Monday, November 7, 2011

SOLAT ke MASJID jommm..

AYUH..! SOLAT DI 🕌MASJID..!!!


xxx

Kempen “Ayuh Solat Di 🕌Masjid!”



Abu Hurairah r.a. berkata, bersabda Nabi s.a.w., “Sesiapa yang bersuci di rumahnya kemudian berjalan ke 🕌masjid untuk menunaikan solat fardu, maka semua langkahnya dihitung; satu, untuk menghapuskan dosa, dan yang kedua, untuk menaikkan darjat.” (H.R Muslim)




Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,

Rasulullah SAW pernah mengancam utk membakar rumah Org yg meninggalkan Solat berjemaah.
drpda Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda :

Demi Tuhan yg diriku berada di tangan-Nya, sesungguhnya aku pernah hendak menyuruh para sahabat utk mencari kayu api, lalu aku menyuruh agar bersolat jemaah. Seterusnya, aku menyuruh SseOrg utk mengimami Org ramai, sementara aku tidak ikut solat berjamaah, LANTAS mencari rumah Org yg tidak mengikuti SOLAT BERJAMAAH, lalu AKU BAKAR rumah mereka.
(HR al-Bukhari dan Muslim).

 


Nabi betul2 MARAH pada mereka2 yg tidak berSolat berJamaah...!!!

Kenapa ada teguran dari Nabi Muhammad SAW ? Krna nak tekankan Solat berjamaah. Tapi knpa tak kata "batal mereka yg solat di rumah"? 
Maksudnya, Nabi Muhammad SAW tegas utk mengatakan Solat berjamaah di MASJID adalah sgt dituntut. Tapi persoalannya, jika SOLAT Sendirian adalah BIDAAH, itu bermakna zaman Nabi adalah ZERO Solat sendirian





Terdapat banyak hadis² yg menceritakan kewajiban dan ganjaran kpda golongan muslimin utk menunaikan Solat fardhu secara berjemaah di masjid. Dalam konteks di luar negara, hampir semua masyarakat Islam khususnya berbangsa Melayu mempunyai kenderaan sendiri dan mampu utk bersolat berjemaah di Masjid² berhampiran.



Ini tidaklah sukar sama ada yg bujang mahupun yg berkeluarga. Buat permulaan, rancanglah diari kehidupan anda utk berSolat di masjid sekurang²nya 1 kali seminggu. Pilihlah waktu Solat yg paling mudah utk anda dirikan di🕌Masjid.







GANJARAN yg MENANTI KITA..

Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dgn solat bersendirian.

Sabda Nabi SAW yg bermaksud:


Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dgn 27 darjat (atau 27 kali ganda)
 (HR al-Bukhari n Muslim)



"Amal pertama yg dihisab dari seOrg hamba di hari kiamat adalah SOLAT. Dan Sesiapa yg baik SOLATnya, maka baik pula segala amalan yg lain, dan Sesiapa yg rosak (ditolak) SOLATnya, maka rosak (ditolak) pula segala AMALnya lainnya”
~(HR Thabrani)



"Sesungguhnya Solat yg paling berat bagi Orang Munafik adalah SOLAT ISYA dan SOLAT SUBUH. Sekiranya mereka mengetahui apa yg terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dgn MERANGKAK.."  
- Shahih Muslim, V/160



"Sesiapa berwudhu di rumahnya kemudian dia mendatangi 🕌Masjid, maka dia sebagai Org yg mengunjungi Allah, dan merupakan KEWAJIBAN bagi yg diKunjungi utk memuliakan pengunjung-Nya." 
HR. Thabrani, VI/253, nombor 6139 dan 6145



"Dan (dirikanlah pula Solat Subuh). Sesungguhnya Solat Subuh itu disaksikan (oleh malaikat)
~ QS Al Isra: 78



Dari Jundab bin Abdullah RA, dia bercerita, Rasulullah saw bersabda:

"Sesiapa mengerjakan Solat Subuh, maka dia akan selalu berada dalam JAMINAN Allah." 
~ Syarhu an-Nawawi 'alaa Shahih Muslim, V/164





"... Dan SseOrg yg berangkat ke 🕌MASJID, dia akan selalu berada dalam JAMINAN Allah sehingga Dia mewafatkannya lalu memasukannya ke Syurga atau menyerahkan kpda-nya pahala dan ganjaran yg diperolehnya. ..."
~ Shahih Sunan Abi Dawud, II/473




"Tidaklah SseOrg bersuci lalu dia melakukannya dgn sebaik²nya kemudian dia berangkat menuju ke salah satu 🕌MASJID melainkan Allah telah menetapkan baginya kebaikan bagi setiap langkah yg diayunkannya, dgn-nya Dia akan meninggikan dirinya satu derajat, serta menghapuskan darinya satu kesalahan..."
~ HR. Muslim


















Khas utk rakan LELAKI Muslimin sekalian !




