Thursday, August 4, 2011

Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia ~ Sistem Pembelajaran dan Sejarah



DEMO SILAT CEKAK ~ RINGKAS n MUDAH.. InsyaAllah!


Puisi n DEMO guna Kayu


Silat Cekak Ustaz Hanafi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Silat Cekak Ustaz Hanafi (Silat Cekak Hanafi) ialah salah satu jenis Silat yang terdapat di Malaysia.

Isi kandungan

Makna Cekak

Cekak secara dasarnya mempunyai beberapa makna, bergantung kepada dialek ataupun loghat penuturnya.
1) Makan Cekak. Di Utara terutama di Kedah, perkataan Cekak itu telah dijadikan satu simpulan bahasa - "makan cekak". Simpulan bahasa tersebut membawa makna bertanggungjawab. Misalnya ada suatu pekerjaan yang hendak dibuat, maka ada orang yang mengatakan:
"Ah, itu aku seorang saja pun 'makan cekak'."
Bila dibawa kembali kepada 'Silat Cekak' maka makna 'Silat Cekak' ialah silat yg bertanggungjawab menjaga diri pengamal2nya dari dianiayai oleh musuh2nya.

2) Bercakak. Di dalam bahasa Minang, perkataan Cekak ada juga, tetapi tidak disebut sebagai 'Ce-kak' tetapi disebut dengan bunyi 'Cakak'. Bercakak dalam bahasa Minang membawa maksud bergaduh. Contohnya:
"Si Ali dan si Ahmad sedang bercakak di simpang tiga".
Ini membawa pengertian bahawa si Ali dan si Ahmad sedang bergaduh. Jadi kembali kita kepada makna Silat Cekak - ia membawa erti 'Silat Gaduh'. Ini bukan bermakna Silat Cekak ini suka bergaduh tetap ialah Silat yg boleh dibawa bergaduh untuk mempertahankan diri. Jelas sekali Silat Cekak sebenarnya Silat yg benar2 utk mempertahankan diri bukan utk pertunjukkan di majlis2 kenduri ataupun di pesta2. Sebab itulah Silat Cekak tidak ada tari menari, gong gendang dan langkah melangkah. Ia hanya mara kehadapan apabila bertempur dengan musuh.

3) Cekak juga membawa maksud "ringkas". Keringkasan Silat Cekak ini dapat dilihat dalam sistem mata pelajarannya, yang sangat mudah dan cepat dipelajari. Ilmu Silat Cekak mendidik pengamalnya supaya tidak mengelak ke kiri atau ke kanan, tidak pula berundur ke belakang, malah mara ke hadapan dalam gerak yang satu.
Dalam pembelajaran buah, konsep ringkas ini juga ditekankan. Kesemua 21 buah Silat Cekak itu segerak, dalam erti kata hanya memerlukan satu gerak untuk melengkapkan buah tersebut. Ini memperjelaskan lagi konsep Ringkas yang menjadi salah satu maksud perkataan Cekak itu sendiri.

4) Secekak. Secekak membawa erti segenggam. Segenggam ini pula membawa kepada banyak maksud. Pertamanya, Silat Cekak mempelajari yang segenggam bukan yang segantang. Di sini dimaksudkan bahawa mata pelajaran Silat Cekak merupakan mata pelajaran intisari silat sahaja (segenggam) bukannya cabang-cabang silat yang banyak (segantang). Oleh kerana Silat Cekak adalah mempelajari perdu gerak, maka ia sangat cepat, teratur dan dapat diajar dalam waktu yang singkat sekali.
Kedua, segenggam menunjukkan "padu". Jadi Silat Cekak adalah satu Silat yang benar-benar tegas dan berpendirian. Di mana kaedah-kaedahnya memberi keyakinan kepada pengamal2nya bahawa mereka telah mendapat rahsia dan sesuatu yang berguna di dalam bidang seni mempertahankan diri.

Pengertian Perkataan Cekak

Pertamanya perkataan Cekak ada pertalian erat dengan peribahasa Melayu terutama di Kedah ‘makan cekak’, yg membawa pengertian kesanggupan, keupayaan dan rasa tanggungjawab menjalankan satu-satu tugas. Tegasnya Seni Silat Cekak adalah Seni Silat yg bertanggungjawab utk menjaga keselamatan diri.

Kedua: dalam bahasa Minangkabau, perkataan Cekak, diucapkan sebagai ‘cakak’ yg bermaksud gaduh. Jadi Silat Cekak adalah silat gaduh. Tetapi bukan tujuan utama Silat Cekak digunakan untuk bergaduh tetapi silat yang boleh dibawa untuk menjaga keselamatan di dalam pergaduhan. Sebab inilah Silat Cekak tidak dipertunjukkan sebagai silat permainan, di majlis perkahwinan dan keramaian.

Ketiga: perkataan secekak bermaksud segenggam. Ini berti Silat Cekak mengajar yang segenggam bukannya yang segantang. Segenggam buah guru namanya. Ini bererti mata pelajaran Silat Cekak merupakan intisari mata pelajaran silat sahaja (segenggam). Bukannya cabang-cabang silat yang banyak (segantang). Oleh kerana Silat Cekak mempelajari asas (perdu) gerak, maka ianya sangat cepat, teratur dan dapat diajar dalam waktu yang pendek sahaja. Segenggam juga bererti, "Segemal" = Perpaduan, ia itu di antara ahli-ahli Silat Cekak tidak boleh bergaduh, dan tidak mencaci silat-silat Melayu yang lain, kerana semata-mata untuk mewujudkan perpaduan di kalangan ahl-ahli dan masyarakat Melayu.

Keempat: Cekak juga bererti pegangan; iaitu silat ini ada mempunyai pendirian, pegangan dan tujuannya yang sendiri. Sebab itulah sebelum penuntut-penuntut mempelajari silat ini ia diberi pegangan dahulu, bahawa mempelari silat ini bukannya untuk bermegah-megah, sombong, menceroboh, mengikut nafsu, tetapi sebenarnya, untuk menjaga diri, bangsa dan agama.

Jadi dari segi pengertian nama sahaja, seperti yg dinyatakan, silat ini mempunyai pengertian yg dalam. Oleh sebab itulah, ianya menarik untuk dipelajari oleh belia-belia dewasa ini untuk menjaga keselamatan diri.

Berlainan dengan silat2 lain, umpamanya Silat Gayong Malaysia, dari segi pengertian nama sahaja ia boleh mengelirukan masyarakat Melayu. Orang-orang pantai timur dan di Patani menyebut kalimat silat itu sebagai ‘gayong’. Sebab itu orang di Patani, dinamakan Gayong Patani. Orang2 di pantai barat menyebut kalimat silat itu ‘silat’. Dengan itu "Silat Gayong" itu bermaksud "silat-silat" dimana ia tidak membawa apa-apa pengertian.

Bagi Silat Lincah Malaysia, dari pengajian Hanafi yg mempunyai banyak pengalaman dalam bidang persilatan Melayu, nama Lincah itu sebenarnya tidak pernah wujud. Ia hanya merupakan nama baru sahaja dalam alam persilatan. Sebab itulah nama Silat Lincah yang asal bukannya Silat Lincah.

Jadi kedua2 silat ini tidak dapat diterima oleh mereka yg mengetahui hakikat silat sebenarnya. Ia hanya dipelajari oleh mereka yg tidak faham selok belok "Seni Silat".

Sukatan pelajaran dan peringkat persilatan

       Ada empat peringkat pembelajaran dalam Silat Cekak.
  • Buah Asas - Mempelajari asas menangkis serangan dari hadapan.
  • Buah Jatuh - Lanjutan dari buah asas, iaitu menangkis serangan dan menjatuhkan lawan.
  • Buah Potong - Digunakan untuk menangkis semula Buah Asas dan Buah Jatuh jika pesilat Cekak lain cuba menggunakan buah Silat Cekak ke atas diri kita
  • Buah Serang - Serangan kepada pihak lawan, jika dielak pasti kena, jika ditepis kita akan menangkap dan menjatuhkan lawan. Ia juga boleh menyerang sambil menangkap (cekak menyerang, cekak menangkap).
  • Buah Umum - Mempelajari keseluruhan teknik pertahanan dan serangan untuk digunakan secara praktikal. Pada peringkat ini juga para pesilat akan diajar cara-cara untuk berhadapan dengan pengamal seni beladiri yang lain.

Senarai buah

   Berikut adalah senarai buah Silat Cekak, sebanyak 21 buah. Pada asalnya jumlah buah yang ada adalah 28 kesemuanya. Ustaz Hanafi telah membuat beberapa perubahan dengan membuang dan mengabungkan beberapa buah di dalam sistem mata pelajaran ini kerana beliau berpendapat ada beberapa buah yang tidak praktikal untuk digunakan. Ada juga buah-buah yang hampir-hampir serupa dan buah-buah ini pula telah digabungkan.
  1. ) Buah Pertama
  2. ) Keputusan Gayong Petani
  3. ) Keputusan Sendeng Atas
  4. ) Buah Kilas Belakang
  5. ) Buah Kilas Hadapan
  6. ) Buah Kidong Kiri
  7. ) Buah Kuntau Jatuh
  8. ) Buah Kuntau Kiri & Kuntau Kiri Gantung
  9. ) Buah Kuntau Kanan Gantung
  10. ) Buah Hentak (Keputusan Silat Harimau)
  11. ) Buah Ali Patah Atas
  12. ) Buah Ali Patah Sudah
  13. ) Buah Selendang
  14. ) Buah Gari & Gari Gunting
  15. ) Buah Paras
  16. ) Keputusan Pasung Kemanga
  17. ) Keputusan Terlak
  18. ) Keputusan Lintau
  19. ) Buah Hempok
  20. ) Buah Luncur
  21. ) Buah Siku Potong
Antara buah-buah yang telah dibuang:
  1. Buah Rasa
  2. Buah Singkat Nyawa
  3. Buah Pusing Tangan (Pecahan dari Gayung Petani)
  4. Buah Sengkak
  5. Buah Keputusan Sendeng Bawah Kiri dan Kanan
  6. Buah Kidung Kanan

    Sejarah

       Adapun Silat Cekak ini asalnya dari Kedah. Tidaklah dapat dipastikan sama ada ia wujud hasil dari seorang atau hasil permuafakatan dari pelbagai guru. Silat ini datang dipercayai selepas kedatangan Islam di negeri ini.
    Silat ini dahulunya diajarkan hanya kepada para panglima di Kedah untuk menghalang pencerobohan luar ketika itu. Orang yang paling lama diketahui mempelajari silat ini adalah Panglima Ismail yang berkhidmat di bawah Sultan Ahmad Tajuddin.
    Panglima Ismail, pada suatu masa telah mengalahkan seorag Batak bernama Tuah (bukan Hang Tuah) di Kubang Kerian, Perak.
    Seterusnya, silat ini diajarkan kepada Panglima Tok Rashid yang ketika itu terpaksa berpindah ke Perak kerana di tempat tinggalnya di Kedah ketika itu diserang wabak taun.
    Akhirnya, Panglima Tok Rashid mengamanahkan silat ini kepada Yahya Said (Pak Ya Said) dengan pesannya: "Kalau ada anak cucuku dari Kedah yang ingin belajar, hendaklah engkau pulangkan kembali"
    Maka En. Yahya Said pun diamanahkan untuk menjaga silat ini, untuk diberikan kepada yang hak empunya.

    Matlamat Mengembangkan Seni Silat Cekak

    Hasrat untuk mengembangkan silat ini adalah hasil dari pemerhatian dan penelitian terhadap silat-silat Melayu di tanah air. Hanafi mendapati pada keseluruhannya silat-silat itu kurang mampu untuk menjaga diri. Masyarakat Melayu pula tidak memberi penilaian yang tinggi terhadap silat.

    Ini disebabkan kedudukan silat berada di taraf rendah akibat tidak adanya usaha-usaha sungguh-sungguh dari tokoh-tokoh silat Melayu untuk mengorganisasikan dan mengembangkannya mengikut kehendak zaman, kerana kurang pengetahuan dan pengalaman. Kalau adapun usaha pengembangan hanya dilakukan mengikut cara lama yang tidak berorganisasi, hanya diajar kepada orang tertentu atau ke atas sebilangan kecil orang Melayu.

    Masyarakat Melayu pula kurang memahami tentang Silat, mereka menganggap silat hanyalah sebagai suatu alat yang dapat dijadikan sebagai bahan hiburan di majlis-majlis kenduri di samping sebagai alat untuk mempertahankan diri. Akibatnya tinggallah silat Melayu itu di kampung-kampung yang difahami oleh beberapa kerat penuntut sahaja.

    Memandangkan keadaan silat-silat Melayu yang demikian itu timbul suatu kesedaran sejak kecil lagi untuk mengubahkan corak perkembangan silat Melayu ini secara berorganisasi dan diterima ramai. Hanafi juga sebagai pencinta seni mahukan supaya seni silat Melayu dinaikkan ke taraf yang tinggi supaya melebihi kedudukannya dengan ilmu pertahanan diri dari luar negeri. Bagi memenuhi maksud itu Silat Cekak yang mempunyai serba kelengkapan pertahanan diri perlu ketengahkan.

    Kesan dari organisasi yang teratur, ilmu pertahanan diri luar negeri telah dapat berakar umbi di negara ini. Kehadiran ini telah memberi kesan yang kurang baik kepada perkembangan seni silat Melayu. Ada masyarakat Melayu berpendapat ilmu pertahanan diri yang diimport itu, tinggi mutunya dan berpendapat silat Melayu yang berkeadaan menari-menari itu susah untuk menandinginya. Ada guru-guru yang berminat mencampuradukkan ilmu dari luar itu dengan silat Melayu yang selama ini dikembangkan hingga menyebabkan silat Melayu tidak mempunyai keperibadiannya sendiri.

    Perkembangan yang tidak sihat ini lama kelamaan akan merosakkan kebudayaan Melayu. Bagi memelihara keaslian silat Melayu keseluruhannya, Hanafi mengembangkan Silat Cekak dengan hasrat untuk menyekat perkembangan ilmu tersebut dari mempengaruhi silat Melayu dan dengan tujuan menyedarkan masyarakat Melayu yang mereka juga mempunyai silat yang boleh menandingi mutu ilmu pertahanan diri yang diimport itu. Hanafi juga percaya bahawa kemasukan ilmu tersebut itu adalah merupakan suatu bentuk penjajahan terhadap kebudayaan Melayu, yang perlu diambil perhatian berat.

    Seni Silat Cekak yang segala amalannya bersesuaian dengan asas ugama Islam juga dikembangkan bertujuan untuk membasmi unsur tahyul dan khurafat yang sedang berleluasa mempengaruhi silat Melayu. Dengan mempelajari silat-silat seperti ini ramai masyarakat Melayu yang telah menjadi sesat tanpa disedari. Amalan amalan yang menyesatkan itu, seperti menyemah gelanggang silat dengan bertujuan menjamu jin yang dianggap penunggu kawasan itu.

    Ada pun penuntut-penunutut yang dimandikan dengan minyak panas untuk menguji kekebalan mereka. Lebih mendapat perhatian lagi ialah silat-silat yang mengamalkan ilmu kebal. Kelebihan yang ada ini telah banyak menarik perhatian anak-anak muda untuk mempelajarinya. Sungguhpun ayat-ayat yang digunakan banyak menggunakan ayat-ayat Quran tetapi ia melihatkan unsur-unsur tahyul dan khurafat. Silat itu dianggap silat yang menyesatkan orang ramai.

    Dengan mengembangkan Silat Cekak yang tidak mempunyai unsur tahyul khurafat Hanafi percaya ramai anak-anak muda dapat diselamatkan dari memepelajari silat-silat seumpama itu. Ilmu kebatinan yang diajar oleh Pak Haji Zain dapat digunakan untuk membimbing anak-anak muda kejalan yang benar melalui silat.

    Fahaman Kebatinan Hanafi

    Melalui Haji Zain dan pada mulanya dari Pak Ngah Syarif, Hanafi dapat memutuskan fahaman kebatinannya (iktikad, pegangan hati). Yang dimaksudkan dengan fahaman kebatinan itu ialah membersihkan hati atau menghilangkan sakit jiwa, seperti tubuh boleh berpenyakit (risau, sombong, gila pangkat dan lain-lain lagi ).

    Penyakit jiwa ini mesti dibuang supaya roh dapat berhubung dengan Allah Taala dengan tenang dan khusyuk. Dengan ini jiwa akan merasa tenteram dan aman dalam dunia ini. Setelah roh mendapat sejahtera tubuh juga akan beroleh kesejahteraan dan dapat mencapai kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

    Tujuan besar menghilangkan sakit jiwa supaya roh jangan ditakluki oleh hawa nafsu. Hidup di dunia ini adalah bertuhankan Allah sahaja. Tidak takut menghadapi kenyataan, susah senang dirasakan AMAN sahaja kerana hidup, mati, rezeki telah ditentukan oleh Allah. Manusia setakat berusaha saja, hasilnya adalah dari Allah.

    Menurut pegangan Hanafi hanya pada tempat tuhan bergantung dan Nabi Muhammad sebagai ikutan dan pedoman. Lain dari yang dua ini. Hanafi tidak menghiraukannya, umpamanya kepada wali-wali Allah, kerana seseorang yang menjadi wali Allah itu dikurniakan oleh Allah, jadi sesiapa sahaja boleh menjadi wali Allah asalkan ia seorang yang kuat keyakinan dan teguh pendirian kepada Allah.

    Dengan fahaman inilah dapat mententeramkan hatinya, fikiran dan memancar cahaya perjuangan didalam hidupnya. Fahaman iktikad yang diamalkan oleh Hanafi ialah Iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu yang mengikut sunnah (perjalanan) Rasullulah dan sahabat-sahabat rasullulah.

    Guru Utama Seni Silat Cekak

    Haji Hanafi Haji Ahmad (1923 - 1986)
    Guru Utama Seni Silat Cekak

    Perwatakan

        Haji Hanafi Haji Ahmad seorang tokoh yang tidak asing kepada peminat-peminat silat tanah air.
    Hanafi dilahirkan pada 1923 di Kampung Sungai Baru, Mukim Gunung, Alor Star, Kedah. Anak sulung kepada tujuh orang adik beradik seibu sebapa. Berketurunan Melayu Kedah, ibu bapa Hanafi bekerja sebagai petani dan penghidupan mereka anak beranak boleh dikatakan senang, walaupun tidak mewah.

    Hanafi telah mendirikan rumahtangga dengan Maimunah Binti Osman pada akhir tahun 1947, berasal dari Bukit Mertajam, Seberang Perai, Kedah. Hasil dari perkongsian hidup mereka telah dikurniakan enam orang anak, lima lelaki seorang perempuan.

    Menurut ibunya Hajjah Zainab, sejak kecil Hanafi mempunyai peribadi berlainan dari adik beradiknya dan kawan-kawan saingannya. Kebijaksanaannya berfikir, melaksanakan sesuatu pekerjaan jauh lebih baik dari rakan-rakannya yang lain. Ibunya ada mengikut petua orang tua-tua, diwaktu Hanafi dilahirkan urinya telah dibuangkan kelaut kerana mengikut petua orang tua-tua akal bayi itu kelak akan luas seperti laut itu juga.

    Hanafi sejak kecil lagi berminat untuk belajar. 
    Segala pelajaran yang di pelajari mudah difahami.

    Hanafi juga mempunyai sifat berani. Timbul sifat berani mungkin kerana mungkin ia merupakan anak yang tertua. Juga merupakan orang yang berani diketika itu. Hanafi pernah melihat ayahnya menerajang orang kerana tujuan mempertahankan diri jadi sifat

    Hanafi juga tidak mudah percaya kepada orang. Setiap kenyataan perlu dibuktikan kenyataannya samada benar atau tidak. Pernah suatu keberanian telah menjadi satu perkara semula jadi kepadanya – berani kerana benar. Ketika dirumah neneknya bernama Tok Esah, oleh kerana khuatir jambu kelingnya dicuri orang beliau mendakwa sesiapa yang memakannya akan sakit perut. Hanafi tidak percaya atas dakwaan orang tua itu. Suatu malam dicurinya buah jambu tersebut dan dimakannya, tidak pula memudaratkannya. Dari pengalaman ini tahulah ia yang Tok Esah berbuat demikian kerana muslihat lain.

    Hanafi juga seorang kanak-kanak yang degil kerana tidak mahu mengikut nasihat orang. Bila dewasa sifat-sifat ini masih kekal. Kebijaksanaannya membolehkan Hanafi berfikir, merancang dan membuat keputusannya tanpa meminta pandangan orang lain.

    Menurut Dr. Mohd Zain Haji Osman yang tinggal sekampung dengan Hanafi berpendapat:

    “Hanafi itu memang seorang yang pandai berhujah, agresif, berjiwa Melayu tulin, bijak, hanya menerima nasihat jika kena pada tempatnya. Tidak suka menunjulkan diri, tidak suka diampu dan menganpu, pendiriannya tegas dan pandai menyesuaikan diri, pakaiannya mengikut aliran zaman.”

    Beliau menambah lagi :

    “Dia juga seorang yang cergas, rajin membaca, cenderung kepada keagamaan dan mempunyai jiwa dakwah yang kuat; oleh itu Hanafi memang lebih layak untuk menjadi seorang pemimpin”

    Abdul Rahman Mahadi seorang sahabatnya, berpendapat, “Hanafi seorang yang berani, luas pandangan, dan lebih suka menggunakan fikiran sendiri ”.

    Hanafi itu seorang yang keras hati, tidak suka mendengar pendapat orang lain walaupun gurunya sendiri jika didapati tidak bersesuaian dengan jiwanya. Suka menolong orang susah, tidak hairan dengan orang hartawan dan berpangkat. Fikirannya maju kehadapan dan dapat mengatasi pendapat orang lain dalam segala bidang sama ada, politik dan silat ”.
    beliau menambah lagi:

    “Memang sejak kecil lagi ia merupakan seorang yang berani pada jalan yang benar, berani bertikam lidah dengan sesiapa sahaja dan berani mengeluarkan pendapat ”.

    Shahnon Ahmad, yang pernah mengenali Hanafi berpendapat :

    “Hanafi banyak mempelajari dari pengalamannya sendiri – melalui bacaan-bacaan yang luas dan tidak mahu bertolak ansur dengan orang lain kerana teguh dengan pendiriannya yang tegas. Bukan seorang yang konservatif, statik dalam segala bidang. Liberal dalam hal-hal yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam”.

    Beliau menambah lagi:

    “Hanafi mempunyai fahaman yang luas di bidang agama. Mengkaji sampai keinti-intinya dan ajaran mengenai Islam mudah difahami. Tetapi ia tidak mempunyai ramai kawan kerana peribadinya yang tidak mahu bertolak ansur. Orang yang tidak mengenalinya akan mengatakannya seorang yang sombong dan cakap besar”.

    Menurut keterangan sahabatnya Husin Ahmad:

    “Hanafi seorang yang berani dalam perjuangan. Fahaman kebatinannya kepada Allah Taala sangat dalam. Suka mencari benda-benda yang ajaib yang berlandaskan Ugama Islam”.

    Disini dapat disimpulkan bahawa Hanafi seorang yang layak untuk menjadi pemimpin sebuah Persatuan Silat yang menghadapi berbagai-bagai tentangan untuk mencapai matlamatnya.

    Kegemaran

       Semenjak kecil Hanafi gemar melihat orang-orang kampungnya bersilat. Hanafi kadang-kadang tidak terus pulang kerumahnya, selepas habis masa sekolah, tetapi pergi melihat orang-orang belajar silat hingga kadang-kadang lewat petang baharu ia pulang kerumahnya. Bila meningkat dewasa, Hanafi gemar pula membuat kajian terhadap silat-silat yang ada di kampungnya atau dikampung-kampung berdekatan.

