~*~KALiMAH TAUHiD~*~







~**~TiADA TUHAN KECUALi ALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH pd SETiAP KERLiPAN & PD SETiAP NAFAS Sbyk LuasNYA APA YG ADA pd iLMU ALLAH ~**~

~*~SOLATLah KiTa, Sebelum KiTa diSOLATkan~*~


~*~PLS OPEN this WEB with MOZILLA FIREFOX or INTERNET EXPLORER...for BEST Results, Tq (^^,)

HADIS ~ PESANAN RASUL KITA, UTK UMATNYA TERSAYANG!!!


Drpd Nabi SAW bsabda:~

Ssiapa ke MASJID pd Waktu PAGI/pd Waktu PETANG Allah akan menyediakan utknya satu TEMPAT TINGGAL di Syurga apabila dia pergi samada pd Waktu PAGI atau pd Waktu PETANG

(HR Muslim, #1073)




~*~*~*[MUTiARA HADIS_1]








~~*~~[MUTiARA HADIS_2]





~~**~~[MUTiARA HADIS_3]





~~***~~[MUTiARA HADIS_4]





~*~*~*~*
~*~
~*~


PESAN Rasululah SAW

“Sesungguhnya AMAT dirasa BERAT oleh seOrg MUNAFIK, UTK melaksanakan SOLAT ISYA dan SOLAT SUBUH Sekiranya MEREKA TAHU akan keAGUNGan PAHALAnya, nescaya mereka mendatanginya (ke MASJID, SOLAT berJEMAAH) sekalipun dlm keadaan MERANGKAK2”

(HR Bukhari Muslim)

~*~Hadis Abu Hurairah RA:

Drpda Nabi SAW bSabda: Sesiapa yg pergi ke MASJID pada waktu PAGI atau pada waktu PETANG Allah akan menyediakan untuknya satu TEMPAT TINGGAL di SYURGA apabila dia pergi SAMADA pada waktu PAGI atau PETANG.

(HR Muslim, #1073)

~*~
“Sesungguhnya Allah akan mgumpulkan Org2 MUNAFIK dan 0rg2 KAFIR di dlm JAHANNAM


(QS An Nisa:140).


SOLAT BERJEMAAH LEBIH TINGGI 27 DERAJAT DIBANDING SOLAT SENDIRI“

(HR Bukhari &Muslim)


***

Wednesday, July 20, 2011

Buku Tok KenaLi KeLantan [Kitab] Kini Dijual

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Ramai dikalangan kita yang hanya tahu menyebut perkataan Allah. Sedangkan Allah itu, bkn berhuruf dan bkn bersuara. Yang kita lafazkan perkataan Allah itu, adalah namanya Allah.

Sebagai org islam yang sebenar, kita bkn shj nak ingat atau nak sebut nama, Sebaiknya kita nak sebut dan nak ingat kepada tuan yang empunya nama!. Allah itu bkn sekadar nama. Allah itu adalah tuan yang empunya nama. Iaitu Allah yang tdk bersuara dan tdk berhuruf. Bagaimana cara nak ingat Allah?
[Bersambung..]

Petikkan ~ http://tamankoperasibenabt8ijok.blogspot.com/2011/07/berita-buku-kitap-kini-dijual.html

Tok Kenali



Tok Kenali ialah satu nama yang paling terkenal dalam dunia pengajian Islam menggunakan sistem pondok di Malaysia. Bahkan beliau juga terkenal di seluruh alam Melayu. Oleh itu, memang riwayat beliau perlu diketahui oleh masyarakat. Dalam dua keluaran terakhir perbicaraan tentang ulama, telah disentuh perjuangan tokoh yang antipenjajah (Tok Ku Paloh Terengganu dan Haji Sulong al-Fathani).

