RAHSIA Kelebihan / Fadhilat Ayat Al-Kursi
Hikmat Ayat Al-Kursi (Kekuasaan Allah)
Ayat ini disebut
‘Ayat
Qursy/Kursi’ kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘kursi’, bermaksud ‘tempat
duduk yang megah lagi yang mempunyai mertabat’.
‘Ayat
Qursy/Kursi’ kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘kursi’, bermaksud ‘tempat
duduk yang megah lagi yang mempunyai mertabat’.
Iaitu syiar atas
kebesaran Tuhan yang meliputi 7 lapis langit dan 7 lapis bumi.
Khasiat Ayat Kursi:
Syeikh Abul ‘Abas Al-Bunni menerangkan: Sesiapa membaca ayat kursi
sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), lalu ditiupkan pada air hujan
kemudian diminum, Insya Allah dicerdaskan akal fikirannya dan
dimudahkan menerima ilmu pengetahuan.
Mengikut keterangan dari
kitab “Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membaca ayat kursi setiap
hari sebanyak 18 kali; Insya Allah dia akan hidup berjiwa tauhid,
dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya,
dinaikkan darjat dan martabatnya, diberikan pengaruh sehingga semua
orang akan menghormatinya serta terpelihara dia dari segala bencana.
Syeikh Al-Bunni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat kursi sebanyak
hitungan hurufnya (170 huruf), maka Insya Allah, Tuhan akan memberi
pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dan
melapangkan fikirannya, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya
dan diberikan apa yang dituntutnya.
Syeikh Al-Bunni menerangkan: Sesiapa
yang takut terhadap serangan musuh hendaklah dia membuat garis lingkaran
dengan isyarat nafas sambil membaca ayat kursi. Kemudian dia masuk
bersama jemaahnya ke dalam garis lingkaran tersebut menghadap ke arah
musuh, sambil membaca ayat kursi sebanyak 50 kali, atau sebanyak 170
kali, Insya Allah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan
memudharatkannya.
Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan
bahawa; Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari
semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi al-Quran yang
mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang
dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul
Qur’an).
Imam Jaafar Shadiq RA mengatakan:
Sesiapa membaca sekali,
nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang
terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran
ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.
Salah seorang ulama
Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah RA,
membaca ayat kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada
benteng pertahanan Rasulallah SAW.
Sesiapa membaca ayat kursi ketika
hendak tidur, maka Abdurahman bin Auf RA menerangkan bahawa, apabila dia
masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumah dan
mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung daripada syaitan.
Mereka yang mengamalkan membaca 7 kali ayat Kursi dan 7 kali bagi setiap 3 Qul selepas selesai solat Jumaat, Insya Allah akan mendapat HIKMAH
dan kelebihan yang tidak terduga.
Jika berpindah ke rumah baru, maka
pada malam pertama menduduki rumah itu, eloklah dibaca ayat kursi 100
kali, Insya Allah tuan rumah sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan
batin.
Sesiapa membaca Surah Al-Fatihah, ayat-ul kursi dan surah
An-Nas dan diniatkan lalu ditiup pada tengah kepala anak-anak (ANAK SENDIRI TERUTAMANNYA), nescaya
boleh menjaga keselamatannya, memudah menerima nasihat dan anak itu
tidak akan
bercakap dusta lagi.
Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri2 ) yg mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau ke mana sekalipun
kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah SWT maka dia terselamat
daripada segala kejahatan yang datang daripada syaitan, jin dan manusia
antaranya:
- terselamat daripada terkena sihir; seperti ubat pengasih
(mengasihi seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan (santau ),
penipuan dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan
syaitan.
- terselamat daripada kejahatan seperti kes ragut, rogol, kecurian, mahupun terkena pembuli jalanan.
Dijauhkan dari musibah jalanan seperti ketika memandu, kemalangan jalanraya, tayar pancit dan sebagainya.
-Semua khasiat dan fadhilat di atas tidak akan berlaku tanpa izin Allah
SWT, bergantung atas keyakinan kita kepada-Nya, iaitu hikmah kalamnya
terhadap mereka yang beriman dan bertaqwa pada Allah SWT dan Rasul-Nya
Nabi Muhammad SAW.
Oleh itu carilah keredaan Allah SWT dengan
melaksanakan segala perintah-Nya serta menjauhi daripada segala larangan-Nya di
samping berikhtiar dengan sesungguh hati.
Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri2 ) yg mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau ke mana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah SWT maka dia terselamat drpda segala kejahatan yg datang daripada syaitan, jin dan manusia antaranya:
~ terselamat drpda terkena sihir; seperti ubat pengasih (mengasihi SseOrang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan (santau ), penipuan dan sebagainya krna semua ini ada bersangkutan dgn jin dan syaitan.
~ terselamat drpda kejahatan seperti kes ragut, rogol, kecurian, mahupun terkena pembuli jalanan.
Dijauhkan dari musibah jalanan seperti ketika memandu, kemalangan jalanraya, tayar pancit dan sebagainya.
~ Semua khasiat dan fadhilat di atas tidak akan berlaku tanpa izin Allah SWT, bergantung atas keyakinan[Haqul Yakin] kita kepada-Nya, iaitu hikmah kalamnya terhadap mereka yg beriman dan bertaqwa pada Allah SWT dan Rasul-Nya Nabi Muhammad SAW. Oleh itu carilah keredaan Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya serta menjauhi drpda segala larangan-Nya di samping berikhtiar dgn sesungguh hati.
Ayat Kursi adalah seutama2 dlm Al-Quran. Rasulullah SAW menyuruh kita mengamalkan membaca AyatulKursi. Fadhilat dan kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam 99 hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain. Antaranya adalah:
- Orang yg selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.
- Sesiapa berwudhuk lalu membaca ayat Al-Kursi sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
- Sesiapa membaca Al-Qursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70 000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya.
- Sesiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kpd ahli rumahnya kebaikkan yg tidak terhitung banyaknya.
- Membacanya dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan Syaitan.
- Sesiapa membacanya ketika dalam kesempitan nescaya Allah azza wa jalla akan memberikan pertolongan kepadanya dan jika SseOrang itu miskin akan menjadi kaya.
- Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya.
- “Sesiapa dikalangan umatku yg membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan Syaitan dan kejahatan Pembesar.”
- Sesiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat utk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari,
- Ayat Kursi yg dibaca dgn penuh khusyuk, InsyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan Jin terbakar.
11. Sesiapa membaca ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali [170x]:
- Di tengah malam atau dikuti solat Hajat, Insya Allah berhasil hajatnya.
- Memperolehi hidayah dan petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.
- Meningkatkan kecerdikan dan terang hati.
- Terlepas dari masalah dan kesukaran serta dimudahkan rezeki dan cita-cita.
.
12. Sesiapa membaca ayat Al-Kursi dgn khusyuk setiap kali selepas Solat Fardhu, ia akan;
- Berada dalam Lindungan Allah hingga Solat yg lain dan terpelihara daripada tipudaya dan ganguan syaitan.
- Allah menganugerahkannya hati2 Orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala para nabi juga dilimpahkan padanya rahmat.
- Allah akan mengambil rohnya seperti Orang yg berperang bersama para nabi sehingga mati syahid.
- Terpelihara dari kekerasan malaikat maut dan dibangkitkan bersama para Mujahid yg berjihad beserta para Anbiya.
- Allah Azza Wa Jalla tidak menegah akan dia daripada masuk Syurga.
- Dikurniakan pahala seumpama pahala Org2 yg Muttaqin dan pahala balasan amal Org2 Siddiqin iaitu Syurga.
.
13. Sesiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya;
- Allah SWT. mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dan menjaga selama tidurnya hingga subuh.
- Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke Subuh, dan mengurniakan Kota Nur menurut bilangan rambut dibadannya.
- Terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
- Allah mengurniakan keSelamatan kepadanya dan jiran2nya.
- Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati Syahid.
.
14. Mereka yg beramal dgn bacaan Ayat Kursi akan;
- Mendapat pertolongan serta perlindungan Allah drpda gangguan serta hasutan Syaitan.
- Terhindar drpda Pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yg kuat menyekat pencuri drpda memasuki rumah.
- Allah akan memberikan keselamatan ketika dlm perjalanannya.
Khasiat Ayat Kursi:
Khasiat menurut ramai alim ULAMA terdahulu, antaranya;
- Syeikh Abul ‘Abas Al-Bunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata2nya (50 kali), lalu ditiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, Insya Allah, dicerdaskan akal fikirannya dan dimudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
- Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membaca ayat kursi setiap hari sebanyak 18 kali; Insya Allah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dadanya dgn berbagai Hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjat dan martabatnya, diberikannya pengaruh sehingga semua Orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana.
- Syeikh Al-Bunni menerangkan: Sesiapa yg membaca Ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka Insya Allah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dan melapangkan fikirannya, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
- Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yg takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran dengan isyarat nafas sambil membaca ayat Kursi. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya ke dalam garis lingkaran tersebut menghadap ke arah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebanyak 50 kali, atau sebanyak 170 kali, Insya Allah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
- Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi al-Quran yg Mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yg dimaksud dan diberi pengaruh kpda manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an).