    Hanafi juga gemar membaca. Ia suka membaca buku-buku cerita berkenaan pahlawan-pahlawan Melayu, umpamanya cerita Hang Tuah, cerita berbentuk peperangan, buku-buku mengenai kelebihan Wali-Wali Allah, buku-buku berkenaan agama Islam dan Perundangan Islam. Buku-buku mengenai perundangan Islam (Feqah) karya Kiai Muhammad Fadullah Suhaimi dari Singapurasangat diminati oleh Hanafi kerana buku-buku fahaman Kiai ini sederhana umpamanya, Kiai ini tidak memandang rendah fahaman-fahaman mazhab Islam seperti Shafie, Hambali, Maliki dan Hanafi. Ia tidak ta’asuf (fanatik) terhadap mazhab-mazhab itu.

    Menurut pendapatnya orang-orang awam (kebanyakan) boleh mengikut mazhab-mazhab itu, dan sahlah ibadat mereka, walaupun mereka tidak tahu dari mana terdapatnya hukum-hukum Islam itu. Tetapi orang yang cukup pengetahuannya, dan tajam fikirannya, bolehlah mereka mengambil sendiri hukum-hukum dari Quran dan Hadis untuk beramal bagi dirinya, walaupun tidak mengikut mazhab itu sekalipun.

    Maka fahaman seperti ini sangat memudahkan orang ramai dan memajukan orang-orang yang sanggup maju menyiasat hukum Islam. Karya-karya Ishak Hj. Muhamad dan Dr. Hamka diminatinya kerana kebanyakan buku-buku ini mempunyai sindiran yang ditujukan kepada semua lapisan masyarakat. Hasil daripada bacaan yang luas ini menyebabkan fikirannya selalu berkembang kerana Hanafi dapat merasakan apa yang tersirat dalam buku itu.

    Satu kegemarannya yang sangat aneh, ialah kegemarannya menziarahi makam-makam pahlawan dan ulamak-ulamak yang salleh lagi ‘keramat’.. Umpamanya Hanafi pernah menziarahi makam-makam Tuan Hussein di Titi Gajah, Tuan Sheikh Abdul Jalil, Mufti Negeri Kedah yang meninggal 200 tahun lalu, di Tanjung Pauh, Jitra, Kedah, Tok Pulau Manis di Terengganu, Makam Tuan Syed Abdul Rahman di Kampung Paloh, Terengganu dan Makam Syed Salleh anak Al-marhum Hj. Abdul Ramah, Limbong di Terengganu.

    Mengaji Cara Pondok

        Hanafi mula mendapat awal di Sekolah Melayu Gunung, Alor Star, Kedah, ketika berumur enam tahun. Bakat kepimpinan Hanafi telah mula kelihatan bila ia dilantik menjadi ketua kebun dan ketua darjah. Hanafi juga merupakan seorang murid yang pintar dan memperolehi markah yang baik didalam pelajaran-pelajarannya, terutama sekali dalam matapelajaran Tawarikh.

    Kepintarannya disertai juga kenakalannya. Hanafi sering berjalan-jalan didalam kelas dan tidak mendengar nasihat gurunya. Hanafi sering menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh gurunya, walaupun bukan ia yang sepatutnya menjawab. Samaada betul atau salah tidak menjadi soal kepadanya.

    Hanafi telah dibehentikan dari sekolah ketika ia berada didarjah empat. Bapanya berhasrat untuk menghantarnya mengaji secara pondok, supaya dapat diberikan didikan keagamaan sepertimana kanak-kanak yang lain dewasa itu. Sifat degil dan nakal Hanafi menguatkan lagi keazaman bapanya untuk menghantar anaknya meneruskan pelajaran di pondok daripada kesekolah Melayu mahupun ke sekolah Inggeris.

    Setelah diberhentikan Hanafi datang sendiri mengaji di pondok Kampung Alor Goncah, Mukim Gunung, Alor Star, Kedah, yang letak kira-kira dua batu dari rumahnya. Pondok ini dibawah pengawasan Hj. Osman Bin Lebai Zain. Setelah bapanya mengetahui, barulah dia menyerahkan Hanafi mengaji di pondok itu.

    Semasa mengaji di pondok ini Hanafi merupakan seorang murid yang malas mengulagkaji pelajaran di rumah. Tetapi ia sangat cerdik dalam pengajiannya. Ia dapat mengatasi kawan-kawan yang lain seramai 70 orang itu. Ini menyebabkan kawan-kawannya merasa irihati kepadanya, kecuali Haji Wahab Bin Haji Idris dari Kampung Tok Kling,Kedah yang ‘sesuai’ dengannya.

    Hanafi juga suka membangkang pendapat kawan-kawannya. Gurunya Haji Osman menyayangi beliau dari murid-murid yang lain kerana kepintarannya tetapi tidak setuju pula dengan kedegilannya.

    Pada tahun 1935, setelah dua tahun belajar pondok ini, Hanafi telah dipecat kerana telah difitnah oleh anak saudara isteri Haji Osman iaitu Haji Mohd. Zain Bin Haji Saleh, kononnya Hanafi telah menikam curi seorang pungung kawan pada hari dimalam Jumaat dengan sebilah pisau lipat, dari bawah pondok. Keberanian Hanafi membuktikan diri dan tidak gentar kepada sesiapa menyebabkan ia ‘dipecat’ terus daripada pondok tanpa disiasat oleh gurunya. Perkara ini telah menyebabkan bapanya berasa sangat malu kononnya anaknya jahat hingga dipecat dari pondok.

    Hanafi tidak berkecil hati dengan hukuman ini, kerana Haji Osman pernah mengajar tafsir Al-Quran yang mengatakan “Adakah tidak bumi Tuhan ini luas dan lapang? Dimana-mana kamu boleh berpindah kepadanya?” bila ia mengulaskan mengenai Tuan Hussein Bin Nasir yang tidak dibenarkan mengajar di Kedah oleh Sultan Kedah, hingga berpindah ke Pokok Sena, Seberang Perai kerana Sultan Kedah tidak ‘berkenan’ dengannya, dimasa yang lalu.

    Setelah berhenti pada tahun 1936, kira-kira berumur 14 tahun, Hanafi dihantar oleh bapanya mengaji di pondok Guar Cempedak, Gurun Kedah, kira-kira 23¾ batu dari rumahnya. Pondok ini dikendalikan oleh Hj. Abdul Majid yang mengajar agama disebelah malam dan dengan Yahya Jonid dan beberapa guru yang lain mengajar secara sekolah arab disebelah pagi. Kerana pondok ini jauh dari rumahnya, Hanafi tinggal bersama-sama seramai 400 orang yang lain di pondok ini. Hanya sebulan sekali ia pulang ke rumah.

    Hanafi sekali lagi memperlihatkan kebijaksanaannya didalam segala lapangan. pemahaman di dalam bilik darjah sahaja, ketika guru-gurunya mengajar, masih dapat mengatasi kawan-kawannya yang lain, walaupun mereka lebih rajin mentelaah. Bila masa-masa lapang Hanafi lebih suka bermain-main daripada belajar.

    Semasa di pondok ini Hanafi bersahabat baik dengan Haji Jaafar berasal dari Sungei Acheh Krian, Seberang Perai. Sekarang menjadi guru di Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor. Yang lain-lain kurang berminat berkawan dengannya, kerana ia tidak suka mendengar cakap kawan-kawannya dan tidak ‘mau mengaku kalah’ dalam segala lapangan pun. Malah nasihat gurunya Yahya Jonid juga tidak didengarnya. Pernah gurunya Yahya Jonid menasihatkannya supaya melanjutkan pelajarannya ke India di bidang keagamaan – tetapi Hanafi enggan kerana pada fikirannya pendidikan keagamaan ini tidak sesuai pada masa akan datang.

    Semasa belajar di sini (Guar Cempedak) Hanafi dapat merasakan bahawa satu tidak ketidak adilan telah di lakukan oleh Yahya Jonid keatasnya. Disuatu hari penyampaian hadiah (ihtifal) sebagai seorang muri yang mendapat nombor satu, telah diberikan hadiah yang sama nilainya dengan Hj. Abdul Zahari Bin Azhari (mendapat nombor dua) kerana Yahya Jonid lebih Sayang kepadanya. Buktinya Hj. Abdul Zahari itu telah menjadi menantu Yahya Jonid.

    Perkara ini tidak mendatangkan apa-apa kesan keatasnya, kerana ia berpendapat “yang baik itu tetap baik dan yang tidak baik itu tetap tidak baik”.

    Akhirnya Hanafi berhenti belajar di pondok ini, setelah belajar hanya setahun sahaja kerana tidak sesuai dengan penyampaian guru-gurunya dan berpendapat tiada ‘apa-apa’ fahaman yang diperolehi sekadar pengatahuan asas-asas keagamaan sahaja.

    Hanafi akhirnya pulang ke kampung dan cuba belajar dengan beberapa orang guru. Antaranya dengan:

    1. Haji Bukhari Bin Haji Hassan – dari batu 4¼ Kampung Pinang Mukim Pengkalan Kuno, Alor Star, Kedah.

    2. Haji Hanafiah – bapa saudara Hanafi dari Anak Bukit, Alor Star, Kedah.

    3. Haji Lah – dari Cegar Pantai Johor, Kedah.

    Melalui mereka, pengalaman ilmu Bayan, maani, hadith dan Bahasa Arab bertambah sedikit sebanyak. Hanafi akhirnya berhenti belajar dengan mereka juga kerana walaupun ia masih kecil tetapi ia dapat merasakan cara pengajian tidak sesuai dengannya dan selalu juga mereka tidak dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan memuaskan hatinya. Hanafi juga merasa tiada apa-apa kelebihan pun yang didapati daripada mereka cuma sekadar menambah pengetahuan agamanya sahaja.

    Belajar Dengan Pak Ngah Syarif

      Sifat Hanafi yang degil tidak mahu mendengar pendapat orang telah telah membawa minat untuk melengkapkan diri dengan pelajaran silat. Hanafi sedar di Kedah memang ramai para pendekar yang masing-masing mempunyai gelanggangnya sendiri untuk mengajar silat yang dibawanya.

    Hanafi juga pernah membuat kajian terhadap silat-silat itu. Secara keseluruhannya didapatinya silat yang wujud diketika itu bukanlah sejenis silat yang dianggap benar-benar dapat dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan diri, hanya sesuai untuk dipertunjukkan dikhalayak ramai sahaja.

    Kalau pun ada yang dianggap baik didapati bertentangan dengan asas keagamaan. Ini terbukti berbagai apacara yang karut marut dilakukan ketika hendak membuka gelanggang. Bagi Hanafi semuanya tidak sesuai dengan jiwanya. Ia mahu mencari silat yang bermutu tinggi dan dapat menjaga keselamatan diri.

    Hanafi mendapat tahu ada seorang pendekar yang handal di Kedah diketika itu bernama Pak Ngah Syarif. Kehandalan beliau memang sering deperkatakan oleh orang diketika itu. Beliau pernah mengalahkan orang-orang Siam di gelanggang Kuntau Siam di Thailand. Tidak seorang pun di ketika itu yang berani berdepan dengan beliau. Dari hari kesehari Hanafi ingin menemuinya, tetapi tidak berhasil kerana Pak Ngah Syarif suka merantau menjual ubat.

    Bapa Hanafi memahami jiwa anaknya ada menaruh minat terhadap Pak Ngah Syarif. Suatu hari di pekan Anak Bakit Alor Star, Kedah, bapanya telah menunjukkan kesuatu arah dimana ramai sedang berkumpul dan mengatakan orang di tengah-tengah itulah Pak Ngah Syarif. Hanafi melihat dengan penuh minat tetapi tidak dapat berbual mesra dengannya kerana ia sedang sibuk melayan pelanggannya.

    Pertemuan yang kedua – di titian Sungai Pantai Johor, Alor Star, Hanafi mengenali Pak Ngah Syarif sebagai seorang yang kacak, mukanya merah dan mempunyai mata yang tajam. Berlainan sangat dengan pendekar-pendekar handalan yang pernah ditemui sebelum itu. Melihat tingkah laku dan wajah Pak Ngah Syarif itu keinginannya untuk belajar ilmu kepahlawanan bertambah. Lebih-lebih lagi bila diketahuinya Pak Ngah Syarif bijak dengan ilmu perempuan. Ini jelas terbukti kerana beliau mempunyai ramai isteri di merata-rata tempat umpamanya di Negeri Kedah, Negeri Sembilan, Nikonsenitamrat ( Ligor ) dan di Bangkok.

    Rumah Pak Ngah Syarif, Kubang Jelai, Tokai, Kedah.

    Dalam usia yang begitu remaja diwaktu berumur sembilan belas tahun, dalam tahun 1942, Hanafi telah diserahkan oleh bapanya untuk belajar dengan Pak Ngah Syarif. Penyerahan bapanya itu menandakan bermulanya Hanafi mempelajari ilmu persilatan dan kebatinan. Pak Ngah Syarif begitu berminat untuk mengambil Hanafi sebagai anak angkat disamping belajar dengannya, kerana beliau memang berminat dengan keperibadian Hanafi yang degil, bijaksana dan keras hati itu, dimana sifat-sifat ini sesuai dengan ilmu yang diajarnya.

    Diketika itu seseorang murid yang menuntut tidak dikenakan apa-apa bayaran. Cukup dengan memberi sumbangan tenaga disamping berkhidmat dengan guru tersebut. Buat pertama kalinya di rumah Pak Ngah Syarif, Hanafi telah menjadi orang suruhan, membuat kerja yang berat-berat seperti memotong kayu, turun ke sawah, mencangkul, menanam tebu dan sebagainya. Bagi Hanafi ini semua mesti dilakukan, asal mendapat apa yang dikehendaki itu. Dimasa-masa lapang, barulah Pak Nagah Syarif menhgajar ilmu silat iaitu Silat Sendeng dan asas-asas ilmu kebatinan.

    Diwaktu belajar Hanafi didapati lebih cekap dan bijak dari kawan-kawan yang lain walaupun mereka dahulu belajar darinya. Kebijaksanaan Hanafi itu telah mendorong Pak Ngah Syarif mengajar Hanafi secara bersendirian.

    Hanafi terpaksa menghadapi dugaan yang hebat dimasa belajar dengan Pak Ngah Syarif. Pernah Hanafi dimaki oleh Pak Ngah Syarif dihadapan orang ramai, sehingga keluar air mata jatuh kepiring kuih kerana terlalu malu. Bagi Pak Ngah Syarif segala tindakannya itu adalah bertujuan untuk menambahkan lagi keinginan Hanafi untuk belajar.

    Belajar Menjual Ubat

    Dari melakukan kerja-kerja di rumah Hanafi mengikut Pak Ngah Syarif merantau sambil menjual ubat. Dan dari sinilah Hanafi mula menaruh minat untuk merantau. Hanafi telah mula mengenali ramai sahabat handai Pak Ngah Syarif dan Hanafi ditugaskan untuk membawa beg ubat Pak Ngah Syarif. Akhirnya Hanafi faham cara-cara menjual ubat dan Bermain Silap Mata. Hanafi mula bersendirian menjual ubat. Segala tenaga yang dicurahkan untuk melariskan semua ubat-ubatan yang dijual adalah semata-mata untuk kepentingan gurunya.

    Semasa tinggal dengan Pak Ngah Syarif, Hanafi telah banyak memperolehi berbagai ilmu dari Pak Ngah Syarif. Ini termasuk ilmu kepahlawanan, keperempuanan, kebatinan, ubat-ubat dan silap mata. Hanafi juga telah diajar oleh Pak Ngah Syarif membuat sejenis julab yang sangat berguna besar kepada kesihatan anggota manusia. Sewaktu beliau menerima pelajaran-pelajaran ini Pak Ngah Syarif mengingatkan Hanafi supaya merahsiakan benar-benar ilmu tersebut terutamanya ilmu kebatinan dari diajar atau diketahui orang.

    Hanafi masih lagi meragui terhadap ilmu kebatinan Pak Ngah Syarif sungguh pun telah lama mengamalkannya. Suatu hari dengan kehendak Allah, ketika Hanafi membantu gurunya menjual ubat di Langgar Kedah, satu perselisihan faham antara Hanafi dengan penghulu Langgar, bernama Penghulu Saad. Hanafi diancam dengan senjata oleh panglimanya Ismail Awang yang tinggal di Teluk Jamar, Kedah.

    Tindakan Ismail telah menimbulkan kemarahan Hanafi hinngga menerbitkan kata-kata dari mulutnya, “ Kau nak bunuh aku, kau dulu mati daripada aku ”.

    Tujuh hari kemudian cakap Hanafi menjadi kenyataan, Panglima tersebut mati setelah muntah-muntah darah tidak berhenti-henti. Peristiwa itu telah menggempar penduduk-penduduk di kawasan itu, mereka mengatakan Hanafi boleh mematikan orang-orang yang menentangnya. Dengan ini Hanafi mula menyakini akan pengajaran kebatinan yang diberikan oleh Pak gah Syarif, jika diamalkan dengan betul.

    Asas pendidikan kebatinan yang diajarkan oleh Pak Ngah Syarif telah banyak membawa perubahan corak hidup Hanafi. Dari segi pemikiran Hanafi tidak sama seperti anak-anak kampung lain dan tidak juga seperti ibu bapanya yang menumpukan bidang kehidupan terhadap sawah dan kerja-kerja kampung.

    Hanafi menyedari kerja-kerja di kampung banyak menggunakan tenaga sedangkan hasilnya tidak seberapa, jauh sekali untuk menjadi kaya, bak kata orang Kedah “ Dok takuk tu jugak ”. Hanafi lebih suka merantau, menjual ubat, dari satu tempat kesatu tempat yang lain.

    Dari pendidikan yang diberikan oleh Pak Ngah Syarif, Hanafi menyedari sesuatu ilmu rahsia atau ilmu yang baik mestilah diperolehi setelah mengharungi berbagai-bagai dugaan yang pahit. Itulah sebab Hanafi tidak berminat untuk mengajar atau menunjul-nunjulkan setiap ilmu yang dipelajari. Beliau juga sedar ilmu yang baik-baik hanya dipunyai oleh orang-orang tertentu sahaja.

    Walaupun Hanafi diketika itu telah banyak mempelajari ilmu dari Pak Ngah Syarif, tetapi ia masih tidak berpuas hati. Umpamanya ilmu silat yang diajar oleh Pak Ngah Syarif tidak tamat, kerana Pak Ngah Syarif berpendapat bukannya untuk menjadi guru. Apa yang sudah diajarnya sudah cukup untuk menjaga diri. Dari segi pendidikan Pak Ngah Syarif langsung tidak tahu psikologi pendidikan yang baik.

    Pendidikan yang disampaikan oleh Pak Ngah Syarif secara kekerasan, tanpa memikirkan sama ada penuntut-penuntut dapat menerimanya atau tidak. Ini berpunca dari Pak Ngah Syarif sendiri yang befikiran cara lama. Sungguh pun ia seorang ahli perantau dan penjual ubat tetapi ia tidak bijak dari segi perekonomian kerana setelah sekian lama ia bertungkus lumus tidak ada harta yang ditinggalkan. Hanafi juga tidak bersetuju dengan sikap Pak Ngah Syarif yang suka berkahwin ramai, sebab tanggungjawab sepenuhnya tidak dapat diberikan.

    Pak Ngah Syarif hanya berkemampuan untuk mengajar asas kebatinan sahaja tetapi tidak sampai keperdu, jadi Hanafi ingin memperolehi kesimpulan ilmu kebatinan. Ia ingin memperolehi seorang guru yang dapat memenuhi kehendak jiwanya.

    Setelah belajar selama tiga tahun dengan Pak Ngah Syarif pada tahun 1945, Hanafi dengan ilmu yang ada mula merantau kepelusuk tanahair menjual ubat, sambil mencari guru yang dapat memutuskan fahaman kebatinan. Dalam tempoh perantauannya itu Hanafi dapat berjumpa dengan beberapa orang mashur antaranya;
    Chek Salleh bin Haji Abdul Rahman Limbung, murid Said Abdul Rahman, Paluoh, Terengganu yang mashur kerana alim.
    Berjumpa di Terengganu, Kiai Muhamad Fadlullah Suhaimi dari Singapura yang mashur dari segi perundangan Islam (Syariah) – bertemu di Pahang,
    Sheikh Osman Cincin dari Perak yang kononnya mashur dengan ilmu kebal,
    Abdullah Salleh yang mashur dengan gelaran Chek Lah Keramat yang meshur dengan ilmu perubatan tradisional bertemu di Terengganu dan lain-lain lagi.

    Pengalaman Merantau Melalui Menjual Ubat

    Hanafi dengan fahaman keagamaan dan pengetahuan yang telah ada mula merantau ke seluruh pelusuk tanah air semata-mata untuk mencapai matlamatnya melalui menjual ubat. Merantau adalah untuk meninjau sendiri tentang keadaan masyarakat Melayu diketika itu.

    Kesedaran terhadap kekurangan masyarakat Melayu dalam segala lapangan telah lama lahir dijiwanya. Ini berdasarkan pemerhatian terhadap msyarakat Melayu di kampungnya sendiri. Untuk bertujuan member kesedaran dan melahirkan kebenaran, Hanafi telah bersyarah mengenai motif-motif tertentu ketika menjual ubat.

    Menjual ubat hanya satu jalan yang sangat sesuai diketika itu bagi Hanafi mencapai matlamatnya sehingga mendapat intipan dari pegawai yang memerintah. Hanafi tidak peduli sama ada ubatnya laku atau tidak asalkan ia dapat meluahkan perasaannya. Antara tajuk-tajuk syarahannya adalah seperti berikut:

    1) Tajuk Perempuan – dimerata tempat
    Musuh yang paling merbahaya di dalam dunia ialah perempuan bukan komunis dan harimau. Seorang panglima di medan perang yang tidak dapat mengawal hawa nafsunya akan kalah ditangan perempuan bukan ditangan musuh yang garang. Hanafi bersyarah sambil mempamerkan gambar perempuan.

    2) Tajuk Kapak – di Pahang dalam tahun 1954
    Kapak yang dibuat dari besi tidak boleh memotong kayu, tetapi kayu juga yang boleh memotong kayu (kerana mata kapak tanpa kayunya tidak boleh digunakan). Maksudnya masyarakat Melayu bukan kerana penjajah tetapi kerana tali barut orang-orang Melayu juga.

    3) Tajuk Anjing – di Dungun, Terengganu dalam tahun 1956.
    Sedangkan anjing yang kelaparan bila diberi makan akan mengenali orang yang pernah berjasa kepadanya, apatah lagi manusia sewajibnya mengenang jasa pada Tuhannya.

    4) Tajuk Tasbih – Alor Star, Kedah, dalam tahun 1954.
    Dengan memakai tasbih yang besar dan panjang Hanafi mengecam orang-orang Melayu yang beragama secara tradisi hingga meninggal dunia.

    Pengalaman Bergiat Dibidang Politik

        Cara jual ubat yang dilakukan selama ini untuk menyedarkan rakyat tidak memadai, kerana cara ini tidak berorganisasi dan sebilangan kecil sahaja yang dapat disedarkan. Perjuangan secara peribadi ini tidak dapat dilakukan dengan jayanya. Atas dasar untuk memperjuangkan hak bangsa Melayu, Hanafi telah mengubah cara perjuangannya dengan memasuki parti politik. Hanafi telah memilih Parti Seberkas Kedah dan menganggotainya pada tahun 1946.

