~*~KALiMAH TAUHiD~*~







~**~TiADA TUHAN KECUALi ALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH pd SETiAP KERLiPAN & PD SETiAP NAFAS Sbyk LuasNYA APA YG ADA pd iLMU ALLAH ~**~

~*~SOLATLah KiTa, Sebelum KiTa diSOLATkan~*~


~*~PLS OPEN this WEB with MOZILLA FIREFOX or INTERNET EXPLORER...for BEST Results, Tq (^^,)

HADIS ~ PESANAN RASUL KITA, UTK UMATNYA TERSAYANG!!!


Drpd Nabi SAW bsabda:~

Ssiapa ke MASJID pd Waktu PAGI/pd Waktu PETANG Allah akan menyediakan utknya satu TEMPAT TINGGAL di Syurga apabila dia pergi samada pd Waktu PAGI atau pd Waktu PETANG

(HR Muslim, #1073)




~*~*~*[MUTiARA HADIS_1]








~~*~~[MUTiARA HADIS_2]





~~**~~[MUTiARA HADIS_3]





~~***~~[MUTiARA HADIS_4]





~*~*~*~*
~*~
~*~


PESAN Rasululah SAW

“Sesungguhnya AMAT dirasa BERAT oleh seOrg MUNAFIK, UTK melaksanakan SOLAT ISYA dan SOLAT SUBUH Sekiranya MEREKA TAHU akan keAGUNGan PAHALAnya, nescaya mereka mendatanginya (ke MASJID, SOLAT berJEMAAH) sekalipun dlm keadaan MERANGKAK2”

(HR Bukhari Muslim)

~*~Hadis Abu Hurairah RA:

Drpda Nabi SAW bSabda: Sesiapa yg pergi ke MASJID pada waktu PAGI atau pada waktu PETANG Allah akan menyediakan untuknya satu TEMPAT TINGGAL di SYURGA apabila dia pergi SAMADA pada waktu PAGI atau PETANG.

(HR Muslim, #1073)

~*~
“Sesungguhnya Allah akan mgumpulkan Org2 MUNAFIK dan 0rg2 KAFIR di dlm JAHANNAM


(QS An Nisa:140).


SOLAT BERJEMAAH LEBIH TINGGI 27 DERAJAT DIBANDING SOLAT SENDIRI“

(HR Bukhari &Muslim)


***

Monday, November 21, 2011

HUDUD : Forum ~Salah Faham ttg ilmu HUDUD? [Hukum Tuhan]

~*~Utz Dato Ismail Kamus dan Utz Dato Dr. Haron Din - Forum Hudud~*~
~*~ Di dlam Kitab Sheikh Abd Qadir Aula dlm Kitabnya,
"Islam antara Kebodohan Penganutnya 
dan Kelemahan Para Ulamaknya", 
  ~ Adalah merupakan satu DOSA yg tak dapat diampunkan/maafkan, sekiranya sebuah Negara yg telah MERDEKA itu, masih lagi mengekal Undang2 Penjajah.
Dan adalah Dosa yg tidak dapat diampunkan, jika seseorang itu, tidak pernah ada Niat dihatinya utk menegakkan Undang2 Islam[Hudud/Undang2 Allah] ~ Dato Utz IsmaiL Kamus.

~*~ Dan perkataan Hudud disebut didalam Quran sebanyak 14x,
Allah sendiri mengatakan "Hududullah" => Undang2 Allah.
Istilah Hudud=>Sempadan/Pemisahan/Cegahan. ~ Dato Dr.Utz Haron Din.

~*~ Perkembangan semasa, jumlah kadar jenayah per minit/per jam. Negara Saudi antara Negara yg paling kurang kadar Jenayah didunia..!!!

~*~ Kepada Penentang Hukum Hudud ini, ALLAH beri "Warning" didalam
Quran [At-Taubah 63-68].

~*~ Hudud : Surat Tun Mahathir kepada Nik Aziz

~ Perhatikan betapalah CETEK & DANGKALnya ilmu AGAMA beliau, sehingga sanggup mengatakan "HUDUD PAS" malah contoh2 yg beliau berikan pun amatlah jauh dari landasan AKAL yg WARAS. Pelik adakah semua Org2 yg menolak HUKUM ISLAM ini berfikiran sama dgn beliau..? MasyaAllah, semoga Allah kurniakan kefahaman Agama kpd beliau & pengikut2 beliau & Kita semua ..Amin!

~ “Adakah se0rg yg HATInya Allah telah diBUKA kpd ISLAM, supaya ia mpunyai KESEDARAN dari ALLAH (tiada yg lebih baik drpd org yg KERAS HATi)? CELAKALAH Org2 yg HATinya KERAS utk mengingati ALLAH"
[QS alZumar: 22]

~ "..Karena itu jgnlah kamu TAKUT( kpda manusia), (tetapi) TAKUTlah kepada-KU. Dan jgnlah kamu TUKARKAN AYAT2Ku dgn HARGA yg SEDIKIT[DUNIA]. Sesiapa yg tidak memutuskan/HUKUM (menurut apa yg diturunkan Allah), mereka itu adalah Org2 yg KAFIR"
[QS Maidah:5:44]

~ "Cih! KENAPA KAMU menyembah[TAAT] selain ALLAH? Tidakkah KAMU berAKAL?"
[QS 21:67]

~~~ "Sesungguhnya Kami menurunkan kpdmu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dgn mbawa KEBENARAN,(supaya Engkau mgHUKUM di antara manusia menurut apa yg Allah tlh tunjukkan kpdaMu melalui wahyuNya); dan janganlah Engkau mjadi pemBELA bagi 0rg2 yg KHIANAT"
[QS AnNisa: 105]

~~~ "WAHAi Org2 yg beriMAN, diWAJIBkan atas kamu Qisas (bunuh balas) bkenaan dgn 0rg2 yg dibunuh; orang merdeka dgn orang merdeka, hamba &hamba, wanita & wanita. Maka Sesiapa yg mdapat suatu KEMAAFAN dari saudaranya, hendaklah (yg memaafkan) mgikuti dgn cara yg baik,& hendaklah (yg diberi maaf) mbayar (diyat) kpd yg mberi maaf dgn cara yg baik (pula).Yg demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu & suatu RAHMAT. Sesiapa yg melampaui batas sesudah itu, maka baginya SEKSA yg sangat PEDIH. Dan dlm Qisas itu ada (jaminan kelangsungan)hidup bagi mu, Wahai orang2 yg berAKAL, supaya kamu berTAQWA."
[QS AlBaqarah:178-179]

~~~ "..Karena itu jgnlah kamu (TAKUT( kpda manusia,(tetapi) takutlah kepada-KU. Dan jgnlah kamu TUKARKAN ayat2Ku dgn HARGA yg SEDIKIT[DUNIA]. Sesiapa yg tidak (memutuskan/HUKUM( menurut apa yg diturunkan Allah, mereka itu adalah (Org2 yg KAFIR"
[Maidah: 5:44]

