Friday, November 21, 2014

Kenali Diri : Tok Kenali

APAKAH ERTI, MAKNA DAN MAKSUD ALLAH MELIPUTI

 

 
  Tuan2 dan puan2 yg dirahmati Allah sekalian, sesudah sekian lama kita membicarakan soal mengenal, memandang, menilik dan melilhat Allah Taala, ternyata kita masih lagi tidak dapat utk menyatakannya. Ramai lagi di luar sana yg masih lagi tidak dapat utk menghayati dan tidak dapat utk memahami kaedah2 atau cara2 bagaimana utk memandang Allah. Biarpun dikatakan Allah itu terang dan jelas, namun itu hanya satu ungkapan istilah sahaja, pada realiti dan pada hakikatnya, ramai di kalangan kita yg masih lagi tidak dapat utk membenarkan ungkapan bahawa Allah itu nyata, terang, hampir dan jelas. Sekali lagi dinyatakan di sini bhwa terang cahaya matahari, sesungguhnya terang lagi Allah. Dekat atau hampirnya antara mata hitam dgn mata putih ternyata dekat dan hampir lagi Allah.

Persoalannya di sini, kenapa kita masih lagi tidak terlihat atau terpandang Allah. Tidakkah kita semua tahu yg bahawasanya Allah itu meliputi sekalian alam? Bilamana Allah meliputi sekalian alam, kenapa masih lagi tidak terlihat, tertilik dan kenapa masih lagi tidak terpandang Allah. Semua tahu dan semua mengaku yang bahawasanya Allah itu meliputi sekalian alam tetapi kenapa, kenapa dan kenapa masih lagi tidak terlihat Allah pada sekalian alam?

Tuan2 tahukah apa erti meliputi? Meliputi itu, ertinya “semua sekali” iaitu bermaksud tidak ada lain selainnya. Sekarang jika tuan2 dan puan2 mahu tahu Allah, masih mahu kenal Allah, masih mahu lihat, pandang, tilik dan masih mahu tengok Allah, sekarang saya minta tuan masuk ke ruangan dapur dan ambil sebiji gelas kaca (gelas yg cerah).

Sekarang berhenti membaca kitab dan sila masuk ke ruangan dapur dan ambil sebiji gelas (gelas cerah), sebagaimana yg saya sarankan (jika benar tuan ingin mendapat barokah guru, sila buat apa yg saya sarankan). Sesudah gelasnya diambil dan pegang gelas itu dgn tangan tuan2. Apakah sudah dipegang gelasnya? Jika sudah dipegang diminta tuan2 tilik, tengok dan pandang betul2 kpda gelas kaca tersebut. Apakah gelas itu, kaca, besi, tanah atau gelas tembaga? Jika benar2 gelas itu gelas kaca, maka tiliklah baik2 dgn mata hati.

Pastikan betul2 bhwa gelas yg dipegang itu, diperbuat dari kaca, tidak ada unsur lain selain kaca. Sebagaimana yg kita tahu, gelas adalah diperbuat dari kaca manakala kacanya pula tidak bercampur dgn besi, tidak bercampur dgn api, tidak bercampur dengan batu dan tidak bercampur dengan selain kaca. Gelas itu adalah gelas yg mutlaknya diperbuat sepenuhnya dari kaca. Kacalah yg meliputi gelas tersebut. Saya mahu tuan2 ambil gelas yg benar2 diperbuat dari kaca, yg tidak sedikitpun bercampur unsur2 selain kaca.

Setelah ianya benar2 gelas kaca, saya ingin bertanya kpda tuan2 sekalian. Ada atau tidak gelas itu bercampur atau bersalut selain dari kaca? Jika jawapannya benar2 diperbuat dari kaca, bermakna di sini, gelas tersebut adalah “meliputi kaca sepenuhnya”.

Pertanyaan yg kedua, apakah erti meliputi? Seumpama “meliputi”nya kaca pada gelas? Jika jawapannya kaca meliputi gelas, bererti perkataan “meliputi” itu, adalah membawa maksud “semua sekali”. Gelas itu, semua sekali adalah kaca (itulah maksud atau erti meliputi). Bilamana semua sekali gelas itu “meliputi” kaca, bererti gelas itu “semua sekali” kaca. Ambil pehatian kpda perkataan “meliputi” dan perkataan “semua sekali”. Erti, makna atau maksud meliputi di sini, adalah merujuk kpda maksud “semua sekali”. Semua sekali gelas itu, adalah kaca, iaitu kaca yg tidak ada sedikitpun bercampur dgn yg lain selain kaca. Apakah benar semua sekali gelas itu kaca? Sila jawab? Jika benar dengan apa yg dikata itu, mari kita ikuti langkah selanjutnya.

Setelah benar2 kaca meliputi sekalian gelas, bererti tidak ada lain gelas itu adalah kaca, iaitu kaca sepenuhnya yg tidak sedikitpun bercampur dgn yg lain selain kaca. Apakah maksud meliputi?
 Adapun erti atau makna perkataan “meliputi” di situ adalah membawa maksud “semua sekali”. Meliputi itu bermaksud “semua sekali”. Ertinya gelas itu semua sekalinya kaca.
Berbalik kita kpda perkara percaya kpda Allah Taala. Utk menentukan keyakinan dan utk menentukan kepercayaan kita, kita kena pastikan terlebih dahulu bahawa perkataan meliputinya Allah itu adalah bermaksud semua sekali Allah.

Allah Taala itu meliputi sekalian alam (meliputi ertinya semua sekali). Jika meliputi itu bererti semua sekali, berertinya di sini semua sekalian alam ini adalah meliputi Allah (semua sekali Allah). Allah meliputi sekalian alam, bererti “semua sekali alam ini adalah Allah” (Allah semua sekali). Meliputi di sini bermaksud Allah semua sekali. Kaca meliputi gelas ertinya gelas itu semua sekali adalah kaca. Allah meliputi alam, ertinya alam itu semua sekali Allah. Tidak ada ruang di alam ini utk tidak ada Allah (inilah erti meliputi).

GAMBAR LUKISAN GELAS DAN GAMBAR LUKISAN ORANG

Cuba tuan2 perhatikan kiasan gambaran di atas baik2 dgn penglihatan yg jernih. Semua gelas itu adalah diliputi, diselimuti atau meliputinya kaca (semua sekali kaca) dan kemudian saya minta tuan2 lihat pula kpda gambar manusia. Tidakkah manusia itu diliputi, diselimuti atau yg meliputinya Allah (semua sekali Allah). Cuba perhatikan, di manakah di atas diri kita itu, yg tidak ada Allah, cuba jawab? Allah telah dikatakan meliputi diri kita. Seluruh jasad kita telah Allah liputi, setelah Allah meliputi diri kita, bermakna di sini, tubuh kita itu, tidak ada ruang yg tidak ada Allah. Di dlm jasad, di luar jasad, di kiri kanan jasad, di atas bawah jasad dan di tengah tepi jasad kita itu, adalah telah meliputi Allah. Tidak ada ruang utk adanya jasad diri kita melainkan yg ada itu, itulah Allah.

Bilamana Allah meliputi diri kita, sudah tentu sifat makhluk itu pasti binasa. Dalam kulit dan di luar kulit, di dlm daging dan di luar daging kita itu, telah meliputinya Allah. Sehingga tidak ada ruangan utk adanya kulit, tidak ada ruang utk adanya daging, tidak ada ruang utk adanya diri kita, melainkan Allahlah yg meliputi segalanya. (Allahlah segala2nya atau Allahlah semua sekali). Jika Allah sudah menyelimuti atau meliputi diri kita, sudah tentu tidak ada ruang utk adanya sifat2 yg lain, selain Allah Taala.

Semua dan malah boleh dikatakan seluruh jasad kita ini, sesungguhnya telah di liputi Allah sehingga tidak ada peluang langsung utk tumbuh sifat2 daging, tulang, kulit, urat, jantung, hati, darah malahan tidak ada ruang atau tidak peluang sama sekali untuk tumbuh atau terbentuk diri kita. Tidak akan ada peluang utk ada yg lain, bilamana Allah sudah meliputi diri kita. Sebagaimana meliputinya kaca pada seluruh gelas, sebegitulah meliputinya Allah pada seluruh jasad diri kita. Bila kaca meliputi seluruh gelas, tentunya gelas sudah tidak kelihatan lagi, bilamana Allah meiputi diri kita, diri kita tidak akan kelihatan lagi, melainkan kita ini, hanya tinggal pada panggil2an nama yg sesungguhnya tidak ada.

Saya mahu tuan2 pegang gelas, skrg sudah tuan2 pegang gelasnya? Jika gelas sudah dipegang, inginlah saya ajukan satu pertanyaan kpda tuan2, manakah yg dikatakan gelas? Skrg saya mahu tuan2 tunjuk, manakah yg dikatakan gelas? Sedangkan yg tuan2 pegang itu, adalah “kaca”, yg tuan2 pegang itu, adalah kaca, manakah yg dikatakan gelas? Jika tuan2 kata tuan2 pegang itu gelas, cuba tunjuk, manakah yg dikatakan gelas. Cuba tunjuk, mana yg dikatakan gelas? Yg dipegang itu, adalah kaca, yg ditunjuk itu, adalah kaca dan yg dilihat itu, adalah kaca, mana yg dikatakan gelas? Inilah yg dikatakan bahawa meliputinya kaca pada gelas, sehingga tidak lagi tertilik gelas, setelah tidak lagi tertilik gelas, maka meliputilah kaca pada gelas itu.

Kemudian cuba alihkan perhatian tuan kepada diri tuan2 sendiri. Sekarang cuba jawab pertanyaan saya. Skrg saya mahu tanya tuan2 dan harap tuan jawab, biarpun sekadar jawapan di dlm hati. Siapakah nama tuan? Skrang jawab. Seandainya diri tuan2 bernama Abdullah, skrg saya minta tunjukkan, mana yg dikatakan Abdullah atas diri tuan2. Yang tuan2 sebut itu mulut, yg tuan2 tunjuk itu dada dan yg tuan2 angkat itu tangan, manakah yg dikatakan Abdullah? Saya minta tunjukkan Abdullah di atas diri tuan2 itu di mana? Cuba tunjuk, mana Abdullah? Inilah yg menggambarkan bhwa sebenar2 diri kita tidak ada. Yg bersifat dgn sifat ada itu, adalah hanya Allah Taala (Allah Taala sahaja yg bersifat dgn sifat wujud atau yg bersifat dgn sifat ada).

Dengan yg demikian, saya dgn rasa rendah diri, memohon kpda sidang pembaca dan pendengar yg dirahmati Allah sekalian, bermula dari hari ini, ketika ini, saat ini dan detik ini, marilah kita semua sama2 mengaku dgn sepenuh percaya dan dgn sepenuh yakin, bhawa Allah itu meliputi sekalian alam dan sesungguhnya Allah itu meliputi sekalian jasad diri kita. Oleh itu, bilamana Allah meliputi sekalian alam dan meliputi sekalian jasad diri kita, bermakna leburlah sekalian jasad. Setelah jasad terlebur, maka sesungguhnya yg terlihat itu, itulah Allah, yg terpandang itu, itulah Allah, yg tertilik itu, itulah Allah Taala (dgn syarat jangan sampai terlihat adanya diri), barulah boleh terlihat nyata adanya Allah Taala.

Lihat gelas sekali lagi, sesungguhnya gelas itu adalah kaca dan alihkan pandangan tuan2 kpda diri tuan2 sekali lagi, sesungguhnya diri tuan2 itu, sesungguh dan sebenar2nya tidak ada. Sebenar2 diri pada hakikanya adalah tidak ada, yg bersifat dgn sifat ada (wujud) itu, adalah hanya Allah Taala.

Cuba lihat di atas langit, skrg saya mahu tuan2 dongak muka kalian ke arah langit. Benar atau tidak yg Allah itu meliputi langit. Bererti Allah di atas langit dan Allah juga di bawah langit, kerana Allah itu meliputi. Lihat pula bumi yg kalian pijak ini, benar atau tidak yg Allah itu di dlm bumi dan Allah juga di luar bumi?