    Pemilihan ini dilakukan kerana didapati matlamat dan tujuan perjuangan parti ini sesuai dengan jiwanya untuk memperjuangkan nasib bangsa Melayu, khasnya golongan petani-petani dan kaum buruh. Parti ini juga berdasarkan sosialis, yang mana sesuai dengan jiwa Hanafi. Seberkas merupakan parti yang radikal di Kedah ketika itu.

    Turut sama menganggotai parti Seberkas diketika itu ialah seperti Senu Abdul Rahman, Khir Johari, Mashur Muhamad, Muhammad Khir Awang Jaafar, Johari Taib, Cikgu Balkis Haji Abdullah, Dr. Ummar, Ahmad Jamil dan lain-lain lagi.

    Justify Full
    Kebolehan dan pengalaman Hanafi disamping mempunyai idea-idea yng luas mengenai ‘kebangsaan’, telah membolehkan Hanafi berperanan sebagai pensyarah bagi pihak Seberkas. Hanafi telah bertugas untuk menyatakan hasrat perjuangan Seberkas yang mana berjuang untuk memulihkan hak-hak orang Melayu. Setiap ucapan yang diberikan umpamanya di Sungai Korok, Chang Hilir, Kubang Pasu, Air Hitam, Teluk Kecai dan di Derga, Kedah, telah mendapat sambutan yang hangat. Tanpa memikirkan masalah peribadi dan kesusahan, Hanafi berucap dengan penuh semangat.

    Setelah berkecimpung lama dengan parti ini, Hanafi mendapati bentuk perjuangan Seberkas tidak begitu jelas. Hanafi mendapati Seberkas berjuang untuk memperbaiki keadaan nasib orang-orang Melayu. Tetapi masalah rupa bangsa Tanah Melayu tidak begitu jelas. Semasa mengadakan mesyuarat di Tanjung Bunga, Pualu Pinang pada 1956 sempena menyambut kepulangan Senu Abdul Rahman dari Amerika dan Dr. Ummar dari England, Hanafi telah menjelaskan perkara rupa bangsa negara ini.

    Didalam persidangan itu Hanafi berkehendakkan rupa bangsa di Tanah Melayu ini mestilah rupa bangsa Melayu (nationality) dengan alasan bahawa negeri ini, negeri Melayu, Raja-Raja Melayu, maka rakyat negeri ini juga mestilah rakyat Melayu sahaja. Tetapi pandangannya tidak mendapat sambutan dari ahli-ahli Seberkas yang lain.

    Ahli-ahli Seberkas yang lain kurang memahami fikiran Hanafi yang jauh kehadapan dalam mendaulatkan kembali bangsa Melayu, sungguhpun perkara ini telah dijelaskan oleh Hanafi. Mungkin kerana kurang jelas dalam soal rupa bangsa ini, akhirnya perkara ini telah ditolak oleh seberkas dari dibincangkan dalam persidangan itu dan mereka telah menetapkan rupa bangsa Malaysian.

    Oleh kerana Hanafi mendapati Seberkas telah menetapkan rupa bangsa Malaysian, ia telah bertindak keluar dari parti tersebut pada tahun 1956 untuk berjuang bersama-sama parti lain yang sealiran dengan jiwanya.

    Setelah menganalisa perjuangan setiap parti-parti politik yang ada di Tanah Melayu ketika itu, Hanafi telah mengambil keputusan untuk menganggotai Parti Negara dibawah pimpinan Datok Onn Bin Jaafar, pada tahun 1959 kerana Parti Negara menegaskan rupa bangsa Tanah Melayu iaitu rupa bangsa Melayu. Hanafi ingin meneruskan perjuangannya didalam politik ketika itu kerana mahu membela dan mendaulatkan kebangsaan Melayu bukan Malayan atau Malaysian seperti sekarang ini, walaupun Hanafi sedar dengan memasuki Parti Negara, tidak akan mendapat sambutan, tetapi ia mahu melahirkan kebenaran.

    Bagi Hanafi, Datuk Onn merupakan seorang yang bijak berpolitik, berpengalaman, berjuang semata-semata untuk kepentingan bangsa Melayu tanpa mementingkan kepentingan peribadi. Dengan ini Hanafi terus berjuang bersama-sama Datuk Onn, membantu pilihan raya Datuk Onn (umpamanya membantu kempen pilihan raya Datuk Onn di Kuala Trengganu pada tahun 1959) Hanafi berkawan baik dengan Datuk Onn dan pernah setidur dan semakan dengannya, walaupun pada mulanya, sebelum menganggotai Parti Negara, Hanafi menyangka juga Datuk Onn tali barut Inggeris (seperti juga kebanyakan orang di ketika itu) dan tidak mahu mendapatkan kemerdekaan secepat mungkin.

    Hanafi sesuai dengan Datuk Onn kerana polisi politik yang dijalankan oleh Datuk Onn iaitu secara evolusi atau secara berpelembagaan. Polisi yang dilakukan, pada mulanya menyatukan orang-orang Melayu di seluruh Tanah Melayu dengan menubuhkan UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu pada 11hb Mei 1946, untuk menentang Malayan Union. Usaha ini berjaya. Seterusnya pula menyatukan seluruh rakyat Negeri Tanah Melayu ini untuk mencapai kemerdekaan.

    Datuk Onn sedar selagi perpaduan ini tidak dapat dilakukan, negeri ini tidak boleh merdeka. Dengan ini, Datuk Onn mahu membuka pintu UMNO kepada bangsa-bangsa lain yang telah menjadi rakyat negeri ini untuk menjadi ahli UMNO supaya sama-sama berjuang, berpolitik, didalam satu sahaja pertubuhan iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Secara tidak langsung, secara automatik, mereka tidak menjadi satu kebangsaan Melayu sahaja dan tidak ada semangat kebangsaan yang lain dan dengan ini bolehlah sama-sama menuntut kemerdekaan. Polisi ini gagal, kerana ditentang oleh UMNO sendiri kerana mereka tidak memahami perjuangan Datuk Onn, hingga akhirnya Datuk Onn terpaksa keluar daripada UMNO dan pimpinan UMNO digantikan oleh Tunku Abdul Rahman.

    Mengikut Hanafi jika polisi ini diterima olek UMNO, kemerdekaan yang dituntut itu hanya dengan dua suara sahaja, iaitu suara UMNO yang mana di dalamnya terdapat perjuangan orang Melayu dan bukan Melayu dan dengan suara Raja-raja Melayu sahaja. Bila sudah tercapai kemerdekaan, maka kemerdekaan itu adalah atas semangat kebangsaan Melayu sahaja seperti di negara-negara Asia Tenggara yang lain dan masalah rupa bangsa dapat diselesaikan.

    Bagi Hanafi, ia dapat memahami polisi Datuk Onn ini. Oleh itu ia sama-sama berjuang dengan Datuk Onn walaupun Parti Negara kurang mendapat sambutan. Pada tahun 1959, Hanafi memasuki pilihan raya bagi kawasan Pulau Langkawi, sebagai calon Parti Negara. Bersama-sama rakan yang lain ialah Haji Laidin berasal dari Perak, Haji Mat Rejak dari Limbong Kapal, Alor Setar, Kedah dan Haji Mat dari J.P. Alor Janggut, Kedah. Turut sama menghantar calon ialah calon dari parti PAS (Persatuan Islam Se Malaya) dan Parti Perikatan.

    Hanafi tahu ia akan menerima kekalahan, kerana dewasa itu orang-orang Melayu lebih suka kepada UMNO dan Parti Perikatan dimana Tunku Abdul Rahman ketika itu sangat popular dan dianggap sebagai ‘keramat’. Tetapi Hanafi mahu juga berkempen melahirkan semangat kebangsaan Melayu, supaya anak cucu dikemudian hari nanti tidak boleh menempelaknya, jika orang Melayu jauh ketinggalan Hanafi gagal dalam pilihanraya ini, dan merasa kecewa kerana perjuangan tidak mendapat sambutan dari orang-orang Melayu.

    Hanafi akhirnya menukar haluan. Ia tidak lagi mahu menganggotai mana-mana parti politik kerana tidak ada satu pun parti politik yang sesuai dengan jiwanya. Tetapi semangat kebangsaan tetap mengalir di jiwanya. Dengan Hanafi memilih haluan yang lebih sesuai dengan jiwanya dan lapangannya iaitu dengan memperkenalkan Silat Cekak, silat pusaka yang sebenar-benar asli yang berteraskan agama Islam.

    Pengalaman Sebagai Pegawai Zakat

    Bergambar ramai semasa Pegawai Penyelia Zakat.
    (Hanafi nombor lima berdiri dari kiri)

        Setelah kalah pilihanraya tahun 1959 itu, Hanafi bersama keluarganya berpindah ke Lenggeng, Negeri Sembilan. Setelah berada selama satu setengah tahun di sana, akhirnya Hanafi suami isteri dan tiga orang anaknya yang masih kecil pulang ke Kedah setelah mendapati penghidupannya di sana, susah.

    Sekembalinya ke Kedah pada tahun 1962, masalah loteri Kebajikan Masyarakat telah heboh diperkatakan orang di sana sini. Tengku Abdul Rahman telah menghalalkan loteri tersebut dibeli oleh orang ramai di negara ini. Dosa orang ramai yang membeli loteri itu akan ditanggungnya.

    Hanafi dengan fahaman keugamaan yang benar-benar tulen menganggap perkara seperti ini perlu diperbetulkan bagi tujuan mengelakkan orang ramai dari melakukan perkara yang menyalahi hukum Islam. Sebagai penjual ubat Julap Abadi di Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah, merupakan alat bagi Hanafi membenteras masalah loteri ini, melalui bersyarah di khalayak ramai, tanpa memikirkan sama ada Julap Abadinya laris atau tidak.

    Hanafi juga tidak takut terhadap sebarang kemungkinan yang akan menimpa dirinya, sebab perkara yang dilakukan ini adalah merupakan hukum Tuhan dimana tidak seorang pun manusia yang boleh menghalangnya untuk berbuat demikian. Segala tindak tanduk dan ucapan itu telah mendapat perhatian dari pejabat Agama Islam Negeri Kedah.

    Pada tahun 1963, Pejabat Ugama Islam Negeri Kedah telah membuat undang-undang Zakat dimana 100% pembayaran zakat diambil kesemuanya oleh Pejabat Agama. Bagi menjalankan tugas ini mereka memerlukan orang-orang yang berkebolehan untuk memberi penerangan. Setiausaha Hal Ehwal Zakat iaitu Haji Ahmad bin Haji Yasan telah melantik Hanafi menjadi Pegawai Penerangan Pejabat Zakat dan kemudian dinaikkan pangkat menjadi Pegawai Penyelia Zakat bagi kawasan Kota Setar 1.

    Hanafi dilantik bekerja di Pejabat Zakat, atas beberapa muslihat tertentu. Pejabat Agama mendapati jika Hanafi ‘ bebas’ kedudukan Pejabat Ugama tergugat kerana di waktu itu Pejabat Ugama mempunyai banyak kelemahan dimana mengakibatkan hal ehwal ugama tidak dapat dijalankan dan ditadbirkan dengan baik. Dengan pengambilan Hanafi ini, sekurang-kurangnya kecaman-kecaman terhadap Pejabat Agama khasnya Pejabat Zakat, akan dapat dikurang akan dapat digunakan bagi menggerakkan jentera pentadbiran Pejabat tersebut, khususnya di bidang pungutan zakat.

    Hanafi menyedari terhadap rancangan yang dilakukan oleh Setiausaha Hal Ehwal Zakat itu. Baginya ini merupakan satu peluang yang baik untuk berbakti kepada masyarakat dan menerangkan atau menjelaskan bahawa pembayaran zakat adalah diwajibkan dan juga Hanafi ingin mengatasi masalah kehidupannya anak beranak yang serba susah itu.

    Sebagai Pegawai Penyelia Zakat Hanafi telah banyak memberi jasanya dimana ia telah melaksanakan tugasnya dengan tekun dan teratur. Hanafi telah pergi ke kampung-kampung untuk memungut zakat walaupun tempat itu tidak ada orang lain yang berani untuk memungut zakat, kerana di waktu-waktu lampau pegawai-pegawai zakat yang ditugaskan untuk memungut akan diugut dan diancam keselamatannya oleh penduduk-penduduk dalam kawasan itu.

    Perkara-perkara itu tidak terjadi kepada beliau kerana orang-orang kampung telah memahami sikap Hanafi yang keras hati itu dan dan tidak mahu mengaku kalah. Hanafi juga ditugaskan untuk menentukan berapa banyakkah sukatan-sukatan yang diperlukan untuk berzakat. Setiausaha Zakat Haji Ahmad, sangat sayang kepadanya kerana didapati semenjak Hanafi bertugas banyak pembaharuan telah dilakukannya. Untuk menghargai kebolehannya itu Hanafi telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Setiausaha Zakat, Jajahan Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah.

    Dalam menjalankan tugasnya dengan gigih, Hanafi terpaksa pula menghadapi berbagai-bagai tentangan. Rakan-rakan sejawatnya khuatir Hanafi akan dinaikkan pangkat menjadi Setiausaha Jawatan Kuasa Zakat seluruh negeri Kedah kerana Haji Ahmad, Setiausaha Zakat sangat sayang kepadanya. Haji Ahmad juga banyak menerima kecaman dan tentangan, dimana mereka telah mempersoalkan mengapa penjual ubat diambil bekerja di pejabat zakat.

    Untuk menyekat kebolehan Hanafi dan menutup mulutnya mereka telah menawarkan sebuah rumah murah di No.42, Lorong 3, Jalan Day, Alor Setar, Kedah (kebetulan Hanafi memohon rumah itu) dengan syarat ia mesti masuk menjadi ahli UMNO.

    Hanafi sedar pemberian rumah itu hanya sebagai umpan sahaja bagi menarik ia memasuki UMNO. Bagi memperolehi rumah tersebut Hanafi secara berpura-pura menyatakan ia akan menjadi ahli UMNO setelah permohonan untuk mendapatkan rumah itu diluluskan.

    Setelah Hanafi menduduki rumah tersebut mereka mendapati Hanafi tidak juga menganggotai parti tersebut, hingga akhirnya Haji Ahmad (Setiausaha Zakat) sendiri memaksanya memasuki parti UMNO. Hanafi yang telah lama matang dalam soal politik tetap dengan pendiriannya. Ia tidak mahu lagi menganggotai sebarang parti politik kerana didapati tidak sesuai dengan jiwanya.

    Setelah banyak menerima tentangan tanpa memikirkan jawatan dan kemudahan yang telah lama diperolehi sebagai Penolong Setiausaha Zakat setelah bertugas selama satu tahun empat bulan.

    Perletakan jawatannya itu telah menyebabkan Hanafi dan keluarganya menerima cemuhan daripada masyarakat dan keluarganya sendiri. Ibunya tidak bersetuju Hanafi berhenti kerja itu kerana khuatir kehidupannya di masa hadapan. Adik beradiknya yang lain juga menasihatkannya supaya menjadi ahli UMNO bagi mengelakkan tentangan yang diterimanya.

    Bagi masyarakat di sekitarnya, mereka merasa bersyukur dan berpendapat memang patut Hanafi diberhentikan kerana kesombongannya, hingga dikatakan seluruh masyarakatnya telah memandang rendah terhadap Hanafi yang di ketika itu telah tidak ada pergantungan hidup.

    Penderitaan Yang Serius

        Setelah berhenti daripada menjual apam balik, Hanafi pulang semua ke kampung ibunya di Kedah tinggal semula bersama-sama anak isterinya kerana ia telah menjual rumahnya di Jalan Day. Semua pekerjaan yang dilakukannya tidak mendatangkan hasil, walaupun berbagai-bagai usaha telah dilakukannya. Disaat inilah Hanafi mengalami penderitaan sehabis pahit yang pernah dialaminya walaupun dahulu ia pernah merasa susah kerana masyarakat sekelilingnya, adik-beradik, ibunya sendiri tidak menyukai sekeluarga.

    Adiknya pernah menyatakan kepada Hanafi, “Ini bukan Post Office” bila datang meminjam wang. Ibunya pernah menyatakan kepada Hanafi, “Kalau tidak ada duit, jangan beri anak mengaji” bila Hanafi meminta meminjam wang untuk menyekolahkan anaknya.

    Ibu dan adik-beradiknya bersikap demikian, kerana Hanafi tidak mahu mendengar nasihat mereka supaya jangan berhenti daripada Pejabat Zakat dan supaya menjadi ahli UMNO sahaja supaya kehidupannya terjamin. Kebencian mereka kepada Hanafi memuncak lagi, kerana sudahlah miskin, anak ramai, tidak mahu mendengar mereka, malah keras hati pula. Hanafi tetap tegas, tidak mengharap bantuan ibu dan adik-beradiknya, kerana mereka tidak menyukainya.

    Isteri Hanafi, Mak Teh juga tidak ketinggalan menerima cemuhan. Ia selalu disindir-sindir dan kadang-kadang jirannya serta adik beradik perempuan Hanafi yang lain, menunjukkan barang kemas mereka padahal mereka tahu semayam emas pun tidak ada padanya. Mereka juga menunjuk-nunjuk barang yang baru dibeli selepas balik membeli belah.

    Mak Teh, walau bagaimanapun tidak berkecil hati, malah menganggapnya hanya sebagai dugaan tuhan. Ia mengambil upah mencucuk atap untuk perbelanjaan harian. Bila ada kenduri-kendara di kampungnya, ia tidak dijemput, kalau dijemput pun, ia tidak pergi kerana ia tiada barang kemas, kerana akan menjadi ejekan hadirin sahaja.

    Bagi Hanafi, ia tetap bersabar dengan dugaan tuhan ini. Walau bagaimanapun Hanafi mendapat simpati dari kawan baiknya, seperti Hussein Ahmad dan Abu Bakar dari Anak Bukit yang selalu memberi bantuan seringgit dua, kerana mereka pun susah juga.

    Hanafi selalu menasihatkan isterinya supaya bersabar dan meyakinkan kepadanya satu hari kelak mereka akan mendapat kesenangan juga. Ia menyatakan kepada isterinya, “Kesenangan itu hanya dapat dikecapi setelah menghadapi kesusahan dahulu”, sebagai tujuan untuk menghiburkan hati isterinya supaya bersabar menghadapi dugaan.

    Dengan fahaman kebatinan yang telah ada Hanafi pernah bermunajad kepada Tuhan disaat ini, hingga terbit kata-kata dari mulutnya “Hanya aku dan Tuhanku sahaja didunia ini” kerana ramai yang membencinya.

    Bagi menguatkan lagi kesabarannya menghadapi cabaran ini, Hanafi sentiasa mengingati nasihat gurunya, Haji Zain yang pernah mengatakan;
    “Biar hilang duit, hilang pangkat, asal jangan hilang akal ”,
    Hanafi bersyukur kepada Allah, disaat itu ia tidak sampai sasau, gila, merompak, membunuh atau hilang akal untuk memikirkan masalah hidupnya. Hanafi dengan akal yang masih boleh berfikir dengan tenang tetap berusaha mengatasi masalah hidupnya.

    Rumah Haji Zain

    Rumah Haji Zain – Pantai Johor, Alor Star, Kedah.

    Belajar Dengan Haji Zain Bin Lebai Abdul Rahman

    Ramai guru dan orang handalan yang telah ditemuinya dalam tempoh perantauannya selama 16 tahun tetapi Hanafi masih lagi tidak puas hati kerana fahaman kebatinannya masih lagi tidak dapat disimpulkan. Tidak ada seorang guru yang telah ditemui diseluruh Tanah Melayu yang dapat menyelasaikan masalahnya, melainkan seorang guru yang bernama Pak Haji Zain Bin Lebai Abdul Rahman menantu dan anak saudara Tuan Masail (Kadhi Jitra, Kedah). Dimasa itu Hanafi telah pun berumur 34 tahun.

    Haji Zain tingggal di Pantai Johor, Alor Star, Kedah. Ia selalu berada di Pekan Rabu kerana menjual kitab-kitab agama. Sebenarnya Hanafi biasa melihat Pak Haji Zain sebelum ini, tetapi Pak Haji Zain tidak memperlihatkan kebolehannya. Hanafi hanya mengenalinya sebagai seorang yang mempunyai iktikad (pegangan hati) yang dalam setelah masing-masing cabar mencabar mengenai pegangan masing-masing yang hampir melibatkan pergaduhan, di sebuah kedai kopi di Pekan Rabu disaksikan oleh Pak Hussain, sahabat karib Hanafi.

    Dengan ini Hanafi mula menyedari Pak Haji Zain ialah orang yang dicarinya selama ini untuk mengajarnya ilmu kebatinan (pegangan hati) atau ilmu tauhid. Maka dengan ini, Hanafi pun mula berguru dengan Haji Zain.

    Kitab yang diajar oleh Haji Zain ialah Kitab Hikam Ibni Ataillah, terjemah ke Bahasa Melayu oleh AL Alim Al Hammah Al Fadhilah, yang bergelar Tok Pulau Manis Terengganu. Pak Haji Zain berpesan kepada Hanafi Bahawa isi dalam kitab ini tidak tidak boleh dicakapkan sebarangan, dikhuatiri akan menjadi fitnah, melainkan kepada-kepada penuntut yang khas sahaja.

    Pak Haji Zain pernah mengatakan kepada Hanafi, bahawa bahawa Hanafi adalah seorang penuntut yang cepat memahami segala ajarannya, 40 kali ganda berbanding dengan penuntut yang pernah diajarnya. Beliau juga pernah mengatakan Hanafilah yang menjadi harapannya kerana anak-anaknya sendiri tidak boleh diharapkan.

    Walaupun Hanafi berguru dengan Haji Zain mereka selalu bertengkar kerana cara pemikiran mereka adalah berbeza. Mereka selalu bertentangan pendapat. Pak Haji Zain pernah berkata “Biarlah bergaduh di luar sahaja tetapi jangan berpecah dihati”. Hanafi mempunyai pendirian sendiri jarang mendengar mendengar nasihat Haji Zain. Umpamanya Haji Zain melarang ia mengembangkan Seni Silat Cekak kerana khuatir kecaman masyarakat tetapi Hanafi tetap berdegil. Akhirnya Haji Zain bersetuju sahaja apabila melihat usaha-usaha Hanafi mula beroleh kejayaan. Malah meramalkan pula Hanafi akan berjaya mencapai cita-cita hidupnya dan seluruh Tanah Melayu suatu masa nanti akan menggunakan Silat Cekak sahaja dan Hanafi sahajalah orangnya yang boleh memimpin silat ini.

    Pak Haji Zain juga menjelaskan Hanafi juga anak laki-laki tulen, sanggup diuji walaupun dari segala sudut dan segi.

    Dalam usaha berguru dengan Haji Zain Hanafi mula merasakan dirinya telah mendapat kepuasan hidup. Masalah kebatinan telah dapat disimpulkan, Haji Zainlah orang yang memutuskan fahaman kebatinannya.

    Fahaman Kebatinan Hanafi

    Melalui Haji Zain dan pada mulanya dari Pak Ngah Syarif, Hanafi dapat memutuskan fahaman kebatinannya (iktikad, pegangan hati). Yang dimaksudkan dengan fahaman kebatinan itu ialah membersihkan hati atau menghilangkan sakit jiwa, seperti tubuh boleh berpenyakit (risau, sombong, gila pangkat dan lain-lain lagi ).