- Imam Jaafar Shadiq RA. mengatakan: Sesiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yg terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yg terkecil sekali ialah Azab Neraka.
- Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah RA, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari adalah benteng pertahanan Rasulallah SAW.
- Sesiapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
- Mereka yg mengamalkan membaca 7 kali ayat Kursi dan 7 kali bagi setiap 3 Qul selepas selesai Solat Jumaat, Insya Allah akan mendapat hikmah dan kelebihan yg tidak terduga.
- Jika berpindah ke rumah baru, maka pada malam pertama menduduki rumah itu, eloklah membaca ayat Kursi 100 kali, Insya Allah anda sekeluarga terhindar drpda gangguan Zahir dan Batin.
- Sesiapa membaca Surah Al-Fatihah, Ayatul Kursi n Surah Al Nash dan diniatkan lalu ditiup pada tengah kepala anak2[ubun2], nescaya boleh menjaga keselamatannya, memudah menerima nasihat dan ia tidak akan bercakap dusta lagi.
- Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri2) yg mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah SWT maka dia terselamat drpda segala kejahatan yg datang dari Syaitan, Jin dan Manusia antaranya:
- Terselamat dari terkena Sihir; seperti ubat pengasih (mengasih Seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan (santau ), penipuan dan sebagainya krna semua ini ada bersangkutan dgn jin dan syaitan.
- Terselamat daripada kejahatan seperti kes ragut, rogol, kecurian, mahupun terkena pembuli jalanan.
- Dijauhkan dari musibah jalanan seperti ketika memandu, kemalangan jalanraya, tayar pancit dan sebagainya.
.
Semua Khasiat dan Fadhilat di atas tidak akan berlaku tanpa izin Allah SWT, bergantung atas KEYAKINAN [HAQUL YAKIN] kita padaNya iaitu HIKMAH KALAMNYA terhadap mereka yg BERIMAN, BERTAQWA pada Allah SWT dan RasulNya Nabi Muhammad SAW.
Oleh itu Carilah keredaan Allah SWT dgn meLAKSANAkan segala perintah-Nya serta menjauhi segala larangan-Nya di samping berikhtiar dgn BERSUNGGUH HATI.
~*~*~*~Ayat ini dikenali sebagai ayat Kursi, ayat yg paling Agung dalam Al-Quran, malah ia disebut sebagai penghulu bagi seluruh ayat Al-Quran. Dari segi sejarahnya, ia diturunkan pada waktu malam. Pada ketika itu juga Nabi memanggil Zaid selaku penulis wahyu untuk menulisnya. Dalam ayat yang pendek ini sebenarnya terkumpul sifat utama bagi Allah iaitu ketuhanan, keesaan, hidup, ilmu, memiliki kerajaan, kekuasaan dan kehendak.
Sesudah menegaskan mengenai keesaanNya, disusuli pula dgn menyebut dua sifatNya yang lain, iaitu hidup dan terus menerus mengurus makhlukNya. Dengan demikian, manusia akan merasa aman dalam hidup serta tenang perasaannya kerana meyakini bahawa dia di dalam tangan Tuhan yg hidup, yg terus menerus mengurus serta mengawal jaga keadaan hambaNya.
Allah, Dialah Tuhan yg tunggal bagi segala makhluk. Oleh itu, tiada yg berhak disembah dlm kehidupan ini melainkan Dia. Segala apa yg ada di langit dan bumi adalah hamba dan milikNya. Semuanya tunduk di bawah kehendak dan kuasaNya, seperti firman Allah bermaksud:
"Tidak SeOrang pun di langit dan bumi, kecuali akan datang kpda Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seOrang Hamba. Sesungguhnya Allah menentukan jumlah mereka dan menghitung mereka dgn hitungan yg teliti. Dan setiap mereka akan datang kpda Allah pd hari kiamat dgn sendiri2"
(Maryam: 93-95).
Di antara tanda keAgungan dan kebesaran Allah bahawa tiada seorang pun yg berani memberi pertolongan kpda seOrang lain di sisiNya tanpa izinNya. Firman Allah bermaksud:
"Ketika datang hari itu, tidak seorang pun berbicara, melainkan dengan izinNya; maka di antara mereka ada yang celaka dan ada yang berbahagia" (Hud: 105).
Ilmu Allah amat luas, meliputi segala makhluk ciptaanNya, baik yang dahulu, sekarang dan akan datang, bahkan Allah mengetahui segala urusan dunia dan akhirat. Allah juga amat luas kerajaan dan kekuasaanNya, langit dan bumi seluruhnya di dalam genggamanNya.
Itulah ayat yg mengandungi kaedah pembentukan keimanan terhadap Allah. Dari sinilah terbina hala tuju pengabdian Seseorang hanya kpda Allah. Dengan demikian, tidaklah seOrang manusia melainkan menjadi hamba, hanya kpda Allah, tidaklah dia menjuruskan pengabdiannya melainkan kpda Allah dan tidaklah dia menyerahkan ketaatannya melain-kan kpda Allah.
Selain itu, ayat ini mempunyai bbrapa kelebihan yg tidak ada pada ayat lain. Daripada kedudukannya dlm Al-Quran, sabda Nabi ketika ditanya oleh Abu Zar:
"Ayat manakah yg diturunkan kepadamu yg paling Agung?"
Jawab Baginda: "Ia adalah ayat Kursi"
(riwayat Imam Ahmad, al-Nasai, al-Hakim dan al-Baihaqi).
Drpda sudut keberkatannya di dunia, sabda Rasulullah:
"Bacalah ayat Kursi krna sesungguhnya ia mengawal jaga kamu, zuriat dan rumah tangga kamu sehingga bilik kecil di sekeliling rumahmu."
Dari segi keberkatannya dlm menghalau Syaitan, sabda Rasulullah:
"Di dalam surah al-Baqarah, ada satu ayat yg menjadi Penghulu bagi ayat Al-Quran, tidak dibacanya dalam rumah yang ada di dalamnya syaitan melainkan keluar ia daripadanya, itulah ayat Kursi" (riwayat al-Hakim).
Daripada sudut keberkatannya ketika mati dan di akhirat, sabda Rasulullah:
"Sesiapa yg membaca ayat Kursi slpas setiap Solat fardu, Allah akan memberikannya hati Orang yg bersyukur, amalan Orang yg membenarkan Allah, pahala Nabi2, melimpahkan rahmat-Nya dan tidak menghalangnya drpda masuk Syurga melainkan kematian yg akan memasukkannya"
(HR al-Nasai).
AYATUL KURSI
(Disalin dan dipetik sebahagian daripada buku Hikmat Ayatul Kursi oleh Ali Zulfakar @ Al-Marhum Asy-Shaikh Ali Balidram, Pulau Pinang 1989)
“Ssiapa yg membaca ayat kursi setelah selesai SOLAT, maka tidak akan ada yg menghalanginya masuk ke SYURGA kecuali kematian.” (HR An-Nasai dinilai shahih oleh Syaikh Al-Abani).
Maksud Ayatul Kursi (ayat 255, Surah Al-Baqarah):-
DIALAH TUHAN, TIADA TUHAN YANG SEBENAR MELAINKAN DIALAH YANG HIDUP KEKAL BERDIRI DENGAN SENDIRINYA
TIDAK DIPENGARUHI OLEH RASA MENGANTUK DAN TIDUR
TUHAN MEMPUNYAI SEGALA APA YANG DI LANGIT DAN APA YANG DI BUMI
TAK SEORANG PUN SANGGUP MEMBERI SYUFAAT DI SISINYA KECUALI DENGAN IZINNYA
TUHAN MENGETAHUI APA YNG ADA DI SISI MEREKA, DI HADAPAN DAN YG DIBELAKANG
SEDANG MEREKA TIDAK MENGETAHUI SESUATU DARIPADA ILMUNYA MELAINKAN SEKADAR MANA YANG TUHAN KEHENDAKI
AMAT LUAS KURSI TUHAN SEPENUH LANGIT DAN BUMI
TIDAK BERAT BAGI ALLAH MEMELIHARA KEDUA-DUANYA DAN ALLAH MAHA TINGGI LAGI MAHA AGUNG
1) TURUNNYA AYATUL KURSI
Kata setengah ahli2 Tafsir, ikut mengiring turunnya “Ayatul Kursi” 40,000 Malaikat dan kata setengah setengahnya 80,000 Malaikat yg mengiringkannya ialah kerana kebesaran dan peri mulia serta pentingnya Ayatul Kursi itu.
Masa itu Saiyidina Zaid bin Sabit pun dipanggil oleh Rasulullah SAW utk menuliskannya serentak dengan itu menjadi kelam kabut dan keluh kesah kedudukan syaitan-syaitan yang tidak tahu menahu akan sebab2 kegelisahan mereka.
