Wednesday, April 7, 2010

Sifat 20 Tuhan [Allah SWT]




20 Sifat Yang Wajib Haknya 

Allah Taala

Adapun Sifat 20 itu di bahagi atas empat perkara.


Mana dia?
Iaitu Nafsiyah – Salbiayah – Ma’ani – Ma’nawiyah.


Pasal apa dibahagi empat?
Kerana mengikut syariatnya, sifat 20 itu sudah dibahagi empat bahagian.


Apa pasal?
Pasal nak cari undang-undang sifat.


Telah bersabda Nabi Muhammad SAW Awaluddin makrifatullah – 
Ertinya awal-awal agama itu mengenal Allah.


Maka dari itu hendaklah kita ketahui barang yang wajib pada haq Allah Taala – 
dan yang mustahil atasnya, dan yang harus baginya.


Juga barang yang wajib pada haq Rasulullah – 
dan yang mustahil atasnya dan yang harus baginya iaitu :


20 sifat yang wajib – 20 sifat yang mustahil – 1 harus


Kerana ia menjadi asal segala ilmu – ilmu usulluddin – ilmu tauhid – ilmu sifat – ilmu kalam dan ilmu 68 aqoo edul iman.


Yang mana telah diwajibkan di atas orang islam semua mempelajarinya.




Sifat 20

Sifat Wajib
Tulisan Arab
Maksud
Sifat
Sifat Mustahil
Tulisan Arab
Maksud
Wujud
ﻭﺟﻮﺩ
Ada
Nafsiah
Adam
ﻋﺪﻡ
Tiada
Qidam
ﻗﺪﻡ
Dahulu
Salbiah
Haduth
ﺣﺪﻭﺙ
Baharu
Baqo’
ﺑﻘﺎﺀ
Kekal
Salbiah
Fana
ﻓﻨﺎﺀ
Binasa
Mukhalafatuhu lilhawadith
ﻣﺨﺎﻟﻔﺘﻪ ﻟﻠﺤﻮﺍﺩﺙ
Bersalah-sahan-Nya bagi segala yang baharu
Salbiah
Mumathalatuhu lilhawadith
ﻣﻤﺎﺛﻠﺘﻪ ﻟﻠﺤﻮﺍﺩﺙ
Bersamaan bagi-Nya dengan suatu yang baharu
Qiamuhu binafsih
ﻗﻴﺎﻣﻪ ﺑﻨﻔﺴﻪ
Berdiri-Nya dengan sendiri
Salbiah
Qiamuhu bighairih
ﻗﻴﺎﻣﻪ ﺑﻐﻴﺮﻩ
Berdiri-Nya dengan yang lain
Wahdaniat
ﻭﺣﺪﺍﻧﻴﺔ
Asa
Salbiah
Ta'addud
ﺗﻌﺪﺩ
Berbilang-bilang
Qudrat
ﻗﺪﺭﺓ
Berkuasa
Ma'ani
Ajzun
ﻋﺟﺰ
Lemah
Irodat
ﺇﺭﺍﺩﺓ
Berkehendak menentukan
Ma'ani
Karahah
ﻛﺮﺍﻫﻪ
Benci iaitu tidak menentukan
Ilmu
ﻋﻠﻢ
Mengetahui
Ma'ani
Jahlun
ﺟﻬﻞ
Bodoh
Hayat
ﺣﻴﺎﺓ
Hidup
Ma'ani
Al-Maut
ﺍﻟﻤﻮﺕ
Mati
Samak
ﺳﻤﻊ
Mendengar
Ma'ani
As-Summu
ﺍﻟﺻﻢ
Pekak
Basar
ﺑﺼﺮ
Melihat
Ma'ani
Al-Umyu
ﺍﻟﻌﻤﻲ
Buta
Kalam
ﻛﻼ ﻡ
Berkata-kata
Ma'ani
Al-Bukmu
ﺍﻟﺑﻜﻢ
Bisu
Qoodirun
ﻗﺎﺩﺭ
yang berkuasa
Ma'nawiyah
ajizan
ﻋﺎﺟﺰﺍ
yang lemah
Muriidun
ﻣﺮﻳﺪ
yang berkehendak menentukan
Ma'nawiyah
kaarihan
ﻛﺎﺭﻫﺎ
yang benci iaitu tidak menentukan
Aaliman
عالم
yang mengetahui
Ma'nawiyah
jahilan
ﺟﺎﻫﻼ
yang jahil
Hayun
حي
yang hidup
Ma'nawiyah
mayitan
ﻣﻴﺘﺎ
yang mati
Samiion
سميع
yang mendengar
Ma'nawiyah
asamma
ﺃﺻﻢ
yang tuli
Basiirun
بصير
yang melihat
Ma'nawiyah
a'maa
ﺃﻋﻤﻰ
yang buta
Mutakallimun
متكلم
yang berkata-kata
Ma'nawiyah
abkam
ﺃﺑﻜﻢ
yang kelu




20 sifat yg WAJIB bagi haqnya Allah Taala



1. Wujud – ertinya ADA – maka mustahil tiada – dalilnya Firman Allah Taala
الله الذ ي ﺨلق السموا ت والارض وما بينهما (Allahullazi halaqos samawatii wal ardhi wama baina huma ertinya Allah Taala jua yang menjadikan tujuh lapis langit dan bumi dan barang di antara keduanya).
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia ingat pada tuhan Allah Taala tiap-tiap yang maujud adanya.