Cuba pula tuan2n dan puan2 tilik kepada diri tuan2 sendiri. Cuba lihat betul2. Benar atau tidak yg Allah itu meliputi diri kita? Cuba tuan2 cari di manakah dalam diri kita ini yg tidak ada Allah? Cari tempat yg tidak ada Allah dlm diri kita. Melainkan Allahlah yg meliputi diri kita, yg sehinggakan tidak ada ruang di dalam atau di luar diri kita yg tidak ada Allah (melainkan Allah itu meliputi sekalilan alam).

Cari di dlm diri kita masing2, manakah tempatnya yg tidak ada Allah! Di dlm lidah dan di luar lidah, wujud dan ada Allah. Di dlm mulut dan di luar mulut, wujud dan ada Allah. Di dlm tangan dan di luar tangan, wujud dan ada Allah. Di dlm kepala dan di luar kepala, wujud dan ada Allah. Di luar jasad dan di dlm jasad, wujud dan ada Allah. Di dlm darah dan di luar darah, wujud dan ada Allah. Di dalam daging dan di luar daging, ada Allah. Tidak ada ruang di dalam diri kita yg tidak ada Allah Taala. Tidakkah Allah itu meliputi sekalian alam dan meliputi sekalian diri kita. Di dalam dan di luar diri kita itu diliputi dan dipenuhi oleh Allah sehingga tidak ada unsur lain selain Allah yg meliputi diri kita. Malahan keseluruhan (semua sekali) diri kita ini, diliputi dan dipenuhi oleh Allah Taala.

Bilamana Allah Taala sudah meliputi, memenuhi, merangkumi dan menepati sekalian alam diri kita, bererti diri kita ini semuanya dipenuhi Allah. Bilamana Allah sudah memenuhi dan sudah meliputi diri kita sepenuhnya, apakah tuan-tuan masih lagi tidak tertilik dan tidak mempercayai wujudnya Allah? Bilamana Allah sudah memenuhi atau sudah meliputi sekalian ruang, segala masa, segala rongga, segala tempat, segala jarak dan segala waktu, apakah masih terlihat lagi selain Allah?

Memenuhi itu ertinya meliputi dan meliputi itu pula adalah bererti memenuhi. Meliputi dan memenuhi Allah itu, akan segala waktu, segala tempat, segala ruang dan segala jarak. Sesudah meliputinya Allah pada sekalian alam dan pada sekalian diri, apakah masih lagi terlihat selain Allah? Sebagaimana perumpamaan kaca yang meliputi gelas, begitulah meliputinya Allah Taala atas diri kita. Meliputinya Allah itu, sehingga tidak ada yang lain lagi selain Allah. Sebagaimana kaca meliputi gelas, begitulah meliputinya Allah atas diri kita sehingga tidak terpandang lagi kepada yang lain selain kaca pada gelas dan sebegitu jugalah tidak tertilik lagi penglihatan kita kepada diri, melainkan terpandang, tertilik, terlihat dan ternampak Allah.

Perhatikan sekali lagi terhadap sifat gelas, semua sekali gelas itu, adalah bersifat dgn sifat kaca. Perumpamaan gelas kaca itu, hendaklah tuan2 kiaskan kpda diri tuan2. Bilamana semua sekali gelas meliputi kaca, begitu jugalah diri kita. Diri kita itu, sesungguhnya meliputinya Allah (Allah semua sekali). Bila semua sekali Allah, ertinya diri kita hanyalah sekadar nama sebut2an sebagai sebutan nama gelas. Meliputi itu bererti semua sekali. Bila Allah meliputi diri kita ertinya Allahlah semua sekali. Bilamana Allah meliputi alam, bererti Allahlah semua sekali alam (semua sekali diri kita dan semua sekali alam itu, adalah Allah meliputinya), itulah ertinya Allah itu meliputi sekalian alam.

Dalam kita melihat, memandang atau menilik Allah, hendaklah memandang, melihat dan menilik dgn yakin dan dgn percaya. Percaya dan yakinlah yg Allah itu meliputi sekalian alam (semua sekali Allah). FirmanNya:
“Barang ke mana kamu hadapkan mukamu, di situlah wajah Aku”

Firman di atas, sudah memang jelas sejelas2nya bhwa Allah Taala itu meliputi (semua sekali). Tidak ada arah yg tidak tertilik Allah. Pandang dlm batang tubuh ada Allah dan pandang di luar tubuh ada Allah, kenapa masih lagi tuan-tuan tidak ternampak Allah? Tilik alam, tidakkah Allah itu meliputi (semua sekali), kenapa masih lagi tidak tertilik Allah? Yakin dan percayalah bhwa sesungguhnya tidak ada ruang yg tidak ada Allah, knpa masih lagi tidak terlihat Allah.

Di alam ini, sesunguhnya tidak ada tempat yg tidak ada Allah, krna Allah memenuhi ruang, memenuhi waktu dan memenuhi tempat, kenapa tuan2 masih lagi tidak terpandang Allah. Nak nyata, nak terang dan nak jelas yg bagaimanakah lagi Allah itu? Sedangkan terangnya cahaya matahari, sesungguhnya terang lagi Allah dan dekatnya di antara mata putih dgn mata hitam, sesungguhnya dekat dan hampir lagi Allah, knpa sampai tuan2 tidak tertilik, tidak terlihat dan tuan2 tidak ternampak Allah? Tambahan pula Allah itu meliputi sekalian alam, knpa masih tidak tertilik, keaa masih tidak terlihat dan kenapa masih tidak terpandang Allah? Cuba tuan2 tanya kpda diri sendiri kenapa, kenapa dan kenapa?

Pengajaran sudah sampai dengan jelas dan dengan nyata di depan mata, sayangnya kenapa masih juga tidak faham-faham? Apakah salah penyampaian ilmu atau salah kefahaman tuan-tuan? Saya kira penyampaian ilmu oleh guru-guru terdahulu sudah lebih dari cukup dan terang serta teramat-amat jelas. Untuk mendapat barokah kefahaman dalam bidang ilmu makrifat itu, seharusnya tuan-tuan ikut saranan guru. Dalam menimba ilmu Allah itu, harus ada adab dan kaedahnya yang tersendiri.

Untuk mendapat faham dalam bidang ilmu makrifat itu, harus ada cara, jalan, kaedah dan adab. Adapun adab atau caranya adalah, tuan-tuan mesti ikut dan patuh kepada saranan guru. Bilamana guru suruh tuan-tuan masuk ke halaman dapur ambil gelas kaca, hendaklah tuan ikut dan patuh. Bila guru suruh pegang gelas dan tilik, hendaklah tuan-tuan benar-benar pegang gelas dan tilik, barulah ilmu guru itu menjadi barokah (berkat) dan barulah kefahaman ilmu itu boleh meresap masuk ke dalam jantung kalbu! Sayangnya, bila disuruh berbuat begitu, tuan tidak endah dan tidak patuh kepada saranan guru, itulah makanya tuan-tuan tidak mendapat kefahaman dalam menuntut. Allah tidak jauh dan Allah tidak terdinding (terhijab), kenapa masih tidak percaya kepada Allah Taala?

Meliputinya Allah itu, seumpama kiasan kepada ombak, kepada gelora atau kepada buih di lautan. Seandainya tuan-tuan dan puan-puan mempunyai kelapangan masa di hujung minggu, sambil berjalan bersama keluarga, anak isteri, sudi kiranya mampir buat seketika ke tepi pantai. Untuk mempercayai Allah, untuk menyakini Allah, lepaskan pandangan ke arah lautan yang luas. Di situ, hendaklah tumpukan pandangan ke arah gelombang lautan itu, lepaskan pandangan ke arah ombak dan lepaskan pandangan ke arah buih-buih di lautan. Dengan melihat tanda ombak dan buih, yakinlah, di dalam hati masing-masing bahawasanya ombak, gelombang dan buih itu, sesungguhnya hanyalah zahir pada panggilan nama ataupun zahir pada tanggapan akal. Sesungguhnya, gelombang, ombak dan buih itu, pada hakikatnya adalah lautan AIR.

Begitulah, meliputinya lautan air pada ombak dan gelombang, pada pandangan mata kasar kelihatan seumpama ombak, sesungguhnya pada pandangan hakiki ianya adalah lautan AIR. Tandanya di sini bahawasanya meliputinya air laut di dalam ombak, meliputinya air laut di dalam gelombang dan meliputi air di dalam buih, itulah tandanya gelombang tidak ada, gelora tidak ada. Ombak tidak ada, buih tidak ada, yang ada hanyalah lautan AIR.

Begitulah hendaknya kita semua insaf dan ambillah iktibar daripada lautan air itu, ditafsirkan meliputinya Allah itu atas diri kita dan meliputinya Allah pada sekalian alam. Bilamana meliputi air laut pada ombak, meliputinya air laut pada gelombang, begitulah meliputinya Allah pada diri kita sendiri iaitu meliputinya Allah pada tangan, meliputinya Allah pada mata, meliputinya Allah pada seluruh tubuh, meliputinya Allah pada diri sendiri dan meliputinya Allah pada seru sekalian alam.

Tidak ada ruang pada ombak utk tidak adanya air laut. Tidak ada ruang pada gelombang utk tidak adanya air laut dan tidak adanya ruang pada buih untuk tiadanya air laut. Begitu juga tidak ada ruang pada tangan utk tidak adanya Allah. Tidak ada ruang pada kaki utk tidak adanya Allah. Begitulah juga seluruh anggota jasad diri kita dan seluruh 7 petala langit, 7 petala bumi alam ini. Allah itu meliputi sekalian alam dan meliputi diri kita. Tidak ada ruang yg tidak ada Allah. Tidak ada tempat yg tidak ada Allah. Tidak ada masa yg tidak ada Allah. Tidak ada ruang yg tidak ada Allah. Tidak ada penjuru yg tidak ada Allah. Tidak ada sudut yg tidak ada Allah. Allah meliputi setiap ruang, setiap sudut, setiap masa, setiap detik, setiap saat, setiap segala sesuatu.

Oleh itu, percayalah, yakinlah, bilamana tuan2 melihat tempat. Sesungguhnya bukan tempat yg tuan2 lihat. Sepatutnya Allahlah yg tuan2 lihat pada tempat. Allahlah yg tuan2 lihat pada masa. Allahlah sepatutnya tuan2 lihat pada penjuru. Allahlah yg tuan2 lihat pada sekalian Allah. Allahlah seru sekalian Alah. Sebegitulah tuan2 melihat sebagaimana meliputinya air laut pada ombak, pada gelombang, sebegitulah tuan2 melihat Allah pada seluruh jasad anggota diri dan seluruh seru sekalian alam.

Pada hari ini, pada masa ini dan pada saat ini, saya menyeru kpda tuan2 dan menyeru kpda diri saya sendiri, bilamana melihat tempat, sesungguhnya tempat itulah Allah. Bilamana tuan2 melihat masa, sesungguhnya masa itulah Allah. Bilamana tuan2 melihat bentuk, bentuk itulah Allah. Bilamana tuan2 melihat ruang, ruang itulah Allah. Bilamana tuan2 melihat penjuru, sudut atau ruang, maka sudut, penjuru dan ruang itulah Allah. Itulah tandanya meliputinya Allah itu pada seru sekalian Allah. Tempat bukan Allah. Penjuru, sudut, masa bukan Allah. Ruangan bukan Allah tetapi itu tanda meliputinya Allah pada sekalian yang wujud dan pada sekalian yg ujud dan pada sekalian yg maujud.

Kepada para sahabat, dan kepada sidang pembaca yg budiman, seandainya ada kelapangan waktu, sudilah kiranya bawa diri tuan2 ke tepi pantai. Lihatlah, tengoklah, tiliklah lautan. Lautan di tepi pantai dan lepaskanlah pandangan tuan ke arah persisiran pantai. Dgn penghayatan mata hati, insyaalah kehadiran tuan2 utk melihat lautan, mudah2an tafsiran atau kiasan lautan itu boleh dibawa dan boleh dikiaskan pula pada diri kita sendiri. Ingat, ingat dan ingatlah, sesungguhnya, sebagaimana meliputinya air laut pada ombak, pada gelombang dan buih itu, sebegitulah meliputinya Allah pada diri kita sendiri.
Oleh itu, mulai pada hari ini, pada jam ini, pada saat ini, leburlah tanganmu, leburlah kakimu, leburlah dirimu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki kerana meliputinya Allah atas dirimu. Sesunguhnya dirimu itu tidak ada. Yang ada hanya Allah (itulah ertinya Allah itu meliputi).

