Thursday, July 29, 2010

Kaifiat Menjazam Tahlil - Lailahaillallah

26.7.10


Kaifiat Menjazam Tahlil ~ Lailahaillallah


Akhirnya DEN dapek satu ilmu baru...Ilmu menampal. Confirm bab ni DEN le siput segala siput.

Ini adalah Kaifiat menjazamkan Tahlil sebanyak 70,000x kalimah Tauhid. Buek masa ni tak habis lagi kaifiat nya...Sebab DEN tak dapek nak upload yg sanadnya yg sepatutnya DEN lotak kat bawah sekali...Bangang le katakan...Pueh dah DEN try...Takpo pelan pelan kayuh..

Kaedah ini lengkap dengan Sanad dan Tertibnya...memang boleh kita menjazam ikut kaedah biasa tapi kurang umphhh... Amalan membina satu juzuk Tahlil yakni ( 70,000x di gelar satu juzuk ) ini adalah basic yang wajar untuk setiap orang Islam...amatlah baiknya sebagai anak yang soleh..membuat satu Juzuk untuk Ibu dan satu Juzuk untuk Ayah...Suami membuat satu Juzuk untuk isteri dan Vice versa, Ayah membuat satu juzuk untuk setiap anak...




Jumlah zikir Tahlil ini hanya 100 kerana ianya sebagai asas aje...kalau kurang dari tu...elok gak korang rendam kepala di dalam Loji Indah Water.
Biasa dibuat orang 500 atau 1,000 in one sitting atau lebih. Pastinya didalam wuduk. 

Bila sudah habis ...atau mini duk merayu2 seksi di katil tu..ataupun muka suami Poyo jo ditempat peraduan eloklah tamatkan dengan bacaan di atas dengan wirid di bawah sebagai penutup.

Kebiasaan Wirid begini dibaca juga beramai2 didalam Majlis Aurad...so kalau ada 70 jemaah...x 1,000 maka cukuplah 70,000 sekali bacaan Aurad....Sebab itu dalam Islam ...berjemaah ini amat dituntut.

Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Muhammad itu Rasul(pesuruh) Allah, (Salawat dan salam ke atasNya), Inilah Kalimah yang Haq, di atasnya kami hidup dan di atasnya kami meninggal dunia, dengannya dibangkitkan kami Insya Allah Ta’ala dengan RahmatNya dan KemuliaanNya daripada golongan orang yang benar.


Dan Penghulu-penghulu kami yang mulia, Sayyid Ahmad Bin Idris, dan Sayyid Ahmad Bin Muhammad Ad-Dandarawi dan Khalifah kepada seluruh para Arif Billah, Sayyid Muhyiddin (Abdul Qadir Jilani) dan Penghulu kami Qutubul Alam Khidir Alaihissalam
(Al-Fatihah)

Maka tertunai sudah janji DEN untuk menurunkan kaedah menjazamkan Tahlil. Sesungguhnya atas limpah Rahmat Allah yang meliputi alam dan seisinya...DEN mengijazahkan kaifiat ini untuk sesiapa jua yang berminat.
http://darulsaka.blogspot.com/2010/07/kaifiat-menjazam-tahlil.html#comment-form
Lading_Emas

Friday, July 23, 2010

SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI DAN BULAN

1. Pengenalan
Solat Gerhana disebut di dalam bahasa arab dengan khusuf (الخُسُوفِ ) bagi bulan dan kusuf (الكُسُوفِ ) bagi matahari, iaitu hilangnya cahaya bulan atau matahari.

2. Gerhana berlaku bukanlah kemurkaan Allah
Ia bukanlah berlaku kerana kemurkaan Allah swt, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah swt. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah swt pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains. Ia bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi saw yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun.

3. Pendalilan
Dalilnya :

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ
ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا

Maksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”


4. Hukum Solat

Dalilnya :

عن ابن مسعود الانصارقال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله. يخوف بهما عباده. وَاِنَّهُمَا لا ينكسفان لموتِ أحد مِنَ النَّاسِ. فإذا رأيتم منها شيئا. فصلوا وادعوا الله يكشف ما بكم.

Mas’ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kalian melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang”


5. Waktu Solat

Solat Khusuf/Kusuf adalah sunat Muakkad sama ada bagi orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan dan sama ada ditunaikan secara berjamaah atau bersendirian

i. Bagi solat Gerhana Matahari waktunya bermula apabila ternyata berlaku gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana itu, dan sehingga jatuh matahari dan gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak ada solat gerhana.

ii. Bagi Solat Gerhana Bulan waktunya bermula apabila ternyata berlakunya gerhana bulan dan berakhir dengan hilang gerhana dan naik matahari. Tidak dikira dengan naik fajar atau jatuhnya pada malam dengan gerhananya. Sekiranya berlaku gerhana bulan ketika terbenamnya, dan sebelum terbit fajar maka dibolehkan solat. Tetapi jika terbenamnya bulan sesudah terbit fajar, maka terdapat dua pendapat iaitu :

i. Qaul Qadim : Tidak ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan telah hilang bila terbit fajar (subuh ).
ii. Qaul Jadid : Ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan masih ada sehinggalah terbit matahari ( syuruk ).
* Di dalam mazhab Syafie dibolehkan bersolat walaupun ketika berlaku gerhana tersebut adalah waktu tahrim.

6. Tempat Solat

Boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, musolla, surau atau masjid. Walau bagaimanapun yang afdhal ialah masjid yang didirikan Jumaat.

7. Lafaz Niat

i. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari :

أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”


ii. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”


8. Jumlah Rakaat

i. Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang sekurang-kurangnya. Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali ruku’ dan 2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

ii. Yang terlebih akmal ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku dan qiyam bagi tiap-tiap satu rakaat dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.


9. Kaifiatnya

Kaifiatnya adalah seperti berikut:

Berdasarkan hadis :

عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ رَأْسُهُُ فَقَالَ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ الأُولَى ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ الأُولَى ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً ثُمَّ فَعَلَ ِفي الرَّكْعَةِ الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ ثُمَّ سَلَّمَ وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسِ فَقَالَ ِ في كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ إِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آياَتِ اللهِ َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ.

Maksud: Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana)
maka bersyukurlah kepada solat gerhana”
(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)


عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.

Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”
(Sahih Muslim 2-hlm: 81)


Secara ringkasnya seperti berikut :
a. Rakaat PerTama.
1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. surah, yang terlebih afdhal surah al-Baqarah
6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
7. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau mana-mana surah.
8. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9. Iktidal.
10. Sujud dan membaca tasbih.
11. Duduk antara 2 sujud.
12. Sujud kembali.
13. Berdiri ke rakaat kedua.
b. Rakaat kedua.