Kenapa kita perlu solat fardhu 5 kali sehari di masjid? Kalau buat SOLAT di rumah/bilik/pejabat masing² tak boleh? Senang pun senang, jimat masa pun jimat, boleh study/kerja lebih (rasanya berkat tak?).
 Saya ingin berkongsi hadis² Sahih di bawah moga kita tahu macam mana penekanan Nabi dan para sahabat dalam menunaikan SOLAT Fardhu berjamaah di 🕌Masjid. Moga Allah buka hati dan sedarkan kita. 24 JAM yg Allah beri, takkanlah hanya sekali seminggu saja kita ziarah rumah Dia... Ok, jom tengok apa hadisnya:

1. "Sungguh alangkah ingin aku menyuruh (para sahabat) melakukan Solat, dan aku suruh SeseOrg utk mengimaminya, kemudian aku sendiri pergi bersama bbrapa Org yg membawa beberapa ikat kayu bakar menuju (rumah) Org² yg tidak ikut SOLAT berjemaah, utk MEMBAKAR rumah mereka dgn API"
[Sahih Bukhari & Muslim] 


Jikalau Setakat Sunat biasa2, Nabi takkan nak bakar rumah Org tak Solat di Masjid..???


2. "Sesiapa yg ingin berjumpa Allah di kemudian hari dalam keadaan MUSLIM, maka hendaklah ia memelihara Solat 5 waktu ini dgn melakukannya di mana adanya seruan azan, krna sesungguhnya Allah telah menetapkan (mensyari'atkan) jalan-jalan menuju hidayah, dan sesungguhnya melakukan Solat 5 waktu dgn berjemaah adalah termasuk jalan² menuju hidayah. Maka sekiranya kamu solat di rumah² kamu sbgaimna Org yg lalai melakukannya di rumah, maka bererti kamu telah meninggalkan Sunnah (ajaran) Nabi kamu, dan jika kamu meninggalkan sunnah Nabi kalian, nescaya kamu SESAT". [Sahih Muslim]

[Boleh sesat sbb tak solat di "tempat dilaungkan azan" (masjid/surau).. ganas.. bukan saya kata, Nabi yg cakap..!!!]


3. Dari Abdullah bin Mas'ud RA meriwayatkan,

"Sesungguhnya kami telah menyaksikan, bhwa tidak ada yg meninggalkan Solat berjemaah (pd Zaman kami) kecuali Org MUNAFIK yg telah jelas keMunafikannya, atau Org sakit. Padahal ada di antara yg sakit berjalan dgn diapit oleh dua Org utk mendatangi SOLAT berjemaah"
[Sahih Muslim]


Ada 2 sebab kalau tak datang ke Masjid.. Sakit (uzur) atau Munafiq... Allah Hu..!







4. Abdullah bin Ummi Maktum pernah bertanya kpda Rasulullah kemungkinan adanya keringanan utk Solat di rumah:

"Ya RASULULLAH, AKU SEORANG BUTA. Rumahku jauh dari masjid. Aku hanya seOrg. Adakah kelapangan bagiku utk SOLAT di rumah sahaja?."

Rasulullah bertanya, "Apakah engkau mendengar Azan?"

Abdullah menjawab, "Ya aku mendengarnya."

Rasulullah bersabda, "AKU TIDAK MEMBENARKAN MU SOLAT DI RUMAH" [HR Sahih Muslim]
Nabi yg baik hati pun paksa Sahabat dia yg buta pergi Masjid sebab boleh dgr lagi AZAN.. siapalah nak dibandingkan dgn kita yg sihat, ada motor, kereta, basikal, Masjid/surau pula takat bawah lif saja pun.. MASYAALLAH..!!!



5. Abdullah Bin Abbas RA berkata bhwa Rasulullah SAW bersabda,

"Sesiapa mendengar AZAN dan tidak pergi menunaikan SOLAT BERJEMAAH tanpa sesuatu sebab yg menghalangnya(uzur) drpda menyertai Solah berjemaah maka Solah yg dikerjakannya itu tidak akan diterima."

Para sahabat bertanya, "Apakah UZUR  itu?"

