Antara pemakanan yang boleh diamalkan ketika bersahur adalah
makanan karbohidrat seperti roti, nasi, bubur dan kurma
selain mendapatkan bekalan air yang cukup.
Selain itu pengambilan madu juga dapat membantu seseorang
untuk kekal bertenaga sepanjang hari selain meningkatkan
metabolisma tubuh.
Antara madu yang terbaik untuk diamalkan adalah madu kelulut
kerana kajian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian
Malaysia (MARDI) juga menunjukkan madu lebah kelulut
mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk
manusia.
Menurut Penasihat Produk Bayu Kelulut, Prof. Madya Dr.
Md. Azman Seeni Mohamed, pengambilan madu kelulut
setiap hari menjadikan seseorang tidak mudah letih serta
kandungan antioksidan dalam madu kelulut lebih tinggi
berbanding madu lebah biasa. Ini dikatakan lebih baik untuk
membantu mencegah sesuatu penyakit.
Tambhhnya, komposisi komponen flavonoid dan finolik juga
tinggi berbanding dalam madu kelulut tersebut selain
berupaya membantu penghidap gastrik untuk berpuasa.
“Pengambilan madu kelulut terutama pada bulan Ramadan
membantu seseorang kekal bertenaga serta mampu melaksanakan
ibadah itu tanpa rasa letih sepanjang hari.
“Selain itu, pelbagai khasiat lain madu kelulut ini dalam
aspek kesihatan termasuk membantu mengurangkan risiko
pelbagai jenis penyakit menjadikannya pilihan ketika berbuka
puasa atau bersahur,” katanya.
Beliau yang juga pensyarah di Kluster Integriti Perubatan,
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains
Malaysia (USM) menjelaskan, madu kelulut juga berpotensi
sebagai bahan yang membantu dalam rawatan kanser.
Jelasnya, kandungan dalam madu kelulut seperti asid p-coumaric
sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi
dan dipercayai mampu membantu mengurangkan risiko kanser
perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen)
diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik manakala asid
fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut juga
dikatakan mampu membantu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2
(COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa
perkembangan kanser usus besar.
Bahan tersebut juga berkesan membantu menurunkan tahap
kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan
trigliserida dalam darah.
“Madu kelulut berupaya membantu mengurangkan sel yang
membentuk sel kanser serta membantu menghapuskannya
“Kajian mengenai keberkesanannya telah dilakukan di
Indonesia dan India yang membuktikan pengambilan madu
kelulut berupaya membanteras pembentukan sel kanser,”
ujarnya.
Beliau sendiri turut menjalankan kajian mengenai khasiat
madu untuk kanser sejak empat bulan lalu dengan memberi
fokus kepada kanser prostat.
Bayu Kelulut ujarnya, menawarkan madu kelulut asli yang
dihasilkan dari ladang seluas empat ekar (1.6 hektar) di
ladang yang dikenali Bayu Kelulut Smart Digital Farm di Guar
Batu Hitam Kodiang, Kedah.
Produk yang diusahakan Hisyam Yusoff itu turut mendapat
pensijilan Amalan Pengilangan Baik (GMP), Sijil Makanan
Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) dan memperoleh
perakuan 1Malaysia
Best.
Beliau menambah, produk keluaran Bayu Kelulut turut diserta
dengan kod respon pantas (Kod QR) bagi memberi keyakinan
kepada pengguna.
“Mereka hanya perlu mengimbas kod QR pada setiap produk madu
kelulut keluaran kami dan daripada situ akan keluar maklumat
kepada pengguna untuk membuktikan kualiti produk,” katanya.
Madu sebagai makanan tambahan menghadapi penyakit kanser
SEBAIK dikesan menghidap kanser nodus limfa (lymph nodes)
tahap tiga pada 2013, Muhammad Zulhilmi Abdul Rahman mula
menjadi ‘penghuni tetap’ di Hospital Kuala Lumpur (HKL)
untuk mendapatkan rawatan.
Menurut Zulhilmi,26, sel kanser itu mula dikesan di bahagian
perutnya sebelum merebak ke bahagian prostat sehingga
terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang sel kanser itu.
Selepas sebulan menjalani pembedahan pada Julai 2013, dia
meneruskan rawatan kemoterapi sebanyak 12 pusingan selama
hampir setahun sebelum sekali lagi menjalani pembedahan
besar pada Jun tahun
lalu.