~~~ "Sesungguhnya Kami menurunkan kpdmu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dgn mbawa KEBENARAN,(supaya Engkau mgHUKUMdi antara manusia menurut apa yg Allah tlh tunjukkan kpdaMu melalui wahyuNya); dan janganlah Engkau mjadi pemBELA bagi 0rg2 yg KHIANAT"
[QS AnNisa: 105]

~~~ "Sesiapa yg tidak (mgHukum( dgn apa yg telah diturunkan ALLAH,maka mereka itulah orang2 yg  ZALIM)"
[QS AlMaidah: 45]

~~~ "Sesiapa yg tidak mHUKUM dgn apa yg telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah 0rg2 yg FASIK"
[QS AlMaidah: 47]

~~~ "Tidakkah Engkau (hairan) mlihat (Wahai Muhammad) 0rg2 (Munafik) yg mdakwa bhwa mereka tlh berIMAN kpda Al-Quran yg telah diturunkan kpdamu & kpd (Kitab2) yg tlh diturunkan dahulu drpdmu?
Mereka suka hdk berHakim kpd Taghut [seLain Hukum Allah], padahal mereka tlh diperintahkan supaya Kufur ingkar kpd TAGHRUT itu, & SYAITAN pula sentiasa hdk myesatkan mereka & keSESATan yg amat jauh.
[QS AnNisa: 60]