1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah al-Maidah
atau mana-mana surah.
5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
6. Iktidal.
7. Sujud dan membaca tasbih.
8. Duduk antara 2 sujud.
9. Sujud kembali.
10. Membaca tasyahud akhir.
11. Memberi salam.

* Tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
* Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah
dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan
perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.
* Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.

10. Khutbah

Khutbah Solat Gerhana :

Dalil dari Aisyah r.a. berkata :

ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان
من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.

Membaca mana-mana mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”

(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)


i. Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun gerhana sudah hilang.
ii. Khutbahnya seperti khutbah hari raya tetapi tidak sunat bertakbir.
iii. Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya.
iv. Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah. ( Khutbah adalah seperti dilampirkan )

Secara umumnya bila pertembungan ini berlaku maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan. Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling kuat.

Contoh :
i. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat jenazah maka didahulukan solat jenazah.
ii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardhu di awal waktu maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari atau bulan kembali cerah. Tetapi jika berlaku pertembungan itu diakhir waktu solat fardhu maka didahulukan solat fardhu.
iii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan witir didahulukan solat gerhana.


Rujukan:
Matla’ Badrain.
*Abu Ishaq Bin Ali Bin Yusuf al-Fairuzabadi, Al-Muhazzab, Juz 1, terj : Ali Achmad, Muhammad Yasin, Abdullah & Huda, Perniagaan Jahabersa. Perniagaan Jahabersa.
* Ust Hj. Fadzil Hj. Ahmad. Hidup Ibadat , Pusat Pemasaran Motivasi, K.L
* Dr. Abdul Karim Zaidan, Ensiklopedia Hukum wanita dan keluarga, Kajian mendalam masalah wanita & keluarga dalam perspektif syariat Islam. Pustaka Dini.
http://www.islamweb.net



Solat Ke Masjid Lading Emas


👉 Teks penuh  boleh di download dari 👇 38 Kesilapan dlm SOLAT





WallahuA’lam..والله أعلم
اَللَّهُمَّ صَلِّ وسَلاٌِم عَلٓى سَيٌِدِناَ مُحَمَّدٍ ﷺ

📮 _❤️Sharing is Caring❤️_

. .
~***~LadingEMAS~***~

Wednesday, July 21, 2010

RAHSIA~ Bismillahirrahmanirrahim



Kehebatan Bismillahirrahmanirrahim


Ringkasan ceramah oleh Maulana Sayyidi Syaikh Muhammad Nazim Al-Haqqani

a) Umat Islam di anjurkan utk berZikir dengan Bismillah hirrahman nirraheem, sekurang-kurangnya 100 kali setiap hari.Setiap kali kita berzikir dengan Bismillah hirrahman nirraheem, Insya Allah kita akan menemui khazanah2 yg tidak kehabisan/terputus (menurut keyakinan masing2).

b) Bismillah hirrahman nirraheem adalah pedang yg tidak dapat di kalahkan, ia adalah pedang Ilahi.

c) Jika kamu lapar, dengan bacaan Bismillah hirrahman nirraheem, kamu akan kenyang.

d) Jika kamu dahaga, akan hilang kehausanmu dengan bacaan Bismillah hirrahman nirraheem.

e) Sesiapa yg sebut Bismillah hirrahman nirraheem, menjalin hubungan dengan syurga/langit, maka ia menjalin hubungan dengan pentadbir alam iaitu Allah SWT,  maka ia akan memperolehi pertolongannya. Berita baik bagi mereka yg punya hubungan dengan makhluk2 syurga/langit. Tanpa Bismillah hirrahman nirraheem, kamu tidak akan berhasil. Hasil yg sebenarnya, adalah dari bacaan Bismillah hirrahman nirraheem.

f)Wahai manusi, jadilah hamba Allah, sesuaikan dirimu, supaya kamu dapat mewarisi khazanah dari Bismillah hirrahman nirraheem, Bismillah hirrahman nirraheem, akan membuka hati yg terkunci dan akal yg buntu – seluruh penyakit zahir dan bathin dapat diubati oleh Bismillah hirrahman nirraheem.
~ Bismillah hirrahman nirraheem mencukupi, ia lebih dari mencukupi sebenarnya.

g) Setiap kali manusia membaca Bismillah hirrahman nirraheem, perkerjaan/hajatnya akan tercapai dengan mudah dan shaitan akan terhalang, tetapi manusia zaman sekarang, meninggalkan Bismillah hirrahman nirraheem, maka jalan yg mudah. menjadi sulit sekali.

h)Bacaan Bismillah hirrahman nirraheem, dikurniakan kpd Nabi Sulaiman (AS) agar Nabi Sulaiman dapat menguasai Jin dan Manusia, dan supaya ia dapat menawan Ratu Balqeesh, kemudian ia di angkat darinya. Lihatlah, bacaan sekali dapat menguasai dan menjatuhkan seluruh makhluk di bawah pemerintahan Nabi Sulaiman (AS).


إِنَّهُ ۥ مِن سُلَيۡمَـٰنَ وَإِنَّهُ ۥ بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman dan kandungannya (seperti berikut): Dengan nama Allah, Yg Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, QURAN (27:30)

i) Bismillah hirrahman nirraheem, dikurniakan kpd Nabi Musa (AS) agar ia dapat membelah lautan merah, kemudian diangkat darinya. Lihatlah, dengan bacaan sekali, Bismillah hirrahman nirraheem, dapat membelah lautan yg dalam, dapat mengatasi masaalah yg tidak mungkin tercapai dengan teknologi.

j)Setiap zarrah bergantung kpd Bismillah hirrahman nirraheem,  membawa rahmat seperti hujan, tanpa Bismillah hirrahman nirraheem, kamu akan kecundang.

Kesimpulannya,,,bacalah Bismillah hirrahman nirraheem, dgn seluruh keyakinan dan kepasrahan diri pada Allah...Nescaya semua hajat akan terkabul..
Wabillahi taufik...Al-Fatihah.
Petikan dari   http://syifaulhaqq.blogspot.com/2010/11/kehebatan-bismillahirrahmanirrahim.html




بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Kehebatan Bismillah
“Kehebatan  Bismillah hirrahman nirraheem,! Barangsiapa mengucapkan  Bismillah hirrahman nirraheem  banyak2 dengan harapan mendapat rezeki, nescaya akan diberikan Allah rezeki dengan mudah dan tidak terduga olehnya. Serta, diberi kurnia kehebatan di hati manusia dan di sisi alam yg tinggi (yakni Malaikat) dan alam yg rendah (yakni manusia dan lain2 makhluk Allah di muka bumi).
Dengan nama Allah, Yg Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Sabda Rasulullah SAW.: 
  “Adalah Jibril apabila datang kepadaku, yg pertama diberikannya kepadaku ialah Bismillah hirrahman nirraheem,.” 
(Darulquthni dan Ibnu Umar RA. )

Sabda Rasulullah SAW: 
    “Itulah isim dari asma Allah. Tidak lain antara ia dengan nama Allah, ‘Akbar’ seperti putih mata dengan hitamnya. Begitulah dekatnya.”
Demikianlah jawapan Rasulullah SAW ketika ditanya oleh Utsman Ibnu Affan berkenaan Bismillah.