2. Qidam – ertinya SEDIA – maka mustahil baharu – dalilnya Firman Allah Taala
هو الاول والاخر (Hu wal awalu wal akhiru ertinya Allah Taala jua yang terdahulu dan ia jua yang terkemudian).
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia memberi syukur pada Allah yang menjadikannya mukmin dan muslim dengan taufiqnya adanya.
“ Dialah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Lahir dan Yang Batin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu”
 (Al Hadiid:3)


3. Baqo’ – ertinya KEKAL – maka mustahil binasa – dalilnya Firman Allah Taala
ويبقي وجه ربك ذالجلال والاكرام (wa yabqo wajhu rabbukaa zal jalalii wal ikhram ertinya kekal zat tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan).
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia ingat yang ia akan mati kerana boleh ia banyak istigfar – taubat pada Allah Taala adanya.
”Tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali Allah. Bagi-Nya lah segala penentuan, dan hanya kepada-Nyalah kamu dikembalikan.” 
 (al-Qashash: 88).


4. Muhalafatuhu lil hawadis – ertinya bersalah-salahan Allat Taala bagi segala yang baharu – maka mustahil bersamaan Allah Taala dengan segala yang baharu –
 dalilnya Firman Allah Taala ليس كمڽله شيئ (laisa kamislihii saiun ertinya tiada seumpama Allah Taala sesuatu).
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia banyak memberi tasbih pada Allah Taala jua adanya.
”Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” 
(QS. As-Syura : 11).


5. Qiamuhu Taala binafsih – ertinya BERDIRI Allah Taala dengan sendirinya – maka mustahil tiada berdiri dengan sendirinya – dalilnya Firman Allah Taala
ان الله لغني عن العالمين (innallahaa la ngannii anil aalamin ertinya Bahawasanya Allah Taala sesungguhnya kaya daripada sekalian alam).
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia menyatakan hajatnya dan fakirnya kepada Allah Taal adanya.
”Sesungguhnya Allah SWT benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.” 
(al-Ankabut : 6).


6. Wahdaniat – ertinya ASA. Asa Zatnya –asa sifatnya – asa af’alnya – asa asmanya – maka mustahil berbilang-bilang zatnya – dalilnya Firman Allah Taala قل هو الله احد (qul huwallahu ahad ertinya katakan olehmu ya Muhammad – Allah Taala Tuhan yang asa).
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia melihat af’al Allah Taala jua atas tiap-tiap sesuatu kejadian adanya.
“Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah, tentulah keduanya itu Telah rusak binasa. Maka Maha Suci Allah yang mempunyai ’Arsy daripada apa yang mereka sifatkan.” 
(al-Anbiya’: 22).


7. Qudrat – ertinya BERKUASA– maka mustahil lemah – dalilnya Firman Allah Taala
ان الله كل شيئ قدر (innallahaa kulli saiin qadir ertinya Bahawa Allah Taala atas tiap-tiap sesuatu yang amat berkuasa).
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia tawadduk, maka tiada takbur dan tiada membesarkan diri dan banyak takut kepada Allah Taala.
”Dan tiada sesuatu pun yang dapat melemahkan Allah baik di langit maupun di bumi. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” 
  (al-Fatir: 44).


8. Irodat – ertinya BERKEHENDAK– maka mustahil benci – dalilnya Firman Allah Taala
فعال لما يرد (fa'allu lima yuriid ertinya berbuat Allah Taala bagi barang yang ditentukannya).
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia memberi, syukur kepada Allah Taala atas tiap-tiap nikmat dan sabar atas tiap-tiap bala di dunia adanya.
” Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya: “Kun (jadilah)”, maka jadilah ia.”
 (an-Nahl: 40).


9. Ilmu – ertinya TAHU– maka mustahil jahil – dalilnya Firman Allah Taala
والله بكل شيئ عليم (wallahu bikulli saiin aalim ertinya bermula Allah Taala dengan tiap-tiap sesuatu yang amat mengetahui).
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia amat takut membuat maksiat – kerana tuhannya mengetahui akan halnya itu adanya.
“Dan Allah memiliki kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu basah atau kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)” 
[Al An’aam:59]


10. Hayat – ertinya HIDUP– maka mustahil mati – dalilnya Firman Allah Taala
وتوكل على الحي الذي لايموت
(watawakkal aalal haiyyallazi laa yamuutu ertinya serahkan olehmu akan dirimu kepada tuhan yang hidup yang tiada mati).
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia menyerahkan dirinya kepada Allah Taala adanya.
”Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yg Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yg dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yg di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar”
 (al-Baqarah: 255).


11. Samak – ertinya MENDENGAR– maka mustahil tuli – dalilnya Firman Allah Taala
والله سميع عليم (wallahu samiiun aalim ertinya bermula Allah Taala yang amat mendengar dan amat mengetahui).
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia tiada berkata perkataan haram – sebab tuhannya mendengar segala perkataannya.
“Janganlah kamu berdua khawatir, sesungguhnya Aku beserta kamu berdua, Aku Maha mendengar dan Maha melihat”. 
(Thaha: 46).


12. Basar – ertinya MELIHAT– maka mustahil ia buta – dalilnya Firman Allah Taala
والله بصيربما تعملون (Wallohu Basiirun bimaa ta’malun ertinya bermula Allah Taala yg amat melihat akan sesuatu  perbuatan).
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia tiada membuat maksiat sebab tuhannya melihat akan perbuatannya.
“Tidak ada sesuatupun yg serupa dengan Dia, dan Dia-lah Yg Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” 
  (as-Syura: 11).


13. Kalam – ertinya BERKATA-KATA– maka mustahil kelu – dalilnya Firman Allah Taala
وكلم الله موسى تكليما
(Wakal lamal loohu Muusa tak liimaa ertinya berkata-kata Allah Taala akan nabi Musakan sempurna perkataan).
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia memberi zikir pada Allah Taala dengan pengharapan sebutnya Allah Taala padanya.
”…Dan Allah telah berbicara kepada Musa dengan langsung”. 
(An-Nisâ: 164).