Tok Kenali ialah murid yang paling dipercayai oleh Syeikh Ahmad al-Fathani, oleh itu hampir-hampir tidak ada satu rahsia perjuangan Syeikh Ahmad al-Fathani yang tidak diketahui oleh Tok Kenali. Di sini saya sentuh sedikit saja. Syeikh Ahmad al-Fathani ialah tokoh pertama dari lingkungan dunia Melayu sejagat yang secara diplomatik pergi ke Istanbul, Turki untuk melaporkan perbuatan tiga bangsa yang menjajah di dunia Melayu ketika itu. Bangsa-bangsa itu ialah Inggeris, Belanda dan Siam. Walau bagaimanapun, supaya suasana tidak selalu keras dan tegang dalam corak pemikiran jihad zhahiri, kisah Tok Kenali saya fokuskan kepada pemikiran jihad shufi. Jihad zhahiri lebih menitikberatkan perjuangan secara fizikal, sedang jihad shufi lebih mengutamakan pembinaan dalaman, qalbi atau hati dan rohani. Kedua-dua jenis jihad itu adalah penting dikombinasikan secara sepadu. Selain itu dalam disiplin ilmu akidah dan tasawuf ia dikenali dengan istilah ‘Wali Allah’ dan ‘karamah’ (istilah Melayu: keramat).

Tradisi penulisan para ulama Islam juga banyak menceritakan tentang ‘karamah’ para Wali Allah. Tulisan saya dalam Utusan Malaysia yang telah lalu (133 siri) tentang ‘karamah’ sengaja tidak saya sentuh kerana saya lebih mengutamakan riwayat yang berdasarkan fakta. Oleh kerana ramai yang minta kepada saya supaya menulis tentang karamah yang pernah berlaku pada Tok Kenali maka permintaan itu saya paparkan berdasarkan cerita yang telah saya kumpulkan daripada pelbagai sumber sejak tahun 1950-an lagi.
Karamah Tok Kenali

Nama sebenar Tok Kenali ialah Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad al-Kalantani, lahir pada 1287 H/1871 M, wafat Ahad, 2 Syaaban 1352 H/19 November 1933 M. Yang saya riwayatkan ini adalah berdasarkan pelbagai cerita yang saya dengar, oleh itu tidak terikat sangat dalam sistem penulisan ilmiah.

Yang saya ingat pada tahun 1953, ibu saya Hajah Wan Zainab binti Syeikh Ahmad al-Fathani hanya menyebut nama murid ayahnya itu dengan istilah Awang Kenali. Menurutnya, Syeikh Ahmad al-Fathanilah yang pertama menggunakan istilah ‘Awang’ itu. Riwayatnya, sewaktu Syeikh Ahmad al-Fathani menjadi utusan ulama Mekah ke Beirut dan Mesir untuk menyelesaikan pertikaian pendapat antara Saiyid Yusuf an-Nabhani (Beirut) dengan Syeikh Muhammad Abduh (Mesir) dalam rombongan itu, Awang Kenali ikut serta.

Ketika sampai di Bukit Tursina, kerana di tempat itulah Nabi Musa mendengar ‘Kalam Allah’, Syeikh Ahmad al-Fathani menyuruh murid-muridnya munajat secara khusus. Awang Kenali ditugaskan supaya minta menjadi ulama. Nik Mahmud ditugaskan munajat minta menjadi seorang pembesar Kelantan. Setelah Tok Kenali munajat, Syeikh Ahmad al-Fathani menyatakan bahawa ilmu Awang Kenali tinggi hanya mencapai ‘awan’ tidak menjangkau kepada langit. Ilmu yang sampai ke peringkat ‘awan’ itulah yang dapat dijangkau oleh kebanyakan ulama di tanah Jawi.
Daripada perkataan ‘awan’ itulah kemudian bertukar menjadi ‘Awang’. Cerita yang sama juga saya dengar daripada Haji Wan Ismail bin Hawan, Qadhi Jala (cerita didengar pada tahun 1970). Dalam surat-surat Syeikh Ahmad al-Fathani kepada pihak lain, termasuk kepada orang Arab dan Turki, apabila melibatkan muridnya itu, beliau mengekalkan tulisan dengan istilah ‘Awan Kenali’ saja tanpa menyebut nama lainnya.

Pada tahun 1969 saya dengar cerita bahawa Tok Kenali pertama-tama datang ke Mekah penuh dengan peristiwa yang pelik-pelik (ajaib). Kehidupan sehari-harinya penuh dengan tawakal. Beliau tidak mempunyai pakaian yang lebih daripada sehelai, tidak memiliki wang, tidak siapa mengetahui beliau makan ataupun tidak pada setiap hari siang ataupun malam. Hampir-hampir tidak ada orang yang mengenalinya di Mekah ketika itu.

