Monday, November 11, 2013

Ikan Keli ~ Teknologi biotek untuk keli

IKAN KELI





Ternakan Ikan Keli Kanvas, Peluang Baru Yang Perlu Diterokai.

Maaf diatas kelewatan menghantar maklumat mengenai kertas kerja seminar(Contoh KERTAS KERJA PROJEK IKAN KELI ada dimasukkan dalam ruangan download kertas kerja) dan info mengenai ikan keli. Berikut adalah beberapa note ringkas berkaitan ikan ternakan ikan keli kanvas.


Jika ada sesiapa yang berminat ingin mengusahan projek ternakan ikan keli ini saya cadangan agar mengikuti kursus singkat (2 hari,hujung minggu) di Pusat Ternakan Ikan Air Tawar, Machang.
Banyak pengalaman dan pengetahuan yang boleh dapati. Terutamnya cara ingin menghasilkan anak ikan keli, buat makanan, binaan kanvas dll secara sendiri (sudah pasti ia dapat menjimatkan kos projek kan) dan secara tak langsung ia dapat meningkatkan margin keuntungan projek.
Harap note diatas dapat membantu kepada semua yang berminat dalam sektor perikanan.

Selain protein yang tinggi,ikan keli juga kaya dengan asid lemak Omega-3 yang mempunyai banyak kelebihan kepada tubuh manusia.Antara kelebihannya adalah seperti berikut:
  • meningkatkan sistem penglihatan
  • meningkatkan sistem saraf
  • memulihkan radang
  • mengurangkan kadar bengkak pada sendi
  • mengurangkan risiko sakit jantung
  • baik untuk perkembangan otak kanak-kanak

Projek Ikan Keli Desa & Mampu Milik

Sekadar perkongsian ilmu yang sedikit di dada, mengenai projek industri desa - ikan keli.

Semalam sempat jumpa dengan seorg penduduk kg - tempatan yang berminat ingin mengusahakan projek ikan keli; samada kanvas, kolam tanah, kolam simen atau tangki. Dia meminta pendapat saya mengenai perkara tersebut, Cadangan saya kepada beliau lebih baik beliau buat kolam tanah dengan sistem terapung+pukat, tetapi setelah melihat paras air dalam tanah, saya syorkan beliau mengusahakan projek ini mengunakan kolam simen (dengan mengunakan batuan merah-tanah liat bagi memastikan suhu dalam kolam sentiasa sejuk).

Kelebihannya;-

i. Dapat mengekalkan suhu sejuk dan sesuai dengan habitat ikan keli.

ii. Tahan lasak dan mudah dikendalikan.

iii. Kos lebih murah serta mudah untuk diseliakan dan kekal, jika tak mahu guna boleh buat ubahsuai (letak mozek dll) dan dijadikan kolah untuk ambil air solat bagi adik2 tahfiz nanti.

Bagi mengusahakan projek peringkat awal, beliau bercadang untuk mengeluarkan modal sebanyak RM5,000 untuk projek ternakan ikan keli 2,000 ekor buat permulaan, ia adalah untuk kegunaan beliau dan sekolah Tahfiz Darul Quran yang beliau bina (makanan pelajar-pelajar hafiz).

Dengan modal tersebut beliau akan membina;-

i. Kolam simen saiz 10'(panjang) x 5'(lebar) x 3' (tinggi) x 3 buah - simen, pasir dll
ii. Sistem pukat dan paip limpah-masuk-keluar.
iii. Benih keli - 20sen/ekor
iv. Makanan keli/ dedak - starter, grower & finisher.
v. Sistem paip yang lengkap.
vi. Anak2 pokok kiambang dan tiub kereta
vii. Cecair EM.

Pengiraan Untuk Membuat Binaan Asas:

1. Tapak Asas Konkrit - RM 525 (termasuk pasir, simen, upah dll)

2. Bata Ikat - RM295

3. Plaster - RM273

4. Pasir (1 Lori) - RM150

5. Batuan kecil (1 lori kecil) - RM100

6. Pasir halus - RM100

7. Simen (20 beg x RM17) - RM340

JUMLAH KESELURUHAN: RM1,783 sahaja

Modal keseluruhan (kasar) bagi perkara diatas hanya RM2,500 sahaja (dan boleh lebih murah lagi) - harga di Kelantan. Lebihnya RM2,500 akan digunakan sebagai modal simpanan untuk tujuan kotigensi. Modal pusingan yang diperlukan setiap pusingan akan datang dalam RM800/pusingan shja.