14. Qoodirun – ertinya YANG BERKUASA – maka mustahil yang lemah – dalilnya Firman Allah Taala iaitu dalil sifat Qudrat.
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia banyak takut kepada tuhannya yat amat berkuasa serta lagi besar pengharapan kepadanya dengan segala kebajikan adanya.


15. Muriidun – ertinya YANG BERKEHENDAK – maka mustahil yang benci – dalilnya Firman Allah Taala iaitu dalil sifat Irodat - adanya.
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia sentiasa banyak berpinta doa pada tuhannya dengan segala bahaya dunia dan akhirat jua adanya.


16. Aaalimun – ertinya YANG MENGETAHUI – maka mustahil ia jahil – dalilnya Firman Allah Taala iaitu dalil sifat Ilmu.
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia sentiasa meminta pertolongan daripada Allah Taala dalam tiap-tiap hal ehwalnya dan peliharaan daripada tiap-tiap kejahatan dunia dan akhirat - adanya.


17. Hayun – ertinya YANG HIDUP – maka mustahil yang mati – dalilnya Firman Allah Taala iaitu dalil sifat Hayat.
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia sentiasa banyak tawakkalnya kepada Allah Taala di dalam segala hal ehwalnya – yakni menyerahkan diri kepadanya.


18. Samiion – ertinya YANG MENDENGAR – maka mustahil yang tuli – dalilnya Firman Allah Taala iaitu dalil sifat Samak adanya.
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia sentiasa banyak segala puji-pujian kepada Allah Taala dan banyak syukur kepadanya dan banyak meminta doa kepadanya.


19. Basiirun – ertinya YANG MELIHAT – maka mustahil yang buta – dalilnya Firman Allah Taala iaitu dalil sifat Basar.
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia sentiasa banyak malu kepada tuhannya yang melihat akan dia membuat dosa atau fardhu jua adanya.


20. Mutakallimun – ertinya YANG BERKATA-KATA – maka mustahil yang kelu – dalilnya Firman Allah Taala iaitu dalil sifat Kalam.
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia sentiasa banyak membaca quran dengan kyusuk dan hormat Ta’zim dan Tajwid – maka bukan dengan Adu Qiro’ at adanya.





Sifat 20 dibahagi empat bahagi
Nafsiyah
Salbiyah
Ma’ani
Ma’nawiyah
Wujud
Qidam
Qudrat
Qoodirun
Baqo
Irodat
Muriidun
Muhalafatuhu lil hawadis
Ilmu
Aalimun
Qiamuhu binafsih
Hayat
Hayun
Wahdaniat
Samak
Samion
Basar
Basirun
Kalam
Mutakallimun


8/1/66 - ما هو شفاء ورحمة للمو منين (maahuwaa syifaa on waroh matul lil mukminiin) ertinya – apa dia penawar bagi orang mukmin?




Sifat 20 itu dibahagi atas 4 perkara.

Pertama Hendaklah dijaga Sifat Salbiyah
Kedua Sifat Ma’ani
Ketiga Sifat Ma’ani, Ma’nawiyah – sudah lepas di sini
Keempat Sekarang ada dekat mana ?
Tahu di mana ada ini satu2 barang – satu2 barang inilah yg dicarik – itu engkau jangan main-main.



WujudSifat Nafsiyah

Apa erti Wujud? Inilah yang hendak di jaga – jangan layak jangan banding –
Sifat yg menetetapkan adanya Allah dan menunjukkan kpd ZatNya Allah  tanpa ada sesuatu tambahan pada Zat.

Maksud sifat yg tetap adalah : Adanya sifat tersebut pada Zat Allah yg menunjukkan Allah itu ada, bukan sprti sifat salbiyah, sbb sifat salbiyyah tidak tetap pada Zat, ttpi hanya menolak sifat² yg tidak patut dan layak kpd ZatNya Allah s.w.t.

Iaitu ZAT WAJIBAL WUJUD – selama2nya tiada dikeranakan dgn "suatu kerana."


Apa kehendaknya?
Iaitu Zat Wajibal Wujud selama2nya tiada dikeranakan dgn "suatu kerana"

”Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yg telah menciptakan langit dan bumi dlm enam masa, lalu Dia beristawa di atas Arasy. Dia menutupkan malam kpd siang yg mengikutinya dgn cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang² (masing²) tunduk kpda perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam”.( Al-A’râf: 54).









23/5/66
Wujud – Sifat nya Nafsiyah.
Apa erti Wujud? Inilah yg hendak dijaga jangan layak jangan banding.


Macam mana kita nak menjaga itu barang tadi, agar Jgn layak Jgn banding.
Apa macam dia punya undang²? 
Iaitu Zat Wajibal Wujud selama²nya, tiada di keranakan dgn "suatu kerana". Itu Undang² dia.


Kalau sudah dikeranakan dgn suatu krna, atau pun sudah layak atau sudah banding dgn sesuatu yg lain, maknanya perkara itu sudah menyalahi sbgimna  kehendaknya Nafsiyah.


Jadi – siapa yg menjaga itu tadi?
Sifat mesti jaga, iaitu sifat Nafsiyah mesti jaga.


Macam mana Sifat nak jaga?
Macam mana Sifat itu nak menjaga Nafsiyah?
Macam mana Sifat itu punya peranan nak jaga itu Nafsiyah?
Iaitu Sifat itu kita mesti jaga, pasal Sifat itu ada pada kita.
Sifat kita mesti jaga, jangan layak, jangan banding.


Macam mana sifat itu nak jaga!
Iaitu Sblum berbunyi, sifat mesti jaga dulu, jangan melayakkan dan jangan banding.
Macam mana?
Bila hukum nafi tadi, sifat jangan buka.
Bila sifat sudah buka, bermakna sudah layak sudah banding, pasal sifat tak jaga.


