~*~KALiMAH TAUHiD~*~







~**~TiADA TUHAN KECUALi ALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH pd SETiAP KERLiPAN & PD SETiAP NAFAS Sbyk LuasNYA APA YG ADA pd iLMU ALLAH ~**~

~*~SOLATLah KiTa, Sebelum KiTa diSOLATkan~*~


~*~PLS OPEN this WEB with MOZILLA FIREFOX or INTERNET EXPLORER...for BEST Results, Tq (^^,)

HADIS ~ PESANAN RASUL KITA, UTK UMATNYA TERSAYANG!!!


Drpd Nabi SAW bsabda:~

Ssiapa ke MASJID pd Waktu PAGI/pd Waktu PETANG Allah akan menyediakan utknya satu TEMPAT TINGGAL di Syurga apabila dia pergi samada pd Waktu PAGI atau pd Waktu PETANG

(HR Muslim, #1073)




~*~*~*[MUTiARA HADIS_1]








~~*~~[MUTiARA HADIS_2]





~~**~~[MUTiARA HADIS_3]





~~***~~[MUTiARA HADIS_4]





~*~*~*~*
~*~
~*~


PESAN Rasululah SAW

“Sesungguhnya AMAT dirasa BERAT oleh seOrg MUNAFIK, UTK melaksanakan SOLAT ISYA dan SOLAT SUBUH Sekiranya MEREKA TAHU akan keAGUNGan PAHALAnya, nescaya mereka mendatanginya (ke MASJID, SOLAT berJEMAAH) sekalipun dlm keadaan MERANGKAK2”

(HR Bukhari Muslim)

~*~Hadis Abu Hurairah RA:

Drpda Nabi SAW bSabda: Sesiapa yg pergi ke MASJID pada waktu PAGI atau pada waktu PETANG Allah akan menyediakan untuknya satu TEMPAT TINGGAL di SYURGA apabila dia pergi SAMADA pada waktu PAGI atau PETANG.

(HR Muslim, #1073)

~*~
“Sesungguhnya Allah akan mgumpulkan Org2 MUNAFIK dan 0rg2 KAFIR di dlm JAHANNAM”


(QS An Nisa:140).


“SOLAT BERJEMAAH LEBIH TINGGI 27 DERAJAT DIBANDING SOLAT SENDIRI“

(HR Bukhari &Muslim)


***

Wednesday, February 9, 2011

Nabi Ayyub ~ Sakit

NABI AYUB SAKIT TERUK
~ Doa yg amal sederhana sekali ttpi...


Perihal Nabi Ayub sakit teruk

Soalan

Ada seorang penceramah di masjid tempat saya, dalam satu ceramahnya beliau menceritakan perihal Nabi Allah Ayub AS yg mendapat penyakit ganjil kerana perbuatan jin-jin kafir ke atasnya. Seluruh badan Nabi Ayub a.s. berkudis dan bernanah, sehingga dagingnya reput, berbau busuk serta berulat. Kami jemaah masjid tertanya-tanya tentang peristiwa itu, bagaimana Nabi Ayub a.s. boleh mengajak orang mempercayai seruannya dan kerasulannya, jika keadaan beliau seperti sedemikian. Mohon Dato' jelaskan?

FAUZI ABDUL RAHMAN,
Gombak, Kuala Lumpur



  Kisah Nabi Ayub a.s. terkena penyakit kerana perbuatan syaitan adalah kisah benar, wajib dipercayai kerana dipaparkan di dalam al-Quranul Karim dengan Firman Allah SWT (mafhumnya):

"Dan ingatlah akan hamba Kami, Ayub, ketika ia menyeru kpda Tuhannya, dgn rintihan;

   "Sesungguhnya ya Allah, saya diganggu syaitan dgn Kesusahan dan Keazaban."
(QS Shaad: 41)


Dengan ayat ini, amat jelas bahawa Nabi Ayub a.s.terkena kesusahan dan keazaban. Cuma perbezaannya apakah jenis penyakit yang baginda alami? Apakah sehingga yang anda sebut tadi, sehingga bernanah dan berkudis serta hancur daging dan sebagainya.

Apa yang disebut penceramah itu memang ada sandarannya, seperti yang pernah kita lihat dalam tafsir-tafsir yang muktabar. Antara lain disebut dalam Tafsir al-Qurtubi, badan Nabi Ayub a.s., gatal dan berkudis, digaru dengan kukunya hingga berdarah. Ditambah lagi dengan digaru dengan tembikar (jenis batu bata) hingga daging-dagingnya berkecai.

Bagaimanapun, perlu disedari bahawa dalam kita-kitab tafsir, walaupun yang muktabar, memang pengarangnya telah memasukkan kisah-kisah yang diistilahkan sebagai israiliyaat (cerita-cerita kaum Bani Israil). Kisah-kisah seperti ini memang menembusi (dicatat) dalam kitab-kitab, bagaimanapun tidak ada sandarannya dan tiada hadis yang benar-benar sahih menceritakannya.

Malah dalam kitab Tafsir al-Qurtubi, juzuk ke 15, di halaman 208, selepas mencatat cerita seperti yang saya sebutkan tadi, penulisnya menghuraikan bahawa cerita-cerita Israiliyaat ditolak oleh ulama muktabar secara keseluruhannya.

Pada hemat saya, setelah melihat banyak tafsir yang menceritakan kisah Nabi Ayub a.s.terkena ibtilak, bahawa memang benar iblis laknatullah berjaya mengenakan Nabi Ayub a.s.dengan gangguan fizikal.

Dengan kejahatan iblis itu baginda terganggu dan susah untuk beribadah dan berasa kesengsaraan kerana gatal-gatal badan yang tidak henti-henti.

Hal ini juga menyebabkan emosi Nabi Ayub a.s.terganggu, yang kenali dengan waswasah, fikiran berkecamuk atau bercelaru bila mengenangkan gangguan ke atas dirinya itu.

Penyakit tersebut, tidaklah sampai badannya hampir luluh, berkudis bernanah sehingga sesiapa yang melihatnya berasa jijik, loya dan hampir termuntah.

Jika ini berlaku, kenabian atau kerasulan Nabi Ayub a.s. akan terjejas kerana tidak ada orang yang mahu menghampirnya, orang melihatnya sebagai mencelarukan fikiran mereka.