Iblis ‘alaihi al-laknatullah memerintahkan sekelian syaitan2 supaya menyiasat dan mencari punca yg menyebabkan rasa resah gelisah yg berlaku dalam golongan hantu Syaitan - lalu mereka dapati itu adalah bahana turunnya Ayatul Kursi di Madinatul-Almunawarah.
2) NAMA AYATUL KURSI
Ayatul Kursi mempunyai 390 nama tetapi yang biasa dikenal dan biasa dikatakan ialah “Ayatul Kursi” kerana di dalam susunan ayat itu ada tersebut kalimat Kursi - maka dinamakan Ayatul Kursi.
Kursi adalah salah satu dari ciptaan Allah sebagaimana Allah menciptakan langit, bumi, gunung dan lautnya luas dan besarnya.
Kursi diciptakan itu melingkungi tujuh petala langit dan bumi.
3) KURSI DARI MUTIARA
Kata Abu Al-Syaikh dan Abu Nu’aim - mendapat riwayat daripada Saiyidina Ali Karramallah Wajhahu - Kursi itu diciptakan Tuhan dari Mutiara manakala Qalam diciptakan dari Mutiara jua, panjang Qalam itu sama dengan perjalanan 700 tahun dan panjang Kursi tidak diketahui selain dari Allah.
Riwayat daripada Ibnu Jarir dan Ibny Hatim - adalah langit dan bumi terletak di dalam Kursi di antara Arasy Tuhan.
Menurut apa yang tercatet dalam Kitab Raunaqut tafasir, adalah di antara Malaikat yang menanggung Arasy dan Malaikat yang menanggung Kursi, 70 lapis awan kelam dan 70 lapis awan cahaya, tebalnya tiap-tiap selapis awan itu perjalanan 570 tahun - kiranya tidak ada lapis-lapisan yang tersebut nescaya terbakar pukulan cahaya yang begitu kuat dan cerah dari penanggung Arasy.
Menurut riwayat daripada ‘Akramah cahaya matahari itu adalah satu bahagian daripada 70 bahagian cahaya Arasy.
4) LIDAH AYATUL KURSI
Pada suatu hari Rasulullah SAW menepuk-nepuk dada Abuzar sambil berkata:
Tidak terlindung dari engkau Abuzar, Demi nyawaku di sisinya; Sesungguhnya Ayatul Kursi itu mempunyai lidah dan bibir mengucap takbir dan tasbih di kaki Arasy, dialah perbendaharaan rahmat Allah di bawah Arasy, tidak satu yg baik di dunia bagi Akhirat melainkan telah dilingkungi olehnya.
5) KANDUNGAN AYATUL KURSI
Ayatul Kursi mengandungi 16 fasal, tersusun dari 50 perkataan, dirangkai dengan huruf sebanyak 170 huruf, bilangan ini adalah bilangan yang terpilih - Siapa mengekalkan membaca Ayatul Kursi sebanyak bilangan yg tersebut tidak ada suatu yg dituntut olehnya melain-kan berhasil, memerangsangkan jiwa, digerun dan dihormati. Tidak siapa yang boleh menyusahkannya samada dengan perbuatan atau perkataan.
6) CAHAYA AYATUL KURSI
Pada malam Mikraj, Rasulullah SAW terlihat tiga jenis cahaya di Lauhul Mahfuz berasing-asingan di tiga penjuru.
Rasulullah s.a.w. bertanya apakah cahaya itu, dijawab:
1) yang pertama itulah dia kedudukan cahaya Ayatul Kursi
2) yang kedua itulah dia kedudukan cahaya Surah Yaasiin
3) yang ketiga itulah dia kedudukan cahaya Qul huwallaahu ahad.
Bertanya Rasulullah SAW apakah ganjaran Ayatul Kursi itu, dijawab; dialah mengandungi sifat-sifat Tuhan, siapa2 yg membacanya dia akan melihat wajah Allah pada hari kiamat yg diisyaratkan dalam Al-Qur’an (ertinya: Muka di hari itu penuh berseri kepada Tuhannya ia melihat).
7) BERAT AYATUL KURSI
Abu Zar Al-Ghafari bertanya kepada Saiyidina Rasulullah SAW; baginda menjawab:
"Jika di-bandingkan langit dan bumi, dgn Ayatul Kursi samalah seperti selingkar rantai dicampak-kan ke bumi, sekiranya langit dan bumi serta segala yg ada padanya ditaruh dalam sebuah neraca dan ditimbang dgn Ayatul Kursi nescaya Ayatul Kursi lebih berat timbangannya."
Kata setengah ahli2 Tafsir, ikut mengiring turunnya “Ayatul Kursi” 40,000 Malaikat dan kata setengah setengahnya 80,000 Malaikat yg mengiringkannya ialah kerana kebesaran dan peri mulia serta pentingnya Ayatul Kursi itu.
Masa itu Saiyidina Zaid bin Sabit pun dipanggil oleh Rasulullah SAW utk menuliskannya serentak dengan itu menjadi kelam kabut dan keluh kesah kedudukan syaitan-syaitan yang tidak tahu menahu akan sebab2 kegelisahan mereka.
Iblis ‘alaihi al-laknatullah memerintahkan sekelian syaitan2 supaya menyiasat dan mencari punca yg menyebabkan rasa resah gelisah yg berlaku dalam golongan hantu Syaitan - lalu mereka dapati itu adalah bahana turunnya Ayatul Kursi di Madinatul-Almunawarah.
2) NAMA AYATUL KURSI
Ayatul Kursi mempunyai 390 nama tetapi yang biasa dikenal dan biasa dikatakan ialah “Ayatul Kursi” kerana di dalam susunan ayat itu ada tersebut kalimat Kursi - maka dinamakan Ayatul Kursi.
Kursi adalah salah satu dari ciptaan Allah sebagaimana Allah menciptakan langit, bumi, gunung dan lautnya luas dan besarnya.
Kursi diciptakan itu melingkungi tujuh petala langit dan bumi.
3) KURSI DARI MUTIARA
Kata Abu Al-Syaikh dan Abu Nu’aim - mendapat riwayat daripada Saiyidina Ali Karramallah Wajhahu - Kursi itu diciptakan Tuhan dari Mutiara manakala Qalam diciptakan dari Mutiara jua, panjang Qalam itu sama dengan perjalanan 700 tahun dan panjang Kursi tidak diketahui selain dari Allah.
Riwayat daripada Ibnu Jarir dan Ibny Hatim - adalah langit dan bumi terletak di dalam Kursi di antara Arasy Tuhan.
Menurut apa yang tercatet dalam Kitab Raunaqut tafasir, adalah di antara Malaikat yang menanggung Arasy dan Malaikat yang menanggung Kursi, 70 lapis awan kelam dan 70 lapis awan cahaya, tebalnya tiap-tiap selapis awan itu perjalanan 570 tahun - kiranya tidak ada lapis-lapisan yang tersebut nescaya terbakar pukulan cahaya yang begitu kuat dan cerah dari penanggung Arasy.
Menurut riwayat daripada ‘Akramah cahaya matahari itu adalah satu bahagian daripada 70 bahagian cahaya Arasy.
4) LIDAH AYATUL KURSI
Pada suatu hari Rasulullah SAW menepuk-nepuk dada Abuzar sambil berkata:
Tidak terlindung dari engkau Abuzar, Demi nyawaku di sisinya; Sesungguhnya Ayatul Kursi itu mempunyai lidah dan bibir mengucap takbir dan tasbih di kaki Arasy, dialah perbendaharaan rahmat Allah di bawah Arasy, tidak satu yg baik di dunia bagi Akhirat melainkan telah dilingkungi olehnya.
5) KANDUNGAN AYATUL KURSI
Ayatul Kursi mengandungi 16 fasal, tersusun dari 50 perkataan, dirangkai dengan huruf sebanyak 170 huruf, bilangan ini adalah bilangan yang terpilih - Siapa mengekalkan membaca Ayatul Kursi sebanyak bilangan yg tersebut tidak ada suatu yg dituntut olehnya melain-kan berhasil, memerangsangkan jiwa, digerun dan dihormati. Tidak siapa yang boleh menyusahkannya samada dengan perbuatan atau perkataan.
6) CAHAYA AYATUL KURSI
Pada malam Mikraj, Rasulullah SAW terlihat tiga jenis cahaya di Lauhul Mahfuz berasing-asingan di tiga penjuru.
Rasulullah s.a.w. bertanya apakah cahaya itu, dijawab:
1) yang pertama itulah dia kedudukan cahaya Ayatul Kursi
2) yang kedua itulah dia kedudukan cahaya Surah Yaasiin
3) yang ketiga itulah dia kedudukan cahaya Qul huwallaahu ahad.
Bertanya Rasulullah SAW apakah ganjaran Ayatul Kursi itu, dijawab; dialah mengandungi sifat-sifat Tuhan, siapa2 yg membacanya dia akan melihat wajah Allah pada hari kiamat yg diisyaratkan dalam Al-Qur’an (ertinya: Muka di hari itu penuh berseri kepada Tuhannya ia melihat).