Jawab Rasulullah SAW, "TAKUT ATAU SAKIT" 
(H.R. Imam Abu Daud dan Ibnu Hibban)



6. Diriwayatkan dari Muaz bin Anas RA dari Rasulullah SAW bahawa Baginda SAW telah bersabda, "SUNGGUH² ZALIM, KUFUR DAN NIFAQ" mereka yg mendengar penyeru Allah SWT yakni MUAZZIN yg menyeru kepada SOLAT tetapi mereka TIDAK pergi MENYERTAI SOLAT BERJEMAAH.
(HR Imam Ahmad dan Tabarani)



7. Diriwayatkan drpda Abdullah bin Abbas RA bahawa beliau telah ditanya mengenai seOrg yg berpuasa sepanjang hari dan beribadat sepanjang Malam, tetapi TIDAK PERGI mengerjakan SOLAT JEMAAH dan SOLAT JUMAATBeliau menjawab,  "Dia ialah PENGHUNI NERAKA"
(HR Imam Tirmizi)





8. "Solat berjemaah lebih utama 27 darjat drpda berSolat sendirian" [Sahih Bukhari n Muslim]

Rugilah tak ambil peluang utk datang ke Masjid/Surau solat berjemaah sama²...
Moga lepas ini kita jangan lagi berfikir "Solat dekat Masjid/Surau cuma sunat, tak buat tak berdosa pun".

Kita patut ubah pemikiran kepada,

"SOLAT Fardhu, Sunnah lakukan di Masjid, tak boleh kalau tak lakukan". 



9. Amalan yg Pahalanya  Ibarat buat Haji n Umrah... Subhanallah..!

 




 



 


☝Ganjaran Pahala Ibarat Haji n Umrah




Basahi Lidahmu dengan Zikrullah dan bbrapa Pesan Nabi SAW
 ~ Utz Mohamad Wadi Annuar Ayub


Sekarang sudah ada ilmu, kena ikuti dgn amalan. Biasakan ke Masjid/Surau setiap hari, kemudian tingkatkan lagi hinggalah kita dapat solat berjamaah di 🕌Masjid/Surau,

5 kali sehari.. InsyaAllah!,  Jommm .. Ke MASJID..!!!



Masjid KL @ Aceh



❄️Embun Pagi💧

11 BERITA GEMBIRA utk "KAKI MASJID 🕌 @ SURAU"
(Snntiasa Meraikan 🕌Masjid)

 "Jika kakimu tidak mbawa Mu ke 🕌Masjid, bgaimna ia akan mbawa Mu ke SYURGA!"🤔?.. Begitu tersentuh sekali perkongsian kali ini Beruntunglah Org² yg digelar “kaki 🕌masjid”. Sekurang²nya mereka mndpt 11 ganjaran berikut;

1- Rasulullah SAW berpesan:
"Jk kamu melihat SseOrg yg sentiasa ke 🕌Masjid , maka persaksikanlah dia Org beriman. Allah berfirman: "Ssgguhnya Org yg memeriahkan 🕌Masjid² Allah hanyalah Org yg beriman dgn Allah dan hari akhirat (Al-Tawbah 9: 18). "
(HR Ibn Majah)

2- Rasulullah SAW bersabda:
"Ssiapa yg pergi ke 🕌Masjid Jemaah, maka *pd satu langkah dihapuskan dosa, pd langkah lain dicatatkan pahala, baik semasa pergi atau balik."*
(HR Ahmad, Ibn Majah)

3- Rasulullah SAW bersabda:
"Tiada seOrg Muslim pun yg sentiasa mghadirkan dirinya ke 🕌Masjid² utk SOLAT dan ZIKIR melainkan *Allah gembira menyambutnya sbgimna ahli keluarga yg bergembira menyambut Sdra nya yg sudah lama mghilang." *
(HR Ibn Majah)

4- Rasulullah SAW bersabda:
*"Ada tiga golongan semuanya DI JAMIN Allah;* ketika hidup dia diberikan rezeki dan kecukupan, apabila mati dia masuk Syurga:
i. *Sesiapa yg masuk ke rumahnya dgn mberi SALAM, maka dia dijamin Allah.*
ii. Ssiapa yg *keluar rumah utk ke 🕌Masjid,* maka dia dijamin Allah.
iii. Ssiapa yg keluar demi utk *berjuang di jalan Allah,* maka dia dijamin Allah.
(HR al-Bukhari dlm Adab al-Mufrad)

5- Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak berkumpul suatu kaum di mana² rumah Allah, mereka mbaca kitab Allah dan mgkajinya sesama mereka, melainkan diturunkan kpd mereka ketenangan, diliputi rahmat dan malaikat meneduhi mereka dan Allah menyebut² mereka di depan malaikat²."
(HR Muslim)

6- Rasulullah SAW bersabda:
"Ada *Tujuh golongan yg akan dinaungkan Allah* dgn naungan-Nya pada hari yg tidak ada naungan selain naungan-Nya... *SseOrg yg hati❤️nya terpaut pd 🕌Masjid²."*
(HR al-Bukhari)
Dlm HR Malik: "SseOrg yg hatinya terpaut pada ðŸ•ŒMasjid, shgga dia kembali kesitu semula."