Menurut Ibnu Abbas, Nabi Ayub a.s. terkena penyakit itu selama tujuh tahun, tujuh bulan, tujuh hari, akhirnya Nabi Ayub a.s. mengadu kepada Allah, seperti yang terpapar dalam al-Quran mafhumnya:

"Dan ingatlah kisah Nabi Ayub ketika ia menyeru Tuhannya,
"Sesungguhnya saya telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan yg lebih mengasihi drpda segala yg mengasihi. Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yg menimpanya.....(hingga akhir ayat)"
(QS al-Anbiya : 83-84)

Cara Allah hendak menyembuhkan penyakitnya adalah, pertama, dengan doa (rayuan) Nabi Ayub AS seperti di atas. Kedua, Allah mewahyukan kpda Ayub AS hentakkan kaki ke bumi yg dipijaknya beberapa kali, sehingga air terpancar dari bumi itu. Ketiga, ambil air itu utk diminum dan dimandi dengannya.

Dgn berbuat demikian, Allah menyembuhkan Nabi Ayub AS dari penderitaannya, utk menyambung semula tugas kerasulan baginda.

Walau apa pun yg diulas Org dari cerita ini, hendaklah kita mengambil iktibar bahawa Allah SWT memberikan contoh kpda kita, perihal kesabaran seOrg Nabi yg terseksa hidupnya akibat gangguan syaitan.

Akhirnya, setelah begitu lama menanggung kesusahan barulah Nabi Ayub AS berdoa ke hadrat Allah memohon kesembuhan, lalu Allah SWT memperkenankan doanya

Wallah Hu A'lam.

(Petikan dari Harakah Bil.1338)

Petikan dari ~ http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=24



MAKRIFATULLAH [KENAL DIRI] 👉 ~ 
https://lading-emas.blogspot.com/2016/10/ilmu-hakikat-dan-makrifat-ariff-billah.html



ALAM Jin 👉 ~  https://lading-emas.blogspot.com/2011/07/kesah-jin-syaitan-dan-iblis.html


Sumpah Pemutus Jin 👉 ~  https://lading-emas.blogspot.com/2009/11/sumpahikrar-pemutus-jin-syaitan-dlm.html



 . .
~***~LadingEMAS~***~

Monday, February 7, 2011

Syiah Sesat ..??? Kenapa..?

Rabu, 2011 Januari 12


Syiah Sesat; Siapa Yang Keliru?

Posted by Abu Hannan On 16:37:00 5 comments

Berikutan isu penangkapan kira-kira 200 penganut syiah di gombak baru-baru ini, seorang penulis bernama Abu Bakar Abdullah yang mendakwa sebagai pengikut setia mazhab Shafi’e telah melahirkan rasa bingung dan tidak puas hati serta mendakwa  JAKIM dan ulama’sunnah khususnya di Malaysia keliru dalam memfatwakan ajaran syiah Imamiyyah sebagai ajaran sesat. Ini juga rentetan persoalan yang dikeluarkan oleh pembaca setia JTR bertanyakan berkenaan tulisan tersebut yang bagi beliau mungkin ada kebenarannya. Jawapan untuk persoalan ini telah disediakan oleh Lubna Salma dari Kajang berkenaan kekeliruan Abu Bakar Abdullah dalam suratnya yang dihantar dan disiar di akhbar Harakah. 
Persoalan saudara yang bertanya berbunyi begini:
Saudara, saya telah terbaca dalam satu tulisan diharakah yang menyatakan dia keliru dengan JAKIM dengan menyesatkan syiah.pandangan beliau nampak macam betul juga. tolong saudara jelaskan.

Syiah Imamiyyah sebenarnya juga dikenali sebagai mazhab ahli bayt /Syiah Imam Dua Belas -Imamiyyah Ithna ‘Ashariyyah /Syiah Ja’fariyyah  /Syiah al-Rafidhah melalui kaedah-kaedah keagamaan yang dianuti dan kelompok ini  cukup dikenali oleh ulama Islam sejak zaman tabi’en.  Syiah ini memiliki empat sumber utama di mana, menurut mereka, darjat muktabar dan kesahihannya tidak akan mampu dicapai oleh mana-mana sumber Ahli Sunnah.  Empat sumber utama tersebut ialah Usul al-Kafi, al-Istibsar, Man La Yahduruh al-Faqih dan Tahzib al-Ahkam.


Berdasarkan sumber-sumber ini, jelaslah Syiah ini bukan kelompok Zaydiyyah atau Mufaddhilah yang masih diterima ulama Islam dalam persoalan hukum fiqh kerana mereka bersikap tidak mengkafirkan tiga khalifah pertama Islam sebelum Ali bin Abi Talib r.a dan sebahagian besar sahabat nabi termasuk isteri baginda s.a.w.

Status Syiah Imamiyyah ini telah jelas di kalangan generasi ulama terawal  termasuk empat imam mazhab yang empat (Hanafi, Maliki, Syafi’e dan Ahmad)  yang menolak dan menyesatkan ajaran ini . bahkan majoriti ulama’ terdahulu di kalangan mereka telah menggolongkan kelompok ini sebagai pendusta , zindiq  bahkan diragui keislamannya kerana beberapa ciri-ciri kesesatan aqidah mereka seperti mencaci, mencela dan mengkafirkan sejumlah besar sahabat nabi termasuk isteri-isteri nabi, menganggap Al-Quran telah diselewengkan (tahrif) dan diubah-ubah oleh para sahabat nabi. 

Imam Abu Hanifah berkata, “terimalah hadis dari semua golongan pelaku bid’ah yang sederhana dalam fahamannya kecuali 
Syiah kerana prinsip Aqidah Mereka ialah mempercayai sesatnya para sahabat Muhammad s.a.w.”
(Khatib al-Baghdadi, al-Kifayah fi ma’rifati ilmi al-riwayah, hlmn. 146 ) 
Sementara  Imam Syafie berkata,
“tidak pernah aku melihat golongan yang menurut hawa nafsu, yang lebih pembohong  dari golongan Rafidhah” 
(Al-Suyuti, Tadrib al-Rawi, jil. 1, hlm. 327) 
Imam Malik ketika ditanya mengenai Syiah, beliau berkata, “jangan kamu bercakap dengan mereka, jangan kamu meriwayatkan hadis dari mereka kerana mereka selalu BERDUSTA” 
(Ibn Taymiyyah, Minhaj al-Sunah al-Nabawiyyah, jil.1 hlm. 16) 
Sementara Imam Ahmad bin Hanbal berkata,.. “apabila kamu melihat seseorang selalu memburuk-burukkan sahabat maka raguilah keislamannya dan keimanannya”. 