~~~ "Dan tidaklah patut bagi Lelaki2 yg Mukmin & tidak (pula) bagi Wanita yg Mukmin, apabila Allah & Rasul-Nya telah menetapkan sesuatu ketetapan [undang2/hak], akan ada bagi mereka pilihan (yg lain) ttg urusan mereka ..."
[QS AlAhzab: 36]

~~~ "Sesiapa mcari AGAMA(panduan/undang2) selain Islam, maka sekali2 tidaklah akan diterima (amal) drpd.nya, & dia di akhirat termasuk Org2 yg RUGI."
[QS Ali.Imran: 85]

~ "Dan sesungguhnya KAMi jadikan untuk MEREKAisi Neraka Jahanam kebanyakan dari Jin & Manusia, mereka mempunyai HATI ttpi tdk dipergunakannya utk MEMAHAMi (ayat-ayat Allah) dan mereka mpunyai MATA (tetapi) tidak diperGUNAkannya utk meLIHAT (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai TELINGA (tetapi) tidak dipergunakannya utk mdngar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai BiNATANG TERNAK, bahkan MEREKA lebih SESAT lagi. Mereka itulah Org2 yg LALAI..[7:179]

~ "Ssugguhnya Org2 yg mgatakn ALLAH Tuhan kami, lalu meneguhkan PENDIRIANNYA, mk Malaikat akn turun kpdnya dgn mgatakn "Jgnlah kamu TAKUT& SEDIH &brGembiralh Syurga yg djanjikn pd Mu. Kami pLindung2Mu d dunia+Akhirat"
…dri TuhanMu yg AMAT Pengasih lgi AMAT Penyayang"
[QS alFusiLat: 30&  AlQaaf:13]

~*~Ustaz Kazim ~ Tolak Hukum Hudud Kafir

~*~Hukum Hudud Tidak Akan Dilaksana Di Malaysia - Najib

~*~Titah Sultan Brunei Perlaksanaan Undang-undang Syariah

~*~Utz AZHAR IDRUS

~*~Utz AZHAR IDRUS ~ Hududv1

~*~Utz Azhar Idris(Hududullah)v1

~*~Utz Azhar Idris(Hududullah)v2

~*~Utz Azhar Idris(Hududullah)v3

~*~Utz Azhar Idris(Hududullah)v4

~*~Utz Azhar Idris(Hududullah)v5

~*~Utz Azhar Idris(Hududullah)v6


Jumaat, 4 November 2011

Nota Mudah Memahami Hukum Hudud. - siri keenam

Hudud adalah Adil dan Menyelamatkan

Dr Zakir Naik ~ Does God Exist?

Hukum hudud sangat dibimbangi oleh non muslim kerana perlaksanaannya dianggap kejam serta  ketinggalan zaman. Apakah benar tanggapan tersebut ?

33. Islam adalah agama wahyu yang diutus oleh Tuhan Yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Tuhan yang mencipta manusia, Tuhan yang menjadikan langit dan bumi malah seluruh alam ini. Realiti ini sangat difahami dan diterima oleh non muslim. Firman Allah swt : 
وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?
Surah Al Ankabut : 61

34. Oleh kerana Islam adalah agama yang datang dari Tuhan yang Maha Adil lagi Maha Bijak, maka ia adalah agama yang membawa sinar keadilan buat ummat manusia melalui syariat atau peraturannya serta menyelesaikan masaalah ummat manusia dengan penuh kebijaksanaan yang akhirnya membawa ummat manusia menjadi ummat yang sejahtera, tenang, selamat, aman dan bahagia bersama agama ini. Firman Allah swt :

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang2 yang derhaka.
[Surah An-Nur:55].
  
35. Selain janji Allah bahawa syariatnya adalah adil dan membawa kebaikan kepada ummat manusia, semua dari kalangan kita samaada muslim atau non muslim dapat menyaksikan sendiri bagaimana hukum Allah swt ini benar - benar adil melalui kaedah  dan hikmah perlaksanaannya. Namun ianya mestilah dilihat dan diteliti dengan jujur tanpa sebarang sceptical terhadap hukum Allah swt [ hudud] Tuhan yang Maha Mencipta ini.

36. Hudud adalah suatu hukum yang mengandungi 2 elemen utama iaitu balasan setimpal ke atas penjenayah dan sistem tegah kawal dari Allah swt. Ertinya hukum hudud adalah hukum yang hanya dijatuhkan atau dikenakan ke atas penjenayah yang telah sabit kes agar segala perbuatannya dibalas setimpal dan menimbulkan kesedaran atau keinsafan pada dirinya agar tidak lagi mengulangi perbuatan jenayah tersebut dan ia juga menjadi sistem yang menegah pihak lain dari melakukan jenayah sepertinya.

37. Perlaksanaan hukum hudud ini tidak perlu ditakuti atau dibimbangi lagi jika inilah prinsip dan kaedah perlaksanaannya. Bahkan semua pihak samaada muslim atau non muslim akan mendapat faedah yang baik dan positif dari perlaksanaannya. Antara yang boleh saya nyatakan sebagai contoh positifnya kesan perlaksanaan hukum hudud  ialah :

a)      Hudud tidak menjejaskan FDI negara kerana apa saja bentuk sistem perundangan di mana-mana Negara, sekiranya undang-undang yg dilaksanakan itu memelihara hak, mencegah penganiayaan dan menghindar jenayah, maka pelabur akan lebih yakin justeru negara tersebut terhindar dari korupsi dan penindasan. [Hudud merupakan suatu undang-undang pencegahan dan mendidik.]


b)      Hudud tidak akan menjejaskan pelancongan sekiranya pelancong datang  bercuti untuk mencari ketenangan, melawat untuk menikmati keindahan alam  serta sopan santun penduduknya dan shopping untuk mendapatkan barang keperluan mereka dengan harga yang berpatutan. Kecuali pelancong itu datang untuk melakukan maksiat dan mungkar yang boleh merosakkan dirinya dan menularkan budaya keji itu dalam negara kita. Negara kita tidak perlu pelancung maksiat sebagaimana kita tidak mahu Malaysia menjadi seperti Thailand (pusat percutian seks) atau Macau (pusat percutian judi).

c)       Enakmen Hudud membenarkan kemaafan dan menggalakkan reconciliation serta mencari sebab mengapa kesalahan dilakukan seperti dalam kes qisas umpamanya, saudara yang kena bunuh boleh memaafkan pembunuhnya.  Pencuri yang mencuri kerana sebab darurat seperti lapar yang amat, maka ia tidak akan dipotong tangan. Sebaliknya menurut ajaran Islam, kerajaan mesti menyalurkan wang zakat kepadanya atau menyediakan peluang  pekerjaan kepadanya.

d)      Perlaksanaan hukuman hudud memerlukan penelitian dan saksi yang cukup dan ia dilaksanakan dengan berhati hati dengan berpaksi kepada prinsip keadilan dan ketelusan.

e)     Hudud juga adalah undang - undang yang sangat berpotensi mencegah jenayah dan mungkar. Malah ia menyelamatkan masyarakat dari terjebak dalah pengaruh jenayah dan budaya mungkar yang merosakkan tamadun atau peradaban manusia itu sendiri. Dalam erti kata lain, hudud mampu melahirkan negara yang aman, masyarakat yang sejahtera dan keluarga yang bahagia kerana mereka bebas dari ancaman jenayah, mungkar dan maksiat. Bahkan non muslim turut menikmati suasana ini.

Bayangkan apabila tiada lagi mabuk - mabuk, kesempitan wang akibat kalah judi dan jenayah seksual, maka rakyat akan selamat dan terasa aman serta bahagia. Justeru sebahagian besar jenayah yang berlaku hari ini adalah akibat mabuk, kalah judi dan kegagalan mengawal syahwat. Dari sinilah berlakunya rompak, samun, culik, rogol, bunuh dan sebagainya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Pewaris gesa Karpal, Soi Lek mohon maaf perlekeh hudud

03/11/2011 8:08pm