7) BERAT AYATUL KURSI
Abu Zar Al-Ghafari bertanya kepada Saiyidina Rasulullah SAW; baginda menjawab:
"Jika di-bandingkan langit dan bumi, dgn Ayatul Kursi samalah seperti selingkar rantai dicampak-kan ke bumi, sekiranya langit dan bumi serta segala yg ada padanya ditaruh dalam sebuah neraca dan ditimbang dgn Ayatul Kursi nescaya Ayatul Kursi lebih berat timbangannya."
8) MEMPELAJARI AYATUL KURSI
Terdapat dalam tafsir Bahrul-ulum, menyatakan Rasulullah SAW bersumpah dgn kebesaran nama Allah dan kudrat kuasaNya telah bersabda:
Siapa2 mempelajari Ayatul Kursi dan mengetahui benar2 akan hak ayat itu, Allah SWT akan membukakan lapan pintu Syurga baginya, dipersilakan ia masuk mana2 pintu yg dipilih olehnya sendiri.
9) AMALAN AYATUL KURSI
Ibnu Dharis menceritakan katanya: Seorang sahabat telah meninggal dunia. Setelah dikebumikan, pada malamnya saudara bagi mayat itu telah bermimpi dan melihat mayat di-dalam kuburnya;
Dia bertanya : Apakah amalan yg terlebih baik bagimu?
Jawab mayat : Sebaik2 amalan bagiku ialah membaca Al-Qur’an
Ditanya lagi : Apakah ayat yg terlebih Afdhal di dalam Al-Qur’an?
Jawab mayat : Ayatul Kursi.
Tanya lagi : Adakah engkau berkehendak sesuatu drpda kami?
Jawab mayat : Aku tidak berkehendak apa2 selagi Ayatul Kursi menjadi amalanku.
10) CEMETI AYATUL KURSI
Sabda Rasulullah SAW (bermaksud)
"Semulia2 ayat dlm Surah Al-Baqarah ialah Ayatul Kursi. Syaitan akan bertempiaran lari di rumah2 yg membacanya, dicemeti oleh Ayatul Kursi."
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali bin Abi Talib, Rasulullah SAW bersabda; Tidak ada siapa2 yg membaca Ayatul Kursi dalam sebuah rumah melainkan syaitan menyingkirkan diri dan tidak dimasukki oleh perbuatan sihir.
Hai Ali, ajarkanlah dia kpda anak isterimu, keluarga dan tetanggamu.
11) BERKAT AYATUL KURSI
Al-Hassan bin Syam’un meriwayatkan drpda Saidatina Aishah RA anha berkata: Datang seOrang sahabat mendapatkan Rasulullah SAW dan mengadu bahawa kekurangan berkat di rumah tangganya.
Jawab Rasulullah SAW: "Di manakah engkau dari Ayatul Kursi? Ayatul Kursi itu tidak dibacakan pada suatu makanan melainkan ada berkatnya"
Ulamak mengambil daripada Hadith itu dan menerangkan, Ayatul Kursi sebanyak 313 kali pada apa sahaja makanan dan minuman ditiupkan tiap2 kali bacaan pada makanan dan minuman itu, akan bertambah berkat dgn izin Allah.
12) PERISTIWA AYATUL KURSI ~ Syaitan Mencuri
Rasulullah SAW telah memberi tugas kepada Abu Hurairah RA untuk mengawal harta zakat yang berupa makanan dan buah-buah tamar. Kata Abu Hurairah RA, pada suatu malam ia telah terserempak dgn satu lembaga seperti manusia, sedang mencuri harta zakat itu.
Terus dicelah oleh Abu Hurairah RA dan menakut-nakutkannya, perkara itu akan disampaikan kepada Rasulullah SAW Jawab lembaga yg seperti manusia itu, “aku sungguh2 berkehendakkan makanan krna anak-pinakku sedang kelaparan”.
Abu Hurairah RA berasa kasihan dan membiarkan lembaga itu mengambilnya.
Pada keesokan harinya, Abu Hurairah RA berjumpa Rasulullah SAW dan terus ditanya, “Hei Abu Hurairah, apa yg telah terjadi malam tadi?”
Jawab Abu Hurairah RA., “dia mengaku ya Rasulullah atas kesusahan dan kelaparan anak-pinaknya, sehingga hamba kasihan maka hamba biarkan dia.”
Jawab Rasulullah SAW, “dia telah membohongi engkau dan dia akan kembali lagi”.
Dengan kata2 Rasulullah SAW itu, Abu Hurairah RA berjaga2, benar lembaga itu kembali pada malam kedua dan mencuri dari harta zakat, apabila disergah oleh Abu Hurairah RA dia merayu2 sebagaimana malam yg pertama sambil berjanji dia tidak akan kembali lagi. Pada paginya, Abu Hurairah RA. mengadap Rasulullah SAW. dan dia ditanya, jawab Abu Hurairah RA, “tawanan itu datang lagi dan merayu2, hamba kasihan dan membiarkannya ttpi dia berjanji tidak akan kembali lagi.” Jawab Rasulullah SAW, “dia telah membohongi engkau dan dia akan kembali lagi.”
Pada malam ketiga, Abu Hurairah RA. berjaga2 dan terus menangkap lembaga itu, kata Abu Hurairah RA kepadanya, “engkau bersalah dan aku akan hadapkan engkau kepada Rasulullah SAW kerana engkau telah berjanji tidak akan kembali lagi mencuri ttpi engkau telah kembali dan mencuri.”
Jawab lembaga itu, “biarkanlah aku ya Abu Hurairah, aku akan memberitahu kepada engkau beberapa kalimat yg mana Tuhan akan menyertai engkau apabila engkau menyebutkannya.” Sahut Abu Hurairah RA, “sebutkanlah perkataan2 itu.”
Jawab lembaga itu, “apabila engkau hendak tidur bacalah “Ayatul Kursi” sehingga akhir nescaya engkau senantiasa dalam pemeliharaan Allah dan syaitan tidak berani menghampiri engkau!” Abu Hurairah RA. pun membebaskannya.
Pada pagi2nya, Rasulullah SAW bertanya kpda Abu Hurairah RA. atas kejadian malam tadi. Jawab Abu Hurairah RA., “Ya Rasulullah, dia telah mengajarkn kpda-ku beberapa kalimat katanya akan memberi manfaat padaku, apabila hendak tidur bacalah “Ayatul Kursi” nescaya aku dalam pemeliharaan Allah dan tidak dihampiri oleh Syaitan”.
Jawab Rasulullah SAW, “dia telah mempercayakan engkau tetapi dia pendusta, tahukah engkau hai Abu Hurairah siapakah yg engkau berjumpa tiga malam berturut-turut itu?” Jawab Abu Hurairah RA, “saya tidak tahu.”
Jawab Rasulullah SAW, “itulah dia syaitan.”
13) JIN TEWAS
Sekumpulan daripada periwayat2 iaitu Abu Ubaid, Ad-Darani, Al-Tabrani, Abu Nu’aim, Al-Baihaqi, katanya didapati daripada Ibnu-Mas’ud r.a. berkata:
Pada suatu hari terserempak seOrang manusia lelaki dan satu jin, kedua2nya bergelut masing2 hendak menewaskan lawannya maka manusia tadi membaca Ayatul Kursi tatkala bergelut. Tewaslah bangsa jin itu. Tiada Ssiapa seOrang manusia membaca Ayatul Kursi dalam rumahnya melainkan lari SYAiTAN daripadanya.
Kata Ibnu Mas’ud, manusia lelaki itu ialah Saiyidina Umar Al-Khattab.
14) PERTOLONGAN AYATUL KURSI
Abi Qutadan RA meriwayatkan katanya, Rasulullah SAW bersabda:
Sesiapa membaca Ayatul Kursi tatkala dalam KECEMASAN nescaya mendapat pertolongan sebagaimana kejadian seOrang dalam pengembaraan merentas hutan rimba tiba2 diserang oleh seekor SERIGALA maka terus ia membaca Ayatul Kursi, berpaling serigala itu dan pergi dari mana ia datang meninggalkan mangsanya.
Sheikh Al-Buni rahimahullah berkata:
Siapa-siapa membaca Ayatul Kursi sebanyak 170 kali, dia di tolong Allah dalam segala kesusahan dan kecemasan, dilapangkan dadanya tidak berdukacita dan dijauhkan dari mala-petaka daripadanya.