Oleh sebab ruangan ini terhad, kita tidak mampu menyenaraikan fatwa-fatwa ulama’ Sunnah sejak awal islam sehingga hari ini termasuk Sayyid Abu Hasan Ali al-Nadwi, Said Hawa’, Nasiruddin al-Abani dan ulama’ulama hadis benua India mengenai Syiah imamiyyah kerana perbezaan dari segi usul aqidah dan syariat.
Dalam tulisannya, Abu Bakar Abdullah mendakwa menerusi pembacaannya di internet, tokoh-tokoh seperti Dr Yussof Qardhawi, al Marhum Syeikh Tantawi bekas Rektor Universiti al Azhar, Mufti Mesir, Mufti Syria, Mufti Lubnan, Mufti Pakistan, Mufti Turki dan ramai lagi ulama-ulama Ahlussunah yang telah mengeluarkan Fatwa bahawa Syiah Imamiah adalah Islam sebagaimana mazhab-mazhab lain di dalam Mazhab Ahlussunah, tidak sesat kafir. 
Kenyataan beliau jelas sekali keliru dan palsu, kerana sekalipun Yusuf Qaradawi turut sama dalam Amman Message bertaqrib dengan Syiah, beliau tidak pernah lupa mengingatkan kepada umat Islam tentang keSESATan SYIAH yang memiliki aqidah tarif al-Quran dan mencaci maki para sahabat nabi, malah beliau meletakkan syarat dua ciri aqidah Syiah ini dihapuskan sebagai syarat berjayanya projek tersebut. Tidak memadai di situ, Syeikh Qaradhawi melarang usaha penyebaran Syiah di negara-negara Sunni kerana menurutnya akan mencetuskan pertumpahan darah (rujuk Siaran al-Jazeerah, 31 Ogos 2006). 


Manakala Syeikh Tantawi pula sebelum kematiannya turut menyatakan golongan yang mencaci maki para sahabat dan isteri nabi bukanlah dari kalangan umat Islam. Beliau meninggal sebelum usul beliau terhadap pendirian syiah direkomendasikan kepada lembaga penyelidikan al-Azhar (eramuslim.com, 28 Ferbruari 2010).
Sebelumnya Syeikh Tantawi, turut mengecam usaha penyebaran Syiah yang dilakukan oleh sayap Hizbullah di Mesir yang sedang pesat berkembang (mufakkirah al-Islam : 19 April 2009). 

Barisan Mufti Pakistan sejak berzaman telah memfatwakan Syiah sesat malah terkeluar dari Islam. Malah ulama’-ulama’ hadis sunah di benua India (khususnya ulama’ Pakistan) paling kuat membongkar kesesatan aqidah Syiah menerusi karya-karya mereka yang tidak terhitung jumlahnya.
(sumber :  Syiah Rafidhah : Di Antara Kecuaian Ulama & Kebingungan Ummah oleh Maulana Asri Yusuf). 
Malah di kalangan mereka ada yang dibunuh oleh orang-orang Syiah seperti Prof. Ihsan Ilahi Zahir.

Kita janganlah lupa kepada karya Sayid Abu Hasan Ali al-Nadwi bernama Shuurtaan Mutadhadataan 
(Syiah vs Sunah : dua wajah sentiasa berlawanan) dan karya Syeikh Said Hawa’ yang bertajuk,
Khumayniyyah : Syudzuuz fi al-Aqa’id wa al-Mawaqif (Khomeini: Keganjilan Aqidah dan Pendirian) yang secara terang-terangan membongkar kesesatan aqidah Syiah Imamiyyah yang perlu diawasi oleh umat Islam.

Syiah sering kali menyandarkan kepada sokongan ucapan dan dokumen Syeikh Mahmud Syaltut bagi membuktikan ajaran mereka diterima sebagai mazhab Islam, namun mereka tidak pernah mendedahkan fatwa Mahmud Syaltut menyatakan perkahwinan mut’ah yang diamalkan syiah bukannya datang dari syariat Allah dan Mahmud Syaltut tidak menerima konsep Imam Mahdi seperti ajaran Syiah. 

Mereka menyangka ulama’-ulama sunah tidak pernah menyedari kesesatan Syiah Imamiyyah dan berdiam diri padanya. Usaha taqrib, iaitu mendekatkan antara Sunah dan Syiah yang dipelopori ulama’ al-Azhar mendapat sambutan pada peringkat awal bagi mengelakkan pertumpahan darah dan mendakwahkan Syiah kepada aqidah yang benar menerusi dialog.  Namun pencetus kepada usaha ini, Syeikh Muhammad Abduh sendiri tidak sempat melihat hasil projek ini. Muridnya yang sangat terkenal bernama Rasyid Ridha yang turut terlibat dalam usaha ini telah berjaya mengesan hipokrit ulama-ulama Syiah dalam taqrib ini. 

Langkah ini turut diikuti oleh ulama lain seperti Mustafa Siba’ie yang menyedari helah Syiah yang hanya bertaqrib dimeja rundingan, bahkan telah membuka ruang yang besar agama syiah disebarkan di negara Sunnah.
Sebagai balasan kepada usaha ulama’ al-Azhar, seorang ulama’ Syiah bernama Abdul Husein Syarafudin al-Musawi mengambil kesempatan memperbodohkan dan mempersendakan Syeikh Salim al-Bisyri dalam dialog palsu (ditulis selepas 20 tahun selepas kematian Salim Bisyri) yang ditulisnya bertajuk al-Muraja’at (Dialog Syiah-Sunni). 