Apa macam! Kalau awak membunyikan kalimah Allah ini tadi. Kalau awak tak jaga!
Bermakna sudah layak sudah banding.
Siapa yg nak jaga!


Sifat lah. Sifat jaga dulu sebelum membunyikan nama dia.



Sifat Salbiyah
  1. Qidam
  2. Baqo’
  3. Muhalafatuhu lil hawadis
  4. Qiamuhu binafsih
  5. Wahdaniat

Iaitu sifat yg menolakkan atau menafikan suatu yg tiada layak bagi Zat Allah .
sbb Allah Maha sempurna dan tidak memiliki kekurangan.


Sifat Salbiyyah
Sifat Salabiyyah adalah sifat yg menolak segala sifat² yg tidak layak dan patut bagi Allah SWT, sebab Allah Maha sempurna dan tidak memiliki kekurangan.

Sifat Salbiyyah ada lima sifat :

1 - Qidam

 Sifat Qidam menolak adanya permulaan bagi Allah SWT, dgn kata lain adanya Allah SWT tidak didahului oleh tidak ada, mustahil bagi Allah bermula dgn tidak ada.

 Allah berfirman :

هُوَ ٱلأَوَّلُ وَٱلآخِرُ وَٱلظَّاهِرُ وَٱلْبَاطِنُ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Artinya : “ Dialah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Lahir dan Yang Batin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu” (Al Hadiid:3)

2 - Baqa`

Sifat Baqa` menolak adanya kesudahan dan kebinasaan Wujud Allah SWT, mustahil bagi Allah bersifat Fana` atau binasa.

Allah berfirman :



كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلاَّ وَجْهَهُ لَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ  

Artinya : ”Tiap² Ssuatu pasti binasa, kecuali Allah. Bagi-Nya lah segala penentuan, dan hanya kepada-Nyalah kamu dikembalikan.” (al-Qashash: 88).

3 - Mukhalafatu Lil Hawadith

Mukhalafatu Lil Hawadith ( Berbeda dgn yg baharu ) adalah sifat yg menolak adanya persamaan Zat, Sifat dan Perbuatan Allah dgn Zat, sifat dan perbuatan baharu, dgn makna lain Allah tidak sprti makhluknya.

Allah berfirman :



لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Artinya : ”Tidak ada Ssuatupun yg serupa dgn Dia, dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (QS. As-Syura : 11).

4 - Qiyamuhu Bi Nafsih

Qiyamuhu Bi Nafsih ( Berdiri Allah dgn sendiri-Nya ), sifat ini menolak adanya Allah berdiri dgn yg lainnya, dgn makna lain, Allah tidak memerlukan bantuan dan pertolongan dari yg lainnya, bahkan Allah berdiri sendiri, tidak memerlukan pencipta sbb Dia Maha Pencipta, tidak memerlukan pembantu sbb Dia Maha   Kuasa, tidak memerlukan tmpt sbb Dia yg menjadikanya, tidak memerlukan waktu dan masa sbb di kekuasaan-Nyalah waktu dan masa.




إِنَّ اللهَ لَغَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ

Artinya : ”Ssgguhnya Allah SWT benar² Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.” (al-Ankabut : 6).

5 - Wahdaniyyah

Wahdaniyyah ( Esa ), maknanya adalah Allah memiliki yg Maha Esa, Esa pada Zat, Esa padasifat dan Esa pada perbuatan, sifat ini menolak adanya yg lima :

a - Zat Allah tidak tersusun dari bbrpa unsur ataupun anggota badan.
b - Tidak ada satupun Zat yg sama sprti Zat-Nya Allah.
c - Sifat Allah tidak terdiri dari dua sifat yg sama, sprti adanya dua Qudrah.
d - Tidak ada satupun  sifat di dunia ini yg sama sprti sifat Allah.
e - Tidak ada satupun di dunia ini yg sama sprti perbuatan Allah.

Dgn kata lain Allah tidak memiliki Zat Esa, tidak ada seOrg makhluk pun yg sama Zatnya dgn Allah, Allah memiliki Sifat yg Esa, tidak ada seOrg pun yg bersifat dgn sifat Allah, Allah memiliki perbuatan yg Esa, tidak ada di dunia ini yg sama perbuatannya dgn Allah.

Allah berfirman :
لَوْ كَانَ فِيهِمَا ءَالِهَةٌ إِلاَّ اللهُ لَفَسَدَتَا فَسُبْحَانَ اللهِ رَبِّ الْعَرْشِ عَمَّا يَصِفُونَ

Artinya : “Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan² selain Allah, tentulah keduanya itu Telah rusak binasa. Maka Maha Suci Allah yg mpnyai ’Arsy drpd apa yg mereka sifatkan.” (al-Anbiya’: 22).

15/5/66 – Salbiyah di dlm matahati


Apa kehendaknya?
Iaitu sifat yg menolakkan / menafikan barang yg tiada layak bagi zat tuhan.


Makanya MATAHATI


Luka di tangan nampak berdarah, luka dihati siapa tau!


Macam mana kita nak buat itu!
Di mana letaknya itu sifat?
Sifat itu letaknya pada sifat Ma’ani. 
Sifat memberi khabar, iaitu mberi khabar pd Ma’ani, iaitu Samak, Basar, Kalam. 
Kalau tak jaga, dia akan rosak.


ALLAH TAALA itu bukannya baharu tapi Qidam [sedia.]
ALLAH TAALA itu bukannya binasa tapi Baqo [kekal.]
ALLAH TAALA itu bukannya boleh diumpamakan tapi muhalafatuhu lil hawadis [tak boleh di umpama.]
ALLAH TAALA itu bukannya berdiri dgn yg lain tapi Qiamuhu Taala binafsih [berdiri dengan sendirinya.]
ALLAH TAALA itu bukannya berbilang² tapi Wahdaniat [asa.]