    Penyakit jiwa ini mesti dibuang supaya roh dapat berhubung dengan Allah Taala dengan tenang dan khusyuk. Dengan ini jiwa akan merasa tenteram dan aman dalam dunia ini. Setelah roh mendapat sejahtera tubuh juga akan beroleh kesejahteraan dan dapat mencapai kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

    Tujuan besar menghilangkan sakit jiwa supaya roh jangan ditakluki oleh hawa nafsu. Hidup di dunia ini adalah bertuhankan Allah sahaja. Tidak takut menghadapi kenyataan, susah senang dirasakan aman sahaja kerana hidup, mati, rezeki telah ditentukan oleh Allah. Manusia setakat berusaha saja, hasilnya adalah dari Allah.

    Menurut pegangan Hanafi hanya pada tempat tuhan bergantung dan Nabi Muhammad sebagai ikutan dan pedoman. Lain dari yang dua ini. Hanafi tidak menghiraukannya, umpamanya kepada wali-wali Allah, kerana seseorang yang menjadi wali Allah itu dikurniakan oleh Allah, jadi sesiapa sahaja boleh menjadi wali Allah asalkan ia seorang yang kuat keyakinan dan teguh pendirian kepada Allah.

    Dengan fahaman inilah dapat mententeramkan hatinya, fikiran dan memancar cahaya perjuangan didalam hidupnya. Fahaman iktikad yang diamalkan oleh Hanafi ialah Iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu yang mengikut sunnah (perjalanan) Rasullulah dan sahabat-sahabat rasullulah.


    Yahya Said
    Pemegang amanah Seni Silat Cekak
    Setelah berhenti dari menjual apam balik, Hanafi telah hidup didalam keadaan serba kepayahan, tidak ada jalan yang sesuai dengan jiwanya diwaktu itu untuk dilakukan bagi memenuhi lapangan hidupnya. Hanya satu jalan yang dianggap bersesuaian dengan jiwanya iaitu melalui bergiat dilapangan persilatan Melayu.

    Tumpuan Hanafi untuk bergiat dilapangan ini semakin bertambah dari sehari ke sehari. Hanafi mendapat tahu Yahya Said seorang sahabat lamanya yang pernah ditemuinya pada tahu 1946 di Baling Kedah, sedang berada di Alor Star kerana menjual ubat ketika itu. Hanafi memang tahu Yahya Said ada mempunyai sejenis silat Melayu yang bernilai tinggi dan sukar ditandingi mutunya oleh silat-silat Melayu ditanahair ini.

    Hanafi percaya kalau silat ini dapat dilahirkan kembali, masyarakat Melayu akan mempunyai sejenis silat yang bermutu tinggi. Sekurang-kurangnya dengan mengembangkan silat ini kelak Hanafi akan dapat berjuang menegakkan hak orang Melayu kembali melalui bidang kebudayaan iaitu dalam bidang persilatan, kerana pada pendapat Hanafi banyak silat-silat Melayu telah hilang keasliannya akibat dipengaruhi oleh budaya luar negeri. Tambahan pula orang-orang Melayu lebih berminat dengan ilmu pertahanan diri luar negeri.

    Dalam pertemuan pertama kali pada bulan Disember 1965 selepas lama berpisah itu, Hanafi telah berbual panjang dengan Yahya Said atas tajuk silat yang dimilikinya itu. Melalui perbualan itu Hanafi mendapat tahu bahawa Yahya telah memiliki silat itu selama 40 tahun. Dalam tempoh itu Yahya pernah mengajar silat itu kepada orang lain seperti anaknya sendiri yang bernama Mansur tetapi tidak seorang pun yang dapat menamatkan pelajarannya. Ini disebabkan penuntut-penuntut itu merasakan pelajaran yang dipelajarinya itu telah cukup, kerana dua atau tiga buah yang diajar sudah dapat mempertahankan diri.

    Dalam perbualan itu Yahya dengan terus terang menyatakan kekuatirannya tehadap siapakah yang akan mewariskan silat ini kerana umurnya di ketika itu telah menjangkau 64 tahun dan selama tempoh 40 tahun ia mengajar silat ini tidak seorang pun yang tamat, kerana mengikutnya orang Melayu tidak berminat dengan silat. Hanafi secara terus terang berkata, “Mengapa Pak Yah bodoh, badan besar bodoh, biasanya patah tumbuh hilang berganti tetapi Pak Yah patah tumbuh, hilang tak berganti. Bukan orang Melayu tak mau belajar tapi Pak Yah bodoh!”.

    Kata-kata Hanafi itu telah menimbulkan kemarahan Yahya. Secara tidak disedari Yahya mencabar Hanafi supaya mempelajari silat ini. Hanafi menyambut cabaran ini dengan senang hati, dan menyuruh Yahya mengajar silat ini hingga boleh menjadi guru.

    Sebenarnya Hanafi sejak dahulu memang berminat untuk mempelajari silat yang dimiliki oleh Yahya itu tetapi kerana peribadi Yahya yang tidak secucuk dengannya, membuatkan Hanafi mematikan sahaja minatnya. Tetapi setelah berumur 43 tahun, fikiran telah matang, soal peribadi Yahya Said adalah soal lain, tetapi ilmu yang dimilikinya itu lebih penting untuk dipelajari dan untuk diketengahkan. Dalam pertemuan itu Hanafi sengaja menimbulkan kemarahan Yahya supaya mencabarnya mempelajari Silat Cekak.

    SEJARAH PAK GURU YAHYA SAID

                                                                      Pak Guru Yahya Said    


               Beliau dilahirkan pada tahun 1903 di Kuala Kerian, Kedah. Tok Guru Yahya Said adalah anak angkat kepada Panglima Tok Rashid. Beliau bekerja dengan Panglima Tok Rashid sebagai seorang pembuat bendang, pembuat atap rumah dan pencari akar kayu untuk dijadikan adunan ubatan tradisional yang dihasilkan oleh Panglima Tok Rashid sendiri.

    1923 - Tok Guru Yahya Said adalah orang awam kebanyakan pertama yang mempelajari Silat Kalimah daripada Panglima Tok Rashid. Rakan seperguruan Tok Guru Yahya Said adalah anak Panglima Tok Rashid sendiri iaitu Tok Bidin. Apabila tamat perguruan, beliau bekerja sebagai seorang anggota polis dan tinggal di Batu Kurau, Perak.

    1938 - Tok Guru Yahya Said mula mengajar Silat Kalimah ini kepada para pemuda di Daerah Batu Kurau. Diantaranya ialah Haji Awang Salleh, Harun Haji Hussein, Md. Daud Tok Sujak dan Haji Baharin Haji Ludin dan ramai lagi.

    1942 - Yusof Misai dari Bagan Serai, Perak juga telah mempelajari seni Silat Kalimah ini.

    1949 - Tok Guru Yahya Said telah menamatkan tugasnya sebagai anggota polis. Beliau mula aktif sebagai penjual ubatan tradisional dan menjualnya ke seluruh pelusuk Malaysia. Dalam pada itu, Tok Guru Yahya Said telah berkenalan dengan Yahya Abdullah@Yahya Masulin, Said Ali Abas, Pak Sawir Labeh, Haji Abu Malik dan Pak Mansor. Para penjual ubat ini turut mempelajari ilmu Silat Kalimah daripada Tok Guru Yahya Said sendiri, bermula dari tahun 1950.

    1963 - Cikgu Mohd. Zohdi telah berhasrat untuk mempelajari ilmu Silat Kalimah ini daripada Tok Guru Yahya Said sendiri. Kini beliau adalah Pak Guru Utama Silat Kalimah Yahya Said dan masih mengajar dan aktif di dalam mengembangkan Silat Kalimah di sekitar negeri Perak.

    1965 - Dua adik beradik iaitu Fadil dan Che Ngah telah mempelajari Silat Kalimah daripada Tok Guru Yahya Said.

    1966 - Tok Guru Yahya Said mengembangkannya di Teluk Piai, Jalan Gunung Kriang kepada 20 orang pemuda, salah seorang daripada mereka ialah Ustaz Hanafi Bin Haji Ahmad yang merupakan pengasas dan Guru Utama Silat Cekak Malaysia.

    1968 - Tok Guru Yahya Said telah mengajarkan ilmu Silat Kalimah kepada Pak Guru Azmi Long dan Cikgu Ridzuan Long

    1972 - Pak Jauhari @ Pak Jo ( Eusof bin Ali ) anak angkat Tok guru Pak Yahya Said telah belajar Silat Kalimah dari beliau. Pak Jo merupakan jurucakap bagi pihak Pak Yahya Said untuk Silat kalimah.

    1979 - Pak Yahya Said telah menghembuskan nafas yang terakhir dan jenazah beliau dikuburkan di Batu Kurau, Perak.
    ~ Petikan dari...


    Silat Cekak Dilahirkan

        Didorong oleh kepercayan dan keyakinan Hanafi sebagai pengerusi seksi silat perkumpulan itu telah melantik Yahya Said menjadi guru untuk mengajar ahli-ahli yang berminat melalui satu surat perlantikan yang bertarikh 1hb Januari 1966.

    Pada 5 Ramadhan 1285 bersamaan 28hb Disember 1965 atas daya usaha Hanafi sendiri silat ini telah dilahirkan ke alam nyata di rumah Shafie Darus, Batu 4¾ Jalan Gunung, Alor Setar, Kedah. Seramai 20 orang penuntut baru telah diijazahkan untuk mempelajari silat ini dan Yahya telah mengajar bersungguh-sungguh.

    Setelah beberapa malam kegiatan silat itu dijalankan Yahya sendiri telah menamakan silat sebagai Silat Cekak dan dengan terus terang membongkar kembali sejarah dan asal usul Silat Cekak yang dimilikinya selama 40 tahun itu.

    Menurut sejarah silat ini berasal dari Kedah, pernah digunakan oleh panglima-panglima kanan kerajaan negeri Kedah, untuk menghadapi pencerobohan dari luar, di zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin. Adalah dipercayai panglima kanan kerajaan Kedah benama Panglima Ismail pernah berjaya menewaskan seorang batak bernama Tuah (bukan Hang Tuah) di Kerian, Perak yang di masa itu di bawah pemerintahan kerajaan Kedah telah menurunkan ilmunya ini kepada Tok Rashid.

    Tok Rashid yang berasal dari Sungei Daun, Kedah, bersama-sama isterinya telah meninggalkan kampung halamannya kerana diserang wabak taun menuju ke Kerian lebih 60 tahun lalu. Kemudian beliau mewariskan pula Silat Cekak ini kepada Yahya Said yang berasal dari Batu Kurau, Taiping,Perak, supaya menyerahkan kembali kepada orang Kedah apabila tiba masanya kelak.

    Panglima Tok Rashid ada mewasiatkan kepada Yahya Said, “Jika ada anak cucuku di Kedah yang hendak belajar, hendaklah kau pulangkan kembali.”

    Kata-kata ini juga dilafazkan sendiri oleh Yahya Said di hadapan Hanafi dan penuntut yang hadir. Dengan pengijazahan itu maka tamatlah tugas Yahya Said sebagai pemegang amanah silat tersebut. Setelah mengajar dalam tempoh masa yang singkat pelajaran silat tersebut dapat ditamatkan. Ini membuatkan Yahya Said berkeyakinan Hanafilah orang yang dicarinya selama ini untuk mengembalikan pusaka bangsa yang telah terpendam lama itu. Keyakinan ini berdasarkan atas usaha Hanafilah Silat Cekak ini dapat dilahirkan kembali.

    Sungguhpun secara keseluruhannya semua penuntut-penuntut telah tamat belajar tetapi mereka belum dapat mempraktikkan pelajaran yang dipelajarinya, dengan cekap kecuali Hanafi. Ini kerana disebabkan cara penyampaian Yahya tidak mudah difahami. Hanafi telah membuktikan kebolehannya mengajar penuntut-penuntut itu kembali sehingga tamat dan mempraktikannya. Berdasarkan bukti inilah Yahya membuat kesimpulan Hanafilah orang yang paling layak menerima pusaka Tok Rashid.

    Untuk menyakinkan silat ini bermutu tinggi, Hanafi telah mencuba silat ini dengan silat-silat yang pernah dipelajarinya dahulu, seperti Gayong Petani, Sendeng, Kuntau Jawa, Terlak, Kuntau Siam dan lain-lain lagi. Buktinya Silat Cekak dapat mengalahkan silat-silat itu.

    Rumah Shafie Darus

    Rumah Shafie Darus
    Batu 4¾ Jalan Gunong, Alor Star, Kedah



    Shafie Darus

    Usaha Mengumpulkan Ahli

    Hanafi berfikir panjang bagaimanakah sebaik-sebaik jalan baginya untuk melahirkan kembali silat yang dimiliki oleh Yahya itu. Keadaan hidup yang serba sempit itu menjadi satu masalah besar baginya untuk mengembangkan silat ini.

    Yahya pula menghendaki bayaran yang lumayan dari Hanafi untuk mengajar silat itu dan nyata Hanafi memang tidak mampu untuk membiayainya. Sebaik jalan baginya ialah mengumpulkan seberapa seberapa ramai orang yang berminat untuk sama-sama mempelajarinya.

    Tetapi satu masalah timbul baginya berbuat demikian, iaitu sejak dahulu lagi masyarakat sekitarnya tidak bersetuju dengan Hanafi, kecuali rakan-rakan yang memahami jiwanya.

    Dari segi pengalaman yang mereka lihat masyarakatnya menganggap Hanafi tidak akan berjaya kerana Hanafi biasa gagal di dalam semua perjuangannya, baik bergiat di bidang politik, menjadi pegawai zakat atau menjual ubat. Tambahan pula silat itu tidak bernama dan tidak tahu asal usulnya, malahan guru yang akan mengajar bukan berasal dari Kedah.

    Fahaman kedaerahan mereka yang tebal sedikit sebanyak menggagalkan usaha Hanafi kerana mereka percaya bahawa silat-silat yang wujud di Kedah sejak beberapa lama diamalkan itu sudah lengkap. Oleh itu Hanafi cuba mempengaruhi rakan-rakannya yang sefaham untuk mempelajari silat ini.

    Hanafi tidak mahu memiliki silat ini seorang sahaja. Ia mahukan supaya rakan-rakan dan masyarakat Melayu amnya mempelajari silat ini bersama. Ini satu bukti memperlihatkan ketinggian peribadi Hanafi yang tidak mementingkan diri sendiri dan tidak tamak dengan ilmu yang akan diperolehinya. Ia percaya ilmu yang ada, adalah kepunyaan Allah dan sesiapa yang mempunyai habuan boleh memilikinya.

    Hanafi juga percaya sebaik-baik jalan baginya untuk mengumpulkan ahli ialah dengan cara menjadikan diri setaraf dengan penuntut-penuntut lain. Tidak ada salahnya seseorang yang telah banyak pengalaman menjadi murid kembali atas maksusd untuk memperolehi pelajaran.

    Cara ini biasa dilakukan oleh Imam Ghazali sewaktu menuntut ilmu, dari keadaan yang disanjung kerana kealimannya dari segi ugama telah menjadikan dirinya sebagainya seorang yang membaiki kasut di tepi jalan semata-mata untuk mempelajari pelajaran yang berguna dari seorang tukang kasut[Guru Tasauf beliau].

    Peribadi Hanafi yang demikian itu membayangkan ia tidak bermegah dengan pelajaran yang dimiliki itu dan dengan senang hati bergaul kembali dnegan rakan-rakannya yang lain semata-mata untuk memperolehi pelajaran.

    Setelah bertungkus lumus mempengaruhi rakan-rakannya akhirnya Hanafi berjaya mengumpulkan seramai 20 orang yang bakal mempelajari silat itu.

    Perkumpulan Seni Silat Budaya Sri Kedah (PSSBSK)

        Bagi menjalankan kegiatan silat secara mengikut undang-undang kerajaan, kegiatan ini perlu didaftarkan. Untuk berbuat demikian memerlukan masa yang panjang, sedangkan latihan akan dimulakan dua minggu lagi.

    Untuk menyelesaikan masalah ini Hanafi telah bertemu dengan seorang sahabat karibnya yang bernama Abdul Rahman Mahadi yang diketika itu sebagai ahli jawatankuasa PSSBSK yang didaftarkan di Pulau Pinang pada 18hb.Februari 1964.

    Hanafi percaya sahabatnya ini akan dapat membantunya menyelesaikan masalah ini supaya menjadikan silat ini sebagai salah satu aktiviti perkumpulannya.

    Kebetulan di ketika itu Perkumpulan ini sedang berusaha untuk melatih ahlinya bersilat bagi memudahkan mereka berlakon sewaktu drama purba dipentaskan.

    Abdul Rahman Mahadi telah membawa usul supaya satu agenda dimasukkan ke dalam masyarakat jawatankuasa yang yang akan bersidang tidak berapa lama lagi.

    Usul itu telah dipersetujui oleh ahli jawatankuasa tersebut dan bersetuju melantik Hanafi menjadi ketua seksi seni silat.

    Kebenaran untuk menjalankan latihan juga telah diluluskan.

    Amanat Perdana MenteriTranskrip : Sisipan artikel terbitan Perkumpulan Seni Sari Budaya Sri Kedah 1966

    SILAT KEDAH atau SILAT CHEKAK Dari segi falsafah - Sejarah dan Qaedah

    Tidak-lah di-ketahui siapa kah yang mula2 sekali menchipta seni Silat Kedah ini.
    Hanya menurut apa yang di-riwayatkan oleh inche Yahaya Said – guru silat kita – bahawa Silat Chekak ini berasal dari Negeri Kedah dan di-amalkan oleh keluarga di-raja dan panglima2 yang terkanan di-negeri ini kira-kira 100 tahun lalu.

    Salah sa-orang Panglima Silat Chekak yang di-ketahui ia-lah Panglima Ismail dan kemudian Panglima Tok Rashid dari Sungai Daun sana. Peristiwa ini telah berlaku kira2 50 tahun yang lalu dan kubor Allahyarham itu maseh ada lagi sampai sekarang ini di-satu tempat di-Jajahan Krian itu.

    Panglima Tok Rashid ini-lah yang telah mengajar Che Yahaya - guru silat kita itu – akan kepandaian silat ini. Konon kabar-nya tidak-lah ada sa-orang pun yang pernah belajar hingga tammat lengkap saperti yang telah dipelajari oleh Che Yahaya. Sekarang Che Yahaya telah menurunkan pula ilmu-nya kepada putra2 bumi asal-nya ia-itu putra2 kedah menerusi Perkumpulan Seni Sari Budaya Sri Kedah.

    Bersempena peristiwa2 itu-lah maka Silat Chekak ini telah kita berikan nafas baru dan nama baharu ia-itu “SILAT KEDAH”.
    Dari kajian2 yang mendalam terhadap falsafah dan qaedah silat ini kita merasa yakin bahawa Silat Kedah telah lahir dan di-chipta sa-telah orang2 Melayu memelok Ugama Islam dan oleh orang2 yang sungguh alim dengan ilmu2 igama dan tahu chara2 silat melayu. Kalau hendak di-buktikan kata2 tadi dengan tulisan maka saya kira ini akan memenohi sabuah buku yang tebal. Memadailah sahaja dalam risalah yang kechil ini kalau saya katakan bahawa SILAT KEDAH di-chipta berjiwakan KALIMAH ALLAH dan gerak geri-nya berdasarkan ibadat yang paling besar erti-nya kapada umat islam ia-itu ibadat SEMBAHYANG.

    Setiap orang yang hendak mempelajari silat ini akan di-minta menguchapkan perkataan,
    “SILAT AKU SILAT KALIMAH, AKU SILAT DALAM KALIMAH” 
    dan pengertian kata2 itu akan di-tanam kedalam hati kechil-nya sa-hingga menjadi darah daging. Dan apabila mereka menyerang atau menangkis serangan musoh maka gerak geri orang sembahyang ada-lah di-gunakan. Ada yang seperti orang bertakbir, berdoa, roko’, sujud dan lain2. Bahkan berdiri-nya pun saperti berdiri orang sembahyang, ia-itu berdiri betul dengan kaki yang tidak terlalu terbuka atau terlalu rapat dan tidak pula satu di-belakang satu saperti lain2 jenis silat Melayu atau silat bangsa2 lain. Silat Kedah tidak melangkah ka-kiri atau ka-kanan atau undor ka-belakang. Bahkan semuanya mara ka-hadapan, ia-nya tidak memerlukan gerak badan yang luar biasa atau di-luar kemampuan sa-orang manusia yang normal, saperti gaya akrebat atau gerak tunggang balek. Apa yang di-perlu-kan hanya-lah gerak biasa atau gerak semula jadi manusia. SILAT KEDAH ada-lah satu hasil seni dan bukan-nya sokan.

    Didalam susunan pelajaran-nya ia mengkaji dan mempelajari kesimpulan atau keputusan dari beberapa jenis silat dan penyudah-nya pula bagaimana memotong serangan2 saperti itu dengan chara-nya sendiri. Sebab itu kalau orang melihat latehan silat ini maka mereka akan dapat melihat permulaan yang berbagai chara tetapi penyudah yang hampir serupa sahaja. Sekarang ini PENCHAK atau TARI di-dalam Seni Silat tidak digemari orang lagi. Silat2 Melayu kebanyakan yang ada sekarang ini sangat mementingkan PENCHAK dan TARI ini. Sebab itu bagi pemuda kita dan kaum2 terpelajar yang sudah terpesona dengan ketangkasan silat2 luar negeri itu, silat Melayu sudah tidak mendapat perhatian lagi. Ini-lah faktor yang penting sekali mengapa silat Melayu mundor.

    SILAT KEDAH tidak mementingkan tari itu. Silat Kedah menchari jalan dekat dalam chara-nya bertindak. Karena kami yakin Silat Kedah ini kalau di-ketengahkan akan tetap menarek perhatian seluroh raayat kita dan mungkin ia-nya dapat diterima sebagai Silat Kebangsaan kita saperti kita menerima bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Perjuangan menjadikan silat ini silat nasional bukan sahaja merupakan perjuangan SRI KEDAH, yang memang bertujuan menyalorkan Kebudayaan Melayu ka-dalam Kebudayaan Nasional bahkan seharus-nya merupakan satu perjuangan raayat yang chintakan seni budaya bangsa dalam usaha melawan pengaroh2 luar yang kami perchaya sangat tidak sesuai dengan keperibadian kita dan mutu-nya tak akan dapat setanding dengan pusaka asli kita itu. Sekian.
    ~*~*~*~

    Ustaz Hanafi

       Ustaz Hj Hanafi bin Hj Ahmad, pengasas dan pemimpin agung Silat Cekak Ustaz Hanafi, dilahirkan pada tahun 1923 di Kedah. Beliau memulakan pendidikan awalnya di sekolah Melayu Kampung Gunung, Alor Setar sebelum menyambung pengajian agamanya dengan beberapa orang ulama di Kedah. Bagi mendalami ilmu agamanya, beliau mengembara ke seluruh negara untuk menemui para guru yang dapat membimbingnya. Hasil penat lelah beliau berbalas apabila beliau menemui Tok Guru Pak Haji Zain bin Abdul Rahman yang dapat menghuraikan permasalahan Tauhid (soal ketuhanan di dalam agama Islam).
    Semangat kemerdekaan yang menyusup ke dalam jiwa penduduk Tanah Melayu ketika itu turut menyusup masuk ke dalam jiwa Ustaz Hanafi sendiri. Beliau percaya yang orang Melayu juga mempunyai sistem beladiri yang tidak kalah dengan beladiri asing. Ustaz Hanafi terpaksa mengembara sekali lagi untuk mencari ilmu yang boleh dipertanggungjawabkan untuk membela diri, menyebabkan beliau terpaksa menempuh pelbagai kesusahan dan rintangan.
    Namun akhirnya, Ustaz Hanafi berjaya menemui Yahya Said, yang selama 40 tahun telah menyimpan amanat Panglima Tok Rashid. Silat Cekak akhirnya dilahirkan semula pada malam 5 Ramadhan, 1385 Hijrah (28 Disember 1965).
    Pada mulanya, silat ini dikembangkan di bawah pergerakan kebudayaan Perkumpulan Sari Seni Budaya Sri Kedah. Ustaz Hanafi sendiri ketika itu adalah ketua Seksyen Silat dalam kelab tersebut melantik Yahya Said untuk mengajar Silat Cekak kepada semua ahli Seksyen Silat termasuklah beliau sendiri.
    Akhirnya, Ustaz Hanafi dikhatamkan sendiri oleh Yahya sendiri dan diberi mandat sebagai guru untuk mengembangkan silat ini. Yahya Said pula balik ke Perak dan tidak lagi mengajar setelah misi beliau membawa amanah Panglima telah berjaya dilaksanakan.
    Selepas dikhatamkan, Ustaz Hanafi mula mengembangkan silat ini, pada mulanya di Sungai Petani dan kemudiannya di Bukit Mertajam di antara tahun 1968 dan 1969.
    Silat ini mula dikembangkan di Kuala Lumpur dengan kelas pertama di Kg. Bumiputera dan Kg. Datok Keramat di bawah Persatuan Bawean Putera (1970-19 Ogos 1971) dan kemudian didaftarkan sebagai Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) beralamat di No. 32, Jalan Hj. Sirat, Kampung Baru (kemudian dipindahkan ke Bangunan Silat Cekak di alamat Bangunan Silat Cekak, Jalan Sentul, Kuala Lumpur mulai pada 21 Februari 1985.

