Sihir telah difirmankan oleh Allah SWT di dalam kitab suci Al Quran di mana ia wujud sejak zaman Nabi Musa AS.
Sihir juga ada diriwayatkan di zaman Nabi SAW.
ADAKAH NABI PERNAH TERKENA SIHIR
Persoalan ini telah menjadi pertikaian para ulama Islam. Maka dalam hal ini kita merujuk kepada Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud:
Dari Aisyah:
“Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan bahawa ia telah mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak mendatangi mereka”
(Bukhari dan Muslim)Ulama-ulama yg menafikan hal ini memberi alasan bahawa ini merupakan sesuatu yg mengaibkan martabat Ar-Rasul SAW, akan tetapi menurut Qadhi Iyadh, katanya”(kejadian sihir) ini tidak mencacatkan kebenaran Baginda kerana telah jimak bahawa Nabi dipelihara dari sudut itu.
Cuma yg berlaku hanyalah di bidang yg harus berlaku di atasnya, di bidang duniawi semata-mata”.
Juga Qadhi “Iyadh menegaskan:
“Dan sihir adalah merupakan satu drpd penyakit-penyakit”.
Dengan ini jelas bahawa adalah tidak mustahil bagi SeseOrang itu ditimpa penyakit yg disebabkan oleh sihir, akan tetapi hendaklah diingat bahawa ia berlaku atas keizinan Allah SWT.
Sihir adalah sejenis ilmu yng dikuasai oleh golongan Jin dan Syaitan. Oleh itu bagi manusia yg mengamalkan ilmu Sihir bererti mereka akan memperalatkan dan bekerjasama dgn syaitan bagi tujuan2 tersebut
TANDA-TANDA TERKENA SIHIR
Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak, antaranya:-
1.Seseorang yg baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isteri/suaminya.
2.Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup ” meminum air yg mendidih.
3.Suami/isteri yg tiba2 shj merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dgn lain walaupun sebelumnya mereka sgt berkasih-sayang.
4.Kebiasaannya gejala penyakit yg disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.
5.Juga byk dari penyakit2 baik fizikal atau kejiwaan yg tidak dapat disahkan puncanya oleh Doktor2 yg PAKAR.
CARA MENGHADAPI SIHIR
Orang2 yg beriman dgn Allah mempunyai byk kelebihan di dalam menghadapi sihir.
Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan dan tempat berlindung
iaitulah, Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah Azza Wajalla.
Imam Ibnu Qaiyim telah berkata, “Ubat yg paling bermanfaat utk penyakit sihir ialah;
Al Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu dgn banyak berSolat2 sunnat, berZikir, membaca Al-Quran dan berdoa.
SeseOrang yg beriman itu menganggap bahawa sihir yg menimpanya sebagai satu ujian dari Allah. Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yg betul sepertimana yg dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah imannya. Kaifiat penghadang sihir ini seperti yg diamalkan oleh Rasulullah SAW. telah pun dijelaskan di dalam tajuk Tibb Nabawi.
Orang2 yg beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah SWT. mengatasi segala2nya baik yg ada di langit mahupun yg ada di bumi dan bahawa interaksi dengan Ayat2 Allah (Al-Quran) itu sebesar2 penawar; oleh itu mereka tidak perlu berubat dgn cara2 yg memudaratkan aqidah seseOrang seperti dgn berlindung dgn Jin dan syaitan[tangkal/jimat] melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin2 yg tidak beramal dgn petunjuk Allah SWT.
Imam As Syafie mengharuskan penggunaan jin (Jin Islam-pen) di dalam perkara melawan sihir sahaja.
Manakala Imam Hanafi, Hambali dan Maliki tidak mengharuskannya sama sekali. Oleh yg demikian kita dapati di Nusantara Melayu yg rata2 bermazhab Syafie ramai sekali kedapatan amalan ini. Akan tetapi perlu diingatkan seperti yg dijelaskan dalam tajuk yg terdahulu (Masalah Berubat Dgn Perantaraan Jin), terdapat bahaya2 yg banyak terutama bagi mereka yg JAHIL apabila meminta pertolongan dgn jin seperti pandangan Syeikhul Islam Ibnu Taymiyah.
RASUKAN
Satu lagi ciri2 sihir ini ialah yg menyebabkan si penghidap dirasuk oleh satu kuasa hgga tidak sedarkan diri, mungkin menjerit2, meronta2 dll..Kuasa di sebalik kejadian itu ialah daripada golongan jin dan syaitan. Imam At-Tabrani telah meriwayatkan hadis dengan asnad yg Hassan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“Jin itu tiga golongan, satu golongan yg mpunyai sayap yg boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa merayap[ular/kala jengking] dan satu lagi golongan yg bertempat dan berpindah[nomad]”.