Jadi kita tahu, makamnya pada matahati.


Macam mana kita nak tolak? Sedangkan makamnya di dlm matahati?
Jaga mata kepala, supaya matahati tidak rosak.

Macam mana nak jaga?
Iaitu apabila kita nampak sesuatu yg menyalahi drpd agama itu tadi, itu kita kena tolak.
Kalau kita pandang juga, maknanya kita tak tolak.
Jadi kalau kita tepandang perkara² yg tidak betul maka kita alihkan pandangan kita.
Kalau kita dengar Org bercerita tak senonoh, kita angkat kaki, jalan.
Jangan tunggu, kalau kita tunggu juga, kita pun sama dgn dia, 2 x 5 dgn 5 x 2.


Apabila kita tak tolak, matahati kita rosak krna ia tertakluk kpda sifat Samak / Basar / Kalam.


Jadi apabila kita pandang tadi, dia pergi pada Basar. 
 Jadi kita tolak, supaya matahati tidak rosak shgga kita tua pun, matahati kita tetap terang.


Macam doctor yg betulkan mata Org, matahati dia sendiri pun rosak.


Macam mana yg dikatakan sifat menolak?
Dlm sifat Nafsiyah, satu saja iaitu Wujud.
Dlm Salbiyah 5 iaitu Qidam, Baqo’, Muhalafatuhu Taala lil hawadis, Qiamuhu Taala Binafsih dan Wahdaniat.


Bila kita kata sifat yg menolak => menafikan suatu yg tiada layak bagi Zat Tuhan.


Maknanya kita kena tahu satu per satu.


Nafsiyah pun sifat. Salbiyah pun sifat. Ma’ani pun sifat. Ma’nawiyah pun sifat!


Jadi yg mana dikatakan sifat yg menolak atau menafikan?
Oleh sbb itu hendaklah kita amat amati krna sifat 20 ini dibahagi 4 perkara, masing² ada kehendaknya.


Sifat Salbiyah ini adalah Sifat Istikhabar, 
iaitu sifat yg memberi khabar kpd sifat kenyataan yg ada pada Maujud.


Siapa sifat yg Maujud?
Iaitu Org² yg sudah belajar sifat


Peringatan :
Kalau kita cerita dgn Org Syariat – maka kita katakan, sifat yg mberi khabar kpda yg Maujud.


Kalau Org belajar Tasawuf mengenal diri maka carilah pada diri.


Kerana kita belajar sifat ini mengenai diri, baru kita dapat jaga sifat² itu tadi pasal kita sudah kenal.


Kalau kita belajar sifat, hanya kita baca², tapi tak bawa pada diri, macam mana kita nak jaga? Dan apa yg kita nak jaga pun kita tak tahu.


Jadi sifat Salbiyah ini tadi, iaitu sifat khabar yg ada kenyataannya pd yg Maujud.
Bila kita belajar diri, maka adalah kenyataannya pd diri iaitu Ma’ani.



Sifat Ma’ani
  1. Qudrat
  2. Irodat
  3. Ilmu
  4. Hayat
  5. Samak
  6. Basar
  7. Kalam

Iaitu sifat yg berdiri pd Zat Yg Wajibal Wujud
 – mewajibkan baginya suatu hukum.


24/4/68 – Hendaklah dinyatakan hukum² Sifat Ma’ani.
Apa kehendaknya?
Iaitu sifat yg berdiri dgn Zat Wajibal Wujud yg mewajibkan satu hukum.


Macam mana?
Tujuh sifat mewajibkan satu hukum!


Kalau dia ada hukum, ini sifat Ma’ani berdiri dgn Zat.
Kalau dia tidak ada hukum, ini sifat Ma’ani tidak berdiri dgn Zat.
Ia berdiri dgn yg lain.


Macam mana jalannya?
Tujuh sifat itu tadi, dia memakai satu hukum hukum Zat Wajibal Wujud.


Kalau dia dpt jaga hukum! Selamat itu dua puluh sifat.


Kalau dia tak jaga hukum! Habis jahanam itu dua puluh sifat.


Sifat yg Wajib yg ada pada diri kita, iaitu tujuh sifat Ma’ani.
 Itu hukum kita mesti kena jaga.


Bila kata hukum! Macam mana?
Umpama Org bicara, mahkamah jatuh hukum 3 bulan penjara bermakna sudah berjalan hukum itu.


Jaga hukum sifat yg berdiri dgn Zat yg Wajibal Wujud, krna ia mewajibkan satu hukum.


Macam mana awak pegang hukum?
Kalau awak tak hukum, awak balik kena hukum.


Kalau sifat Ma’ani menjaga hukum, maka sifat Ma’nawiyah tidak rosak.


Sifat Ma’ani sifat menjaga hukum, tujuh sifat Ma’ani mewajibkan baginya satu hukum.


Macam mana yg dikatakan mewajibkan satu hukum? Hukum siapa?
Hukum Allah.


Apa yg di kehendaki dgn hukum Allah itu?
Iaitu hendaklah kita jaga sifat² kita itu.


Ada tak Sifat Qudrat[kekuatan] pd kita? – Ada.
Ada tak Sifat Irodat[kehendak] pd kita? – Ada.
Ada tak Sifat Ilmu[tahu] pd kita? – Ada.
Ada tak Sifat Hayat[usia] pd kita? – Ada.
Ada tak Sifat Samak[mndngar] pd kita? – Ada.
Ada tak Sifat Basar[Melihat] pd kita? – Ada.
Ada tak Sifat Kalam[berkata²] pd kita? – Ada.