    Pengaruh Hanafi Dalam Mengembangkan Silat Cekak

    Dalam mengembangkan Silat Cekaknya, Hanafi mempunyai pengaruh yang luas ke atas anak-anak muridnya. Hanafi selaku presiden dan guru utama PSSCM sentiasa menjaga peribadinya supaya dapat dijadikan contoh kepada anak-anak muridnya. Hanafi sejak dari muda menjauhkan dirinya dari melakukan perbuatan–perbuatan maksiat. Hanafi tidak minum minuman keras, berjudi, berperempuan, sentiasa menepati janji dan tidak bercakap bohong, di samping pendiriannya yang tegas, berani dan tidak mahu mengaku kalah.

    Hanafi mengajar silat, bukan kerana silat semata- mata, tetapi bertujuan juga untuk membimbing belia-belia ke jalan yang benar di sisi agama Islam dan undang-undang negara. Ceramah-ceramah ugama yang diberikan dan fahaman keagamaan yang diberikan secara tidak langsung telah dapat megubah corak hidup segolongan anak-anak muridnya.

    Pelajaran silat yang diberikan oleh Hanafi, tidak ada beza membeza. Tiada yang berpangkat dilantik menjadi jurulatih dan diberi palajaran yang lebih, manakala yang tidak berpangkat, diberi pelajaran yang sedikit dan tidak dilantik menjadi jurulatih. Perlantikan jurulatih adalah berdasarkan kepada:

    a. Penuntut yang telah tamat dan mahir di dalam silat ini
    b. Menghargai dan mencintai silat ini melalui PSSCM
    c. Sanggup berkorban kerana persatuannya dan
    d. Mempunyai peribadi yang baik

    Pergaulan Hanafi dengan anak-anak muridnya juga tiada tingkat taraf, sama ada ia seorang pekerja biasa, mahasiswa atau pegawai tinggi. Semuanya dianggap sebagai penuntut-penuntutnya. Hanafi tidak memberi layanan yang istimewa kepada pegawai-pegawai tinggi yang mempelajari silat ini ataupun memandang hina kepada yang miskin.

    Kebijaksanaan Hanafi memimpin silat ini menyebabkan ramai di antara penuntut-penuntutnya menghormati beliau dan sama-sama membantu mengembangkan Silat Cekak ini. Bagi mereka yang telah mempelajari silat ini berasa bersyukur kerana dapat mempelajri silat ini dan mendampingi Hanafi untuk mendapatkan ‘rahsia kebatinan’ Hanafi.

    Umpamanya bagi Amruddin bin Buang, Penolong Pegawai Daerah Petaling, beliau berpendapat Hanafi seorang yang tegas, pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan, kemas dan teliti dalam sebarang hal. Ceramah-ceramah agama yang didengarnya, lengkap dengan alasannya, memenuhi kehendak rahsia-rahsia agama hingga dapat mengenal antara kawan dan lawan, dapat membezakan dan menganalisa hal ehwal dunia dan masyarakat dan cara-cara mempengaruhi berbagai-bagai jenis masyarakat. Beliau juga telah merasakan dirinya lebih ‘confident’ dan “optimist’ di dalam hidup ini.

    Ahmad Rathuan pula merasa bersyukur dan puas hati dapat mempelajari Silat Cekak dan mendampingi Hanafi kerana ia mempunyai prinsip-prinsip hidup tersendiri dan ia tetap tegas akan apa yang difahaminya. Bagi Amrahi Buang, mahasiswa tahun ketiga USM, berpendapat, “memang susah hendak mencari guru, seperti guru utama ini. Di dalam perhubungannya dengan anak muridnya, saya dapati bahawa ia suka mendampingkan dirinya dengan anak-anak muridnya agar ia dapat menanamkan semangat dan fahamannya.”

    Beliau menambah, “memang tidak dapat disangkalkan bahawa saya telah mengalami banyak perubahan bukan sahaja dari segi rohani bahkan dari segi jasmani. Saya dapati bahawa silat ini telah memahamkan saya di dalam segi tauhid dan lain-lain unsur ugama. Juga saya dapati bahawa saya telah dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat umum.”

    Bagi Maideen bin Kadir Shah, berpendapat, “setelah saya berdamping dengan guru utama, baru saya tahu dan kenal bahawa beliau seorang yang warak, mempunyai peribadi yang tinggi dan pergaulan yang sangat mesra dengan anak-anak muridnya.”

    Bagi Megat Adlan bin Megat Said Ketua Pegawai Penyelidik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, beliau telah dapat merasakan adanya perubahan peribadinya setelah mendampingi Hanafi dan mempelajari Silat Cekak, beliau berpendapat, “ceramah-ceramah agama yang saya dengar telah memberikan ketenteraman fikiran dan saya lebih yakin dalam kehidupan.”

    Begitu juga bagi anak-anak murid Hanafi yang lain. Semuanya berpuas hati dan dapat merasakan perubahan pada diri mereka sendiri. Mereka menjadi lebih "confident" dan keyakianan ini berlipat-ganda setelah mendengar ceramah-ceramah agama dan mendapingi Hanafi. Dengan ini tidaklah hairan, mereka sentiasa mendampingi Hanafi untuk memperolehi rahsia kebatinan Hanafi supaya dapat menjadi insan yang sebenarnya. Dengan ini mereka akan sentiasa juga berusaha bersama-sama menaikkan nama Silat Cekak hingga terkenal seluruh negara.

    Tentangan Dari Guru-Guru Silat Setempat[kampung]

        Perasaan tidak setuju dari kalangan masyarakat bertambah lagi apabila Hanafi telah pun bergiat
    didalam bidang persilatan. Guru-guru silat ramai yang cemburu kepada Hanafi kerana mereka khuatir dengan tersebarnya silat yang dibawa oleh Hanafi itu, maka akan leburlah pengaruh mereka.

    Bagi menyekat kegiatan itu, usaha-usaha menubuhkan gelanggang silat begitu rancak di negeri Kedah diketika itu. Disana-sini muncul berbagai-bagai jenis silat yang tidak berdaftar, berlumba-lumba mencari pengaruh dan penuntut untuk menyekat kegiatan Hanafi. Adalah diketahui dari jumlah yang ada, hanya 30 badan silat sahaja yang berdaftar, yang lainnya menjalankan kegiatan secara haram.

    Ada juga beberapa persatuan silat yang menentang secara berterus-terang. Hanafi membuka tembelang persatuan tersebut dengan mengatakan silat yang dikembangkan itu bukanlah silat Melayu tetapi sebenarnya silat dari luar negeri.

    Hasil dari ceramah yang dilakukan oleh Hanafi banyak juga memberi kesan. Ramai pemuda tidak bersetuju dengan silat yang dipelajarinya lalu masuk mempelajari Silat Cekak. Diantaranya ialah seperti Mat Zain Bin Shafie, murid kesayangan Wan Husin – guru Kuntau Siam.

    Guru-guru silat bertambah marah, ada yang telah berpakat untuk menyerang Hanafi diwaktu gelap tetapi tidak berjaya. Hanafi dan keluarga dipulaukan oleh masyarakatnya. Ini jelas bila Hanafi, tidak dijemput di dalam majlis kenduri. Di peringkat ini Hanafi berkeadaan sangat menyedihkan.

    Menurut Rahman Mahadi, “Keadaan hidup Hanafi ketika memulakan kegiatan silat ini, saya lihat begitu menyedihkan selain daripada kehidupannya yang begitu sempit dari segi kewangan, tekanan dari kiri dan kanan sangat dahsyat.”

    Melihatkan keadaan yang begitu terdesak dan terhimpit, ibunya menasihatkannya supaya memberhentikan sahaja kegiatannya itu.

    Tetapi Hanafi menjawab, “Kalau takut orang benci, duduk dalam kelambu, itu pun bini akan benci kerana tidak bekerja dan mencari rezeki.”

    Shahnon Ahmad, ketua satu PSSBSK dewasa itu juga kurang yakin akan silat itu akan berkembang.

    Hanafi tetap berusaha untuk mencapai cita-citanya, walau apa pun terjadi.

    Hijrah ke Kuala Lumpur

        Hanafi masih tidak puas hati dengan penerimaan masyarakat Kedah terhadap konsep silat yang dibawanya itu. Sudah hampir lima tahun beliau dan rakan-rakan yang setia bertungkus lumus dengan menempuh berbagai rintangan dan dugaan yang pahit semata-mata untuk mencapai matlamatnya, tetapi hanya segelintir manusia menghargai usaha-usahanya itu. Walau bagaimanapun Hanafi percaya benih yang disemaikan itu akan cambah dengan suburnya di suatu masa kelak iaitu apabila masyarakat yang masih berfahaman lama dapat menilaikannya.

    Dalam tempoh perkembangan awal ini Hanafi terpaksa menembusi tembok kepercayaan dan fahaman lama yang masih dipegang kuat oleh masyarakat Melayu di negerinya. Masyarakatnya juga tidak sebegitu mudah menerima konsep tersebut kerana didapati jauh berbeza dengan konsep silat yang biasa diamalkan oleh mereka. Anggapan terhadap sistem pelajaran Silat Cekak yang diamalkan tanpa berkuda-kuda itu sewaktu menunggu serangan, tidak berbunga-bunga, langkah melangkah itu adalah menyalahi amalan biasa persilatan Melayu. Bagi mereka yang telah mempelajari dan mengakui kebenaran sahaja yang menyatakan Silat Cekak benar-benar asli dan sangat tinggi mutunya.

    Masyarakatnya juga masih tidak faham apakah tujuan dan matlamat Hanafi bertungkus lumus memperkenalkan Silat Cekak. Mereka tidak sedar bahawa Hanafi sedang berusaha untuk membela nasib silat Melayu yang selama ini dipandang rendah supaya dipandang tinggi dan memimpin belia-belia ke jalan yang benar. Hanya mereka yang mendampingi Hanafi sahaja yang tahu ke arah manakah perjuangan Hanafi.

    Berdasarkan kepada faktor-faktor tersebut Hanafi percaya jika dilipat-gandakan usaha, sekalipun Silat Cekak tidak akan dapat berkembang dengan pesat di tempatnya. Untuk mencapai matlamat dan tujuan sepenuhnya, pergerakan Silat Cekak perlu diubah ke kawasan lain di mana masyarakat dapat memberi penilaian. Hanafi mengambil keputusan untuk [berhijrah] mengembangkan Silat Cekak di Kuala Lumpur sebagai tapak baru bagi mengembangkan Silat Cekak ke seluruh negara, walaupun ada di antara rakan-rakannya yang lain tetap tidak meyakini Hanafi akan beroleh kejayaan.

    Pejabat Persatuan Seni Silat Cekak 1973

    Pejabat Persatuan Seni Silat Cekak tahun 1973.

    Perkembangan Silat Cekak Di Kuala Lumpur

    Dengan kepercayaan yang penuh akan kejayaan Silat Cekak, Hanafi dengan ilmu dan pengalaman yang ada tanpa sebarang persediaan yang cukup telah memberanikan diri untuk menjalankan kegiatannya di Kuala Lumpur yang penuh dengan berbagai cabaran pada akhir tahun 1970.

    Di peringkat awal kedatangannya, Hanafi tidak mengenali sesiapa pun kecuali seorang rakan lamanya di Kedah bernama Hussain bin Ahmad yang tinggal di Kampung Datok Keramat, Kuala Lumpur.

    Melalui Hussain juga Hanafi telah diperkenalkan dengan beberapa kenalan lain yang dapat membantu usaha Hanafi untuk memulakan kegiatannya. Di peringkat awal kegiatannya Hanafi tidak dapat bergerak bersendirian kerana belum lagi memeperolehi sebarang izin, Persatuan Bawean Putra di mana dibenarkan menggunakan nama persatuan itu untuk menjalankan kegiatannya.

    Hasil dari ceramah, seramai 12 orang telah berminat untuk mempelajari Silat Cekak. Kegiatan yang pertama ini dilakukan di Kampung Bumiputra, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

    Di peringkat awal perkembangannya ini tidak terdapat sebarang tentangan kerana di waktu itu minat terhadap silat masih lagi belum wujud di kalangan masyarakat bandar. Tanpa sebarang gangguan, seramai 12 orang penuntut-penuntut itu telah tamat.

    Di antara mereka itu ialah, Mohamad bin Abdullah dan isterinya Lijah, Shuib Haji Ahmad, Md. Din Awang, Hamzah, Rahim, Rahman Khalid dan lain-lain lagi. Ini merupakan suatu kejayaan yang dapat dijadikan teras untuk perkembangan selanjutnya.

    Untuk menjadikan pergerakannya lebih berkesan dan bebas Hanafi telah berusaha supaya kegiatannya didaftarkan. Hanafi telah meminta Abdul Rahman Mahadi yang ketika itu berada di Kedah supaya merangka suatu perlembagaan Persatuan Seni Silat Cekak untuk dimajukan kepada pihak pendaftaran.

    Pada 19hb Ogos 1971 kegiatan Silat Cekak telah didaftarkan dan diberi nama Persatuan Seni Silat Cekak Kedah Malaysia yang kemudiannya diubah kepada Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM). Dengan ini PSSCM dapat menjalankan kegiatannya di seluruh Malaysia tanpa sebarang gangguan dari pihak berkuasa.

    Di peringkat awal, persatuan ini menggunakan alamat rumah Hussain, no.39, Lorong Keramat 19, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Di rumah inilah segala kegiatan dan perhimpunan dibuat.

    Hussain juga telah membenarkan kedainya di Jalan Raja Alang, Kampung Bahru, Kuala Lumnpur, sebagai tempat perjumpaan anggota Cekak.

    Buat pertama kalinya setelah PSSCM ditubuhkan sebuah kelas lagi telah dapat dibuka di Sungei Way, dan cawangan ini telah didaftarkan pada 6hb Disember 1971. Kelas kedua ini dianggotai oleh penuntut-penuntut berbagai peringkat umur, dan masing-masing mempunyai tabiat dan peribadi yang tersendiri.

    Bagi manambahkan minat mereka untuk belajar Hanafi telah menjalankan beberapa dasar halus. Pernah terjadi pada suatu malam seramai 4 orang penuntut telah masuk belajar di dalam keadaan mabuk dan memukul penuntut –penuntut yang lain. Mereka itu ialah Kadir Busu, Hamid Dolmat, Mohd. Noor dan Nordin , di dalam peringkat umur pertengahan.

    Mereka telah berlatih tanpa mengikut peraturan yang tertentu. Melihatkan keadaan itu Hanafi tidak berkata apa-apa. Cuma ia menyuruh penuntut-penuntut lain memujuk mereka supaya balik.

    Hanafi secara terus terang berkata, “Saya tak marah kepada mereka, cuma saya tak berkenan sahaja.” Kata-kata Hanafi ini telah sampai ke pengetahuan mereka melalui rakan-rakan yang lain. Dengan ini mereka telah mengambil keputusan untuk terus belajar dan tidak mengulangi perbuatan tersebut.

    Dari kelas kedua inilah Hanafi mula menghadapi berbagai dugaan dan ancaman yang hampir-hampir membantutkan usaha-usahanya untuk mengembangkan Silat Cekak.

    Perkembangan Silat Cekak Selanjutnya

        Zaman pancaroba yang dialami selama 10 tahun, sejak Silat Cekak dilahirkan telah berakhir menjelang tahun 1976. Perayaan 10 tahun Cekak yang diadakan secara besar-besaran pada 28hb Disember 1975 adalah dianggap suatu titik perkembangan baru kepada PSSCM. Segala kegiatan yang cuba untuk mematahkan kegiatan Silat Cekak telah dapat dipatahkan dengan golongan-golongan tersebut telah menghadapi kehancuran. Kesanggupan Hanafi menghadapi berbagai rintangan yang telah dialami itu adalah berkat dari kesabaran dan kepercayaan[keyakinan] bahawa usahanya itu adalah mendapat pertolongan dari Allah.

    Silat Cekak telah mula diterima oleh semua golongan masyarakat Melayu. Dengan ini pusat kegiatan Silat Cekak juga telah mengalami perubahan. Sebelum ini pusat kegiatan terletak di no. 32 Jalan Haji Sirat, Kampung Baharu, Kuala Lumpur, sebuah rumah papan yang tidak mempunyai kelengkapan yang sempurna, berfungsi hanya sebagai tempat latihan dengan bayaran sewa sebanyak $100 sebulan. Bagi menghadapi perkembangan yang lebih pesat, pada awal bulan Januari 1976, PSSCM telah mengubah pusat kegiatannya ke sebuah bangunan dengan sewaan sebanyak $680 sebulan di Jalan Putera, Off Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur yang dilengkapi dengan berbagai kemudahan yang diperlukan. Perubahan ini sedikit sebanyak membayangkan Silat Cekak telah mula di 0rganisasikan seperti mana yang dicita-citakan oleh Hanafi sejak menubuhkan silat ini 12 tahun dahulu.

    Bagi memelihara persatuan supaya tidak meyeleweng dari tujuan asal Hanafi tetap mengekalkan polisinya tidak mahu membabitkan kegiatan Silat Cekak dengan politik. Ini jelas terbukti di dalam ucapannya sewaktu majlis penyampaian sijil sempena 10 tahun Cekak pada 28hb Disember 1975:

    “Persatuan ini sanggup dan akan bekerja sama dengan mana-mana persatuan yang tidak berbau politik didalam usaha–usaha untuk mencapai dasar kerajaan yang ingin menjadikan kebudayaan Melayu sebagai teras kebudayaan nasional. Sebaliknya saya dan PSSCM tidak rela serta menyeru kepada pendokong-pendokong Silat Cekak buat masa ini dan masa akan datang supaya jangan mencampuri atau membenarkan persatuan ini dicampuradukkan dengan politik.

    Dasar ini dilaksanakan kerana pergerakan persatuan ini berjalan adalah mempunyai tujuan dan matlamat tertentu iaitu untuk mengembang dan memperkenalkan pusaka asli yang benar-benar bermutu tinggi. Melalui pengalaman di bidang politik yang pernah ditempuhinya dahulu Hanafi percaya jika persatuan ini dibabitkan dengan soal-soal politik, matlamat dan tujuan tidak akan tercapai malahan akan menghadapi kehancuran.

    Sehingga sekarang Persatuan ini masih lagi tidak mempunyai penaung atau penasihat seperti mana yang dikehendaki kerana seorang penasihat itu mestilah benar-benar mahir dan beramal dengan Silat Cekak dan mempunyai peribadi yang mulia. Hanafi tidak mahu melantik penasihatnya terdiri orang-orang yang berpengaruh di dalam politik tanpa mengetahui dan beramal denga silat yang didukungnya. PSSCM sejak dari awal kegiatannya begerak tanpa mendapat sebarang pertolongan dari mana-mana kecuali bantuan kewangan dari Kementerian Belia dan Sukan sebanyak $1000 dalam tahun 1976 dan tahun 1975 sebanyak $400.

    Bagi menjaga mutu pentadbiran persatuan dapat dikekalkan persatuan melantik ahli jawatankuasanya dari mereka yang mempunyai kemahiran tentang Silat Cekak. Dasar ini dapat menentukan bahawa mereka itu akan berusaha demi menegakkan perjuangan persatuan tanpa mempunyai tujuan-tujuan yang lain. Dengan ini juga pentadbiran persatuan ini akan lebih berjiwa dan berjalan dengan selicin-licinnya supaya dapat mencapai matlamat yang dicita-citakan.

    Bagi menjaga mutu pelajaran Silat Cekak, Hanafi selaku guru utama tetap memastikan bahawa penuntut-penuntut yang mempelajari Silat Cekak dapat mempelajarinya dengan sempurna. Persatuan ini tidak akan membuka cawangan baik di mana sekali pun jika didapati kurang kemampuan pihak persatuan untuk mengendalikannya. Pernah berlaku diatas permintaan penduduk bandar Kuantan supaya Silat Cekak ini dikembangkan di sana, tetapi oleh kerana beberapa masalah yang bersangkutan dengan jurulatih dan perbelanjaan, permintaan mereka ditolak. Hanafi berpendapat sesuatu cawangan yang hendak dibuka biarlah berkekalan dan sempurna dikendalikan.

    Melalui polisi dan pentadbiran yang terkawal PSSCM telah dapat diorganisasikan dengan sempurna, dan telah banyak mendapat kepercayaan dari masyarakat dan kerajaan. Semasa menyambut Hari Kemerdekaan pada tahun 1976 buat pertama kalinya anggota-anggota Silat Cekak ini dijemput untuk menyertai perbarisan rasaksa bersama-sama dengan kumpulan lain. Jemputan yang sama juga telah diberikan kepada persatuan ini di dalam merayakan Hari Kebangsaan 1977. Pakaian seragam yang ditempah khas diperbuat dari kain songket telah mempersonakan para hadirin di rapat tersebut. Melalui pakaian tradisional inilah imej Silat Cekak juga dapat dinaikkan.

    Persatuan juga pernah dipilih oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk mewakili Silat-silat Melayu lainnya untuk mengadakan pertunjukan silat di bawah anjuran Persatuan Tarian Singa Cina yang diadakan di Stadium Negara pada 29hb Februari 1977. Sekali lagi pada 31hb Disember 1977, Silat Cekak dipilih oleh Kementerian yang sama untuk mewakili silat Melayu di dalam pertunjukan pertahanan diri di bawah anjuran Akhbar Nanyang Siang Pau sempena hari kemerdekaan .Pilihan ini juga dibuat kerana memandangkan Silat Cekak ini dapat meyakinkan seni mempertahankan diri lain bahawa inilah satu-satunya silat Melayu yang bermutu tinggi. Dalam Kemucak Persidangan Negara-Negara ASEAN baru-baru ini Seni Silat Cekak juga telah diberi keutamaan untuk mengambil bahagian.

    Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan juga telah mengundang Silat Cekak untuk menganggotai Majlis Silat Negara. Tujuan utama majlis ini dibentuk bertujuan untuk supaya semua silat-silat Melayu di bawah suatu majlis dan di bawah kawalan kemeterian berkenaan di samping untuk menyelaraskan kegiatan silat Melayu di tanah air. PSSCM memberi sokongan sepenuhnya terhadap usaha kerajaan untuk menaikkan silat Melayu dan sekurang-kurangnya silat Melayu telah mendapat perhatian dari pihak yang berkuasa. Perlaksanaan majlis ini belum lagi dijalankan kerana perlembagaannya masih lagi dalam kajian.