Keuntungan dan Hasil Jualan:

Berdasarkan pengalaman, 2,000 ekor ikan keli mampu mengeluarkan hasil minimum dalam 500kg, harga jual secara borong di pasaran Kelantan ialah RM3.70/kg, maka keuntungan kasar yang beliau akan perolehi ialah sebanyak RM1,850/3 bulan. Keuntungan bersih dalam RM1050/3 bulan. Disamping pada masa yang sama ia dapat menjimatkan kos operasi kantin sekolah sebanyak RM0.80/kg daripada beli ikan keli secara terus di pasar besar x 20kg/day x 2 kali seminggu x 48 minggu/tahun = RM1,536 setahun.

Jumlah hasil boleh dipertingkatkan lagi dengan;

i. Mengurangkan pemberian dedak ikan, diganti dengan pemberian perut dan kepala ikan (kaya dengan sumber protein) yang diperolehi di pasar-pasar basah. Serta membuat formulasi makanan sendiri untuk dijadikan makanan tambahan ikan keli. Kerana kos makanan adalah 70% dari kos operasi projek.

ii. Menghasilkan sendiri pembenihan anak ikan keli.

iii. Meningkatkan lagi produktiviti projek dengan meningkatkan kapasiti pengeluaran hingga ke tahap optimum iaitu dalam 5,000 ekor bagi 3 buah kolam. Dan mampu menjana pendapatan dalam RM4,625/pusingan.

iv. Gunakan aplikasi EM dengan sebaik mungkin bagi memastikan ikan keli mencapai tahap yang dikehendaki dan bahan2 organik lain.

Dengan ini InsyaAllah pengusaha dapat menikmati hasil berganda dan mendapat pulangan balik selepas 2 pusingan ikan keli terjual dan mungkin lebih cepat!



Hubungi utk berkursus : Tel No. +6019 634 8017 atau +6012 242 8380


PETUA TRADISONAL + MODEN BAGI PROJEK IKAN KELI.
1. Selepas kolam simen disiapkan sepenuhnya, shbt2 kena masukkan air telaga sehingga penuh dan masukkan berberapa batang pisang yang telah dipotong2. - tujuannya adalah untuk memastikan kandungan bahan2 kimia dalam simen tadi disedut masuk ke dalam batang pisang. Biarkan batang pisang tadi selama 2 minggu kemudiaan bersihkan kolam tersebut. Tujuannya adalah untuk mengelakkan ikan keli diserang penyakit kulit akibat tindakbalas kimia simen dengan kulit ikan keli.

2. Selepas kolam tadi kering, shbt2 masukkan semula air bersih dan masukkan najis lembu yang telah dikeringkan ke dalam kolam, biarkan selama berberapa hari sehingga tumbuhnya zooplanton dan planton untuk makanan berkhasiat ikan keli. Ia akan menjadikan ikan keli tadi lebih sihat dan cepat besar.

3. Kaedah terkini shbt2 boleh gunakan 1L cecair EM-1 + 1L Molasses + 20L air tanpa klorin, simpankan selama 4 hari untuk dijadikan EMAS (EM Active Solution). Cecair EMAS tadi boleh digunakan dengan 1L EMAS : 400L air kolam. Masukkan cecari EMAS tadi ke dalam kolam selang 2 minggu sekali, tujuannya adalah untuk meningkatkan sistem imum ikan keli, mempercepatkan pembesaran dan menghilangkan bau2 yang tidak menyenangkan serta menguraikan sisa2 buangan najis keli (yang kelamaanya akan jadi toksin jika tidak diletakkan cecair mikrob).