Sabda Baginda SAW lagi: 
   “Ismullahil-A’zham ialah Allah. Apakah engkau tidak lihat bahawasanya pada semua pembacaan Al-Qur’an dimulai dengan  Bismillah hirrahman nirraheem,   sebelum menyebut nama2 Allah yg lain.”
 ( HR  Imam Bukhari dari Jabir )

Bersabda Nabi SAW.: 
   “Ketika turunnya Bismillah hirrahman nirraheem, bergembiralah ahli langit dari bangsa Malaikat, bergoncanglah ‘Arasy kerana turunnya. Turut serta bersamanya 1000 Malaikat. Dan, bertambahlah iman para Malaikat. Dan, tunduklah segala jin dan bergetar segala planet. Gementar segala sendi2 kerana turunnya.”

Dari Abu Na’im dan Ibn Sunni dari Siti Aisyah r.a.:
“Ketika turun Bismillah hirrahman nirraheem, mengucap tasbihlah gunung-ganang hingga dapat mendengar para penduduk Mekah dan sekitarnya. Lalu mereka berkata: 
   “Rupanya Muhammad yg menyihir gunung2 itu.” Kemudian Allah bangkitkan awan hingga meneduhkan penduduk Mekah.”
Sabda Rasulullah SAW: 
    “Barangsiapa membaca Bismillah hirrahman nirraheem, dengan penuh yakin, akan bertasbihlah gunung-ganang. Cuma sahaja ia tidak dapat mendengarnya.”

Rasulullah s.a.w. bersabda:
  ” Barangsiapa mengucapkan Bismillah hirrahman nirraheem,  dan Laa haula walaquwwata illaa billaahil aliyyil adzhiim,  Allah lepaskan dia dari 70 pintu bala dan kesukaran, dukacita dan kesakitan.”

Dari al-Waqii dan atas-Tsa’labi dari Ibnu Mas’ud r.a.:
“Barangsiapa ingin dipelihara oleh Allah dari seksaan Neraka Zabbaniah yg sembilan belas, maka hendaklah dia mengucapkan Bismillah hirrahman nirraheem. Kerana Allah menjadikan tiap2 huruf Bismillah itu sebagai perisai.”

Dari ad-Dailami dari Ibnu Mas’ud RA., bersabda Rasulullah SAW.: 
    “Barangsiapa membaca Bismillah hirrahman nirraheem, dituliskan baginya tiap2 huruf 4000 kebajikan, dihapuskan darinya 4000 keburukan dan diangkat dia 4000 darjat.” 


Bersabda Nabi SAW: 
   “Jin itu suka memakai barang2 kepunyaan manusia dan pakaian mereka. Oleh itu, barangsiapa mengambil atau menaruh pakaian, ucapkanlah Bismillah hirrahman nirraheem,. Kerana sesungguhnya nama Allah yg dibacakan di situ merupakan cop mohor Allah.” 

Pengertian dari hadith di atas ialah hendaklah kita mengucapkan Bismillah hirrahman nirraheem, setiap kali kita menyimpan atau mengambil barang2 kepunyaan kita agar terjaga daripada jin dan syaitan. Bukan sahaja kita mendapat pahala dari mengucapkannya tetapi juga mendapat keberkatan dan keselamatan sama ada atas harta-benda mahupun diri dan segala usaha kita.

Dari Anas bin Malik bersabda Nabi SAW:
“Andaikata pepohon dijadikan pena dan lautan dijadikan tinta, lalu dikumpulkan semua jin, manusia dan Malaikat untuk membuat buku dan menulis erti  Bismillah hirrahman nirraheem,  selama sejuta tahun, mereka tidak akan sanggup mengertikannya walau hanya satu persepuluh darinya.”

Bersabda Rasulullah SAW.: 
   “Ada suatu kaum yg datang pada Hari Qiamat nanti dengan mengucapkan Bismillah hirrahman nirraheem. Lebih berat kebajikan mereka dari keburukan mereka. Lalu berkata umat2 yg lain: 
 “Alangkah beratnya imbangan amal kebajikan mereka.”
 Sesungguhnya, adapun yg menjadi sedemikian kerana mereka sentiasa memulai segala perbicaraan mereka dengan Bismillah hirrahman nirraheem. Kerana ia adalah Isim Allah Yg Maha Agung. Jika sekiranya diletakkan langit dan bumi serta segala isinya ke atas neraca timbangan, nescaya beratlah lagi kalimah  Bismillah hirrahman nirraheem.”

Dari Abu Hurairah RA., Nabi SAW.bersabda:
“Apabila engkau berwuduk, ucapkanlah Bismillah hirrahman nirraheem, kerana Malaikat penjagamu tidak kan berhenti menuliskan kebajikan bagimu sehingga engkau selesai. Dan, apabila engkau ingin bersatu dengan isterimu, ucapkanlah Bismillah hirrahman nirraheem, kerana sesungguhnya Malaikat penjagamu akan menuliskan kebajikan bagimu hingga selesai engkau mandi janabah. Jika dari persetubuhan itu lahir seOrang anak, akan dituliskan bagimu kebajikan menurut bilangan nafasnya dan bilangan anak-cucunya hingga tidak dikecualikan walau seOrang.”

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas RA. telah bersabda Rasulullah SAW.: 
    “Barangsiapa di antara kamu apabila ia akan bersetubuh dengan isterinya, lalu dia mengucapkan Bismillah hirrahman nirraheem, dan berdoa, “Ya Allah, jauhkanlah Syaitan drpda kami dan jauhkanlah Syaitan itu drpd apa yg Engkau kurniakan untuk kami”, maka jika sesungguhnya Allah takdirkan dari persetubuhan itu lahir seOrang anak, tidak akan dapat Syaitan memudaratkannya untuk selama2nya.”

Dikisahkan di dalam Kitab Khozinatul-Asror bahawasanya Allah Ta’ala itu mempunyai 3000 nama yg mana 1000 nama hanya diketahui oleh para Nabi-Nabi Allah, 300 nama disebutkan di dalam Kitab Taurat, 300 nama disebutkan di dalam kitab Injil, 300 nama disebutkan di dalam Kitab Zabur, 99 nama disebutkan di dalam Al-Qur’anul kariim manakala 1 berada di sisi Allah.