Sungguhnya Allah itu terang, nyata dan jelas, melata di semerata pelusuk alam dan itulah ertinya meliputi (meliputi Allah itu, di sekalian alam). Lihat masa akan terpandang Allah. Lihat tempat, akan tertilik Allah dan pandang ruang akan ternampak Allah. Tidak ada ruang yang tidak ada Allah, tidak ada tempat yang tidak ada Allah dan tidak ada masa yang tidak ada Allah. Meliputi dan memenuhinya Allah pada segenap ruang, pada segenap tempat dan segenap masa. Allah memenuhi dan Allah meliputi langit dan bumi. Kenapa tuan-tuan masih lagi tidak terlihat, terpandang dan kenapa masih lagi tidak tertilik Allah?

Allah itu kenyataan sekalian alam, kenapa masih tidak terpandang Allah? (Dengan kata lain, kenyataan alam inilah Allah). Kenapa kita masih tidak nampak Allah? Untuk mempercayai Allah dan untuk meyakini Alllah, terlebih dahulu hendaklah Allah itu dikenal dan nyata, barulah kita benar-benar boleh percaya dan yakin kepada Allah.

Kenal dan ingat Allah itu, bukan hanya setakat cerita perkhabaran atau cerita ilusi atau angan-angan khayalan akal. Kenal dan lihat Allah itu hendaklah dengan kenyataan sebenar-benar nyata. Kenal dengan cara dilihat, dipandang dan kenal dengan cara ditilik dengan sebenar-benar penglihatan yang jelas. Barulah Allah itu boleh dan dapat dipercayai dan diyakini dengan sungguh-sungguh. Sungguhpun Allah itu bukan sesuatu tetapi sesungguhnya Allah itu sebenar-benar nyata pada tiap sesuatu (Allah bukan sesuatu tetapi nyata pada tiap sesuatu).

MENGENALI ALLAH MELALUI DAKWAT

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Untuk menghayati penceritaan meliputinya Allah, sudilah kiranya tuan-tuan mengambil sebatang pen ataupun kalam dan mengambil sekeping kertas. Hendaklah saranan saya ini, dipatuhi dan diikuti agar tuan-tuan mendapat barokah dalam penceritaan atau penghayatan ilmu makrifat.

Sekarang, saya minta tuan-tuan menulis, tulislah apa saja yang terlintas dihati tuan-tuan. Pada kebiasaanya penulis atau pengarang sesebuah novel itu hanya tahu sekadar membaca perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, perenggan demi perenggan, tetapi tidak ramai yang memandang di sebalik ayat dan di sebalik perenggan itu adalah dakwat. Sekarang saya dengan hormatnya memohon agar tuan menulis perkataan ini, “Saya sudah melihat Allah, Saya sudah mengenal Allah, Saya sudah menyembah Allah”. Sudahkah tuan-tuan tulis?

Jika belum ditulis, saya mohon jangan diteruskan kitab ini dibaca. Bagi sesiapa yang belum berbuat demikian hendaklah masuk ke bilik, cari sekeping kertas dan sebatang pen. Buat apa yang saya sarankan. Inilah kaedah, cara atau jalan guru-guru terdahulu mengajar muridnya. Itulah makanya, pelajaran guru-guru terdahulu mendapat penghayatan dari pembelajarannya, sehingga meresap, terpaku, terkunci, terpahat dan tersemat ilmu ini selama-lamanya ke lubuk hati membawa sampai ke mati. Sesudah ditulis apa yang disarankan itu, tiliklah, lihatlah, pandanglah, perhatikanlah dan bacalah baris-baris tulisan yang ditulis itu.

Apakah yang tuan-tuan nampak? Nampak hurufkah, nampak tulisankah, nampak perkataankah, nampak ayatkah, nampak perenggankah, nampak bariskah, nampak muka suratkah, nampak kitabkah atau nampak DAKWATKAH, DAKWAT, DAKWAT! Tidakkah semua itu DAKWAT. Itulah ertinya dakwat itu meliputi sekalian huruf, sekalian tulisan, sekalian perkataan, sekalian ayat, sekalian perenggan, sekalian baris, sekalian muka surat, sekalian isi kitab. Sesungguhnya, apa yang dibaca, apa yang dilihat, apa yang dipandang dan apa yang ditilik itu tidak lain daripada dakwat.

Begitulah jua meliputinya Allah atas diri kita dan meliputinya Allah atas seru sekalian alam. Oleh itu, bilamana melihat, hendaklah tertilik Allah, bilamana melihat, hendaklah terpandang Allah, bilaman melihat, hendaklah ternampak Allah, kerana Allah itu meliputi sebagaimana firman Allah:
“Fainamatuwallu, fasamma wajhullah”
“Barang ke mana kamu hadapkan mukamu, di situlah wajah Allah”.

Sekarang, tulis semula perkataan “melihat”, dengan perkataan melihat itu kita hanya membayangkan tentang mata. Tulis semula perkataan “mendengar”, dengan tulisan mendengar itu kita hanya dapat membayangkan perkara telinga. Dalam pembelajaran ilmu makrifat, dalam pembelajaran ilmu percaya dan dalam pembelajaran ilmu yakin, tuan-tuan hendaklah jangan tumpukan perhatian pada penglihatan, jangan tumpukan perhatian pada pendengaran, pada mata, pada telinga. Dalam pengajian ilmu makrifat, hendaklah memandang di sebalik tulisan telinga, tulisan mata, tulisan pendengaran dan tulisan penglihatan itu, sebenar-benarnya “dakwat”.

Dakwatlah sebenar-benar meliputi sekalian tulisan perkataan mata, tulisan perkataan telinga, tulisan perkataan melihat, tulisan perkataan pendengaran. Perkataan-perkataan yang tuan-tuan tulis itu, sebenarnya adalah dakwat. Begitu jua perumpamaan meliputinya Allah pada sekalian diri dan pada sekalian alam. Tidak ada ruang dalam tulisan mata itu yang tidak ada dakwat. Tidak ada ruang tulisan telinga itu yang tidak ada dakwat. Tidak ada ruang tulisan penglihatan dan pendengaran itu yang tidak ada dakwat. Segala-galanya dipenuhi dan diliputi dakwat (segala-galanya dipenuhi dan diliputi Allah).

Beginilah caranya guru-guru terdahulu mengajar melihat, menilik dan memandang Allah pada segenap dan sekalian yang maujud di alam ini. Tidak ada yang wujud (ada), ujud (diadakan) dan maujud (mengadakan) itu, melainkan Allah Taala. Itulah makanya, yang memandang dan yang dipandang itu adalah dakwat. Yang ditilik dan menilik itu adalah dakwat. Yang dilihat dan melihat itu adalah dakwat. Yang menyembah dan disembah itulah dakwat. Yang ingat dan diingati itulah juga dakwat. Inilah yang dikatakan meliputinya Allah Taala.

Pada hari ini, jam ini, masa ini dan saat ini, yakinlah, percayalah dan ketahuilah dengan sebenar-benar bahawasanya Allah saja yang bersifat wujud (ada), ujud (diadakan) dan maujud (mengadakan sekalian yang ada). Inilah kaedah, cara dan jalan percaya kepada Allah Taala. ITULAH ALLAH.
Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!
By Hj. Shaari Posted in Makrifat Tok Kenali
WallahHU'Alam.

CERAMAH ONLINE:  https://www.youtube.com/watch?v=ukuAozobdyY&list=PLg-mUll13vs6YUJ37kckYWIDUXc4qlqYA