4. Masukkan berberapa pokok kiambang di dalam bulatan tiub tayar yang telah dipamkan dan diampungkan dalam air kolam, tujuannya adalah untuk memastikan wujudnya habitat yang sesuai bagi ikan keli dan memberikan tempat perlindungan semasa panas terik dsbnya.
Akhir sekali, selepas ternak makanlah ikan keli kerana ia kaya dengan Omega 3 yang hanya diperolehi dari ikan laut dalam, ia bagus untuk perkembangan otak anak2 shbt2 dan secara tidak langsung makanan ikan keli segar ini dapat membantu meningkatkan Daya Ingatan palajar-pelajar Tahfiz untuk menghafal Al-Quran.


Kelebihan Omega 3:
Sealogix Capsules and Liquid are ultra-refined fish oils and pass the purity, potency and quality standards of IFOS an independent third party.
Produk yang mengandungi asid lemak EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), LLA (Linolenik Acid), asid amino kompleks dan mineral
EPA dapat mencegah : Kanser, Trombosit (pembekuan darah), Atheroskerosis (pembekuan lemak dalam darah), Kadar kolestrol yang berlebihan, Plasma lipid yang berlebihan, Penyakit jantung, Stress yang berlebihan, Tekanan darah tinggi
DHA berfungsi membantu meningkatkan kemampuan otak untuk belajar dan menguatkan minda serta daya ingatan. Kelebihan lain yang ada pada Omega 3 adalah : Mencegah radang sendi (rheumatoid arthristis), Mencegah asma, Meningkatkan daya seks kesuburan, Mencegah kanser payu dara, usus, pankreas dan prostat, Mencegah penyakit kulit, Mencegah migran, kesemutan, sejuk pada kaki dan tangan.
Sekian, sekadar pandangan waktu pagi2 untuk dikongsikan bersama dengan shbt2, ada paper work lengkap di ruangan 'Download Kertas Kerja' disebelah kanan blog ni, shbt2 boleh copy je semua yg ada & ilmu jangan kedekut sbb tidak boleh dibawa kekubur jika tidak berkongsi dengan org lain.

Tetapi jgnlah ditiru bulat2 dan buatlah perancangan yang betul semoga duit yang dilabur tidak 'lesap' serta BERHATI-HATI
dengan 'penipu-penipu' dalam sektor pertanian-penternakan-perikanan yang mengambil kesempatan diatas kelemahan kita yg tidak cakno dgn realiti bisnes semasa. [Sumber..]
* Utk melihat dengan lebih jelas, kena 'double clik' di gambar tersebut. TQ

 

Maklumat berkaitan Projek Ternakan Ikan Keli Dalam Kanvas
Kandungan Omega 3 terdapat dalam ikan keli, biasanya minyak ini
hanya terdapat dalam ikan di laut dalam.

Di Kelantan ada satu syarikat buat Sardin Keli.
Kepada sesiapa yang hendak mengetahui tentang ternakan ikan keli ni boleh berhubung terus dengan satu syarikat ni .

PENDAPAT PERIBADI SAYA TTG PROJEK INI: Salam,

Shbt2 peminat dan penternak ikan keli:

ada berberapa perkara yang saya ingin bangkitkan sebagai renungan dan pandangan saya diatas pertanyaan dan pendapat shbt2;

ada berberapa perkara yang perlu diperhatikan sebelum anda semua ternak ikan keli dalam kanvas:

1. kesesuai habitat keli - yg suka duk dalam lumpur.

- andaikata dibela juga dalam kanvas, ia memang boleh. tapi akhirnya ia akan menyebabkan ikan keli tersebut menjadi lebih kecil dan lambat membesar(lambat membesar dikira kos... kerana kena bagi makan-dedak), yg besar menjadi dominan dan yang keli kecil menjadi kelompok minoriti dalam kanvas yang kecil akhirnya mati!

2. kos makanan yang tinggi,

- bila guna kanvas, tiada jalan lain nak kena bagi makan kecuali makan dedak. kerana jika bagi perut ayam or agro waste yang lain, menyebabkan kolam menjadi busuk, berpenyakit dan menyebabkan kos tinggi untuk menyalin air kanvas(air mahal skrg ni - kec. gali telaga sendiri - tapi elektrin pula) setiap kali bagi mknn mcm diatas.