Dan, adapun makna daripada keseluruhan 3000 nama ini terhimpun di dalam 3 nama-nama Allah iaitu Allah, Arrahmaan dan Arrahiim yg termaktub pula di dalam kalimah  Bismillah hirrahman nirraheem. Maka, barangsiapa mengajarkan dan mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim umpama ia menyebutkan keseluruhan 3000 nama-nama Allah. Adapun sesungguhnya kalimah Bismillah hirrahman nirraheem, itu ada sembilan belas huruf dan Malaikat2 penjaga Neraka itu juga ada sembilan belas. Maka, barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiim dengan penuh ikhlas dan yakin kepada Allah, nescaya terhindarlah dia drpda siksaan Malaikat Zabbaniah.

WallahHU'Alam.




~*~*~*~*~*~*~

Bismillah 7


Diperturunkan dari Ayahandaku...sesuai dijadikan amalan setiap kali sebelum menjamah makanan atau rezeki. Dan boleh dijadikan ayat Syifa@penawar tatkala ditimpa sesuatu musibah.
 Tetapi haruslah diingat dan yakin bahawa semua perkara itu terhasil ia dgn Kehendak Allahu SWT..
Wallahu A'alam http://jamaluddinab.blogspot.com/2010/02/bismillah-7.html

~*~*~*~*~*~*~

Bismillah Enam

Bismillah Enam



Bismillah Enam
  • Makbul segala hajat dan cita-cita.
  • Luas rezkinya.
  • Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
  • Menang dalam peperangan.
  • Penerang hati.
  • Diajuhkan dari segala penyakit.
  • Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
  • Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
  • Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
  • Aman daripada binatang2 buas.
  • Air laut menjadi tawar.
  • Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
  • Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
  • Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
  • Terselamat dari karam dilaut.
  • Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
  • Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selama 7 hari nescaya mendengar.
  • Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
  • Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
  • Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
  • Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
  • Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; latakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.
Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.
AMAL LAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.

~Nampaknya kalau tak silap saya, saudara/saudari nie telah menyalin bulat bulat drp buku karangan Utz. Prof Dato’ Haron Din & Prof. Dr. Amran Kasimin (Rawatan Menurut Al Quran & Sunnah Jilid 1 & 2).
Bismillah Enam ni lebih dikenali sebagai Bismillah 7, kerana terdapat 7 lafaz Basmalah didalamnya & lebih kuat kesan penawarnya berbanding Bismillah 5.
  PERLU DIINGAT bahawa jika menangamalkannya si pengamal akan beroleh cubaan seperti disengat/dipatuk binatang bisa menurut pengarangnya. Dalam buku ini juga ada diajarkan Bismillah 5 & kaedah rawatannya namun saya juga ada terjumpa Bismillah 5 versi lain, sila rujuk laman http://yasui-stuff.com ATAU taip aje HOME – Senjata Mukmin kat search engine anda.

http://junjungan.wordpress.com/bismillah-enam/ 


********************************************************

Bacaan BISMILLAH 5




Bismillahir Rahmanir Rahiim
Bismillahish Shaafii
Bismillahil Kaafii
Bismillahil Mu’aafii
Bismillahil ladzhi laa ya
dhurru ma’as mihi syai
un fil ardhi wala fis sama’i
wa huwas samii’un ‘alim

Dgn nama Allah Yg Maha Pemurah
lagi Maha Penyayang
Dgn nama Allah Yg Menyembuhkan
Dgn nama Allah Yg Mencukupkan
Dgn nama Allah Yg Memberikan kesihatan yang baik
Dgn nama Allah yg tidak memberi kemudaratan dengan
namanya akan sesuatu pun di dunia dan di
langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Bismillah 5 ni elok diamalkan
Antara kelebihan bismillah 5 ini adalah ;-
1. Penawar bisa diri
2. Penawar bisa tulang
3. Boleh diubati penyakit yg tidak diketahui puncanya.
Tatacara
1. Membaca dgn dgn hati yg khusyuk.
2. Ditiup ditangan atau ditempat yg sakit.
3. Sapukan di tempat yg sakit ataupun disapukan ke satu badan.
Sekadar ingin berkongsi kalau ada salah silap harap dimaafkan.
 Utk lebih teliti boleh la merujuk kpd yg lebih Arif.

WallahuA’lam.. وَاللهُ أَعْلَمُ  



Fadhilat Bismillah 6 Bahagian 01/03
 Fadhilat Bismillah 6 Bahagian 02/03
 Fadhilat Bismillah 6 Bahagian 03/03




Dahsyatnya ayat yg sering kita dengar ini || Kalam Sekumpul ~ Hamba Allah






Dahsyatnya amalan basmalah ~ Lurah Alam Ghoib




10 Khasiat Basmalah




RAHASIA KALIMAH SAKTI BASMALAH YG JARANG KITA SADARI~ PENGGALI ILMU



41 KHASIAT MEMBACA BISMILLAH YG SANGAT LUAR BIASA~ Amalan Akhirat



Keutamaan Bismillah 21 Kali Menarik Manfaat & Menolak Bala (Tafsir Jalalain 03)~ Yayasan Al-Muafah



Dahsyatnya Wirid BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~ Majmu'atul Fawaaid



NGASAH BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~ Raja Ryzal Kelayang




Bismillahirrahmanirrahim Nabi Sulaiman ilmu Peluluh~ Raja Ryzal Kelayang




Bathin Bismillahirrahmanirrahim~ Raja Ryzal Kelayang




Bismillahirrahmanirrahim "menggulung" segala ilmu~ Raja Ryzal Kelayang




Agar DOA di Kabulkan CEPAT by Ustad Dhanu




Rahasia Doa Ustadz Dhanu




BERSYUKUR ATAS KARUNIA ALLOH SWT ~ RUANG USTADZ DHANU




Utz Muhadir Haji Joll ~ RAHSIA BISMILLAH



Kelebihan Amalan Membaca Bismillah ~ Pengajian Kitab Zahratul Murid @ Utz Muhaizad Muhammad



41 KHASIAT MEMBACA BISMILLAH YG SANGAT LUAR BIASA






IJAZAH DARI TUAN GURU HJ SOLEH PONDOK SIK KEDAH [Bc 786x] tiup ke Air beri anak Minum, Cerdas Akalnya InsyaAllah.
bc 41x tidur Mlm, Elak Gangguan Iblis@Syaitan



Ketahui Dahsyatnya Ayat yg sering kita DENGAR ini ~ Kalam[ABAH] Sekumpul Hamba Allah [Bismilahilazi laayadurru.. ]



PS~ Semakkan Kenali Robb Mu 👉https://lading-emas.blogspot.com/2010/04/sifat-20-tuhan.html


Semakkan Kenali Robb Mu 👉https://lading-emas.blogspot.com/2016/10/ilmu-hakikat-dan-makrifat-ariff-billah.html


Semakkan Benteng Diri n Family 👉~  https://lading-emas.blogspot.com/2010/04/benteng-diri-dan-family.html