“Sepanjang menjalani rawatan kemoterapi, keadaan saya
menjadi semakin teruk apabila kanser itu dikesan berada pada
tahap empat dan merebak ke bahagian buah pinggang manakala
di bahagian perut saya menjadi lebih serius.
“Ketika pembedahan kali kedua, doktor yang merawat saya
maklumkan peluang saya hanya 50-50 dan saya mungkin akan
terlantar di atas katil sekurang-kurangnya enam bulan,” kata
pekerja swasta tersebut .
Enggan mengalah, dia mendapatkan nasihat doktor mengenai
langkah terbaik untuk segera sembuh dan dimaklumkan agar
tidak mengambil suplemen berbentuk pil atau cecair kerana
akan memburukkan lagi keadaannya.
Namun jelasnya, doktor menyarankan agar dia mengamalkan
suplemen tradisional iaitu daun belalai gajah, biji aprikot
dan madu.
“Tapi pada masa itu saya hilang selera makan dan daun
belalai gajah serta biji aprikot bukanlah pilihan terbaik
untuk saya jadi saya mula mengamalkan madu.
“Pada mulanya saya mengamalkan sejenis madu yang berharga
RM400 untuk sekilogram namun kerana harganya yang mahal,
saya memikirkan alternatif untuk madu yang lebih murah.
“Ketika itulah saya diperkenalkan dengan madu kelulut
keluaran syarikat Bayu Kelulut ini oleh stokis produk itu
dan Alhamdulillah ia serasi dengan saya,” ujarnya.
Tambah Zulhilmi, madu kelulut itu sebenarnya dibeli oleh ibu
saudaranya yang menghidap diabetes kronik sehingga matanya
rabun.
Namun pengambilan madu sebagai makanan tambahan banyak
membantu penglihatan yang kembali terang.
Perkara itu mendorong dia semakin bersemangat untuk mencuba
madu kelulut dan terbukti ada kesan positif hanya selepas
sebulan mengamalkan madu itu.
“Saya mampu kembali bertugas selepas sebulan menjalani
pembedahan dan tidak lagi perlu menjalani kemoterapi.
“Syukur kepada Allah saya diperkenalkan dengan produk ini,
ia membantu dalam menghadapi masalah penyakit ini saya tidak
lagi mengembang,” katanya.
Menyedari khasiat yang ada pada madu kelulut, Zulhilmi kini
turut menjadi pengedar produk Bayu Kelulut di sekitarLembah
Klang dan mereka yang berminat mendapatkan produk itu, boleh
menghubunginya di talian 019-5258268.
Tenaga tambahan bantu pendaki
BIARPUN gagal meneruskan misi pendakian Everest pada tahun
ini namun ia tidak melemahkan semangat alumni Universiti
Teknologi Malaysia (UTM), Azim Afif Ishak untuk meneruskan
misi itu pada tahun hadapan.
Menurut Azim, 26, dia bertanggungjawab sebagai Ketua Pendaki,
jurulatih dan juga konsultan dalam Misi Perdana UTM Everest
2015 yang merupakan projek lima tahun universiti itu.
Katanya, sepanjang latihan dan pendakian Everest, mereka
diuji dengan dua kali percubaan gagal kerana berhadapan
bencana alam iaitu tahun 2014 dan April lalu.
“Bagi meningkatkan stamina di sana, kami menggunakan madu
dan pada tahun ini kami menggunakan madu kelulut yang ditaja
oleh Bayu Kelulut.
“Antara keistimewaan madu kelulut ialah tidak beku ketika
berada di dalam khemah yang terletak di Everest Base Camp
dan memudahkan kami untuk makan madu sekiranya sukar untuk
tidur atau batuk,” katanya.
Tambah Azim, madu kelulut yang dibekalkan dalam bentuk
uncang itu juga menjadi pembekal tenaga segera semasa berada
di Kem 1 yang terletak 6,100 meter dari aras laut.
Selain itu jelasnya, pengambilan madu kelulut jelas memberi
kesan dari segi kesihatan kerana mereka kurang mengalami
cirit-birit dan batuk iaitu simptom Kumbu Cough.
“Syukur Alhamdulillah pada tahun ini kami kurang mengalami
batuk selepas mengambil madu kelulut sebagai makanan
tambahan.
“Kami amat berterima kasih kepada Bayu Kelulut kerana menaja
ekspedisi ini serta membantu misi kami dengan madu kelulut
yang dibekalkan,” ujarnya.