    Badan-badan kerajaan lain dan swasta telah menaruh minat terhadap Silat Cekak ini. Pernah Persatuan ini diundang untuk mengadakan pertunjukan di Pernas-NEC, Malayan Oksijan, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan dan lain—lain lagi. Ekoran dari ini sebuah cawangan Silat Cekak telah berjaya ditubuhkan di JKR Wilayah Persekutuan, manakala kakitangan dari jabatan lain yang berminat mempelajari silat ini telah datang secara bersendirian di ibu pejabat Silat Cekak.

    Di dalam usaha untuk mengembangkan Silat Cekak ke seluruh tanahair, Jabatan Penerangan Persatuan ini telah mengatur rancangan dan menjalankan usaha untuk mengembangkan Silat Cekak di utara iaitu Pulau Pinang pada 22hb Januari 1977 dan berjaya mewujudkan sebuah cawangan, Ipoh pada 27hb Mac 1977, di samping itu majlis ceramah dan pertunjukan telah diadakan di seluruh tanahair. Jabatan Penerangan akan memperluaskan kegiatan persatuan ini dan memperkenalkan konsep Silat Cekak di Selatan Tanah Melayu pula.

    Persatuan juga telah bercita-cita untuk mewujudkan bangunannya sendiri di Kuala Lumpur ini. Melalui daya usaha Hanafi sendiri, persatuan ini telah ditawarkan suatu lot tanah di Jalan Sentul, Kuala Lumpur, untuk membina bangunannya sendiri. Ini merupakan satu perkembangan baru kepada kepada Silat Cekak yang mula-mula diasaskan oleh Hanafi di sebuah rumah di kampungnya di Kedah. Dijangkakan apabila siapnya bangunan itu kelak, Silat Cekaklah merupakan Silat Melayu yang pertama kali memiliki bangunannya sendiri dan segala kegiatan dan pergerakan dapat diuruskan dengan teratur dan rapi sesuai dengan kegiatan ilmu pertahanan diri luar negeri yang lain.

    Seni Silat Cekak di Pusat-Pusat Pengajian Tinggi

         Di dalam menghadapi berbagai tentangan Hanafi tetap berusaha memperkembangkan Silat Cekaknya
    di pusat-pusat pengajian tinggi.

    Peluang pertama yang diperolehi untuk mengembangkan konsep Silat Cekak di pusat-pusat pengajian tinggi adalah melalui konvesyen Silat Melayu oleh Persatuan Bahasa Melayu, Universiti Sains Malaysia, yang berlangsung pada 12-14hb Julai 1973. Hanafi telah berjaya memperkenalkan Silat Cekak melalui kertas kerjanya bertajuk Seni Silat Cekak Malaysia dan pertunjukan yang banyak memperlihatkan perbezaan dengan silat-silat lain yang turut serta dalam pertunjukan itu.

    Sistem kaedah yang berlainan ini telah menarik perhatian sebilangan besar mahasisiwa di universiti tesebut. Kertas kerja yang mendapat tentangan hebat dari Silat Kalimah dan penyokong-penyokongnya telah dijadikan bahan rujukan di beberapa buah universiti dan berada dalam simpanan Kementerian Belia dan Sukan.

    Pada 26hb Disember 1973 pula Persatuan Seni Silat Cekak telah diundang oleh Kolej Ketiga, Universiti Malaya, untuk mengadakan pertunjukan di majlis hari terbukanya. Pertunjukan yang diadakan itu telah mengkagumkan para hadirin. Sebenarnya kehadiran Silat Cekak di kolej tersebut ialah disebabkan oleh daya usaha seorang Mahasiswa tahun kedua Universiti Malaya bernama Rauhi Mohamad Isa yang berpunca dari sepucuk surat yang bertarikh 3hb Oktober 1973 yang dihantar ke ibu pejabat persatuan meminta penjelasan yang lengkap mengenai Silat Cekak yang pernah dibacanya melalui Majalah Dewan Masyarakat terbitan bulan Ogos 1973.

    Hanafi dengan kepercayaan yang penuh telah menghantar seorang penuntut tahun ketiga Universiti Malaya, yang telah mempelajari Silat Cekak bernama Amruddin Buang untuk menemui Rauhi bagi memberi penjelasan lanjut. Rauhi tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan ia mahukan supaya dilakukan secara praktikal. Keputusannya Rauhi telah gagal menggunakan kaedah-kaedah Silat Gayong yang telah dipelajarinya selama lima tahun untuk menangkis buah-buah pukulan Cekak yang dilakukan oleh Amruddin itu.

    Kegagalan Rauhi menggunakan kaedah-kaedah Silat Gayong itu telah menyebabkan ia mengiktiraf kebenaran Silat Cekak dan cuba pula untuk mempengaruhi rakan-rakannya yang lain supaya mepelajari Silat Cekak yang lebih bermutu. Buat pertama kalinya sebuah cawangan telah berjaya ditubuhkan di Universiti Malaya pada bulan Julai 1974. Ekoran dari penerimaan Silat Cekak di Universiti Malaya telah mendorong Hanafi untuk memperluaskan kegiatannya di pusat-pusat pengajian tinggi yang lain pula. Melalui ceramah dan pertunjukan yang sama Institut Teknologi Mara telah menerima konsep Silat Cekak pada tahun 1975 diikuti oleh Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1975, Universiti Sains Malaysia pada tahun 1976 dan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1976.

    Penerimaan mahasiswa terhadap konsep Silat Cekak adalah kerana sistem pelajarannya secara akademik dan bersistematik. Setiap kenyataan atau kaedah-kaedahnya boleh dipersoalkan dan dibuktikan kebenarannya sehingga mereka puas hati. Setiap penerangan yang berbentuk teori dapat dibuktikan melalui praktikal. Mereka juga dapat membandingkan kaedah-kaedah Silat Cekak dengan silat lain melalui perbezaan yang dilihatnya dari pertunjukan yang diadakan.

    Sebagai penuntut yang mempunyai fikiran yang luas dan dinamis mereka tidak dapat menerima konsep silat-silat yang mengamalkan ilmu tahyul dan khurafat seperti ilmu kebal, boleh makan kaca, berjalan di atas bara api sehingga membawa keadaan lupa diri. Mereka juga menyedari bahawa ilmu seumpama itu adalah bercanggah dengan asas keislaman. Ketidak-hadiran ilmu-ilmu tersebut di dalam Silat Cekak telah menyebabkan mereka mempunyai kepercayaan penuh terhadap kesucian Silat Cekak.

    Keyakinan mereka ditambah lagi dengan penegasan yang diberi oleh Hanafi melalui ceramah-ceramah bahawa Silat Cekak ini adalah semata-semata untuk tujuan mempetahankan diri, dan bukan menyerang. Hanafi dalam ceramahnya pernah berkata:

    “Pelajaran Silat Cekak lebih menitikberatkan mempertahankan diri dari menyerang. 99% pelajarannya untuk mempertahankan diri dan hanya 1% saja untuk menyerang. Kalau diutamakan menyerang seseorang itu akan bersifat ganas.
    Ganas adalah sifat binatang dan berani adalah sifat insan”.

    Kata-kata inilah yang menambat hati mereka untuk menerima konsep Silat Cekak dan mempelajari silat yang benar-benar asli ini.

    Adalah menjadi tabiat mahasiswa, mereka inginkan kebebasan di dalam berfikir dan tidak mahu diperalatkan oleh mana-mana pihak yang sentiasa ingin mencari kesempatan. Mereka berminat dengan Silat Cekak ini kerana pergerakan Silat Cekak adalah bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak walaupun dari parti-parti politik. Melalui faktor-faktor yang dinyatakan itu konsep Silat Cekak dengan mudah diterima oleh mahasiswa, Hanafi di dalam ucapannya sewaktu menyambut perayaan 10 tahun Cekak pada 25hb Disember 1975 bertempat di Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur, berkata:

    ”Walaupun nampaknya sebagai perkara biasa sahaja, namun sebenarnya dengan penerimaan penuntut-penuntut tersebut menunjukkan yang Silat Cekak itu satu-satunya Silat Melayu yang bermutu tinggi, yang sesuai dan boleh dikaji secara akademik dan saintifik yang mana dengan ini menyebabkan penuntut-penuntut yang bernas itu dapat menerimanya dengan mudah sekali.”

    Penerimaan konsep Silat Cekak di pusat-pusat pengajian tinggi adalah dianggap baik kepada perkembangan Silat Cekak selanjutnya. Dengan ini harapan Hanafi untuk menaikkan taraf silat Melayu ke peringkat tinggi mulai memperlihatkan hasilnya.

    Mahasiswa yang telah tamat mempelajari Silat Cekak ini dapat membantu untuk mencapai sepenuhnya tujuan itu. Masyarakat Melayu amnya memang memandang tinggi terhadap kebolehan penuntut lepasan universiti dan segala cakap dan pandangan mereka adalah dinilai oleh mereka. Melalui anggapan inilah mereka dapat memainkan peranan dalam usaha memperkenalkan Silat Cekak ini apabila mereka berkecimpung dengan masyarakat sekitar kelak.

    Tentangan Dari Anak Murid

    Pada tahun 1968 hasil dari ceramah yang diadakan di Sungai Petani, sebuah kelas Silat Cekak telah dapat ditubuhkan. Azmi Long dan Redwan Long adalah diantara penuntut yang turut sama mempelajari silat ini.

    Rakan-rakannya yang lain ialah Hashim Ismail dari Sungai Korok, Ahmad Tarzan dari Kuala Kedah, Darus Chin dan Yadin Hashim dari Sungai Petani. Mereka semua telah berjaya mempelajari silat ini hingga tamat di tangan Hanafi.

    Pada 7 haribulan November 1969, Azmi dan Redwan Long telah dipecat dari menjadi ahli PSSBSK dan dari ahli Silat Cekak. Pemecatan ini telah dipersetujui oleh semua ahli jawatankuasa PSSBSK.

    Pemecatan dilakukan kerana untuk menyelamatkan Silat Cekak dari mengalami kehancuran. Azmi dan Redwan pada mulanya cuba berbaik-baik dengan Hanafi agar segala rahsia silat akan diperolehinya. Tujuannya ialah untuk mengambil-alih pucuk pimpinan silat ini.

    Setelah gagal memperolehi apa yang dikehendaki, mereka telah mula menjalankan kegiatan menghasut dengan harapan untuk memecah-belahkan perpaduan yang sedia ada. Sikap Azmi dan Redwan itu adalah dianggap derhaka.

    Kesan Pemecatan

       Pada hari Jumaat 15 haribulan Mei 1970, Hanafi telah diserang oleh mereka di stesen keretapi Butterworth kerana membalas dendam. Ketika itu Hanafi sedang duduk di dalam kereta. Dengan pertolongan Allah, Hanafi terselamat dari serangan ganas mereka dan Redwan telah jatuh terpelanting di atas jalan dengan berlumuran darah.

    Peristiwa tersebut diikuti dengan fitnah yang disebarkan oleh mereka. Mereka menuduh Hanafi yang menyerang mereka hingga akhirnya Hanafi dilokapkan di Butterworth. Peristiwa ini berlanjutan hingga ke mahkamah di mana Cik Marina Yusuf sebagai hakim di ketika itu telah memutuskan Hanafi tidak bersalah.

    Walau bagaimanapun, Azmi dan Redwan masih lagi tidak berpuashati atas tindak tanduknya.

    Tentangan Dari Yahya Said

        Yahya sekarang telah mulai sedar tentang perhatian orang ramai terhadap Silat Cekak. Yahya mulai iri hati terhadap kejayaan Hanafi didalam usaha mengembangkan Silat Cekak ini. Orang ramai dan penuntut Cekak lebih mengenali Hanafi dari dirinya sendiri. Perasaan tidak puas hati bertambah lagi apabila Hanafi berjaya membuka sebuah kelas lagi di rumah Osman Ahmad di Teluk Wan Jala, Kedah, pada tahun 1966.

    Yahya Said mula memainkan peranannya menghasut penuntut Silat Cekak supaya berpecah belah dan menentang Hanafi dengan tujuan supaya ia mendapat perhatian dan sokongan dan dapat menggantikan Hanafi. Adalah dipercayai Yahya juga telah dihasut oleh sebuah parti politik untuk bergerak sendiri tanpa Hanafi. Osman Ahmad dijadikan alat oleh badan politik itu untuk mengatur rancangan dengan Yahya Said.

    Hanafi telah lama masak dengan peribadi Yahya Said dahulu, telah menjangka perkara ini akan berlaku kerana Yahya Said mementingkan diri sendiri sahaja. Hanafi berpendapat setelah Yahya menyerahkan warisan Tok Rashid maka selesailah peranan Yahya didalam pengembangan Silat Cekak ini. Yahya mengambil keputusan untuk menarik diri dari PSSBSK dan menjalankan kegiatan silat secara bersendirian tanpa naungan PSSBSK. Perkara ini dialu-alukan oleh Hanafi, kerana ini memang telah diduganya.

    Sebenarnya Yahya Said telah lupa dengan janji yang dilafazkan ketika mula-mula melahirkan Silat Cekak dihadapan Hanafi dan penuntut yang lain, “Ambillah balik hak datuk nenek hampa orang Kedah, aku tak cari makan dengan silat”.

    Janji yang diucapkan tidak ditepati setelah melihat kejayan. Ini membuktikan Yahya bukanlah orang yang jujur. Selepas tamat kelas di rumah Osman Ahmad, Yahya Said, telah menubuhkan Silat Kalimah dan mengajar silat ini tanpa apa-apa hubungan dengan Hanafi dan PSSBSK. Sistem pelajarannya adalah berdasarkan kepada sistem Silat Cekak tetapi Yahya telah banyak membuat pindaan terhadap buah-buah yang diajar dan menyembunyikan pelajaran-pelajaran rahsia yang pernah diajarnya kepada Hanafi dahulu.

    Jelas ternyata setelah beberapa lama menjalankan kegiatannya orang ramai tidak memberi sambutan sepertimana yang disangkakan. Perkara ini berlaku sebagaimana yang telah teryata Yahya sebagai pemegang amanah sahaja, jadi apa yang diajarnya setelah menunaikan tanggungjawabnya tidak diberkati. Akhirnya ia pulang ke kampungnya di Batu Kurau, Taiping Perak, pada tahun 1966.

    Yahya Said sebagai seorang bekas polis dan penjual ubat tidak mempunyai kebolehan didalam usaha untuk mengendalikan pergerakan persatuan, juga tidak berkebolehan dari segi penyampaian melalui berceramah dan mengajar. Tegaknya Silat Cekak kerana keupayaan Hanafi mengatur sistem pelajaran yang sesuai supaya mudah di terima dan melalui kepintarannya memberi ceramah.

    Yahya Said sedikit pun tidak mempunyai suatu cita-cita di dalam mengembangkan Silat Kalimahnya. Matlamatnya hanyalah untuk memperolehi pendapatan yang lumayan dari kegiatannya disamping menggunakan Silat Kalimah menghalang kegiatan Hanafi. Bagi mereka yang faham tentang kegiatan Silat Cekak menganggap Yahya Said sebagai penyeleweng dan pengkhianat.

    Tentangan Dari Silat Kalimah

        Kegagalan Azmi dan Redwan Long untuk memperolehi kedudukan tinggi di Cawangan Silat Cekak Sungai Petani dan pemecatan mereka dari menjadi ahli persatuan tersebut telah menimbulkan keazaman mereka untuk menentang Hanafi dan PSSCM.

    Kegagalannya di peringkat awal untuk menjatuhkan imej Hanafi melalui serangan liar di stesyen keretapi Butterworth telah menambahkan keinginan mereka untuk mengatur langkah seterusnya bagi mencapai matlamatnya.

    Azmi dan Redwan telah berpakat dengan bekas Guru Hanafi iaitu Yahya Said untuk sama mengatur strategi.

    Mereka telah memberi sokongan yang kuat kepada Yahya Said untuk terus mengembangkan Silat Kalimah yang pernah dipelopori oleh Yahya Said sebagai alat, kerana pada anggapan mereka Yahya Said mempunyai lebih kebolehan daripada Hanafi.

    Dengan usaha mereka satu persatuan baru telah didaftarkan di Pulau Pinang pada 26hb November 1971 dikenali sebagai Persatuan Kalimah.

    Dari tarikh ini mereka telah mula mengikuti jejak langkah Silat Cekak di Kuala Lumpur di mana pusat pergerakan mereka telah ditubuhkan di sebuah rumah di Batu Cave, Kuala Lumpur.

    Melalui kempen-kempen yang dilakukan oleh Redwan menyebabkan masyarakat yang tidak tahu menahu kedudukan yang sebenar telah mempelajari silat tersebut.

    Kehadiran Silat Kalimah ini merupakan batu penghalang yang sangat merbahaya kepada perkembangan Silat Cekak di Kuala Lumpur dan menimbulkan kekeliruan dikalangan masyarakat, kerana mereka mendakwa Silat Cekak berasal dari Silat Kalimah.

    Tentangan Kalimah Dalam Konvensyen Guru-Guru Silat Melayu

        Tentangan seterusnya yang tidak kurang juga hebatnya melalui konvensyen guru-guru silat Melayu yang dianjurkan oleh Pertubuhan Silat Lincah pada 2hb Mac 1975 yag telah diadakan di Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Baharu di mana Silat Cekak, Silat Kalimah dan beberapa persatuan silat lain telah diundang.

    Kehadiran Silat Kalimah dipersidangan tersebut telah menyebabkan Hanafi membuat persiapan yang rapi bagi bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Hanafi melalui Jabatan Penerangan PSSCM telah dapat menghasilkan suatu rencana yang bertajuk “Asal Usul Silat Cekak” dimana kandungannya lebih menitikberatkan persoalan kedudukan Silat Cekak dan Silat Kalimah.

    Segala bukti-bukti yang lengkap berdasarkan kenyataan yang diberikan telah dilampirkan bersama dimana rencana tersebut membawa kesimpulan bahawa Silat Kalimah adalah berasal dari Silat Cekak.

    Hanafi juga telah menjemput Shafie Darus dan Mat Tarzan yang berada di Kedah supaya turut sama hadir di persidangan itu untuk memberi penjelasan mengenai kedudukan Silat Cekak yang sebenarnya.

    Kehadiran Shapie ialah untuk memberi penjelasan bahawa Silat Cekak telah dilahirkan di rumahnya, manakala Mat Tarzan pula untuk membuktikan bahawa Azmi dan Redwan pernah belajar Silat Cekak di Sungai Petani dari Hanafi.

    Apabila persidangan diadakan apa yang dijangka oleh Hanafi telah berlaku, Redwan dan Yahya Said telah menimbulkan kembali bahawa Silat Cekak diceduk dari Silat Kalimah Yahya Said telah dijadikan bukti utama.

    Dengan serta-merta rencana yang telah sedia ada disebarkan kepada para hadirin, lantas Hanafi dengan suara lantang menjelaskan kedudukan sebenar dengan mengemukakan saksi-saksi yang dibawanya.

    Keadaan bertambah tegang lagi kerana terdapat beberapa persatuan silat telah memberi sokongan kepada Silat Kalimah. Walau bagaimanapun Hanafi telah mengemukakan bukti yang cukup lengkap.

    Sebagai acara kemuncak konvensyen ini suatu majlis pertunjukkan telah diadakan di Stadium Negara pada sebelah malamnya.

    Di pertunjukkan inilah pertama kali Hanafi mengistiharkan SILAT CEKAK SILAT PAPAN SEKEPING melalui kain rentang yang dibawa bersama oleh peserta, dan pertunjukan silat di atas papan sekeping.

    Tujuan Hanafi berbuat demikian itu adalah untuk menyatakan kepada umum bahawa Silat Cekak adalah silat yang benar-benar asli dan Silat Cekaklah yang lebih dahulu mengutarakannya, bukan Silat Kalimah.

    Juga bertujuan untuk menyangkal dakwaan silat-silat lain umpamanya sebuah persatuan silat yang di Sabak Bernam, Selangor, yang telah mengaku mengajar Silat Cekak yang sama dengan Silat Hanafi, pada hal silat yang dibawanya adalah Silat Gayong Petani kerana mempunyai langkah melangkah, tari menari, gong gendang dan tidak boleh digunakan di tempat sempit.

    Begitu juga dengan Silat Lapan Penjuru yang mendakwa Silat Cekak diasaskan oleh Silat Lapan Penjuru. Ini merupakan suatu kejayaan yang besar kepada perjuangan Silat Cekak.

    Berdasarkan kepada pemerhatian, Hanafi telah membuat kesimpulan bahawa kegiatan untuk menjatuhkannya dan Silat Cekak itu telah diusahakan bersama oleh Silat Kalimah dan Silat Lincah.

    Persidangan itu telah digunakan oleh Silat Lincah untuk membalas dendam atas sebab permusuhan yang hampir-hampir melibatkan pergaduhan dengan menjadikan Silat Kalimah untuk menghancurkan Silat Cekak.

    Bukti yang jelas ialah berdasarkan kepada bentuk persediaan-persediaan tersebut dan didapati hubungan Kalimah dan Lincah di ketika itu sangat baik. Di akhir perlaksanaan tersebut ternyata mereka telah mengalami kegagalan.

    Tindak-tanduk Silat Kalimah ini tidak mendatangkan kesulitan yang besar kepada perkembangan Silat Cekak di pusat pengajian tinggi.

    Bagi mewujudkan kepercayaan mahasiswa sepenuhnya terhadap kebenaran Silat Cekak, pernah terjadi suatu pertarungan secara persahabatan[Muzakarah] antara penuntut Silat Cekak dan Silat Kalimah di Universiti Malaya pada 7hb September 1974 jam 11 pagi bertempat di bilik Pusat Bahasa, Universiti Malaya. Md. Nasir bin Md. Arshad penuntut tahun tiga (murid Hanafi) telah bertarung secara persahabatan dengan Rosli bin Ariffin juga penuntut tahun tiga (murid Yahya Said) untuk membuktikan kebenaran masing-masing.

    Di akhir pertarungan itu penuntut Silat Cekak telah berjaya menundukkan penuntut Silat Kalimah. Peristiwa itu telah membuktikan akan kebenaran Silat Cekak.

    Mohd. Nasir bin Mohd. Arshad, ketika ditemui berkata,

    “Sungguhpun terdapat beberapa persamaan dari segi kaedah di dalam kedua-dua silat itu, tetapi oleh kerana kebenaran kebenaran silat Cekak itulah maka saya dapat mengatasi lawan. Kejayaan saya ini menambahkan lagi keyakinan saya bahawa Hanafi adalah seorang yang berada di pihak yang benar.“

    Dari segala sudut, Azmi dan rakan-rakannya gagal menandingi kebolehan Hanafi di dalam memperjuangkan matlamat masing-masing. Kalimah lahir adalah berpunca dari hasrat dengki kerana melihat kejayaan Hanafi; Kalimah tidak mempunyai matlamat perjuangan yang tulin, matlamat mereka hanyalah semata-mata untuk menyekat segala kegiatan Silat Cekak dari terus berkembang.

    Tindakan-tindakan Hanafi terhadap Silat Kalimah hanya atas tujuan untuk mempertahankan diri dan juga untuk menghilangkan kekeliruan orang ramai sahaja dan tidak ada niat untuk menghlang Kalimah untuk maju. Wujudnya Silat Kalimah sedikit pun tidak menjadi kekhuatiran kepada Hanafi, tetapi sikap Kalimah yang cuba menentang pergerakan Silat Cekak adalah dianggap sangat merbahaya.