KHASIAT AYATUL KURSI SERTA KIFIATNYA
(Petikan dari kitab LUM`ATUL AURAAD oleh Syikhanaa Wan Ali bin Abdul Rahman,
Kelantan; m/s 143)
Ini khasiat Ayatul Kursi bermula hurufnya seratus tujuh puluh [170x] dan kalimahnya lima puluh dan ayatnya tujuh ayat (riwayat) daripada Abi Hurairah radhiallaahu`anhu daripada Nabi s.a.w. bersabda ia;
“Ssiapa keluar dari tempat kediamannya maka membaca ia akan Ayatul Kursi, dibangkit oleh Allah Ta`ala kepadanya tujuh puluh ribu daripada Malaikat meminta ampun mereka itu baginya dan mengawali mereka itu akan dia dan mendoa mereka itu baginya dan Ssiapa baca Ayatul Kursi tatkala keluar daripada tempat kediamannya, ditunaikan hajatnya dan diampunkan dosanya dan dihilangkan kejahatannya dan diwakil Allah Ta`ala dengan dia akan Malaikat mengawali mereka itu akan dia daripada tiap2 penyakit dan kebinasaan daripada Jin dan Manusia dan tiap2 barang yg ditakut akan dia”
Dan sabda Nabi s.a.w.;
“Ssiapa kembali kepada tempat kediamannya maka membaca ia akan Ayatul Kursi nescaya ditanggal oleh Allah Ta`ala akan kepapaannya daripada dua matanya”
dan sabdanya;
“Bahawa setengah drpda khasiatnya bagi menghasilkan berkat dan bertambah bahawa engkau baca akan Ayatul Kursi atas makanan gandum syair atau beras atau lainnya, tiap2 kali engkau baca akan dia, engkau hembuskan atasnya hingga sempurna bilangan2 tiga ratus tiga belas kali [313x] nescaya hasil berkat dan bertambah padanya dengan izin Allah Ta`ala dan demikian lagi dibaca akan dia atas dirham (wang)”
Demikianlah tersebut di dalam khawaasul Qur`an (rujuk Kitab) daripada Nabi SAW bahawasanya bersabda ia;
“Ssiapa membaca Ayatul Kursi tatkala dukacita dan kesusahan nescaya ditolong akan dia oleh Allah Ta`ala”
dan ada seorang laki-laki di dalam safirnya seorang diri, tiba2 melalui atasnya oleh harimau maka membaca ia akan Ayatul Kursi maka berpaling lari harimau itu.
Demikianlah tersebut di dalam khawasul Qur`an. berpaling lari harimau itu.
Demikianlah tersebut di dalam khawasul Qur`an. Kata setengah dari pada Ahlul Khawas; kotakan [bentenglah] olehmu akan dirimu daripada Ayatul Kursi kerana barang yg diriwayat bahawasanya Nabi SAW membaca ia akan Ayatul Kursi tujuh kali tiap2 hari mengkotakan [membenteng] dengan dia akan zatnya yg Muhammadiah, dan dibaca akan dia enam kali kepada segala pihak yg enam dan ketujuhnya dimesrakan ke dalam dirinya dan dikatakan tertib ini akan KOTA NABI SAW (hikayat)
Bahawasanya seorang laki-laki saudagar musafir ia membawa hartanya yg banyak maka berhenti ia pada malam di satu tempat di padang maka membaca ia akan Ayatul Kursi tujuh kali akan jadi KOTA [benteng] pada segala pihak kelilingnya dan mengkali ia atas membaca akan dia, maka mendatang akan dia oleh penyamun maka melihat ia akan kota yg sangat teguh kelilingnya maka di tingalkanlah ia, akan dia.
Kemudian berpindah saudagar itu kepada tempat yg lain dan penyamun itu ikut di belakangnya melihat ia akan dia di dalam kota yang teguh kemudian berpindah ia kepada tempat yang lain dan penyamun itu ikut di belakangnya maka melihat ia seperti dahulu juga dan tiada dapat ia sampai kepadanya maka bertanya oleh penyamun itu akan saudagar, berkata penyamun bagi nya bahawasanya kami ikut akan dikau masa tiga malam maka tiada dapat sampai kami kepada engkau dan kami lihat akan kota yg sangat teguh pada keliling engkau. Maka khabar oleh mu akan kami daripada ini ketentuan bagi engkau.
Maka katanya; aku baca Ayatul Kursi tujuh kali kepada pihak yg enam atas niat jadikan kota maka memelihara akan daku oleh Allah Ta`ala dengan berkat Ayatul Kursi
(kata) Asy-syeikh Al-Bauni;
Ssiapa takut daripada datang bala’ dan seteru maka hendaklah ia berhadap kepada pihak seteru[musuh] dan bala’ itu maka hendaklah ia baca akan Ayatul Kursi sebilang2 kalimahnya iaitu lima puluh[50x] atau sebilang-bilang hurufnya iaitu seratus tujuh puluh kali[170x] nescaya tiada memberi mudharat akan dia oleh bala’ dan seteru itu hingga bahawasanya apabila ada engkau pada tempat ketakutan maka engkau guris pada bumi atas rupa daerah lingkungan dengan dibaca Ayatul Kursi dan masuk olehmu dan jemaah kamu di dalam daerah itu dan jadikan jemaah kamu itu di belakang kamu dan baca olehmu akan Ayatul Kursi pada hal berhadap kepada pihak seteru nescaya tiada melihat mereka itu akan dikau.
Dan sabda Nabi SAW bagi Saiyidina Ali bin Abi Talib RA; Apabila engkau berkehendak kepada sesuatu hajat maka baca olehmu akan Ayatul Kursi kemudian mula olehmu dengan kaki engkau yg kanan pada berjalannya.
Dan kata Imamul Kuffa Mujrib; tiada disyubhat padanya bahawasanya, "Ssiapa membaca akan Ayatul Kursi bagi memudahkan segala pekerjaannya dahulu daripada masuk padanya nescaya dimudahkan Allah Ta`ala akan pekerjaannya."
Dan telah menyebut oleh Imam Al-Ghazali daripada Ibnu Qatiibah katanya; mengkhabarkan daku oleh satu Syeikh daripada Bani Ka`aab katanya; aku masuk negeri Basrah kerana menjual tamar. Maka tiada aku dapat tempat melainkan satu rumah buruk dibuat sarang padanya oleh labah-labah. Maka aku kata; apa hal rumah ini. Kata mereka itu, ia makmur. Maka aku berkata bagi pemilik nya; engkau sewakan daku rumah engkau ini. Maka katanya; pelihara oleh mu dengan diri engkau. Maka bahawasanya ada padanya `Ifrit daripada Jin. Sungguhnya telah mengambil akan dia tempat kediaman, membinasa ia akan tiap-tiap orang diam padanya.
Maka aku kata; sewa olehmu akan daku dan tinggal olehmu akan daku sertanya, maka Allah Ta`ala menolong akan daku atasnya. Maka katanya ambil olehmu akan dia. Maka aku diam padanya. Maka tatkala malam, datang kepadaku seorang yang hitam, dua matanya seperti jamung api dan baginya kelam. Dan menghampiri ia akan daku. Maka aku kata; (baca Ayatul Kursi hingga akhir ayat). Maka tiap-tiap aku kata satu kalimah, MENGAJUK[IKUT] UCAPANKU ia seperti aku. Maka tatkala sampai aku kepada kata; UNGKAP YG AKHIR(rujuk kitab), tiada berkata ia suatu. Maka aku ulang-ulang akan dia beberapa kali maka hilanglah kelam itu. Maka mengambil aku akan tempat daripada setengah pihak daripada rumah itu. Maka tidur aku.
Maka tatkala berpagi aku maka aku dapat pada tempat yang aku lihat itu bekas terbakar, akan `Ifrit yang amat besar. Maka aku kata dengan apa terbakar ia.
Maka berkata ia; dengan katanya; (Rujuk Kitab) (riwayat) daripada Ibnu Abbas RA; bahawasanya berkata ia, sabda Nabi SAW;
“Bahawasanya Nabi Musa bin Imran berkata ia bagi Jibrail AS., apa pahala bagi orang yg membaca Ayatul Kursi. Maka menyebut ia baginya; tiada terhingga daripada pahalanya. Kemudian datang Jibrail akan dia pada kali yg lain maka berkata ia baginya bahawasanya Tuhan engkau berfirman bagi engkau; Ssiapa mbaca [al-Kursi] Slps tiap2 Solat yg maktubah (lima waktu); membaca ...... hingga akhir Ayatul Kursi maka bahawasanya malam dan siang itu dua puluh empat JAM itu, tiada daripadanya satu saat melainkan naik kepada Aku daripadanya tujuh puluh ribu kebajikan hingga di tiup sangkakala.
(Riwayat) daripada setengah mereka itu bahawasanya melihat ia di dalam tidurnya akan beberapa perkara yg menakuti dan mengejut akan dia. Maka datang ia kepada setengah daripada orang solihin dan mengadu ia kepadanya akan barang yang ia dapat akan dia di dalam tidurnya.
Maka berkata ia baginya; apabila engkau datang kepada tempat tidur engkau maka engkau kata; (rujuk Kitab) tiga kali dan baca olehmu akan Ayatul Kursi tiga kali. Maka apabila sampai kpda ayat akhir alKursi (rujuk Kitab) maka ulang olehmu akan dia tiga kali dan tidur olehmu. Maka bahawasanya engkau sentosa drpda barang yg engkau dapat akan dia itu. Memperbuat[dilakukan] oleh laki-laki itu akan demikian itu maka TIADA mendapat ia akan sesuatu yang dibenci kemudian daripadanya. (dan setengah) daripada khasiatnya bagi membakar akan syaitan dan jin.