Dari sini kita membuat kesimpulan usaha taqrib ini yang dilanjutkan kepada Amman Message ini tidak pernah membantu apa-apa jua keadaan Ahli Sunnah di Iran sendiri, Iraq dan Afghanistan yang diperangkap dalam pertembungan Sunni-Syiah yang penuh berdarah dalam percaturan kepentingan politik antara Amerika dan Iran sejak era dunia moden.

Di sana terdapat pelbagai kepentingan dan opsyen politik antarabangsa bagi menangani isu ini. Syiah tidak seperti pertubuhan Arqam yang bersifat domestik yang mudah ditangani kerana tidak membabitkan hubungan negara antarabangsa dan semestinya membabitkan hubungan dengan negara-negara serantau dan kehendak penjajah rantau berkenaan.
Sekalipun Syiah dibenarkan menunaikan haji ke Mekah (hanya kerajaan Saudi sahaja boleh menjelaskan sebab dan puncanya) dan Saudi terlibat dalam pertubuhan OIC dan Amman Message, Deklarasi Syiah-Sunah di Jeddah dan sebagainya, negara itu tidak pernah berhenti menyekat dan berdepan dengan tentangan keras dari komuniti Syiah di timur negara berkenaan.
Morocco bertindak lebih berani memutuskan hubungan dengan Iran kerana usaha penyebaran Syiah yang semakin kritikal di negara itu.
Yaman dan Saudi berusaha menyekat gerakan Syiah Haouthi di Sa’dah yang merebak ke wilayah Saudi.

Kuwait melucutkan kerakyatan seorang ulama Syiah yang dianggap membahayakan umat Islam. 
Jika tindakan terhadap komuniti Syiah di Malaysia boleh dianggap “double standard”, bagaimana  pula dengan tindakan negara-negara rantau Arab berkenaan?
Apakah mereka menerima Amman Message, pertemuan di Jeddah atau bagaimana? Dan apakah tindakan kejam sejak dinasti Safawiyyah ke atas etnik Sunnah yang asalnya 60% dari penduduk Iran ketika itu sehingga hari ini di Baluchistan, Ahwaz, Zahedan dan lain-lain bukan double standard? 
Kerjasama tentera Syiah nuri al-Maliki bersama dengan penjajah Amerika membunuh penduduk Sunnah di Iraq tidakkah satu double standard? 
Jika JAKIM keliru apakah PAS juga keliru memecat keahlian beberapa individu yang terlibat dengan Syiah pada 1990-an?
Kembalilah kepada isu pokok, Syiah (Imamiyyah) difatwakan sesat kerana ciri-ciri aqidahnya yang kufur dan bertentangan dengan Islam yang telah lama diputuskan oleh ulama-ulama terbilang kita. JAKIM serta JAIS memiliki alasan yang kukuh bertindak ke atas mereka atas maslahat aqidah ummah. Isu agama seharusnya menjadi tanggungjawab jabatan agama negeri dan JAKIM. Bukan orang awam yang jahil dan sering terkeliru dan yang sudah dibius oleh Syiah menjadi keliru.. WallahuHu'Alam.


~*~Syiah dlm SoLatnya pun masih memaki Sahabat2
Nabi yg diJamin Oleh Nabi Syurga tanpa Hisab..! Allah Hu



Video SYIAH menCELA Sahabat Rasulullah dan Ummu al-Mukminin.


~*~Tokoh Syiah diperangkap Ulama' Ahli Sunnah~*~


~*~Soalan MAUT dari Ulama' Ahlussunnah kepada Syiah~*~



~*~SoaL Jawab Sunnah & Syiah
[Perhatikan Bahasa yg diGunakan oleh SdaraMu SYIAH]

~*~ZALIM Syiah ~Mbunuh Org Sunni

Video Mubahalah (sumpah laknat) antara Syeikh Muhammad al-Kaus (Sunnah) dan Yasir al-Habib (syiah). 
Sunnah mempertahankan bahawa Sahabat (Abu Bakar, Umar, Othman dan Hafsah) dan Ummu al-Mukminin A'isyah adalah ahli syurga manakala,
Syiah mempertahankan bahawa Sahabat dan Ummu al-Mukminin A'isyah adalah ahli neraka.




~*~ALLAH menghinakan KHOMENEI sewaktu KEMATIANNYA

~*~


~*~Balasan Allah secara Kontan~ Syiah Laknatullah


~*~FAMOUS DEBATE SHIA VS SUNNI MUNAZRA
(Day1 - Topic: Shaykh Tahir ul Qadri sets Dialogue Foundation)

from ~ http://www.youtube.com/watch?v=GzJM1BIJlOo&feature=related


~*~SYIAH SESAT - Mufti Wilayah Persekutuan -SYIAH Beza dgn Ahlul Bait-15/05/2011



5 Komen:

Terima kasih kpd encik krna tolong menyelesaikan kekeliruan saya selama ini.. banyak bnda yg dulunya kusut dan mengelirukan telah encik betulkan dengan izin Allah..

Untuk itu boleh tak En tolong terangkan kepada saya tentang hukum islam dengan undang islam negara Malaysia..
saya sehingga kini masih tak faham adakah orang yg melakukan dosa besar dan menjalani hukuman mengikut undang-undang Malaysia akan terhapus dosanya sama dengan hukuman dalam islam..
sebagai contoh:
Org yg berzina menurut hukum islam harus direjam sampai mati jika sudah berkahwin, tapi bagi undang2 Malaysia, mereka hanya dipenjara dan mungkin di sebat.. adakah dosa itu akan terhapus??

jadi di sini, adakah undang2 Malaysia boleh disamakan dengan hukum Islam atau hukuman rejam sememangnya tak wujud atau sememangnya Malaysia tak boleh mengamalkan hukum2 itu hanya kerna kita berbilang kaum dan bangsa walau negara ini negara Islam??

jika saudara punyai masa,moga saudara sudi meluangkan sedikit masa utk persoalan saya yg xbrapa penting ini..atau sekiranya sandara sudah membuat kenyataan tentang persoalan ini tetapi saya tidak menyedarinya..moga saudara boleh mmbuat link untuk itu..

sekian, terima kasih..
salam..

saya ingin menjawab secara ringkas sebagai pengunjung di sini..