Pada sifat Irodat, iaitu kehendak.


Ada Org bangun pagi² cari apa? cari wang.
Ada Org bangun pagi² cari apa? cari makan.
Cari harta dan macam² lagi.


Tapi kita bangun pagi² cari Allah. Slps cari Allah, barulah cari rezeki mudah²an rezeki yg kita dpt itu memberi keberkatan.


Maka 7 sifat Ma’ani itu sudah ada pada kita, maka hendaklah kita jaga hukum² dia tadi.

Ini amalan TAUHID, dia pergi kpd Solat. 
Bila kena hukum dlm Solat itu, semuanya tidak bergerak.


ALLAH AKBAR – Ma’ani tak begerak lagi, sbb sudah kena hukum, krna Sifat Ma’ani sifat yg berdiri dgn Zat yg Wajibal Wujud – MESTI – tak boleh tidak memegang hukum.


Satu hukum, iaitu hukum Zat.
Sbb apa? Sbb Tuan sifat itu ialah Zat yg Maha Besar.


Jadi Skrg kita kena jaga itu hukum yg wajib itu. Kalau tidak balik besok kita kena hukum pasal Zat sudah rosak.


Skrg kita belajar sifat siapa?
Sifat Allah Taala.



Sifat Ma’nawiyah
  1. Qoodirun
  2. Muriidun
  3. Aalimun
  4. Hayun
  5. Samion
  6. Basirun
  7. Mutakallimun

Iaitu sifat yg melazimkan bagi tujuh pd Sifat Ma’ani sprti Qoodirun melazimkan Qudrat – hinggalah selanjutnya.
Sifat Ma`nawiyah adalah sifat² yg melazimi dari sifat Ma`ani, dgn kata lain sifat Ma`nawiyah adalah sifat yg wujud disebabkan adanya sifat Ma`ani, sprti Allah memiliki sifat kuasa, maka lazimlah Allah itu keadaannya Kuasa.


24/4/68 – Ma’nawiyah Alam Hakikatul Zat – menghidupkan nyawa.


Apa kehendaknya?
Iaitu sifat yg melazimkan bagi 7 sifat ma’ani seperti :


  1. Qoodirun melazimkan Qudrat.
  2. Muridun melazimkan Iradat.
  3. Aalimun melazimkan Ilmu.
  4. Hayun melazimkan Hayat.
  5. Samion melazimkan Samak.
  6. Basirun melazimkan Basar.
  7. Mutakallimun melazimkan Kalam.

Jadi sifat ini melazimkan pd 7 sifat Ma’ani.
Maknanya Skrg Ma’nawiyah sudah melazimkan pada Ma’ani.
Ma’ani kena jaga hukum. Kalau tak jaga hukum, Ma’nawiyah akan rosak. Ma’ani kene hukum.






Sifat Kesempurnaan

 

Sifat 20 itu dibahagi atas dua bahagi.


Dia pergi pada kalimah
لا إله إلا الله

( ﺇﺳﺘﻐﻨﺎﺀ ) Sifat Istigna 11 sifatnya.
  1. Wujud
  2. Qidam
  3. Baqo’
  4. Muhalafatuhu lil hawadis
  5. Qiamuhu binafsih
  6. Samak
  7. Basar
  8. Kalam
  9. Samion
  10. Basirun
  11. Mutakallimun


Kaya Allah Taala drpd tiap² barang yg lainnya
14/4/68 - لا إله (LAA ILAAHA) Istigna ,. 
Mulai kami dgn kebesaran Allah. 



Kalimah لا إله (LAA ILAAHA) dia mengandungi kalimah Tafsir yg berlawanan. 

10/5/68 - Nafi - Menafi sifat menolak. 
sifat mberi bekas - hakikat jasmani - ini jalan Da'emon. 



( ﺇﻓﺘﻘﺎﺭ )Sifat Iftiqar ~ 9 sifatnya.
  1. Qudrat
  2. Irodat
  3. Ilmu
  4. Hayat
  5. Qoodirun
  6. Muriidun
  7. Aalimun
  8. Hayun
  9. Wahdaniat


Berkehendak tiap² barang yg lainnya kpd Allah

24/5/68 - Banyak Org yg membicarakan pasal NIAT dan TERTIB - yg dikatakan NIAT itu 9 berdiri menjadi satu. Niat SOLAT satu jua - 

kamu berkata hadapkan kpda-Nya (Qul huwal loohu ahad - allah hus samaad - Lam yalid walam yulad - Walam yakul lahuu kufuwan ahad) 

Kalimah إلا الله (ILLALLOH) kami yg menembusi tujuh lapis langit dan bumi. 



لا إله إلا الله
محمد رسول الله
معر فة
تو حيد
اسلا م
ايما ن
معر فة
حقيقة
طر يقة
شر يعة
ا لله
ا لا
ا له
لا
ﻗﺎﺩﺭ
ﻗﺪﺭﺓ
ﺳﻤﻊ
ﻭﺟﻮﺩ
ﻣﺮﻳﺪ
ﺇﺭﺍﺩﺓ
ﺑﺼﺮ
ﻗﺪﻡ
عا لم
ﻋﻠﻢ
ﻛﻼ ﻡ
ﺑﻘﺎﺀ
حي
ﺣﻴﺎﺓ
سميع
ﻣﺨﺎﻟﻔﺘﻪ ﻟﻠﺤﻮﺍﺩﺙ
ﻭﺣﺪﺍﻧﻴﺔ

ﺑﺼﻴﺭ
ﻗﻴﺎﻣﻪ ﺑﻨﻔﺴﻪ


متكلم



10/7/71 – Dimana letaknya kalimah لا إله إلا الله (Laa ilaaha illaalloh) ?
LAA ILAAHA ILLAALLOH – sifat 20 yg memegang peranan penting.
13/6/72 – Awak tau – kalimah itu apa? dan siapa?