Semakkan Amal Sedikit ttpi MasyaAllah berbaloi.. 👉 ~ https://lading-emas.blogspot.com/2019/04/amal-sedikit-tetapi-pahala-besar.html




. .
~***~Lading EMAS~***~

.
~***~LadingEMAS~***~

Masjid Al Aqsa

Masjid Al-Aqsa

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas

(Dialihkan dari Masjidil Aqsa)
Langsung ke: navigasi, cari
Masjid al-Aqsa
Al aqsa moschee 2.jpg
Letak Al-Haram asy-Syarif, Yerusalem
Koordinat geografi 31°46′35″N 35°14′8″E / 31.77639°N 35.23556°E / 31.77639; 35.23556
Afiliasi agama Islam
Distrik Kota Lama Yerusalem
Status eklesiastik Masjid
Kepemimpinan Wakaf
Deskripsi arsitektur
Jenis arsitektur Masjid
Gaya arsitektur Islam Awal
Arah facade Utara
Pembukaan tanah 685 (konstruksi pertama)
1033 (konstruksi kedua)
Tahun selesai 705 ((konstruksi pertama)
1035 (konstruksi kedua)
Spesifikasi
Kapasitas 5.000 (di dalam); 400.000 (di luar)[1]
Panjang 83 meter (272 kaki)
Lebar 56 meter (184 kaki)
Kubah 1
Menara 4
Tinggi menara 37 meter (121 kaki)
Bahan Batu kapur (tembok luar, menara, facade), stalaktit (menara), timah (kubah), marmer putih (kolom interior)
Masjid Al-Aqsha (Arab: المسجد الاقصى , Al-Masjid Al-Aqsa, arti harfiah: "masjid terjauh") adalah salah satu bangunan yang menjadi bagian dari kompleks bangunan suci di Kota Lama Yerusalem (Yerusalem Timur) yang dikenal dengan nama Al-Haram asy-Syarif bagi umat Islam dan dengan nama Har Ha-Bayit (Bukit Baitallah atau Temple Mount) bagi umat Yahudi dan Nasrani.
Literatur Muslim(Al-Quran) menyatakan bahwa Nabi Muhammad SAW diangkat ke Sidratul Muntaha dari lokasi ini pada tahun 621 Masehi, menjadikan masjid ini sebagai tempat suci di Islam (lihat Isra' Mi'raj.)
Masjid Al-Aqsa yang dulunya dikenal sebagai Baitul Maqdis, merupakan kiblat shalat umat Islam yang pertama sebelum dipindahkan ke Ka'bah di dalam Masjidil Haram. Umat Muslim berkiblat ke Beitul Maqdis selama Nabi Muhammad mengajarkan Islam di Mekkah (13 tahun) hingga 17 bulan setelah hijrah ke Medinah. Setelah itu kiblat shalat adalah Ka'bah di dalam Masjidil Haram, Mekkah hingga sekarang.

Masjid Al-Aqsa saat ini adalah masjid yang dibangun secara permanen oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan dari Kekhalifahan Umayyah (Dinasti Bani Umayyah) pada tahun 66 H dan selesai tahun 73 H. Agak berbeda dengan pengertian Masjid Al-Aqsa pada peristiwa Isra' Mi'raj (Q.S. Al Israa’:1) yaitu meliputi seluruh kawasan Al-Haram asy-Syarif.

Pembakaran Masjid Al-Aqsa pada tanggal 21 Agustus 1969 telah mendorong berdirinya Organisasi Konferensi Islam yang saat ini beranggotakan 57 negara.
Pembakaran tersebut juga menyebabkan sebuah mimbar kuno yang bernama "Shalahuddin Al-Ayyubi" terbakar habis. Dinasti Bani Hasyim, penguasa Kerajaan Yordania telah menggantinya dengan mimbar buatan Jepara, Indonesia.[2][3] 

Daftar isi


Etimologi

Nama Masjid al-Aqsa bila diterjemahkan dari bahasa Arab ke dalam bahasa Indonesia, maka ia berarti "masjid terjauh". Nama ini berasal dari keterangan dalam Al-Qur'an pada Surah Al-Isra' ayat 1 mengenai Isra Mi'raj.

Isra Mi'raj adalah perjalanan yang dilakukan Muhammad dari Masjid Al-Haram menuju Masjid Al-Aqsa, dan kemudian naik ke surga.[1][4] Dalam kitab Shahih Bukhari dijelaskan bahwa Muhammad dalam perjalanan tersebut mengendarai Al-Buraq.[5] Istilah "terjauh" dalam hal ini digunakan dalam konteks yang berarti "terjauh dari Mekkah".[6]

Selama berabad-abad yang dimaksud dengan Masjid al-Aqsa sesungguhnya tidak hanya masjid saja, melainkan juga area di sekitar bangunan itu yang dianggap sebagai suatu tempat yang suci.

Perubahan penyebutan kemudian terjadi pada masa pemerintahan kesultanan Utsmaniyah (kira-kira abad ke-16 sampai awal 1918), dimana area kompleks di sekitar masjid disebut sebagai Al-Haram Asy-Syarif, sedangkan bangunan masjid yang didirikan oleh Umar bin Khattab disebut sebagai Jami' Al-Aqsa atau Masjid Al-Aqsa.[7]

Sejarah

Pra-konstruksi

Pembangunan oleh Umayyah

Gempa bumi dan rekonstruksi

Masa modern

Kubah masjid pada tahun 1982, terbuat dari aluminium (dan tampak seperti perak). Kubah telah diganti lapisan timah sebagaimana aslinya pada tahun 1983

Renovasi pertama pada abad ke-20 dilakukan pada tahun 1922, yaitu setelah Dewan Islam Tertinggi Yerusalem di bawah pimpinan Amin al-Husayni mempekerjakan Ahmet Kemalettin Bey, seorang arsitek berkebangsaan Turki, untuk merestorasi Masjid al-Aqsa dan monumen-monumen di sekitarnya.

Dewan tersebut juga menugaskan arsitek-arsitek Inggris, ahli-ahli Mesir, dan para pejabat lokal untuk ikut berpartisipasi dan mengawasi perbaikan yang dilakukan pada tahun 1924–25 di bawah pengawasan Kemalettin. Renovasi meliputi penguatan fondasi kuno masjid Umayyah, perbaikan tiang-tiang kolom interior, penggantian balok-balok, pendirian perancah, perawatan lengkungan dan bagian dalam kubah, pendirian kembali dinding selatan, serta penggantian tiang kayu di ruangan tengah dengan tiang beton.

Renovasi tersebut juga menampilkan kembali mosaik era Fatimiyah dan kaligrafi di lengkungan-lengkungan interior yang sebelumnya tertutupi oleh lapisan pelapis. Lengkungan-lengkungan dihiasi dengan gipsum berwarna hijau dan emas dan balok kayu landasannya digantikan dengan tembaga.