Undang-undang manusia tidak sama dengan undang2 ALLAH..
jika sesuatu kerajaan yang mengisytihar negara mereka islam tetapi tidak melaksanakan hukum islam (iaitu hukum dr Allah) scra keseluruhan..maka berdosa la bagi pemimpin krn x jalankan hukum tersebut.

Dosa akan terhapus sekiranya mereka benar2 bertaubat dan insaf serta kembali ke pangkal jalan (x ulang lagi dosa). tapi tentg hukuman islam yg X dijalankan apakah mereka masih berdosa atau tidak, sy pon x pasti..tunggu admin blog ni jawab.

Hukuman bagi penzina yg telah berkawin mesti direjam sampai mati..adalah wujud, telah dinyatakan Di dalam sebuah hadith:

Daripada Ibn Umar r.a.: Seorang lelaki Yahudi dan seorang wanita Yahudi telah dibawa kepada Rasulullah s.a.w. diatas kesalahan melakukan zina.
Rasulullah s.a.w. bertanya kepada mereka berdua (lelaki dan wanita Yahudi tersebut), “ Apakah hukuman yang sah (untuk dosa penzinaan) yang terdapat di Kitabmu (Taurat)?”.
Mereka menjawab, “Rahib-rahib kami telah mereka-reka hukuman iaitu menghitamkan muka dengan arang dan Tajbiya”.
Abdullah bin Salam berkata, “ Wahai Rasulullah, suruhlah mereka untuk membawa Taurat”.
Taurat dibawa dan salah seorang daripada golongan Yahudi telah meletakkan tapak tangannya diatas ayat yang menyebut tentang Ar-Rajm (rejam dengan batu sehingga mati) dan membaca ayat-ayat sebelum dan selepasnya.
Maka berkata Ibn Salam kepada orang Yahudi itu, “Angkat tanganmu”. Maka apabila ayat berkenaan Ar-Rajm (sememangnya) berada di bawah tangan lelaki Yahudi itu.
Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan lelaki dan wanita Yahudi yang melakukan zina itu direjam dengan batu sehingga mati. Ibnu Umar menambah: Kedua-duanya direjam di Balat dan aku melihat lelaki Yahudi itu melindungi wanita Yahudi itu. [Sahih Al-Bukhari]
Salam sejahtera kepada saudara yang bertanya, saya tidaklah terlalu arif untuk menjawab persoalan di atas, insyaAllah saya akan jawab sebarapa yang termampu. =)

1. Berkenaan dengan Hukuman Islam (syariah) dan Hukum sivil. ia memang dua perkara yang berbeza. Jika dilihat aplikasinya di mahkamah syariah pun, kita masih belum boleh menerapkan sistem hukuman jenayah syariah yang total untuk umat Islam. Dan ini mungkin berpunca dari keengganan pemerintah untuk menggunakan syariah compliant di dalamnya. Perlu diingat, sesuatu enakmen yang selari dengan apa yang disebut di dalam al-Quran dan al-Sunnah, ia boleh diklasifikasikan sebagai undang-undang syariah. Ia juga termasuk ijtihad pemerintah dalam hal-hal yang tidak termasuk dalam kes hudud dan qisas, iaitulah Ta'zir. Saya menasihatkan agar kita boleh rujuk terus kepada pengamal undang-undang syariah atau pakar bagi penjelasan yang lebih lanjut.

2. Pelaku jenayah, sama ada dia redha atau tidak redha, jika pemerintah menjalankan hukuman Islam dan kesalahan dia sabit dari sudut undang-undang serta jenayah dia dibuktikan benar berdasarkan saksi yang adil dan sebagainya, dia tetap akan dihukum dengan hukuman yang ditetapkan Islam. Masalahnya yang timbul sekarang, pihak pemerintah tidak menjalankan sistem Islam. dalam hal ini, tanggungjawab terletak dibahu pemerintah, bukan pada pesalah.

3. Pesalah masih berdosa atau tidak atau dosanya terhapus jika ia dihukum dengan hukuman sivil? dalam hal keengganan pemerintah untuk menjalankan hukuman Islam, tetapi pesalah ingin dihukum dengan hukuman Islam (seperti bukti kes kartika), ia kembali kepada taubat sipelaku jenayah tadi. Dengan syarat taubatnya benar-benar ikhlas dan menepati syarat-syarat taubat. Ini disebabkan keengganan pemerintah untuk menjalan hukum syariah. Wallahu a'lam.

4. Hukum rejam penzina yang sudah berkahwin. Ia sememangnya ada di dalam Islam. Ia berdasarkan hadith muslim ini:

“Dari Imran bin Hussin r.a seorang perempuan dari kabilah Jahinah datang
menghadap Rasulullah saw dalam keadaan mengandung atas perbuatan zina dia
berkata:Wahai Nabi Allah! Saya telah mengenai hukum had. Maka lakukanlah terhadap saya .Lalu Rasulullah saw memanggil walinya seraya bersabda:
Berlaku baiklah kepadanya ,apabila dia telah melahirkan anaknya bawalah dia kepadaku. Lalu walinya melakukan apa yang telah diperintahkan .Maka diperintah supaya diperkemas pakaiannya kemudian diperintah supaya direjam(sehingga mati).
Kemudian Rasulullah saw menyembahyangkannya jenazahnya . Maka berkatalah Umar ra adakah engkau telah telah menyembahyangkannya wahai Rasulllah padahal dia telah berzina, lalu Rasulullah telah bersabda :
Sesungguhnya dia telah bertaubat, andai dibahagikan taubatnya itu di kalangan tujuh puluh orang penduduk Madinah, nescaya luas untuk mereka, adakah kamu sendiri dapati lebih baik dia bersikap baik kepada Allah dengan menyerah diri kepada Allah s.w.t.
(Riwayat Muslim)

Hadis ini secara jelas mensabitkan hukum bagi orang yang telah berkahwin melakukan zina.

5. Undang-undang Malaysia yang ada pada masa kini tidak menggunakan aplikasi syariah secara total kecuali dalam hal-hal yang berkaitan ta'zir. Jadi, jika Islam menggunakan sistem syariah secara total untuk umat Islam, mungkin kita boleh katakan Malaysia mengikut undang-undang Islam. Tidak boleh disamakan undang-undang yang dijalankan di Malaysia sekarang dengan Undang-undang Islam. Wallahu A'lam.