Mengenal Allah Melalui Allah










Tuesday, 5 November 2013

Mengenal Allah Melalui Allah


BAGAIMANA CARANYA HENDAK MENGENAL ALLAH MELALUI ALLAH 
Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda:
عَرَفْتُ رَبِّيْ بِرَبِّيْ
Aku mengenali Tuhanku dengan Tuhanku
Bagaimana kita nak memahami sabdaan Nabi ini? Kerana Nabi Muhammad S.A.W. apabila baginda bersabda, kalamnya bersifat himpunan kalam.
عَنْ خَالِدِ بْنِ عَرْفَطَةَ ، قَالَ : كُنْتُ جَالِسًا عِنْدَ عُمَرَ ... فَذَكَرَ حِكَايَةً طَوِيلَةً إِلَى أَنْ قَالَ : فَقَالَتِ الأَنْصَارُ : أَغْضَب نَبِيَّكُمْ صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم !! السِّلاَحَ السِّلاَحَ ، فَجَاؤُوا حَتَّى حَدقُوا بِمِنْبَرِ رَسُولِ الله صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم ، فَقَالَ : يَأَيُّهَا النَّاسُ ، إِنِّي قَدْ أُوتِيتُ جَوَامِعَ الْكَلِمِ وَخَوَاتِيمَهُ ، وَاخْتَصَرَ لِي الْكَلاَمَ اخْتِصَارًا .
Dari Khalid bin ‘Arqathoh dia berkata: aku pernah duduk di sisi Umar, maka dia menyebut satu hikayat yang panjang sehingga dia berkata: Maka berkata kau Ansor : Nabi kita marah !! senjata senjata, maka mereka datang sehingga mereka mengelilingi mimbar Rasulullah S.A.W. maka bersabda Nabi: Wahai sekelian manusia! Aku sesungguhnya diberikan himpunan perkataan dan penutupnya dan di pendekkan bagiku kalam sebagai yang pendek.
Berdasarkan hadis ini, fahamlah kita bahawa Nabi S.A.W itu tidak memerlukan perkataan yang banyak untuk menyatakan idea yang banyak. Hanya beberapa perkataan sahaja sudah merangkumi semua idea yang beratus ribu idea.
Jadi apa maksud Nabi dengan sabda baginda “Aku mengenali Tuhanku dengan Tuhanku”. Ucapan yang pendek tapi mendalam pengertiannya. Hanya mereka yang memiliki mata basiroh iaitu mata hati yang ada pada diri batinnya sahaja yang dapat merungkai maksud sabdaan baginda S.A.W. Mereka yang tidak mempunyai mata hati, tak mungkin memahami kiasan di sebalik sabda Nabi itu.
Nabi S.A.W. juga pernah bersabda :
مَنْ عَرَفَ نَفْسَهُ فَقَدْ عَرَفَ رَبَّهٌ وَمَنْ عَرَفَ رَبَّهُ فَسَدَ الـجَسَدُ
Barang siapa mengenali dirinya maka sesungguhnya dia telah pun mengenali Tuhannya dan barang siapa telah mengenali Tuhannya binasalah jasad
Apa erti kalam nubuwah ini?  Apa makna mengenal diri? Sehingga apabila kita mengenal diri kita akan membawa kita kepada mengenal Allah.Pertama-tama sebelum kita mengenali Allah, kita dikehendaki untuk mengenal diri kita sendiri. Persoalannya diri kita yang mana satu?
Tok Kenali mengajar anak muridnya kiasan tidur dan mimpi. Apabila kita memahami kiasan tidur dan mimpi, membawa kita mengenali diri kita sendiri. Sewaktu kita tidur, manakah dia kekuatan kita? Manakah dia nama kita? Sewaktu kita tidur, kita berada dalam genggaman Allah. Sehingga kita tak mampu mempertahankan harta kita jika harta kita nak dirompak oleh orang lain. Bahkan badan dan tubuh kita pun tak mampu kita pertahankan. Kita sebenar-benarnya tiada daya upaya dan tiada kekuatan serta tiada kehendak sama ada ketika kita tidur ataupun kita jaga. Inilah pengertian dari sabdaan Nabi dalam hadis berikut:
عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ : أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم وَهُوَ فِي الْمَسْجِدِ ، فَجَلَسْتُ إِلَيْهِ ، فَقَالَ : يَا أَبَا ذَرٍّ : فَقُلْتُ : لَبَّيْكَ فَقَالَ : أَصَلَّيْتَ ؟ قُلْتُ : لاَ قَالَ : قُمْ فَصَلِّ ، فَصَلَّيْتُ ثُمَّ أَتَيْتُهُ ، فَجَلَسْتُ إِلَيْهِ ، فَقَالَ : يَا أَبَا ذَرٍّ ، اسْتَعِذْ بِالله مِنَ شَيَاطِينِ الْجِنِّ وَالإِنْسِ ، قُلْتُ : وَهَلْ لِلإِنْسِ شَيَاطِينُ ؟ قَالَ : نَعَمْ يَا أَبَا ذَرٍّ ثُمَّ قَالَ : أَلاَ أَدُلُّكَ عَلَى كَنْزٍ مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ ، قُلْتُ : بَلَى يَا رَسُولَ الله بِأَبِي أَنْتَ وَأُمِّي ، قَالَ : قُلْ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِالله ، فَإِنَّهَا مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ
Dari Abi Zhar dia berkata: Aku mendatangi Nabi S.A.W. sedang baginda berada dalam masjid maka aku duduk dekatnya, maka baginda bersabda: Wahai Abu Zhar! Aku berkata: Labbaika Maka baginda bersabda: Sudahkan kamu bersolat?  Aku berkata: Belum Baginda bersabda: bangun maka bersolaylah, maka aku pun menunaikan solat kemudia aku mendatanginya, maka aku duduk di sisinya. Maka baginda bersabda: “ Wahai Aba Zhar mintalah kepada Allah perlindungan dari syaitan jin dan syaitan manusia! Aku berkata: dan adakah bagi manusia itu syaitan? Baginda bersabda Ya wahai Aba Zhar. Kemudian baginda bersabda: Mahukah kamu aku tunjukkan kamu satu perbendaharaan dari  perbendaharaan- perbendaharaan syurga? Aku berkata : Bahkan wahai Rasulallah demi bapaku, kamu dan juga ibuku.Sabda baginda: Sebutlah LA HAWLA WALA QUWWATA ILLAH BILLAH maka sesungguhnya ia adalah dari perbendaharaan- perbendaharaan syurga.
Daripada hadis di atas baginda S.A.W. mengajar Abu Zhar al-Giffari r.a. satu kiasan cara mengenal diri, iaitu sebenar-benar diri kita tiada daya upaya sama ada ketika kita jaga mau pun ketia kita tidur. Dalam pelajaran Ilmu Tauhid, pada tajuk 20 sifat yang wajib bagi Allah. Di mana kita di ajar oleh guru-guru kita bahawa hanya Allah sahaja yang wajib ada. Sementara sifat yang berlawanan dengan sifat yang wajib bagi Allah adalah merupakan sifat sebenar kita. Allah wajib ada dan kita pula wajib tiada.
Apabila kita mengenali diri kita ini kita akan mengetahui bahawa diri kita ini tiada daya upaya dan tiada kekuatan. Dan kita ini adalah faqeer  di sisi Allah sebagaimana Firman Allah dalam Surah  Fathir ayat 15:
* $pkšr'¯»tƒ â¨$¨Z9$# ÞOçFRr& âä!#ts)àÿø9$# n<Î) «!$# ( ª!$#ur uqèd ÓÍ_tóø9$#ßÏJysø9$# ÇÊÎÈ
15. (oleh kerana Allah Menguasai segala-galanya, maka) Wahai umat manusia, kamulah yang faqeer  kepada Allah (yang sentiasa berhajat kepada Allah dalam segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
Apabila kita tiada daya upaya dan kekuatan, maka bagaimanakah kita hendak mengenali Allah? Dengan kekuatan mana kita dapat mengenali Allah? Maka difahami di sini, kita sama sekali tak akan mampu untuk mengenali Allah.
Bagaimana nak fahami erti kiasan ini?
Kita boleh sebut juga berdasarkan hadis di atas iaitu :
مَنْ عَرَفَ نَفْسَهُ فَقَدْ عَرَفَ رَبَّهٌ
Barang siapa mengenali dirinya maka sesungguhnya dia mengenali Tuhannya
Barang siapa mengenali dirinya maka sesungguhnya dia telah menyembah Tuhannya
Barang siapa mengenali dirinya maka sesungguhnya dia telah mengingati Tuhannya
Barang siapa mengenali dirinya maka sesungguhnya dia telah sempurna memuji Tuhannya.
Hakikat diri kita ini adalah tiada daya upaya dan tiada kekuatan. Jika kita menyebutkan bahawa kitalah yang menyembah Allah, itu adalah terlalu mustahil, sebab kita tak wujud sebenar-benarnya dan kita tiada daya upaya dan kekuatan serta kehendak. Maka sewaktu kita bersolat sebenar-benar yang bersolat dan menyembah Allah itu adalah Allah sendiri. Allah lah yang menyembah diri-Nya sendiri. Kita hanya alat sahaja. Seumpama sebatang pena yang digunakan oleh penulis untuk menulis sajak atau puisi memuji dirinya. Sebagai pena yang digunakan oleh penulis, tak layak mendabik dada mengatakan bahawa pena lah yang menulis semua puisi dan sajak itu. Kerana pena itu jika penulis tak angkat dan tak gerakkannya masakan dia boleh menulis?
Begitulah dengan diri kita ini tak ada kekuatan dan kehendak sewaktu kita mampu berdiri dan menggerakkan anggota kita melakukan semua amalan dalam solat, sebenarnya kekuatan dan kehendak itu adalah milik Allah.
Maka begitulah dengan nak mengenal Allah. Mana mungkin kita dapat mengenal Allah dengan kekuatan ingatan kita. Kita mana ada kekuatan ingatan sebab kita tak wujud dan tiada daya upaya. Maka Allah lah Yang Mengenali dirinya sendiri. Sebagaimana Allah lah yang menyembah dirinya sendiri dan kita ini adalah alat atau tool yang Dia gunakan untuk memuja, memuji dan menyembah-Nya.
Sebenarnya bukannya kita yang mengenali Allah, sebagaimana bukannya kita yang menyembah dan memuji Allah. Yang mengenal, memuja, memuji dan mengabdikan diri itu adalah Allah jua.
Maka oleh kerana itu, kita hendaklah menyerah kembali segala-galanya kepada Allah. Dalam erti kata jangan kita mengaku bahawa kitalah yang mengenal mengingat, menyembah Allah.Kita tak layak memakai pakaian Allah. Hanya Allah sahaja yang layak mengenali Diri-Nya bukannya kita yang mengenali Diri-Nya.
Apabila kita sampai ke garisan penamat ilmu makrifat ini, dan kita “rasa” bahawa kita tiada daya upaya, maka meletup dan meledak “La hawla Wala Quwwata illa billah”.  Dengan sebab itu maka lahirlah ucapan yang tidak difahami oleh orang awam, iaitu ucapan : “AKU TIDAK ADA” “AKU MANA ADA” “BUKAN AKU YANG BAWA KERETA ITU, ALLAHLAH YANG MEMANDU KERETA ITU”
Ucapan-ucapan seperti ini jika didengar oleh orang yang jiwanya sarat dengan cinta kepada dunia dan bencikan maut, akan muncullah dari bibir mereka tuduhan melulu terhadap orang yang mengucapkan ucapan yang karam dalam wajah Allah ini. Seumpama tuduhan sesat, gila, menyeleweng dan sebagainya.
Kalam makrifat ini terlalu halus untuk dimengertikan oleh orang awam. Kerana terlalu halus hingga menyebabkan mata hatinya tidak dapat memandang dan melihat pengertian sebenar ucapan dari mereka yang sudah karam dalam “zauq” terhadap Allah. “Zauq” dalam wajah Allah.
من لم يذوق لا يدري
Siapa yang tak pernah rasa tidak akan mengetahui
Sebab itu jangan menuduh sewenang-wenang kalam yang terbit dari mulutAl-‘Arifeen Billah. Kerana kalam mereka terlalu halus untuk difahami. Untuk memahami kalam yang halus ini, anda haruslah mengupgredkan martabat nafsu anda sehingga mencapai nafsu yang tertinggi. Sekurang-kurangnya Nafsu Muthmainnahiaitu nafsu yang keempat. Yang merupakam permulaan jalan bagi ‘arifeen billah.
Apabila anda sampai ke martabat tertinggi dalam martabat nafsu, maka hati anda akan sihat dan saleem. Maka Allah akan memancarkan nur dari sisi-Nya yang dapat menerangi mata hati anda sehingga anda dapat memahami perkara yang halus-halus.
Di zaman akhir ini, ramai yang tidak dapat memahami hakikat diri mereka. Sehingga mereka menyangka bahawa ketika mereka menunaikan solat, berpuasa, mengerjakan haji dan umrah dan apa jua ibadah dan kerja yang mereka lakukan, mereka menyangka bahawa merekalah yang melakukan semua perbuatan itu. Jika mereka yang melakukan perbuatan itu semua kita nak tanya dari mana mereka dapat kekuatan untuk melakukan semua perbuatan itu? Adakah mereka cipta sendiri kekuatan itu. Jika Allah takdirkan mereka mendapat penyakit lumpuh, kenapa mereka tak mampu gerakkan tangan mereka sendiri jika mereka kata bahawa merekalah yang mencipta kudrat dan iradat mereka dan bukannya Allah yang cipta semua af’al dan perbuatan mereka.
Inilah umat akhir zaman yang kehilangan nilai diri sebenar dan tak mengenali diri mereka sendiri. Sehingga sanggup meletakkan Allah di belakang mereka. Inilah gejala keruntuhan harga diri di kalangan umat Islam akibat dari ilmu makrifat yang dikesampingkan. Kita nak tanya adakah ilmu makrifat diajar di sekolah rendah atau di sekolah menengah. Ilmu makrifat tidak diajar sama ada di peringkat rendah, menengah, pengajian tinggi dan juga universiti. Al-Azhar pun tak ajar ilmu ini. Kenapa ilmu ini tak diajar? Ini adalah kehendak Allah juga ianya tersembunyi. \
Namun dekat-dekat nak kiamat ini, dan Imam Al-Mahdi akan muncul tak berapa lama lagi, ilmu makrifat ini muncul semula hasil didikan yang berterusan dari ulama tersohor dan ternama iaitu Tok Kenali rahimahullah. Tersebar secara mulut ke mulut, dia mengajar anak murid dan mendidik anak-anak muridnya sehingga ada yang mencapai taraf wali seumpama Sheikh Muhammad Said Linggi, dan dikembangkan lagi ilmu ini tanpa rasa gentar biarpun dituduh sesat oleh Tuan Guru Hj Shaari bin Tuan Guru Hj Mohd Yusuf Che Wook.
Sepatutnya kita rasa gembira dan berbesar hati asas pengorbanan orang makrifat seperti Tuan Guru Hj Shaari, Marilah kita bersama-sama mendalami ilmu ini sementara masih ada lagi dan masih hidup lagi Tuan Guru Hj Shaari. Kerana dengan pengajian ilmu makrifat inilah akan dapat melahirkan ratusan wali-wali Allah yang akan dijadikan sebagai tentera yang akan bersama dengan Imam Al-Mahdi di dalam peperangan dunia ketiga yang pasti akan tercetus nanti.
Dengan terbukanya mata hati tuan-tuan setelah mengenali Allah, diharap akan dapat mengetahui fitnah dajjal yang sebenarnya kita hidup di dalam fitnah Dajjal ini tanpa kita sedari.
Semoga pencerahan yang sedikit ini dapat membantu anda ke arah mengenal Allah melalui Allah.