Orang yang tidak mengenalinya hanya memperhatikan keanehannya berada dari satu halaqah ke satu halaqah yang lain dalam Masjid Haram, Mekah. Keberadaannya dalam sesuatu halaqah tidak pula membawa sesuatu kitab seperti orang lainnya. Pada kebanyakan masa ketika duduk dalam halaqah beliau memejamkan mata, orang menyangka beliau bukan mendengar pelajaran tetapi tidur. Antara ulama yang mengajar dalam Masjid al-Haram ketika itu ada yang tembus pandangannya, diketahuinyalah bahawa pemuda yang aneh itu bukanlah sembarangan orang, martabatnya ialah seorang ‘Wali Allah’.

Walau bagaimanapun, tidak seorang ulama peringkat Wali Allah di Mekah mahu membuka rahsia itu kepada murid-muridnya. Ketika Tok Kenali sampai di Mekah, Syeikh Ahmad al-Fathani telah mengetahui pemuda yang berasal dari Kelantan itu, tetapi sengaja tidak dipedulikannya kerana pada firasat Syeikh Ahmad al-Fathani pemuda Kelantan itu sama ada lekas ataupun lambat akan datang juga kepada beliau.

Dalam masa berbulan-bulan peristiwa seperti di atas, pada satu ketika Tok Kenali mengunjungi halaqah Syeikh Ahmad al-Fathani. Tok Kenali duduk jauh di belakang pelajar-pelajar lain. Syeikh Ahmad al-Fathani telah mempersiapkan sekurang-kurangnya tiga kemusykilan atau masalah, yang pada pemikiran Syeikh Ahmad al-Fathani tidak akan dapat dijawab oleh siapa pun yang hadir dalam majlis pengajiannya, kecuali seseorang itu memiliki pandangan ‘kasyaf’ ataupun telah memperoleh ‘ilmu ladunni’.

Sewaktu Syeikh Ahmad al-Fathani melemparkan pengujian atau pertanyaan kepada semua pelajar, Tok Kenali seperti orang tidur-tidur saja. Semua pelajar terdiam, tidak seorang pun berkemampuan menjawab masalah yang dikemukakan oleh Syeikh Ahmad al-Fathani. Tiba-tiba Syeikh Ahmad al-Fathani menyergah pemuda Kelantan yang sedang tidur. Pemuda itu terkejut. Syeikh Ahmad al-Fathani menyuruhnya supaya datang ke hadapan duduk bersama beliau. Disuruhnya pemuda Kelantan itu menjawab masalah ujian yang dikemukakan lalu semuanya dijawab dengan sejelas-jelasnya.

Setelah peristiwa itu Tok Kenali menjadi murid yang paling mesra dengan Syeikh Ahmad al-Fathani. Bahkan Tok Kenali menjadikan dirinya sebagai ‘khadam’ kepada Syeikh Ahmad al-Fathani. Seluruh gerak dan diam Tok Kenali hanyalah berkhidmat kepada gurunya itu, kerana diketahuinya bahawa seluruh kerja Syeikh Ahmad al-Fathani semata-mata untuk kepentingan agama Islam dan bukan kepentingan peribadinya. (Cerita yang sama juga didengar daripada Tuan Guru Haji Mahmud bin Yusuf Juani di Pondok Gajah Mati, Kedah pada tahun 1970. Beliau ialah murid Tok Bermin, sahabat Tok Kenali).

Hampir semua murid Tok Kenali yang pernah saya temui meriwayatkan bahawa orang yang pernah belajar dengan Tok Kenali semuanya mendapat kedudukan dalam masyarakat. Apabila seseorang murid itu lebih berkhidmat kepada beliau maka ternyata akan lebih pula ilmu yang diperolehnya. Demikian juga kedudukan dalam masyarakat. Yang dimaksudkan berkhidmat di sini ialah ada yang pernah menyiram Tok Kenali ketika mandi. Bahkan ada murid yang pernah membasuh beraknya sesudah buang air besar.