Di dalam kalimah لا إله إلا الله
Mengandungi 50 Aqoo edul Iman
Iaitu dari sifat Istigna dan Iftiqar.


Sifat Istigna, 11 lawan 11 jumlah=> 22.
Termasuk pada sifat Istigna, iaitu 3 lawannya 3 – jumlah 6.
Pertama – Tiada wajib Allah Taala menjadikan alam ini – lawannya mustahil wajib.
Kedua – Tiada mgambil faedah di atas taat makhluk lawannya mustahil mengambil faedah.
Ketiga – Tiada mberi bekas sesuatu drpd ka ainat (pemberian) dgn kuat kuasanya – lawannya mustahil mberi bekas.
Jumlah semua 22 + 6 = 28


Sifat Iftiqar, 9 lawannya 9 - jumlah 18.


Termasuk pada sifat Iftiqar iaitu 2 lawannya 2 - jumlah 4.
Yang pertama – Baharu sekalian alam ini – lawannya mustahil qadim.
Yang kedua – Tiada memberi bekas sekalian makhluk dengan tabiatnya – lawannya mustahil memberi bekas.
Jumlah 18 + 4 = 22


Di dalam kalimah محمد رسول الله
  1. Siddiq ertinya Benar
  2. Mustahil dusta atau bohong
  3. Amanah ertinya kepercayaan
  4. Mustahil khianat
  5. Tabliq ertinya menyampaikan
  6. Mustahil menyembunyikan
  7. Fatonah ertinya Cerdik
  8. Mustahil Jahil 

  9. Percaya segala malaikat
  10. Mustahil tiada malaikat
  11. Percaya segala Kitab
  12. Mustahil tiada Kitab
  13. Percaya segala Rasul
  14. Mustahil tiada Rasul
  15. Percaya hari Qiamat
  16. Mustahil tiada hari Qiamat
  1. Harus pada haq Rasul satu – iaitu berperangai manusia
  2. Mustahil tiada berperangai manusia




Jumlah kesemuanya.
Terdapat pada sifat Istigna,
11 lawan 11
22
Termasuk pada sifat Istigna,
3 lawan 3
6
Terdapat pada sifat Iftiqar,
9 lawan 9
18
Termasuk sifat Iftiqar,
2 lawan 2
4
Inilah yang terdapat pada kalimah
50
Laa ilaaha illaalloh
Di dlm kalimah "Muhammad Rasulullah"
18
Jumlah kesemuanya
68 Aqooed


~*~*~*~




KUALA LUMPUR: Kefahaman umat Islam terhadap ilmu akidah penting sbgai  benteng yg mengelak mereka drpda terdedah dgn aliran pemikiran baharu yg menyesatkan.

Pendakwah bebas, Utz.Muhadir Hj.Joll berkata, kehadiran pelbagai aliran pemikiran baharu bersifat songsang sprti tidak mempercayai adanya tuhan, meragui kewujudan Allah SWT dan rasul dibimbangi akan meracuni masyarakat Islam.

Katanya, masyarakat perlu belajar ilmu akidah yg bukan sahaja utk difahami ttpi  diamalkan mengikut kaedah jumhur ulama bagi mengenal Allah SWT melalui ilmu sifat 20 yg dibahaskan ulama secara terperinci.

"Jika kita salah memahami, takut akidah kita terpesong maka amalan yg dilaksanakan akan ditolak oleh Allah SWT. Oleh itu, utk mgenal Allah SWT antara caranya ialah mengembalikan pengajaran sifat 20," katanya pada Seminar Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah:
 Perbahasan Kpd 9 Persoalan Akidah di Masjid Wilayah Persekutuan, hari ini.

Beliau berkata, ada yg menolak ilmu sifat 20 yg diperkenalkan oleh Ulama tersohor Syeikh Abu al-Hasan al-Asy'ari sejak kurun keempat sedangkan ia sudah lama diaplikasikan dlm pengajaran akidah dan diterima dlm kalangan jumhur ulama yg mengarang dan membahaskannya.

Ia juga adalah kaedah ulama membantu masyarakat Islam mengenal Allah SWT seperti mana ilmu akidah yg ada di dlm al-Quran dan hadis. Penjelasan lanjut oleh ulama bertujuan mengelakkan salah faham yg menyimpang drpda landasan Ahli Sunnah wal Jamaah.

Utz Muhadir mberi contoh menyamakan Allah SWT dgn ciri makhluk termasuk mengatakan Allah SWT berada di atas arasy, sedang bersemayam dan terdiri drpd roh krna sifat berkenaan hanya utk makhluk seperti manusia.

Beliau berkata, pihak yg mengatakan demikian sebenarnya sudah terpesong dan tindakan itu mengundang dosa yg mewajibkan mereka bertaubat segera..!