Penghujung Ilmu Makrifat Itu, Adalah …
Mereka yang berjaya sampai kepada tahap makrifat itu, adalah mereka-mereka yang telah mencapai makam atau tingkatan ilmu kerohanian yang tertinggi. Tahap atau maqam ilmu makrifat yang tertinggi itu, adalah tahap pencapaian atau tahap persinggahan ilmu pada garisan penamat yang penghabisan dan terakhir. Inilah yang dikatakan pencarian di penghujung tujuan.
 Ucapan, perasaan atau pengakuan qalbu dihujung pencarian itu, adalah qalbu yang meluap, pecah dan meletup dengan ucapan
لاحول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
(tiada daya upaya kita, melainkan segalanya dari Allah).
Perkataan yang lahir dari pandangan qalbu itu, tidak lagi boleh menurut pengertian akal. Bilamana pengertian qalbu, tidak lagi dapat dibaca oleh akal itu, maka lahirlah perkataan  “aku tidak ada”. Bahasa pengakuan hati atau bahasa pengakuan qalbu yang makrifat kepada Allah Taala itu, tidak lagi boleh berdalil, bersandar, berpaut atau bergantung lagi pada akal!. Segala ikhtiar atau usaha akal kita itu, sesungguhnya sudah berakhir, binasa dan karam kerana tenggelam dalam lautan makrifat Allah. Inilah yang dikatakan penamat, penutup dan ibu segala ilmu!.
 Sekiranya tuan-tuan lalu  ditepi sungai, saya minta tuan-tuan kutip seketul batu dan campakkan ia ke dalam sungai yang dalam. Saya mahu bertanya, apakah lagi yang tuan-tuan nampak dan apakah lagi yang terlihat, cuba jawab?……………………..Begitulah dalil dan contohnya jika diri kita, kita tengelamkan atau campakkan kedalam dasar lautan makriffat!.
 Makrifat (mengenal Tuhan) itu, adalah tauhid. Tauhid itu, adalah hijrah akal menuju qalbu dalam mengesakan Allah!. Hijrah akal menuju qalbu, itulah intipati ilmu makrifatullah.  Hijrah akal menuju qalbu itu, adalah hijrah jahil kepada alim. Hijrah akal kepada perbicaraan qalbu para-para arifin billah itu, membawa kita kepada ilmu mengesakan Allah  (penutup segala ilmu). Hijrah akal kepada makam qalbu inilah yang menyebabkan arifin billah seperti Dzunnum Al-Misri, Al-Junaid Al-Baghdadi dan Al-Halaj dihukum bunuh. Tidak kurang pula di tuduh ilmu salah, kafir, sesat, pelik dan zindik.
 Maaf  Kiranya Saya Keterlaluan
 Kebanyakkan dari ulamak kita, tidak ramai yang didedahkan dengan pengajian ilmu makrifat (ilmu rohani). Ketidak pakaran dalam ilmu makrifat itu, bagaimana mungkin mereka boleh menghukum ulamak-ulamak yang mengajar ilmu makrifat itu, sesat atau salah?. Jika sekiranya pihak ulamak feqah mendakwa yang mereka juga memiliki kepakaran dalam bidang ilmu makrifat, cuba jelas dan terangkan kepada kami, di manakah sekolah, di manakah pondok atau di manakah pusat-pusat pengajian tinggi yang mengajar ilmu makrifat. Mari kita tanya ulamak feqah, di mana mereka belajar ilmu makrifat, supaya kita juga boleh dengan beramai-ramai turut serta menuntut di tempat yang didakwa itu!.
 Cuba tuan jawab pertanyaan saya secara jujur dan secara ikhlas, selama tuan-tuan hidup dan tinggal dibumi Malaysia ini, pernahkah kita jumpa pusat-pusat pengajian ilmu makrifat?. Samaada berupa pengajian pondok, pak guru, pak Ustaz atau pusat-pusat pengajian tinggi yang mengajar atau yang menyediakan bidang pengajian makrifat?. Sedangkan tidakkah kita tahu yang bidang ilmu makrifat itu, adalah bidang ilmu yang wajib, bidang ilmu fardhu ain (suatu bidang ilmu yang wajib) bagi setiap umat yang bergelar Islam!. Tidakkah tuan-tuan tahu, apakah itu ertinya wajib?.
 Ulamak feqah selalu menuduh ilmu makrifat itu sesat, salah dan sebagainya. Disini saya ingin bertanya, yang dikatakan ilmu makrifat itu sesat atau salah itu, apakah ulamak feqah pernah menuntut ilmu makrifat?. Sekiranya jawapan memihak kepada belum, bagaimana tuan-tuan feqah boleh menuduh sesat?.
 Fakta atau kenyataan sesat yang tuan-tuan feqah bawa itu, dari mana asasnya dan dimana ulamak-ulamak feqah, belajar atau berguru ilmu makrifat, sehingga dapat menuduh sesat?. Saya sebagai pengarang ilmu makrifat yang sudah  berkecimpung dalam bidang ini selama 38 tahun, saya tidak pernah jumpa ada pusat pengajian ilmu makrifat, guru atau sekolah ilmu makrifat, baik di dalam negeri mahupun di luar negara!. Dengan berbekalkan ilmu syarie, ilmu fiqah atau dengan berbekalkan dengan ilmu akal, apakah layak tuan-tuan feqah menuduh, menangkap dan menghukum golongan makrifat, sebagaimana yang berlaku kepada pentadbiran-pentadbiran terdahulu?.
 Namun pesan dan nasihat saya kepada para arifin billah sekalian yang ada, terutama kepada yang memperjuangkan ilmu makrifat, hadapilah kenyataan pemerintah dan golongan feqah hari ini dengan tabah dan jangan sekali-kali berputus asa. Kayu ukur atau tanda aras pentadbiran ulamak atau pemerintah yang ada pada dunia hari ini, untuk menghukum adalah melalui bacaan ilmu akal (hukum feqah). Mereka tidak sekali-kali memandang pada bacaan ilmu rohani (Ilmu makrifat). Mereka tidak faham apa itu bahasa makrifat! Seperti:

Ø  diri yang fana’,
Ø  diri yang lebur,
Ø  diri yang  baqa’ atau
Ø  diri yang karam dengan Allah

Bilamana tidak faham dan tidak arif dalam bidang ilmu fana’ atau ilmu baqa’, mana mungkin golongan yang berilmu feqah itu dapat menyelami ilmu makrifat!. Bilamana tidak faham ilmu makrifat, itulah sebabnya tuduhan demi tuduhan mereka lontarkan kepada pengamal ilmu makrifat!. Mereka itu, hanya berpandukan kayu pengukur ilmu feqah, untuk menghukum dan menuduh kesesatan ilmu makrifat. Yang menjadi mangsa ulamak feqah itu, adalah orang-orang yang berilmu makrifat. Itulah makanya golongan makrifat itu,  selalu dituduh sesat dan selalu dipandang salah dimata golongan ahli feqah.

           System pendidikan pada hari ini, banyak mengeluarkan ulamak dengan berbekalkan kelulusan ilmu feqah. Kemanakah hilangnya system pendidikan untuk mengeluarkan ulamak makrifat?.Dengan menuduh, menangkap, menghukum dan melebel mereka-mereka yang mengajar ilmu makrifat dengan ajaran sesat, salah dan menuduh ilmu makrifat itu, sebagai ilmu yang boleh memesongkan akidah orang ramai, apakah ada ulamak feqah bercadang untuk mengajar ilmu makrifat yang tidak salah?.  Menuduh salah itu memang teramat senang, tetapi manakah ilmu makrifat yang tidak salah?. Bilamana ilmu makrifat itu didapati salah tetapi manakah makrifat yang benar?. Kebanyakkan mereka hanya tahu menghukum ilmu makrifat itu salah, tetapi tidak ada ulamak feqah yang berani untuk mengajar dan menunjuk jalan ilmu makrifat yang benar?. Bilamana salah, mana yang benarnya?. Siapa, dimana dan kemana perginya ilmu makrifat yang benar?. Kenapa tidak diajar atau diadakan kelas pengajian yang khusus tentang ilmu makrifat?. Kemana hilangnya ilmu makrifat?. Cuba jawap pertayaan itu……………………………………

Dengan berbekalkan ilmu feqah yang telah mereka pelajari itu, saya nasihatkan kepada ulamak-ulamak feqah, jangan sewenang-wenangnya mudah menuduh ulamak ilmu makrifat itu salah!. Sebenarnya yang salah itu, adalah diri tuan-tuan sendiri, yang tidak pernah mendekati dan tidak pernah menghampiri ilmu makrifat!. Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan sekali menceburkan diri ke dalam bidang ilmu makrifat, saya pasti dengan sesungguh pasti, tuan-tuan tidak akan menuduh ilmu makrifatlah itu salah! tempat perhentian atau tempat persingahan terakhir pencarian mereka!.

Sesungguhnya bidang ilmu makrifat itu, adalah cabang ilmu rohani (ilmu mantik) yang tidak memungkinkan difahami oleh kebanyakkan ulamak feqah. Jika kita tidak faham ilmu makrifat, sekurang-kurangnya jangan mudah menuduh sesat kepada golongan makrifat!. Ulamak keluaran dari pusat pengajian tinggi itu, hanya belajar dalam bidang ilmu feqah sedangkan mereka tidak pernah dididik atau didedah dengan ilmu makrifat!. Mana mungkin akan memahami ilmu makrifat!.  Namun siapa yang akan peduli dan siapakah yang akan faham luahan hati orang-orang makrifat!, Saranan demi saranan diutarakan kepada pucuk pimpinan agama, namun keluhan serta laungan kita itu, sekadar menjadi menjadi hiasan mata dan hawa telinga mereka semata-mata.  Pun begitu, kita tidak boleh sekali-kali memandang rendah atau menyalahkan penjawat awam atau menyalahkan para ulamak feqah dalam hal ini. Mereka-mereka itu, terdidik dan terasuh dengan ilmu feqah tanpa didedahkan dengan  ilmu makrifat. Selayaknyalah mereka begitu!.

           Kita harus sadar bahawa tanpa sekatan atau tanpa pemantauan, sudah tentu gejala ilmu makrifat yang benar-benar sesat akan memenuhi ruang negara kita, jika ianya tidak dikawal oleh golongan ulamak feqah, sudah tentu ilmu makrifat yang benar-bnar salah akan berleluasa!. Dengan adanya ulamak feqah dan pihak jabatan agama serta pemerintah syariat, sekurang-kurangnya dapat mengawal pertumbuhan ilmu yang benar-benar salah dan sesat!. Para ulamak feqah sudah sedaya upaya mempertahankan kesucian agama Islam yang suci ini, supaya ianya terkawal, terpelihara dan terbela dengan baik mengikut pandangan serta perundangan negara. Untuk itu, jangan kita menyalahkan seratus peratus kepada golongan feqah, namun dalam masa yang sama, pihak feqah pula jangan selalu menuduh atau berpandangan serong terhadap golongan ulamak yang berilmu makrifat!. Kerana ilmu makrifat itu, adalah persingahan terakhir segala ilmu! (ibu segala ilmu).

Ilmu Makrifat Itu, Adalah Ilmu Yang Melewati Khayalan Akal!

Konsep ilmu ketuhanan orang arifin billah yang berilmu makrifat itu, adalah konsep ilmu yang melewati khayalan akal atau mengatasi kenyataan akal. Konsep ilmu ketuhanan para-para arifin billah yang berilmu makrifat itu, adalah berlandaskan hanya dengan satu jalan, satu konsep, satu kaedah dan satu cara, iaitu jalan fana’, jalan baqa’ dan jalan berserah diri kepada Allah Taala.  Berkonsepkan hanya Allah yang wujud, hanya Allah yang ujud dan hanya Allah yang maujud”.

           Kenyataan atau pendapat ahad itu, bukan berlandas atau bukan berkonsepkan kepada konsep hulul atau konsep wahdatul wujud!. Konsep ilmu makrifat itu, adalah konsep mengEsakan Allah Taala. Konsep mengEsakan Allah Taala itu, adalah konsep yang tidak berdalil kepada sebarang konsep dan konsep yang tidak pergantungan kepada dalil akal!. Allah itu, adalah Allah. Allah yang tidak ada seumpama, tidak seumpama sebagaimana yang difikir oleh akal, oleh angan-angan atau khayalan.

Makrifat itu, adalah konsep yang sudah tengelam dalam lautan makrifat kepada Allah!. Iaitu konsep yang menenggelamkan diri dalam lautan ahadiah (ahad atau Esa). Iaitu suatu konsep yang semestinya tidak difahami oleh akal!. Konsep yang melewati khayalan atau melewati kenyataan akal!. Untuk memahaminya hendaklah tuan-tuan ceburkan diri tuan-tuan kedalam kolam air makrifatullah!.

Ilmu Makrifat Bukan Konsep Yang DiBuat-Buat!

(Tetapi Dari Ilmu Rasulullah Dan diperturunkan hingga sampai kepada Imam Al-Ghazali Sendiri)

Pendapat, pegangan, pengakuan serta fahaman ilmu makrifat itu, sesungguhnya bukan dibuat-buat atau diada-adakan tetapi ianya, adalah datangnya dari Baginda Rasulullah dan disambung oleh para sahabat dan Imam Al-Ghazali sendiri. Namun tidak ramai yang mendalami, menyelami dan memahaminya!.  Konsep ini, adalah satu-satunya konsep yang boleh menunjang tauhid kedalam qalbu para arifin billah, sebagaimana iman Ghazali sendiri. Inilah makam tauhid, makam ilmu rasa dan makam ilmu para arifin billah terdahulu!. Yang menjadi pegangan, pengakuan dan yang menyebabkan menunjangnya keyakinan tauhid kepada Allah Taala. Ilmu makrifat itu, merupakan inti tertinggi para ulamak arifin billah terdahulu. Yang mana sesungguhnya tidak sedikitpun menjadi percangahan atau berlawanan dengan konsep Ahli Sunnah Waljamaah!.