Seperempat dari jendela kaca patri juga diperbaharui dengan hati-hati agar dapat melestarikan desain asli Abbasiyah dan Fatimiyahnya.[8] Kerusakan hebat telah terjadi karena gempa bumi tahun 1927 dan 1937, namun masjid itu diperbaiki kembali pada tahun 1938 dan 1942.[9]

Masjid Al-Aqsa dilihat dari plaza Tembok Barat, 2005.
Pada tanggal 21 Agustus 1969, terjadi kebakaran di dalam Masjid Al-Aqsa, yang memusnahkan bangunan bagian tenggara masjid.


Mimbar Salahuddin adalah termasuk di antara barang-barang yang rusak terbakar.[10] Orang-orang Palestina awalnya menyalahkan otoritas Israel atas kebakaran tersebut, dan beberapa orang Israel menyalahkan Fatah dan menganggap bahwa mereka yang menyulut sendiri apinya, agar dapat menyalahkan Israel dan memancing permusuhan.

Namun kemudian terbukti bahwa kebakaran itu bukan disebabkan oleh Fatah maupun Israel, melainkan oleh seorang turis Australia bernama Denis Michael Rohan. Rohan adalah anggota dari sekte evangelis Kristen Worldwide Church of God.[11]

Ia berharap bahwa dengan membakar Masjid Al-Aqsa, ia dapat mempercepat Kedatangan Kedua Yesus, dengan cara mempermudah dibangunnya kembali Bait Suci Yahudi di Bukit Bait Suci. Rohan dirawat di lembaga perawatan mental, didiagnosa mengalami gangguan kejiwaan, dan akhirnya dideportasi.[12]

Serangan terhadap Al-Aqsa disebut-sebut sebagai salah satu penyebab dibentuknya Organisasi Konferensi Islam pada tahun 1971, yang merupakan persatuan dari 57 negara-negara berpenduduk Islam.[13]

Pada tahun 1980-an, Ben Shoshan dan Yehuda Etzion, keduanya anggota kelompok bawah tanah Gush Emunim, merencanakan untuk meledakkan Masjid Al-Aqsa dan Kubah Batu. Etzion berpendapat bahwa meledakkan dua bangunan tersebut akan menyebabkan kebangkitan spiritual Israel, dan menyelesaikan semua permasalahan orang Yahudi.

Mereka juga berharap bahwa Bait Suci Ketiga di Yerusalem dapat didirikan di atas lokasi tersebut. Rencana mereka mengalami kegagalan karena lebih dahulu diketahui pihak kepolisian.[14][15] Pada tanggal 15 Januari 1988, yaitu saat berlangsungnya Intifadah Pertama, pasukan Israel menembakkan peluru karet dan gas air mata kepada para demonstran di luar masjid, mengakibatkan 40 orang jemaah luka-luka.[16][17]

Pada tanggal 8 Oktober 1990, dalam suatu kerusuhan 22 orang warga Palestina terbunuh dan lebih dari 100 lainnya luka-luka karena tindakan keras Polisi Perbatasan Israel. Kerusuhan dipicu oleh pengumuman dari Gerakan Setia Bait Suci, suatu kelompok Yahudi Ortodoks, yang menyatakan bahwa mereka akan meletakkan batu pertama untuk pembangunan Bait Suci Ketiga.[18][19]

Arsitektur

Bangunan Masjid Al-Aqsa berbentuk persegi, dan luasnya beserta area di sekitarnya adalah 144.000 m2, sehingga dapat menampung sampai dengan 400.000 jamaah.[20] Panjang bangunan masjid adalah 272 kaki (83 m), dan lebarnya 184 kaki (56 m), dan dapat menampung sampai 5.000 jamaah.[20]


 Kubah

Kubah berwarna perak yang tersusun dari lapisan timah

Berbeda dengan Kubah Batu yg mencerminkan arsitektur Byzantium klasik, kubah Masjid Al-Aqsa menunjukkan ciri arsitektur Islam awal.[21] Kubah yang asli dibangun oleh Abdul Malik bin Marwan, namun sekarang sudah tidak ada lagi sisanya. Bentuk kubah seperti yang ada saat ini awalnya dibangun oleh Ali Azh-Zhahir dan terbuat dari kayu yang disepuh dengan lapisan enamel timah.[22]

Pada tahun 1969, kubah dibangun kembali dengan menggunakan beton dan dilapisi dengan aluminium yang dianodisasi sebagai ganti dari bentuk aslinya yaitu lapisan enamel timah yang berusuk. Pada tahun 1983, aluminium yang menutupi bagian luar diganti lagi dengan timah untuk menyesuaikan dengan desain asli Azh-Zhahir.[23]

Kubah Al-Aqsa adalah salah satu dari sedikit masjid dengan kubah yang dibangun di depan mihrab selama periode Umayyah dan Abbasiyah, contoh lainnya adalah Masjid Umayyah di Damaskus (715) dan Masjid Besar Sousse (850).[24] Interior kubah dicat menurut dekorasi era abad ke-14.

Pada kabakaran tahun 1969, cat dekoratif itu rusak dan sempat dianggap sudah tidak dapat diperbaiki lagi. Namun dengan menggunakan teknik trateggio, yaitu sebuah metode yang menggunakan garis-garis vertikal halus untuk membedakan daerah yang direkonstruksi dengan daerah yang asli, akhirnya dapat diperbaiki kembali dengan sempurna.[23]

Interior

Interior masjid yang menunjukkan lorong utama dengan tiang-tiang melengkung


Masjid Al-Aqsa memiliki tujuh buah lorong dengan ruang yang ditunjang oleh tiang-tiang melengkung (hypostyle nave), serta beberapa ruang kecil tambahan di sisi sebelah barat dan timur pada bangunan masjid bagian selatan.[25] Terdapat pula 121 jendela kaca patri dari era Abbasiyah dan Fatimiyah, dimana seperempatnya telah selesai direstorasi pada tahun 1924.[8]

 Air Pancur tempat wudhu


Air mancur al-Kas tempat wudhu


Air mancur tempat wudhu utama, yang bernama al-Kas ("mangkuk"), terletak di bagian utara yaitu antara masjid dan Kubah Batu.[26]

Para jamaah menggunakannya untuk wudhu, yaitu ritual pencucian wajah, lengan, rambut, telinga, dan kaki yang dilakukan umat Islam sebelum beribadah, termasuk di masjid. Bangunan ini pertama kali dibangun pada tahun 709 pada masa pemerintahan Umayyah, tetapi antara tahun 1327-1328 Gubernur Tankiz memperbesarnya untuk dapat melayani lebih banyak jamaah.