Terima kasih kepada pemberi komentar di atas kerana membantu saya menjawab persoalan di atas. Semoga Allah memberkati.
sharul kangar...

Sememangnya Jakim telah melakukan yang terbaik dalam membanteras fahaman menyeleweng ini. Tahniah jakim!

dari itu, saya puji blog tuan kerana banyak membuka minda masyarakat kita yang sering tidak terdedah dengan isu2 seperti ini. terima kasih.
Terima kasih kepada yg mmbantu saya menyelesaikan persulitan ini..
Barulah saya sedar rupanya negara kita(Malaysia) masih jauh utk d'iktiraf sebagai negara Islam yg mengamalkan Islam keseluruhannya..


~*~Penyataan NAJIB ttg Negara ISLAM & Undang2 Allah[Hududullah] ~ Boleh membawa kpd "KUFUR"


24/09/2011 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.

"Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.

"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang dekat Batu Gajah.

Najib berkata kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip "Maqasid Syariah" iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

-Malaysiakini.Com

~*~Ucapan Sultan Brunei ttg Undang IsLam~*~

His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, in a titah, has stressed that Brunei Darussalam has no option other than to obey all the demands of Allah the Al-Mighty as its foremost obligation. One of the ways to this end,

His Majesty pointed, is by implementing Islamic laws but without side-lining conventional civil laws. In this regard, His Majesty further pointed, Brunei Darussalam has been and is making a beautiful and unique undertaking by islamising or aligning all its Laws to Islamic requirements in order to fulfill Allah the Al-Mighty's commands. The monarch was speaking at the opening of the International Seminar on Islamic laws carrying the theme: "Towards Implementing Islamic Laws".

The event took place at the Brunei's Defence International Exhibition Centre, BRIDEX, in Jerudong this morning. His Majesty explained that the implementation of Islamic Laws constitutes His Majesty's primary aspiration, which His Majesty has voiced repeatedly, but which, until now it is still being addressed. - www.hafizamri.com


Catat Ulasan

http://jejakitinggalanrasul.blogspot.com/2011/01/syiah-sesat-siapa-yang-keliru.html

http://www.dakwatuna.com/2013/06/09/34810/bahaya-penyebaran-syiah-di-negara-negara-sunni-bagian-pertama-perbedaan-amalan/#axzz2Vz7Uwxz6


Sila sebarkan utk Umat Islam yg prihatin agar tidak tidur lena...



Wallahu'Alam.
Sharing is Caring..


👉Lihat di sini~  https://lading-emas.blogspot.com/2009/09/dajjal-zaman-ini-pandangan-rasulullah.html

👉Lihat di sini~  https://lading-emas.blogspot.com/2009/10/misteri-yajuj-dan-majuj.html



👉Lihat di sini~  https://lading-emas.blogspot.com/2018/10/kajian-terlengkap-seminar-akhir-zaman.html


. .

~***~LadingEMAS~***~

Wednesday, February 2, 2011

4 GOLONGAN MANUSIA ~ Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani

EMPAT GOLONGAN MANUSIA
Kitab Futuuhul Ghaib
oleh Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani.

Ada empat jenis manusia dalam dunia ini :-
1. Pertama ialah mereka yang TIDAK ADA LIDAH dan TIDAK ADA HATI.
   Mereka ini ialah orang2 yg bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka.
Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan anggota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.
Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka. Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka. Merekalah orang-orang yang di murkai Allah dan penghuni neraka. Kita minta di lindungi Allah dari pengaruh mereka.
Sebaliknya kamu hendaklah cuba menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan:
• Ilmu Ketuhanan,
• Guru kepada yang baik,
• Pembimbing kepada agama Allah,
• Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah.

Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan di beri ganjaran seperti yang di beri kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul.
Nabi Muhammad SAW. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali;
  “Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka itu terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit”.

2. Satu jenis lagi manusia ialah mereka yang ADA LIDAH tetapi TIDAK ADA HATI.
• Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya.
• Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari Allah.
• Mereka benci kononnya kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri bergelumang dalam maksiat itu.
• Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Sholeh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar.
• Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian. Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan sabda;
   “Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang "Alim yang jahat".
Kita berlindung dengan Allah daripada orang ‘Alim seperti itu. Oleh itu, larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu. Jika tidak, kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan api dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh kamu.

3. Jenis yang ketiga ialah golongan orang yang MEMPUNYAI HATI tetapi TIDAK ADA LIDAH.
• Dia adalah seorang yang beriman.
• Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan
• menggantungkan di keliling mereka dengan tabir-Nya dan
• memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka.
• Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerena bercakap banyak.
Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam “DIAM” dan berkhalwat.
Nabi SAW. pernah bersabda;
“Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan”.
Sabda baginda lagi;
“Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian, sembilan darinya terletak dalam diam”.
Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam rahsia-Nya, dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka.
Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan bergaul dengan orang2 ini dan diberi pertolongan kepada mereka. Jika kamu berbuat demikian, kamu akan dikasihi Allah dan kamu akan dipilih dan dimasukkan dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allah dan hamba-hambanya yang Soleh.

4. Jenis manusia yang keempat pula ialah mereka yang diajak ke dunia tidak nampak(Alam Ghaib),
diberi pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW;
    "Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan”.
Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu Ketuhanan dan tanda-tanda Allah[Keramah].
Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yg tidak diberi kepada orang lain.
Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir hampir kepadaNya.
Allah akan membimbing mereka dan membawa mereka ke sisi-Nya. Hati mereka akan dilapangkan utk menerima rahsia-rahsia ini dan ilmu-ilmu yang tinggi.
Allah jadikan mereka itu pelaku dan lakuan-Nya dan pengajak manusia kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan maksiat. Jadilah mereka itu “Orang2 Allah/Ahlillah”. Mereka mendapat bimbingan yang benar dan yang mengesahkan kebenaran orang lain.
Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah. Mereka sentiasa mendapat Taufiq dan Hidayah dari Allah Yang Maha Agung. Orang yang dalam golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak kemanusian dan tidak ada Maqam di atas ini kecuali Kenabian.
Oleh itu hati-hatilah kamu supaya jangan memusuhi dan membantah orang-orang seperti ini dan dengarlah cakap atau nasihat mereka. Oleh itu, keselamatan terletak dalam apa yang dicakapkan oleh mereka dan dalam berdamping dengan mereka, kecuali mereka yang Allah beri kuasa dan pertolongan terhadap hak dan keampunanNya.
Jadi Saya(Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani) telah bahagikan manusia itu kepada empat golongan.
Sekarang terpulanglah kepada kamu untuk memeriksa diri kamu sendiri jika kamu mempunyai fikiran.
Dan selamatkanlah diri kamu jika kamu ingin keselamatan.
Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju kepada apa yang dikasihiNya dan diredhoiNya,
dalam dunia ini dan di akhirat kelak.