Maka engkau berkehendak membakarkan Jin dlm diri manusia maka bang [azan] olehmu pada telinga yang KANAN tujuh kali dan baca olehmu padanya akan Fatihatul Kitab dan (rujuk Kitab) kedua dan Ayatul Kursi dan surat Wassoffaat sekeliannya dan akhir surat Al-Hasyr iaitu (rujuk Kitab) maka bahawasanya terbakar Jin itu seolah2 ia di dalam api (rujuk Kitab) (dan setengah) drpda khasiatnya apabila ada engkau pada tempat ketakutan maka duduk olehmu dan Orang yg beserta engkau atas bumi dan engkau suruh akan mereka itu lalu letakkan mereka itu akan belakang mereka itu kpda setengahnya kemudian guris olehmu atas mereka itu akan daerah dan engkau baca akan Ayatul Kursi tujuh kali dan engkau kata kemudian daripadanya;(m/s 152)
PENJELASAN TENTANG AYAT KURSI
(Petikan dari buku Risalah Doa oleh H. Dja’far Sabran, Penerbit P.P. Assegaff bertarikh 24 Oktober 1973; m/s 70 - 79)
Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam setelah Hijrah. Menurut riwayat, ketika Ayat Kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu Malaikat sebagai pengantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangannya. Rasulullah s.a.w. segera memerintahkan kepada penulis Al-Qur’an, iaitu Zaid bin Tsabit agar segera menulis-nya dan menyebarkannya.
Ada terdapat sembilan puluh lima[95] buah hadith yang menjelaskan fadhilah ayat Kursi. Sebabnya disebut ayat ini dengan Ayat Kursi kerana di dalamnya terdapat perkataan Kursi, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.
Dan bukan yg dimaksud dengan kursi ini tempat duduk Tuhan, tetapi adalah kursi itu adalah Syiar atas kebesaran Tuhan..
Jika dibandingkan dengan kebesaran kursi adalah seUmpama se rumpun pohon di- tengah padang pasir yg luas. Di samping kiri dan kanan kursi yg megah itu dijadikan pula beribu-ribu kursi yg kecil untuk menambah keindahan dan kemegahannya. Duduk pada tiap-tiap kursi itu Malaikat yg membaca ayat kursi dan Malaikat yg menulis pahala Orang yg membaca ayat Kursi itu.
BEBERAPA KHASIAT AYAT KURSI (buku Risalah Doa; m/s 73)
1) Imam Ghazali menerangkan di dalam Kitabnya, Khawasul Qur’an; bahawa Ibnu Kutaibah meriwayatkan suatu peristiwa yang terjadi di negeri Basrah, iaitu salah seorang pedagang kurma bernama Ka’ab sampai di sana, ia mencari tempat penginapan tetapi semuanya telah penuh diisi oleh pedagang-pedagang yang telah datang terlebih dahulu. Kemudian Ka’ab melihat sebuah rumah kosong, di dindingnya terdapat banyak sarang labah-labah. Kelihatan-nya rumah itu telah lama tidak didiami orang.
Ka’ab datang kepada yg empunya rumah, ia ingin menyewa tempat itu selama kurang lebih satu minggu. Kata yang empunya rumah, rumah itu aneh sekali, selalu menjadi buah bicara masyarakat ramai. Menurut kata-kata orang; rumah itu ditempati oleh jin Ifrit. Banyak orang yg menempatinya binasa[mati] kerananya. Ka’ab berkata, meskipun demikian kerana tempat lain tidak ada, saya bersedia tinggal di tempat itu, asal saja yg empunya mengizinkan.
“Baiklah” kata yg empunya rumah. “Saya tidak keberatan dan saya tidak memungut sewa apa-apa”. Ka’ab tinggal di rumah itu mulai sore hari tidak merasa takut, tetapi setelah tengah malam, Ka’ab nampak bayangan hitam dengan dua buah mata bernyala-nyala seperti api mendekatinya, maka Ka’ab bangun dan membaca: “Allaahulaa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum” tetapi bayangan hitam itu selalu mengikuti apa yang dibaca oleh Ka’ab sehingga hampir pada ayat akhir. Tetapi setelah Ka’ab membaca akhir ayat yang berbunyi;
“walaa ya uuduhuu hifdhuhumaa wa huwal ‘aliiyul ‘adziim” tidak terdengar lagi suara yang mengikutinya.
Ka’ab hairan dan diulanginya lagi; “walaa ya uuduhuu hifdhuhumaa wa huwal ‘aliiyul ‘adziim” tetapi tidak terdengar lagi suara yg mengikutinya. Maka dibacanyalah berulang kali dan bayangan hitam itupun lenyaplah dari pandangan Ka’ab dan tercium sesuatu bau seperti ada sesuatu yg terbakar. Kemudian Ka’ab tidur di tempat itu dengan tidak mendapatkan gangguan apa-apa. Di pagi hari, Ka’ab melihat di salah satu sudut rumah itu ada bekas-bekas seperti ada sesuatu yg telah terbakar dan tampak ada abu.
Di saat itu Ka’ab mendengar suatu suara berkata; “Hai Ka’ab, engkau telah membakar jin Ifrit yg ganas”.
Ka’ab hairan dan berkata; “Dengan apa aku membakarnya?”
Jawab suara itu; “Dengan firman Tuhan “walaa ya uuduhuu hifdhuhumaa wa huwal ‘aliiyul ‘adziim”.
2) Siapa yg membaca ayat Kursi dengan dawam[tetap/istiqamah] setiap kali selesai Solat fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk ke rumah dan ke pasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan pergi musafir,
Insya’allah ia akan diamankan dari godaan Syaitan dan kejahatan raja2 [Penguasa] yg kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang2 yg memudaratkan.
Terpelihara dirinya dan keluarganya, anak2Nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kekaraman dan kebakaran.
Didapatinya keselamatan dari kesihatan jasmaninya dgn izin Tuhan yg Hidup dan Berdiri Sendiri (Maha Kaya).
Demikianlah yg terdapat dalam keterangan pada Kitab Khawasul Qur’an, karya Imam Ghazali.
3) Terdapat keterangan di dlm Kitab-Kitab Asrarul Mufidah;
Ssiapa mengamal-kan membaca ayat Kursi, setiap kali membaca sebanyak lapan belas kali (18x), Insya’allah dia akan hidup berjiwa Tauhid, dibukakan dadanya dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezeki-nya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, dipeliharakan dari segala bencana dengan izin Allah SWT.
4) Salah seOrang Ulama Hindi mendengar dari salah seOrang guru besarnya dari Abi Lababah RA. membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud, jadi tujuh (7x) kali setiap hari, adalah benteng Rasulullah SAW (anggota sujud ialah tujuh yakni dua tapak tangan, dua tapak kaki, dua lutut dan kening).
5) Syekh Abul ‘Abbas Al-Bunni menerangkan;
“Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata2nya, iaitu lima puluh kali (50x), ditiupkan pada air hujan kemudian diminum-nya, maka insya’allah Tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkannya faham pada pelajaran yg dipelajarinya.”
Demikianlah keterangan yg didapat dalam Kitab Khazinatul Asrar, halaman 148.
6) Siapa yg membaca ayat Kursi sesudah selesai Solat fardhu, Tuhan akan mengampun dosanya. Dan siapa membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dia dari gangguan Syaitan dan siapa membaca ketika marah, makan akan hilang marahnya.
7) Syekh Al-Bunni menerangkan;
“Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya iaitu 170 huruf [70x], maka insya’Allah Tuhan akan memberikan pertolongan pada segala hal dan menunaikan segala hajatnya dan melapangkan fikirannya, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutinya”.
Demikianlah keterangan yg terdapat dalam tafsir Al-Qudsi.
8) Ssiapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan kepada dua Malaikat yg menjaga selama tidurnya sampai pagi. Demikian sabda Nabi Muhammad SAW dari Abi Qutadah.
9) Abdurrahman bin ‘Auf menerangkan: Bahawa apabila ia masuk ke rumahnya, dibaca-nya ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pendinding dari syaitan. Demikian keterangan yg terdapat di dalam Tafsir Al-Qudsi.
10) SeOrang pedagang sedang dalam perjalanan melalui padang pasir menuju sebuah negeri untuk menjual barang dagangannya. Ia selalu diikuti oleh rombongan perompak. Setelah malam hari, ia membaca ayat Kursi sebanyak tujuh (7x) kali dengan i’tikat membuat dinding pertahanan, sekitar dirinya dan sekitar hartanya sebelum tidur. Dibacanya ayat Kursi terus menerus sampai dia tertidur.