Di dalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa2 yg disebut jin, ifrit dan syaitan. Bangsa-bangsa jin yg memegang peranan penting itu amatlah banyak, antaranya:-
1. Iblis - bapa segala jin [Azazil]
2. As Syaitan - syaitan [Jin & Manusia]
3. Al Muraddah - peragu (pewas-was)
4. Al Afariit - Ifrit (penipu-penipu)
5. Al A”wan - penolong-penolong (khadam)
6. Al-Ghawasuum- penyelam-penyelam
7. Atthiaruun - penerbang-penerbang
8. Attawabi” - pengikut-pengikut
9. Al Qarna” - pengawan-pengawan
10. Al “Ammar - pemaa”mur-pemaa”mur
PENGALAMAN MUJAHIDIN AFGHAN [Gangguan Jin]
Diriwayatkan dalam kisah perjuangan Muhahidin Afghan bahawa pernah berlaku salah Seorang daripada Mujahidin telah dirasuki jin. Kemudian sahabat2nya telah Membacakan ayat-ayat suci Al-Quran kpda sahabat mereka yg sedang dirasuk itu. Akan tetapi bahawa jin yg merasuknya menjawab bahawa ia juga beragama Islam dan bahawa ayat2 Al Quran itu tidak akan memberi kesan apa-apa kepadanya.
Maka apabila tiba Amir Muhahidin yg lebih arif, beliau lalu melaungkan azan dan seketika itu juga jin tadi telah gentar dan mengaku kesalahannya. Barulah jin itu menjawab ia sebenarnya beragama Nasrani dan bahawa ia adalah salah seorang daripda 5,000 jin yg dihantar oleh Pope utk merosakkan bumi Mesir dan memporak-perandakan hubungan suami isteri.
(Sejauh mana benar dakwaan jin ini wallahu”alam).
Dari peristiwa ini dpt diambil kesimpulan bhwa tindakan yg paling berkesan terhadap mereka yg dirasuki Jin kafir ialah dgn melaungkan AZAN.
Wallahu Hu A'lam.
http://tokngah.blogspot.com/
TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR
1. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalau pun dapat
tidur, selepas bersusah payah.
2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
3. Mimpi yg buruk atau mimpi melihat sesuatu yg
menakutkan serta ingin memekik untuk meminta
pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
4. Mimpi yg sangat menyeramkan.
5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti
melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
7. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
8. Berperasaan sedih pada saat tidur.
9. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
10. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
11. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat
pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
12. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat
tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
13. Bermimpi melihat hantu.
TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA
1. Kepala selalu pusing/sakit kepala, yg tidak disebabkan oleh
penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
2. Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
3. Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yg tersumbat.
4. Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan
doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.
5. Sakit bahagian rusuk kiri dan kanan.
*Sesak nafas waktu maghrib.
*Ragu-ragu tentang iman.
6. Nampak bayang-bayang seolah/benar2 melintas2.
MACAM-MACAM GANGGUAN JIN
1. Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh
badan seperti orang yg mengalami berbagai macam saraf yg tersumbat.
2. Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari
anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
3. Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang
sehingga memakan waktu yg sangat lama.
4. Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik
seperti seseorang yg mengalami mimpi buruk.
DIANTARA PENYEBAB GANGGUAN JIN :
1. Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kpda orang perempuan dan
kadangkala jin perempuan jatuh cinta kpda orang lelaki.
2. Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti
menumpahkan air panas atau menimpakan sesuatu
barang dari tempat yg tinggi.
3. Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada
manusia tanpa sesuatu sebab tertentu. Yang
berhubungan dengan prekara ini jin tidak akan dapat
menganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan,
4. Sangat marah, Sangat takut, Sangat lalai dan Mempunyai nafsu syahwat yang tinggi.
SEBAB-SEBAB MASUKNYA JIN KE DALAM DIRI MANUSIA
Kadang-kadang terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah
dikeranakan syahwat, hawa nafsu dan mabuk cinta, keadaan ini
sama seperti yang dialami manusia. Ada pula kadangkala
manusia dan jin melakukan perkahwinan serta mempunyai anak.
Perkara yg demikian banyak terjadi dan banyak pula ulama'
yang membicarakannya.
Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau
pembalasan oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia, atau
makhluk jin ini menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja
menyakitinya dengan cara mengencingi mereka, menumpahkan
air panas, atau membunuh mereka, padahal manusia tidak mengetahuinya.