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu (Pewaris) hari ini menggesa Karpal Singh dan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek memohon maaf kepada semua rakyat beragama Islam atas kenyataan mereka yang tidak berasas mengenai hukum hudud yang disiarkan di dalam beberapa akhbar berbahasa Inggeris, pada 29 dan 30 Oktober lalu.
Pengerusi Biro Guaman Pewaris, Kamarul Izwan Busu Piah berkata, kenyataan yang dikeluarkan kedua-duanya tidak berpandukan kepada fakta malah hanya perasaan emosi terhadap agama Islam.
“Tanggapan mereka bahawa hukum hudud itu dapat menimbulkan kesan buruk dalam perkembangan ekonomi negara, selain menakutkan pelancong asing yang ingin berkunjung ke sini adalah tidak wajar dikeluarkan.
“Oleh itu, kedua-duanya perlu berjanji untuk tidak membuat sebarang kenyataan yang menggugat sensitiviti masyarakat beragama Islam,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan terhadap dua pemimpin politik tersebut di Balai Polis Bandar Tun Hussein Onn, di sini hari ini.

Soi Lek yang juga Presiden MCA dalam kenyataan itu menyatakan hukum "Hudud Mundur" dan akan menimbulkan kesan buruk dalam pelaburan negara selain menjejaskan rakyat yang bukan beragama islam
Karpal yang juga Pengerusi DAP pula menyatakan hukum berkenaan akan membuatkan kadar jenayah meningkat, manakala orang yang ingin membuat jenayah boleh memeluk agama Islam.

Jelas Kamarul Izwan, tindakan dua parti politik itu bertentangan dengan Perlembagaan kerana telah menyentuh isu-isu yang berkaitan dengan agama Islam.

“Kami sebagai persatuan yang mempertahankan agama Islam kecewa dengan tindakan itu kerana ia adalah serangan yang sengaja dilakukan bagi memperlekehkan kesucian agama lain,” katanya.
Zulkipli seterusnya menyeru para pemimpin bukan Islam supaya tidak meneruskan agenda memburuk-burukkan agama suci itu kepada masyarakat luar.
– Utusan Petikkan~ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_38.htm

*~*~* Jahil mengenai hukum Hudud tidak boleh menjadi hujjah bahawa hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan sebagaimana/Ibarat jahil mengenai solat tidak boleh menjadi hujjah solat tidak boleh ditunaikan. Ini kerana hukum Hudud samalah seperti kewajipan Islam yang lain justeru ianya telah dinaskan di dalam al-Quran dan Sunnah sementara hukum Hudud juga telah digazet dan dilaksanakan oleh Rasulullah saw sejak hari pertama Baginda saw memerintah bumi Madinah al Munawwarah. 




Khamis, 6 Oktober 2011- Wajib Melaksanakan Hukum Hudud

oleh:Nasrudin Hassan at Tantawi

Nota Mudah Memahami Hukum Hudud. - Siri Pertama

                                                
                                                                   بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله الحَكَمُ الْعَدْلُ اللطيف الخبير له ملك السموات و الأرض و هو على كل شئ قدير   و الحمد لله الذي فضل العلماء بإقامة الحُجَجِ الدينية و معرفة الأحكام  و الصلاة و السلام على رسول الله أرسله الله بشيرا و نذيرا بين يدي الساعة فأدى الأمانة و بلغ الرسالة و نصح الأمة و جاهد في الله حق جهاده و على أصحابه  إمامِ كلِّ إمامٍ و من تبعه و نصره و والاه

Muqaddimah.
Dr Zakir Naik ~ Does God Exist..?

1. Hudud adalah hukuman atau pembalasan ke atas penjenayah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah swt akan bentuk dan jumlah hukumannya dengan nas yang jelas di dalam al quranil karim. Justeru sebagai manusia yang beriman kepada Allah swt dan kitabNya, kita tidak mempunyai pilihan melainkan dengar dan taat terhadap apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt. 

Ingatlah penegasan wahyu Allah swt kepada kita semua melalui surah al Ahzab ayat ke  36 :

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينًا

maksudnya :

"dan tidaklah layak bagi orang yang beriman samada lelaki atau perempuan, apabila telah ditetapkan oleh Allah swt dan RasulNya akan sesuatu perkara, bahawa ia membuat pilihan yang lain selain dari apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang mengingkari Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan suatu kesesatan yang nyata."

2. Hudud bukan sekadar hukum Allah swt yang telah ditetapkan secara tekstual di dalam al Quran dan kemudiannya dibuku dan dibekukan, tetapi ia suatu ketetapan yang wajib dilaksanakan dalam kehidupan ummat manusia sebagai proses keadilan untuk mengurus dan mengatur kehidupan ummah dari Tuhan pencipta manusia. Lihat ketetapan Allah swt di dalam surah al Maaidah, ayat 49 :

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ

maksudnya :

"dan hendaklah engkau menjalankan hukuman diantara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka dan berjaga - jagalah supaya mereka tidak memesongkan kamu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah swt kepada kamu."

3. Hudud adalah ketetapan syara' yang tidak boleh dipinda atau diubahsuai apalagi dibuang atau diketepikan. Tiada siapa yang memiliki authoriti untuk meminda ketetapan Allah swt hatta Rasul saw sekalipun. Firman Allah swt di dalam surah al Baqarah, ayat 229.

تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَعْتَدُوهَا وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

maksudnya :

"demikianlah batasan hukum Allah swt maka janganlah kamu melampauinya dan barangsiapa melanggar sempadan hukum Allah swt maka mereka adalah orang - orang yg zalim"

4. Hudud adalah hukum yang berteraskan kepada prinsip keadilan dan hikmah yang sangat besar buat kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Mencerca, menghina dan memperlekehkan hukum Allah ini seperti mengatakan hukum Hudud tidak adil, kejam, primitif, ketinggalan zaman, tidak sesuai di zaman moden, mencetus huru hara dan sebagainya  adalah perbuatan yang boleh menggugurkan iman seseorang justeru ia telah memperkecil dan mendustakan Allah swt. Allah tegaskan akibat perbuatan mereka di dalam surah an Nisa' ayat 56.

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُم بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا

"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan panggang mereka diatas api neraka. Setiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah swt adalah Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Insafi juga penegasan Allah swt di dalam surah al A'araf ayat 40 - 41.

إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّىٰ يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ

"Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah dan ketetapan) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga lah unta masuk di dalam lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan jenayah."