Ketika pagi hari dia ditemui oleh beberapa Orang yg tidak dikenal, mereka berkata:
“Wahai pedagang, padamu ada rahsia yg ajaib. Ketika kami pada malam tadi hendak merompak harta bendamu dan membunuhMu, kami melihat pagar besi yg tidak bisa ditembusi pada sekitar tempat tidurmu. Berkali-kali kami datang ke tempat itu, kami tetap melihat adanya pagar tersebut. Kami ingin mengetahui apakah amalanmu dan kami berjanji tidak akan lagi mengerjakan pekerjaan yg jahat ini, asal saja kamu beritahukan amalan apa yg kamu kerjakan”.
Kemudian pedagang itu menerangkan amalannya. (kitab Khasaisul Qudsi).
11) Syekh Buni menerangkan: Siapa yg takut terhadap serangan musuh, hendaklah ia membuat garis lingkaran dengan isyarat nafas sambil membaca ayat Kursi. Kemudian ia masuk bersama2 jemaahnya ke dalam garis lingkaran tersebut menghadap ke arah musuh sambil membaca ayat Kursi sebanyak kata2nya, atau sebanyak huruf2nya [170x], maka Insya’Allah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
12) Syaikhul Kabir Muhyuddin Ibnul Arabi menerangkan:
Ssiapa yg membaca ayat Kursi sebanyak seribu (1,000x) kali dalam sehari semalam, kemudian dawam (atau terus menerus) membacanya sampai empat puluh (40) hari, maka demi Allah dan demi Rasul, demi Al-Qur’an yg mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan ruhani, dihasilkan yg dimaksud dan diberi pengaruh kpda MANUSIA.
Demikian keterangan yang terdapat di dalam Kitab Khawasul Qur’an.
13) Abdullah Al-Qurtubi menerangkan:
Bahawa ayat Kursi ada mengandung keistimewaan, di dalamnya terdapat Ismul-a’zam, tersusun dalam 50 kata2, terdapat tujuh belas (17) huruf mim ( ๏ปก ) dan tujuh belas huruf wau ( ๏ปญ ).
Ayat Kursi membahas ke Esaan Zat Allah SWT dan Kesempurnaan Sifat2Nya.
14) Terdapat keterangan di dalam kitab Durrul mantsur; Yang terafdhal dia di antara surah2 di dalam Al-Qur’an adalah suratul Baqarah dan yang terbesar di antara ayat2 dalam surah al-Baqarah ialah ayat Kursi. Sesungguhnya Syaitan melarikan diri dari rumah yg di dalamnya dibaca Suratul Baqarah.
15) Terdapat di dalam kitab Itqam, bahawa siapa yg membaca empat (4) ayat pada permulaan suratul Baqarah dan ayat Kursi, ditambah dua ayat setelah ayat Kursi kemudian ditutup dgn tiga ayat pada akhir suratul Baqarah, maka dia dan keluarganya tidak didekati SYAITAN dan jika dibacakan pada Orang gila, nescaya akan SEMBUH, dgn izin Allah SWT.
~*~*~*~*~*~*~*~
MAKSUD DOA (yg mengiringi bacaan Ayatul Kursi)
(Diperolehi dari Al-Ustaz Haji Hassan Abd. Latif, Bayan Baru, Pulau Pinang)
"Puja dan Puji untuk Allah, Tuhan serawa sekelian Alam. Dan Shalawat serta Salam untuk junjungan Nabi Muhammad SAW. dan demikian itu juga ke atas Para Keluarga dan Para Sahabat baginda. "
"Wahai Tuhan kami ! Aku bermohon kepada Mu, dan bertawassul dengan (keagungan Ayatul Kursiy) Mu Yaa Allah, Yaa Allah, Yaa Allah, Tuhan Yang Pemurah, Tuhan Yang Pemurah, Tuhan Yang Pemurah; Tuhan Pengasih, Tuhan Pengasih, Tuhan Pengasih; Yaa Huu, Ya Huu, Yaa Huu (Yang menggerakkan segala perbuatan); Yaa Rabbaahu, Yaa Rabbaahu, Yaa Rabbaahu (Yang mengendalikan pentadbiran Alam); Yaa Saiyyidaahu, Yaa Saiyyidaahu, Yaa Saiyyidaahu (Yang mendahului tiap sesuatu). Wahai Tuhan yang menjinakkan hatiku, di- sisi Mu lah, ku dampingi diriku, Wahai Tuhan yang memenuhi segala keperluan ku, di sisi Mu- lah aku panjatkan segala seruan doa ku.
"Yaa Allah, Yaa Allah, Yaa Allah; Allah, Tiada Tuhan Melainkan Dia, Yang Hidup dan Berdiri dengan sendirinya, Wahai Tuhan yang Hidup dan yang berdiri dengan sendirinya, Berdirilah segala sesuatu di langit dan di bumi dengan perintahNya. Wahai Tuhan yang menghimpunkan segala keperluan makhluqNya, yang berada (mahupun) dari kalangan mana, berada di bawah kelembutan RahmatNya dan tertakluk di bawah keperkasaanNya. Aku bermohon kepada Mu, wahai Tuhan kami, tundukkanlah bagi ku Ruhaniyat yang mulia dari ayat yang mulia ini dan tolongilah dengannya bagiku, bagi menyempurnakan hajat ku.
Wahai Tuhan yang tidak dihampiri mengantuk dan tidak tidur, tunjukkilah kami akan jalan yang lempang, sehingga terbebaslah kami dari berpaling mempertuhankan tuhan yang lain dari- Nya. Tiada Tuhan yang sebenarnya, melainkan Engkau Yang Maha Suci. Sesungguhnya aku (kiranya tidak mendapat hidayat dariMu), tergolonglah dari kalangan golongan yang zalim. Wahai Tuhan, bagi Nya segala perbendaharaan langit dan bumi. Siapa lagi (selain Nya) yang dapat memberikan syafaat, selain keizinan di sisi Nya.
"Ya Tuhanku, angkatlah bagiku (darjatku) dan jelaskan apa yang Engkau kehendakki bagiku, dari serba hajatku dan tetapkanlah perkataanku, pekerjaanku, amalanku dan berkatilah (dengan ayat Kursi) bagiku juga keluargaku dan hartaku. Wahai Tuhan yang amat mengetahui setiap apa yang di hadapan mereka, maupun di belakang mereka, dan tiadalah mereka itu mengetahui tentang IlmuNya, melainkan siapa yang dikehendak-kinya (dapat mengetahui hikmat perbuatannya). Wahai Tuhan yang mengetahui pada yang tersembunyi maupun yang terang-terangan."
"Aku bermohon kepadaMu, wahai Tuhan kami, bahawa Engkau tundukkanlah dan perturut-kanlah bagiku akan Khadam ayat yang mulia ini dan terhadap seruan doa yang bermanfaat serta jadikanlah bagiku pertolongan buat memenuhi hajatku.
"Puja dan Puji untuk Allah, Tuhan serawa sekelian Alam. Dan Shalawat serta Salam untuk junjungan Nabi Muhammad SAW. dan demikian itu juga ke atas Para Keluarga dan Para Sahabat baginda. "
"Wahai Tuhan kami ! Aku bermohon kepada Mu, dan bertawassul dengan (keagungan Ayatul Kursiy) Mu Yaa Allah, Yaa Allah, Yaa Allah, Tuhan Yang Pemurah, Tuhan Yang Pemurah, Tuhan Yang Pemurah; Tuhan Pengasih, Tuhan Pengasih, Tuhan Pengasih; Yaa Huu, Ya Huu, Yaa Huu (Yang menggerakkan segala perbuatan); Yaa Rabbaahu, Yaa Rabbaahu, Yaa Rabbaahu (Yang mengendalikan pentadbiran Alam); Yaa Saiyyidaahu, Yaa Saiyyidaahu, Yaa Saiyyidaahu (Yang mendahului tiap sesuatu). Wahai Tuhan yang menjinakkan hatiku, di- sisi Mu lah, ku dampingi diriku, Wahai Tuhan yang memenuhi segala keperluan ku, di sisi Mu- lah aku panjatkan segala seruan doa ku.
"Yaa Allah, Yaa Allah, Yaa Allah; Allah, Tiada Tuhan Melainkan Dia, Yang Hidup dan Berdiri dengan sendirinya, Wahai Tuhan yang Hidup dan yang berdiri dengan sendirinya, Berdirilah segala sesuatu di langit dan di bumi dengan perintahNya. Wahai Tuhan yang menghimpunkan segala keperluan makhluqNya, yang berada (mahupun) dari kalangan mana, berada di bawah kelembutan RahmatNya dan tertakluk di bawah keperkasaanNya. Aku bermohon kepada Mu, wahai Tuhan kami, tundukkanlah bagi ku Ruhaniyat yang mulia dari ayat yang mulia ini dan tolongilah dengannya bagiku, bagi menyempurnakan hajat ku.
Wahai Tuhan yang tidak dihampiri mengantuk dan tidak tidur, tunjukkilah kami akan jalan yang lempang, sehingga terbebaslah kami dari berpaling mempertuhankan tuhan yang lain dari- Nya. Tiada Tuhan yang sebenarnya, melainkan Engkau Yang Maha Suci. Sesungguhnya aku (kiranya tidak mendapat hidayat dariMu), tergolonglah dari kalangan golongan yang zalim. Wahai Tuhan, bagi Nya segala perbendaharaan langit dan bumi. Siapa lagi (selain Nya) yang dapat memberikan syafaat, selain keizinan di sisi Nya.