Soalan: Kenapa ilmu ini hilang dan siapa yang hilangkannya?

Ilmu makrifat dan ilmu hakikat ini hilang  dan dihilangkan oleh tangan-tangan yang tersembunyi iaitu penjajah barat (atas keizinan Allah jua) apabila mereka menjajah tanah melayu dan membawa undang-undang ciptaan mereka. Sehingga sekarang kita melaksanakan undang-undang ciptaan barat. Penjajah barat telah bertahun-tahun mengkaji dan menyelidik kekuatan sebenar umat Islam sehingga mereka kalah teruk dalam peperangan salib dahulu. Hasil kajian mereka, mereka dapati ilmu makrifat dan ilmu hakikat inilah punca kekuatan umat Islam terdahulu. Iaitu berpunca dari Allah sendiri. Jadi mereka merancang rapi supaya ilmu ini tidak disebarkan dan diajarkan. Segala buku dan kitab karangan ulamak tentang kedua-dua ilmu ini mereka larikan. Ulamak yang mahir dengan ilmu ini mereka tangkap dan penjarakan. 
   Akhirnya ilmu ini terpisah dari arus pendidikan sehingga umat Islam tidak sedar bahawa mereka sebenarnya ditipu secara halus. Rata-rata umat Islam sudah merasa cukup dan memada dengan amalan syari’at sahaja. Jikalau Islam ini hanya terletak pada syari’at sahaja kenapa hingga hari ini semakin hari semakin teruk prestasi umat Islam. Kalau dahulu tidak ada kes pembuangan bayi tetapi hari ini kes buang bayi amat parah. Sehingga ada ilmuan Islam yang sampai PhD memberi fatwa bahawa kerja pelacur dimaafkan jika terpaksa sebab kesempitan hidup.  
   Ada juga ustaz-ustaz yang memperlekehkan undang-undang hudud, dia kata isu hudud ini akan muncul ketika pilihan raya, sama dengan lagu hari raya akan berkumandang ketika hari raya, maka begitu juga isu hudud berkumandang ketika pilihan raya. Inilah contoh-contoh ilmuan Islam yang tertipu dengan ilmu yang dimilikinya (ilmu feqah) dan sudah pastinya dia tidak memiliki ilmu hakikat dan ilmu makrifat. Jika dia dakwa tahu juga ilmu makrifat, kita nak tanya dia, dari mana dia belajar, pondok mana? Sekolah mana? Dan universiti mana? Kita pun nak tumpang belajar.

Sedarlah ilmu ini hanya dapat disampai dari mulut ke mulut sahaja disebabkan kekangan yang ada. Maka hari ini kita dapat pelajari kedua-dua ilmu ini sebab ada orang yang sanggup menggadaikan nyawanya untuk sampaikan ilmu ini. Tinggal kepada kita adalah menerima sahaja dan belajar dengan tekun untuk mendapat semula hidayah yang asli sebagaimana sahabat dapat dahulu.

           Hanya bagi yang tidak arif dengan ilmu makrifat sahaja yang memandang bahawa ilmu makrifat itu, salah atau sesat!. Sedangkan hanya melalui ilmu makrifat sahajalah satu-satunya ilmu yang boleh membawa, mengarah dan menghala hati-hati kita kepada arah mengEsakan Allah Taala. Inilah konsep dan inilah ilmu yang dibawa oleh Baginda Rasulullah, semasa mula-mula Baginda berpindah dari Kota Makkah ke Kota Madinah!. Iaitu konsep ilmu tauhid atau konsep ilmu megEsakan Allah Taala.

Soalan :

Bagaimanakah caranya untuk mengatakan yang Allah itu benar-benar Esa?.

           Untuk menyatakan yang Allah itu benar-benar Esa, ianya bukan dengan sebutan kalimah syahadah, bukan dengan mengerjakan ibadah sembahyang,  puasa, zakat atau bukan dengan ibadah perkerjaan ibadah haji!. Menyatakan keEsaan Allah itu, adalah hendaknya dan sepatutnya sebelum melafazkan kalimah syahadah, sebelum ibadah sembahyang atau sebagainya!. Menyatakan Allah itu, bukan perkara untuk dinyatakan sesudah sembahyang atau bukan untuk dinyatakan didalam waktu ketika tengah sembahyang, apa lagi diketika sesudah sembahyang!. Bagi menyatakan Allah itu, bukannya semasa didalam berpuasa atau selepas berbuka puasa!. Ataupun bukan didalam ketika menyebut perkataan syahadah!.

           Ilmu makrifat itu, adalah ilmu menyatakan Allah (ilmu menyatakan keEsaan Allah), ilmu mengEsakan Allah dan ilmu menzahirkan Allah, dengan nyata dan senyata-nyatanya!. Bukan ilmu hanya bercakap di bibir!. Kita boleh menyebut perkataan syahadah (perkataan mentauhidkan Allah) sebanyak mungkin yang kita mampu menyebut, tetapi Islam itu bukan agama bunyi atau agama suara yang keluar dari lidah atau dibibir!. Islam itu, adalah agama benar, agama nyata dan agama pasti!. Kemuskilannya disini, apakah tuan-tuan telah nyata Allah, sebagaimana nyata dan lantangnya suara yang keluar dari kedua bibir mulut tuan-tuan?.

           Ilmu makrifat itu, adalah ilmu yang tidak sekali-kali mengasingkan Tuhan dengan alam!.  ilmu makrifat itu, adalah ilmu mengEsakan Allah, iaitu ilmu yang tidak menduakan Allah (tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu). Ilmu makrifat itu, adalah ilmu yang tidak mewujudkan Allah dengan wujud yang lain selain Allah Taala.

Ilmu makrifat itu, adalah ilmu yang tidak memandang bahawa Allah dan makhluk itu, dua wujud yang berbeza atau “dua yang bersifat wujud”. Dari kaca mata ilmu makrifat, barangsiapa yang memandang, barangapan atau beriktikad bahawa adanya wujud Allah dan adanya wujud alam makhluk, bersama-sama dengan wujud Allah, maka hukumnya adalah syirik. Allah lain dan makhluk lain itu, maka terputuslah seluruh kesedaran batinnya terhadap Allah Taala dan terputus juga kesedaran rohaninya terhadap makhluk. Tetapi jangan pula hendaknya disatukan makhluk dengan Allah!, Ingat itu………………….

Allah dengan makhluk itu, bercerai tidak dan bersatu tiada, ini adalah terjemahan mengikut suluhan bahasa makrifat dan bahasa rohani yang tidak sama sekali difahami atau dimengerti oleh akal, apa lagi oleh ahl ilmu feqah. Allah dan makhluk itu, bercerai tidak dan berpisah tiada!.Sebagaimana kata orang tua-tua kita dahulu, belajar ilmu makrifat itu, susahnya “seumpama mati”, manakala setelah mengenal makrifat, senangya “seumpama tidur”. Belajar ilmu makifat itu, senang, mudah dan tak payah. Belajar ilmu makrifat atau ilmu megenal Allah itu, hanya memakan masa tak habis sebatang rokok.

           Apa tidaknya, terang cahaya mata hari itu, terang lagi Allah, dekatnya  mata putih dengan mata hitam itu, dekat lagi Allah, mana mungkin mengenal Allah itu payah!. Mengenal Allah itu, adalah ilmu yang paling senang dan paling mudah, berbanding dengan ilmu-ilmu yang lain. Allah tidak terhijab atau terdinding, tidak tertutup atau terhalang oleh sesuatu!. Masakan kita tidak mengenal Allah dengan mudah!. Mudahnya sekolah tadika atau sekolah kafa itu, mudah dan senang lagi ilmu mengenl Allah!. Kenapa tidak kenal?……………………………………….

           Ini bukan bertujuan untuk menerap nilai-nilai hulul atau unsur-unsur wahdatul wujud!. Ini semata-mata bertujuan untuk membuka mata pihak-pihak yang mendakwa bahawa para ulamak makrifat itu salah atau sesat.  Tafsir kalimah ahad, ianya adalah suatu perkara yang berbeza berbanding dengan tafsiran kalimah wahdatul wujud!. Selama ini pihak berwajib mahupun ulamak fiqah menuduh pengamal ilmu makrifat itu sesat, salah dan sebagainya dalam mentafsir ulamak makrifat itu telah menyamakan antara wujud Allah dengan wujudnya makhluk. Terkeliru dengan itu, lalu mendakwa dan menuduh pengamal ilmu makrifat itu, mengamalkan ajaran wahdatul wujud atau hulul.

Sebenarnya ilmu makrifat sejati dan sebenar itu, tidak menyamakan Allah dengan makhluk, tetapi tidak juga memisahkan dengan makhluk!. (bersatu pun tidak, berpisah pun tidak) Seumpama “asap bukan api, tetapi tidak lain dari api”. Atau tak lain dan tak bukan melainkan api juga.Faham itu baik-baik dan jangan keliru.

Punca ulamak fekah menuduh ilmu ini dan pengamalnya sesat adalah kerana ulamak fekah biasanya tidak mahu terlibat dengan tareqat tasauf sebab dituduh sesat. Apabila mereka tak mahu terlibat dengan tareqat maka nafsu mereka tak berjaya dinaiktarafkan atau bahasa mudahnya “di upgredkan” ke martabat muthmainnah yang mana nafsu muthmainnahlah yang Allah janjikan syurga. Sila rujuk kitab Sirrus Salikeen jilid 3 edisi rumi, dieditkan semula oleh Ustaz Fahmi Zamzam  halaman 17 baris ke 13 dari atas:

Dan martabat yang kedua ini (martabat nafsu lawwamah) iaitu permulaan jalan orang yang menjalani  tariqat dan kesudahan marabat ulamak yang belum menjalani akan tareqat

Jika sekiranya ulamak yang tersohor namanya yang masih belum menjalani tariqat sufi malahan menganggap tak perlu sertai tareqat sufi serta mengira sudah cukup dengan ilmu syari’at yang mereka pelajari, nafsu mereka berada di tangga nafsu lawwamah, bagaimana pula dengan mereka yang bukan bertaraf ulamak? Di dalam kitab Sirrus Salikeen jilid 3 edisi rumi; menyatakan perihal nafsu kedua iaitu nafsu lawwamah iaitu mereka-mereka yang bernafsu lawwamah itu ada dalam jiwa mereka sifat mazmumah seperti ujub, riyyak, sombong dan sebagainya. Ini menyebabkan mata hati mereka buta atau kelabu sehingga tak dapat membezakan mana yang benar dan mana yang salah. Ini disebabkan nur Allah walau betapa terang sekali pun cahaya itu, namun  tidak dapat menunjuk jalan kepada orang yang buta mata hati, sebagaimana mereka yang buta mata kasar tidak akan dapat selamat dijalanan kecuali dipandu oleh orang yang matanya tidak buta.

Punca yang menyebabkan berlakunya buta mata hati adalah disebabkan nafsu ammarah yang tidak dibasuh dengan amalan tasauf dengan cara mengambil zikir dari guru mursyid dan mengikut panduan yang dibimbing oleh guru mursyid. Jika kita sakit jasmani kita cari doktor pakar dan meminta nasihatnya, di mana doktor pakar akan mengesyorkan apa yang perlu dimakan dan yang tidak boleh dimakan. Maka doktor pakar bagi penyakit rohani adalah guru mursyid, dimana guru mursyid dapat melihat dalaman kita dan menegur serta memberi panduan bagaaimana nak bersihkan hati. Sayangnya guru mursyid seperti ini amat jarang ditemui. Jika ada pun hanya segelintir yang tahu dan mengenali mereka. Ustaz lulusan AL-Azhar sekali pun belum tentu layak diketegorikan sebagai guru mursyid.

Inilah dia nasib malang umat Islam memiliki ramai graduan dari Al-Azhar dan universiti tempatan yang bergelar ustaz tetapi tidak mampu menunjuk jalan yang benar. Ada guru makrifat yang cuba nak bimbing, mereka tuduh sesat pula. Sampai bila mereka nak tuduh sesat guru makrifat? Kasihan mereka yang nak cari kebenaran Islam.