5. Hudud memberi keadilan dan mengembalikan kehidupan yang sejahtera dan aman. Tidak perlu takut dan cuak kepada hukum Hudud ini kecuali satu golongan sahaja iaitu penjenayah justeru hukum Hudud adalah hukum yang dijatuhkan keatas penjenayah yang telah sabit kes. Non muslim juga tidak perlu takut dan bimbang terhadap hukum Hudud. Mereka tidak dipaksa untuk menerima hukum Hudud jika mereka tidak mahu berhukum dengan hukuman Hudud bahkan mereka kekal di bawah perlaksanaan hukum sedia ada. Firman Allah swt. di dalam surah al Maaidah ayat 42 :

سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ فَإِن جَاءُوكَ فَاحْكُم بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ وَإِن تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَن يَضُرُّوكَ شَيْئًا وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُم بَيْنَهُم بِالْقِسْطِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

"Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."

bersambung ....

Nota Mudah Memahami Hukum Hudud (siri 2)

oleh:Nasrudin Hassan at Tantawi   
Wajib Melaksanakan Hukum Hudud

6.  Para alim ulama' telah memudahkan kita dengan menggariskan kategori ilmu dan syariat Islam seperti Ibadah, Muamalat, Munakahat dan Jinayat. Hudud adalah sebahagian dari undang - undang Jenayah Islam. [ Bahagian yang lain ialah Qisas dan Ta'zir. Insyaallah bahagian Qisas dan Ta'zir akan saya jelaskan di lain kesempatan.] Lantaran itu ia adalah sebahagian dari kesempurnaan Islam yang selayaknya dipelajari, difahami, dilaksana dan dihayati.

7. Inilah keistemewaan Islam sebagai agama yang syumul dan lengkap, merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia termasuklah soal perundangan. Ianya wajib dilaksana sebagaimana kita wajib menunaikan solat, puasa dan ibadah yang lain. Firman Allah dari surah an Nisa' ayat 105 menjelaskan kewajipan ini .

إِنَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَا أَرَاكَ اللَّهُ وَلَا تَكُن لِّلْخَائِنِينَ خَصِيمًا

"Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat"

8. Kewajipan melaksanakan hukum Hudud ini adalah berpaksi kepada prinsip perundangan Islam untuk memelihara :

a] Agama : melalui undang - undang murtad
b] Nyawa : melalui undang - undang qisas
c] Aqal : melalui undang - undang arak dan minuman yang memabukan
d] Keturunan : melalui undang - undang zina
e] Harta benda : melalui undang - undang curi dan rompak.

[ semua jenis undang - undang ini akan diperincikan kemudian ]

9. Hari ini ummat Islam berhadapan dengan peningkatan serius indeks kadar jenayah. Bermula dengan jenayah riddah [murtad], jenayah bunuh, jenayah zina, jenayah rompak samun dan sebagainya. Tiada siapa yang dapat nafikan betapa graf kadar semua jenis jenayah ini semakin meningkat dari masa ke semasa dan ia gagal ditangani oleh undang - undang yang dicipta oleh manusia. Persoalannya, kenapa tidak, kita melaksanakan undang - undang Islam yang diwahyukan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia ? sedang pastinya undang- undang Allah swt lebih berkesan untuk menyelesaikan masaalah manusia sebagai makhluk yang diciptaNya.

10. Ummat Islam  dan pemimpinnya mesti mencari 1000 jalan untuk membolehkan syariat Islam ini didaulatkan di atas negara kita yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam. Bukan mencari 1000 alasan atau dalih untuk mengelak diri dari melaksanakan perintah Allah swt. Jika British Law boleh dilaksanakan sekian lama dalam negara kita sedang hampir tiada penduduk tetap negara kita berbangsa British, kenapa masih ada sebahagian dari kita yang begitu prejudis  terhadap perlaksanaan hukum Islam [hudud]  sementara majoriti penduduk negara kita ialah mislim. Hayati Firman Allah swt dari surah at Taubah ayat 63 :


أَلَمْ يَعْلَمُوا أَنَّهُ مَن يُحَادِدِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَأَنَّ لَهُ نَارَ جَهَنَّمَ خَالِدًا فِيهَا ذَٰلِكَ الْخِزْيُ الْعَظِيمُ

"Tidakkah mereka mengetahui bahawa sesiapa yang menentang (perintah-perintah) Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya adalah baginya neraka Jahannam serta ia kekal di dalamnya? Balasan yang demikian adalah kehinaan yang besar"

bersambung..

Nota Mudah Memahami Hukum Hudud [Siri 3]

 oleh:Nasrudin Hassan at Tantawi


Hukum Hudud di dalam Al Quran dan As Sunnah 

11. Sebelum saya belayar jauh untuk menjawab pelbagai persoalan yang timbul di benak pemikiran masyarakat mengenai hukum hudud, eloklah sementara saya masih di dermaga perbincangan terlebih dahulu saya paparkan bentuk dan jumlah hukum Hudud yang telah didraf, digazet dan dilaksanakan lebih 1400 tahun yang lalu melalui dokumen induknya Al Quranul Kareem dan As Sunnah an Nabawiyah


12. Hukuman Hudud adalah suatu hukum yang tertakluk dengan 6 atau 7 jenis kesalahan dan jenayah. [ saya ringkaskan dari Kitab Mugni al Muhtaj karya Alimul Allamah Syeikh al Khatib asy Syarbaini rhm. dan Kitab Perlaksanaan Hukuman Hudud karya Sohibus Samahah Tuan Hj Said bin Hj Ibrahim mantan Mufti Negeri Sabah rhm. ]

a] Zina : iaitu persetubuhan tanpa nikah yang sah menurut syariat Islam dan hukumannya apabila sabit kes ialah sebat sebanyak 100 kali. Draf undang - undang mengenainya telah termaktub di dalam surah an Nuur ayat 2 : 
"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman."
b] Qazaf : Tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya, dalam masa yang sama gagal membawa 4 orang saksi lelaki yang adil. Hukumannya apabila sabit kes ialah sebat sebanyak  80 kali sebatan. Firman Allah swt di dalam surah an Nuur ayat 4 : 
"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik"
c] Syarbul Khamr : Minum arak atau minuman yang memabukkan. Samada ianya dalam jumlah yang sedikit ataupun banyak demikian juga mabuk ataupun tidak. Hukumannya apabila sabit kes ialah sebat tidak lebih  dari 80 kali dan tidak kurang dari 40 kali. Hukuman ini berasaskan dalil dari hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib Karramallahu Wajhah :
"Rasulullah saw telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebatan Saidina Abu Bakar rha telah menyebat sebanyak 40 kali sebatan dan Saidina Umar al Khattab rha telah menyebat sebanyak 80 kali sebatan. Semuanya adalah sunnah Rasulullah saw dan inilah yang lebih aku sukai."

d] Mencuri : Mengambil atau memindah secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milikan tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat menghilangkan harta tersebut dari jagaan tuannya. Hukumannya apabila sabit kes ialah potong tangan pencuri tersebut. Nasnya di dalam surah al Maaidah ayat 38 :
"Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) sistem cegah dan kawah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
e] Murtad : Keluar dari agama Islam atau membatalkan aqidahnya dengan perbuatan, perkataan atau iktiqad [keyakinan]. Hukumannya apabila sabit kes dan ia enggan kembali kepada Islam dalam tempoh yang ditetapkan oleh syara' adalah bunuh. Hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas rha.