Murid yang sampai kepada kedua-dua peringkat ini saja yang menjadi ulama besar, antara mereka termasuk Syeikh Idris al-Marbawi dan Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti. (Sumber cerita ini daripada murid beliau, Tuan Guru Haji Abdur Rahman bin Husein al-Kalantani, Mufti Mempawah, yang didengar pada tahun 1969 di Mempawah; Tuan Guru Haji Mahmud di Gajah Mati, Kedah pada tahun 1970; Qadhi Haji Wan Ismail bin Hawan di Jala pada tahun 1970; Tuan Guru Haji Abdur Rahim Kelantan di Mekah pada tahun 1979, dan masih ada yang lain yang belum perlu disebutkan.)
Walaupun telah diketahui umum Tok Kenali berasal dari Kelantan tetapi sewaktu saya mengembara ke negeri Caiyya (nama asalnya Cahaya) yang terletak jauh ke Utara Patani dan Senggora, orang tua-tua bercerita bahawa asal usul datuk nenek Tok Kenali adalah dari Cahaya. Diriwayatkan ada dua atau tiga kali Tok Kenali pernah datang ke negeri Cahaya. Setiap kali Tok Kenali datang beliau dimuliakan orang. Tempat yang menjadi laluan Tok Kenali dihamparkan dengan kain kuning, demikian juga tempat duduknya. Orang ramai datang berduyun-duyun menziarahi Tok Kenali kerana mengambil berkat keramatnya. Ada orang tertentu yang didoakan oleh Tok Kenali ternyata dikabulkan oleh Allah sebagaimana doa yang beliau ucapkan (riwayat ini didengar di Caiya (Cahaya) pada 1992).

Penulisan

Penglibatan Tok Kenali dalam penulisan adalah sebagai bukti beliau seperti juga ulama-ulama terkenal lainnya. Beliau ialah Ketua Pengarang majalah Pengasuh yang pertama ketika majalah itu mula-mula diterbitkan. Dari sini dapat kita buktikan bahawa majalah Pengasuh merupakan majalah Islam yang paling lama dapat bertahan di Nusantara. Majalah Pengasuh masih kekal diterbitkan hingga sekarang ini (1427 H/2006 M) oleh Majlis Agama Islam Kelantan. Semua majalah Islam di Nusantara yang diterbitkan peringkat awal, bahkan termasuk yang agak terkebelakang, semuanya tidak diterbitkan lagi.

Karya-karya Tok Kenali yang ditulis dalam bentuk risalah atau kitab pula antaranya ialah Risalatud Durril Mantsur, yang selesai ditulis pada bulan Jumadil Akhir 1310 H/Disember 1892 M. Kandungannya merupakan terjemahan dan penjelasan fadhilat Burdah Bushiri. Dicetak dalam bentuk huruf batu/litografi oleh Syeikh Abdullah Mujallid, Mekah pada Jumadilakhir 1310 H.
Karya Tok Kenali dalam bidang ilmu sharaf pula ialah Madkhal Kamil fi ‘Ilmis Sharfi, selesai penulisan pada 15 Rabiulawal 1351 H. Kandungan merupakan karya tashhih tentang ilmu sharaf. Kemungkinan maksud daripada gurunya Syeikh Ahmad al-Fathani, iaitu karya berjudul Abniyatul Asma’ wal Af’al. Dicetak oleh Mathba’ah al-Asasiyah al-Kalantaniyah atas perbelanjaan Haji Wan Daud bin Haji Wan Sufyan.

Karya Tok Kenali dalam bidang ilmu nahu pula ialah Mulhiq li Miftahit Ta’allum fi I’rabi Matnil Ajrumiyah wal Amtsilah ‘ala Ratbih, selesai penulisan pada 29 Sya’ban 1354 H. Membicarakan ilmu nahu merupakan huraian kitab Matn al-Ajrumiyah. Kitab ini dikumpulkan atau ditulis kembali oleh salah seorang muridnya iaitu Tuan Guru Haji Abdullah Thahir bin Ahmad, Bunut Payung. Dicetak oleh Persama Press, Pulau Pinang atas kehendak Tuan Guru Abdullah Thahir bin Ahmad bin Muhammad Zain pada 9 Safar 1356 H.

Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah
Petikan~ http://jamaluddinab.blogspot.com/2009/08/tok-kenali.html

. .
~***~LadingEMAS~***~

SYA'BAN ~ KHOTBAH RASULULLAH

KHOTBAH RASULULLAH DI PENGHUJUNG BULAN SYA'BAN

by Zubair IbnuAwwam As-Sabah on Wednesday, July 20, 2011 at 3:36am

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABAROKATUH


Dengan menyebut Asma Allah yang Maha pengasih dan Penyayang.

