40% adalah terdiri dari ikan puyu jantan. Ikan puyu betina
dewasa akan bertelur dan menetaskan telurnya setelah proses
persenyawaan. Kini teknik pembiakan ikan puyu membolehkan aktiviti
penternakan ikan ini boleh dikomersilkan dengan lebih baik.
Dalam
membuat rujukan dan teknologi cara menternak ikan puyu di Thailand
semasa saya berkursus di Kyusei Nature Farming Institut di Saraburi,
Bangkok pada tahun 2006 saya telah mendapati pemberian sejenis hormon
khas membantu meningkatkan peratus ikan puyu betina. Hormon ini
diberikan semasa anak ikan puyu mula dilepaskan didalam kolam tanah yang
dibina bagi tujuan penternakan ikan puyu secara komersil. Kepadatan
yang disyorkan di Pusat Latihan Kyusei Farming tersebut adalah sebanyak 3
- 4 ekor setiap sekaki persegi. Kolam Tanah yang dibuat berukuran 40
kaki x 100 kaki dengan kedalaman air 3 - 4 kaki mampu menampong sebanyak
10,000 - 12,000 ekor ikan puyu. Sebaiknya kolam ini mempunyai sistem
saliran air masuk dan air keluar yang baik agar pertumbuhan ikan dapat
berlaku dengan cepat dengan menggunakan makanan pelelt yang diberikan.
Kualiti air juga perlu sentiasa diperiksa agar ia tidak mengandungi
bahan racun kimia yang digunakan untuk sawah padi. Ikan puyu akan mati
jika kualiti air tercemar memasukki kolam. Ikan puyu yang dipelihara di
pusat tersebut adalah ikan puyu siam yang saiznya agak lebih besar
sedikit daripada ikan puyu tempatan yang ada di Malaysia.
Pemerhatian
saya mendapati ikan puyu nampak mudah untuk diternak kerana faktur
ketahanan nyawa, tahan lasak, susah mati, 'air breather' dan juga ikan
ini makan apa sahaja makanan sesuai yang diberikan. Teknologi
penternakan ikan ini juga kini lebih mudah dan cepat membesar dengan
formulasi makanan ikan komersil di pasaran seperti pelet makanan ikan
keluaran Syarikat Cargill dan Gold Coin dalam iaitu bentuk pellet atau
butiran (floated granules). Lazimnya semasa anak ikan baru masuk
kedalam kolam pembesaran mesti diberi makan secukupnya iaitu 4 - 5 kali
sehari untuk menjadikan kadar pembesaran sehingga 20% dari berat badan.
Kaedah ini perlu dijalankan selama 2-3 minggu pertama selepas benih
dilepaskan kedalam kolam. Keadaan
pemberian makanan ikan pada umur 2-3 minggu pertama adalah kritikal
dimana perlu untuk memberi makan sebanyak 4 - 5 kali sehari kerana ikan
puyu adalah sejenis ikan karnibal yang mana ia akan makan anak
puyu lain atau anak ikan lain-lain selain puyu didalam kelompok sama
dikolam. Pemberian makanan seperti usus ayam, baja ikan dan lain-lain
bentuk makanan selain daripada pellet dapat membantu mengurangkan
masaalah atau isu karnibalism dimana cara ini mampu mengurangkan
sehingga 50% dari jumlah populasi jika tidak di kawal. Bagaimana pun
perlu ada saliran air masuk dan keluar dengan sempurna jika diberikan
makanan tambahan seperti diatas. Pengalaman penternak ikan puyu komersil
yang penulis teliti menunjukkan selepas sebulan perlu ada aktiviti
dengan membuat aktiviti pengredan (Grading) atau pun proses
pemilihan ikan puyu dimana kita perlu mengeluarkan ikan puyu jantan
sahaja. Ini kerana apabila sampai peringkat matang lazimnya ikan puyu
jantan susah membesar seperti ikan betina tetapi ia makan makanan yang
diberikan. Ikan jantan jika tidak dikeluarkan akan menyebabkan
hasil jualan kurang kerana saiznya yang kecil dan ia kurang digemari
kerana kandungan daging ikan yang kurang. Bagi meningkatkan bilangan
telur pada puyu betina perlu berikan makan berlemak dan berminyak dimana
ini akan dapat meningkatkan penghasilan telur dan seterusnya anak ikan
puyu yang diternak.
Terdapat
kepercayaan dalam kalangan masyarakat Melayu yang mana ikan puyu mampu
menghalang gangguan makhluk halus seperti gangguan toyol dan jin. Kerana
itu penulis mendapati masyarakat Melayu lama memelihara spesies ini di
dalam rumah dekat rumah mereka untuk tujuan itu sebagai satu amalan
biasa jika ada kawasan sesuai. Sebenarnya ikan puyu memang sesuai
dijadikan ikan akuarium walau pun warna dan bentuknya tidak cantik
seperti ikan guppy, ikan laga dan ikan hiasan yang lain. Ikan ini tidak
mudah mati walau pun sistem pengudaraan dalam akuarium tidak berfungsi
untuk beberapa hari. Jika dicampur dengan ikan lain dalam akuarium dan
tidak diberikan makanan, maka nahaslah ikan kecil lain tersebut kerana
kemungkinn besar ia akan menjadi habuan ikan puyu!.
Pada penulis
penternakan ikan puyu adalah berpotensi untuk dimajukan kepada usahawan
dalam Malaysia yang telah bersedia dengan mempunyai ilmu pengetahuan
mengenai industri penternakan ikan puyu ini. Setidak-tidaknya blog tulisan saya ini boleh dijadikan bahan rujukkan asas untuk mendapatkan
sedikit sebanyak maklumat mengenai ikan puyu. Adalah disarankan agar
mereka yang serius untuk menternak ikan puyu untuk pergi ke Jabatan
Perikanan terdekat bagi mendapatkan khidmat nasihat teknikal serta
bantuan kewangan jika ada. Wasallam!...
DALAM PAYA...TEMPAT BERTUMPU...
HARGA MAHAL...SEMUA MAMPU...
KINI DITERNAK...TEKNOLOGI BARU.. . Wasallam!
IKAN PUYU.. BETUK PUN SAMA...
MUDAH DITERNAK...OLEH SEMUA...
PILIH TAPAK...BENIH DARI MANA...
MASA SINGKAT...DAPAT HASILNYA...
. .
No comments:
Post a Comment