7- Rasulullah SAW bersabda:
"Berilah khabar gembira kpd Org yg selalu *berjalan kaki dlm kegelapan malam demi menuju ke 🕌Masjid* bhwa utk nya *Cahaya sempurna* pd hari kiamat."
(HR al-Tirmizi)

8- Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yg *SOLAT berjemaah sempat dgn Takbir pertama selama 40 hari* krna Allah, dicatatkan utk nya *dua pelepasan; pelepasan drpd NERAKA dan pelepasan drpda sifat MUNAFIK."*
(HR al-Tirmizi)

9- Rasulullah SAW bersabda:
"🕌Masjid rumah setiap Org bertakwa. Allah telah jamin Ssiapa yg 🕌Masjid mjadi ibarat rumahnya dgn keluasan, kerehatan dan kemudahan melepasi sirat menuju keredaan Tuhan."
(HR al-Baihaqi)

10- Rasulullah SAW bersabda:
"Ssiapa yg berpergian pd waktu awal pagi atau petang menuju ke 🕌Masjid, Allah akan menyediakan baginya tmpt atau *hidangan di dlm Syurga* setiap kali dia pergi ke 🕌Masjid pd awal pagi dan petang."
(HR Ahmad)

11- Allah berfirman:
"Demikianlah, dan Ssiapa yg mgagungkan *Syiar² Allah* maka krna hal itu satu *kesan ketakwaan hati❤️"* (Al-Hajj 22: 32)
Dan Allah juga berfirman: "Ssgguhnya Org paling mulia di sisi Allah ialah yg paling bertakwa." (QS Al-Hujurat 49: 13)  

















14 - Hadis Ibnu Umar r.a: 
Sesungguhnya Rasulullah ï·º bersabda:
 Sesiapa yg terlambat mendirikan Solat Asar seolah² keluarga dan hartanya akan dihilangkan drpd-nya.
(HR Muslim, #991


"Ya Allah, bantulah kami utk mgingati-Mu, berSyukur kpd Mu dan melakukan ibadah yg terbaik utk Mu."
(HR Abu Dawud)

WallahuA’lam..والله أعلم 

*اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ وسَلاٌِÙ… عَÙ„ٓÙ‰ سَÙŠٌِدِناَ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ï·º*

Sampaikan Wpun.. sepotong ayat, Smoga bermanfaat.

📮 _*❤️Sharing is Caring❤️*_




Dahsyatnya Solat Berjemaah
Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:

“Solat berjamaah pahalanya lebih besar dibanding sendirian terpaut 25 derajat, baik di pasar ataupun di rumah, yg demikian itu krna SseOrg ketika berWudhu dgn Sempurna, lalu berangkat ke Masjid dgn satu tujuan (Solat), maka setiap langkahnya dinaikkan satu derajat dan diampuni satu dosanya"

hingga menginjak pintu masjid, maka sesudah di dalam masjid, dia dicatat melakukan solat selama menunggu
Solat, dan didoakan oleh malaikat selama berada di majlis Solatnya. Adapun doa malaikat sbb: 
"Ya Allah, ampunilah dia, maafkanlah dan kasihanilah ia sepanjang tidak menyakiti dan sebelum berhadats di majlis itu” (HR Bukhari – Muslim).

Maksud hadits tersebut adalah:

» Pahala
Solat berjamaah di masjid lebih tinggi 25 derajat (utk Dhuhur &

Ashar) dlm riwayat lain 27 derajat (utk
Solat lainnya).

» Hendaknya berwudhu di rumah, sebelum berangkat ke Masjid,

karena jika keluar rumah sudah dlm keadaan suci (sudah berwudhu), maka

setiap langkah menuju Masjid, akan ditingkatkan satu derajat dan diampuni

satu dosa

» Hendaknya datang ke Masjid lebih awal (jangan menunggu iqamat), karena

selama menunggu waktu iqamat, diberi pahala seperti mengerjakan
Solat [Niatkan Iktiqaf]

» Didoakan oleh malaikat, agar mendapatkan ampunan dan rahmat dari Allah

Begitu dahsyatnya keistimewaan shalat berjamaah, betapa ruginya Org yg meninggalkan Solat berjamaah di Masjid. Ayuh solat berjamaah di Masjid!
Sumber: Riyadus Shalihin, Imam Nawawi






WallahHu'Alam.





Sheikh Nuruddin Al-Banjari -Kelebihan Solat Berjemaah dan Adab-Adab...




Sheikh Nuruddin Al-Banjari -Rahsia Solat Subuh




Ustaz Dato Ismail Kamus Kesan Meremehkan Solat Berjemaah














WallahuA’lam..والله أعلم
*اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ وسَلاٌِÙ… عَÙ„ٓÙ‰ سَÙŠٌِدِناَ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ï·º*

📮 _*❤️Sharing is Caring❤️*_



. .
~***~LadingEMAS~***~

No comments:

Post a Comment