WallahuA’lam..والله أعلم

📮 _*❤️Sharing is Caring❤️*_





Baba Ismail Sepanjang - 20 Sifat ALLAH Yang WAJIB Kita TAHU



Nak Kenal Tuhan kena kenal diri dahulu - Tn Guru Ismail Sepanjang Al Fathoni 02012017





Utz Muhadir Hj Joll ~ Kitab Sifat 20 [Satu Pengenalan Asas]



USTAZ MUHADIR HAJI JOLL-SIFAT 20 AQIDAH SALAFUSSOLEH SESI 7

USTAZ MUHADIR JOLL, ULANGKAJI KITAB SIFAT 20 


2. https://www.youtube.com/watch?v=Aqcd3U87YyI                         [ SIRI 2 ]

3. https://www.youtube.com/watch?v=iIKT42MbVE0&t=3s              [ SIRI 3 ]

4. https://www.youtube.com/watch?v=vlXN_zv16Cs                          [ SIRI 4]

5. https://www.youtube.com/watch?v=tJcjxLphJoU                            [ SIRI 5]

6. https://www.youtube.com/watch?v=0aQjF0wnWJk                       [ SIRI 6 ] 

7. https://www.youtube.com/watch?v=g5cIlcTMpsw                         [ SIRI 7 ]

8. https://www.youtube.com/watch?v=AZjH0ls2N0Y                        [ SIRI 8]

9. https://www.youtube.com/watch?v=PsBUuAu14Gk                       [ SIRI 9]

10. https://www.youtube.com/watch?v=ZJshCIE4CTI                        [ SIRI 10]

11. https://www.youtube.com/watch?v=hrrh4rrJmFQ                         [ SIRI 11]

12. https://www.youtube.com/watch?v=BGGlGT8IuDo                      [ SIRI 12]

13. https://www.youtube.com/watch?v=lcS39qzJ-Pc                           [ SIRI 13]

14. https://www.youtube.com/watch?v=VmN0s0dLxSo                      [ SIRI 14]

15. https://www.youtube.com/watch?v=4N0UzSsFYqE                       [ SIRI 15]

16. https://www.youtube.com/watch?v=bmRTVXHG-HM                  [ SIRI 16]

17. https://www.youtube.com/watch?v=lyWi-yJnX9U                         [ SIRI 17]

18. https://www.youtube.com/watch?v=1yIx1gqsKhs                          [ SIRI 18]

19. https://www.youtube.com/watch?v=fDaXuSEKfSA                       [ SIRI 19]


21. https://www.youtube.com/watch?v=hIG8AFvygP4                        [ SIRI 21]

22. https://www.youtube.com/watch?v=JxKXFWQibdw                     [ SIRI 22]

23. https://www.youtube.com/watch?v=lWsRWF61bIw                      [ SIRI 23]

24. https://www.youtube.com/watch?v=nDgzGFo2mx0                      [ SIRI 24]

25. https://www.youtube.com/watch?v=IHabV3xbYjo                        [ SIRI 25]

26. https://www.youtube.com/watch?v=MUKiUo7i-gQ                      [ SIRI 26]

27. https://www.youtube.com/watch?v=nGT_dCw3Dvs                     [ SIRI 27]

28. https://www.youtube.com/watch?v=XJQgUn7M-3M                    [ SIRI 28]

29. https://www.youtube.com/watch?v=EWaoPqyOc-Y                      [ SIRI 29]

30. https://www.youtube.com/watch?v=trN7wTomtLo                       [ SIRI 30]

31. https://www.youtube.com/watch?v=r3xdnO6q5rQ                        [ SIRI 31]

32. https://www.youtube.com/watch?v=NmHVYBAewmI                 [ SIRI 32]

33. https://www.youtube.com/watch?v=f9XggdbVuLE                      [ SIRI 33]

34. https://www.youtube.com/watch?v=PocItKescS8                         [ SIRI 34]

35. https://www.youtube.com/watch?v=B_rdGtPhRFs                       [ SIRI 35]

36. https://www.youtube.com/watch?v=5pkBrEfEn6M                      [ SIRI 36]

37. https://www.youtube.com/watch?v=r5msufscgrA                         [ SIRI 37]

38. https://www.youtube.com/watch?v=xVdiXkGpRkw                     [  SIRI 38]

39. https://www.youtube.com/watch?v=QbYcyCwgQic                     [ SIRI 39]

40. https://www.youtube.com/watch?v=P4UspDBnISM                     [ SIRI 40]

41. https://www.youtube.com/watch?v=-4jxx6Zg6yQ                         [ SIRI 41]

42. https://www.youtube.com/watch?v=-2DuOZNzXFA                     [ SIRI 42]

43. https://www.youtube.com/watch?v=xFn-Guo5hpk                        [ SIRI 43]

44. https://www.youtube.com/watch?v=Qv9lIHUmFlM                     [SIRI  44]

45. https://www.youtube.com/watch?v=KBAg5fWVb_c                    [ SIRI 45]

46. https://www.youtube.com/watch?v=zXV9LHPPyr4                     [ SIRI 46]

47. https://www.youtube.com/watch?v=PRzh0oZkcPo                      [ SIRI 47]

48. https://youtu.be/NZ-n-SuP2Q0                                                [ SIRI 48]

49. https://youtu.be/2lrjBk8dsF4                                                      [ SIRI 49]

50. https://youtu.be/MUO3SydxpqI                                                    [ SIRI 50]

51. https://youtu.be/ypU8DLea5BI                                                     [ SIRI 51]



54.



PS~ Kenali SIFAT Robb Mu 👉https://lading-emas.blogspot.com/2010/04/sifat-20-tuhan.html

Kenali Robb Mu 👉https://lading-emas.blogspot.com/2016/10/ilmu-hakikat-dan-makrifat-ariff-billah.html

Benteng Diri n Family 👉~  https://lading-emas.blogspot.com/2010/04/benteng-diri-dan-family.html

Amal Sedikit ttpi MasyaAllah berbaloi.. 👉 ~ https://lading-emas.blogspot.com/2019/04/amal-sedikit-tetapi-pahala-besar.html







MANTAN BIRAWATI Kembali ke ISLAM 👉 ~ https://lading-emas.blogspot.com/2020/02/bekas-biarawati-membongkar-rahsia.html  



Muslim Demographics[WORLD]👉 https://lading-emas.blogspot.com/2020/02/muslim-demographics-world.html 



📮 _*❤️Sharing is Caring❤️*_ 



. .
~***~Lading EMAS~***~


No comments:

Post a Comment