 "Sesiapa yang menukar / meninggalkan agamanya maka bunuhlah ia."
f] Hirabah : Merompak samada secara individu atau secara berkumpulan dengan senjata untuk tujuan merampas harta atau membunuh atau menakut - nakutkan atau mengugut dengan kekerasan. Hukumannya apabila sabit kes adalah seperti berikut : 
€ : Hukuman mati : apabila perompak membunuh orang yang dirompak tanpa mengambil harta orang yang dirompaknya.
€ : Hukaman mati di kayu palang apabila perompak telah membunuh dan mengambil harta orang dirompaknya.
€ : Hukuman potong tangan kanan dan kaki kiri apabila perompak hanya mengambil harta orang yang dirompak tanpa membunuh dan mencederakan orang yang dirompaknya.
€: Hukuman buang negeri apabila perompak hanya menakut - nakut orang sahaja seumpama di kawasan laluan awam.
Bentuk hukuman ini telah dimuktamadkan oleh Allah swt di dalam surah al Maaidah ayat 33 - 34  
"Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar."
"Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya, (mereka terlepas dari hukuman itu). Maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
g] Bughah : segolongan ummat Islam yang melawan dan menderhaka kepada pemerintah [ imam / ulil amri ] yang adil dan menjalankan hukum syariat Islam sebagaimana yang telah dinyatakan dalam al Quran dan Sunnah. Mereka tidak dianggap keluar dari ajaran Islam [ murtad ] tetapi mereka diperangi dengan kaedah  dan syarat tertentu. 
Firman Allah swt di dalam surah al Hujurat ayat 9 : 
"Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."
Nota : Sebahagian ulama' tidak memasukkan hukum Bughah di dalam kategori hukuman Hudud kerana mempunyai perbahasan dan pendekatan hukum yang tersendiri serta tidak ditetapkan secara terperinci di dalam al Quran bentuk dan jumlah hukuman yang dikenakan ke atas bughah.
13. Ringkasan 6 jenis jenayah hukuman Hudud tambah satu dari jenayah bughah yang telah saya paparkan di atas adalah bersifat umum untuk memudahkan pembaca memahami terlebih dahulu skop jenayah yang disabitkan dibawah hukuman Hudud initanpa saya menafikan masih banyak ulasan tambahan, perbahasan dan khilaf berkait dengan kaedah penghukuman dan sebagainya.
14. Sebagai peringatan awal kepada pembaca, saya hanya membawa bentuk dan jumlah hukum Hudud yang telah dijelaskan oleh al Quran dan Sunnah. Di sana masih terdapat perbahasan penting oleh para alim ulama' bersumberkan dari nas tersebut yang perlu diketahui oleh kita iaitu bagaimana proses menyabitkan kes seperti pembuktian, pembicaraan, syarat sabit kes dan seumpamanya. Begitu juga kaedah perlaksanaan hukuman apabila ia telah disabitkan. Pendek kata, masih banyak perkara yang perlu dipelajari dan difahami mengenai hukum Hudud ini. 
[Insyaallah, ada kelapangan kita akan sampai kepada bab - bab tersebut. Semoga pembaca sabar mengikuti siri pemahaman hukum Hudud ini. ]
bersambung .........

Nota Mudah Memahami Hukum Hudud [Siri 4]

Benarkah hukuman Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana masih ramai ummat Islam yang tidak memahami hukuman tersebut ?

15.  Saya juga sarankan kepada semua pembaca bagi mendalami soal hukum Hudud ini dengan mengambil langkah pro aktif mempelajarinya secara langsung justeru ia adalah sebahagian dari ilmu Islam wajib dipelajari oleh ummat Islam. Zaman moden ini terlalu banyak kaedah dan kemudahan untuk mempelajari ilmu Islam ini. Terpulang kepada kesungguhan kita. 

16. Masjid dan surau juga boleh mengambil langkah yang sama untuk membuka kelas pengajian berkait Perlaksanaan Hukuman Hudud secara bersiri menggantikan kuliah maghrib yang kadangkala hanya bersifat tazkirah biasa atau pengajian yang telah berulang kali dipelajari seperti bab bersuci, haid, nifas, solat dan haji tanpa saya menafikan pengajian itu juga penting untuk diulangkaji.

17. Saya tegas menasihati mereka yang tidak mengetahui dan mendalami pengetahuannya mengenai hukum Hudud ini agar tidak membuat ulasan dan kenyataan berasas fikiran sendiri apalagi menafsir hukum Hudud secara bukan - bukan dan jauh tersasar dari konteks hukum Hudud yang sebenar. Kelak ia akan memudaratkan diri kita sendiri apabila berdepan dengan kemurkaan Allah swt ekoran pandangan dan ulasan yang bertentangan dengan kehendakNya.

18. Jahil mengenai hukum Hudud tidak boleh menjadi hujjah bahawa hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan sebagaimana jahil mengenai solat tidak boleh menjadi hujjah solat tidak boleh ditunaikan. Ini kerana hukum Hudud samalah seperti kewajipan Islam yang lain justeru ianya telah dinaskan di dalam al Quran dan Sunnah sementara hukum Hudud juga telah digazet dan dilaksanakan oleh Rasulullah saw sejak hari pertama Baginda saw memerintah bumi Madinah al Munawwarah.

19. Malah perlaksanaan undang - undang negara hari ini yang merupakan fotostat dari undang - undang penjajah telah dilaksanakan dalam negara kita sejak mula negara merdeka tahun 1957 yang lalu, tanpa perlu pun menunggu rakyat memahami undang - undang tersebut. Bahkan mengikut kaedah perundangan, sesuatu undang - undang itu tidak terbatal hanya kerana pesalahnya tidak mengetahui undang - undang tersebut atau dalam erti kata lain, pesalah itu tidak mengetahui bahawa apa yang dilakukan itu adalah suatu kesalahan di sisi undang - undang sekalipun, ia tetap tertakluk kepada undang - undang tersebut.

20. Apatah lagi undang - undang Islam yang telah siap drafnya melalui al Quran dan Sunnah secara muktamad untuk diguna pakai sepanjang zaman, malah telah digazet dan dilaksana sejak mula Islam memerintah di bumi Madinah al Munawwarah lebih 1400 tahun yang lalu. Pula terlalu banyak kitab dan buku yang dikarang oleh para sarjana Islam bagi membantu ummat Islam memahami undang - undang Islam ini di sepanjang zaman. Kalau kita tidak mengetahuinya, maka ia bukan salah undang - undang tersebut tetapi kecuaian kita kerana gagal mempelajari dan memahami undang - undang tersebut.

21. Alasan kononnya ramai ummat Islam tidak memahami hukum Hudud maka ianya tidak sesuai dilaksanakan pada hari ini adalah helah bermadah yang cukup strategik untuk tidak melaksanakan perintah Allah swt. Ajaibnya, ramai ummat Islam tidak memahami undang - undang British yang diamalkan dalam negara kita hari ini, tetapi  sesuai pula dilaksanakan ? seperkara lagi , masih adakah ummat Islam hari ini yang tidak tahu zina itu salah, mencuri itu salah, membunuh orang itu salah, minum arak itu salah ? atau ia adalah bertolak dari kedegilan untuk patuh pada perintah Allah swt ?
bersambung...

Nota Mudah Memahami Hukum Hudud [Siri 5]


Bukan negara kita masyarakatnya majmuk ? melaksanakan hukuman hudud akan menjadikan negara kita huru - hara dan rakyat dalam keadaan ketakutan. Bolehkah hukuman tersebut dilaksanakan dalam dunia moden ini ?