روي عن ابن عدى ، والبيهقى فى شعب الإيمان عن على كرم الله وجهه قال: قال رسول الله e :يوشك أن يأتى على الناس زمان لا يبقى من الإسلام إلا اسمه ولا يبقى من القرآن إلا رسمه مساجدهم عامرة وهى خراب من الهدى علماؤهم شر من تحت أديم السماء من عندهم تخرج الفتنة وفيهم تعود

Diriwayatkan dari Ibnu Adi dan Al-baihaqi dalam Sya’bil Ilman ari Ali r.a. dia berkata: Sabda Rasulullah S.A.W. dibimbangi bahawa akan datang kepada manusia satu zaman dimana tidak kekal Islam itu kecuali pada namanya sahaja dan tidak kekal dari Al-Quran itu kecuali tulisan sahaja, masjid-masjid mereka makmur tetapi sunyi dari hidayah Alla, ulamak mereka adalah sejahat manusia di bawah langit dari sisi mereka keluarnya fitnah dan pada mereka akan kembali fitnah itu

Inilah janji Nabi S.A.W. dan inilah dia zamannya yang mana kita memiliki ramai intelektual Islam yang merupakan lepasan dari universiti-universiti yang hanya mengajar ilmu syari’at sahaja, tetapi ketandusan ilmu hakikat dan ilmu makrifat. Kita nak tanya kepada ustaz-ustaz zaman ini, apa yang mereka tahu tentang ilmu makrifat? Dan jika mereka tahu, kita nak tanya pula dari mana mereka belajar ilmu makrifat? Jika ada pondok-pondok, sekolah-sekolah dan universiti yang mengajar ilmu hakikat dan ilmu makrifat, cuba nyatakan mana satu pusat pengajian itu dan kita ramai-ramai akan masuk belajar ilmu ini. Tak ada pun yang mengajar ilmu ini.

Sebab itu ramai para wali yang tak mahu mencampuri manusia disebabkan tak sanggup hadapi kemelut ini. Dari dahulu ,kini dan selama-lamanya golongan wali ini mengasingkan diri dari orang. Sebab mereka nak jaga hati mereka. Jika sudah tak mahu ikut ajaran mereka lebih baik mereka bersunyi diri. Sebagaimana kata Abu Al-Qasim Al-Junaid r.a.

قال الأستاذ أبو القاسم الجنيد رضي الله تعالى عنه : من أرادسلم له دينه ويستريح بدنه وقلبه فليعتزل الناس فإن هذا زمان وحشة فالعاقل من اختار الوحدة.

 Sesiapa yang berkehendakkan supaya agamanya terselamat dan badan serta hatinya rehat hendaklah dia menjauhi orang ramai, maka sesungguhnya  zaman ini adalah zaman yang teruk maka orang yang berakal adalah mereka yang memilih untuk hidup berasingan (bersendiri) ( Kitab Pak Su Hamid)

وقال بعض الأئمة بعده : إن كانت حلت في زمنه فقد  وجبت في زمننا. وقيل لإبن المبارك رضي الله تعالى عنه : ما دواء القلب ؟ فقال قلة الحلاقاة.

Dan berkata sebahagian imam-imam selepasnya Jika adalah meruzlah itu halal (harus) pada zamannya maka sesungguhnya ber uzlah itu menjadi wajib pada zaman kita ini dan ada yang berkata kepada Ibnu Mubarak r.a. Apakah ubat bagi hati? Dia menjawab kurangkan kebersamaan dengan orang ramai ( Kitab Pak Su Hamid)

           Maka jika ada guru makrifat yang sanggup menggadaikan nyawanya untuk menyampai ilmu ini tolonglah beri laluan yang seluas mungkin dan jika anda tak mahu belajar ilmu ini, jangan pula sekat orang lain dengan fitnah anda dengan menyatakan ilmu ini sesat. Ingat nanti kita bertemu di hadapan RABBUL JALIL tuan-tuan yang bijak pandai jawablah depan Allah nanti. Penyesalan di hari itu sudah tak berguna lagi. Sebelum tuan-tuan melalui gerbang “maut” selamatkanlah diri tuan-tuan dengan mempelajari ilmu makrifat ini yang hanya tinggal sedikit sahaja lagi yang ditinggalkan oleh Wali Allah Tok Kenali Al-Kelantani.

Semoga sedikit sebanyak coretan ini dapat mencerahkan kekaburan jiwa anda selama ini. Kami guru makrifat Tok Kenali tak nafikan peranan anda semua, tetapi janganlah duduk atas tangga anda itu kerana ada beratus ribu anak tangga yang anda perlu daki sebelum sampai kepada “rasa”  sebagaimana yang kami “rasa” selama ini. Kami tak nafikan kelemahan kami sebab manusia memangnya lemah dan yang kuat itu hanyalah Allah sahaja. Kita semua tahu bahawa hanya Allah sahaja Yang Mengetahui siapakah ahli syurga dan siapakah ahli neraka.

 Oleh sebab itu kita tak boleh mendabik dada mengatakan bahawa kita layak masuk syurga Allah. Sebab itu Saidina Umar Al-Khatab ada menyebut: “Semua orang masuk ke dalam syurga kecuali seorang lelaki dan aku bimbang orang itu adalah aku” Lihat seorang sahabat besar yang memang dijanjikan syurga pun masih berasa tidak layak menjadi ahli syurga. Bukan bererti dia tak beramal. Dia memang kuat beramal sebagaimana sahabat yang lain. Dia menyebut seperti itu adalah kerana merendah diri  di hadapan Allah. Sama sebagaimana Iman As-Syafie menyebutkan dalam qasidahnya:

إلـهي لست للفرداوس أهلا ولا أقوى على النار الجهيم فهب لي توبة واغفر ذنوبي فإنك غافر الذنب العظيم

Tuhanku aku tidak layak kesyurgaMu dan aku tidak mampu menghadapi neraka jahanam, maka kurniakanlah kepadaku taubat dan ampunilah dosaku maka sesungguhnya Kamu adalah Maha Pengampun dosa-dosa besar

Rintihan ini adalah mencerminkan betapa merendah dirinya Imam As-Syafei rahimahullah. Maka kita pun perlu merasai “rasa” ini iaitu merendahkan diri di hadapan Allah ketika kita menunaikan solat dan ketika melakukan ibadah yang difardukan dan yang disunatkan untuk sekian lama kita hidup.

~*~*~*~*~*~*~*~ 










Belajar Makrifat Itu, Bukan Bertujuan Untuk Jadi Allah!