Saudara dan saudariku perindu Ramadhan yang dikasihi
Syukur Alhamdulillah tidak lama lagi bulan keberkatan muncul,dan kemunculannya Hati orang mukmin tidak sabar lagi untuk mengambil peluang semaksimal mungkin dibulan yang berkat ini demi mendapatkan bekalan iman dan meningkatkan Taqwa.

Sahabatku sekalian yang dikasihi Disetiap penghujung bulan Sya'ban, Rasulullah Berdiri berkhutbah mengingatkan para Sahabat ra tentang kelebihan Ramadhan.

KHOTBAH RASULULLAH DI PENGHUJUNG BULAN SYA'BAN
Wahai sekalian manusia kini muncul kepadamu satu bulan yang besar dan mulia, bulan yang teramat berkat,bulan yang didalamnya terdapat satu malam yang lebih tinggi nilainya dari pada seribu bulan.Inilah bulan Allah memfardukan keatasmu berpuasa disiang hari dan menjadikan sholat Tarawih sebagai sunnah di malam hari sesiapa yang ingin mendekatkan dirinya kepada Allah melalui amalan sunnah di bulan Ramadhan maka di balasi kepada dengan ganjaran seolah-olah melaksanakan amalan fardu di bulan lain pada tahun itu,dan barangsiapa melakukan satu amalan fardu maka akan di balasi 70x amalan fardu di bulan lain pada tahun itu.
Inilah sesungguhnya bulan kesabaran dan kesabaran yang sejati tiada lain balasannya kecuali Surga,inilah bulan simpati terhadap sesama manusia di bulan inilah resky orang orang beriman di tambah, barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka puasa pada orang yang berpuasa maka kepadanya dibalasi dengan keampunan dari dosanya dan di bebaskan dari api neraka,dan juga memperoleh ganjaran yang sama seperti orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahala orang berpuasa.
Sahabatku sekalian setelah selesai Rasulullah berkhotbah maka para sahabat bertanya termasuk juga Zalman Al-farisi;

"Yaa Rasulullah tidak kesemua dari kami dapat memberikan kepada orang berpuasa untuk berbuka maka Rasulullah menjawab dengan Sabdanya: Allah akan mengaruniakan pahala kepada orang yang memberi walaupun hanya sebiji tamar@sebiji korma dan seteguk air dan sehirup susu untuk orang berbuka puasa inilah bulan yang pada Awalnya Allah menurunkan Rahmat,dipertengahannya Allah menurunkan pengampunan dan di akhirnya Allah membebaskan hambaNya dari api neraka."
(HR.Zalman al-farisi )

Saudara dan saudariku yang di Rahmati Allah.
marilah kita semua merenung dan berusaha mengamalkan isi khotbah Rasulullah di atas dan saya memberi kesimpulan khotbah dengan 7 perkara penting :
1) Bulan ramadhan adalah bulan yang terSangat berkat
2) Terdapat satu malam yang lebih berharga dari pada 1000 bulan ( Lailatul Qadar)
3) Bulan Ramadhan adalah bulan Rahmat, Pengampunan dan Pembebasan
4) Bulan Ramadhan bulan kesabaran dan Kesabaran Sejati balasannya adalah Surga.
5) Bulan Ramadhan rezki orang beriman di tambah.
6) Sesiapa melakukan 1 amalan sunnah maka dibalasi seumpama melakukan amalan fardu,dan Sesiapa melakukan 1 amalan fardu maka di balasi 70x amalan
7) Sesiapa memberi juadah buka puasa kepada orang2 berpuasa maka di beri balasan yg sama tanpa mengurangi pahala orang2 berpuasa itu.
Saudara dan saudariku yang dimuliakan,
Tidak lama lagi Kita semua memasuki bulan berkat dimana pahalanya dilipat kali gandakan bagi mereka yg mengharap ganjaran dan keredhaan Allah swt. Dengan ini hamba2Nya semakin bertaqarrub kepadaNya dan lebih berpeluang memasuki Syurga yang disediakan Allah bagi hamba hamba Allah yang bertaqwa.
Dari Qutaibah, dari Ismail bin Jaafar dari Abi Suhail, dari ayahnya dari Abu Hurairah ra. sabda Rasulullah bermaksud,

"Apabila datang Ramadhan,maka dibukakan pintu2 Syurga"
(Hadis sahih riwayat Al-Bukhari).