    Sejak tahun 1976, Silat Kalimah telah mengalami zaman kehancuran. Dari sumber-sumber yang boleh dipercayai terdapat perpecahan di kalangan mereka kerana masing-masing ingin merebut kuasa. Yahya Said telah menubuhkan Gabongan Kalimah dan Azmi serta Redwan Long telah menubuhkan Silat Kalimah. Ini jelas di dalam pertunjukan silat hari terbuka Universiti Sains Malaysia, pada 23hb Januaari 1977.

    PSSCM dapat menstabilkan kedudukannya dari masa ke masa. Sebenarnya penentangan Silat Kalimah ini telah membawa orang ramai ingin mengetahui secara dekat mengenai Silat Cekak. Secara tidak langsung nama Silat telah diketahui umum.

    Kesimpulannya tentangan yang dihadapi oleh Hanafi dalam usaha mengembangkan Silat Cekak selama ini adalah dari dua segi. Pertama tentangan dari anak murid untuk menjatuhkan maruah Hanafi dengan tujuan untuk menghilangkan kepercayaan dan pengaruh penuntut silat terhadap Hanafi; Kedua tentangan dasar dan polisi Hanafi di dalam mengembangkan Silat Cekak oleh Silat Kalimah.

    Walau bagaimanapun AlHamdulillah, dgn izinNYA kedua-dua tentangan tersebut dapat diatasi oleh Hanafi melalui kebijaksanaannya.

    Tentangan Kalimah Dalam Dewan Masyarakat

        Untuk menghilangkan kekeliruan orang ramai dan bagi membersihkan nama baik Silat Cekak sekali lagi Hanafi telah berusaha menghasilkan sebuah rencana bertajuk “Silat Cekak Suatu Pusaka Bangsa”, dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Rencana Hanafi itu telah disiarkan melalui Majalah Dewan Masyarakat diterbitkan pada bulan Ogos 1973.

    Melalui rencananya ini Hanafi telah menerangkan dengan panjang lebar asal-usul Silat Cekak, keasliannya dan kaedah pukulannya diserta dengan berbagai-bagai bukti tanpa menyentuh sedikit pun Silat Kalimah. Di akhir rencana tersebut Hanafi menjelaskan dasar Silat Cekak.

    “Dalam pada itu Seni Silat ini menanamkan perasaan berbaik-baik antara ahli-ahlinya dan masyarakat sekeliling. Juga ia menanam perasaan mengenang budi dan hormat menghormati khususnya kepada ibubapa dan guru.”

    Dasar atau prinsip yang diamalkan oleh Silat Cekak ini menunjukan bahawa silat ini adalah untuk kedamaian di dalam anggota masyarakat dan tidak kepada tujuan permusuhan seperti yang diamalkan oleh Persatuan Kalimah.

    Kejayaan Hanafi mengutarakan konsep Silat Cekaknya, telah menyebabkan Azmi dan Redwan cuba menyangkal kenyataan Hanafi didalam rencana yang disiarkannya itu dengan cara membuat berbagai-bagai tuduhan yang sekali lagi boleh mengelirukan masyarakat umum.

    Mereka telah berjaya mempengaruhi sidang pengarang Dewan Masyarakat supaya menerima rencana berupa berbagai tuduhan untuk disiarkan di dalam Dewan Masyarakat keluaran bulan September 1973 bertajuk “Silat Cekak Cabang Silat Kalimah.”

    Bagi menyangkal segala tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh silat kalimah itu Hanafi telah berjaya meyediakan rencana bertajuk "Keaslian Silat Cekak Usah Diragukan" yang telah disiarkan oleh Majalah Dewan Masyarakat pada bulan Oktober 1973, Hanafi telah menjawab segala tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepadanya dengan disertakan bukti-bukti yang jelas tentang kedudukan Azmi dan Redwan sebenarnya.

    Hanafi telah menjelaskan, “Mengubah nama Silat Cekak itu kepada nama-nama lain seperti Silat Kalimah bererti penyelewengan dan pewarisan pusaka Melayu Asli."

    Jawapan Hanafi di dalam keluaran terakhir ini ternyata sebagai suatu tamparan yang hebat ke atas Silat Kalimah yang cuba mengelirukan masyarakat umum dan kenyataann Hanafi itu adalah sebagai kesimpulan kepada rencana-rencana yang telah diterbitkan sebelumnya.

    Ternyata sekali lagi Azmi dan Redwan gagal di dalam usaha menghapuskan Silat Cekak.

    Tentangan Dari Anak Murid Di Kuala Lumpur

        Bagi membantunya mengajar silat Hanafi secara peribadi telah melatih Mohamad bin Abdullah menjadi jurulatihnya. Lantikan ini dibuat kerana ia mempunyai kebolehan dan kecenderungan terhadap silat cekak.

    Pada mulanya Mohamad telah menjalankan tugasnya dengan baik dan sempurna, tetapi dengan sedikit pengaruh yang diperolehi dari penuntut-penuntut yang belajar di ketika itu, telah mendorongnya untuk mengendalikan kegiatan Silat Cekak secara bersendirian.

    Langkah pertama yang diambilnya ialah dengan cara menghasut penuntut-penuntut silat supaya timbul perpecahan dan tidak mempercayai Hanafi. Untuk tujuan yang sama Mohammad cuba menjatuhkan Hanafi di tempat latihan di kelas Kampung Bharu sewaktu Hanafi menunjukkan buah-buah silat. Kegagalannya di peringkat awal ini telah menyebabkan ia menjalankan polisi berbaik-baik dengan Hanafi.

    Mohammad telah mempelawa Hanafi tinggal bersamanya. Perlawanaan ini disetujui kerana Hanafi ingin mengetahui lebih dekat lagi latar belakangnya. Walaubagaimanapun Hanafi tetap berwaspada dengan tingkah laku Mohammad.

    Hanafi telah tinggal bersama Mohammad dan isterinya bernama Lijah, dan kawan isterinya bernama Rubiah dimana kedua-duanya telah mempelajari Silat Cekak dari Hanafi.

    Sebagai suatu dasar untuk menyekat pengaruh Mohammad dan untuk memperbaiki mutu di dalam mengajar, Hanafi telah melantik Amruddin bin Buang dan Malino bin Junsi. Kedua-duanya berumur 21 tahun dan masih muda, untuk menjadi jurulatih di samping Mohammad.

    Tindakan Hanafi ini telah menimbulkan kemarahan Mohammad di mana ia pernah berkata kepada Hanafi secara terus terang, “Mereka itu tidak layak mengajar silat kerana masih mentah dan kurang kebolehan, dari segi kesetiaannya belum lagi dapat dipastikan.”

    Hanafi menjawab, "Jika tidak berkebolehan aku boleh mengajar hingga pandai.” Dari sini Hanafi telah mengetahui ketidak jujuran Mohammad terhadapnya dan polisi yang dilakukan oleh Hanafi ini memang menyakitkan hati Mohamad.

    Mohamad bertambah tidak puas hati, dan ia cuba menimbulkan perselisihan faham antara Silat Cekak dengan Silat Lincah melalui mencaci penuntut-penutut silat tersebut yang sedang berlatih di gelanggang mereka. Perbuatannya itu telah menyebabkan Hanafi menerima cabaran untuk bertarung dari Mahaguru Silat Lincah, Omar Din.

    Keputusan telah dibuat untuk bertarung setelah Hanafi, menemui Omar Din 6 bulan kemudian. Dalam pertemuan itu pada mulanya Omar Din enggan untuk menyetujui tetapi Hanafi tetap juga berkeras dan menerima cabaran yang pernah disuarakan oleh Omar Din itu. Tempat pertarungan ialah di Dewan Belia Kampung Pandan pada 26hb Februari 1972 dan permit dari polis juga telah diperolehi.

    Di saat-saat pertarungan hampir tiba, polis telah membatalkan permit dan penuntut-penuntut kedua-dua persatuan silat dan penuntun diminta bersurai. Pembatalan ini dilakukan atas daya usaha Hussein bin Ahmad. Hussein tahu bahawa pertarungan itu akan mengakibatkan suatu keadaan buruk berlaku kerana Hanafi bukan sembarangan orang untuk dilawan dan peristiwa itu akan menjejaskan masa hadapan PSSCM.

    Hanafi tidak mengambil sebarang tindakan di atas kesalahan Mohammad kerana ia ingin melihat setakat mana peranan yang dapat dilakukan oleh Mohammad. Hubungan berbaik-baik tetap dilakukan.

    Lijah, isteri Mohammad pula mempunyai rancangan yang berlainan, ia bercita-cita untuk mempersuamikan Hanafi. Mohamad meyokong rancangan Lijah dan membiarkannya berbaik-baik denan Hanafi. Rancangan mereka gagal kerana telah disedari lebih awal oleh Hanafi dan akhirnya Hanafi telah menyewa sebuah rumah di Jalan Hamzah, Kampung Bharu, Kuala Lumpur, tidak lagi tinggal di rumah Mohammad.

    Mohamad masih lagi mahu mencuba untuk menguasai teraju PSSCM. Langkah selanjutnya ia telah menjalankan suatu pakatan dengan Lijah, Rubiah, Osman dan Tambi Beranang, mereka telah sepakat untuk menjatuhkan maruah Hanafi. Osman telah menyuruh isterinya melakukan perkara sumbang ketika Hanafi sedang tidur nyenyak di biliknya.

    Pada suatu malam, Mohammad dan isterinya sebagai juru gambar untuk membuktikan peristiwa yang akan berlaku. Gambar-gambar itu kelak akan dijadikan suatu alat untuk mengugut Hanafi supaya menyerahkan wang sejumlah $500 kepada Osman dan keluar dari Kula Lumpur, jika tidak rahsia akan dibocorkan.

    Hanafi dengan sikap yang tidak mahu tunduk dengan ugutan sesiapa telah membawa perkara itu kepada pengetahuan pihak polis. Tindakan pemeriksaan oleh doktor telah dilakukan kepada isteri Osman dan didapati perempuan tersebut memanglah seorang pelacur.

    Berikutan dengan itu, Mohammad pula telah menuduh Hanafi berlaku curang pula kepada Lijah dan setiap kecurangan ada dicatitkan di buku catitannya. Murid-murid Hanafi mulai mencurigai terhadap sikap Hanafi tetapi setelah mengetahui perkara itu fitnah semata-mata mereka telah bersimpati dengan Hanafi.

    Kegagalan demi kegagalan yang dihadapi oleh Mohammad mengecewakannya untuk menonjolkan diri sebagai jaguh di dalam pergerakan Silat Cekak. Dari cubaannya yang dilakukan itu sangat jelas memperlihatkan bagaimana Mohammad cuba memecah-belahkan perpaduan penuntut-penuntut dan berusaha beberapa kali untuk menghilangkan kepercayaan penuntut terhadap Hanafi sebagai pendukung utama Silat Cekak.

    Pengetahuan silat yang pernah diperolehi dari Hanafi itu dijangkanya sudah cukup untuk mengatasi Hanafi tanpa memperhitungkan kebolehan yang ada pada Hanafi. Kemuncak percubaannya, ia mahu Hanafi meninggalkan Kuala Lumpur dan di suatu ketika pernah mengasah parang untuk membunuh Hanafi malahan pernah mempengaruhi penuntut Silat Cekak benama Hamzah untuk membunuh secara curi dengan kerambit ketika Hanafi sedang minum.

    Osman pula seorang yang biasa dibantu oleh Hanafi dari segi kewangan dan tempat tinggal, kerana tamak dan inginkan wang yang lebih telah cubaan pula memeras ugut. Walaupun pakatan telah dibuat dengan Mohammad tetapi usahanya tetap gagal.

    Tambi Beranang sebagai seorang tokoh lama di Kuala Lumpur yang mempunyai pengaruh yang meluas dikalangan anak-anak muda di Kuala Lumpur mencurigai segala kegiatan Hanafi sejak kedatangannya ke Kuala Lumpur, turut berusaha untuk menghilangkan kuasa dan pengaruh Hanafi. Pernah mengugut Hanafi supaya keluar dari Kuala Lumpur dalam tempoh 24 jam jika tidak dia akan membunuh Hanafi, tetapi rancangannya tetap gagal.

    Ekoran dari tindakan–tindakan yang dilakukan oleh Mohammad yang telah banyak menjejaskan pergerakan persatuan. Hanafi telah mengambil tindakan tidak membenarkan ia mencampuri hal ehwal persatuan dan Hanafi telah mengakui Mohammad sebagai muridnya.

    Begitu juga nasib yang diterima oleh Lijah, Rubiah, Osman dan Tambi Beranang uang dianggap sebagai penyokong kuat Mohammad. Hanafi membuat tindakan sedemikian itu setelah banyak memberi peluang kepada mereka untuk memperbetulkan kesalahan yang pernah dilakukan.

    Tentangan Dari Golongan Ahli Politik

        Ada golongan ahli politik yang menuduh Hanafi cuba membuat gerakan bawah tanah untuk menentang kerajaan. Ini berdasarkan Hanafi ialah bekas parti pembangkang yang telah kalah didalam pilihanraya.

    Mereka cuba menyekat Hanafi dari berpengaruh dengan berbagai cara. Mereka telah memperalatkan guru silat untuk menentang Hanafi.

    Satu lagi cara mereka ialah melalui tindakan menyekat kegiatan ceramah yang diadakan oleh Hanafi. Aduan telah dibuat ke pihak polis mengatakan Hanafi cuba membuat dakyah untuk membangkitkan semangat rakyat menentang kerajaan.

    Mata-mata gelap cuba mengesan kegiatan Hanafi tetapi tidak ada jalan baginya untuk menangkap Hanafi kerana didapati tajuk ceramah yang diadakan hanya berdasarkan atas tajuk Seni Silat Cekaknya sahaja.

    Percubaan Membunuh Hanafi

        Usaha guru-guru silat dan beberapa golongan tertentu untuk menyekat kegiatan Hanafi masih tetap tidak berhasil. Malahan Hanafi bertambah berani menjalankan kegiatannya.

    Bagi mereka satu sahaja jalan yang dapat dilakukan untuk menyekat perkembangan silat ini iaitu membunuh Hanafi. Mereka percaya tanpa Hanafi silat cekak ini tidak akan berkembang.

    Rancangan mereka akhirnya berjaya, tidak lama kemudian Hanafi mendapati tumit kakinya terasa sakit dan bisa-bisa. Adalah dipercayai mereka telah menyapukan sejenis racun yang bisa di kasut Hanafi.

    Hanafi begitu susah untuk berjalan, badan semakin susut dan akhirnya dimasukkan ke hospital, Alor Star. Inilah penderitaan yang sangat teruk hingga hampir membawa maut.

    Hanafi berkata “Jika tidak dikuatkan keazaman hati dan kepercayaan sepenuhnya kepada Tuhan untuk menghidupkan Silat Cekak, sudah tentu saya akan mati ditangan mereka”.

    Hanafi tahu Allah beserta dipihak yang benar. Keadaan Hanafi bertambah pulih dan ketika keluar dari hospital berat badannya hanya tinggal 65 paun sahaja.

    Orang yang cuba membunuh Hanafi telah mati tidak beberapa lama kemudian akibat diserang oleh sejenis penyakit.

    Peralihan kepimpinan

      Ustaz Hanafi meninggal dunia pada 13 Ogos 1986, meninggalkan seorang balu, Maimunah Hj. Othman dan enam orang anak. Kedudukan Guru Utama dikosongkan selama 40 hari dan untuk sementara waktu, Ishak Itam memegang jawatan sebagai pemangku Guru Utama selama tujuh tahun agar dapat diserahkan semula kepada Md. Radzi Haji Hanafi, anak keempat Ustaz Hanafi.
    Pada 19 Mei 1993, Silat Cekak telah dikembalikan semula kepada En. Md. Radzi dan diisytiharkan sebagai Guru Utama Silat Cekak pada 23 Mei 1993. Silat Cekak pula telah didaftarkan di bawah Pertubuhan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi (PSSCUHM) pada 5 Ogos 1994 dengan nombor pendaftaran 5592/94 (Selangor) dan beribu pejabat di Kompleks Sukan Datuk Keramat.

    Tn Hj. Md. Radzi bin Haji Hanafi (lahir pada 3 Ogos 1961 di Batu 3 1/4 Alor Setar, Kedah) merupakan anak keempat kepada Allahyarham Ustaz Hanafi Haji Ahmad. Beliau menerima mandat untuk menjadi Guru Utama Silat Cekak pada 19 Mei 1993 dari Pemangku Guru Utama iaitu Tuan Haji Ishak Bin Itam. Penyerahan ini disahkan oleh ahli Majlis Muafakat Tertinggi Silat Cekak (MMT) pada 21 Mei 1993 dan pengisytiharannya disempurnakan pada 23 Mei 1993.

    Pergelutan kepemimpinan

       Silat Cekak Hanafi kini sedang bergelut dengan masalah dalaman apabila Tuan Hj. Md. Radzi telah dituduh melakukan salah laku dan pecah amanah. MMT pada tahun 2006 telah melantik En. Marwi bin Latiff selaku Guru Utama. Marwi bin Latiff sebelum itu merupakan ahli MMT dan Ahli Lembaga Pelajaran dan Tatatertib (LPT) persatuan ini. Perkara ini dipertikai oleh penyokong Tn Hj. Md. Radzi yang menegaskan kes salah laku berkenaan masih belum dibuktikan sejauh mana kebenarannya, selain itu perkara ini telah melanggar tradisi penyerahan mandat guru dan merosakkan salasilah perguruan Silat Cekak. Isu ini masih belum selesai sehingga sekarang dan kedua-dua pihak sedang berusaha untuk mengakhiri kemelut ini.
    Majlis Mesyuarat Kebangsaan (MMK) yang dipilih oleh perwakilan seluruh Malaysia pada 2006 telah membuat keputusan untuk memecat Tn Hj. Md. Radzi selaku Presiden merangkap Guru Utama pada tahun itu juga. Sebanyak 11 cawangan[perlu rujukan] telah mengemukakan bantahan terhadap perkara ini dan meminta agar Mesyuarat Agong Luar Biasa diadakan namun tidak dihiraukan MMK. MMK pula sehingga 2009 telah gagal menunaikan tanggung jawab untuk mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan sejak 2007 dan sedang berhadapan dengan tindakan dari Pendaftar Pertubuhan. Isu ini dijangka selesai tidak berapa lama lagi.

    Pautan luar


    Sejarah

    Silat Cekak berasal dari Kedah. Pernah diamalkan oleh panglima-panglima kerajaan Kedah di zaman Kesultanan Sultan Ahmad Tajuddin II.
    Panglima Ismail, salah seorang panglima kanan kerajaan Kedah yang pernah menewaskan seorang batak bernama Tuah (bukan Hang Tuah) telah menurunkan ilmu silat ini kepada Panglima Tok Rashid. Manakala Panglima Tok Rashid pula telah mengamanahkan Silat Cekak ini kepada Yahya Said yang berasal dari Batu Kurau, Taiping sebagai 'pemegang amanah'.
    Panglima Tok Rashid meninggalkan wasiat kepada Yahya Said yang ketika itu berumur 20 tahun:
    "Jika ada anak cucuku di Kedah hendak belajar silat ini, hendaklah kau pulangkan kembali".
    Silat ini telah terpendam selama 40 tahun sehinggalah Y.M. Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad yang berasal dari Kedah, telah bertemu dengan Yahya Said.
    Oleh kerana minatnya yang amat mendalam terhadap silat ini, Y.M. Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad telah dapat mewarisi kembali seni pusaka bangsa ini daripada Yahya Said. Pada 5 Ramadhan 1385 Hijrah, bersamaan 28 Disember 1965, bertempat di rumah Shafie Darus, Batu 4 3/4, Jalan Gunung Alor Setar, Kedah; Silat Cekak berjaya dilahirkan kembali menerusi Perkumpolan Seni Sari Budaya Sri Kedah yang ditubuhkan pada Februari 1964.
    Kemudian pada 19 Ogos 1971, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia didaftarkan dan diasaskan oleh YM Al-Marhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad Pada tahun 1975, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah menyaksikan logo baru baginya yang mana ianya juga telah diasaskan oleh Y.M. Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad, Guru Utama merangkap Presiden PSSCM.
    Beliau telah meninggal dunia pada 13 Ogos, 1986 setelah menerajui PSSCM dan mengembangkan silat ini ke seluruh negara selama 21 tahun.
    Tanggungjawab ini diteruskan pula oleh Y.M. Haji Ishak bin Itam selaku Guru Utama merangkap Presiden PSSCM pada 21 September, 1986. Majlis pengijazahan penuntut baru pertama kali dilakukan oleh beliau di Universiti Pertanian Malaysia pada 13 Oktober, 1986. Seterusnya hingga sekarang cawangan-cawangan PSSCM telah berkembang diseluruh Semenanjung Malaysia.
    Di Malaysia terdapat beberapa Perguruan Silat yang menggunakan nama "Silat Cekak", diantaranya:

    SILAT BEST HIGHLIGHTS FOR COMBAT *Silat Cekak*



    1. Silat Cekak Ustaz Hanafi
    2. Silat Cekak Sabil
    3. Silat Cekak Harimau
    4. Silat Cekak Malaysia
    5. Silat Cekak Helang
    6. Silat Cekak Lincah Sutan Maakat
    7. Silat Cekak Musang
    8. Silat Cekak Pendekar Ahmad
    9. Silat Cekak Rimau

    [sunting] Peringkat

    1. Judo white belt.PNG - Sijil Rendah (Peringkat Tamat)
    2. Judo red belt.PNG - Sijil Menengah (Jurulatih)
    3. Judo yellow belt.PNG - Sijil Tinggi (Guru Utama)

    Peralihan kepimpinan

    Ustaz Hanafi meninggal dunia pada 13 Ogos 1986, meninggalkan seorang balu, Maimunah Hj. Othman dan enam orang anak. Kedudukan Guru Utama dikosongkan selama 40 hari dan untuk sementara waktu, Ishak Itam memegang jawatan sebagai pemangku Guru Utama selama tujuh tahun agar dapat diserahkan semula kepada Md. Radzi Haji Hanafi, anak keempat Ustaz Hanafi.
    Pada 19 Mei 1993, Silat Cekak telah dikembalikan semula kepada Md. Radzi dan diisytiharkan sebagai Guru Utama Silat Cekak pada 23 Mei 1993. Silat Cekak pula telah didaftarkan di bawah Pertubuhan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi (PSSCUHM) pada 5 Ogos 1994 dengan nombor pendaftaran 5592/94 (Selangor) dan beribu pejabat di Kompleks Sukan Datuk Keramat.
    Tuan Guru Hj. Md. Radzi bin Haji Hanafi (lahir pada 3 Ogos 1961 di Batu 3 1/4 Alor Setar, Kedah) merupakan anak keempat kepada Allahyarham Ustaz Hanafi Haji Ahmad. Beliau menerima mandat untuk menjadi Guru Utama Silat Cekak pada 19 Mei 1993 dari Pemangku Guru Utama iaitu Tuan Haji Ishak Bin Itam. Penyerahan ini disahkan oleh ahli Majlis Muafakat Tertinggi Silat Cekak (MMT) pada 21 Mei 1993 dan pengisytiharannya disempurnakan pada 23 Mei 1993.