Submitted on 2013/07/25 at 6:40 am
Assallamualaikum Tuan Haji, seorang sahabat ada mengatakan:-
Kalau api itu bukan panas… Cuba letak tangan atas api nak tengok benar tak tahkik ketinggian makrifat anda bahawa api itu tidak panas dan membakar.. Macam bila nabi Ibrahim a.s berada dalam api Namrud… Kiranya tajam itu bukan mendatangkan luka.. Maka ambil pisau dan kerat tangan tu… Tengok luka atau tidak…. Kalau letak tangan atas api tangan melecur dan kalau kerat tangan dengan pisau masih luka… Makanya kata-kata tadi sekadar bual bicara tidak menjadi tahkik dalam makrifah seseorang… Jauh lagi perjalanan tu…
Apabila kita menggunakan kata-kata tahkik maka tahkik jugalah dalam amal dan perbuatan dan suasananya… Inilah sebenarnya yang dikatakan ahli haqiqat… Bukan omong kosong dalam istilah semata-mata…. Sebagai contoh seorang sahabat ana pernah ditembak berkali-kali oleh guru dia dari bahagian belakang sewaktu sedang berzikir dalam jarak dekat… Dan dia tidak merasa apa-apa dan tidak tahu pun dia ditembak dari belakang… Sehinggalah apabila dia menukar bajunya kelihatan beberapa lubang tembakan dibajunya… Bukan pula dia menuntut ilmu kebal yang merupakan perkara syirik dalam amalan…. Kata-kata haqiqat biasa menjadi istilah-istilah yang digemari oleh mereka yang mencari tuhan…. Namun isi haqiqat itu ramai yang tidak merasai dan menjiwainya makanya para wali itu tahkik mereka dengan segala istilah ketuhanan dan mereka berada dalam maqam KUN FAYAKUN.
Apa pendapat dan ulasan yang boleh Tuan Haji berikan tentang kenyataan sahabat saya itu?
Sekian salam dan maaf.
Salam kepada peminat blog makrifat Tok Kenali Kelantan, diseluruh Dunia yang mengikut perkembangan blog ini. Terima kasih dari saya Hj Shaari. Pada pagi bulan Ramadhan yang mulia ini, saya amat-amat tertarik untuk menjawab pertanyaan dari sahabat blog kita yang bernama  Noor  Azam yang bertarikh 25HB July jam 6.40 pagi waktu Malaysia, sebagaimana persoalan yang saya lampirdan yang saya paparkan diatas.
Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat  yang dirahmati Allah sekalian. Sebelum saya mengutarakan pendapat melalui, terlebih dahulu saya ingin mengajak tuan-tuan semua supaya memberi pendapat tuan-tuan tentang persoalan diatas!. Apa kefahaman, pendapat serta apa komen tuan-tuan tentang kenyataan dari sahabat kita itu?. Ini adalah satu hujah yang baik dan komen yang membena, yang harus kita ambil perhatian oleh semua kita. Dalam makrifat kepada Allah, dalam percaya dan dalam yakin kita kepada Allah itu, kita tidak boleh hanya sekadar bercakap, sekadar bahasa atau sekadar beristilah sahaja. Kita kena ambil kata putus atau jalan yang muktamat. Jangan hanya pandai bermain cakap dibibir sahaja.
Jika sekadar nak bercakap, nak menulis dan jika sekadar nak mengarang dalam bahasa dibibir atau dalam bahasa istilah,  semua orang boleh cakap (budak sekolah menengahpun boleh). Cakap orang makrifat itu, bukan sekadar cakap dari segi bahasa mulut atau sekadar bahasa istilah. Cakap orang makrifat itu, adalah cakap yang berlandaskan diatas dasar kebenaran yang benar dan pengalaman sendiri yang tidak boleh dijual beli. Bercakap orang makrifat yang sebenar itu, adalah percakapan yang putus, tamat dan muktamat (penamat)
Sebelum saya menjawab dengan panjang lebar, apa kata kita dengar dulu komen tuan-tuan (sahabat-sahabat blog kita dulu), sila kemukan segera, saya nak tahu dan saya nak ukur setakat mana kefahaman, pegangan atau keyakinan tuan-tuan dalam ilmu makrifat selama ini.
Kepada saudara Noor Azam, saya minta tuan pergi berjumpa semula dengan orang yang melontarkan komen itu, minta dia tunjukkan kepada tuan, bagaimanakah cara atau kaedah kefahaman sebenar makrifat beliau, yang dikatakan makrifat yang sebenar itu, bagaimana, sehingga boleh sampai kepada tahap tembak tak lut dan bakar tak hangus (minta dia tunjukkan kepada tuan makrifat yang sebenar)!. Saya khuatir, saya bimbang dan saya ragu, kiranya beliau juga adalah ahli makrifat yang hanya sekadar bermain istilah atau sekadar bermain makrifat dalam bahasa bibir juga!.
Jika beliau makrifat yang benar dan tidak sekadar hanya bermain bahasa atau istilah sahaja, suruh beliau tunjukkan kehebatan kebalnya dihadapan tuan. Suruh dia tetak tangannya dihadapan tuan dan suruh dia bakar tangannya dihadapan tuan (bakar biarlah lama bukan main gerak-gerakkan mancis api ditangan sahaja). Ataupun minta tuan sendiri yang bakar atau tetak tangan beliau!.
Sebelum saya menjawab pertanyaan blog Noor Azam, saya Hj Shaari bin Hj. Mohd Yussof bin Cik Wook bin Hussin bin Syaid Husssin, minta orang yang mengemukakan komen kepada Noor Azam itu, tampil untuk mengemukakan usul beliau, bagaimanakah cara  makrifat beliau kepada Allah Taala, yang sebenar-benar makrifat, iaitu makrifat yang bukan sahaja bahasa cakap dan yang bukan sahaja bahasa istilah. Suruh beliau terangkan dan nyatakan bagaimana makrifat sebenar!. Makrifat sebenar itu, bukan supaya menjadi seperti Nabi Ibrahim, sehingga tidak hangus bila dibakar.
Adapun kefahaman Agama Islam dan ilmu makrifat yang sebenar itu, hendaklah kita befriktikod, bahawa kita tidak boleh mempercayai yang api itu boleh membakar  (panas), yang membakar atau panas itu,adalah Allah. Nasi tidak boleh mengeyangkan kita, yang mengeyangkan kita itu, adalah Allah. Penadol (ubat), tidak boleh meyembuhkan, yang menyembuhkan itu, hanya Allah. Pistol, parang atau pisau, tidak boleh melukakan kita, yang melukakan kita itu, adalah Allah. Ini pegangan Agama Islam (bukan ilmu yang kita buat sendiri, ini adalah dalil dari Al-Quraan).
Bilamana kita masuk kealam nyata iaitu alam kehidupan kita seharian sekarang ini, ternyata ayat-ayat (firman) Allah itu, meleset dan lari jauh dari benarnya!. Ternyata api boleh membakar , pisau boleh melukakan kulit kita, peluru boleh memati, ubat boleh meyembuhkan penyakit atau keris boleh menembus jasad kita. Sedangkan Al-Quraan menyarankan supaya kita beriktikod (percaya dengan sebenar-benar yakin) bahawa yang mengeyangkan itu Allah bukan nasi, yang membakarkan kita itu Allah  bukan api. Tetapi kenyataannya pada kehidupannya sekarang ini,  api itu tetap boleh membakar kita dan penadol tetap boleh meryembuhkan penyakit pening kepala kita.
Dengan kenyataan itulah makanya ramai dikalangan kita sekarang ini, ingin menjadi kebal, tak lut tembak, tak makan api bila dibakar dan sebagainya. Seolah-olah sudah nak jadi Allah dan nak jadi Tuhan!.
Jika tuan-tuan diluar sana nak tahu makrifat sebenar Tok Kenali, yang bukan bahasa dan yang bukan istilah, tunggu komen saya. Tetapi dengan syarat!, syaratnya adalah, saya mahu tuan-tuan diluar sana, menghantarkan komen tuan-tuan terlebih dahulu. Setelah tuan-tuan kirim komen tuan-tuan, baru saya jawab komen tuan-tuan dan baru saya meyampaikan ilmu makrifat sebenar yang tidak sekadar bahasa dan ilmu makrifat yang tidak sekadar  ilmu istilah!.
Kepada sahabat kita yang memberi komen kepada Noor Azam itu, saya minta sila tuan beri kenyataan makrifat tuan, yang dikatakan makrifat sebenar!. Terima kasih Noor Azam kerana mengeluarkan persoalan yang bernas itu. Apa-apa pun saya minta Noor Azam, pergi berjumpa dengan orang yanng mengeluarkan komen itu, minta beliau jelaskan atau minta beliau keluarkan kenyataan beliau, bagaimana makrifat beliau yang dikatakan sebanar (yang tembak tak lut dan yang bakar tak hangus). Jika perlu suruh dia tetak tangannya sendiri dan suruh dia bakar tanngannya sendiri dihadapan tuan. Saya nak tahu hangus atau tidak! Dan maklumkan kepada saya perkembangan itu, samaada hangus atau tidak dan harap maklum kepada saya. Jangan-jangan, beliau sendiripun setakat main bahasa cakap atau hanya sekadar mempermainkan bahasa istilah cakap sahaja?. Kerana ramai orang yang megambil kesempatan atas nama ilmu makrifat untuk mencari kelebihan.
Tetapi sekiranya benar berlaku sdemikian itu, adalah suatu perkara yang tidak mustahil. Allah boleh berhendak berlaku atau berkehendak tidak berlaku.
Bagi orang yang benar-benar makrifat itu,  adalah orang-orang yang tidak takut kepada peluru pistol, tak takut dibakar api dan tidak takut jika dibunuh. Jika tuan-tuan tak percaya, sila tuan-tuan cuba betul-betul tembak!. Silakan tembak, silakan tetak dan silakan bakar dia dihadapan tuan-tuan.   Orang makrifat sebenar tidak gentar dan sedikitpun tidak takut kepada makhluk, jika tuan-tuan tak percaya silakan buat betul-betul apa yang saya perkatakan!. Saya cabar tuan-tuan sekarang (yang belajar ilmu makrifat), sila ambil api bakar diri tuan-tuan, tikam orang makrifat dan tetak orang makrifat dengan pedang atau keris tajam, (nak tahu lut, terbakar dan mati atau tidak).  Jangan main cakap sahaja!. Saya mahu dan saya minta Tuan Noor Azam bawa orang yang bercakap itu  suruh dia pula bakar dan tetak dengan parang tajam kepada orang makrifat yang bercakap makrifat itu dihadapan tuan……………………………..
Ramai yang kita dengar, orang makrifat itu, selalu mengakuk kebal, saya juga orang makrifat, tetapi terbakar bila terkena api, luka tangan bila terkena pisau dan terkoyak lutut bila terjatuh motorsikal. Orang makrifat itu, ada yang miskin, sakit dan menderita kerana dipulau, sebagaimana baginda Nabi.
Dengar cakap saya ini, wahai anak didik saya Noor Azam. Dalam kita bermakrifat itu, kita tidak sedikitpun mencari faedah, pengajian makrifat itu, kita tidak mencari faedah tetapi kita mencari kaedah. Kita belajar ilmu makrifat itu, bukan bertujuan untuk jadi kebal, bukan bertujuan untuk jadi bakar tak hanguus dan bukan bertujuan untuk jadi tembak tak meletup. Belajar ilmu makrifat itu, bukan bertujuan untuk teranggkat badan semasa berzikir dan belajar ilmu makrifat itu, bukan bertujuan untuk jadi Allah (kun fayakun).
Sedang seorangn Nabi Besar Junjungan kita Muhamad Rasulullah sendiri, lagikan patah gigi dalam peperangan dan Baginda juga sakit deman dan miskin serta papa kedana macam kita juga. Baginda itu Nabi dan Rasul, apa kurangnya jika nak kepada ilmu kebal, apa kurangnya jika nak kaya dan apa kurangnya jika Baginda nak kepada ilmu kebal supaya tak lut bila dibunuh (dibunuh tak mati). Tetapi apakah itu yang menjadi tujuan Baginda Rasul? dan apakah itu tujuan tuan-tuan belajar ilmu makrifat!. Sila jawab?……………………………..
Mentang² belajar ilmu makrifat, berebut² nak jadi Allah dan nak jadi Tuhan!, supaya jadi KUN FAYAKUN!. Org yg mengakuk boleh Kun Fayakun itu, adalah Org yg nak jadi dirinya itu sbgai Tuhan (Allah). Firaunpun tak berani mengaku, tapi apakah kita belajar makrifat itu, nak jadi lebih dari firaun atau nak jadi Allah dan nak mengaku Allah?.
Kita belajar makrifat itu, bukan bertujuan utk bakar tak hangus, tembak tak lut atau zikir boleh teranggkat!. Kita belajar makrifat itu, adalah semata² bertujuan utk menyatakan Allah. Menyatakan Allah itu, bilamana diri kita tidak lagi nyata.
 Setelah diri kita nyata, barulah Allah itu nyata!. Setelah nyatanya Allah, apakah tuan² perlu lagi kpd kebal, tembak tak lut, tetak tak luka atau bakar tak hangus?. Cuba jwb ……
Jk tuan² masih lagi berkehendak dan masih lagi berhajat kpd kebal, tembak tak lut, tetak tak luka dan bakar tak hangus, bererti dan bermakna tuan² belum lagi mengenal diri. Apa lagi utk mengenal Allah, mengenal diripun masih lagi teramat jauh!.
Kpd Ssiapa yg berhajat kpd Allah, singkir, buang dan kuburkanlah hajat utk jadi bakar tak hangus dan tembak tak lut. Guru yg makrifat yg sbnr²   makrifat itu, tidak akan sekali² menembak anak muridnya.
 Jika masih nak tembak muridnya, ertinya guru itu masih tidak percaya kepada Allah!. Masih nak uji, masih nak buat uji kaji dan masih nak berdalil² dgn pistol, nak berdalil dgn api dan masih nak berdalil dgn keris lembing!.
Bagi pdapat Sy yg bodoh ini, urusan nak luka, nak terbakar, nak jadi tak lut bilamana ditetak dgn parang tajam, itu adalah urusan Allah. Nak mati, nak hidup, nak luka, nak terbakar, nak tembak taklut, nak terbang atau nak……itu semua urusan Allah, buat apa nak jadi kebal dan buat apa nak bakar tak hangus, seolah² kita nak jadi Allah!. 
  Apakah tuan2 berhajat dan bercita² utk jadi Allah?. Sifat Allah, biarlah Allah sahaja yg pegang, biarlah kita pegang sifat mati, sifat binasa, sifat  hangus, sifat luka, sifat patah gigi, sifat miskin dan yg penting sekali sifat tidak ada.
Biar sampai kpd tahap diri kita tidak ada. Bilamana diri kita tidak ada, siapakah lagi yg bersifat ada, jika tidak ada itu, adalah sifat bagi Allah Taala!.  Bilamana Allah Taala bersifa ada, kita selaku makhluk itu, adalah bersifat dgn sifat tidak ada!. Bilamana kita sudah bersifat tidak ada, apakah lagi Tuan2 mahukan kebal, tembak tak lut dan bakar tak hangus?, cuba jawab pertanyaan saya.
Bagi sesiapa yg berhajat nak mengaku Allah dan mengaku  dirinya Tuhan yg tembak tak lut, bakar tak hangus, rendam tak basah, gantung tak tinggi, tanam tak dalam, lontar tak jauh dan tetak tak luka itu, bawa berjumpa saya ,biar tangan saya yg bakar dan biar tangan saya yg tetak, nak tahu putus atau tidak dan nak tahu terbakar atau tidak?.
Ada Org yg bilamana belajar ilmu makrifat (mengenal Allah), mengaku dirinya KODIM. Bakar tak hangus dan tetak tak lut, jk benar² KODIM, kenapa kita masih lagi lihat mereka makan nasi dan kenapa kita lihat mereka juga masih berbini Smpi 4 Org bini. Apakah Kodim itu kawin atau apakah kodim itu lapar?
Cuba Jawab pertanyaan saya…
Mengaku Kodim, ttpi kenapa masih, kawin, masih makan nasi dan masih minum kopi di kedai mamak!. Org yg menjadi kodim itu, sepatutnya tak perlu berbini (ini bini sampai 4, jika boleh nak sampai 9 Org bini), kenapa   masih beranak (shgga anak seperti anak tangga, ramainya) dan kenapa masih nak cari wang, tidakkah kodim itu, kaya?.
Cuba jawab pertanyyaan saya…
Oleh itu, nasihat Sy kpd para pencari ilmu makrifat diluar sana dan kepada Org yg sudah mengaku makrifat itu, cukup2lah dan henti2lah mengaku Allah (mengaku kodim) dan sudah2lah mengaku tembak tak lut dan tetak tak luka. Kita belajar ilmu makrifat itu, bukan utk nak jadi Allah, bukan utk nak cari faedah.
Belajar ilmu makrifat itu, adalah bertujuan utk belajar agar Smpi kpd tahap “kita tidak lagi terlihat adanya kita. Dlm bahasa lain, belajar makrifat itu,  adalah bertujuan biar sampai kpd tahap “Jgn sampai terlihat adanya diri”.
Bilamana sudah tidak ada diri, apakah Tuan² masih lagi berhajat kpd kebal, tembak tak lut atau bakar tak hangus?.
Cuba jawab pertanyaan saya…
Bilamana diri kita tidak ada, benarlah bahawasanya yg ada itu hanya Allah, Allah, Allah…
Menjawab pertanyaan Noor Azam, saya tidak tuju kpda SeseOrg, tetapi saya tuju kpd semua Org Makrifat. Org Makrifat yg selalu mengambil kesempatan dan yg selalu mencari faedah dari nama ilmu makrifat, hentikan dari mencari faedah melalui ilmu makrifat!.
Makrifat (ilmu mengenal Allah), tidak mencari faedah atau kelebihan atau keramat!.
Jangan sekali2 mendakwa belajar ilmu makrifat itu, bertujuan boleh KEBAL..!. Ingat itu…!!!

WallahuA’lam.. وَاللهُ أَعْلَمُ