- kesudahannya, shbt2 semua tetap kena bagi dedak. harga dedak ikan skrg cukup2 tinggi? mampukah kita semua nak tampung kos makanan tersebut, yg akhirnya akan mengurangkan margin keuntungan yang patut kita terima setiap bulan?


3. kos kanvas yang mahal - rm1200-1500 per unit--- ini jika di KB, jika ditempat lain. saya pasti harganya lebih mahal.

1 buah kanvas mampu menampung paling maksimum 700 ekor ikan keli. agak2nya brapa kanvaskah yang mampu tingkatkan produktiviti dan penggunaan sumber secara efisyen?
20 buah utk skala komersil biasanya.

20 buah x 1500=rm30,000 untuk kanvas shja sdr sudah belanjakan. ia tidak termasuk dgn kos paip, enjin air, jaring, promosi, kenderaan-minyak, upah pekerja dll.

last2 skali siapa yang untung agaknya??

penjual dedak
penjual benih ikan keli
penjual kanvas
penjual batang paip
penjual enjin air

shbt2 semua mcmn?

makin hari makin cerut perut sebab modal kena keluar makin besar, sebab kena tanggng kos makanan yang makin hari makin meningkat. kos makanan merupakan kos operasi terbesar dalam projek ikan keli kanvas(selain dari kos tetap spt kanvas dll)

bila nak jual, tiada permintaan dan tiada pemborong nak beli? sebab apa?

mereka nak beli semua barang dgn harga murah. andaikata shbt2 jual dgn harga mahal(sebab kena tanggung kos operasi yg tinggi), sudah pasti mereka tidak akan membelinya daripada shbt2.

Cadangan saya:~*~

1. Teknologi ini baik hanya untuk pengusaha kawasan bandar yg tiada kawasan atau tanah untuk dibuat kolam sahaja. andaikata ingin buat, kena buat secara komersil, baru dapat meningkatkan produktiviti.

2. Guna sistem kolam tanah scra sistematik- tgk balik apakah kelemahan sistem kolam? adakah ia lebih baik atau sebaliknya?.

bagi saya ia adalah lebih baik dari sistem keli kanvas yang diperkenalkan sekarang. kerana ia lebih menjimatkan dan 'mesra rakyat';

- bina 1 kolam yg boleh memuatkan 30,000 ekor keli hanya perlu upah orang gali dalam rm1500 shaja/2day. tambah rm500 lagi untuk jaring dan itu sahaja. berbanding dgn kos RM1,200 hanya untuk 1 kanvas sahaja yg memuatkan maksimum 700 ekor shja? mana lebih jimat?

- kos makanan? murah dan menjimatkan, cuma ambil FREE perut2 ayam, ikan lebih, nasi2 lebih dsbnya dan bagi ikan2 keli anda makan... semuanya adalah percuma dan boleh diperolehi dgn mudah. boleh dikatakan anda tidak perlu mengeluarkan langsung untuk kos makanan, kalo keluar pun hanya untuk minyak dan beli sikit dgn harga yg cukup2 murah.

- tiada kos untuk UTILITI - air, elektrik, mesin pam, tangki, dll.

- ikan keli cepat membesar, sesuai dgn habitatnya dan lebih mesra alam - kitar semula hasil pertanian.

3. Andaikata nak usaha juga projek ini, sdr2 kena fikirkan teknologi untuk mengetinkan ikan keli, jadi IKAN KELI SARDIN dan lawan sardin cap ayam dsbnya. jual dgn harga yg kompetetif dan masuki pasaran halal. ia secara langsung dapat menjimatkan kos bg ikan makan, kerana selepas 40 hari... ikan keli sudah cukup besar dan makan BANYAK.

4. Cuba lihat prospek jual anak keli - kosnya lagi murah dan menguntungkan. harga pasaran tahun lepas, rm0.20 seekor bagi seekor anak keli yang saiznya cuma 2cm. mcmn? menarik bukan?