"Ya Tuhanku, angkatlah bagiku (darjatku) dan jelaskan apa yang Engkau kehendakki bagiku, dari serba hajatku dan tetapkanlah perkataanku, pekerjaanku, amalanku dan berkatilah (dengan ayat Kursi) bagiku juga keluargaku dan hartaku. Wahai Tuhan yang amat mengetahui setiap apa yang di hadapan mereka, maupun di belakang mereka, dan tiadalah mereka itu mengetahui tentang IlmuNya, melainkan siapa yang dikehendak-kinya (dapat mengetahui hikmat perbuatannya). Wahai Tuhan yang mengetahui pada yang tersembunyi maupun yang terang-terangan."
"Aku bermohon kepadaMu, wahai Tuhan kami, bahawa Engkau tundukkanlah dan perturut-kanlah bagiku akan Khadam ayat yang mulia ini dan terhadap seruan doa yang bermanfaat serta jadikanlah bagiku pertolongan buat memenuhi hajatku.
HAILAN (3x) - Kesenangan;
JAULAN (3x) - Yang melakukan lawatan;
MALIKAN (3x) - Yang Menguasai."
"Wahai Tuhan, yg tiada berupaya merobah dalam kerajaanNya oleh sesuatu, melainkan yg dikehendakkiNya. Luas KursiNya, meliputi selebar langit dan bumi. Ya Allah, tundukkilah bagiku, akan hambaMu KANDIYAAS, hingga berkatalah ia bagiku dalam perihal-ku dan bangkitkanlah bagiku serta membantu aku dalam segala keperluan hajatku. Wahai Tuhan yg tiada keberatan bagiNya buat menanggung langit dan bumi dan Dia lah Yg Maha Tinggi lagi Maha Agung. "
"Wahai Tuhan yg bersifat dgn Sifat yg kepujian, Yg Maha Mulia, Tuhan Yg Membangkitkan segala makhluk (di akhirat), Yg Maha Menyaksikan, Yg mewakili diri2 hamba yg bertawakkal kepadaNya, Yg Maha Kuat, Yg Maha Tangguh, tempatkanlah bagiku pertolongan dalam memenuhi keperluanku dgn sebaik2 (sehalus2) pertolongan.
Tiada keupayaan dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah Yg Maha Tinggi lagi Maha Agung."
"Peruntukkanlah bagiku di atas khidmat dirimu Wahai Saiyyidul Kandiyaas, perkenankanlah bagiku, Kamu (Al Kandiyaas) dan kesemua khawadim di bawah perintahmu dan berilah bantuan dalam semua urusanku dengan hak yg diperuntukkan dan dikadarkan Allah bagi nya. Dan dari kebesaran dan kemuliaan Penghulu Kami Nabi Muhammad yg diatas baginda, Solawat dan Salam."
"Dan perkenankanlah wahai Saiyidul Kandiyaas, bersegeralah sepantas kilat bagi mengatasi urusanku, melainkan (beres) dengan sekelip mata memandang atau dengan sedekat2nya (berhasil). Sesungguhnya Allah di atas tiap2 sesuatu amat berkuasa."
"Ya Allah, jadikanlah bagiku gambaran yg jelas (dalam urusanku) dan warisilah bagiku keamanan (padanya). Dan mudahkanlah bagiku dgn rahmatMu Yaa Allah, di atas apa jua tuntutan dan keperluan. Dan dahuluilah bagiku pertolongan dgn InayatMu pada mghasilkan setiap hajat ku.
"Wahai Tuhan, yg tiada berupaya merobah dalam kerajaanNya oleh sesuatu, melainkan yg dikehendakkiNya. Luas KursiNya, meliputi selebar langit dan bumi. Ya Allah, tundukkilah bagiku, akan hambaMu KANDIYAAS, hingga berkatalah ia bagiku dalam perihal-ku dan bangkitkanlah bagiku serta membantu aku dalam segala keperluan hajatku. Wahai Tuhan yg tiada keberatan bagiNya buat menanggung langit dan bumi dan Dia lah Yg Maha Tinggi lagi Maha Agung. "
"Wahai Tuhan yg bersifat dgn Sifat yg kepujian, Yg Maha Mulia, Tuhan Yg Membangkitkan segala makhluk (di akhirat), Yg Maha Menyaksikan, Yg mewakili diri2 hamba yg bertawakkal kepadaNya, Yg Maha Kuat, Yg Maha Tangguh, tempatkanlah bagiku pertolongan dalam memenuhi keperluanku dgn sebaik2 (sehalus2) pertolongan.
Tiada keupayaan dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah Yg Maha Tinggi lagi Maha Agung."
"Peruntukkanlah bagiku di atas khidmat dirimu Wahai Saiyyidul Kandiyaas, perkenankanlah bagiku, Kamu (Al Kandiyaas) dan kesemua khawadim di bawah perintahmu dan berilah bantuan dalam semua urusanku dengan hak yg diperuntukkan dan dikadarkan Allah bagi nya. Dan dari kebesaran dan kemuliaan Penghulu Kami Nabi Muhammad yg diatas baginda, Solawat dan Salam."
"Dan perkenankanlah wahai Saiyidul Kandiyaas, bersegeralah sepantas kilat bagi mengatasi urusanku, melainkan (beres) dengan sekelip mata memandang atau dengan sedekat2nya (berhasil). Sesungguhnya Allah di atas tiap2 sesuatu amat berkuasa."
"Ya Allah, jadikanlah bagiku gambaran yg jelas (dalam urusanku) dan warisilah bagiku keamanan (padanya). Dan mudahkanlah bagiku dgn rahmatMu Yaa Allah, di atas apa jua tuntutan dan keperluan. Dan dahuluilah bagiku pertolongan dgn InayatMu pada mghasilkan setiap hajat ku.
Wahai Tuhan yg Berkuasa, Wahai Tuhan yg Perkasa, Wahai Tuhan yg Maha Gagah lagi Maha Agung.
Wahai Tuhan yg memberikan pertolongan dan kemenangan. Dan Allah telah menetapkan,
”Aku dan RasulKu (Pasti menang).” Sesungguh-nya Allah Maha Kuat lagi Maha Gagah. "
[Petikkan]
”Aku dan RasulKu (Pasti menang).” Sesungguh-nya Allah Maha Kuat lagi Maha Gagah. "
[Petikkan]
Semoga manfaat, InsyaAllah..
Sumber ~ http://gegarsyeh.blogspot.com/2013/01/himpunan-rahsia-ayatul-kursi.html
Sumber ~ https://syafaonline.blogspot.com/2012/12/kelebihan-fadhilat-ayat-al-kursi.html
KEDASYATAN & KEAGUNGAN KHASIAT dan MANFAAT ayat kursi_ ~ Utz Dato Badlisyah Alaudin
Elak Gangguan Syaitan Dengan Ayat Kursi ~ Utz DATO Shamsuri Haji Ahmad
"Keistimewaan Ayat Kursi" ~ Utz Abd. Somad
Amalkan Satu Ayat Ini ~Pembenteng Paling Kuat Dari Kesusahan Kesedihan Godaan Jin Dan Syaitan ~ [Utzh Asma Harun]
DAHSYATNYA KEKUATAN AYAT KURSI ~ Utz Dr.KHALID BASALAMAH
Utz Abd. Somad ~ "Keistimewaan Ayat Kursi"
Dasyatnya ilmu PAGAR TUBUH/ DIRI ini, RUGI jika tak tau ~ Teuku Hasbi
[Garisan, BATU, KAYU ~ Bc Ayatul Kursi, 17x, Ayat Pelindung dlm Perjalanan@ Travel]
KHASIAT AYAT KURSY dan CARA MENGAMALKANNYA
~ Peringatan! ~ AYAT tidak berKuasa apa2, yg berKuasa adalah Allah SWT, bergantung Hati๐ pada ALLAH SWT, jagalah Tauhid n Iktikad Anda Sungguh2..!
[Baca Ayat.., ttpi Hati๐ bergantung HARAP SUNGGUH2 KE ALLAH SWT]
InsyaAllah..
PS~ Kenali SIFAT Robb Mu ๐ ~ https://lading-emas.blogspot.com/2010/04/sifat-20-tuhan.html
Kenali AKAN Robb Mu ๐ ~ https://lading-emas.blogspot.com/2016/10/ilmu-hakikat-dan-makrifat-ariff-billah.html
Benteng Diri n Family ๐ ~ https://lading-emas.blogspot.com/2010/04/benteng-diri-dan-family.html
AMAL Sedikit ttpi MasyaAllah berbaloi.. ๐ ~ https://lading-emas.blogspot.com/2019/04/amal-sedikit-tetapi-pahala-besar.html
๐ฎ _*❤️Sharing is Caring❤️*_
. .
No comments:
Post a Comment