Sumber: http://tarbiyyahibnumasran.blogspot.com/2007_10_01_archive.html

NASIHAT SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI

Alhamdulillah,akhirnya selesailah saya membaca dan menghayati mutiara kata dan nasihat-nasihat daripada Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani ini. Buku ini saya dapatkannya dari Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM. Pada mulanya, perancangan ialah ingin mencari buku berkaitan aliran Tariqat, tetapi apabila terjumpa buku ini, hati ini tertarik rasanya ingin membacanya kerana Syeikh Abdul Qadir adalah ahli sufi yang amat terkenal didunia islam.

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani atau nama sebenar beliau ialah Muhyiddin Abu Muhammad Abdul Qadir. Beliau adalah keturunan Rasulullah SAW melalui puteri Baginda Siti Fatimah Al-Zahra. Beliau adalah seorang ahli sufi yang tidak asing lagi di dunia islam, sehinggakan terdapat satu aliran Tariqat yang diasaskannya iaitu Tarikat Qadariah. Tulisan, nasihat dan buah fikiran beliau berkenaan dengan ketuhanan dan tasawuf sentiasa mendapat perhatian dan menjadi rujukan walaupun ianya telah berlalu lebih kurang 900 tahun yang lampau. Sama-samalah kita hayatinya dan semoga kita semua dapat mengambil sedikit pengajaran daripada tulisan ini.

TUNDUKKAN NAFSUMU SEBELUM ENGKAU DITUNDUKKANNYA.
(disampaikan di Madrasah al-Ma’murah,hari Ahad pagi,3 Syawal 545 H)

Sesungguhnya, siapa yang ingin memperbaiki dirinya, maka hendaklah dia berlatih memerangi nafsunya, sehingga dirinya bebas daripada cengkaman nafsu kerana seluruh nafsu itu mengajak kepada kejahatan.

Hai pemuda…! Nasihatilah dirimu sendiri terlebih dahulu sebelum kamu menasihati orang lain.
Janganlah engkau berlebih-lebihan dalam menasihati orang lain sedangkan dalam dirimu sendiri masih bersemayam sesuatu yang engkau perlu perbaiki
Celakalah engkau…! Sekiranya engkau tahu bagaimana membersihkan orang lain, sedangkan engkau buta untuk membersihkan dirimu sendiri. Bagaimana seorang yang buta dapat memimpin orang lain.

“Wahai hati…! Wahai roh…! Wahai manusia..! Wahai jin…! Wahai orang-orang yang berharap kepada Maha Raja..! Marilah kita ketuk pintu Maha Raja. Bersegeralah kamu kepada-NYA dengan tapak hatimu, dengan tapak takwa dan tauhid kamu, makrifat dan kewarakan kamu yang tinggi, kezuhudan kamu di dunia, di akhirat dan didalam sesuatu selain daripada yang berkaitan secara langsung dengan Tuhanmu”.

Ketahuilah…! Bahawa taubat itu adalah pusat kekuasaan dan menyesali segala perbuatan. Tanggalkanlah baju kederhakaanmu itu dengan taubat yang tulus ikhlas. Jika engkau bertaubat, hendaklah taubat itu lahir dari hatimu, bertaubatlah engkau zahir dan batin.

SEGERA MENCAPAI PINTU TAUBAT
(Ahad,10 Syawal 545 H)
Sabda Rasulullah SAW :
“Barangsiapa yang dibukakan pintu kebaikan, maka hendaklah dia mencapainya, kerana sesungguhnya ia tidak mengetahui, bila pintu itu akan tertutup baginya”
Wahai pemuda. “Bertaubatlah kamu. Bukankah kamu telah melihat, bahawa Allah akan menguji kamu dengan berbagai dugaan hingga kamu bertaubat…? Sementara engkau tidak berfikir, mlahan engkau bertahan dalam kederhakaanmu itu.

-SAQJ berkata : “Tetaplah engkau untuk sentiasa redha dengan Allah, dalam keadaan petaka atau sengsara, dalam keadaan miskin atau kaya, dalam keadaan susah atau senang, dalam keadaan sihat atau sakit, dalam keadaan buruk atau baik, ketika memperoleh yang engkau kehendaki atau tidak. Aku tidak tahu ubat apa yang sesuai untukmu, selain daripada menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah yang Al-Haq. Jika dia menetapkan sesuatu yangmerugikan kamu, janganlah kamu benci kepada-NYA serta jangan pula kamu menjauhkan diri daripadanya.Kerana semua itu adalah ujian dan cubaan terhadapmu.

-jika sedar dan berubah,pasti Allah menukarkan kegelisahmu dengan ketenangan dan jiwamu akan menjadi tenang,tenteram dalam mentauhidkan-Nya.

Jika Al-Haq menghendaki agar hambanya menjadi baik, maka Dia akan memberikan Hidayah, mengajar mereka, mengawasi mereka, menerangi mereka, memberikan kesempatan kepada mereka, mendekatkan mereka kepada-Nya dan memberikan sinar kedalam hati mereka.

Celakalah kamu, kamu membaca dan menghafal sunnah Rasulullah, tetapi kamu tidak mengamalkannya. Engkau menyuruh manusia mengerjakan kebaikan sedangkan engkau sendiri tidak melakukannya.
Seperti Firman Allah SWT dalam surah Al-Shaf ayat 3 yang bermaksud :
“Sebesar-besar kebencian Allah, ialah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan”

Sesiapa yang telah beramal sehingga kemudian mereka mencapai satu kedudukan(maqam) dimana tiada lagi perintah ataupun larangan. Tidak henti-henti mereka menyendiri(khalwat) bersama ALLAH. Kerana meninggalkan ibadah-ibadah wajib, bermakna seorang itu telah jatuh Zindiq. Tidak ada kewajipan yang gugur dari seseorang, walau dalam keadaan bagaimana juapun dia, atau apa pun tahap dan maqamnya.