22.  Buat kesekian kalinya ingin saya tegaskan bahawa hukum Hudud ialah hukum Allah swt Tuhan yang Mencipta manusia dengan segala kemajmukannya. Majmuknya manusia di atas muka bumi ini bukan berlaku secara secara silap mata atau magik sihir, tetapi ia adalah hasil ciptaan Allah Tuhan yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijak. Sehingga hari ini, tiada siapa yang berani menafikan fakta bahawa Allah yang mencipta manusia samada manusia itu berkulit putih atau berkulit hitam. Samada manusia itu berbangsa Arab atau bukan Arab seperti Melayu, Cina dan India. Lihat pengakuan Allah swt yang tidak pernah dinafi oleh sesiapa di dalam surah al Hujurat ayat 13 :

"Maksudnya : Wahai manusia, sesungguhnya kami telah menjadikan kamu terdiri dari lelaki dan perempuan dan kami telah jadikan kamu berbilang - bilang bangsa dan puak supaya saling kenal - mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia dari kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa. Sesungguh Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam PengetahuanNya."

23. Apabila Allah yang mencipta manusia dan ianya tidak boleh dinafikan oleh sesiapa, maka kenapa kita tidak pula boleh menerima hukum yang juga dicipta oleh Allah swt untuk mendisiplinkan kehidupan manusia [ makhluk yang diciptaNya ] di atas muka bumi. Siapa lagi yang lebih mengetahui tentang selok belok kehidupan manusia secara zahir dan batinnya jika tidak penciptanya sendiri iaitu Allah Jalla wa  A'la. Pertanyaan Allah swt sehingga hari ini, tiada siapa yang mampu menjawabnya, apa lagi menandinginya sebagaimana yang termaktub di dalam surah al Baqarah ayat 138 :

"(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat"."

24. Analogi yang boleh saya ketengahkan di sini ialah seperti Syarikat Proton yang mencipta dan mengeluarkan kereta berjenama Inspira. Tentunya Syarikat Proton akan mengeluarkan buku manual operasi yang akan disertakan bersama dengan produknya. Pengguna mesti menggunakan Inspira berasaskan buku manual yang telah dikeluarkan oleh syarikat pengeluar justeru syarikat itulah yang lebih mengetahui bagaimana cara dan kaedah menjaga dan mengguna produk mereka dengan baik dan meminimakan kadar kerosakkan. Pengguna Inspira tidak boleh menggunakan buku manual yang dikeluarkan oleh syarikat Mitsubishi untuk produk mereka yang berjenama Pajero 4x4.

25. Begitulah manusia yang merupakan produk ciptaan Allah swt. Allah swt telah mengeluarkan buku manual iaitu al Quranul Kareem  yang disertakan dengan hasil produknya demi memastikan kehidupan manusia di dunia ini terurus berdasarkan manhaj Rabbani atau dengan bahasa yang lebih mudah agar cara dan gaya hidup manusia dipandu oleh petunjuk Allah swt lalu menyelamatkan mereka dari menjadi mangsa godaan nafsu dan bisikan syaithan yang dilaknat oleh Allah swt.

26. Setelah kita yakin bahawa hukum Hudud ini dari Allah swt., bagaimana masih tersangkar prasangka bahawa hukum ini akan mencetuskan huru - hara ? berlaku huru - hara bukan kerana perlaksanaan hukum Allah swt ini, tetapi kerana manusia menolak hukum tersebut. Mudah difahami apabila kita melihat realiti masyarakat kita hari ini. Huru - hara yang dimaksudkan telah pun berlaku sedang hukum Allah belum dilaksanakan dalam negara kita 

27. Ayah rogol anak, cucu perkosa nenek, anak menengking ibu yang sedang solat,   gengster [ along ] berleluasa, jenayah bunuh berlaku setiap hari, penderaan terhadap kanak - kanak, buang bayi, isteri derhaka kepada suami, suami menyeksa isteri, pemimpin menzalimi rakyat, yang kaya menindas yang miskin, yang lemah tidak terbela, pergaulan bebas, pelacuran, pengedaran dadah dan 1001 mungkar bersarang dalam negara kita. Bukankah ini huru - hara yang berlaku tanpa kawal. Kenapa salahkan hukum Hudud sedang hukum itu belum dilaksanakan lagi ?

28. Orang beriman tentunya yakin bahawa hukum Allah inilah yang akan mengembalikan semula keamanan dan keadilan. Justeru hukum Allah swt tidak semata - mata berorientasikan hukuman semata - mata tetapi juga merupakan sistem cegah dan kawal dari Allah swt. Perkara ini telah diserlahkan melalui firman Allah swt  di dalam surah al Maaidah ayat 38 : 

"Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu sistem cegah kawal dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

29. Tiada siapa yang perlu takut dan bimbang kepada hukum Hudud kecuali penjenayah. Hukum Hudud adalah undang - undang Jenayah syariat Islam. Hukuman ini hanya akan dijatuhkan ke atas penjenayah setelah sabit kes. Justeru itu, tiada siapa yang perlu rasa takut terhadap hukuman Hudud kerana hukuman tersebut sekali - kali tidak akan dijatuhkan ke atas mereka yang tidak bersalah atau dalam erti kata lain, tidak melakukan perbuatan jenayah seperti bunuh, mencuri, zina, menuduh orang lain yang baik berzina tanpa saksi, merompak dan minum arak. "Berani kerana benar dan takut kerana salah" adalah bidalan para bijak pandai yang masih terpakai hingga ke hari ini.

30. Non muslim juga tidak perlu takut terhadap perlaksanaan hukum Hudud justeru Hudud adalah hukum yang wajib terpakai ke atas ummat Islam sahaja sementara non muslim diberi peluang memilih. Jika mereka bersedia dengan rela mahu menerima pakai hukum Allah , maka dibenarkan sementara mereka enggan maka dipulangkan mereka kepada hukum agama mereka jika agama mereka menyediakan bentuk hukuman tertentu di atas kesalahan yang dilakukan atau jika tiada, berlandaskan konteks negara kita, kembali kepada undang - undang konvensional yang ada pada hari ini. Keputusan memberi hak memilih kepada non muslim ini adalah dari ketetapan Allah swt yang tidak boleh persoal oleh manusia. Firman Allah swt di dalam surah al Maaidah ayat 42 :

"Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."
31. Melalui perbahasan ayat ini di dalam kitab Tafseer al Baghawi menjelaskan pandangan para mufassirin seperti an Nakhaei, asy Sya'bi, Atha' dan Qatadah rhm mengatakan bahawa hakim diberi hak memilih samaada pesalah non muslim dari kalangan ahlul zimmah dijatuhkan hukuman melalui hukum Hudud ataupun dirujuk kepada hukum yang disediakan oleh agama mereka. 

32. Sementara sebahagian ulama' seperti Mujahid dan Ikrimah rhm menganggap ayat ini telah dinasakhkan dengan ayat و ان حكم بينهم  بما انزل الله  lalu mereka menegaskan bahawa ahlul zimmah tertakluk jua kepada hukum Allah swt ini.


Nota Mudah memahami Hukum Hudud. siri keenam

by Nasrudin Hassan on Friday, November 4, 2011 at 10:11am
Hudud adalah Adil dan Menyelamatkan

Hukum hudud sangat dibimbangi oleh non muslim kerana perlaksanaannya dianggap kejam serta  ketinggalan zaman. Apakah benar tanggapan tersebut ?

