Lam Jalalah adalah
simbol/huruf/abjad lam kembar dalam tulisan kalimah ALLAH
Sedangkan lam jalalah itu sendiri
singkatan dari “LA HAULA WA LA QUATA ILLA BILLA” yang bererti “tidak ada daya
dan upaya dan tidak ada kekuatan kecuali Allah”.
Makna "lam jalalah" itu sendiri
adalah kebesaran dan keagungan ALLAH, maka Lam Jalalah adalah lambang kebesaran
ALLAH. Didalamnya terkandung rahsia asma ALLAH al-Jalal yang bererti Maha
Tinggi dan all-Jalil yang bererti Yang Maha Agung dan Mulia.
ALLAH s.w.t telah berfirman yang
bermaksud:
“ALLAH mempunyai Asmaa Husna, maka
bermohonlah kepadaNya dengan menyebut Asmaa Husna itu”
(Surah Al-A’raf:180)
Rasulullah SAW bersabda ” La Haula
Wa la Quwwata Illa Billah” adalah salah satu dari sekian banyak perbendaharaan
Syurga”.
(HR an Nasa-i)
Abu Dzar Al-Ghifari berkata: “Aku
dibimbing olehNya untuk selalu mengucapkan La Hau La Wala Quwwata Illa Billah
kerana kalimat ini adalah simpanan perbendaharaan yang diletakkan di bawah Arsy
Allah”. (HR Ahmad dalam Musnadnya jilid 5 hal. 159).
Simbol ini hanya satu-satunya
keerana itu adalah sifat-Nya yang Maha Esa. DenganNya, kita mendapat nikmat dan
anugerah yang tiada terkira. Lam Jalalah, pecahan daripada rahsia ALLAH, ADAM
dan MUHAMMAD.
Dikatakan Lam Jalalah mempunyai fadilah dan bermacam-macam
kaifiat kegunaan. Ianya boleh menjadi berdasarkan niat seseorang.
Tetapi, ada satu kunci; Lam Jalalah
iaitu IMAN, EHSAN dan TAQWA, IKHLAS dan REHDA.
Kebanyakan pengamal Lam Jalalah
selalu menggunakan Lam Jalalah untuk itu dan ini dan sebagainya, iaitu lebih
kepada urusan duniawi. Tetapi lupa bahawa Lam Jalalah sepatutnya digunakan
untuk membersihkan diri sendiri daripada sifat Mazmumah, unsur syirik nyata dan
tersembunyi.
“La Hau La Wa La Quata Illa Billah”. Tidak ada Daya dan Upaya dan Tidak ada kekuatan Kecuali dengan Bantuan ALLAH”. Inilah inti utama pelajaran Lam Jalalah.
WallahHu'Alam.
sumber:
You are subscribed to email updates from Kajian Ilmu Ghaib.
. .