    Pergelutan kepemimpinan

    Silat Cekak Hanafi kini sedang bergelut dengan masalah dalaman apabila Tuan Guru Hj. Md. Radzi telah dituduh melakukan salah laku dan pecah amanah. MMT pada tahun 2006 telah melantik Marwi bin Latiff selaku Guru Utama. Marwi bin Latiff sebelum itu merupakan ahli MMT dan Ahli Lembaga Pelajaran dan Tatatertib (LPT) persatuan ini. Perkara ini dipertikai oleh penyokong Tuan Guru Hj. Md. Radzi yang menegaskan kes salah laku berkenaan masih belum dibuktikan sejauh mana kebenarannya, selain itu perkara ini telah melanggar tradisi penyerahan mandat guru dan merosakkan salasilah perguruan Silat Cekak. Isu ini masih belum selesai sehingga sekarang dan kedua-dua pihak sedang berusaha untuk mengakhiri kemelut ini. [RUJUKKAN]
    Majlis Mesyuarat Kebangsaan (MMK) yang dipilih oleh perwakilan seluruh Malaysia pada 2006 telah membuat keputusan untuk memecat Tuan Guru Hj. Md. Radzi selaku Presiden merangkap Guru Utama pada tahun itu juga. Sebanyak 11 cawangan[perlu rujukan] telah mengemukakan bantahan terhadap perkara ini dan meminta agar Mesyuarat Agong Luar Biasa diadakan namun tidak dihiraukan MMK. MMK pula sehingga 2009 telah gagal menunaikan tanggung jawab untuk mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan sejak 2007 dan sedang berhadapan dengan tindakan dari Pendaftar Pertubuhan. Isu ini dijangka selesai tidak berapa lama lagi.[Rujukkan]


    Senjata Rasmi Silat Cekak  ~ Laju Pantas, Ringkas



    System Pembelajaran Silat Cekak Utz Hanafi M'sia

    Pengijazahan Pertama & Sistem Pelajaran Seni Silat Cekak

    Pelajaran Silat Cekak terbahagi kepada lapan bahagian, dan terdapat tiga kali ‘ijazah’.

    Ijazah Pertama

    Penuntut-penuntut baru diminta membawa 2½ ela kain putih. Kain putih ini melambangkan kebersihan, kesucian dan keikhlasan hati penuntut-penuntut dalam mempelajari silat ini. Di zaman dahulu kain putih bermaksud sebagai kain kapan untuk mengapankan penuntut-penuntut yang derhaka kepada guru. Penuntut-penuntut juga diminta membawa pengeras sebanyak $15.30¢.

    Upacara ini dimulakan dimana guru dan penuntut-penuntut baru bersalaman di atas kain-kain putih yang telah dibentangkan dan penuntut akan mengangkat sumpah dengan nama Allah tidak akan melanggar perjanjian atau syarat-syarat Silat Cekak yang telah ditetapkan. Sebenarnya upacara pengijazahan pertama ini adalah untuk menghubungkan antara murid dengan guru secara ikhlas dan jujur.

    Setelah ini kain putih diambil kembali oleh penuntut-penuntut untuk dijadikan cadar tidur selama tiga malam berturut-turut supaya mendapat ‘alamat’ tertentu. Selepas tiga hari kain putih ini akan diserahkan kepada guru untuk disimpan.

    Selepas ijazah pertama ini barulah penuntut-penuntut baru diajar dengan kaedah pelajaran Silat Cekak iaitu:

    • Kaedah A, B, C dan D. Empat pergerakan di tangan kanan dan empat pergerakan di tangan kiri (kaki tidak bergerak), berdiri lurus seperti berdiri waktu sembahyang (tidak berdiri berkuda-kuda), supaya sentiasa bersedia untuk menunggu serangan dari hadapan, kiri, kanan mahupun belakang. Dengan berdiri lurus juga musuh tidak mengenali seseorang itu bersiap sedia untuk bergaduh.Buah-buah dasar (basic) sambungan daripada kaedah A, B, C dan D, dilatih bergerak sekali tangan dan kaki.
    • Buah-buah pecahan atau buah-buah anak sambungan daripada buah-buah dasar pelajaran yang kedua. Dengan buah-buah pecahan inilah untuk mempertahankan keselamatan daripada segala rupa serangan.
    Buah-buah dasar dan pecahan ini adalah buah-buah segala ilmu keputusan seluruh silat-silat Melayu di Alam Melayu seperti keputusan Sendeng, Gayong Patani, Silat Harimau, Kuntau, Terlak, Lintau, Pasong Kemanga dan Sepelet. Kajian mempelajari kesemua keputusan ini supaya ahli-ahli Silat Cekak dapat menangkis dengan mudah pertarungan, walaupun lawannya menggunakan cara silat apa sekali pun.

    Buah-buah Pelajaran Silat Cekak:~
    1. Buah Pertama (Buah Cekak)
    2. Keputusan Gayong Patani (daripada Gayong Patani)
    3. Keputusan Sendeng Atas (daripada Sendeng)
    4. Buah Hentak (daripada Silat Harimau)
    5. Buah Kilas Belakang (Buah Cekak)
    6. Buah Kidung Kiri (Buah Cekak)
    7. Buah Kilas Hadapan (Buah Cekak)
    8. Buah Kidung Kanan (Buah Cekak)
    9. Buah Kuntau Kiri (Buah Cekak)
    10. Buah Kuntau Kanan (Buah Cekak)
    11. Buah Paras (Buah Cekak)
    12. Buah Selendang (Buah Cekak)
    13. Buah Ali Patah Atas (Buah Cekak)
    14. Buah Ali Patah Sudah (Buah Cekak)
    15. Keputusan Silat Terlak (daripada Terlak)
    16. Keputusan Lintau (daripada Lintau)
    17. Keputusan Sendeng Bawah (daripada Sendeng)
    18. Buah Pasong Kemanga (daripada Silat Kemanga)
    19. Buah Sengkak (Buah Cekak)
    20. Buah Empuk (Buah Cekak)
    21. Buah Siku Potong (Buah Cekak)

    Pantang Larang Seni Silat Cekak

    Kebanyakan seni silat Melayu, masing-masing mempunyai pantang larangnya sendiri. Silat Cekak juga tidak ketinggalan. Di bawah ini dicatitkan pantang larang yang terdapat di dalam silat ini:

    1. Tidak boleh menderhaka kepada guru.

    2. Tidak boleh menderhaka kepada ibu.

    3. Tidak boleh menderhaka kepada bapa.

    4. Tidak boleh mencaci silat-silat Melayu asli yang lain, walaupun rendah mutunya.

    5. Tidak boleh bergaduh semasa ahli Silat Cekak.

    Jelas di sini, pantang larang yang terdapat di dalam silat ini ialah untuk mendidik rohani supaya mengenang budi kepada guru yang membuka mata, hati dan fikiran untuk mengenal antara yang baik dan buruk (untuk rohani), dan mentaati kepada kedua ibu bapa yang telah banyak berjasa memelihara dan kerana mereka manusia dapat lahir di dunia.

    Juga, untuk mewujudkan perpaduan di kalangan ahli-ahlinya dan masyarakat kerana penuntut-penuntut Silat Cekak dilarang bergaduh sesama sendiri, kerana di zaman dahulu yang khianat ialah rakan seperjuangan.

    Umpamanya Hang Tuah sanggup membunuh Hang Jebat, kawan seperjuangannya. Silat Cekak tidak mahu perkara ini berlaku di kalangan ahli-ahlinya. Apabila sudah menjadi ahli Silat Cekak, mereka sudah dianggap seperti adik-beradik. Sama-sama berusaha menaikkan nama Silat Cekak.

    Pantang larang ini juga tidak menimbulkan rasa ketakutan kepada mereka yang ingin mempelajarinya. Malah dapat menginsafi belia-belia bahawa mengenang budi kepada guru dan ibubapa adalah wajib sekali. Tidak ada larangan untuk melakukan perbuatan-perbuatan yag maksiat kerana dari fahaman Hanafi, ini hanya cabang-cabang dari kekuatan iman seseorang itu.

    Bagi Hanafi yang pentingnya fahaman perdunya iaitu bila seseorang itu sudah melatih dirinya mentaati guru dan ibubapanya, maka peribadinya dan jiwanya akan baik dan bersih. Bila rohnya bersih maka senanglah ia menghadapi Tuhan yang Esa dan dengan sendirinya dapat menjauhkan dirinya dari melakukan perbuatan-perbuatan maksiat.

    Syarat-syarat Mempelajari Seni Silat Cekak

    Seorang yang ingin mempelajari Silat Cekak, mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, kerana mereka dianggap sudah mempunyai fikiran yang matang dan waras.

    Kanak-kanak tidak dibenarkan mempelajari silat ini, kerana silat ini bukanya silat permainan tetapi silat untuk bergaduh, iaitu silat untuk mempertahankan diri. Tambahan pula kanak-kanak tidak menggunakan fikiran yang waras, mungkin kerana salah sedikit terus dicabar lawannya untuk bergaduh. Ini boleh membawa mudarat.

    Silat Cekak digunakan hanya untuk mempertahankan diri, bukanya untuk menujukkan kehandalan. Kerajaan pun untuk mengambil anggota keselamatan – askar dan polis, mensyaratkan seseorang itu mestilah sekurang-kurangnya 18 tahun untuk diberikan senjata api.

    Sebelum-sebelum ini Silat Cekak tidak mengambil ahli-ahli perempuan bagi mempelajari silat ini, walaupun pernah satu ketika dulu ada wanita-wanita yang telah mempelajarinya. Tetapi perkara yang tidak diingini telah berlaku. Silat Cekak tidak mahu kepada keburukan, jadi bagi mengatasinya Silat Cekak tidak mengambil kaum wanita. Wanita memang susah untuk dikawal kerana mereka cepat menurut perasaan.

    Syarat kedua mestilah menjadi ahli Persatuan yang menaungi Silat Cekak. Mereka dikenakan bayaran masuk dan yuran bulanan. Pembayaran ini digunakan untuk urusan pentadbiran pejabat, kerana persatuan tidak dapat bergerak tanpa sumber-sumber kewangan dari ahli-ahlinya.

    Penuntut-penuntut yang mempelajari Silat Cekak juga dikenakan 'pengkeras'[Syarat bayaran sejumlah wang utk Pendaftaran Pembelajaran] guru dan juga yuran belajar selama enam bulan sahaja. Tetapi dalam hal-hal keugamaan umpamanya, dengan mengadakan ceramah-ceramah ugama dan khusus-khusus Tauhid tidak dikenakan apa-apa bayaran kerana dalam ugama tidak boleh menuntut apa-papa bayaran walaupun sesen. Silat dikenakan bayaran kerana ia pakaian dunia, maka bolehlah ianya dikenakan yuran.

    Syarat-syarat untuk mempelajari silat ini tidaklah menyusahkan bagi mereka yang berminat. Dalam tempoh masa dua belas tahun silat ini dilahirkan, ada sahaja orang-orang Islam yang mahu mempelajari. Ada di antara mereka datang sendiri ke pejabat persatuan setelah mendengar ceramah-ceramah dan melihat pertunjukan silat ini untuk mempelajari Silat Cekak.

    Matlamat Seni Silat Cekak

    Silat Cekak mempunyai faedah-faedah yang besar kepada generasi baru. Bersilat bukan kerana silat sahaja tetapi mempunyai tujuan-tujuannya tersendiri. Antaranya ialah:

    1. Menghidupkan, memperkenalkan serta mempersebatikan pusaka bangsa yang merupakan seni kebudayaan keturunan yang hampir dilupakan.

    2. Menanamkan perasaan cinta dan kasih akan hak dan warisan mutlak yang hampir dilupakan.

    3. Menanamkan semangat bahawa kitalah yang bertanggunjawab menjaga diri sendiri, tanpa bergantung kepada orang lain.

    4. Memberi pengertian tujuan dan matlamat bersilat, juga tujuan dan mengapa hidup serta matlamat sebenar hidup itu.

    5. Membasmi dan menentang tahyul dan khurafat yang tidak sesuai dengan iktikad Islam.

    6. Menanamkan semangat dan roh Islam sebagai pegangan bagi menghadapi semua keadaan, masa senang, susah, berhadapan dengan kekasih, mahupun dengan musuh.

    7. Memberi kefahaman supaya dapat membezakan yang salah dengan betul, mana dunia dan mana akhirat, mana yang sah dan mana yang batal. Lebih tegas lagi membezakan yang mana ‘khalik’ dengan yang makhluk sehingga menjadi ‘Arifbillah’. Dengan fahaman ini barulah ilmu silat dapat memberi faedah yang besar supaya tidak bertindak mengikut emosi. Bertindak kerana yang hak dan kebenaran, baharulah mendapat pertolongan dari Allah.

    Jadi jelaslah di sini Silat Cekak mempunyai tujuan-tujuan yang tertentu di samping menjaga diri ia juga sebagai alat untuk mendidik belia-belia Islam supaya menjadi insan yang sebenarnya.

    Fahaman-fahaman ini sebenarnya diberikan oleh guru Silat Cekak ini sendiri melalui ceramah-ceramah agama, dan khusus-khusus tauhid, supaya mereka menjadi lebih 'confident' untuk hidup.

    Lambang Seni Silat Cekak

    Lambang silat ini telah direka oleh Hanafi sendiri, di masa mula-mula melahirkan kembali silat ini.

    Lambang Silat Cekak ialah bulat. Disekelilinginya terdapat bintang pecah dua puluh satu yang bererti kaedah Silat Cekak mempunyai 21 buah-buah untuk mempertahankan diri.

    Segemal padi, bererti silat ini lahir dari masyarakat petani yang resminya makin berisi makin tunduk.

    Oleh itu silat ini tidak sesuai bagi mereka yang berjiwa sombong, bongkak, takbur dan khianat.

    Padi juga bermakna, untuk hidup kita perlu makan nasi, oleh itu untuk hidup juga perlulah mempelajari Silat Cekak untuk menjaga keselamatan diri.

    Dua bilah parang lading bererti senjata rasmi Silat Cekak yang merupakan senjata asli Melayu yang khas digunakan untuk mempertahankan diri.

    Tulisan Muhammad Ahmad bertimbal balik bermaksud tekanan asuhan rohani dan jasmani (Shariat dan Hakikat).

    Pemimpin Agung Silat Cekak Hanafi

    E-mail Cetak PDF

    Allahyarham Ustaz Hj. Hanafi Haji Ahmad, bagi penuntut Silat Cekak Hanafi merupakan pemimpin agong dalam dunia persilatan Melayu. Pemimpin agong bermaksud, beliaulah orang yang menghidupkan kembali pusaka bangsa seni bela diri orang Melayu yang mampu menjaga diri dan membela diri pengamal-pengamalnya. Ini dibuktikan, apabila Silat Cekak ini dilahirkan kembali pada malam 5 Ramadhan 1385 hijrah, bersamaan dengan 28 Disember 1965. Pemimpin agong juga bermaksud, beliaulah orang yang pertama dapat menggunakan keseluruhan daya kreativiti yang dikurniakan Allah untuk menggubal satu jenis sistem pelajaran dan pembelajaran persilatan dan tatacara persilatan yang tersusun dan dapat dinilai oleh orang ramai tentang kelebihan dan keupayaan silat Melayu sebagai senjata mempertahankan diri. Akhir sekali, pemimpin agong juga bermaksud, beliaulah orang yang berjaya meletakkan seni silat Melayu yang sesuai dengan pengurusan organisasi moden.


    Ustaz Hanafi Hj. Ahmad, anak jati Kedah. Lahir di Kampung Sungai Baru, Mukim Gunung, Alor Setar, Kedah pada tahun 1923. Sesuai dengan zaman ketika itu beliau mendapat pendidikan awal di sekolah aliran Melayu Kampung Gunung , Alor Setar, Kedah dan seterusnya belajar agama di beberapa buah pondok dengan beberapa orang Tok Guru Ulamak di Kedah.
    Ustaz Hanafi Haji Ahmad menyedari bahawa kefahaman yang tulen terhadap Allah s.w.t. dan dengan hanya mengikut sunnah Rasulullah, beliau sanggup mengorbankan masa mudanya mendalami bidang-bidang keagamaan dengan beberapa orang guru yang terkemuka di seluruh tanah air hingga ke Singapura. Proses pembelajaran untuk menjadi hamba Allah yang sebenarnya itu, memerlukan beliau menjadi murid setia suruhan, menjual apam balik, menjual ubatan tradisional dan merantau seluruh tanah air mencari guru yang sebenar-benar guru. Berkat usaha dan kesabaran beliau akhirnya dengan izin Allah, Ustaz Hanafi Haji Ahmad, bertemu dengan Tok Guru Pak Haji Zain bin Abdul Rahman, yang berjaya menjelaskan dan menyimpulkan hakikat ketuhanan kepada Allah Taala dengan menggunakan kitab Hikam Ibni Ataillah.
    Perjuangan menuntut kemerdekaan mengimbau jiwa nasionalisme Ustaz Hanafi Haji Ahmad memperjuangkan hak budaya bangsa orang Melayu. Bidang yang sesuai dengan jiwanya sebagai anak watan Melayu ialah bidang persilatan Melayu. Ustaz Hanafi yakin bahawa orang Melayu juga mempunyai seni bela diri yang tidak kalah mutunya dibandingkan dengan seni bela diri bangsa lain. Kajian yang terperinci telah dilakukan terhadap pelbagai seni bela diri orang Melayu. Proses pencarian untuk mendapatkan silat yang benar -benar bertanggungjawab membela diri juga memerlukan Ustaz Hanafi Haji Ahmad sekali lagi merantau, menjadi murid suruhan guru, menuntut pelbagai ilmu bela diri orang Melayu dan menjual ubatan seluruh tanah air. Akhirnya dengan izin Allah beliau bertemu dengan En. Yahya Said yang mempunyai sejenis beladiri yakni Silat Cekak yang menunggu untuk menurunkan silat ini kepada yang hak.
    Penguasaan Bahasa Melayunya yang baik merupakan aset bagi beliau mengungkapkan kembali dalam bahasa yang ringkas lagi tepat, seperti yang terbukti dalam pantun Silat Cekak dan falsafah Silat Cekak.
    Beliau juga merupakan orang yang bertanggungjawab memberikan harapan dan keyakinan baru kepada Silat Melayu supaya dipelajari oleh orang Melayu sendiri sebagai warisan budaya bangsa yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Sebagai tokoh pengurusan persilatan yang dinamis, beliau menggunakan seluruh kemahiran dan pengetahuannya bagi memberikan dinamisme baru kepada wajah seni silat Melayu dalam satu organisasi persilatan. Nyata sekali, sebahagian besar kejayaan Silat Cekak dipelajari oleh mesyarakat Melayu adalah hasil visi Ustaz Hanafi Haji Ahmad; pemimpin agung Silat Cekak. Kini, Silat Cekak Hanafi dapat dipelajari di semua institusi pengajian.
    Musuh mahupun kawan, anak murid yang bersopan mahupun yang tidak bersopan, terpaksa mengakui dan menghargai beliau sebagai guru utama yang berkaliber dan pengurus yang bijak, berani dan cekal.
    Ustaz Hanafi Hj. Ahmad pulang ke Rahmatullah pada 13 Ogos 1986 di Kuala Lumpur pada usia 63 tahun. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalakn nama . Beliau meninggalkan seorang balu Maimunah Haji Othman dan enam orang anak. Perjuangan beliau diteruskan oleh Mohd. Radzi bin Hanafi sahingga 13 Ogos 2006.
    "Percakapan dan perbuatannya sama. Dalam apa jua perbuatan, Allahyarham mempraktikkannya dulu sebelum mendidik. Percakapan dan pandangannya mudah difahami serta selaras dengan tujuan hidup, Allahyarham juga bijak menyesuaikan diri dengan keadaan. Ada ketika menjadi guru, ada ketikanya menjadi bapa dan pada satu ketika yang lain seperti seorang sahabat." ~Pandangan En. Mohd. Radzi b. Hj Hanafi, Mantan Gutu Utama, Silat Cekak Hanafi terhadap pemimpin agung Silat Cekak, Allahyarhan Ustaz Hanafi Hj. Ahmad.
    PENDIDIKAN
    1929Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Gunung, Alor Setar, Kedah.
    1933Memasuki sekolah pondok di Kampung Alor Gonchar, Mukim Gunung, Alor Setar, Kedah di bawah pengawasan guru Hj. Osman bin Lebai Zain.
    1936Memasuki Sekolah pondok Guar Chempedak, Gurun Kedah. Pelajaran agama dikendlikan oleh Hj. Abdul Majid dan pelajaran Arab pula diajar oleh guru Yahya bin Jonid.
    Belajar sendiri dengan guru berikut:
    Hj. Bukhari bin Hassan dari Batu 4 1/4, Kampung Pinang, Mukim Pengkalan Kundur, Alor Setar, Kedah.
    Hj. Hanafiah - Bapa saudara beliau dari Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.
    Hj. Lah dari Chegar, Pantai Johor, Kedah.
    Berguru dengan Pak Ngah Shariff yang dikenali sebagai orang handal di Kedah ketika itu. Untuk mendapatkan ilmu, beliau kena menjadi orang suruhan guru terlebih dahulu, dengan membuat kerja-kerja berat, seperti memotong kayu, mencangkul dan be rsawah. Dimasa lapang barulah Pak Ngah Shariff mengajari ilmu mempertahankan diri dan ilmu kebatinan ( ilmu ketuhanan ).
    Mendapatkan pengalaman melalui merantau, pernah berbincang masalah dengan :
    Che Salleh bin Hj. Abdul Rahman Limbong di Terengganu.
    Kiyai Muhammad Fadlullah Suhaimi dari Singapura bertemu di Pahang.
    Sheikh Osman Cincin dari Perak yg Kononnya masyhur dengan ilmu kebal.
    Abdullah Salleh - terkenal dengan Che Lah Keramat masyhur dengan ilmu perubatan tradisional di Terengganu.
    Bertemu dengan seorang guru bernama Pak Hj. Zain bin Abdul Rahman. Beliau menyedari inilah guru yang dicari-cari selama ini yg dapat membuat kesimpulan dalam ilmu ketuhanan ( Ilmu Tauhid ).
     Kitab yang diajar oleh Pak Hj. Zain ialah Kitab Hikam Ibni Ataillah.

    PENGALAMAN
    Menjual ubat diseluruh tanahair.
    Bergiat dalam bidang politik dalam tahun 40 an. Pernah memasuki Parti Seberkas dan Parti Negara pimpinan Allahyarham Dato' Onn Jaafar.
    Pengarah zakat pada tahun 1963 di Pejabat Agama Negeri Kedah.
    Menjual apam balik di Yala, Siam dan Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah.
    Memimpin Seni Silat Cekak mulai 1965 sehingga Ogos 1986.


    Permainan Senjata Rasmi Silat Cekak
     [Parang Lading]:
    👇 👇 👇
    https://lading-emas.blogspot.com/2011/07/cerpen-lading-masih-di-tangan.html


    👉  SENI SILAT CEKAK   https://lading-emas.blogspot.com/2011/08/silat-cekak-ustaz-hanafi-malaysia.html




    👉 SENI LADING  https://www.youtube.com/watch?v=dJ0PTDLoM0k 


    👉 MELAYU KEBAL  https://lading-emas.blogspot.com/2020/01/ilmu-kebal-dan-ilmu-yg-mencarik-adat.html 


    👉 ILMU KEBAL https://lading-emas.blogspot.com/2020/01/ilmu-kebal-anti-tembak.html 


    👉  Misteri Sejarah Kini ('',) 


    👉  SEJARAH TAK PERNAH MENIPU... TETAPI MANUSIA...







    WallahuA’lam.. والله أعلم
     Ø§َللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ وسَلاٌِÙ… عَÙ„ٓÙ‰ سَÙŠٌِدِناَ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ï·º 

    📮 ❤️Sharing is Caring❤️


    . .

    ~***~LadingEMAS~***~

    No comments:

    Post a Comment