33. Islam adalah agama wahyu yang diutus oleh Tuhan Yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Tuhan yang mencipta manusia, Tuhan yang menjadikan langit dan bumi malah seluruh alam ini. Realiti ini sangat difahami dan diterima oleh non muslim. Firman Allah swt :

وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?" Sudah   tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?
[Surah Al Ankabut : 61]

34. Oleh kerana Islam adalah agama yang datang dari Tuhan yang Maha Adil lagi Maha Bijak, maka ia adalah agama yang membawa sinar keadilan buat ummat manusia melalui syariat atau peraturannya serta menyelesaikan masaalah ummat manusia dengan penuh kebijaksanaan yang akhirnya membawa ummat manusia menjadi ummat yang sejahtera, tenang, selamat, aman dan bahagia bersama agama ini. Firman Allah swt :

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.
[Surah An Nuur : 55]


35. Selain janji Allah bahawa syariatnya adalah adil dan membawa kebaikan kepada ummat manusia, semua dari kalangan kita samaada muslim atau non muslim dapat menyaksikan sendiri bagaimana hukum Allah swt ini benar - benar adil melalui kaedah  dan hikmah perlaksanaannya. Namun ianya mestilah dilihat dan diteliti dengan jujur tanpa sebarang sceptical terhadap hukum Allah swt [ hudud] Tuhan yang Maha Mencipta ini.

36. Hudud adalah suatu hukum yang mengandungi 2 elemen utama iaitu balasan setimpal ke atas penjenayah dan sistem tegah kawal dari Allah swt. Ertinya hukum hudud adalah hukum yang hanya dijatuhkan atau dikenakan ke atas penjenayah yang telah sabit kes agar segala perbuatannya dibalas setimpal dan menimbulkan kesedaran atau keinsafan pada dirinya agar tidak lagi mengulangi perbuatan jenayah tersebut dan ia juga menjadi sistem yang menegah pihak lain dari melakukan jenayah sepertinya.

37. Perlaksanaan hukum hudud ini tidak perlu ditakuti atau dibimbangi lagi jika inilah prinsip dan kaedah perlaksanaannya. Bahkan semua pihak samaada muslim atau non muslim akan mendapat faedah yang baik dan positif dari perlaksanaannya. Antara yang boleh saya nyatakan sebagai contoh positifnya kesan perlaksanaan hukum hudud  ialah :

a)      Hudud tidak menjejaskan FDI negara kerana apa saja bentuk sistem perundangan di mana-mana Negara, sekiranya undang-undang yg dilaksanakan  itu memelihara hak, mencegah penganiayaan dan menghindar jenayah, maka pelabur akan lebih yakin justeru negara tersebut terhindar dari korupsi dan penindasan. [Hudud merupakan suatu undang-undang pencegahan dan mendidik.]

b)      Hudud tidak akan menjejaskan pelancongan sekiranya pelancong datang  bercuti untuk mencari ketenangan, melawat untuk menikmati keindahan alam  serta sopan santun penduduknya dan shopping untuk mendapatkan barang keperluan mereka dengan harga yang berpatutan. Kecuali pelancong itu datang untuk melakukan maksiat dan mungkar yang boleh merosakkan dirinya dan menularkan budaya keji itu dalam negara kita. Negara kita tidak perlu pelancung maksiat sebagaimana kita tidak mahu Malaysia menjadi seperti Thailand (pusat percutian seks) atau Macau (pusat percutian judi).

c)       Hudud membenarkan kemaafan dan menggalakkan reconciliation serta mencari sebab mengapa kesalahan dilakukan. Kes bunuh umpamanya, saudara yang kena bunuh boleh memaafkan pembunuhnya.  Pencuri yang mencuri kerana sebab darurat seperti lapar yang amat, maka ia tidak akan dipotong tangan. Sebaliknya menurut ajaran Islam, kerajaan mesti menyalurkan wang zakat kepadanya atau menyediakan peluang  pekerjaan kepadanya.

d)      Perlaksanaan hukuman hudud memerlukan penelitian dan saksi yang cukup dan ia dilaksanakan dengan berhati hati dengan berpaksi kepada prinsip keadilan dan ketelusan.

e)     Hudud juga adalah undang - undang yg sangat berpotensi mencegah jenayah dan mungkar.
  Malah ia menyelamatkan masyarakat dari terjebak dalah pengaruh jenayah dan budaya mungkar yang merosakkan tamadun atau peradaban manusia itu sendiri. Dalam erti kata lain, hudud mampu melahirkan negara yang aman, masyarakat yang sejahtera dan keluarga yang bahagia kerana mereka bebas dari ancaman jenayah, mungkar dan maksiat.
  Bahkan non muslim turut menikmati suasana ini. Bayangkan apabila tiada lagi mabuk - mabuk, kesempitan wang akibat kalah judi dan jenayah seksual, maka rakyat akan selamat dan terasa aman serta bahagia. Justeru sebahagian besar jenayah yang berlaku hari ini adalah akibat mabuk, kalah judi dan kegagalan mengawal syahwat. Dari sinilah berlakunya rompak, samun, culik, rogol, bunuh dan sebagainya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia



~*~Penyataan NAJIB ttg Negara ISLAM & Undang2 Allah [Hududullah] 
~ Boleh membawa kpd "KUFUR"

24/09/2011 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata undang2  berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang2  sebegitu dikuatkuasakan.

"Undang2 Hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang2 Tuhan dan sebagai sebuah parti yg terdiri daripada Org Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.~Najib Tun Razak

"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang2 Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang dekat Batu Gajah.

Najib berkata kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip "Maqasid Syariah" iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

-Malaysiakini.Com

~*~Ucapan Sultan Brunei ttg Undang IsLam~*~

His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, in a titah, has stressed that Brunei Darussalam has no option other than to obey all the demands of Allah the Al-Mighty as its foremost obligation. One of the ways to this end,

His Majesty pointed, is by implementing Islamic laws but without side-lining conventional civil laws. In this regard, His Majesty further pointed, Brunei Darussalam has been and is making a beautiful and unique undertaking by islamising or aligning all its Laws to Islamic requirements in order to fulfill Allah the Al-Mighty's commands. The monarch was speaking at the opening of the International Seminar on Islamic laws carrying the theme: "Towards Implementing Islamic Laws".

The event took place at the Brunei's Defence International Exhibition Centre, BRIDEX, in Jerudong this morning. His Majesty explained that the implementation of Islamic Laws constitutes His Majesty's primary aspiration, which His Majesty has voiced repeatedly, but which, until now it is still being addressed. - www.hafizamri.com

Solat Ke Masjid Lading Emas

WallahuA’lam.. والله أعلم
 اَللَّهُمَّ صَلِّ وسَلاٌِم عَلٓى سَيٌِدِناَ مُحَمَّدٍ ﷺ 

📮 ❤️Sharing is Caring❤️

. .

~***~LadingEMAS~***~
. .
~***~LadingEMAS~***~

No comments:

~*~*~ Who