Sahabatku,dengan berpuasa, kita menahan diri dari makan, minum, hubungan suami isteri,menjaga lidah dan hati hanya semata-mata kerana Allah.
Oleh itu Allah sendiri yang akan membalas segala amalan kita di bulan Ramadhan.
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya :
"Sesiapa yang mendirikan (solat dan ibadah) di malam Lailatul Qadar dengan penuh iman dan mengharap ganjaran Allah,diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh iman dan mengharap ganjaran Allah,diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu"(HR shahih, Al-Bukhari).
Sahabatku semua marilah kita sama mengambil peluang baik ini dalam Ramadan, mari kita melipatgandakan ibadah ibadah kita seperti Shalat (Sahlat Tarawih) Puasa banyakkan membaca Al-Qur'an dan membiasakan diri kita mendampingi surau atau masjid dengan harapan mendapatkan keredhoaan Allah semata mata.
Sabda Rasulullah berkenaan shalat Tarawih bermaksud,
"Sesiapa yang mendirikan (sholat Tarawih) di bulan Ramadan, dengan penuh keimanan dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan untuknya akan kesalahan yang telah dikerjakannya" (Hadis sahih riwayat Al-Bukhari).
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala bermaksud :
"Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadr. tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam tiap urusan. Sejahtera malam tersebut hingga terbit fajar" (QS Qadr 1-5).
Sahabatku Mukmin dan Mukminat sentiasalah mengejar peluang yang disediakan Allah untuk hamba2Nya. Ini termasuklah ganjaran berlipatkali ganda Malam Lailatul Qadar dimana ia lebih baik dari 1000 bulan (83 tahun).
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya :
"Dapatkanlah (dengan tekunlah beribadat) pada malam Lailatul Qadar pada Sepuluh Malam Terakhir dibulan Ramadan" (Hadis sahih riwayat Al-Bukhari).
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya :
"Dapatkanlah (dengan tekunlah beribadat) pada malam Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil di Sepuluh Malam Terakhir dibulan Ramadan".
( Hadits Riwayat bukhari )
Saudara dan saudariku yang kusayangi karenaNya.
Semoga Ramadhan pada tahun ini merupakan Ramadhan yang terbaik dan berjaya kita lalui sepenuhnya dan mendapat Rahmat (belas kasih Allah ), maghfirah (keampunanNya) dan itqum minannar (selamat dari api Neraka).
Ya Allah terimalah puasa kami, Solat Tarawih kami , Qiyamullail dan iktikaf kami serta Tadarrus kami dibulanMU yang mulia . Ya Allah, terimalah ibadah ibadah kami, taqarrub atau usaha kami mendekatkan hati dan diri kami kepadaMu dan jadikanlah kami semua orang orang yang Muttaqin dan di beri pengampunanMU
Yaa Allah terimalah doa kami, Walhamdulillahi Rabbal 'alamiin.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAQ SEMOGA KITA SEMUA MENDAPATKAN RAHMAT DAN PENGAMPUNAN DARI ALLAH AAMIIN. WASSALAM 
Petikkan ~ http://www.facebook.com/notes/zubair-ibnuawwam-as-sabah/khotbah-rasulullah-di-penghujung-bulan-syaban/179143322151213

. .
~***~LadingEMAS~***~

Tuesday, July 19, 2011

Pemecah Benteng BathiL

Pemecah benteng segala yang bathil (BiiznILLAH wa BiaunILLAH)

Assalamualaikum WMT dan Salam Bahagia,

Tercipta gerak bagi segala gerak dengan izin DIA, Maha Pengatur segala yang teratur. Dari DIA, kerana DIA, dengan DIA, dan kepada DIA, itulah hakikat yang tiada ternafi bagi mereka yang berfikir dan berzikir, berzikir dan berfikir. DIA, ALLAHu Jalla Jala lahu, sentiasa bersama, sentiasa ADA, sentiasa KEKAL, ALLAHu Akbar, ALLAHu Akbar, ALLAHu Akbar. AlhamduLILLAH… AlhamduLILLAH… AlhamduLILLAH.