Meskipun pada awalnya air berasal dari Kolam Sulaiman yanga ada di dekat Betlehem, saat ini air berasal dari pipa yang terhubung ke sumber air kota Yerusalem.[27] Renovasi al-Kas pada abad ke-20 telah menambahkannya dengan keran air dan tempat duduk batu.[28]
Air Mancur Qasim Pasha, yang dibangun di masa pemerintahan Utsmaniyah tahun 1526 dan terletak di sebelah utara masjid, yaitu pada serambi Kubah Batu. Air mancur ini sebelumnya juga pernah digunakan oleh para jamaah untuk wudhu dan minum sampai dengan tahun 1940-an, namun saat ini hanya berfungsi sebagai monumen saja.[26]

Situasi saat ini

Kepemilikan

Kementrian Waqf Yordania memegang kepemilikan atas Masjid Al-Aqsa hingga Perang Enam Hari tahun 1967. Setelah memenangkan perang, Israel menyerahkan kekuasaan masjid dan Bukit Bait Allah kepada waqf Islam yang independen dari pemerintahan Israel.

Namun, Angkatan Pertahanan Israel diperbolehkan berpatroli dan melakukan pencarian di wilayah masjid. Setelah pembakaran tahun 1969, waqf mempekerjakan arsitek, teknisi, dan pengrajin dalam sebuah komite yang melakukan perawatan.
Saat ini, imam kepala dan manajer masjid al-Aqsa adalah Muhammad Ahmad Hussein.
Memilikan Masjid al-Aqsa merupakan salah satu isu dalam konflik Israel-Palestina. Israel mengklaim kepemilikan masjid dan juga seluruh Bukit Bait Allah, tetapi Palestina memegang kepemilikan tak resmi melalui waqf. Selama negosiasi di Pertemuan Camp David 2000, Palestina meminta kepemilikan penuh masjid ini dan situs-situs suci Islam lainnya di Yerusalem Timur.[29]

Akses

Papan keterangan dalam bahasa Ibrani dan InggrisBait SuciTaurat di luar untuk memasuki area ini. menampilkan larangan  


Sementara semua warganegara Israel yang muslim diperbolehkan untuk masuk dan beribadah di Masjid Al-Aqsa, Israel pada waktu-waktu tertentu menetapkan pembatasan ketat akses masuk ke masjid untuk orang Yahudi, muslim Palestina yang tinggal di Tepi Barat atau Jalur Gaza, atau pembatasan berdasarkan usia untuk warga Palestina dan warganegara Israel keturunan Arab, seperti memberi izin masuk hanya untuk pria yang telah menikah dan setidaknya berusia 40 atau 50 tahun.

Wanita Arab kadang-kadang juga dibatasi sehubungan dengan status perkawinan dan usia mereka. Alasan Israel untuk pembatasan tersebut adalah bahwa pria Palestina yang berusia tua dan telah menikah cenderung "tidak menyebabkan masalah",[30] yaitu bahwa secara keamanan mereka lebih tidak beresiko.
Banyak rabbi, termasuk para ketua rabbi Israel sejak tahun 1967, telah memutuskan bahwa orang Yahudi tidak boleh berjalan di Bukit Bait Suci karena terdapat kemungkinan mereka menginjak Kodesh Hakodashim, yaitu lokasi yang dianggap tersuci oleh orang Yahudi.[rujukan?]

Pembatasan dari pemerintah Israel hanya melarang dilakukannya doa Yahudi di Bukit Bait Suci, tetapi tetap mengizinkan orang Yahudi maupun non-Muslim lainnya untuk berkunjung pada berjam-jam tertentu selama hari-hari tertentu dalam seminggu.

Beberapa rabbi dan para pemimpin Zionis telah mengajukan tuntutan agar orang-orang Yahudi diperbolehkan untuk berdoa di tempat itu pada hari-hari raya Yahudi.[31] Meskipun Mahkamah Agung Israel telah mendukung hak berdoa perSeorangan (bukan secara berkelompok), namun dalam prakteknya polisi Israel melarang orang Yahudi untuk berdoa "secara terang-terangan dalam bentuk apapun juga di Bukit Bait Suci, meskipun bila hanya menggerak-gerakkan bibirnya saja ketika berdoa".[32] 

Intifadah Al-Aqsa

Pada tanggal 28 September 2000, Ariel Sharon dan para anggota Partai Likud beserta 1.000 orang penjaga bersenjata, melakukan kunjungan ke kompleks Al-Aqsa.

Hal ini membuat sekelompok besar orang Palestina datang untuk memprotes kunjungan tersebut. Setelah Sharon dan para anggota Partai Likud meninggalkan lokasi, demonstrasi meletus menjadi kerusuhan dan sekelompok orang Palestina yang berada di Al-Haram Asy-Syarif mulai melemparkan batu dan benda-benda lainnya kepada polisi anti huru hara Israel.

Polisi menembakkan gas air mata dan peluru karet kepada kerumunan demonstran, sehingga melukai 24 orang. Kunjungan tersebut memicu gerakan perlawanan rakyat Palestina selama lima tahun, yang biasa disebut sebagai Intifadah Al-Aqsa.[33]

Pada tanggal 29 September, pemerintah Israel mengerahkan 2.000 polis anti huru hara ke masjid ini. Sekelompok orang Palestina yang meninggalkan masjid setelah shalat Jumat mulai melempari polisi dengan batu.

Polisi kemudian menyerbu kompleks masjid serta menembakkan baik peluru tajam maupun peluru karet kepada kelompok Palestina tersebut, sehingga jatuh korban empat orang tewas dan sekitar 200 orang lainnya luka-luka.[34]

 Penggalian

Beberapa penggalian di wilayah Masjid Al-Aqsa terjadi sepanjang tahun 1970-an. Tahun 1970, pemerintah Israel memulai penggalian intensif langsung di bawah masjid pada sisi selatan dan baratnya.