5. Kena wujud rantaian makanan semua penternak ikan keli di Malaysia... dari

- buat Dedak - benih - kolam - pemborong -restoran/hotel-pemasaran dan akhirnyta kepada pengguna.

barulah dapat untung banyak dan dapat kurangkan kos.

Harap dapat membantu sahabt2 semua, padangan saya ini hanya berbentuk cadangan dan bukan niat saya untuk mengkritik mana2 pihak.

Hanya skdr padangan untuk meneutralkan kegelojohan kita semua. bagi saya, shbt2 semua kena teliti dan analisis sebaik mungkin semua aspek mana2 projek yg sdra ingin jalankan. supaya ia bedaya saing dan menguntungkan semua pihak.

Jangan buat hanya semata2 disebabkan trend. kerana sejarah sudah membuktikan. ayam serama sudah hilang warna, ikan flower horn sudah karam dilautannya, arnab entah kemana dan banyak lagi projek2 baru diperkenalkan sudah tengelam dll.

Buatlah yang terbaik untuk diri anda, keluarga anda, masyarakat dan negara. perhatikan betul2... kerana anak2 anda sedang menanti 'rezeki' datang dari anda.


All the best! harap pandangan ini dapat membantu.

Buatlah Solat istiqharah dulu sebelum buat pilihan, insyaAllah Allah bersama-mu. sy sentiasa mendoakan kejayaan shbt2 saya :)

Syam Ghaz.


Hubungi utk berkursus : Tel No. +6019 634 8017 atau  +6012 242 8380





Hifdzi Hamzah memberikan penerangan tentang penggunaan Bio-Aqua dalam ternakan ikan keli.


Teknologi biotek untuk keli
Teknologi penternakan ikan keli bukan sahaja mencakupi sistem infrastruktur atau kaedah menternak tetapi kini dipertingkatkan lagi dengan pengenalan beberapa produk sampingan.

Terbaru, kumpulan penyelidik, Perintis Agrotech Centre (PATC) memperkenalkan hasil penemuan terbaru mereka, Bio-Aqua iaitu formula khas untuk pembangunan industri ternakan dan pembenihan keli tempatan.

Bio-Aqua merupakan satu usaha menjadikan campuran mikrob baik dan zat mineral yang telah diuji kesesuaiannya dan terbukti keberkesanannya sebagai bahan asas dan komposisi utama produk tersebut.

Ia merupakan bahan penggalak sektor ternakan ikan paling efisien dan berjaya pada masa kini.

Tanpa campuran bahan kimia, Bio-Aqua akan 'bekerja' 24 jam sehari sepanjang tempoh ternakan ikan sekiranya digunakan mengikut panduan yang diberikan.

Bio-Aqua merupakan teknologi bio yang telah diperkenalkan di Jepun dan telah disesuaikan dengan struktur ternakan tempatan dari segi suhu, cuaca, struktur air, kelembapan tanah, tempoh ternakan ikan dan sebagainya.

Formula khas keli ini dicipta khas bagi membantu pengusaha benih dan pengusaha ternakan keli memandangkan margin keuntungan yang kecil dan memerlukan satu formula untuk mengurangkan kos operasi serta kos makanan.

Berdasarkan testimoni dan kajian yang dibuat, Bio-Aqua sangat sesuai untuk kedua-dua industri pembenihan ikan keli serta ternakan keli.

Objektif utama penghasilan Bio-Aqua adalah untuk penjimatan kos makanan dan mempercepatkan tempoh tuaian dari 60 hari ke 45 hari melalui aplikasi terus kepada pelet dan mampu memperbaiki struktur kolam ternakan melalui aplikasi terus kepada air.

Peningkatan kos makanan yang mendadak telah memberikan tekanan kepada pengusaha ikan air tawar termasuk keli.

Mengikut nisbah berat ikan berbanding berat makanan yang diperlukan sepanjang tempoh ternakan atau FCR (food convention rate), bagi menghasilkan satu kilogram (kg) ikan sebanyak dua kg pelet diperlukan (nisbah 1:2).

Bagaimanapun dengan menggunakan Bio-Aqua, terbukti berat makanan dapat dikurangkan kepada 0.8kg hingga 1.2kg.