Pelengkap akhlak bagi sekalian alam, yang tiada berganti dari awal hingga akhir, yang segala makhluk juga hamba menyampai salam dan selawat penuh takzim ke hadrat Baginda, tiada Islam dan Iman tanpa pengzahiran Baginda Rasulullah S.A.W, tiada amal ihsan tanpa kemuliaan pandangan dan ucapan Baginda Rasulullah S.A.W, tiada pintu menuju ke jalan yang benar tanpa sentuhan Baginda Rasulullah S.A.W.
Dengan syafaat Baginda Rasulullah S.A.W,
Masih bertongkat langit tanpa tiang,
Masih tertanggung bumi tanpa wadah,
Masih terucap lidah dengan kalimah suci dan masih tergerak kudrat menunaikan suruhan PENCIPTA sekalian alam juga buana, ALLAHu Akbar. ALLAHumma Solli Wasallim wabarik ‘ala Sayyidina Muhammad wa ‘ala aalih, ‘adada kamaLILLAH, wa kama yaliiqu bikamaalih.

Para Sahabat dan pembaca yang dirahmati ALLAH sekalian,

Dalam ruang masa yang terhad ini, digerakkan ALLAH untuk saya yang faqir lagi hina ini untuk berkongsi antara serba sedikit kaedah atau amalan yang dengan izin ALLAH boleh membantu dalam rawatan juga dalam pencegahan dari segala yang bathil. Baik sebelum atau sedang berlaku.

Seringkali ditanya oleh sahabat-sahabat berkaitan amalan atau kaedah dalam melawan ahli sihir atau ahli bathil.

Tidak kurang yang menerima serangan dari kumpulan-kumpulan antoganis ini.

Namun, seringkali juga saya mengingatkan sahabat-sahabat terutama diri saya, bahawa serangan paling utama adalah serangan pada hati, di situlah bermulanya sihir, di situlah bermulanya saka, di situlah bermulanya segala sesuatu yang rata-rata hari ini orang memandang satu perkara yang besar dan boleh membawa kepada kemudaratan yang baqa.

Maka seringkali itulah juga, saya mengingatkan sahabat-sahabat terutama diri saya sendiri bahawa "Pandanglah kepada DIA yang mengizinkan dan menginginkan perkara tersebut terjadi, bukan kepada mereka yang MAHU perkara itu terjadi’, insyaALLAH tenang jiwa. Kerana Ujian itu bersama Rahmat, Kifarah itu bersama peringatan, manakala bala itu bersama kemurkaan, NauzubILLAH.

Maka dari tenang itulah akan terbit satu tindakan yang bijak, tidak bertindak mengikut amarah namun bertindak berlandaskan Iman.

Maka setelah itu, amalan akan bertambah kudus dan telus.

Antara kaedah bagi memecahkan benteng sang ahli atau tukang sihir (ahli dan tukang adalah dua terma yang berlainan) adalah berwasilahkan dengan Surah At Taubah ayat 14 :

perangilah mereka, nescaya ALLAH akan menyeksa mereka Dengan (perantaraan) tangan kamu, dan ALLAH akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan ia akan memuaskan hati orang-orang Yang beriman.

Salah satu kaedahnya, dibacakan ayat ini, tumpukan pada pintu Jamal sehingga titik-titik nur bertemu menjadi satu, maka dihembuskan dengan satu hembusan ‘menembak’, dengan doa bermohon agar ALLAH memecahkan benteng mereka yang melakukan kebathilan dan menyedarkan mereka. Ingat sahabat-sahabat sekalian, DOA berlandaskan Iman bukan Amarah.

Paling utama kuncinya adalah TENANG. Zikir itu menyucikan, Istighfar itu menenangkan, Selawat itu menyejukkan.

Kepada mereka yang telah diijazahkan dengan Pedang Husni, buat kaedah ini terlebih dahulu, seterusnya digunakan Pedang Husni tersebut. Ingat sahabat-sahabat sekalian, tindakan berlandaskan Iman bukan amarah. Amatlah tidak digalakkan menggunakan Senjata Faqir atau Zdulfaqar setelah membuat amalan memecahkan benteng ini kerana kesannya amat kuat. BiiznILLAH. Ingatlah, bahawa kita dipertanggungkan dengan segala tindakan kita, maka lakukanlah sesuatu yang lebih berbaloi.

Kaedah-kaedah lain akan diperkongsikan dalam kadar waktu yang diizinkan ALLAH bersama gerak dari DIA.
Wassalam.

Petikan ~ http://terapi-alfatah.blogspot.com/2011/07/pemecah-benteng-segala-yang-bathil.html

. .
~***~LadingEMAS~***~
~*~*~ Who