Pada tahun 1977, penggalian berlanjut dan sebuah terowongan besar dibuka di bawah ruangan ibadah wanita, serta sebuah terowongan baru digali di bawah masjid, mengarah dari timur ke barat pada tahun 1979. Selain itu, Departemen Arkeologi yang berada di bawah Kementerian Agama Israel, juga menggali sebuah terowongan di dekat sisi barat masjid pada tahun 1984.[19]

Pada bulan Februari 2007, Departemen tersebut memulai situs penggalian untuk mencari peninggalan arkeologi di sebuah lokasi di mana pemerintah ingin membangun kembali sebuah jembatan penyeberangan yang runtuh. Situs ini berjarak 60 meter dari masjid.[35]

Penggalian memicu/cetuskan kemarahan di banyak negara dunia Islam, dan Israel dituduh telah mencoba menghancurkan pondasi masjid. Ismail Haniya, saat itu Perdana Menteri Otoritas Nasional Palestina dan pemimpin Hamas,[36] menyerukan Palestina untuk bersatu dalam menentang penggalian, sedangkan Fatah menyatakan bahwa mereka akan mengakhiri gencatan senjata mereka dengan Israel.[37] Israel membantah semua tuduhan tersebut, dan menyebutnya sebagai hal yang "menggelikan".[38]

Referensi

  1. ^ a b Al-Aqsa Mosque, Jerusalem. Atlas Travel and Tourist Agency. Diakses pada 29 Juni 2008
  2. ^ Indonesia Harus Bawa Isu Al-Aqsa di Forum OKI. Okezone.
  3. ^ Mihrab Dari Jepara. Tribun Kaltim.
  4. ^ "Lailat al Miraj", BBC News, BBC MMVIII. Diakses pada 29 Juni 2008.
  5. ^ Sahih al-Bukhari 5, 58, 227
  6. ^ Chiffolo, Anthony F. Dome of the Rock and El-Aqsa Mosque Divine Nature.
  7. ^ Jarrar, Sabri (1998). Gülru Necipoğlu. ed. Muqarnas: An Annual on the Visual Culture of the Islamic World (edisi ke-Ilustrasi, anotasi). BRILL. hlm. 85. ISBN 9004110844, 9789004110847. http://books.google.com/?id=FG6ZlkRjD2IC&pg=PA85&dq=aqsa+haram+sharif&cd=6#v=onepage&q=aqsa%20haram%20sharif. 
  8. ^ a b Necipogulu, Gulru. (1996). Muqarnas, Volume 13: An Annual on the Visual Culture of the Islamic World. BRILL, pp.149–153. ISBN 90-04-10633-2.
  9. ^ Ma'oz, Moshe and Nusseibeh, Sari. (2000). Jerusalem: Points of Friction, and Beyond BRILL. pp.136–138. ISBN 90-411-8843-6.
  10. ^ Thomas F. Madden (2002). The Crusades: The Essential Readings. Blackwell Publishing. hlm. 230. ISBN 0631230238, 9780631230236. http://books.google.com/?id=DVuPvRSyV98C&pg=PA230&dq=minbar+saladdin+fire. 
  11. ^ "The Burning of Al-Aqsa", Time Magazine, 29 August 1969, p. 1. Diakses pada 1 Juli 2008.
  12. ^ "Madman at the Mosque", Time Magazine, 12 January 1970. Diakses pada 3 Juli 2008.
  13. ^ About the OIC[pranala nonaktif] Organization of the Islamic Conference.
  14. ^ Dumper, Michael (2002). The Politics of Sacred Space: The Old City of Jerusalem in the Middle East. Lynne Rienner Publishers. hlm. 44. ISBN 158826226X. http://books.google.com/?id=MfTycKFWBGEC&pg=PA44&dq=Al-Aqsa+Mosque. 
  15. ^ Rapoport, David (2001). Inside Terrorist Organizations. Routledge. hlm. 98–99. ISBN 0714681792. http://books.google.com/?id=FnvCEOZLf8YC&pg=PA194&lpg=PA194&dq=Gush+Emunim+Underground. 
  16. ^ OpenDocument Letter Dated 18 January 1988 from the Permanent Observer for the Palestine Liberation Organization to the United Nations Office at Geneva Addressed to the Under-Secretary-General for Human Rights] Ramlawi, Nabil. Permanent Observer of the Palestine Liberation Organization to the United Nations Office at Geneva.
  17. ^ Palestine Facts Timeline, 1963-1988 Palestinian Academic Society for the Study of International Affairs.
  18. ^ Dan Izenberg, Jerusalem Post, July 19, 1991
  19. ^ a b Amayreh, Khaled. Catalogue of provocations: Israel's encroachments upon the Al-Aqsa Mosque have not been sporadic, but, rather, a systematic endeavor Al-Ahram Weekly. February 2007.
  20. ^ a b Al-Aqsa Mosque Life in the Holy Land.
  21. ^ Gonen, Rivka. (2003) Contested Holiness KTAV Publishing House, p.95. ISBN 0-88125-799-0.
  22. ^ Elad, Amikam. (1995). Medieval Jerusalem and Islamic Worship Holy Places, Ceremonies, Pilgrimage BRILL, pp.29–43. ISBN 90-04-10010-5.
  23. ^ a b Al-Aqsa Mosque Restoration Archnet Digital Library.
  24. ^ Necipogulu, Gulru. (1999). Muqarnas, Volume 16: An Annual on the Visual Culture of the Islamic World BRILL, p.14. ISBN 90-04-11482-3.
  25. ^ Al-Aqsa Mosque Archnet Digital Library.
  26. ^ a b Al-Aqsa Guide Friends of al-Aqsa.
  27. ^ Dolphin, Lambert. The Temple Esplanade.
  28. ^ Gonen, Rivka. (2003) Contested Holiness KTAV Publishing House, p.28. ISBN 0-88125-799-0.
  29. ^ Camp David Projections Palestinian Academic Society for the Study of International Affairs. Juli 2000.
  30. ^ Ramadan prayers at al-Aqsa mosque BBC News. 5 September 2008.
  31. ^ Klein, Aaron. Jews Demand Right to Pray on the Temple Mount The Temple Institute.
  32. ^ Public Security Minister Avi Dichter, "No moving Jewish lips in prayer on Temple Mount, says Dichter", Haaretz, 1 March 2008. Diakses pada 18 Mei 2009.
  33. ^ "Provocative' mosque visit sparks riots", BBC News, BBC MMVIII, 28 September 2000. Diakses pada 1 Juli 2008.
  34. ^ Dean, Lucy (2003). The Middle East and North Africa 2004. Routledge. hlm. 560. ISBN 1857431847. http://books.google.com/?id=pP315Mw3S9EC&pg=PA560&dq=Al-Aqsa+Mosque. 
  35. ^ Lis, Jonathan, "Majadele: Jerusalem mayor knew Mugrabi dig was illegal", Haaretz, Haaretz, 2 December 2007. Diakses pada 1 Juli 2008.
  36. ^ "Profile: Hamas PM Ismail Haniya", BBC News, BBC MMVIII, 14 December 2006. Diakses pada 1 Juli 2008.
  37. ^ Rabinovich, Abraham, "Palestinians unite to fight Temple Mount dig", The Australian, 8 February 2007. Diakses pada 1 Juli 2008.
  38. ^ Friedman, Matti, "Israel to resume dig near Temple Mount", USA Today, 14 October 2007. Diakses pada 1 Juli 2008.










WallahuA’lam..والله أعلم
*اَللَّهُمَّ صَلِّ وسَلاٌِم عَلٓى سَيٌِدِناَ مُحَمَّدٍ ﷺ*

📮 _*❤️Sharing is Caring❤️*_



. .
~***~LadingEMAS~***~