Sekiranya kos pelet RM2 untuk sekilogram, ini bermakna kos makanan dapat dikurangkan RM1.60 hingga RM2.40 bagi setiap sekilogram ikan melalui aplikasi terus kepada pelet.

Penjimatan ini pasti melegakan pengusaha yang terpaksa berbelanja besar untuk kos makanan iaitu melebihi 60 peratus kos operasi.

Terdapat dua cara penggunaan Bio-Aqua yang paling efisien.

Pertama, dengan mencampurkan cecair ke dalam kolam ternakan pada kadar 1:1000 liter air.

Kaedah ini hanya sesuai untuk kolam ternakan yang bersaiz kecil seperti kolam kanvas, poly-tank, gentian kaca atau kolam simen bersaiz kecil.

Bio-Aqua akan berinteraksi terus dengan molekul dan struktur air di dalam kolam ternakan dan dalam masa yang singkat ia akan memecahkan molekul nitrat dan nitrit dan menukarkan kepada oksigen.

Kesannya, tindak balas tersebut akan mengurangkan kadar penghasilan ammonia dan bau busuk kepada kolam ternakan.


Penyerapan protein

Kedua, dengan menyemburkan Bio-Aqua kepada pelet setengah jam sebelum diberikan kepada ikan.

Melalui kaedah ini, Bio-Aqua akan bertindak balas terus dengan struktur dalaman ikan dan akan meningkatkan kadar penyerapan protein pada pelet iaitu melebihi 24 peratus bagi starter, meningkatkan kadar penghadaman dan kelancaran usus ikan, meningkat antibodi dan selera makan ikan.

Kesannya, ia akan mempercepatkan tumbesaran ikan dan mengurangkan kadar kematian.

Secara tidak langsung, kos makanan ikan akan dapat dikurangkan lebih antara 30 dan 50 peratus.

Menurut ketua kumpulan penyelidik PATC, Hifdzi Hamzah, secara umumnya dengan menggunakan Bio-Aqua mengikut kaedah yang betul, pengusaha dapat menjimatkan bil air dan elektrik serta tenaga kerja kerana air tidak perlu kerap ditukar ganti.

Selain itu, penggunaannya dapat mengurangkan bau busuk pada air dan bau hanyir pada ikan, meningkatkan kualiti tekstur daging ikan dan warna isi, mengurangkan lemak berlebihan dengan penghasilan isi yang lebih pejal.

"Pada masa sama, ia, mengurangkan kadar kematian hasil peningkatan antibodi dan pengurangan stres pada ikan dan dapat menghasilkan ikan bermutu tinggi,'' katanya.

Bagi pengusaha benih keli, Bio-Aqua mampu mempercepatkan penghasilan air hijau yang amat diperlukan oleh rega dan anak ikan dan mampu mengelakkan kerongsong telur yang tidak menetas memasamkan air sewaktu awal proses penetasan.

Penghantaran Bio-Aqua akan dibuat terus ke alamat pembeli dengan menggunakan perkhidmatan KTM bagi yang membuat tempahan melalui telefon manakala bagi pembeli di sekitar Lembah Klang, mereka boleh terus ke pusat jualan di Business Suite B-17-G, The Medan Selayang, Batu Caves, Selangor.

Buat masa ini, PATC mampu menjual lebih 1,000 botol untuk produk Bio-Aqua sebulan dan dijangka permintaan akan terus meningkat berdasarkan trend kenaikan kos makanan yang semakin meningkat yang semakin menekan pengusaha keli.

Selain itu, PATC turut mengadakan sesi latihan kemahiran bagi mereka yang ingin menjadi pengusaha benih keli teknik aruhan.

Kursus yang terkini akan diadakan pada 1 dan 2 November ini di Institut Integriti Malaysia (IIM), Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Bagi yang berminat mendapatkan produk Bio-Aqua atau mengikuti kursus latihan pembenihan keli aruhan boleh menghubungi terus ke talian
03-6187 3796 


~***~Hubungi utk BERKURSUS : Tel No. +6012 299 7309~***~

. .
~***~LadingEMAS~***~

No comments:

Post a Comment