Dikalangan makhluk jin juga ada yg bodoh, ada yg zalim, sehingga mereka
menjatuhkan hukuman dengan cara yg tidak patut sama sekali, keadaan ini
seUmpama, kita mjumpai kehidupan manusia yg bodoh juga.
Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yg demikian itu adalah
merupakan perbuatan yg keji dan dilarang oleh Allah SWT.
Justeru itu perkara ini haruslah dijelaskan kepada jin tersebut
dengan mengatakan bahawa perbuatan mereka itu dalah
perbuatan keji yang diharamkan.
Penjelasan seperti ini perlu dijelaskan kepada mereka/Jin supaya mereka
tahu bahawa pada diri mereka akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya
yg diutus kepada semua makhluk manusia & makhluk jin.
Kepada mereka juga mesti dijelaskan/ingatlan/dinasihati, bahawa
manusia tersebut tidak mgetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka, sehingga
tidak patut untuk dihukum oleh mereka. Jika manusia itu melakukan hal itu di
rumah atau di kerajaan mereka[Jin] sendiri maka, barullah mereka dibolehkan
atau bebas bertindak terhadap manusia.
Sedangkan Jin tidak mempunyai hak untuk
tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari manusia,
Jin hanya berhak tinggal di tempat2 kosong yg
bukan menjadi tempat tinggal manusia.
Ingatkan, Allah tlh mlantik manusia utk menjadi Khalifah didunia ini,
maka jgn berdegil & berdalih, malah kita juga boleh myakiti mereka
dgn keadaan yg lebih parah lagi jk mereka/jin2 tu berdegil juga
utk melawan/myakiti manusia..![Perawat Islam yg Mahir]
CARA JIN MASUK KE DALAM TUBUH MANUSIA.
Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia
memiliki lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke
dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga. Makhluk jin
diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah :
Ertinya,
"Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala".
( ArRahman:15 )
Dalam hal ini Ibn Abbas berkata:
Iaitu dari hujung/lidah nyalaan api, sedangkan hujung/lidah nyalaan api
adalah merupakan udara panas yg keluar dari api.
Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung
menuju ke otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi
bahagian mana saja yg dia sukai dari tubuh manusia.
Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang
yg terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak
yg sangat halus dan sangat aneh yg ada di dalam otaknya.
Ditambah lagi dgn keterangan dari orang yg ahli tentang
cara pengubatan orang yg kerasukan jin, bahawa jin itu
memberitahunya bahawa mereka berada/mgawal di otak manusia.
PERLINDUNGAN TERHADAP GANGGUAN.
1. Sentiasa berZikir dan bertaqarrub kepada Allah dgn
mperbanyakkan istighfar. Ini adalah kerana apabila
seseOrang semakin bertambah dekat dgn Allah
maka Syaitan akan semakin menjauinya.
2. Mengucapkan "Bismillah" pada setiap kesempatan,
iaitu ketika :-
* Hendak melompat dari tempat yg tinggi.
* Terjumpa sesuatu di atas tanah.
* Memasuki tempat yg menakutkan seperti
tempat yg gelap, sunyi dan kosong.
3. Berzikir kepada Allah pada waktu2 tertentu.
Seperti pada waktu pagi, petang atau pun pada waktu makan.
4. Jgn membunuh ular yg berada di dalam rumah
kecuali telah memohon kpd Allah agar ia keluar dari rumah [3x].
5. Jgn mendengar nyanyian atau pun seruling yg
dapat mengundang syaitan dan menimbulkan perbuatan zina.
Yakni, nyanyian yg dapat merangsang nafsu seseorang.
6. Jgn memandang wanita dgn penuh nafsu dan
juga tidak berdua-duaan dengan wanita yg bukan muhrimnya.
7. Jgn tinggal di rumah kosong yg sudah lama tidak
dihuni orang, di kawasan perkuburan dan tempat2 kotor lainnya.
Jgn menunaikan solat sewaktu matahari terbit dan terbenam.[Waktu2 Haram Solat]
8. Jgn membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang.
9. Jgn sekali-kali menyeksa dan menyakiti burung, anjing atau kucing.
10. Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat.
Perbuatan maksiat itu adalah senjata ampuh bagi syaitan.
UNTUK RAWATAN SIHIR SILA HUBUNGI PERAWAT ISLAM JGN KE BOMOH/DUKUN/TOK BATIN
DEMI UTK MENGELAKKAN DARI KITA SYIRIK DAN ROSAK AQIDAH..!!!
Simptom2 Terkena Gangguan Jin
WALLAHUA'LAM
. .
No comments:
Post a Comment