Wahai kaumku, Ambillah nasihat dari Al-Quran itu dengan mengamalkannya, bukan dengan mendiskusi, memperdebat, atau menseminarkannya.

“Tidak akan ada kebahagiaan di hatimu, apabila disana bersemayam sesuatu selain Allah, bahkan seandainya kamu sujud selama seribu tahun diatas bara api sekalipun, sementara hatimu kepada selain Allah, maka hal itu tidak bermanfaat kepadamu.

Hati..! Hatilah yang beriman…! Hatilah yang mengesakan Allah…! Hatilah yang memurnikan aqidah..! Hatilah yang ikhlas…! Hatilah yang bertakwa…! Hatilah yang memelihara diri daripada yang Haram dan Syubhat…! Hatilah yang yakin…! Hatilah yang zuhud…! Hatilah yang arif…! Hatilah yang beramal…! Hatilah yang memimpin seluruh tubuh manusia, sementara seluruh anggota adalah anggota pasukan dan pengikutnya. Oleh itu, jika kamu ingin menyucapkan LAILA HAILLALLAH, maka lebih dulu hendaklah kamu ucapkan dengan hatimu, kemudian kamu iringinya dengan lidah.

Jihad Batin – Lebih berat dari jihad zahir kerana jihad batin adalah satu jihad yang berterusan. Bermaksud memutuskan semua kehendak dan dorongan hawa nafsu untuk melakukan perkara-perkara yang terlarang serta mengekang keinginan terhadapnya.

Wahai hamba…! Setiap yang engkau pandang sebagai kebaikan dan engkau mencintainya, maka cintamu itu adalah bukan cinta yang sejati. Engkau sedang terpedaya. Cinta yang hakiki adalah cinta yang tidak berubah, iaitu cinta kepada Allah, yakni cinta yang engkau lihat dengan dua mata hatimu, iaitu cinta para Al-Shiddiqin Ruhaniyyin. Mereka tidam menyintai dengan keimanan mereka, tetapi dengan keyakinan dan mata hati mereka. Terbukalah hijab yang menyelubungi mata hati mereka, sehingga mereka mampu melihat apa yang ada di alam ghaib, melihat sesuatu yang tidak mungkin bagi mereka untuk menjelaskannya.

Seorang yang berzuhud dan berada pada tahap permulaan, mesti menghindarkan diri daripada semua manusia dan orang-orang fasiq yang melakukan maksiat. Tetapi setelah mencapai tahap kesempurnaan, dia tidak akan menghindarkan,diri bahkan dia akan mencari mereka kerana penawar mereka itu ada padanya. Kerana apabila seseorang itu telah mengenal Allah, dia tidak akan menghindar dari sesuatu apapun dan tidak akan takut selain daripada Allah. Barangsiapa yang sudah sempurna ma’rifatnya kepada Allah, maka ma’rifat itulah yang akan menjadi pemandu baginya.

Seseorang bertanya kepada Syeikh bagaimana untuk mengeluarkan cinta kepada dunia.
“Hendaklah engkau melihat dengan kedua-dua mata hatimu kepada cacat-cela dunia ini. Perangilah hawa nafsumu hingga ia menjadi tenang. Jika nafsumu telah tenang, maka engkau akan mampu melihat cacat-cela dunia ini dan kamu akan bersikap zuhud terhadap dunia ini. Ketenangan itu akan wujud jika engkau memandang dari hati dan menyesuaikannya dengan bisikan batinmu.

“Jika engkau menginginkan kema’rifatan kepada Allah, maka engkau redhalah dengan qada dan qadar-Nya, dan janganlah engkau jadikan nafsu, syahwat, perangai, dan keinginanmu sebagai sekutu bagi-Nya dalam kedua-dua hal tersebut.”

Ketahuilah bahawa para guru amal dan guru ilmu akan menunjukkan engkau jalan menuju Allah. Langkah tahap pertama ialah dengan perkataan, dan pada tahap kedua ialah dengan mengamalkannya. Dengan cara ini, engkau akan bertemu dengan Allah.

Beramallah engkau kepadanya dan janganlah engkau mengharapkan pahala yang banyak. Beramallah dengan tujuan untuk mencapai dan meraih keredhaannya serta kedekata kepadanya. Pahala adalah keredhaan-Nya kepadamu dan kedekatanmu kepada-Nya dunia dan akhirat.

Peringkat pertama ialah engkau belajar kepada makhluk berkenaan hokum. Kemudian pada peringkat kedua hendaklah engkau belajar dari Khaliq mengenai ilmu Ladunni, Yakni ilmu-ilmu yang khusus untuk hati dan batin. Oleh itu carilah guru yang mursyid, kerana engkau tidak dapat belajar tanpa guru.

Barangsiapa di antara kamu yang ingin menghidupkan hatinya, maka hendaklah dia membiasakan berzikir kepada Allah didalam hatinya itu dan hendaklah dia merasakan ketenteraman bersama-Nya.Wahai hamba…! Berzikirlah engkau kepada Allah dengan hatimu sebanyak seribu kali dan dengan lisanmu sekali.

Berzikir yang dilakukan hanya dengan lisan tanpa menggunakan hati, tidak memberikan kemuliaan kepadamu. Zikir adalah zikir hati dan zikir batin, kemudian zikir lisan. Berzikirlah kamu kepada-Nya, sehingga zikir itu melebur dosa-dosamu, dengan demikian engkau tidak menanggung dosa sama sekali.
Wallah Hu 'Alam.

Petikan~ http://jamaluddinab.blogspot.com/2009/08/nasihat-syeikh-abdul-qadir-al-jailani.html
~*~
Makrifat Ruhani Sheikh Abd Qadir Al-Jailani
Oleh: K.H. Muhammad Sholikhin

[Sumber...]






. .
~***~LadingEMAS~***~
~*~*~ Who